0 Halaqian and 1 Tetamu are viewing this topic.
Bagaimana pula dgn 'pendamping'? Ramai org alim spt ustaz2 mempunyai pendamping utk berubat....adakah pendamping ini Islam? Bagaimana mrk memperolehi pendamping ini? Ada yg mgk diwarisi dr datuk moyang, & ada yg diwarisi melalui amalan2 tertentu....Blehke kita org Islam memiliki pendamping dgn mengamalkan amalan2 & bacaan ayat2 tertentu dlm Quran?Ana pernah terbaca...stp surah dlm Quran mempunyai khadam spt surah Yaasin, Kursi....Jadi dgn mengamalkannya..kita bleh memiliki khadam2 tersebut....Betul ke?
Selain mewarisi saka dr keturunan, manusia bleh gak mengamalkan ilmu tertentu utk membela saka. Malah ada yg sanggup bertapa utk mendptkan saka. Ada sesetgh manusia mewarisi saka dr bomoh2 utk menjd suruhan mrk. Betulke?
kak ada jugak dengar ada orang yg dahulu nya suka bertapa,maksud nya bertapa untuk ilmu2 keduniaan mungkin berdamping dgn jin lah,dan ada masa nya ,setahun sekali beliau ni mesti balik ke negeri nya di jawa untuk buat pertapaan,dan masa bertapa tu syarat nya tidak boleh berpakaian...ini ada lah kesyirikkan yg mereka lakukan untuk berdamping ngan jin2 yg konon nya boleh tercapai hasrat dan hajat nya....wallahua'lam.
Harian Metro-30 Julai-SHAH ALAM: Seorang pensyarah sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di Selangor terpaksa berpisah dengan isterinya apabila wanita terbabit ‘kempunan’ untuk tinggal di kediaman pengamal ajaran sesat Banuar Bikini semata-mata kerana mahu membuang `saka’.Wanita terbabit yang dikatakan mempunyai susuk tubuh menawan selain paras rupa jelita, dikatakan terpedaya dengan ‘kehebatan’ tok guru ajaran sesat terbabit mengubat dan pada masa sama, mencabulnya.Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam dan Mesra Rakyat Selangor, Datuk Abdul Rahman Palil, ketika mendedahkan perkara itu berkata, pensyarah berkenaan terpaksa menceraikan isterinya kerana tidak sanggup melihat wanita itu diperdaya lelaki terbabit.Malah, katanya pensyarah terbabit percaya isterinya sudah terpengaruh dengan ‘belaian’ Banuar Bikini menyebabkannya sukar kembali ke pangkal jalan.“Banuar mengatakan wanita terbabit mempunyai saka menyebabkan dia perlu diubati bagi memulihkan kembali keadaannya yang sudah teruk.“Dia menjalankan beberapa sesi rawatan memakan masa beberapa hari hingga minggu dan mengarahkan wanita itu tinggal di markas ajaran sesat terbabit di Kampung Bukit Kapar, Klang, dengan alasan lebih mudah diubat,” katanya kepada Harian Metro di sini, semalam.Wanita terbabit yang mempercayai kata-kata guru syaitan itu, mengikut saja dan akhirnya, selepas dipujuk rayu, terus menjadi bahan ‘uji kaji’ lelaki keji berkenaan.Pada masa sama, Banuar bukan saja dapat menonton pesakitnya berbikini ketika sesi berubat, malah dipercayai mengambil kesempatan mencabul wanita berkenaan.“Pensyarah berkenaan yang mengetahui kejadian itu berusaha memujuk isterinya untuk kembali ke pangkal jalan serta meninggalkan khidmat perubatan mengarut itu, namun gagal menyebabkan dia mengambil keputusan untuk berpisah.“Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan apa yang terjadi pada wanita berkenaan selepas mereka berpisah sama ada masih bersama tok guru sesat itu atau sebaliknya,” katanya.Abdul Rahman bagaimanapun berkata, kejadian terbabit berlaku bertahun lalu dan boleh dijadikan pengajaran kepada pihak lain supaya menjauhi ajaran sesat kerana implikasinya besar kerana ia boleh merosakkan perkahwinan serta banyak lagi perkara negatif.Menurut beliau, pihaknya sedang bekerjasama dengan Jabatan Agama Johor serta Negeri Sembilan selepas menerima maklumat ajaran Banuar Bikini kini cuba dihidupkan kembali.“Banuar yang kononnya terkenal dengan ilmu perubatan membuang saka dibuang negeri ke Johor pada 2002 menyebabkan kumpulan ajaran sesatnya di Selangor lumpuh.“Bagaimanapun, melalui risikan dan maklumat awam, kami dapati ada kemungkinan ajaran sesat terbabit sedang cuba dihidupkan kembali dan kini dalam proses mencari ahli baru,” katanya.Menurut Abdul Rahman, pihaknya memandang serius perkara itu dan akan menyerahkan pelbagai maklumat kepada jabatan agama kedua-dua negeri untuk diperhalusi bagi memastikan kegiatan sesat terbabit dapat dipatahkan sebelum ia berkembang.Beliau berkata, ada kemungkinan juga cubaan itu dilakukan pengikut taksub lelaki terbabit tetapi pasti ia mendapat kebenaran daripada tok guru sendiri sebelum dijalankan.“Ajaran sesat Banuar Bikini sudah lama sebati dalam diri pengikut serta lelaki terbabit dan bukan mudah membuangnya kerana cara kehidupan dalam kumpulan itu berlainan dengan cara hidup muslimin serta muslimat yang tiada kena mengena dengan ajaran berkenaan.“Jumlah pengikut taksub tidak ramai tetapi kami tetap memandang berat perkara itu kerana mereka boleh merosakkan akidah selain menghancurkan ummah hanya kerana terlalu percayakan tok guru yang hanya tahu mengambil kesempatan saja,” katanya.Khamis lalu, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dengan bantuan Majlis Perbandaran Klang (MPK) merobohkan premis milik kumpulan ajaran sesat Banuar Bikini atau nama sebenarnya, Banuar Roslan, di Kampung Bukit Kapar, Klang.p/s: Bila ana baca kisah ni, ana terfikir...blehke manusia dipukau sehingga berlaku perceraian. Bagaimana dgn perumpamaan jodoh di tangan Tuhan? Bagaimana pula jika yg memukau itu adalah sedara pasangan itu sendiri spt ibu kandung, kakak kandung etc yg berniat buruk terhadap kehidupan pasangan itu?
Info yg berguna...tima kasih alhaudhie....Kira zaman skrg ramailah yg mempunyai saka ye....cos byk sgt maksiat...ni la salah satu perbuatan saka yg mendampingi manusia.Bagaimana pula dgn 'pendamping'? Ramai org alim spt ustaz2 mempunyai pendamping utk berubat....adakah pendamping ini Islam? Bagaimana mrk memperolehi pendamping ini? Ada yg mgk diwarisi dr datuk moyang, & ada yg diwarisi melalui amalan2 tertentu....Blehke kita org Islam memiliki pendamping dgn mengamalkan amalan2 & bacaan ayat2 tertentu dlm Quran?Ana pernah terbaca...stp surah dlm Quran mempunyai khadam spt surah Yaasin, Kursi....Jadi dgn mengamalkannya..kita bleh memiliki khadam2 tersebut....Betul ke?
Dimulakan Oleh ImTiHaN « 1 2 » Mistik
Dimulakan Oleh kanjeng sunan Isu Semasa
Dimulakan Oleh Perawat Islam Mistik