asal usul Hawa

*

Author Topic: asal usul Hawa  (Read 3455 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

mohd faruqi

  • *
  • Posts: 3
    • View Profile
20 April, 2012, 09:19:42 AM
  • Publish
  • assalamualaikum..boleh sesiapa beritahu tentang asal usul Hawa?sy ingin tahu sebab ada yg menyatakan bahawa Hawa bkn diciptakan daripada tulang rusuk Nabi Adam a.s.sebaliknya kata-kata bahawa Hawa diciptakan drpd tulang rusuk kiri Nabi Adam a.s hanya menggambarkan perumpamaan shj.mohon penjelasan yg arif dlm hal ini..

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4856
      • View Profile
    Reply #1 20 April, 2012, 09:30:46 AM
  • Publish
  • Pertama:  ketahui dulu, tempat di mana manusia pertama itu berada

    pada asalnya Adam a.s itu berada dalam Syurga

    Keduanya, ketahuilah sifat sifat di Syurga

    iaitu di syurga, apa yang kamu hendak, hanya Niat, lalu muncullah
    maksudnya, nak sesuatu hanya Ingat, dan di berikanNya

    seterusnya: tanyalah

    Jika nabi Adam a.s berada di syurga, dan dia terniat mahukan TEMAN, maklumlah dia keseorangan saja
    maka, bagaimanakah Hawa itu UJUD?

    inshallah ya

    kaedah bertanya dan menjawab ni, kaedah nabi Ibrahim mencari Allaah, melalui penglihatan dan pengamatannya

    inshallah ya

    deuteromalay

    • *
    • Posts: 282
      • View Profile
    Reply #2 20 April, 2012, 09:48:46 AM
  • Publish
  • Salaam,
    ....seronok juga kiranya ada sesiapa tahu dan memberitahu sebab saya ni tak tahu...tapi saya pernah baca kali pertama Adam melihat Hawa. Dikatakan Adam bertanya, "Siapa kamu?". "Aku seorang perempuan"., jawab Hawa. Kemudian Adam bertanya lagi."Untuk apa Allah swt menjadikan kamu?". Maka jawab Hawa,"Untuk menenangkan kamu".
    Saya hanya tahu itu saja. Cerita usul kejadian Hawa tak tahu.
    WasSalaam

    mohd faruqi

    • *
    • Posts: 3
      • View Profile
    Reply #3 20 April, 2012, 10:16:11 AM
  • Publish
  • di sini sy sertakan laman yg membicarakan ttg asal usul kejadian Hawa..
    http://www.darulkautsar.net/article.php?ArticleID=367
    setelah saudara/saudari baca, sila berikan pandangan yg bernas berdasarkan al-Quran dan Hadis ttg adakah benar bahawa Hawa bukan diciptakan drpd tulang rusuk kiri Nabi Adam a.s. cerita ttg Hawa dijadikan drpd tulang rusuk kiri Nabi Adam a.s sy ketahui melalui penceritaan ustaz,ustazah semasa sy di sekolah rendah. maka jika tidak benar penceritaan melalui ustaz,ustazah sy maka tlg perbetulkan..wallahualam..

    shearazi

    • *
    • Posts: 510
    • Kudambakan Redha Allah
      • View Profile
    Reply #4 20 April, 2012, 10:26:53 AM
  • Publish
  • bab ni memang ada khilaf antara ulama:

    i) mengakui kejadian hawa daripada rusuk nabi adam
    ii) tidak mengakui kejadian hawa daripada rusuk nabi adam

    Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya – Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya – zuriat keturunan – lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu. (an Nisa 1)

    sabda rasulullah saw:Sesungguhnya perempuan itu seperti tulang rusuk. Jika kamu ingin memperbetulkannya kamu akan mematahkannya. (Hadits riwayat Muslim no: 1468.)

    sabda rasulullah saw:Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari Akhir, maka janganlah menyakiti tetangganya dan hendaklah dia menjaga wanita dengan sebaik-baiknya karena sesungguhnya mereka diciptakan daripada tulang rusuk. Sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok ialah yang paling atas, jika kamu berusaha untuk membetulkannya niscaya kamu akan mematahkannya, jika kamu terus biarkan begitu saja ia akan terus bengkok. Oleh karena itu terimalah pesan agar supaya menjaga wanita-2 dengan baik.(HR Bukhari)

    bahawa hawa itu dijadikan dari nabi adam.
    agar kaum lelaki menjaga kaum wanita yang lembut (tulang rusuk bengkok yang mudah patah)
    agar memelihara silaturrahim
    agar memelihara hubungan bersama jiran
    agar bertaqwa kepada Allah

    berhati-hati dengan iktikad.. sesungguhnya tidaklah mustahil Allah itu berkuasa untuk mencipta hawa dari tulang rusuk adam ataupun dari mana-mana bahagian nabi adam sekalipun. sepertimana Allah menjadikan nabi Isa.juga sepertimana sekalian manusia dibangkitkan dari tulang sulbi masing-masing pada hari pembalasan nanti.

    manusia dijadikan dari 1 lelaki dan 1 perempuan (kita semua)
    manusia dijadikan dari 1 perempuan - nabi isa
    manusia dijadikan dari 1 lelaki - hawa
    manusia dijadikan tanpa lelaki dan perempuan - nabi adam

    ambillah pengajaran dari kejadian-kejadian ini..bahawa ianya bukti kekuasaan Allah swt. tiadalah beroleh keuntungan jika sekadar ingin membuktikan asal-usul kejadian yang tidak diterangkan dengan jelas dalam al Quran.
    « Last Edit: 20 April, 2012, 11:17:37 AM by shearazi »
    Moga kita berkongsi ilmu di sini kerana Allah SWT

    nazri0070

    • *
    • Posts: 2401
    • Aku ingin menjadi kekasihMu...Ya Allah!
      • View Profile
    Reply #5 20 April, 2012, 10:29:08 AM
  • Publish
  • Lailahaillallah....

    macam-macam ada ya?

    Dalam konteks ketuhanan, tiada yang mustahil. Jika Allah berkehendak jadi maka jadilah ia.

    Dalam riwayat dan sumber naqli, diceritakan sebahagiannya...

    1. Adam terlihat sepasang burung (jantan dan betina), maka berkehendaklah Adam, datang keinginan supaya dia juga berteman...Keinginan kekasih Allah yang bertaraf ahli syurga akan segera diperkenankan..

    2. Adam lalu tertidur, kemudian terjaga lalu terjadilah cerita kat atas tu...kali pertama Adam melihat Hawa. Dikatakan Adam bertanya, "Siapa kamu?". "Aku seorang perempuan"., jawab Hawa. Kemudian Adam bertanya lagi."Untuk apa Allah swt menjadikan kamu?". Maka jawab Hawa,"Untuk menenangkan kamu". .Persoalannya, dari mana Hawa tahu ia diciptakan untuk menenangkan Adam as? Yang pasti akan ramai yang menjawab - Allah yang bagitahu. Tapi bagaimana - ilham barangkali, jika ilham. Apa tarafnya Hawa ibu semua manusia? Sedang Adam as terpaksa pula bertanya Hawa itu sendiri siapa dia dan untuk apa Allah menjadikannya? Justeru yang pasti dalam soalan itu Adam memang mengerti Allah menjadikan Hawa!!!! Bagaimana, rujuk hadis-hadis dan ayat Al-Quran...

    3. Hadis-hadis meriwayatkan...Hawa dijadikan dari tulang rusuk Adam as yang paling bengkok, jika kamu hendak meluruskannya dengan keras nescaya ia akan patah! jika kamu biarkan ia nescaya teruslah dia dalam keadaan bengkok, jadi ambillah iktibar untuk membentuk kaum Hawa yang dipertanggungjawabkan ke atas setiap bahu setiap kaum Adam as dengan lemah lembut (peranan suami dalam rumahtangga/peranan ayah mendidik anak-anak perempuan dan lain-lain lelaki yang bergelar pemimpin/khalifah!)..dalam satu maksud, ertinya ianya asal kejadian kaum hawa yakni Hawa itu sendiri, dalam satu erti yang lain, ianya perumpamaan untuk dijadikan iktibar hidup di dunia..Kemudian dari pasangan suami isteri Adam as dan Hawa, percantuman dan persenyawaan benih antara lelaki dan perempuan, lahirlah pula keturunan manusia yang banyak lelaki dan perempuan berpasang-pasangan....kecuali Nabi Isa as...

    4. Dalam firman, dikatakan kamu diciptakan dari diri yang satu (Adam as), dikatakan Hawa ialah manusia yang diciptakan dari diri Adam yang satu.....lalu membiak manusia, anak cucu Adam itu di dunia...
    "Selagi kita lurus dengan Allah, dunia dalam genggaman."- Sayyidah Nafisah.

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4856
      • View Profile
    Reply #6 20 April, 2012, 10:29:59 AM
  • Publish
  • khilaf sebab tak tahu, apa maksud SYURGA

    maaflah ya

    dalam http://www.surah.my/search?utf8=%E2%9C%93&surah=&q=%22dalam+syurga%22


    amati dalam syurga

    kemudian kamu gunakan akal kamu
    fikir lah

    subhanallah

    nazri0070

    • *
    • Posts: 2401
    • Aku ingin menjadi kekasihMu...Ya Allah!
      • View Profile
    Reply #7 20 April, 2012, 10:43:06 AM
  • Publish
  • Perempuan Tidak Berasal Daripada Tulang Rusuk

     

    Muhammad Hanief bin Awang Yahaya

     

     

    Kita sering mendengar cerita bahawa Hawa diciptakan daripada tulang rusuk Adam. Sehingga terdapat ungkapan yang mengatakan wanita dijadikan daripada tulang rusuk supaya yang dekat dengan hati dan supaya sering didampingi serta diingati dan bermacam-macam lagi. Begitu juga, hampir semua kitab-kitab tafsir menyebutkan kisah penciptaan Hawa dan menjadi asas kepada ulama tafsir ketika menjelaskan maksud ayat pertama surah al-Nisa’. (Sila lihat Tafsir at-Tabari, Tafsir al-Baidhawi, al-Kahzin dan lain-lain)

     

    Kenyataannya ialah tidak ada satupun ayat al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w. yang jelas menyebutkan hakikat kejadian Hawa. Al-Quran tidak menyebutkan Hawa dicipta daripada Adam tetapi manusia itu dicipta daripada jiwa yang satu. Apa yang disebutkan di dalam al-Quran ialah manusia itu diciptakan daripada jenis yang sama dengannya juga. Seorang manusia tentunya ibu bapanya manusia juga bukan makhluk yang lain.

     

    Abu A`la al-Mawdudi menulis komentar bagi ayat pertama surah al-Nisa’ ini: “Umumnya para pentafsir al-Quran menyebutkan Hawa dicipta daripada tulang rusuk Adam dan Bible juga menyebutkan perkara yang sama. Kitab Talmud pula menambah bahawa Hawa diciptakan daripada tulung rusuk Adam yang ketiga belas. Tetapi al-Quran tidak menyentuh langsung perkara ini dan hadis-hadis yang dipetik untuk menyokong pandangan ini mempunyai makna yang berbeza dari yang sering difahami. Oleh itu, perkara yang terbaik ialah membiarkan perkara yang tidak dijelaskan seperti yang terdapat dalam al-Quran dan tidak perlu membuang masa bagi menentukan perinciannya.” ( The Meaning of The Quran, jil. 2 hal. 94)

     

    Menurut al-Mawdudi, hadis-hadis Rasulullah s.a.w. tidak menyatakan perkara yang sebagaimana yang tersebar dalam   masyarakat Islam iaitu sebenarnya tidak ada satupun hadis baginda s.a.w yang menerangkan asal- usul kejadian Hawa.

     

    Kaedah yang sebenar ialah tidak perlu memberatkan diri dalam menentukan perkara yang Allah s.w.t. tidak menyatakan dengan terang dan jelas. Contohnya, apabila Allah s.w.t. menyebutkan cerita tentang bahtera Nabi Nuh tidak perlu bagi kita untuk menentukan apakah saiz dan kapasitinya atau bahan buatannya. Perincian itu bukan menjadi maksud penurunan al-Quran. Apa yang penting ialah menjadikan peristiwa tersebut sebagai iktibar dab pengajaran. Dengan kata lain, al-Quran bukan kitab sejarah atau sains tetapi kitab yang memberi panduan hidup kepada manusia supaya selamat di dunia dan akhirat.

     

    Dalam hal ini Shah Waliyullah menyebutkan dengan jelasnya. Kata beliau ketika mengulas kisah-kisah yang diceritakan oleh al-Quran: “Bukanlah maksud cerita-cerita di dalam al-Quran untuk mengetahui cerita itu sendiri. Maksud sebenarnya ialah  supaya pembaca memikirkan betapa bahayanya syirik dan kemaksiatan serta hukuman Allah hasil dari perbuatan syirik  itu  di samping menenangkan hati orang-orang yang ikhlas dengan tibanya pertolongan dan perhatian Allah kepada mereka” (al-`Fawz al-Kabir Fi Usul al-Tafsir, hal. 138)

     

     

    Mengapa Berlaku Kekeliruan Tentang Kejadian Hawa Ini?

     

    Ada beberapa faktor mengapa berlaku kekeliruan dalam memahami makna sebenar ayat ini:

     

    1. Berpegang Dengan Riwayat Israiliyyat

     

    Fasal yang kedua di dalam Sifr al-Takwin menyebutkan Hawa diciptakan daripada tulang rusuk kiri  Nabi Adam ketika baginda sedang tidur. (Tafsir al-Manar, jil. 4, hal. 268.)  Disebabkan ada riwayat dalam kitab-kitab yang dahulu, ahli-ahli tafsir terus menganggap ia sebagai sokongan atau pentafsiran kepada al-Quran. Bagaimana mungkin ayat al-Quran ditafsirkan dengan riwayat Israiliyyat walhal penurunan kitab-kitab nabi terdahulu lebih awal lagi daripada al-Quran. Sepatutnya, kitab yang turun kemudianlah yang menjelaskan kitab-kitab yang terdahulu.

     

    Hadis berkenaan perkara ini mempunyai beberapa versi. Antaranya ialah;

     

    1.         Perempuan itu diciptakan daripada tulang rusuk

    2.         Perempuan seperti tulang rusuk.

    3.         Perempuan adalah tulang rusuk.

     

    2. Mengkhususkan Keumuman Hadis Tanpa Nas Yang Jelas

     

    Antara kesilapan dan kekeliruan ialah mengkhususkan lafaz hadis yang menyebut perempuan kepada Hawa. Hadis-hadis yang diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w. semuanya dengan jelas menyatakan perempuan dalam bentuk tunggal atau jamak dan tidak ada yang menyebutkan Hawa secara khusus. Jelasnya, para pentafsir  menyangka wanita dalam hadis tersebut adalah Hawa tanpa berdasarkan kepada nas yang lain yang menentukan makna yang dikehendaki oleh Rasulullah s.a.w. itu.

     

    3. Kesilapan Memahami Kata Sendi Nama Min من

     

    Walaupun perkataan min itu memberi erti “daripada”, “punca sesuatu perkara” atau “sebahagian”, kata sendi nama min juga mempunyai makna lain seperti “untuk menyatakan sebab” dan “menyatakan jenis sesuatu perkara”. Oleh itu, pemakaian huruf ini dalam bahasa Arab adalah luas dan tidak semestinya terikat dengan satu makna sahaja. (lihat, Ibn Hisyam, Mughni al-Labib, jil. 1, hal. 319)

     

    Abu Muslim al-Asfahani mengatakan, maksud menciptakan daripadanya pasangannya ialah menciptakannya dari jenisnya. (lihat Hasyiah Zadah `Ala al-Baidhawi) Ini seperti ayat-ayat al-Quran berikut:

     

    وَمِنْ آَيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآَيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

     

    Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. (Surah al-Rum: 21)

     

    فَاطِرُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ جَعَلَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا وَمِنَ الْأَنْعَامِ أَزْوَاجًا يَذْرَؤُكُمْ فِيهِ لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ

     

    Dialah yang menciptakan langit dan bumi; Dia menjadikan bagi kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri dan menjadikan dari jenis binatang-binatang ternak pasangan-pasangan (bagi bintang-binatang itu); dengan jalan yang demikian dikembangkanNya (zuriat keturunan) kamu semua. Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya dan pentadbiranNya) dan Dialah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat. (Surah al-Syura: 11)

     

    وَاللَّهُ جَعَلَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا وَجَعَلَ لَكُمْ مِنْ أَزْوَاجِكُمْ بَنِينَ وَحَفَدَةً وَرَزَقَكُمْ مِنَ الطَّيِّبَاتِ

     

    Dan Allah telah menjadikan bagi kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri dan menjadikan bagi kamu daripada pasangan-pasangan kamu anak-anak dan cucu dan memberikan rezki kepada kamu daripada benda-benda yang baik. (Surah al-Nahl: 72)

     

    Ayat-ayat ini tidak boleh difahami sebagai isteri-isteri kita itu diciptakan daripada diri atau jasad kita tetapi mestilah difahami sebagai “mereka itu dari jenis yang sama dengan kita”.

     

    لَقَدْ جَاءَكُمْ رَسُولٌ مِنْ أَنْفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُمْ بِالْمُؤْمِنِينَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ

     

    Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang rasul dari jenis kamu, yang amat berat baginya kesusahan kamu, sangat berharap akan keimanan kamu dan sangat kasih serta menyayangi kepada orang-orang yang beriman. (Surah al-Taubah:128)

     

    لَقَدْ مَنَّ اللَّهُ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ إِذْ بَعَثَ فِيهِمْ رَسُولًا مِنْ أَنْفُسِهِمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آَيَاتِهِ وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَإِنْ كَانُوا مِنْ قَبْلُ لَفِي ضَلَالٍ مُبِينٍ

     

    Sesungguhnya Allah s.w.t. telah memberikan kurniaan yang besar kepada orang-orang yang beriman ketika Dia mengutuskan seorang rasul kepada mereka dari kalangan mereka sendiri, yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, menyucikan mereka dan mengajarkan Kitab dan Hikmah. Sesungguhnya mereka sebelum itu berada di dalam kesesatan yang nyata. (Surah Ali Imran: 164.)

     

    Kedua-dua ayat ini dengan jelasnya menyebutkan Rasulullah s.a.w. yang diutuskan kepada kita adalah dari kalangan manusia yang sama seperti kita bukan dari kalangan makhluk yang lain seperti malaikat.

     

    Dengan itu, hadis ini ditafsirkan sebagai sifat dan perasaan perempuan itu daripada jenis yang mudah  bengkok.

     

    عن أبي هريرة عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: (من كان يؤمن بالله واليوم الآخر فلا يؤذي جاره واستوصوا بالنساء خيرا، فإنهن خلقن من ضلع، وإن أعوج شيء في الضلع أعلاه، فإن ذهبت تقيمه كسرته، وأن تركته لم يزل أعوج، فاستوصوا بالنساء خيرا .

     

    Sesiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, maka janganlah menyakiti jirannya dan hendaklah dia menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana sesungguhnya mereka diciptakan daripada tulang rusuk. Sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok ialah yang paling atas, jika kamu berusaha untuk membetulkannya kamu akan mematahkannya, jika kamu terus biarkan begitu ia akan terus bengkok. Oleh itu terimalah pesanan supaya menjaga wanita-wanita dengan baik. (Hadis riwayat al-Bukhari no: 4890)

     

    عن أبي هريرة: أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: المرأة كالضلع، إن أقمتها كسرتها.

     

    Perempuan itu seperti tulang rusuk. Jika kamu ingin memperbetulkannya kamu akan mematahkannya. (Hadis riwayat al-Bukhari4889).

     

    Hadis ini telah dikemukakan oleh Imam al-Bukhari di dalam kitab al-Nikah bab berlembut dengan wanita. Tujuan al-Bukhari mengemukakan hadis ini ialah untuk menyatakan sifat fitrah wanita bukannya hakikat  kejadian mereka. Apakah tubuh atau jasad wanita akan mudah patah apabila dikasari oleh orang lain? Tentu sekali tidak.

     

    عن أبي هريرة. قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إن المرأة كالضلع. إذا ذهبت تقيمها كسرتها.

     

    Sesungguhnya perempuan itu seperti tulang rusuk. Jika kamu ingin memperbetulkannya kamu akan mematahkannya. (Hadis riwayat Muslim no: 1468.)

     

    Hadis ini lebih jelas lagi menyatakan sifat perempuan itu seperti tulang rusuk bukan diciptakan daripada tulang rusuk. Penggunakan partikel kaf  ك ini bagi menyatakan persamaan antara perempuan dan tulang rusuk. Sementara ayat yang kedua merupakan sudut persamaan antara kedua-duanya.

     

    Kecenderungan Imam al-Bukhari ketika membuat Tarjamatul Bab di dalam Sahihnya, iaitu:

     

    باب: المداراة مع النساء، وقول النبي صلى الله عليه وسلم: (إنما المرأة كالضلع .

     

    Bab berlembut dengan wanita dan Sabda Nabi s.a.w.: Sebenarnya perempuan itu seperti tulang rusuk.

     

    Dengan membuat tajuk begini Imam al-Bukhari tidaklah berpendapat bahawa Hawa itu dijadikan daripada tulang rusuk kiri  Nabi Adam.

     

    Begitu juga di dalam al-Adab al-Mufrad, Imam al-Bukhari mengemukakan riwayat:

     

    إن المرأة ضلع , وإنك إن تريد أن تقيمها تكسرها

     

    Sesungguhnya perempuan itu tulang rusuk. Jika kamu mahu untuk meluruskannya maka kamu akan mematahkannya. (al-Adab al-Mufrad, no: 747)

     

    Apakah hadis ini menyatakan hakikat perempuan itu sebenarnya tulang rusuk? Tentu sekali  tidak. Hadis ini merupakah satu bentuk tasybih atau perumpamaan yang mempunyai nilai balaghah atau retorik yang tinggi di mana perkataan yang menyatakan persamaan tidak digunakan begitu juga sudut keserupaan tidak disertakan. Ayat yang kedua boleh juga dikatakan sebagai bukti bahawa perkataan tulang rusuk tidak difahami secara harfiah.

     

     

    Sokongan Kepada Penafsiran Ini

     

    Penafsiran min bukan dengan makna punca atau asal-usul sesuatu adalah sesuai hadis berikut:

     

    عن أبي قلابة، عن أنس رضي الله عنه: أن النبي صلى الله عليه وسلم كان في سفر، وكان غلام يحدو بهن يقال له أنجشة، فقال النبي صلى الله عليه وسلم: (رويدك يا أنجشة سوقك بالقوارير). قال أبو قلابة: يعني النساء.

     

    Daripada Abu Qilabah daripada Anas bin Malik bahawa Rasulullah s.a.w. berada dalam satu perjalanan. Ada seorang budak yang dikenali dengan Anjisyah menarik unta yang ditunggangi oleh wanita-wanita. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: Wahai Anjisyah! Perlahankanlah kerana yang kamu tarik itu ialah botol-botol kaca. Perawi, Abu Qilabah, berkata: Maksudnya ialah wanita-wanita. (Hadis riwayat al-Bukhari no: 5857.)

     

    Rasulullah s.a.w. menggambarkan wanita sebagai golongan yang lembut dari segi perwatakan dan cukup sensitif. Baginda menyebutkan wanita seperti botol-botol kaca yang mudah pecah jika tidak dijaga dan diberi perhatian.

     

     

    Kesimpulan

     

    Hadis ini perlu difahami secara balaghah iaitu berdasarkan retorik bahasa Arab. Rasulullah s.a.w. menyampaikan pesanan ini dalam bentuk tasybih (perumpamaan) supaya maksud pesanan difahami dengan lebih mendalam. Tegasnya, supaya pendengar lebih peka dan prihatin bukan memberi perhatian  kepada makna harfiah. Rasulullah s.a.w. membuat perumpamaan wanita seperti tulang rusuk bukan bermaksud untuk merendahkan kedudukan mereka tetapi sebagai peringatan kepada kaum lelaki supaya memberi perhatian kepada mereka, melayani mereka dengan baik, mendidik dan menjaga hati mereka. Sama seperti lelaki, wanita sama-sama berperanan untuk menegakkan agama dan menguruskan hal ehwal kehidupan.

     

    Dengan pemahaman yang betul tentang hadis-hadis ini maka tertolaklah anggapan bahawa wanita adalah dari kelas kedua  kerana kononnya dijadikan daripada orang lelaki iaitu Adam!

    Sumber cerita di atas - http://www.darulkautsar.net/article.php?ArticleID=367

    Cuba baca ayat ini...

    Bismillah

    Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

    Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu. -seumber terjemahan - http://www.surah.my/4

    Teramat jelas, nyata dan terang lagi bersuluh maksud ayat di atas Hawa diciptakan dari Adam as!!! bagi saya kesimpulan yang penulis buat kat atas tu dari kefahaman yang lahir dari pemikiran yang sempit dan sedikit senget...minta maaflah istilahnya kurang elok...darulkautsar tu ada bau-bau fahaman wahabiyah-salafiyyah...

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4856
      • View Profile
    Reply #8 20 April, 2012, 10:52:09 AM
  • Publish
  • maksud dari diri yang SATU ialah:

    manusia asalnya SATU
    pokok asalnya SATU
    AIR asalnya SATU
    API asalnya SATU

    kemudian Allah beritahu, makhluk di ciptakan berpasangan
    ada jantan ada betina

    cubalah amati

    yang saintis Barat suka buat penyelidikan di angkasa tu, sebab satu benih boleh bercambah menjadi 200 benih

    tetapi mereka tak khabarkan pencapaian itu

    sementara kita yang tumpang naik ke tempat tu, bawa biji benih ke masakan ke, 10 tahun kaji kot nak boleh hasil

    demikianlah ya, sebahagian dari kebenarannya

    shearazi

    • *
    • Posts: 510
    • Kudambakan Redha Allah
      • View Profile
    Reply #9 20 April, 2012, 11:03:22 AM
  • Publish
  • cubalah amati

    yang saintis Barat suka buat penyelidikan di angkasa tu, sebab satu benih boleh bercambah menjadi 200 benih

    tetapi mereka tak khabarkan pencapaian itu

    sementara kita yang tumpang naik ke tempat tu, bawa biji benih ke masakan ke, 10 tahun kaji kot nak boleh hasil

    demikianlah ya, sebahagian dari kebenarannya

    Al Baqarah 261 : sebiji benih boleh bercambah 700..

    Bandingan (sedekah) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.
    « Last Edit: 20 April, 2012, 11:19:42 AM by shearazi »

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4856
      • View Profile
    Reply #10 20 April, 2012, 11:05:26 AM
  • Publish
  • saintis tu dapat bukti secara saintifik

    bukannya ibarat ibarat

    subhanallah

    shearazi

    • *
    • Posts: 510
    • Kudambakan Redha Allah
      • View Profile
    Reply #11 20 April, 2012, 11:06:38 AM
  • Publish
  • saintis tu dapat bukti secara saintifik

    bukannya ibarat ibarat

    subhanallah

    nanti diorang buktikanlah saintifiknya sebenarnya boleh sehingga 700.. yang ibarat tu 'sedekah'

    Fakir Billah

    • *
    • Posts: 917
      • View Profile
    Reply #12 20 April, 2012, 11:17:01 AM
  • Publish
  • Islam is Logikal.
    John Labi  dengan Rocky Labu, pun logikal juga.
    Nama ambil dari Labu tetapi tidaklah kaitan dengan Labu.
    Sejauh mana saintis dengan logiknya, tetapi tidaklah tepat jika ditelii, banyak penipuan.

    Begitu juga dengan Bomoh, memperdagangkan ilmu, konon itu dan ini, nampak logik, banyak penipuan.
    Apa pun itu semua ikhtibar bagi yang mahu mengambil ikhtibar hidup.

    # 3 jenis susu, bila dicampur tetap nama susu.
    Logiknya dinamakan susu.  Bila tercampur untuk mengasingkannya adalah sukar.
    Begitu jugalah di dalam logik nampak logik, namun tetap ada persoalan logik. Bukan 100% logik.

    mohd faruqi

    • *
    • Posts: 3
      • View Profile
    Reply #13 20 April, 2012, 02:18:38 PM
  • Publish
  • wah..sedikit sebanyak dpt membantu..sy dapati kesimpulan drpd laman darulkautsar tersebut tidak berapa tepat kerana berdasarkan pengetahuan sy,Hawa mmg diciptakan drpd rusuk kiri Nabi Adam a.s. maka tujuan sy  post di sini adalah utk ingin membuktikan sejauh mana kebenaran kesimpulan yg dibuat oleh penulis darulkautsar dan bukan niat hendak mempertikaikan ttg kejadian Hawa. semua tahu bahawa apa yg diinginkan sesuatu oleh Allah agar terjadi,maka ia akan terjadi. sbb itu sy meminta pndgan yg bernas dr mereka yg arif ttg soalan yg sy timbulkan. terima kasih ats ingatan saudara nazri0070 ttg darulkautsar tersebut..

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4856
      • View Profile
    Reply #14 20 April, 2012, 02:29:36 PM
  • Publish
  • tunggulah nanti dapat masuk syurga tahulah lagumana jadi

    dalam dunia habuan bertekak
    bersangka sangka ya

    dekat dekat mati akan di gambarkan segalanya
    dah mati jangan menyesal sebab dalam dunia tak mahu cari Allah, cari Ilmu

    tanyalah dengan Mursyid kamu
    subhanallah

    5zul

    • *
    • Posts: 3023
    • ~~ Tiada Kesusahan Melainkan Susah ~~
      • View Profile
    Reply #15 26 November, 2012, 09:26:32 AM
  • Publish

  • Al-An'aam atar 98 -

    Dan Dia lah yang mencipta kamu dari diri yang satu (Adam), maka (bagi kamu) disediakan tempat tetap (dalam tulang sulbi bapa kamu atau di bumi), dan tempat simpanan (dalam rahim ibu atau dalam kubur). Sesungguhnya Kami telah jelaskan tanda-tanda kebesaran (Kami) satu persatu bagi orang-orang yang mengerti (secara mendalam).


    ~~ Dalam Kegelapan Malam Ader Sinaran ~~

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    28 Replies
    15423 Views
    Last post 29 November, 2011, 03:36:12 PM
    by 5zul
    10 Replies
    29614 Views
    Last post 26 November, 2012, 09:11:16 AM
    by 5zul
    7 Replies
    6019 Views
    Last post 02 November, 2012, 02:10:47 PM
    by faa zahra