Panduan Sholat Sunat

*

Author Topic: Panduan Sholat Sunat  (Read 31415 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Ummi Munaliza

  • *
  • Posts: 14514
  • Anniversary Ke 30
    • View Profile
Reply #20 01 May, 2009, 09:39:58 PM
  • Publish
  •  
     SOLAT SUNAT AWWABIN
     

    Bagi memelihara keteguhan iman dan menghapuskan dosa, adalah digalakkan melakukan solat sunat Awwabin/Hizful Iman sebanyak 4 rakaat (2 salam) atau 6 rakaat ( 3 salam). Dilakukan sebelum bercakap-cakap selepas fardhu Maghrib.

    Fadhilat Solat Awwabin

    Sabda Nabi saw yang bermaksud:
    "Sesiapa yang bersembahyang enam rakaat sesudah Maghrib tiada diselang antaranya dengan sesuatu bicara nescaya samalah pahalanya dengan ibadat dua belas tahun.'Riwayat Ibnu Majah, Ibn Khuzaimah dan At-Turmuzi.

    Sebelum mendirikan solat, sunat membaca doa berikut ; (doa bahasa Arab tidak dapat disertakan)

    Ertinya :
    Selamat datang kepada malaikat yang bertugas malam, selamat datang kepada dua malaikat pencatat yang mulia,  tulislah dalam rekodkau bahawa Aku bersaksi bahawa Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu hambaNya dan UtusanNya, Aku bersaksi bahawa syurga itu benar, neraka itu benar, kalam itu benar, Aku bersaksi bahawa qiamat itu benar dan pasti akan datang, tidak ragu-ragu lagi, Allah akan bangkitkan mayat dari kubur. Ya Allah simpanlah di sisiMu penyaksian ini untuk hari yang aku perlukan padanya.Ya Allah simpanlah dengannya amalanku, ampunlah dengannya dosaku, beratlah dengannya timbanganku, yang baik, dan pastikanlah dengannya pencapaian cita-citaku dan perkenanlah untukku Ya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah.

    Lafaz Niat Sembahyang Sunnat Awwabin

    a) Pada dua rakaat yang pertama:(Sahaja Aku solat sunat Awwabinn serta memelihara iman, 2 rakaat kerana Allah Taala)

    Bacalah selepas membaca Al-Fatihah pada kedua-dua rakaat

             1. Surah al-Qadr    1 kali
             2. Surah al-Ikhlas    6 kali
             3. Surah al-Falaq   1 kali
             4. Surah al-Naas    1 kali

    selepas itu beri salam, baca doa ini..

      "Ya Allah! Sesungguhnya Aku menyerahkan imanku kepada peliharaan Mu, maka imanku itu,
    semasa hidupku, semasa matiku, dan selepas matiku. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu."

    b) Pada dua rakaat yang kedua: Sahaja aku sembahyang sunnat awwabindua rakaat kerana Allah Ta'ala

    Selepas membaca al-Fatihah pada rakaat yang pertama, bacalah surah al-Kafirun dan pada rakaat kedua selepas al-Fatihah bacalah surah al-Ikhlas.

    c) Pada dua rakaat yang ketiga :(Sahaja aku solat sunat awwabin serta Istikharah 2 rakaat kerana Allah Taala)
     
    Selepas membaca al-Fatihah pada rakaat yang pertama, bacalah surah al-Kafirun dan pada rakaat kedua selepas al-Fatihah bacalah surah al-Ikhlas.

    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14514
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #21 01 May, 2009, 10:40:02 PM
  • Publish

  • Solat sunat israq ialah  : Solat sunat 2 rakaat (rakaat sebenar tidak ditentukan) yang dilakukan ketika matahari naik segalah (kira-kira melepasi pokok).

    Lafaz niatnya: Ertinya: "Sahaja aku solat sunat Isyraq dua rakaat kerana Allah taala”.

    Selepas fatihah rakaat pertama dibaca surah al-Kaafirun dan selepas fatihah rakaat kedua dibaca surah al-Ikhlas.



    Kalau ikut jam, lebihkurang pukul berapa waktu tu?

    Lebih kurang antara 15 minit selepas habis waktu subuh.

    azali

    • *
    • Posts: 104
      • View Profile
    Reply #22 01 May, 2009, 11:11:58 PM
  • Publish

  • Lebih kurang antara 15 minit selepas habis waktu subuh.

    maknanya dlm waktu yg diharamkan solat la?

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14514
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #23 02 May, 2009, 12:49:41 AM
  • Publish

  • Lebih kurang antara 15 minit selepas habis waktu subuh.

    maknanya dlm waktu yg diharamkan solat la?


    Mana pulak dalam waktu haram,  yang haram sebaik habis waktu subuh hingga sepenggalah matahair,lebih kurang 15 minit lepas waktu subuh berakhir,barulah masuk waktu solat sunat israq. Tempoh  waktu solat Israq ni sekejap sangat,lebih kurang 30 minit sahaja dah habis.

    Macam ni:  katakan subuh masuk pukul 5.45 minit. Habis waktu subuh 6.50 pagi. waktu syuruq, masuk waktu solat Israq ialah pukul 7.05 hingga 7.45 pagi. Waktu  ni dah tidak haram solat. Yang haram solat ialah antara pukul 6.50 hingga 7.05 minit pagi.

    azali

    • *
    • Posts: 104
      • View Profile
    Reply #24 02 May, 2009, 10:01:35 PM
  • Publish
  • apabila habis saja waktu subuh, akan masuk waktu syuruk kan.. waktu syuruk tu la yg diharamkan solat.. pas abis waktu syuruk tu baru la boleh solat Israq kan...

    maknanya solat israq tu lepas waktu syuruk.. bukan lepas waktu subuh.. itu yg saya paham la..

    dol_bendol

    • *
    • Posts: 1661
    • http://al-merapu.blogspot.com
      • View Profile
    Reply #25 12 July, 2009, 11:12:37 PM
  • Publish
  • di haramain, ada tak waktu haram?

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14514
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #26 11 November, 2010, 03:07:56 PM
  • Publish
  • di haramain, ada tak waktu haram?


    Di Tanah suci Makkah Mukarramah terutama Masjidil Haram tidak ada waktu haram solat.

    zumar

    • *
    • Posts: 303
      • View Profile
    Reply #27 11 November, 2010, 05:57:16 PM
  • Publish
  • salam mahabbah...bab solat sunat  :syukur: byk fadilatnya dan di tuntut....jika bg mrk yg ada tinggal solat kata ulamak solat qada lebih aula dari lakukan solat sunat...sebab solat qada wajib...alasan ulamak yg mana patut kita dahulukan yg sunat ka yg wajib ? utk sama2 kita berfikir jika kita tinggal solat dari baligh hingga umur 2o tahun baru betul2 solat cuba kira dgn teliti brp waktu yg perlu kita qada ? dan masa yg ada nak buat solat sunat tu lakukan lah solat qada kata ulamak....allah permudahkan  :ins:  :aamiin:

    Iffah Muhsin

    • *
    • Posts: 816
      • View Profile
    Reply #28 21 January, 2011, 06:40:59 PM
  • Publish
  • Di Tanah suci Makkah Mukarramah terutama Masjidil Haram tidak ada waktu haram solat???

    tak ada waktu haram solat? betul ke Ummi??
    Thabit bin Qurrah berkata: "Kerehatan badan bergantung kepada kurangnya makan. Kerehatan jiwa bergantung kepada kurangnya melakukan dosa. Kerehatan lidah bergantung kepada kurangnya bercakap. Dosa bagi hati umpama racun bagi badan."

    Iffah Muhsin

    • *
    • Posts: 816
      • View Profile
    Reply #29 21 January, 2011, 07:03:24 PM
  • Publish
  • Solat Sunat Tolak Bala

    Dikerjakan dua rakaat dengan satu salam. dilakukan pada bila-bila masa.
    Lafaz niat: Usolli Sunnatal Hajati Lidfiil Blaa Rak'ataini Lillahi Ta'ala.
    (Sahaja aku solat sunat menolak bala dua rakaat kerana Allah Ta'ala)

    Pada rakaat pertama, baca Al-Fatihah kemudian baca surah Al-Kafirun.
    Rakaat ke dua, baca Al-Fatihah kemudian baca surah Al-Ikhlas.

    Selepas memberi salam, baca doa tolak bala.

    Doa Tolak Bala/ Wabak

    Maksudnya :
    Kami berlindung dengan Mu ya Allah! Tuhan yang memiliki keagungan dan kekuasaan, kami berpaut kepada Mu Ya Allah Tuhan pemilik sekelian alam yang ghaib dan kami bertawakkal kepada Mu ya Allah Tuhan yang hidup lagi tidak mati. Wahai tuhan kami jauhkanlah kami daripada wabak ini, lindungilah kami daripada kebinasaan yang dahsyat dan peliharalah kami daripada segala penyakit berjangkit, taun dan bala bencana, dengan ihsan Mu wahai Tuhan yang Maha Lembut lagi Maha Mengetahui, sesungguhnya Engkaulah ya Allah Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu. Selawat dan salam ke atas junjungan penghulu kami Nabi Muhammad saw dan ahli keluarganya, serta sahabat-sahabatnya. Segala pujian hanya bagi Mu ya Allah Tuhan pemilik sekelian alam.


    « Last Edit: 14 February, 2011, 01:15:05 AM by Iffah Muhsin »

    Iffah Muhsin

    • *
    • Posts: 816
      • View Profile
    Reply #30 15 February, 2011, 07:38:26 AM
  • Publish
  • Solat Sunat Syukur

    Apabila mendapat satu hajat atau mendapat kenikmatan dari Allah adalah disunatkan melakukan solat sunat syukur dua rakaat. Rakaat yang sebenar tidaklah terhad. Bila-bila masa saja kecuali waktu yang dilarang.

    Lafaz niat:
    Usolli Sunnatas Syukri Rak'ataini Lillahi Ta'ala,
    Allahu Akbar
    "Sahaja aku solat sunat syukur dua rakaat kerana Allah taala."

    Rakaat pertama baca Al-Fatihah dan surah Al-Kafirun.
    Rakaat kedua baca Al-Fatihah kemudian surah Al-Ikhlas.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14514
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #31 15 February, 2011, 08:16:43 AM
  • Publish
  • SOLAT SUNAT TAUBAT
    Solat sunat taubat ialah solat sunat yang dilakukan sesudah seseorang melakukan perbuatan dosa atau merasa berbuat dosa, lalu bertaubat kepada Allah. Dengan berjanji tidak akan mengulanginya.

    Dalil

    Solat ini berdasarkan kepada Sabda Rasulullah s.a.w :
    ما من رجل يذهب ذنبا ثم يقوم فيتطهر ثم يصلى ثم يستغفر الله إلا غفر له ثم قرأ هذه الأية ، والذين إذا فعلوا فاحشة أو ظلموا أنفسهم ذكرو الله فاستغفرو لذنوبهم ومن يغفر الذنوب إلا الله ولم يصروا على ما فعلوا وهم يعلمون . أولئك جزاءهم مغفرة من ربهم وجنات تجري من تحتها الأنهار خالدين فيها . ( رواه أبو داود والنسائي وابن ماجه )

    Maksudnya : “Setiap orang yang pernah melakukan perbuatan dosa, kemudian segera bangun dan berwudhuk. Kemudia solat lalu memohon ampunan dari Allah, pasti Allah akan memberi ampunan baginya. Setelah itu dibaca surah ini : “ Mereka yang pernah mengerjakan kejahatan atau telah berbuat dosa terhadap dirinya sendiri, lalu mereka segera ingat kepada Allah, terus memohon ampunan di atas dosanya. Siapa pula yang akan mengampuni segala dosa kalau bukan Allah. Sesudah itu mereka insaf dan sedar bahawa ia tidak akan mengulanginya lagi perbuatan dosa seperti yang sudah-sudah, maka mereka itu akan diberi pahala dengan syurga di mana di bawahnya mengalir air sungai, dan di situlah tempat mereka kekal abadi”

    Selepas selesai dari solat, maka beristighfarlah banyak-banyak. Antara istighfar yang baik ialah penghulu istighfar :

    اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي فَإِنَّهُ ‏لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أَنْتَ

    Maksudnya : “Ya Allah ! Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan melainkan Engkau, Engkau telah menjadikan daku dan aku adalah hambaMu dan aku di atas perintah dan perjanjianMu sekadar keupayaanku, aku berlindung denganMu dari kejahatan barang yang aku lakukan, aku mengaku bagiMu dengan nikmatMu ke atasku dan aku mengaku dengan dosaku, maka ampunilah bagiku, maka sesungguhnya tiada siapa yang dapat mengampunkan segala dosa melainkan Engkau”
    Diriwayatkan oleh Bukhari.
     

    SOLAT ISTIKHARAH

    Solat ini dilakukan apabila kita menghendaki sesuatu pemilihan antara dua perkara atau lebih yang mana memohon kepada Allah menunjukkan kepada kita pilihan yang terbaik.

    NIATNYA

    أُصَلِّى سُنَّةَ الإِسْتِخَارَةِ رَكْعَتَيْنِ ِللهِ تَعَالَى .

    Maksudnya : “Sahaja aku menunaikan Solat Sunat Istikharah 2 rakaat kerana Allah Taala”


    DOA SELEPAS SOLAT INI :


    اللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْتَخِيْرُكَ بِعِلْمِكَ ، وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ ، وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ الْعَظِيْمِ فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلاَ أَقْدِرُ، وَتَعْلَمُ وَلاَ أَعْلَمُ ، وَأَنْتَ عَلاَّمُ الْغُيُوبُ ، اللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنْ هَذَا الأَمْرَ .... خَيْرٌ لِيْ فِي دِيْنِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي عَاجِلَهُ وَآجِلَهُ فَاقْدِرْهُ لِي وَيَسِّرْهُ لِي ، ثُمَّ بَارِكْ لِي فِيْهِ ، وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ.... شَرٌّ لِي فِي دِيْنِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي عَاجِلَهُ وآجِلَهُ فَاصْرِفْهُ عَنِّي وَاصْرِفْنِيْ  عَنْهُ ، وَاقْدُرهُ لِيْ الخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ، ثُمَّ ارْضِِى بِهِ

    Maksudnya : “Ya Allah ! Aku pohon pilihan (minta petunjuk) daripada Engkau dengan pengetahuan Engkau dan aku pohon ketentuan Engkau dengan kekuasaan Engkau dan aku pohon akan Dikau dari limpah kurniaan Engkau yang besar, maka sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui segala perkara ghaib.

    Ya Allah! Seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini …. Berkebajikan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka takdirlah akan dia baik dan permudahkannya bagiku kemudian berkatkan bagiku padanya dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini …. Mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan akibat urusanku cepat atau lambat, maka palinglah akan dia daripadaku dan palinglah akan seberapa yang boleh, kemudian redhalah akan daku dengannya” (sebutkan urusan yang dimaksudkan di tempat yang bertitik).
     

    SOLAT SUNAT MUTLAK

    Solat Sunat Mutlak ialah solat sunat yang tidak ditentukan waktunya dan tidak ada sebab pun, bilangan rakaatnya juga tiada batasnya. Cara melakukannya adalah seperti solat sunat yang lain.

    NIATNYA
    أُصَلِّى سُنَّةَ  رَكْعَتَيْنِ ِللهِ تَعَالَى .
    Maksudnya : “Sahaja aku menunaikan Solat Sunat 2 rakaat kerana Allah Taala”
     

    SOLAT SUNAT TASBIH


    Solat Sunat Tasbih dinamakan solat tasbih adalah disebabkan di dalamnya terdapat bacaan tasbih iaitu sebanyak 300 kali.

    Kaifiat melakukan solat tasbih :
    Sekiranya dilakukan pada waktu siang hari maka hendaklah dikerjakan sebanyak 4 rakaat dengan satu salam.
    Manakala sekiranya dilakukan pada waktu malam maka hendaklah dikerjakan sebanyak 4 rakaat dengan 2 salam.

    CARA MENGERJAKANNYA :

    Terdapat dua cara untuk melakukan Solat ini :

    1.     Sesudah kita berniat dan bertakbir, kita membaca doa iftitah. Selanjutnya kita membaca tasbih sebanyak 15 kali . Kemudia membaca ta’awudz dan Al-Fatihah serta surah. Sesudah itu kembali membaca tasbih sebanyak 10 kali. Selanjutnya tasbih dibaca sebanyak 10 kali dalam rukuk, I’tidal, sujud, duduk antara dua sujud dan sujud yang kedua.

    2.  Bacaan tasbih sebanyak 15 kali dibaca selepas membaca surah, Selanjutnya tasbih dibaca sebanyak 10 kali dalam rukuk, I’tidal, sujud, duduk antara dua sujud dan sujud yang kedua dan pada menjelang untuk mengerjakan rakaat yang berikut.

    Dan bagi rakaat terakhir maka tasbih dibaca sebelum membaca tahiyat.

    NIATNYA

    أُصَلِّى سُنَّةَ الْتَسْبِيْحِ رَكْعَتَيْنِ ِللهِ تَعَالىَ
    Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat sunat Tasbih 2 rakaat kerana Allah Taala.

    TASBIH YANG DIBACA IALAH :

    سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ .

    Maksudnya : Maha suci Allah dan pujian bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Besar. Tiada daya upaya melainkan dengan Allah Yang Maha Tinggi lagi Agung.



    Ummu Fatimah

    • *
    • Posts: 2154
      • View Profile
    Reply #32 15 February, 2011, 08:58:31 AM
  • Publish
  • Solat sunat mutlak, tujuannya apa Ummi dan keadaannya macamne?
    zaujah n aliah yusri.. ummu yusuf ramadhan & nur fatimah mujahidah..

    lamiya rayyan

    • *
    • Posts: 1
      • View Profile
    Reply #33 28 June, 2011, 10:52:24 PM
  • Publish
  • boleh kah kalau kite membaca ayat ayatul kursi...dalam...suma bacaan solat kite...

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4856
      • View Profile
    Reply #34 29 June, 2011, 12:14:36 AM
  • Publish
  • tak boleh lah cik oi

    Fatihah wajib

    surah lain tu sunat

    elok jika al ikhlas tu

    subhanallah

    (jangan marah naaa, I know, just like this)

    kasba

    • *
    • Posts: 240
    • hmmm.....
      • View Profile
    Reply #35 25 May, 2012, 12:18:02 PM
  • Publish
  •  :)

    dalam hari Jumaat, katakan saya sampai masjid semasa azan, mana yang patut saya lakukan? solat sunat tahiyatul masjid atau solat sunat jumaat?

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4856
      • View Profile
    Reply #36 25 May, 2012, 02:41:05 PM
  • Publish
  • tentulah solat sunat tahiyatul masjid

    adapun sunat jumaat tu tak ada dalam sunnah
    melainkan solat sunat selepas azan, sahaja


    inshallah

    medysoeseno

    • *
    • Posts: 1
      • View Profile
    Reply #37 04 June, 2012, 11:39:29 AM
  • Publish
  • Assalamulaikum...Penjelasannya sangat bermanfaat,,semoga kita bisa istiqomah melaksanakan berbagai sholat sunat yang yang sangat dianjurkan dalam islam seperti shalat sunat Rawatib, sholat dhuha dan sholat malam ( Qiyamullail )...

    Bukankah Allah SWT mencintai Amal yang Istiqomah walaupun itu sedikit...? daripada kita mengerjakan sekaligus banyak tapi satu kali dalam setahun...

    Just Info bagi ikhwa fillah yang membutuhkan DVD GRATIS (FREE) Kumpulan 1600 ebook Islami silakan ke http://www.ebook-islami.com

    alhaudhie

    • *
    • Posts: 2094
      • View Profile
    Reply #38 14 June, 2012, 12:50:44 PM
  • Publish
  • ustaz azhar idrus-part 3:solat sunat taubat

    ustaz azhar idrus-part 3:solat sunat istikharah

    ustaz azhar idrus-part 1:solat sunat hajat

    (Senyum POWER) Solat Sunat Subuh Atas Motorsikal - Ustaz Azhar Idrus


    halaqahforum4
    ISLAM untuk semua

    - Pentadbiran
    - Pondok Tahfiz

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    0 Replies
    2235 Views
    Last post 17 June, 2009, 08:37:05 PM
    by Abi Naim
    1 Replies
    489 Views
    Last post 29 December, 2012, 09:37:45 AM
    by maktabah zein
    3 Replies
    1632 Views
    Last post 27 November, 2013, 12:08:54 PM
    by jen