Hukum INSURAN NYAWA dalam Islam

Author Topic: Hukum INSURAN NYAWA dalam Islam  (Read 13559 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

alhaudhie

  • *
  • Posts: 2061
    • View Profile
29 July, 2007, 02:53:05 AM
  • Publish Di FB
  • Insurans Menurut Perspektif Islam

    Benarkah Insurans Haram Menurut Islam?


    1. MUQADDIMAH

    Segala puji bagi Allah, pencipta sekalian alam, selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah SAW. Serta ahli keluarganya dan para sahabatnya.

    Penulisan ini akan menyentuh aspek berikut :-

    1. Pembahagian insuran.
    2. Perbezaan Fatwa Ulama' mengenai hukum insuran
    3. Mengapa insuran perniagaan difatwakan haram?
    4. Apakah dalil para Ulama yg mengharuskannya & syarat utk menyertainya?
    5. Alternatif Islam dalam hal Insuran.

    Secara ringkasnya, perbincangan hukum insuran telah dibincangkan begitu panjang oleh para ulama' tertutamanya di kalangan ulama' Timur Tengah. Oleh kerana sistem Insuran ini suatu ciptaan yg dikira baru menurut zaman iaitu disekitar tahun 1666 m di London, system ini hanya menembusi dunia Islam arab hanya sekitar 1830 M.
    Al-Mu'amalat al-Maliah al-Mu'asirah. Prof. Dr Othman Syabir, cet Dar an-Nafais, hlm 106.
    Ini dapat dilihat daripada fatwa pertama yg dikeluarkan oleh Al-Allamah Al-Syeikh Muhd Amin (Ibn 'Abidin, wafat thn 1836 m @ 1252 H) Beliau merupakan fuqaha' ulung bermazhab Hanafi di Syam dan dianggap cendikiawan Islam pertama yg mengeluarkan fatwa berkenaan Insuran.
    Hasyiah Ibn 'Abidin, Jilid 4, hlm 170

    Bagi memudahkan perbinacngan ringkas ini, elok kiranya dijelaskan dua bentuk
    asas Insuran, ia adalah :-

    1. Insuran Bersifat Perniagaan @ Komersial (Takmin Tijari)
    2. Insuran Kerjasama @ Masyarakat (Takmin Ta'awuni @ ijtima'ie)

    Insuran Bersifat Perniagaan (Takmin Tijari) :

    Ia adalah suatu kontrak perniagaan (business) drpd jenis Kontrak Pertukaran
    Kewangan ('Uqud Mu'awadat Maliah). Ia mewajibkan syarikat Insuran membayar
    jumlah tertentu kepada pencarum insuran apabila berlaku beberapa jenis
    kemalangan @ musibah yg telah ditentukan di dlm kontrak (aqad) bersesuaian dgn kadar2 tertentu. Ia juga bergantung kpd jumlah caruman pencarum.
    'Uqud at-Takmin, Dr. Jamal Hakim, Jld 1, hlm 33

    Kontrak Insuran ini mengandungi item berikut :

    1. Redha di kedua2 pihak ( iaitu syrkt Insuran dan Pencarum), Ia ibarat
    kontrak yg mengandungi aspek ijab & qabul.

    2. Pihak yg memberi insuran, iaitu pihak syarikat Insuran.

    3. Pencarum, individu yg membayar jumlah tertentu dan yg membuat penjanjian
    dgn syarikat Insuran.

    4. Yang menerima manfaat, iaitu spt anak kpd individu atau isteri dan lain2.

    5. Kebahayaan @ musibah, Iaitu jenis2 musibah @ kemalangan yg diandaikan yg
    ditentukan di dlm kontrak, spt kecurian, kebakaran, kecederaan, kematian dan
    lain2.

    Bentuk Insuran ini spt :-
    Insurans Terhdap Musibah Menimpa Tubuh, Insuran Nyawa, Insuran Harta dan pecahannya (kereta, motor, rumah dan lain2) , Insuran Kemalangan Jalanraya, Insuran Kerja dan lain2.

    Saya menganggap, pembaca tentu telah memahami perkara ini secara praktikal di Malaysia, ia adalah sesuatu yg telah diketahui umum dalam dunia kehidupan di Malaysia.

    Insuran Bersifat Kerjasama @ Kemasyarakatan (Ta'awuni):

    Ia adalah suatu kontrak berbentuk derma @ sumbangan drpd sesuatu Badan
    Pengurusan Insuran Kerjasama kpd para pencarumnya atas dasar saling bantu
    membantu mengurangkan bebanan musibah yg ditanggung pencarum (ahli masyarakat).

    Ia tidak bertujuan mengumpul dan mencari keuntungan daripada simpanan wang
    pencarum. Ia juga bukan suatu jenis perniagaan..
    Qarar Kesatuan Fiqh Sedunia (Majma' Fiqh Sedunia) bertarikh 1978 M, dinaqal drpd Dr. Uthman Syabir, hlm 131.

    Demikian dua bentuk insuran yang asas. Bentuk yang pertama tidak disepakati
    sepenuhnya tentang hukumnya bgmnpun Majoriti ulama' mengharamkannya, manakala jenis yg kedua disepakati sebulat suara tentang keharusannya di dalam Islam.

    2. ULAMA' DAN HUKUM INSURAN JENIS PERTAMA

    Sebagai pembuka tirai perbincangan, terlebih dahulu penulis ingin menyebut
    bahawa Kesatuan Ulama' Fiqh Sedunia (Majma' Fiqh 'Alami) telah pun bersidang
    memperbincangkan hukum Insuran Bersifat Perniagaan ini. Keputusannya, jumhur @ majoriti dari mereka sepakat terhadap PENGHARAMAN insuran ini.

    Secara perincian, masih terdpt sebilangan ulama' besar yg berpandangan
    sebaliknya. Ringkasan pecahan kumpulan ulama' ini adalah seperti berikut :-

    1. Kumpulan Yg Mengharamkan Insuran Bersifat Perniagaan & Jenis-jenisnya.
    Mereka terdiri daripada ulama' berikut :-

    a. As-Syeikh Al-Allamah Muhd Amin Ibn Abidin (1836 M)
    b. As-Syeikh Al-Imam Muhd Abu Zuhrah (Meninggal tahun 1972
    Prof.Syari'ahUniv. Kaherah, dianggap ulama' terulung dlm Ilmu Fiqh)
    c. As-Syeikh Al-Imam Muhd 'Abduh (menurut qawl yg lebih shohih)
    d. As-Syeikh Muhd Bukhait al-Mut'ie (Bekas Mufti Mesir, meninggal 1935 M )
    e. As-Syeikh Al-Allamah Ahmad Ibrahim al-Husayni (Fuqaha' terulung Mesir &
    dianggap mujaddid Fiqh Mesir)
    f. As-Syeikh Najm al-Din al-Wa'iz (Bekas Mufti Iraq)
    g. As-Syeikh Muhd al-Ahmadi al-Zawahiri (Bekas Syeikh al-Azhar)
    h. As-Syeikh Salim Matar al-Bisyri (Bekas Syeikh al-Azhar)
    i. As-Syeikh Hasunah an-Nawawi (Bekas Syeikh al-Azhar)
    j. As-Syeikh Abd Rahman Mahmud Qara'ah (Bekas Mufti Mesir)
    k. As-Syeikh Prof. Dr Yusoff al-Qaradhawi (Ulama' dan Da'ie terkemuka di dunia
    Islam hari ini, Prof. Syarih di Univ. Qatar)
    l. Prof. Dr. Muhd Ali Salus (Prof. Fiqh di Univ. Qatar)
    m.Prof. Dr. Muhd Othman Syabir (Prof. Fiqh di Univ. Jordan & Qatar)
    n. As-Syeikh Prof. Dr Muhd Baltaji (Prof di Univ Kaherah kini, di anggap
    Fuhaqa' teralim di ketika ini)
    o. As-Syeikh Dr. Abdullah al-Qalqili (Bekas Mufti Jordan)
    p. Prof. Dr Muhd Sulaiman Asyqar (Prof. Fiqh di Univ. Jordan & Ulama' terkenal
    di Jordan kini)
    q. Prof. Dr Wahbah Az-Zuhayli (Prof. Di Univ. Damshiq Syria, Ulama' terkenal
    di dunia)

    2. Kumpulan Yg Mengharuskan Insuran Dgn Meletakkan Syarat2 Tertentu. Mereka adalah :

    a. As-Syeikh Abdullah Siyam (Ulama Takhassus Fiqh dalam tahun 1932 M)
    b. As-Syeikh Prof. Abd Wahab Al-Khallaf (Prof. Syariah di Univ. Kaherah, wafat
    thn 50 an)
    c. As-Syeikh Prof. Dr. Yusoff Musa (Prof. Syariah di Univ. Kaherah)
    d. As-Syeikh Prof. Dr. Mustafa az-Zarqa'(Prof. Syariah di Univ. Jordan &
    Ulama' terulung sezaman dgn Abu Zuhrah)
    e. As-Syeikh Prof. Dr. Muhd 'Uqlah al-Ibrahim (Prof. Syariah Univ. Al-Yarmouk
    & ulama' terkenal di Jordan kini)

    3. Kumpulan Yg Mengharuskan Insuran Kecuali Insuran Nyawa.

    Mereka adalah :

    a. As-Syeikh Prof. Muhd Ahmad as-Sanhuri (ulama' terkemuka di tahun 50 an)

    b. As-Syeikh Prof. Dr Ali Khafif (ulama' Mesir yg terkemuka di bidang fiqh
    mu'amalat)

    Demikianlah pecahan kumpulan ulama' terkemuka di dunia Islam yg terzahir
    pandangan mereka melalui kitab2 mereka dan nadwah2 Islam di seluruh dunia.
    Mengikut jumlah, kumpulan ulama yg mengharamkan insuran jenis perniagaan adalah majoriti.

    Kajian dan perbincangan mereka adalah panjang dan boleh mencecah ratusan
    halaman. Justeru penulis tidaklah berhasrat untuk memperbicarakan dalil2
    kedua-dua kumpulan tersebut. Cukup sekadar mengemukakan asas hujjah mengapa ia di anggap haram oleh majority ulama' & apakah dalil asas ulama' yg
    mengharuskannya.

    3. SEBAB INSURAN BERSIFAT PERNIAGAAN MENJADI HARAM ?

    Ia adalah satu perbincangan 'ilmiah & sebenarnya memerlukan 'basic knowledge'
    tertentu yg agak luas untuk memahaminya dgn sempurna, bgmnpun penulis akan cuba memudahkan dalil2 ini demi memberikan kefahaman semaksimum mungkin di kalangan org awam. Selebihnya perlulah pembaca melakukan kajian dan rujukan kpd Ulama Takhassus(pakar) Fiqh di Universiti-universiti bg penjelasan dgn lebih terperinci.

    Demi mendapat kefahaman sepenuhnya dlm bab ini, pembaca mestilah mempunyai ilmu asas berikut :-

    - Pembahagian kpd Aqad Mu'awadat (Pertukaran) & Tabarru'ah (Derma @ Sumbangan)
    - Riba & pembahagiannya
    - Syarat jual beli dalam Islam.
    - Jual beli Gharar dan pecahannya.
    - Serba sedikit tentang Qias (Perbandingan Hukum).
    Begitulah serba sedikti ilmu asas yg diperlukan bagi melahirkan kefahaman jitu
    dlm masalah ini.

    Menurut kumpulan pertama, Insuran bersifat perniagaan adalah haram kerana :-

    1. Terdapat Unsur Riba
    Al-Mu'amalah al-Maliah, Dr Uthman Syabir, Dar al-Nafais, cet ke 4, hlm 118 ; Fiqh al-Islami wa adillatuhu, Dr. Wahbah Az-Zuhayli, Jld 5, hlm 3423

    Riba jelas wujud, apabila syarikat insuran membayar jumlah tertentu kpd si
    pencarum yg terkena musibah. Ia dianggap riba kerana wang (dari pencarum)
    berbalas wang (dari syarikat) dgn jumlah yg berbeza, padahal wang merupakan item riba (usurious items) sbgmn 6 item yg disebutkan Nabi di dlm hadithnya. Nabi SAW telah mensyaratkan dgn jelas dan terang, apabila bermu'amalah di antara dua item riba yg sama jenis (cth di sini wang RM dgn wang RM), mestilah dgn syarat:

    a. Sama timbangan (mathalan bi mathalin ? jika melibatkan timbangan spt beras, gandum, garam dan lain2)

    b. Sama Nilai (mathalan bi mathalin)

    c. Diserahkan di ketika mu'amalah di lakukan. (yadan diyadin)
    Syarat ini bersumber dari hadith :

    Mafhum : Jgn kamu jual emas dgn emas kecuali bersamaan nilaian dan
    timbangannya, jgn kamu melebihkan salah satu darinya di atas yg
    lain.." ( Al-Bukhari & Muslim)

    Mafhum : Jgn kamu jual emas dgn pulangan emas, perak dgn pulangan
    perak kecuali (mestilah ia) dlm timbangan yg sama, nilaian yg sama..

    Maka setiap perbezaan timbangan atau nilai (dlm item ribawi) di anggap
    Riba al-Fadl yg diharamkan (Tahrim wasail). Apabila pencarum mendapat
    pulangan wang dgn jumlah berbeza maka berlakulah Riba al-Fadl ini.
    Iaitu:
    TIDAK ADA KESAMAAN NILAI DLM URUSNIAGA DUA ITEM RIBA!

    Manakala pembayaran bertangguh dlm 2 brgn ribawi adalah Riba
    An-Nasi'ah yang diharamkan secara jelas oleh Allah SWT di dlm
    al-Quran.

    Dalam hal insuran sudah tentulah berlaku penangguhan, iaitu apabila
    pencarum terkena musibah barulah akan dibayar jumlah tertentu. Inilah
    dinamakan Riba An-Nasiah. Prof. Dr Muhd Baltaji, menjelaskan bhw
    kontrak insuran ini sama sekali tidak boleh lari dari Riba An-Nasiah
    ini. Beliau juga menegaskan bhw mana2 hujah utk lari dari anggapan
    riba ini adalah suatu helah yg tidak sah menurut pandangan syarak .
    'Uqud at-Takmin, hlm 111
    Justeru Insuran mempunyai kedua2 jenis Riba lalu ia digelar Riba An-Nasa'

    - Perlu disedari bhw insuran biasa yg byk terdpt di Malaysia hari ini adalah
    bersifat perniagaan (Takmin Tijari) yg mana, syarikat insuran mengganggap usaha mereka adalah sbg satu perniagaan yg bertujuan mencari keuntungan. Justeru, secara jelas kontrak yang dipersetujui oleh pencarum dan syarikat adalah termasuk katergori Aqud Mu'awadah Maliah (Kontrak Pertukaran Harta) dgn cara Perniagaan. Semua kontrak yg terlibat dgn item ribawi mestilah menjaga 3 syarat yg disebutkan dia atas tadi. Jika tidak ia akan jatuh ke hukum Riba yg diharamkan.

    - Walapun adakalanya pencarum tidak berniat mencari keuntungan dari
    carumannya bahkan hanya utk merasa lebih selamat terhdp keretanya, rumahnya, ahli keluarganya dsbgnya, tetapi ia tetap dianggap riba. Zahir urusniaga insuran tadi cukup untuk mengkategorikan ia sbg riba, walaupun maksudnya tidak selari dgn riba yg sebenarnya (iaitu mencari untung). Berapa byk kes yg telah ditemui, terdpt individu yg sengaja menghilangkan kereta utk meraih wang insuran, pembunuhan ahli keluarga utk mendpt wang insuran bernilai jutaan RM dan lain2.

    - Riba juga boleh berlaku dgn sgt jelas apabila wang caruman tersebut
    diperniagakan oleh syarikat insuran di dalam syarikat lain dgn kadar faedah
    tetap yg diharamkan (biasanya di bank konvensional, bukan secara mudharabah), atau mana2 syrkt yg bermu'amalah secara riba. Berlakulah pertambahan wang
    caruman tadi hasil simpanan wang tadi. Malah lebih teruk kiranya, syrkt insuran
    meletakkan wang itu di dlm syrkt yg melakukan urusniaga haram spt arak, judi dan lain2.

    2. Terdapat unsur ketidaktentuan (gharar)
    Rujuk Al-Mu'amalat al-Maliah al-Mu'asirah, Dr Ali Ahmad Salus, Maktabah al-Falah, cet kedua, hlm 380 ; lihat juga 'Uqud at-Takmin, Dr Muhd Baltaji, Dar al-Urubah, Kuwait,

    Nabi SAW bersabda dalam hadith yg shohih bhw Baginda "Melarang drpd
    urusniaga yg mengandugi gharar" (Riwayat Muslim).
    Muslim, Kitab al-Buyu' ; Malik dlm al-Muwatta' ; Ahmad dari Ibn Umar dlm al-Musnad ;
    Rujuk Fath al-Bari, Ibn Hajar Al-'Asqolani, Jld 5, hlm 260

    Ia berlaku apabila, kedua2 pihak (pencarum & syarikat) saling tidak
    mengetahui apa yg akan berlaku, bilakah musibah akan menimpa?, minggu depan, tahun depan ? dsbg.. Ia adalah satu kontrak yang dibuat berlandaskan andaian (ihtimal) semata2.

    Sekiranya A mencarum RM 1000 hari ini, tiba2 berlaku kehilangan keretanya
    esok, maka mungkin jumlah insuran yg akan diperolehinya berlipat kali ganda
    berdasarkan pakej insuran syarikat tertentu. Bukankah ini membebankan
    syarikat, dgn itu ketidak adilan berlaku terhdp syrkt. Begitu juga, kiranya
    pencarum mencarum sehingga suatu jumlah RM 100,000 sedangkan kereta tidak
    pernah ditimpa musibah selama 30 tahun. Sudah tentu pencarum akan tertanya2
    bgmn wangnya? Adakah akan hangus begitu shj ? malah kiranya ditimpa musibah, kemungkinan jumlah yg diperolehi ¼ dari carumannya. Bukankah pencarum pula yg tertindas?.

    Ini lah yg disebut ketidak tentuan (gharar) yang dilarang di dlm Islam,
    Kehebatan system Islam dlm urusniaga amat mengambil berat hal ini, agar
    kedua2 pihak tidak dizalimi atau terzalim. Kerana itu Islam mensyaratkan
    beberapa syarat sah urusniaga Jual Beli, tanpanya jual beli dan kontrak
    menjadi rosak, antara syaratnya .
    Al-Majmu' Syarh al-Muhazzab, Al-Imam An-Nawawi, cet Dar Ihya' at-Turath al-Arabi, Jld 9, hlm 210 ; Qabasun Fi Fiqh al-Mu'amalat, Prof. Dr Abd Fatah Idris, hlm 29 ; Al-Fiqh al-Islami, Dr Wahbay az-Zuhayli, 5/3325 :-

    a. Timbangan yg maklum (diketahui jelas?kiranya jenis yg ditimbang)

    b. Barang & harga yg jelas dan dimaklumi (tidak boleh harga yg dijahili ketika
    beli)

    c. Penjualan barangan tidak dihadkan kpd tempoh tertentu masa yg jelas.

    d. Mempunyai tempoh tangguh yg dimaklumi (samada tempoh serah barang mahupun harga), iaitu kiranya melibatkan urusniaga jualan tangguh.

    e. Redha kedua2 pihak dgn urusniaga yg dijalankan.

    f. Sama Nilai & timbangan serta penyerahan di dlm majlis yg sama tanpa tangguh dalam urusniaga item ribawi. Menurut Islam, gharar ini merosakkan Aqad.
    Baltaji, hlm 68.
    Demikian Islam menjaga kepentingan manusia dlm aspek ini. Al-Imam An-Nawawi menyatakan, larangan gharar dlm urusniaga Islam mempunyai peranan yg begitu hebat dlm menjamin keadilan. Cth Jual beli gharar ini adalah membeli atau menjual anak lembu yg masih dlm keadaan janin dlm perut ibunya, Menjual burung yg terbang di udara. .

    Al-Minhaj Syarh Shohih Muslim, Lihat Bab Buyu' dlm semua cetakan.

    Ia menjadi gharar krn tidak dpt dipastikan sempurnakah janin yg akan
    dilahirkan, dpt kah ditangkap burung itu. Maka kiranya dibayar harga, tiba2
    brgan tidak sempurna, lalu pembeli tidak puas hati, hingga terjadi
    permusuhan & pergaduhan. Islam melarang gharar demi mengelak kejadian spt
    ini. Bgmnpun, Islam memaafkan gharar yg sedikit yg tidak dpt dielakkan serta
    yg diyakini tidak menjejaskan urusniaga..
    Ibid, Jilid 4/ hlm 5-6 ; Rujuk juga Fath al-Bari, 5/260 dan As-Syarh al-Shoghir 3/95
    Byk lagi dlm aspek lain menunjukkan toleransi urusniaga Islam yg sukar utk diperkatakan di dalam penulisan yg ringkas terfokus ini. Jika kedua2 pihak saling meredhai dan menjamin tiada pertelingakahan akan berlaku, kontrak tadi secara zatnya tetap termasuk dlm rangkuman bay' al-gharar yg diharamkan. Walaupun nisbah peratusan atau kadar bayaran telah ditentukan agar pencarum maklum, ia tetap juga tidak tahu, bilakah musibah akan berlaku. Justeru tetap ada gharar di situ. .
    Rujuk perbincangan yg lanjut & menarik dlm 'Uqud at-takmin, Dr. Muhd Baltaji, hlm 76-93

    3. Terdapat unsur Perjudian.

    Judi jelas diharamkan oleh Allah SWT di dlm al-Quran tanpa syak lagi.
    Insuran mengandungi unsur ini krn ia berkait dgn nasib samada berlaku musibah
    atau tidak berlaku. Adakala apabila musibah berlaku, pencarum mendapat
    pulangan lumayan & dikira untung, mungkin juga sebaliknya. Inilah unsur judi
    yang dimaksudkan. Demikian menurut As-Syeikh Bakhit al-Mut'ie dlm risalahnya
    hlm 14, juga ulama' lain. Pencarum pula ketika mencarum mengharapkan dgn
    carumannya yg sedikit, ia boleh mendapat sejumlah wang yg lumayan kiranya
    berlaku musibah. Ini juga suatu perjudian.
    Ahkam Mu'amalat Mu'asirah, Dr. Ali Salus, hlm 380

    Bgmnpun Prof. Mustafa Zarqa' menolak insur ini terdpt di dalam Insuran dgn
    katanya :
    "Sesungguhnya judi adalah suatu permainan yg bergantung kpd nasib
    dan ia bertentangan dgn akhlak kemanusiaan..Di mana letaknya anggapan insuran bersifat judi sedangkan ia adlh suatu system yg tegak di atas dasar bantu mengurangkan bebanan manusia lain ketika ditimpa musibah.."
    Usbu' al-Fiqh al-Islami, hlm 398 ; juga artikel Syeikh Ali Khafif, hlm 17

    Syeikh Muhd Abu Zuhrah menolak hujjah ini krn terdpt pada insuran unsur
    'mukhatarah' (nasib dan musibah dan bahaya). Dr Muhd Baltaji menambah, bhw
    inilah sebab utama ia dianggap judi yg diharamkan, aspek samada ia boleh
    membawa permusuhan atau tidak bukanlah sebab utama 'Uqud at-Takmin, hlm 98. Malah jelas bhw insuran adalah suatu kontrak yg dibuat terhdp satu perkara yg tidak pasti dari kedua2 pihak. (kedua pihak tidak tahu jumlah yg diperolehi
    dan apa pula yg akan dibayar)

    Apa yg disebut oleh Syeikh Zarqa' hanyalah suatu pandangan yg tidak dpt lari
    dr hakikat bhw unsur judi wujud dlm insuran & Dasar Bantu yg disebutkan
    adalah tidak tepat krn syrkt inusran ditubuhkan atas dasar perniagaan yg
    ingin untung bukan dasar bantu membantu. Ia berbeza dgn insuran ta'awuni yg
    dihalalkan Islam (akan disebutkan selepas ini). Demikianlah hujjah utama kumpulan ulama' yg mengharamkan Insuran Jenis Perniagaan.


    4. RINGKASAN DALIL KUMPULAN YG MENGHARUSKAN

    Kumpulan yg mengharuskan Insuran ini berhujjah dgn dalil2 Qias (Perbandingan
    Hukum) Secara umum, mrk menggunakan dalil qias dalam hujah mereka, iaitu dgn mengqiaskan kpd beberapa system yg zahirnya kelihatan spt system insuran, yang mana sistem2 ini diterima di dalam Islam. Mrk meng'qias'kan insuran dgn system berikut :

    a. 'Aqd al-Hirasah (Kontrak Pengawal Keselamatan)

    b. Jaminan Keamanan Laluan (Dhoman Khatar at-Toriq) ? suatu aqad yg diterima pakai oleh ulama' Mazhab Hanafi.

    c. Maslahat (kepentingan tertentu)

    d. Al-Wadi'ah bi ajr (Penerimaan bayaran balik bila barangan amanah rosak)

    e. Sistem Pencen @ Persaraan ( Nizom at-Taqa'ud)

    f. Dharurat atau krn hajat yg bersgtan ( Hajiat)
    Dan beberapa yg lain.

    Penulis tidaklah ingin mengulas lanjut dalil2 ini krn ia memerlukan ilmu asas
    utk memahaminya dan agak rumit utk diulas dlm ruangan yang terhad. Cuma penulis hanya ingin mengulas hujah dharurat shj.

    Kumpulan yg mengharuskan mengatakan bhw penggunaan insuran adalah suatu dharurat kini, tidak dpt lagi darinya dalam konteks ekonomi dunia Moden hari ini. Kaedah Dharurat telah diterima di dalam Islam sehingga terdpt kaedah2 di dalam Fiqh seperti :

    Mafhum : Dharurat mampu mengharuskan perkara yg diharamkan.

    Mafhum : Kesukaran yg bersangatan membawa kpd kemudahan (rukhsoh)

    Mafhum : Apabila disempitkan sesuatu perkara maka yg menyalahi bertambah luas.

    Kumpulan ini berhujah bhw, Insuran jenis perniagaan ini telah begitu tersebar
    meluas di dalam masyarakat hari ini, sehingga hampir2 menjadi sebahagian drpd kehidupan masyarakat. Melarikan diri dari system in adalah sesuatu yg amat
    menyukarkan, dgn demikian jadilah Insuran sbg satu keperluan yg mencecah tahap dharurat .

    Imam as-Syatibi mentakrifnya sbg : Suatu perkara yg mesti dilakukan,
    tanpanya kehidupan tidak akan dpt berjalan, malah kehancuran pasti berlaku
    samada di dunia dan di akhirat.
    Lihat al-Muwafaqat, jld 2, hlm 20
    atau paling kurang jatuh ke tahap 'hajiat' . Takrifan Imam As-Syatibi : Perkara yg menjadi keperluan manusia, tanpanya kehidupan dpt berjalan tetapi dalam keadaan sukar dan kesempitan.
    Lihat al-Muwafaqat. .
    Dgn itu Dr. Ibrahim At-Tohawi menyatakan ia sbg keperluan yang mesti dalam kehidupan hari ini.
    Al-'Iqtisod al-Islami, Dr. Ibrahim At-Tahowi, jilid 1, hlm 441 ; Juga 'Usbu' al-Fiqh al-Islami, hlm 476

    Kumpulan pertama menolak hujjah Dharurat & Hajiat ini. Ini adalah kerana sesuatu hanya boleh dianggap Dharurat apabila :-

    a. Tanpanya, benar2 masyarakat akan menuju kehancuran dan kerosakan dan kelam kabut. Manakala Insuran tidaklah sampai ke tahap ini, berapa ramai masyrkt yg masih boleh hiudp tanpa sebarang insuran, tegasnya kehidupan masih normal cuma beberapa maslaah & kesukaran mungkin berlaku. Justeru, pihak pertama berpandangan keperluan Insuran tidak sampai ke tahap dharurat malah hanya hajiat shj.

    b. Insuran bersifat perniagaan hanya boleh diiktiraf sbg Dharurat & Hajiat,
    hanya jika tiada langsung alternatif system Insuran berbentuk Islam yang
    diiktiraf Islam. Maka dalam hal ini, terdpt di dalam Islam system Insuran Islam
    yg dinamakan Takmin Ta'awuni atau Ijtima'ie (akan disebut slps ini). Ia adalah
    harus dan sepatutnya mengambil tempat insuran jenis perniagaan yg hari ini.
    Lalu, Hujah Dharurat mahupun Hajiat tidak terpakai di sini.

    Kesimpulannya di sini, hujjah kumpulan kedua yg terakhir ini juga tertolak,
    malah Qias tidak mampu bertentang dgn nas yang jelas. Nas jelas menyatakan unsur Riba, judi yang menjadi asas pengharaman terdapat di dlm system Insuran yg bersifat perniagaan. Malah hukm pada asal yg ingin dijadikan qias pun tidak
    sebegitu kuat. Justeru, kumpulan kedua menganggap semua qias yg cuba digunakan oleh kumpulan Kedua ini adalah Qias ma'al Fariq (Perbandingan hukum yg tidak sah krn terdpt perbezaan antara Hukum Asal & Furu').

    5. PENDAPAT YG TERPILIH MENURUT PENGAMATAN PENULIS.

    Perlu diingat bhw beberapa Nadwah, Muktamar dan mesyuarat yang menggabungkan para ulama' terulung di seluruh dunia di beberapa kali diadakan, Kontrak Insuran juga telah diperbincangkan oleh mereka. Antara muktamar yg telah dilaksana :

    1. Muktamar Agung Berkenaan Ekonomi Islam bersidang kali Pertama tahun 1976 M di Mekah. Peserta hampir 200 para ulama, Prof Syariah dan tokoh2 ekonomi. Insuran adalah salah satu topik perbincangan mrk. Keputusan mrk adalah : INSURAN JENIS PERNIAGAAN ADALAH HARAM. Sebab utamanya adalah Riba & Gharar.

    2. Majlis Kesatuan Ulama' Besar bermesyuarat pada tahun 1977 M, di Arab Saudi.
    Keputusan : Insuran jenis Perniagaan adalah Haram.

    3. Majma' al-Fiqh al-Islami al-'Alami (Kesatuan Ulama Fiqh Dunia) bersidang
    pada tahun 1979 M di Mekah al-Mukarramah, Keputusan Majoriti: Insuran Jenis
    Perniagaan HARAM samada ke atas Barangan Perniagaan , Nyawa dan lain2 drpd jenis harta.

    4. Majma' al-Fiqh al-Islami sekali lagi bersidang pada 28 Disember 1985 di
    Jeddah, juga memutuskan sekali lagi pengharaman Insuran Jenis Perniagaan.

    Majma' Fiqh juga secara ijma' mengharuskan insuran jenis kerjasama
    (ta'awuni) dan mencadangkan ia sbg alternatif insuran perniagaan dan
    diseru seluruh umat Islam menggiatkannya di negara masing2..
    Al-Mu'amalat al-Maliah al-Mua'asirah, Dr. Othman Syabir, hlm 129 ; juga Al-Fiqh
    al-Islami, Dr Wahbah Az-Zuhayli, 5/3423

    Justeru, pendapat jumhur kelihatan terlebih kuat daripada pandangan kumpulan
    kecil fuqaha'. Amat sukar untuk mendapat kewajaran bagi individu biasa bg
    menfatwakan sebaliknya setelah diulas sebegitu terperinci oleh Para Ulama'
    terkemuka di dunia, Para ahli ekonomi biasa dan Prof2 Syariah di Universiti
    terkemuka Islam.

    Penulis tidaklah mampu untuk menentukan mana2 syarikat Insuran yg terdpt di
    Malaysia yg dikelaskan Insuran Bersifat Perniagaan yg difatwakan haram dan mana pula insuran jenis ta'awuni @ ijtima'ie yg difatwakan secara ijma' tentang
    keharusannya. Ini adalah krn penulis tidak mempunyai gambaran lengkap mengenai proses perlaksanaan syarikat2 insuran di Malaysia serta keberadaan di Jordan menghalang pengkajian praktikal di Malaysia. Apapun menurut hemat penulis, nsuran Ta'awuni telah pun banyak wujud di Malaysia dan boleh menjadi tumpuan para pembaca sekalian.

    Bagi mereka yg masih ingin mengambil pendapat yg mengharuskan, perlulah
    mengetahui beberapa syarat yg diletakkan, krn ia tidaklah diharuskan secara
    mutlaq. Antara syarat :

    1. Memastikan niat sbg pencarum adalah utk mendapat bantuan, tanggungan dan sedikit ketenangan kiranya berlaku sbrg musibah terhdp harta dan lain2 agar
    dapat menghindarinya sbg alat perniagaan. Juga dgn harapan, pencarum tidak
    terlibat dalam unsur judi.

    2. Memastikan semampu mungkin, bhw Syrkt Insuran yg dipilih bermu'amalah
    secara Islamik, tiada pelaburan dlm inudstri yg diharamkan, serta mempunyai asas utama takaful (skim Bantu membantu) secara zahirnya. Manakala, target perniagaan dan untung yg disasarkan oleh syrkt tidaklah kelihatan secara zahir. Dalam hal ini mungkin Syarikat Takaful Malaysia atau Insuran yg dinajurakan oleh Bank-bank berasaskan sistem Islam kelihatan lebih Islamik dan zahirnya menjurus ke arah bantu membantu. Wallahu 'a'lam

    3. Memastikan bhw wang insuran yg diperolehi drpd Badan @ Syrkt Insuran itu
    sbg satu bentuk Hadiah, Derma atau Sumbangan bukannya hasil jual beli wang dgn wang. Dgn harapan ia terlepas drpd Riba. Jika tidak ia tetap Riba. Semoga Allah mengampunnya.

    4. Kiranya syrkt Insuran menawarkan pulangan dari musibah yg menimpa bukan
    dari wang, spt kereta yg hilang diganti kereta @ apa jua yg bukannya berupa
    wang, maka ketika itu mungkin unsur Riba lenyap. Kerana ia bukan lagi 2 item
    Ribawi. Wallahu a'lam.

    Demikianlah beberapa perkara penting yg perlu diambil perhatian, bgmnpun
    penulis lebih suka mengingatkan pembaca sekalian,
    AGAR MENJAUHI INSURAN INI KERANA IA TERSGT JELAS SAMADA HARAM ATAU PALING KURANG DI TAHAP SYUBHAT!!!

    Sabda Baginda SAW :

    Mafhum : Brgsp yg menghindar diri dari perkara syubhat, maka telah terselamat agamanya dan maruahnya ( Riwayat Al-Bukhari bab Kitab al-Iman ; Muslim, bab Buyu' ; At-Tirmizi dan an-Nasaie)

    Mafhum : Tinggalkan apa yg kamu ragu kepada yg tidak kamu ragui ( Hadith Hasan Shohih menurut At-Tirmizi ; An-Nasaie ; Abu Daud dan Ahmad)

    Imam An-Nawawi as-Syafie (Imam Mujtahid : w 676 H) menghurai satu hadith,
    menyatakan berkenaan kaedah mengenal dosa menurut rasa hati dlm melakukan
    amalan syubhat.

    Mafhum : (Cukup membuat seseorg terjebak ke dosa) apabila gundah hatinya dan
    ragu, hatinya tidak lapang dlm membuatnya, timbul dlm hati perasaan syak
    serta bimbang terjebak ke dosa
    (Al-Minhaj Syarh Shohih Muslim 5/419)

    Saidina Umar al-Khattab ra berkata :
    Manhaj 'Umar Ibn Al-Khattab Fi Tasyri', Dr. Muhd Baltaji, Dar al-Fikr al-'Arabi, hlm 319 :

    Mafhum : Wahai Manusia, tinggalkan dan jauhi amalan Riba dan perkara yg diragui (halalnya)

    6. INSURAN YG DIHARUSKAN DI DALAM ISLAM

    1. Insuran Kerjasama Kemasyarakatan ( Ta'awuni @ Ijtima'ie)
    Iaitu suatu jenis insuran termasuk dalam jenis kontrak sumbangan ikhlas
    ('uqud tabbaru'at) yang diikat untuk mencapai matlamat bantu membantu di
    antara individu masyarakat yg menghadapi musibah dan demi mengurangkan
    bebanan yg ditanggung.

    Dalil Keharusannya :
    Bersumber dari beberapa buah Hadith Nabi SAW. Antaranya :

    Mafhum Hadith : " Sesungguhnya al-'Asy'ariyyun apabila bertolak ke medan peperangan, berkuranglah bekalan makanan keluarga mrk di Madinah, maka dikumpulkan apa yg terdpt dr kalangan mrk dalam satu tempat, kemudian dibahagikan antara mereka, mrk drpd kami, dan kami drpd mereka"
    (Riwayat al-Bukhari & Muslim, Rujuk Fath al-Bari 6/55)

    Inilah bentuk kerjasama, tolong menolong mengurangkan bebanan musibah yg
    menjadi asas Insuran ta'awuni.

    Mengapa ia Harus dan apakah bezanya dgn Insuran Jenis Perniagaan?

    a. Adalah ia tidak bertujuan mengaut keuntungan.

    b. Ia tidak berbentuk perniagaan, malah hanya berbentuk sumbangan derma kpd
    individu malang melalui proses dan seliaan organiasasi dan pengurusan yang
    tertentu.

    c. Ia tidak dikira 'uqud mu'awadah maliah (kontrak jual beli @ perniagaan)
    tetapi hanyalah 'uqud Tabarru'aat ( kontrak derma dan sumbangan) Justeru, dgn
    berbezanya pengkelasan kontrak ini, semua jenis riba, gharar, perjudian yg wujud pada Insuran jenis pertama tadi terhapus. Kerana ia bukan lagi jual beli yg terikat dgn syarat2nya. Kontrak tabaru'aat tiada syarat seperti syarat jual beli
    walaupun di antara 2 brgan (komoditi) Ribawi.

    Bentuknya :

    Individu mendermakan sejumlah wang kpd sesuatu Yayasan atau Badan Kebajikan atau mana-mana Kesatuan dikhaskan untuk membantu anggota Badan tersebut yang ditimpa musibah.

    Beberapa perkara yg perlu dijaga dalam pengasasan Badan Pengurus Insuran
    ta'awuni:
    Al-Mu'amalat Al-Maliah, Dr Uthman Syabir, hlm 129

    1. Mempunyai Pengasas/ Pengurus serta modal awal selain wang darpd pencarum, samada didapati drpd kerajaan, Derma drpd Yayasan, Syarikat Islam dan lain2. Modal ini berbeza drpd modal Syrkt Insuran Asas Perniagaan.

    2. Badan ini mempunyai cawangannya di setiap Bandar.

    3. Badan ini mempunyai pembahagian insuarn yg ditawarkan, spt bhg insuran
    ta'awun kesihatan, bhg bantuan ketidakmampuan tertentu samada anggota tubuh, kenderaan, harta perniagaan dan lain2.

    4. Mempunyai pembahagian kumpulan sasaran spt Pelajar, Profesional, Peniaga
    dan lain2.

    5. Mestilah badan ini mempunyai fleksibility dalam pengurusan dan menjauhi
    rigid dlm kaedah pengurusan.

    6. Terdapat anggota majis tertinggi berkelayakan tinggi yg bertanggung jawab
    dlm menyelia Pengurusan Badan ini samad drpd lantikan Kerajaan atau dari
    kalangan penderma dan pencarum. Ini penting demi memastikan kejayaan pengurusan dan matlamat.

    7. Kiranya musibah yg menimpa ahli melebihi jumlah tabungan, tambahan perlulah ditanggung oleh kerajaan atau peserta / pencarum.

    8. Matlamat Badan ini hanyalah membantu atas dasar kebaikan di antara
    pencarum / peserta / ahli tanpa bertujuan mendapat keuntungan.

    9. Terdapat had jumlah awal yg perlu dibayar oleh pencarum.Asas ini sama
    seperti system yg terpakai dlm insuran perniaagaan. Dan kaedah pembayara juga
    menggunakan asas nisbah dan kadar tertentu hasil kajian tersendiri dari mrk yg
    pakar. Cuma kadar pulangan @ lebihan kpd individu yg ditimpa musibah adalah hak bersama para pencarum & diberikan atas dasar derma, manakala dlm Insuran Jenis Perniagaan ia adalah hak Syarikat.

    10. Setiap pencarum mempunyai hak dalam hal pengurusan Badan Amanah, serta hak dlm menjaganya.

    11. Badan yang memegang amanah ini, diharuskan utk melaburkan wang caruman terkumpul ke dlm institusi Kewangan yg jelas Halal dan berniaga cara Halal demi kebaikan pencarum, eloknya mendpt restu pencarum. Tiada halangan juga bg pihak pengasas atau pengurus mengambil kadar tertentu dari keuntungan pelaburan atas dasar elaun mengurus.

    12. Mestilah Badan ini mempunyai Unit Penasihat Syari'e demi meastikan sentiasa berjalan di atas landasan syara'.

    Demikianlah beberapa aspek yg perlu dilihat demi menjayakan insuran
    ta'awuni ini. Banyak lagi aspek teori yg praktikal dan realistic yg
    perlu dilihat, sesiapa yg berminat utk membacanya bolehlah merujuk kitab
    Al-Mu'amalah al-Maliah al-Mu'asirah karangan Prof. Dr Othman Syabir. Hlm
    130 dan selanjutnya.

    2. Insuran yg disediakan oleh Kerajaan untuk Rakyat.

    Prof. Dr Wahbah Az-Zuhayli mencatatkan ia sbg harus .
    Al-Fiqh Al-Islami wa adillatuhu, Dr Wahbah, 5/3422,
    Ia ibarat suatu insuran yang diwajibkan oleh pihak kerajaan kpd para rakyat, yang mana kerajaan bertindak sbg sebuah Badan yang mengurus (bukannya syrkt Insuran Perniagaan tertentu),

    Ini kerana ia hanyalah ibarat membayar cukai kpd kerajaan, dan krn kerajaan
    adlh bertanggungjawab dlm memastikan rakyatnya dibantu di dlm keadaan
    kesusahan. Bgmnpun, perlulah dipastikan sejauh mana perlaksanaan nya selari
    dgn kehendak syarak. Kiranya bertentang dgn syarak tetapi semua kakitangan
    kerajaan dipaksa dan diwajibkan menyertainya, dosa adalah ditanggung oleh
    pemimpin yg bertanggung jawab.


    KESIMPULAN

    1. Isu ini adalah isu yg terdpt perbezaan fatwa di kalangan ulama', ia masih
    dianggap perkara ijtihadi. Terpulang kpd penilaian, ilmu dan iman masing2 untuk
    menentukan pendirian, bagi kumpulan orang awam, jln selamat adalah menuruti
    pandangan MAJORITI ULAMA' dan tidak bersendirian menentukan pendirian tanpa
    mengetahui hakikat isu ini pd pandangan Islam.

    2. Semua jenis Insuran Bersifat Perniagaan adalah haram menurut pandangan
    Majoriti ulama' semasa terutama Insuran Nyawa.

    3. Alternatif kpd keperluan system insuran adalah Insuran Kerjasama
    Kemasyarakatan (ta'awuni) yg tidak didasari oleh sifat mencari keuntungan maddi. Artikel ini terbuka kpd sebarang pertanyaan dan komentar membina. Segala yg benar dari Allah SWT, dan yg tersilap dr kelemahan diri dan gangguan Syaitan yang mengganggu. Wallahu 'a'lam.

    Sekian.
    Disediakan Oleh :
    Ust. Zaharuddin B. Abd Rahman
    M.A Jabatan Fiqh & Usul Fiqh,
    Universiti al-Yarmouk, Jordan
    zaharuddin@yahoo.com

    Wassalam
    ISLAM untuk semua

    - Pentadbiran
    - Pondok Tahfiz

    peluru

    • *
    • Posts: 369
    • Mujahidin
      • View Profile
    Jawab #1 26 April, 2009, 02:48:05 PM
  • Publish Di FB
  •  :)

    Saya ingin tahu berkenaan Hukum INSURAN NYAWA dalam Islam, kerana ada kemusykilan terhadap perkara ini. Adakah ianya sunnah drpd. Rasullah s. a. w atau sebaliknya ?

    Jawapan: Wa alaikumussalam wr wb Persoalan insuran telah menarik minat ramai cerdik pandai Islam untuk mengutarakan pandangan mereka mengenai hukumnya. Tidak dapat dinafikan, ulama’ memang berbeza pendapat di dalam hal ini. Ada yang mengatakan haram dan ada juga yang menganngapnya harus di sisi syara’. Untuk melihat persoalan ini, didatangkan pandangan mengenai insuran nyawa konvensional dan syarikat takaful.

    Perbahasan Insuran Nyawa Konvensional

    Secara am insuran ditakrifkan sebagai satu pakatan oleh sekumpulan ahli untuk mewujudkan satu tabung atau dana kewangan bersama yang khusus bagi tujuan membantu ahli ketika ditimpa musibah. Amalan seumpama ini selaras dengan tuntutan Islam. Kerjasama, saling bantu membantu dan prihatin kepada golongan yang memerlukan bantuan kerana seperti yang tersirat dalam konsep insuran adalah selari dengan tuntutan Islam, sebagaimana maksud hadis yang berbunyi:

    “Sesungguhnya seseorang yang beriman ialah sesiapa yang boleh memberi keselamatan dan perlindungan terhadap harta dan jiwa raga manusia” (Riwayat Ibnu Majah).

    Konsep insuran sudah lama dipraktikkan. Dalam zaman Jahiliyyah ia adalah antara beberapa bentuk amalan kerjasama dikalangan puak atau suku kaum Arab sebagai strategi mambantu sesama mereka apabila ada anggota atau ahli yang menanggung kesusahan, seperti pembunuhan, penculikan, rompakan dan sebagainya. Malahan kini diperakui bahawa insuran telah berkembang daripada amalan Islam. Walaubagaimanapun ulama umumnya sepakat bahawa operasi insuran dalam bentuknya sekarang tidak menepati hukum syarak. Jika konsep insuran diterima Islam, mengapa pula operasi seperti yang ada dalam pelbagai jenis polisi yang disediakan oleh syarikat insuran sekarang didiapati bercanggah dengan kehendak syarak.

    Walaupun konsep insurans sudah lama dipraktikkan, tetapi para fuqaha’ zaman dahulu tidak membincangkan secara langsung mengenai hukum membabitkan diri dalam sistem ini. Kebanyakan pandangan dan hukum mengenai insuran ini dibahaskan oleh para fuqaha’ mu‘asar (masa kini). Ia juga tidak dikategorikan sebagai sunnah Rasul SAW.

    Jawatankuasa Fatwa, Majlis Hal Ehwal Agama Islam Kebangsaan, dalam mesyuarat pada 15 Jun 1972, memutuskan bahawa insuran nyawa sebagaimana dijalankan oleh syarikat insuran yang ada pada hari ini adalah suatu muamalat yang fasid kerana tidak sesuai dengan prinsip Islam dari segi aqadnya, kerana mengandungi unsur yang tidak Islamik; yang mana hukumnya menurut syariat Islam adalah HARAM. Selain itu, Kesatuan Fiqh Islam (Majma’ Fiqh) yang mana anggotanya terdiri daripada ulama’ dari seluruh dunia Islam termasuk Malaysia dan diasaskan dibawah Persidangan Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC), dalam mesyuaratnya di Jeddah pada 22-28 Disember 1995 memutuskan selepas mengkaji semua jenis dan bentuk insurans, bahawa kontrak perniagaan insurans yang disediakan oleh syarikat insurans mengandungi unsur yang membawa kepada fasid.

    Jelas, menurut Majma’ Fiqh, ia HARAM disisi syarak. Daripada kedua-dua keputusan, ini jelas menunjukkan ulama’ sependapat bahawa kedua-dua jenis perniagaan insurans nyawa dan am adalah tidak menepati landasan syariah. Ini kerana polisi insurans adalah kontrak atau akad jual beli. Di bawah urusan transaksinya, pembeli yang dipanggil pemegang polisi dikehendaki membayar wang premium sebagai harga kepada syarikat insurans yang menjual polisi insurans yang menyediakan faedah perlindungan sama ada untuk diri (nyawa) atau harta benda pemegang polisi itu sendiri. Jual beli dalam Islam mempunyai rukun tertentu. Sekiranya salah satu rukun itu tidak dipenuhi, maka akad jual beli dikira tidak sempurna dan boleh membatalkan akad tersebut.

    Dalam kontrak jual beli insurans, salah satu rukun yang tidak sempurna ialah yang berkaitan dengan ma’qud ‘alaih (apa yang diakadkan). Perkara atau apa yang diakadkan, yang dibeli atau dijual, mestilah jelas dan tidak mengadungi unsur ‘gharar’. Jika rukun ini tidak dipenuhi, maka akad jual beli menjadi cacat. Gharar dilarang oleh Rasulullah SAW mengikut sabda baginda yang bermaksud:

    “Rasulullah SAW melarang jual beli secara baling batu (al-hasah) dan jual beli barang yang tidak pasti (al-gharar) ” (Riwayat Muslim).

    Sehubungan itu, ulama’ menjelaskan maksud gharar dalam salah satu daripada tiga keadaan berikut;
    1. Tiada barang yang dijual beli (akad jual beli tanpa barang).
    2. Ada barang tetapi tidak boleh diserah kepada pembeli, dan
    3. Ada barang dan ia boleh diserahkan kepada pembeli tetapi ia tidak dapat ditentukan atau tidak jelas sama ada sifatnya, caranya, banyaknya atau lain-lain.

    Dalam masalah ini, ulama’ berpendapat perkara ke-3 di atas menunjukkan ada unsur gharar dalam konteks jual beli insurans. Dalam setiap urusan, Islam sentiasa menekankan kepada prinsip keadilan dan kebaikan. Unsur gharar menafikan kedua-dua prinsip ini. Mana-mana kontrak jual beli yang mengandugi amalan atau mengenakan syarat berat sebelah dan kesannya boleh membawa kerugian kepada sebelah pihak sahaja adalh jual beli gharar. Misalnya, syarat yang menetapkan luputnya wang pembeli atau pengembalian wang tidak mengikut kiraan yang adil, sekiranya pembeli terbabit tidak memenuhi kewajipan, tempoh atau tanggungjawab tertentu seperti membatalkan atau memecahkan akad sebelum genap tempoh yang dipersetujui. Urusan jual beli seperti ini, tidak mengambil kira langsung kepentingan keadilan dan kebaikan kepada akid atau pihak-pihak yang berakad, lebih-lebih lagi pembeli yang menyumbangkan wang.

    Kaedah Takaful

    Berbeza dengan insurans, operasi takaful sebagai satu bentuk perniagaan adalah tidak berasas kepada akad jual beli semata-mata. Dalam hubungan ini, peserta takaful tidak membeli produk takaful daripada syarikat takaful dan sebaliknya syarikat takaful tidak menjual produk itu seperti syarikat-syarikat insurans menjual polisi insurans. Apa pun konsep takaful, seperti insurans, tetap mementingkan dan menghayati amalan kerjasama, tolong-menolong, setiakawan atau ringkasnya saling jamin menjamin diantara mereka.

    Umumnya, struktur perjalanan takaful tidak banyak berbeza dengan insurans. Disatu pihak ada peserta yang melanggani produk takaful daripada pihak yang menyediakan produk itu, iaitu syarikat takaful. Kedua-dua pihak ini akan memeteraikan akad. Oleh kerana wang sumbangan dibayar oleh peserta dengan tujuan untuk menabung dan mendapat untung sambil berniat untuk membantu rakan peserta yang memerlukan bantuan ketika ditimpa musibah, maka operasi takaful lebih berbentuk satu usaha pelaburan.

    Oleh yang demikian wang sumbangan peserta tidak menjadi hak syarikat. Sedangkan di bawah system jual beli insurans, wang premium menjadi hak syarikat insurans sebagai balasan pemegang polisi membeli polisi insurans daripada syarikat berkenaan. Sesuai dengan struktur operasinya, ulama’ memutuskan bahawa akad takaful adalah HARUS berasaskan prinsip al-Mudharabah atau berkongsi untung dalam perniagaan. Peserta akan berhak mendapat untung daripada bahagian tabungan atas pulangan pelaburan yang dijalankan oleh syarikat takaful. Diwaktu yang sama, peserta juga bersetuju menyumbang sebagai tabarru’ (derma) sebahagian daripada sumbangannya dan untung pelaburan keatasnya bagi tujuan membantu rakan peserta yang ditimpa kesusahan.

    Wallahu a'alam

    lihat:
    1. al-ahkam online
    2. islam online
    -hOLla-

    ...seorng hamba ALLAH...tnpa pinjaman dariNYA siapalah aku...
    [img width=610 height=70]http://i87.servimg.com/u/f87/12/77/43/73/selang10.jpg[/img]

    takagibah

    • *
    • Posts: 1
      • View Profile
    Jawab #2 04 April, 2010, 05:06:16 AM
  • Publish Di FB
  • salam, mohon izin untuk copy artikel ini untuk tujuan pembelajaran dan perbincangan dalam kelas untuk tujuan pendidikan sahaja

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4917
      • View Profile
    Jawab #3 19 July, 2012, 09:15:49 AM
  • Publish Di FB
  • zaman nabi SAW dan khulafah islam memerintah, Nyawa tak ada insuran, tapi Ganjarannya Syurga
    mati syahid jadi tujuan

    semakin lama, semakin hilang amal ibadat islam, orang bikin bidaah, subhanallah

    begitulah berlaku sebelum nabi muhammad SAW, dan selepasnya

    kerana itulah, sesiapa yang dapat amalkan sunnahnya, ganjarannya tertinggi
    subhanallah

    amal yang bukan dari sunnah, hanyalah, menipiskan Iman, sementara ibadah menepati sunnah, akan memasukkan iman ke dalam hati

    inshallah, ikut apa bila tak mahu sesat?

    tentulah al quran dan sunnah - seiring - saling mengukuhkan, subhanallah

    silakan ya,

    Ana Tholibah

    • *
    • Posts: 1339
      • View Profile
    Jawab #4 19 July, 2012, 11:07:13 AM
  • Publish Di FB
  • salam, mohon izin untuk copy artikel ini untuk tujuan pembelajaran dan perbincangan dalam kelas untuk tujuan pendidikan sahaja

    memang cantik....kami belajar syariah bab muamalat...dan semestinya lah ada bab pasal insuran nie...
    jadi....n0ta yang d0k sedia ada sekarang nie hanya lah serba sedikit.... :syukur: jumpa thread nie...lagi bertambah yang sedikit tu.....
     :jaz: kepada ustaz Alhaudie selaku pemula t0pik dan pengep0st2 yang lain....

    p/s:m0h0n nak c0py jugak ya.... baguss
    "The spirit of knowledge is action"..

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    55 Replies
    62624 Views
    Last post 22 April, 2011, 11:33:43 AM
    by 5zul
    1 Replies
    971 Views
    Last post 04 September, 2009, 01:05:50 AM
    by bakawalidamar
    1 Replies
    2440 Views
    Last post 03 February, 2011, 12:48:35 AM
    by onshop2u