“Jika Allah Menolong kamu, maka... - Page 1

*

Author Topic: “Jika Allah Menolong kamu, maka...  (Read 1519 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

10 June, 2012, 12:36:28 AM
  • Publish

  • Alangkah bagusnya jika kita perasan bahawa setiap perbuatan yang kita lakukan dan lalui hanya kerana Dia. Betapa besarnya hikmat di sebalik keikhlasan kerana kita dapat merasai nikmat atau ganjaran yang diberi terus kepada kita semasa kita hidup di bumi lagi atau dianugerah secara langsung hasil daripada keihklasan tersebut. Ia berlaku di  luar dugaan kita dan dengan apa yang diberi sudah pastinya kita terasa amat teruja dengan pertolongan yang diberi oleh-Nya tambahan lagi jika kita tidak mengharapkan apa-apa balasan daripada-Nya tetapi hanya kerana mengikut apa yang baik daripada –Nya yang disampaikan dan diajarkan oleh baginda Muhammad SAW sebagai hamba-Nya.

    Subhanallah betapa Allah itu kasih kepada hamba-Nya yang bergantung sepenuhnya dan begitu yakin dengan kekuasaan-Nya. Segala perbuatan yang berteraskan kepada ajaran baginda kepada hamba Allah SWT tidak akan pernah dipersia-siakan oleh Maha Pencipta iaitu tuhan yang Esa yang pastinya tiada sama atau menyerupai dengan Allah SWT.

    “Dan tidakkah engkau (Muhammad) berada dalam suatu urusan, dan tidak membaca suatu ayat al-Quran serta tidak pula kamu melakukan suatu pekerjaan, melainkan Kami menjadi Saksi atasmu ketika kamu melakukannya. Tidak lengah sedikit pun dari pengetahuan Tuhanmu biarpun sebesar zarah, baik di bumi ataupun di langit. Tidak ada sesuatu yang lebih kecil dan yang lebih besar daripada itu, melainkan semua tercatat dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfuzh). (Surah Yunus: 61)

    Di sini saya hanya ingin berkongsi beberapa keajaiban yang telah ditunjukkan kepada saya dan ia bagaikan suatu mimpi dan membuatkan saya dalam kebingungan seketika dengan apa yang telah berlaku. Ada suatu ketika dalam menjalani amanah dari jabatan, saya telah meminta tolong daripada seorang PAP-(Pembantu Am Pejabat) untuk dapatkan satu fail calon yang dikehendaki tetapi malangnya fail tersebut tidak dapat dikesan dan dengan ini telah memberi sedikit masalah untuk menyelesaikan hal calon tersebut. Dalam memikirkan di mana beradanya fail calon tersebut, pada masa yang sama saya dapati ada fail daripada calon lain hampir rosak sepenuhnya dan dalam hati saya rasa malas untuk menukarkan kepada yang baharu tetapi disebabkan memikirkan tentang kemungkinan yang tidak baik akan berlaku terhadap fail calon , saya telah membuat keputusan untuk perbaharui fail calon yang telah rosak itu. Selepas saya perbaharui fail calon tersebut, saya dapati fail calon yang tidak dapat dikesan didapati berada di atas meja saya. Saya kehairanan disebabkan sebelum ini memang sudah pastinya tiada kerana meja saya sebelum saya pulang  daripada kerja saya pastikan kerja saya selesai dan clear tanpa ada sebarang fail di meja tersebut. Subhanallah saya termenung seketika dengan pertolongan daripada-Nya dan pastinya saya menganggap itu sebagai salah satu keajaiban. Sudah pastinya saya memang teruja dengan pertolongan daripada Allah secara terus itu.

    Pengalaman kedua yang saya alami adalah semasa kekurangan wang dalam tangan dan pada masa yang sama saya amat perlukan duit. Mahu pergi ASB saya tidak mahu kerana  sayang untuk keluarkannya seboleh-bolehnya saya tidak mahu sentuh wang yang telah saya simpan dan saya ingin kewangan daripada sumber lain. Dalam pada itu saya fikirkan memang setiap ujian atau masalah yang datang mesti ada jalan penyelesaian dan hanya menunggu waktu saja. Terus terang saya katakan memang saya hanya berserah macam itu sahaja tanpa usaha dan menanti waktu apa yang akan berlaku. Saya hanya bertindak sedemikian kerana saya telah fikirkan jika keadaan memaksa baru saya akan bertindak untuk keluarkan wang saya daripada bank. Masalah yang saya alami ini saya tidak berkongsi dengan sesiapa pun malah kepada keluarga terdekat saya sendiri. Sememangnya itu sikap saya daripada kecil lagi tidak akan pernah meluahkan segala apa yang saya alami dalam merempuh kehidupan saya. Cukup hanya diri saya dan Dia Maha Mengetahui. Minggu menghampiri hari, hari menghampiri jam dan jam menghampiri saat. Subhanallah betapa terharunya hati saya dengan apa yang telah diberikan kepada saya, sehingga saya merasakan saya tidak layak untuk semua ini. Pertolongan daripada Allah melalui seseorang telah memberi wang kepada saya sebanyak RM 500. Pada hal saya tidak mengadu dengan sesiapa tetapi Allah telah menggerakkan pintu hatinya untuk melangsaikan hutangnya  kepada saya. Alhamdulillah Allah punya kuasa dan hanya pada-Nya yang layak menerima pujian.

    “Dan jika Allah Menimpakan suatu bencana kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia. Dan jika Allah Menghendaki kebaikan bagi kamu, maka tidak ada yang dapat menolak kurnia-Nya. Dia Memberikan kebaikan kepada siapa sahaja yang Dia Kehendaki di antara hamba-hamba-Nya. Dia Maha Pengampun, Maha Penyayang.” (Surah Yunus:107)

    Bukan itu sahaja dalam detik waktu yang lama, saya sekali lagi dikejutkan dengan keajaiban daripada-Nya. Rumah kakak saya didatangi oleh anak saudara ipar saya yang berumur 16 tahun datang bercuti sempena cuti sekolah. Dia berada di rumah tersebut selama satu minggu. Pada hari kedua dia berada di rumah tersebut dan pada hari itu juga saya datang melawat kakak saya, saya dapati dia kelihatan berada dalam keadaaan begitu membosankan kerana saya faham jiwa seorang lelaki tambahan dengan usianya yang terlalu remaja sudah pastinya tidak serasi dengan hanya berkurung di dalam rumah sahaja dan tiada teman sepermainannya. Kakak saya mengadu kepada saya bahawa budak ini mahu keluar untuk pergi ke ciber café tetapi malangnya transport tiada untuk dinaikinya yang pastinya hanya motosikal sahaja yang layak untuk dia naiki pada usianya itu. Saya begitu simpati dan saya berfikir sendirian mesti dia akan mengalami kebosanan yang  meluak-luak untuk habiskan waktu cutinya di negeri yang tidak mengenalinya dan ibarat rusa masuk kampong yang tiada arah untuk ditujunya jika tidak berteman.

    Memandangkan situasi tersebut, saya mengambil inisiatif dengan memberi pinjam laptop saya pada keesokannya untuk digunakannya sepanjang berada di rumah kakak saya dan berniat pada hari esok juga akan saya pergi membayar bil internet untuk penyambungan penggunaan internet tersebut kerana telah di-terminated. Tetapi malangnya pada keesokannya juga kereta saya mengalami kerosakan brek akibat daripada tangki minyak brek bocor/pecah dan altenater turut mengalami masalah kerosakan. Jadi sudah tentunya menelan belanja yang banyak juga menyebabkan saya gagal untuk membayar bil internet. Pada masa tersebut saya masih memikirkan bagaimana untuk membayar bil tersebut pada hal duit tangan saya telah saya bayar untuk repair kereta tersebut. Saya telah kehabisan wang dan hanya simpanan untuk membeli makanan harian saya. Dalam keadaan serba salah pada petang tersebut saya menyerahkan laptop tanpa berkata apa-apa dan saya fikir dia boleh guna apa yang ada dalam laptop tersebut seperti games untuk mengelakkan dia terlalu bosan.

    Dua hari kemudian saya datang semula ke rumah kakak saya, saya dapati budak tersebut sedang membuka internet dan saya fikir mesti kakak saya pergi bayar bil internet tersebut dan saya tanyakan kepada kakak saya akan bil internet itu tetapi kakak saya menafikan bahawa dia menjelaskan bil tersebut dan dia fikir saya telah membayarnya sebab dua hari sebelum itu saya ada mengatakan saya ingin menjelaskannya. Subhanallah saya kehairanan lagi walhal sebelum ini memang internet telah di-terminated dan saya gagal untuk menggunakannya serta diminta untuk menjelaskan bil tersebut. Pada malam itu juga saya ingin gunakan broadband tersebut tapi malangnya saya tidak boleh menggunakanya sedangkan budak tersebut boleh menggunakannya pula. ‘’Dalam hati saya Allah tak izinkan aku guna hanya budak tu diberi izin’’ huahuaa. Tersenyum sorang memikirkan kepelikan ini. Selepas saya pergi membayarnya barulah saya boleh menggunakannya. Allah simpati pada budak tu sebab itu dengan kuasa-Nya budak tersebut boleh menggunakan internet tersebut.

    “Katakanlah, “Siapakah yang dapat melindungi kamu dari (ketentuan) Allah jika Dia "mengkehendaki bencana atasmu atau mengkehendaki rahmat untuk dirimu?” <mereka itu tidak akan mendapatkan pelindung dan penolong selain Allah.” (Surah al-Ahzab:17)

    Begitu ajaib sekali hanya dengan berharap kepada kekuasaan dan pertolongan daripada-Nya kerana tiada yang lebih hebat selain daripada-Nya. Begitulah dalam meneruskan kehidupan setiap apa yang berlaku ke atas kita adalah dengan kuasa dan izin daripada-Nya dan redha-seredhanyalah terhadap kektentuan daripada-Nya ke atas diri. Pastinya itu terbaik untuk kita.

    “Jika Allah Menolong kamu, maka tidak ada yang dapat mengalahkanmu, tetapi jika Allah Membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapa yang dapat menolongmu setelah itu? Kerana itu, hendaklah kepada Allah sahaja orang-orang mukmin bertawakal.” (Surah Ali ‘Imran:160)

    Mungkin kisah ini tidak seberapa bagi kalian tetapi bagi saya ia adalah peristiwa yang terindah yang tidak dapat saya lupakan dan semoga kisah ini dapat dijadikan teladan dan menambah keyakinan kita kepada sifat-sifat serta nama-nama Allah SWT.
    Cukuplah bila kami merasa mulia karena Engkau sebagai Pencipta bagi kami dan cukuplah bila kami bangga bahawa kami menjadi hamba bagiMu. Engkau bagi kami sebagaimana yang kami cintai, maka berilah kami taufik sebagaimana yang Engkau cintai.

    Reply #1 10 June, 2012, 10:19:24 AM
  • Publish
  • -salam-

    begitulah..jika pergantungan kepada ALLAH begitu kuat..insyaALAH..ALLAH juga akan membantu kita...sesungguhnya ALLAH sebaik-baik penolong
    mencari redha ALLAH...jadilah insan berguna kepada orang lain

    Reply #2 10 June, 2012, 11:42:30 AM
  • Publish
  • Hanya yang pernah merasa situasi sebegini tahu bagaimana perasaan yang ada dalam diri. Tiada perasaan yang boleh digambarkan, diucap dengan kata-kata, betapa syukur sangat-sangat dengan nikmat yang DIA beri.
    Bergantung kepadaNYA, berusaha, doa dan tawakal, akhirnya dengan tidak kita sangka-sangka, rezeki yg DIA berikan, datang dengan tiba-tiba.
    لا إله إلا الله

    Reply #3 10 June, 2012, 02:17:46 PM
  • Publish
  • Hanya yang pernah merasa situasi sebegini tahu bagaimana perasaan yang ada dalam diri. Tiada perasaan yang boleh digambarkan, diucap dengan kata-kata, betapa syukur sangat-sangat dengan nikmat yang DIA beri.
    Bergantung kepadaNYA, berusaha, doa dan tawakal, akhirnya dengan tidak kita sangka-sangka, rezeki yg DIA berikan, datang dengan tiba-tiba.

    subhanallah..memang perkara2 ajaib ini sering terjadi..bile direnungkan sedalam-dalamnya..bertapa bantuanNya ade di sisi kita..selagi kepayahan itu kite berusaha bersabar,  menanggungnya dan pengharapan memang untuk Nya semata..saksikanlah keajaiban itu..


    pertolongan itu datang dengan pelbagai cara..secara tiba-tiba di depan mata..melalui orang disekeliling..dan bermacam lagi..

    ye..orang yang melaluinye akan merasai bertapa bersyukurnya...

    (kita manusia yang sering alpa..memang jarang untuk bersyukur..jika sekali ingat dan di ingati..bersyukurlah sepenuhnya..)
    « Last Edit: 10 June, 2012, 02:20:53 PM by faa zahra »
    ..jAdIkAn aKu mEncIntAi sEsuAtu yAng mEmbAwA kEpAdA kEcIntAanMU..
    ..salamesrakuntukmuselamanya..

    Reply #4 19 November, 2012, 03:36:17 PM
  • Publish
  • Ini kisah aku dan Dia

    Sepanjang aku pulang ke kampung, aku tidak membawa bersama kereta itu ke kampung tetapi aku tinggalkan kereta tersebut di Putrajaya. Aku tinggalkanya selama seminggu tanpa mencabut pencucuh bateri tersebut. Dengan sikap aku yang malas untuk mencabutnya jadi aku kena terima akibat kemalasan tersebut iaitu kereta tidak dapat dihidupkan. Sebelum aku cuba untuk menghidupkannya aku masih berharap agar kereta tersebut masih boleh dihidupkan walaupun telah aku tinggalkan selama seminggu.

    Setelah aku gagal untuk menghidupkannya, aku terus pergi menaiki bas yang masih menunggu penumpang untuk pergi ke tempat kerja. Dalam perjalanan tersebut aku terfikir dan rasa bersalah ‘inilah akibatnya bukan sahaja menyusahkan aku malah turut menyusahkan orang lain’. Aku seorang yang teramat sukar untuk meminta pertolongan daripada orang lain bukan kerana aku sombong tetapi tidak mahu menyusahkan orang lain. Sebolehnya selagi aku mampu akan aku lakukan. Dalam pada itu ‘aku turut terfikir takkanlah aku nak minta tolong pada orang yang sama dan orang yang biasa aku minta tolong sudah tidak bekerja bersama di jabatan aku’. Aku masih berfikir untuk mencari jalan penyelesaian ini. Aku juga teringat kalau dulu aku tunaikan permintaan aku untuk membeli jumper tentu aku boleh lakukan dengan meminjam kereta orang lain.

    Setibanya aku di pejabat, aku terlintas ingin meminta tolong pada dia setelah aku melihat kelibat dia yang baru sampai setelah 20 minit aku sampai. Aku bertanyakan sama ada dia ada jumper atau tidak. Tapi malangnya dia tidak mempunyainya. Aku diam dan aku yakin akan ada pertolongan daripadaNYA dan tidak fikir apa-apa lagi dan aku biarkan tambahan  waktu untuk bekerja dan aku teruskan kerja aku hingga selesai.

    Selepas selesai pekerjaan aku, tiba-tiba datang seorang hamba Allah dan kawan-kawannya yang aku tidak terlintas langsung untuk meminta pertolongan daripada dia dan langsung mengajak aku pergi ke tempat kereta aku. Kami pergi dan selesailah masalah pasal kereta tersebut.

    Apa yang ingin aku rungkaikan di sini, rupa-rupanya Allah itu mendengar rintihan aku dan memberi pertolongan kepada aku. Aku benar-benar teruja dengan pertolongan daripada DIA dalam mereka sedang menolong aku terfikir sejenak tentang DIA. Dalam tak sedar iaitu dalam aku terfikir dan berfikir rupa-rupanya ia juga adalah sebuah DOA tanpa aku menyebut Asma Al HusnaNya. Patutlah ada seorang  halaqian di sini memberitahu aku bahawa fikir itu juga adalah DOA. Sekarang terbuktilah bahawa setiap apa kita fikir adalah DOA. Jadi mulai hari ini fikirlah yang baik-baik…

    Cukuplah bagi hanya DIA yang berkuasa memberi pertolongan.

    Reply #5 20 November, 2012, 02:55:55 AM
  • Publish
  • -salam-
    "Allah pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah taghut, yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya." - QS Al-Baqarah : 257

    (senyum)
    Fa'tabiru!

    Reply #6 20 November, 2012, 11:33:25 AM
  • Publish
  • Ini kisah aku dan Dia

    Sepanjang aku pulang ke kampung, aku tidak membawa bersama kereta itu ke kampung tetapi aku tinggalkan kereta tersebut di Putrajaya. Aku tinggalkanya selama seminggu tanpa mencabut pencucuh bateri tersebut. Dengan sikap aku yang malas untuk mencabutnya jadi aku kena terima akibat kemalasan tersebut iaitu kereta tidak dapat dihidupkan. Sebelum aku cuba untuk menghidupkannya aku masih berharap agar kereta tersebut masih boleh dihidupkan walaupun telah aku tinggalkan selama seminggu.

    Setelah aku gagal untuk menghidupkannya, aku terus pergi menaiki bas yang masih menunggu penumpang untuk pergi ke tempat kerja. Dalam perjalanan tersebut aku terfikir dan rasa bersalah ‘inilah akibatnya bukan sahaja menyusahkan aku malah turut menyusahkan orang lain’. Aku seorang yang teramat sukar untuk meminta pertolongan daripada orang lain bukan kerana aku sombong tetapi tidak mahu menyusahkan orang lain. Sebolehnya selagi aku mampu akan aku lakukan. Dalam pada itu ‘aku turut terfikir takkanlah aku nak minta tolong pada orang yang sama dan orang yang biasa aku minta tolong sudah tidak bekerja bersama di jabatan aku’. Aku masih berfikir untuk mencari jalan penyelesaian ini. Aku juga teringat kalau dulu aku tunaikan permintaan aku untuk membeli jumper tentu aku boleh lakukan dengan meminjam kereta orang lain.

    Setibanya aku di pejabat, aku terlintas ingin meminta tolong pada dia setelah aku melihat kelibat dia yang baru sampai setelah 20 minit aku sampai. Aku bertanyakan sama ada dia ada jumper atau tidak. Tapi malangnya dia tidak mempunyainya. Aku diam dan aku yakin akan ada pertolongan daripadaNYA dan tidak fikir apa-apa lagi dan aku biarkan tambahan  waktu untuk bekerja dan aku teruskan kerja aku hingga selesai.

    Selepas selesai pekerjaan aku, tiba-tiba datang seorang hamba Allah dan kawan-kawannya yang aku tidak terlintas langsung untuk meminta pertolongan daripada dia dan langsung mengajak aku pergi ke tempat kereta aku. Kami pergi dan selesailah masalah pasal kereta tersebut.

    Apa yang ingin aku rungkaikan di sini, rupa-rupanya Allah itu mendengar rintihan aku dan memberi pertolongan kepada aku. Aku benar-benar teruja dengan pertolongan daripada DIA dalam mereka sedang menolong aku terfikir sejenak tentang DIA. Dalam tak sedar iaitu dalam aku terfikir dan berfikir rupa-rupanya ia juga adalah sebuah DOA tanpa aku menyebut Asma Al HusnaNya. Patutlah ada seorang  halaqian di sini memberitahu aku bahawa fikir itu juga adalah DOA. Sekarang terbuktilah bahawa setiap apa kita fikir adalah DOA. Jadi mulai hari ini fikirlah yang baik-baik…

    Cukuplah bagi hanya DIA yang berkuasa memberi pertolongan.


    kena beli keta baru nih Yuzie..

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    50 Replies
    6492 Views
    Last post 14 March, 2010, 10:49:45 AM
    by halawah
    28 Replies
    3660 Views
    Last post 20 May, 2013, 08:49:39 AM
    by afiQoh
    0 Replies
    434 Views
    Last post 26 December, 2012, 12:45:25 AM
    by Abi Naim