Panduan Sholat Sunat

Author Topic: Panduan Sholat Sunat  (Read 29855 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

alhaudhie

  • *
  • Posts: 2056
    • View Profile
28 July, 2007, 11:55:24 PM
  • Publish Di FB
  • Panduan Sholat Sunat.


    SOLAT SUNAT RAWATIB.


    PENGENALAN.

    Solat sunat Rawatib ini terbahagi kepada dua bahagian :
    Sunat Rawatib yang “Muakkad”
    Sunat Rawatib yang “Ghaira Muakkad”.

    Disamping itu Sunat Rawatib juga terbahagi kepada 2 kategori :
    Qabliah (sebelum Solat Fardhu)
    Ba’diah (selepas Solat Fardhu)

    Sunat Rawatib yang “Muakkad” adalah seperti berikut :
    2 Rakaat sebelum Solat Subuh
    2 Rakaat sebelum Solat Zohor.
    2 Rakaat selepas Solat Zohor.
    2 Rakaat selepas Solat Maghrib.
    2 Rakaat selepas Isyak.

    Sunat Rawatib yang “Ghaira Muakkad” pula adalah seperti berikut :
    2 Rakaat sebelum Solat Zohor 
    2 Rakaat selepas Solat Zohor.
    2 Rakaat sebelum Solat Asar.
    2 Rakaat sebelum Solat Maghrib.
    2 Rakaat sebelum Isyak.

    DALIL TENTANG SUNAT MELAKUKAN SOLAT INI.

    Sabda Rasulullah s.a.w :

    عن عبد الله بن عمر قال حفظت عن رسول الله صلى الله عليه وسلم ركعتين قبل الظهر وركعتين بعد المغرب وركعتين بعد العشاء وركعتين قبل الغداة
    (متفق عليه)

    Maksudnya : Dari Abdullah bin Umar, katanya, “Saya mengingati (lafaz) dari Rasulullah s.a.w dua rakaat sebelum Zohor, dua rakaat sesudah Maghrib, dua rakaat sesudah Isyak, dan dua rakaat sebelum Subuh.” (Muttafaq ‘alaih)


    NIAT SOLAT RAWATIB

    1.   Sekiranya sebelum solat Fardhu di sebut : قَبْلِيَّةً
    2.   Sekiranya selepas solat Fardhu di sebut : بَعْدِيَّةً
    Oleh yang demikian niatnya adalah seperti berikut :
    أُصَلِّي سُنَّةَ ( الظُّهْرِ / العَصْرِ / المَغْرِبِ / العِشَاءِ / الصبح ) رَكْعَتَيْنِ (قَبْلِيَّةً / بَعْدِيَّةً ) لِلَّهِ تَعَالَى
    Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat sunat (Zohor / Asar / Isyak / Subuh) dua rakaat (Sebelum / Selepas) kerana Allah Taala.
     

    SOLAT SUNAT WUDHUK.

    PENGENALAN

    Solat sunat wudhuk dikenal juga dengan solat Syukur wudhu’ yakni solat sebanyak dua rakaat yang dikerjakan selepas seseorang mengambil wudhuk, tanpa ditetapkan dengan waktu yang tertentu baik pagi, petang, siang ataupun malam.

    NIAT SOLAT SUNAT WUDHUK

    أُصَلِّي سُنَّةَ الوُضُوْءِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى

    Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat sunat wudhu’ dua rakaat kerana Allah Taala.

     
    SOLAT SUNAT KETIKA BERMUSAFIR

    Disunatkan orang yang akan bermusafir solat dua rakaat dan dua rakaat bila dia sampai di rumahnya.
    Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud :
    “Dari Abu Hurairah, berkata Nabi s.a.w “Apabila engkau keluar dari rumahmu, hendaklah engkau solat dua rakaat nescaya solat itu akan memeliharamu dari kemasukan kejahatan, dan apabila engkau memasuki rumahmu hendaklah engkau memasuki rumahmu hendaklah engkau solat dua rakaat, maka solat itu akan memelihara dari kemasukan kejahatan”.

    NIAT SHOLAT INI

    أُصَلِّي سُنَّةَ السَفَرِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى

    Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat sunat musafir dua rakaat kerana Allah Taala.
     

    SOLAT SUNAT JUMAAT

    Solat sunat Jumaat ini iaitu solat yang dilakukan bagi mengiringi solat Jumaat sama ada sesudah atau sebelumnya. Rasulullah s.a.w mengerjakan solat sunat Jumaat ini sebanyak dua rakaat sesudah solat Jumaat di rumah baginda.
    Dalil :
    Rasulullah s.a.w memerintahkan kepada para sahabat yang selesai solat Jumaat untuk solat sebanyak empat rakaat dengan sekali salam. Demikianlah yang diriwayatkan oleh Muslim dari Ibnu Umar dan Abu Hurairah.


    NIAT SUNAT JUMAAT


    أُصَلِّي سُنَّةَ الجُمْعَةِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى
    Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat sunat Jumaat dua rakaat kerana Allah Taala.
     

    SOLAT SUNAT TAHIYYATUL MASJID

    Solat sunat Tahiyyatul Masjid ialah solat sunat yang dilakukan sebanyak dua rakaat sebaik sahaja memasuki masjid, iaitu sebelum seseorang itu duduk.
    Dalil tentang perkara ini berdasarkan Sabda Rasulullah s.a.w :

    إذا دخل أحدكم المسجد فلا يجلس حتى يصلى ركعتين

    Maksudnya : “Apabila salah seorang di antara kamu mendatangi masjid, maka janganlah dia duduk sebelum solat dua rakaat”.

    NIATNYA :

    أُصَلِّي سُنَّةَ تَحِيَّةُ الْمَسْجِدِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى
    Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat sunat Tahiyatul Masjid 2 rakaat kerana Allah Taala.
     

    SOLAT DHUHA

    Solat ini dilakukan pada waktu Dhuha iaitu pada saat matahari naik lebih kurang sepenggalahan (istiwak). Paling banyak yang dikerjakan oleh Rasulullah ialah 8 rakaat dan paling banyak yang disabdakan oleh baginda ialah 12 rakaat. Paling sedikit yang boleh dikerjakan oleh 2 rakaat.

    DALIL TENTANG SOLAT INI.
    عن أبي هريرة رضي الله عنه قال : أو صاني خليلي بثلاثة صيام أيام من كل شهر وركعتين الضحى وأن أوتر قبل أنام .
    (رواه البخاري ومسلم)

    Maksudnya :
    Daripada Abi Hurairah r.a katanya : Rasulullah telah berwasiat kepadaku tiga perkara, iaitu puasa tiga hari setiap bulan, sembahyang Dhuha dua rakaat dan sembahyang sebelum tidur.

    NIATNYA

    أُصَلِّي سُنَّةَ الضُحَى رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى
    Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala.


    DOA SOLAT DHUHA
    اللَّهُمَّ إِنَّ الضُّحَاءَ ضُحَاءُكَ وَالْبَهَاءَ بَهَائُكَ وَالْجَمَالَ جَمَالُكَ وَالْقُوَّةَ قُوَّتُكَ وَالْقُدْرَةَ قُدْرَتُكَ وَالْعِصْمَةَ عِصْمَتُكَ . اللَّهُمَّ إِنْ كَانَ رِزْقِي فِي الْسَمَاءِ فَأَنْزِلْهُ وَإِنْ كَانَ فِيْ الأَرْضِ فأَخْرِجْهُ وَإِنْ كَانَ مَعْسِرًا فَيَسِّرْهُ وَإِنْ كَانَ حَرَامًا فَطَهِّرْهُ وَإِنْ كَانَ بَعِيْدًا فَقَرِّبْهُ بِحَقِّ ضُحَائِكَ وَجَمَالِكَ وَقُوَّتِكَ وَقُدْرَتِكَ آتِنِي مَا أَتَيْتَ عِبَادَكَ الصَّالِحِيْنَ .

    Maksud :
    Ya Allah ! bahawasanya waktu Dhuha itu adalah waktu Dhuha-Mu, keindahan itu adalah keindahan-Mu, kecantikan itu adalah kecantikan-Mu, kekuatan itu adalah kekuatan-Mu, kekuasaan itu adalah kekuasaan-Mu, dan perlindungan itu adalah perlindungan-Mu. Ya Allah ! Ya Tuhanku, jika rezekiku berada di atas langit, maka turunkanlah, dan jika berada di dalam perut bumi maka keluarkanlah, dan jika sukar maka mudahkanlah, jika haram maka sucikanlah, jika masih jauh maka dekatkanlah. Berkat waktu Dhuha-Mu, Keagungan-Mu, Keindahan-Mu, Kekuatan dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh.


    SOLAT TAHAJJUD


    Solat tahajjud ini biasanya dilakukan pada pertengahan malam selepas bangkit dari tidur atau sepertiga malam walaupun selepas tidur sekejap. Bermula waktunya selepas menunaikan solat isyak bersama 2 rakaat ba’diyahnya sehinggalah datang waktu subuh. Solat ini tiak mempunyai bilangan rakaat yang tertentu, paling sedikit 2 rakaat dan yang paling banyak tidak terhad.

    Dalil Firman Allah Taala :
    ومن الليل فتهجد به نافلة لك عسى أن يبعثك ربك مقاما محمودا
    Maksudnya : “Dan di sebahagian malam itu, hendaklah engkau bertahajjud sebagai nafilah (tambahan) untukmu. Semoga Tuhan engkau akan mengangkat engkau ke suatu tempat (kedudukan) yang terpuji”


    NIATNYA


    أُصَلِّي سُنَّةَ التَهَجُّدِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى
    Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat Tahajjud 2 rakaat kerana Allah Taala.

    Antara doa yang dibaca selepas solat tahajjud ialah :

    1)                                                                          رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
    “Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka”

    2)اللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ نُوْرُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ ، وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ قَيَّامُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ رَبُّ السَمَوَاتِ وَالأَرْضِ وَمَنْ فِيْهِنَّ أَنْتَ الْحَقُّ ، وَوَعْدُكَ الحَقُّ ، وَقَوْلُكَ الحَقُّ ، وَلِقَائُكَ الحَقُّ ، وَالْجَنَّةُ حَقٌ ، وَالنَّارُ حَقٌ ، وَالسَّاعَةُ حَقٌ ، اللَّهُمَّ لَكَ أَسْلَمْتُ وَبِكَ آمَنْتُ ، وَعَلَيْكَ تَوَكَّلْتُ ، وَإِلَيْكَ أَنَبْتُ ، وَبِكَ خَاصَمْتُ ، وَإِلَيْكَ حَاكَمْتُ ، فَاغْفِرْلِي مَا قَدَّمْتُ وَأَخَّرْت وَأَسْرَرْتُ وَأَعْلَنْتُ ، أَنْتَ إِلَهِي ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ.
    Maksudnya : “Ya Allah ! BagiMu kepujian, Engkau cahaya di langit dan di bumi, bagi Engkau kepujian, Engkau yang mendirikan langit dan bumi, bagi Engkau kepujian, Engkau Tuhan di langit dan di bumi dan segala yang terkandung padanya, Engkau Yang Maha Benar, dan janji engkau adalah benar, dan percakapan Engkau adalah benar, dan bertemu dengan Engkau adalah benar, dan syurga adalah benar, dan neraka adalah benar, dan hari kiamat adalah benar, Ya Allah ! KepadaMu aku telah berserah, dan denganMu aku beriman, dan kepadaMu akau bertawakal, dan kepadaMu aku bertaubat, dan kepadaMu aku mengadu, dan ke arah Engkau aku menghakimi, ampunilah dosa-dosa yang telah aku dahulukan dan kemudiankan dan rahsiakan dan lahirkan, Engkau Tuhanku, tiada Tuhan melainkan Engkau”

    Sesudah itu bacalah istigfar banyak-banyak, sama ada membaca istighfar biasa atau sayyidil istighfar.

     
    اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي فَإِنَّهُ ‏لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أَنْتَ
    Maksudnya :

    “Ya Allah ! Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan melainkan Engkau, Engkau telah menjadikan daku dan aku adalah hambaMu dan aku di atas perintah dan perjanjianMu sekadar keupayaanku, aku berlindung denganMu dari kejahatan barang yang aku lakukan, aku mengaku bagiMu dengan nikmatMu ke atasku dan aku mengaku dengan dosaku, maka ampunilah bagiku, maka sesungguhnya tiada siapa yang dapat mengampunkan segala dosa melainkan Engkau”
     

    SOLAT WITIR
    Jumlah rakaat bagi witir ialah ganjil. Paling sedikit 1 rakaat dan yang paling banyak 11 rakaat. Waktu untuk mengerjakan solat ini ialah selepas solat isyak sehingga terbit fajar.

    Hadis yang diriwayatkan dari Aisyah, yang bermaksud :
    “Adalah Nabi s.a.w solat di antara solat Isyak dengan terbit fajar sebelas rakaat, Baginda memberi salam tiap-tiap dua rakaat dan yang penghabisannya satu rakaat”
    Mafhumnya bahawasanya Rasulullah s.a.w mengerjakan solat witir (sekiranya 11 rakaat) maka bilangan salamnya ialah 6 salam.

    NIATNYA
    أُصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكْعَتَيْنِ/ رَكْعَةً لِلَّهِ تَعَالَى
    Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat Witir 2 rakaat kerana Allah Taala.

    Adapun doa yang dibaca sesudah solat witir ialah :
    سُبُّوْحٌ قُدُّوْسٌ رَبُّنَا رَبُّ الْمَلاَئِكَةِ وَالرُّوْحِ اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفو ، فَاعْفُ عَنِّي
    Maksudnya : “Yang diucapkan Maha Suci bagiNya, Yang Maha Suci, dan Tuhan kami, malaikat dan roh. Ya Allah ! Sesungguhnya Engkau Pengampun, suka kepada pengampunan, ampunilah akan daku”

    Atau bacalah doa ini :

    اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ إِيْمَانًا دَائِْمًا ، وَنَسْأَلُكَ قَلْبًا خَاشِعًا وَنَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا ، وَنَسْأَلُكَ يَقِيْنًا صَادِقًا . وَنَسْأَلُكَ عَمَلاً صَالِحًا ، وَنَسْأَلُكَ دِيْنًا قَيِّمًا ، وَنَسْأَلُكَ خَيًْرا كَثِيْرًا ، وَنَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ ، وَنَسْأَلُكَ تَمَامَ الْعَافِيَةِ ، وَنَسْأَلُكَ الْشُكْرَ عَلَى الْعَافِيَةِ ، وَنَسْأَلُكَ الْغِنَاءَ عَنِ الْنَّاسِ . اللَّهُمَّ رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاَتَنَا وَصِيَامَنَا وَقِيَامَنَا وَتَخَشُّعَنَا وَتَضَرُّعَنَا وَتَعَبُّدَنَا وَتَمِّمْ تَقْصِيْرَنَا يَا الله يَا الله يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْن . وَصَلى اللهُ عَلَى خَيْرِ خَلْقِهِ مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ لِلّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

    Maksudnya : “Ya Allah ! Ya Tuhan kami, kami memohon kepada-Mu iman yang kekal, kami memohon kepada-Mu hati yang khusyuk, kami memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, kami memohon ditetapkan keyakinan yang benar, kami memohon (dapat melaksanankan) amal yang soleh, kami memohon kepada-Mu tetap dalam agama Islam, kami memohon kepada-Mu kebaikan yang melimpah ruah, kami memohon kepada-Mu keampunan dan kesihatan, kami memohon kepada-Mu kesihatan yang sempurna, kami memohon kepada-Mu kesyukuran di atas kesihatan yang Engkau berikan, dan kami memohon kepada-Mu kecukupan, Ya Allah, Tuhan kami, terimalah daripada kami Solat kami, puasa kami, qiam kami, khusyuk kami, pengabdian kami, sempurnakanlah apa yang kami lakukan selama solat ya Allah, ya Allah, ya Allah Zat Yang Maha Pengasih dan Penyayang.”

    Atau baca doa ini :
    اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفو ، فَاعْفُ عَنِّي ، اللهم إنا نسألك رضاك والجنة ونعوذ بك من سخطك والنار .
    Maksudnya : “Ya Allah ! Sesungguhnya Engkau Pengampun, suka kepada pengampunan, ampunilah akan daku, Ya Allah kami memohon kepada-Mu keredhaan-Mu dan syurga dan kami berlindung dengan-Mu dari kemurkaan-Mu dan neraka”
     

    SOLAT TARAWIH
    Tarawih ertinya beristirehat. Ia dikerjakan selepas solat isyak sehingga menjelang fajar. Solat Tarawih ini hanya dilakukan pada bulan ramadhan dan boleh dilakukan sama ada secara individu atau secara berjamaah. Bilangan rakaat yang dilakukan biasanya 8 rakaat dengan 3 witir atau 20 rakaat dengan 3 witir.
    Sabda Rasulullah s.a.w :
    كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يرغب في قيام رمضان من غير أن يأمر فيه بعزيمة فيقول ، من قام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه .
    Maksudnya : “Adalah Rasulullah s.a.w menganjurkan untuk mengerjakan solat pada malam bulan Ramadan tetapi tidak mewajibkannya. Baginda bersabda barang siapa bangun pada bulan Ramadan (mengerjakan solat tarawih) dengan rasa iman dan mengharapkan keredhaan Allah maka diampunilah dosa-dosanya yang telah lalu”.
    Cara yang mengerjakan solat tarawih ialah dengan melakukan 2 rakaat demi 2 rakaat.

    NIATNYA
    أُصَلِّي سُنَّةَ التَّرَاوِيْحِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى
    Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat Terawih 2 rakaat kerana Allah Taala.
     

    SOLAT GERHANA / BULAN
    Gerhana terbahagi kepada dua iaitu gerhana bulan dan gerhana matahari. Gerhana ini merupakan  tanda kekuasaan Allah S.W.T. bukan disebabkan apa-apa munasabah. Contoh sebagaimana yang telah berlaku pada Zaman Rasulullah s.a.w apabila anak baginda yang bernama Ibrahim telah meninggal, kebetulan ketika itu berlakunya gerhana Matahari, maka orang-orang ketika itu menyangka berlakunya gerhana Matahari ini disebabkan kematian Ibrahim. Maka Nabi s.a.w bersabda :

    "إن الشمس والقمر آيتان من آيات الله لا ينكسفان لموت أحد ولا لحياته فإذا رأيتموهما فادعوا الله وصلوا حتى ينكشف ما بكم ". (رواه البخاري ومسلم)

    Maksudnya : “Sesungguhnya matahari dan bulan keduanya menjadi bukti adanya Tuhan dan kekuasaan-Nya. Keduanya gerhana bukan kerana matinya seseorang dan tidak pula kerana hidupnya seseorang, maka apabila kamu mengetahui keduanya gerhana, hendaklah kamu berdoa kepada Allah, dan solat sehingga habis gerhana itu.”

    CARANYA :
                Solat gerhana ini boleh dilakukan secara berseorang atau secara berjemaah dan sebaiknya dilakukan secara berjemaah. Solat Gerhana mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah, 4 rukuk, dan 4 sujud. Iaitu seperti berikut :
    Rakaat pertama :
    1.   Niat solat Gerhana, Takbir.
    2.   Baca Al-Fatihah dan surah.
    3.   rukuk.
    4.   I’tidal,
    5.   Baca Al-Fatihah dan surah.
    6.   rukuk.
    7.   I’tidal.
    8.   Sujud dan seterusnya seperti solat biasa.
    Rakaat kedua :
    Sama seperti rakaat pertama.

    NIAT SOLAT GERHANA

    الخُسُوْفِ  : Gerhana Bulan
    الكُسُوْف : Gerhana Matahari
    أُصَلِّي سُنَّةَ الخُسُوْفِ / الكُسُوْفِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى
    Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat gerhana (Bulan / Matahari) 2 rakaat kerana Allah Taala.
     

    SOLAT ISTISQA'

    Solat ini biasa dilakukan bertujuan untuk memohon kepada Allah Taala supaya menurunkan hujan. Ini disebabkan kerana waktu kemarau yang panjang.

    Antara perkara yang perlu dilakukan oleh para jemaah untuk solat ini ialah :
    Puasa tiga hari, sambil itu bertaubat kepada Allah dengan meninggalkan segala dosa dan kezaliman.

    1.   Pada hari yang keempat, semua penduduk disuruh keluar dengan berpakaian sederhana menuju ke tanah lapang. Di samping itu binatang-binatang ternakan juga perlu dibawa bersama. Maka pada hari tersebut semua penduduk disuruh supaya memperbanyakkan membaca istighfar.

    2.   Pada rakaat pertama sesudah membaca surah al-Fatihah bacalah Surah Sabbihisma Rabbikal A’la, dengan suara keras. Dan pada rakaat kedua pula dibaca surah Hal Ataaka Hadithul Ghasyiah.

    3.   Sesudah itu, khatib harus membaca dua khutbah, pada khutbah yang pertama dimulai dengan membaca Istighfar 9 kali dan pada khutbah kedua pula dimulai dengan 7 kali istighfar.

    NIATNYA
    أُصَلِّي سُنَّةَ الإِسْتِسْقَاءِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى
    Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat ististiqa’ 2 rakaat kerana Allah Taala.

    DOA SOLAT ISTISTIQA’

    الْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِين . الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ مَالِكِ يَوْمِ الدِّيْنِ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ يَفْعَلُ مَا يُرِيْدُ ، اللَّهُمَّ أَنْتَ اللهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ . أَنْتَ الْغَنِّيُ وَنَحْنُ الْفُقَرَاءُ ، أَنْزِلْ عَلَيْنَا الْغَيْثَ وَاجْعَلْ مَا أَنْزَلْتَ عَلَيْنَا قُوَّةً وَبَلاًغًا إِلَى حِيْنَ .

    Maksudnya : “Segala puji bagi Allah pemelihara alam semesta, Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Raja hari kiamat, tiada Tuhan selain Allah, Yang berbuat menurut kehendak-Nya. Ya Allah, Engkaulah Allah yang tiada Tuhan selain-Mu. Engkaulah Maha Kaya, sedangkan kami adalah papa, turunkanlah kepada kami hujan, dan jadikanlah apa yang Engkau turunkan itu menjadi bekal sampai beberapa lama.

    DOA2 LAIN

    اللَّهُمَّ أَغِثْنَا ، اللَّهُمَّ أَغِثْنَا ، اللَّهُمَّ أَغِثْنَا

    Maksudnya : “Ya Allah siramilah kami, Ya Allah siramilah kami, Ya Allah siramilah kami”

    ‏اللَّهُمَّ اسْقِنَا غَيْثًا‏ مُغِيثًا ‏ ‏مَرِيئًا ‏ ‏مَرِيعًا ‏ ‏نَافِعًا غَيْرَ ضَارٍّ عَاجِلًا غَيْرَ آجِلٍ

    Maksudnya : “Ya Allah siramilah kami dengan hujan yang menyuburkan dan yang baik kesudahannya yang bertapis-tapis yang memberi manafaat tidak memberi mudharat segera tidak berlambat-lambat”

    ‏اللَّهُمَّ اسْقِ عِبَادَكَ وَبَهَائِمَكَ وَانْشُرْ رَحْمَتَكَ وَأَحْيِ بَلَدَكَ الْمَيِّتَ

    Maksudnya : “Ya Allah siramilah hambaMu dan haiwan-haiwan ternakanMu dan sebarkanlah rahmatMu dan hidupkanlah negeriMu yang mati”
     
    SOLAT HARI RAYA

    HUKUMNYA
    Solat Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha hukumnya adalah sunat Muakkad yang mana sangat-sangat dianjurkan kerana Rasulullah tetap dengan Solat Hari Raya ini selama baginda hidup.

    WAKTU SOLAT
    Bagi Solat Aidilfitri diadakan pada 1 Syawal. Manakala Solat Aidil Adha diadakan pada 10 Zulhijjah.

    KAIFIAT

    1.   Pada Rakaat pertama kita dikehendaki supaya takbir sebanyak 7 kali iaitu selepas takbiratul ihram dan doa iftitah. Pada setiap kali takbir kita dianjurkan supaya membaca tasbih berikut :
    سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُُ وَاللهُ أَكْبَر
    Kemudian di baca Al-Fatihah dan surah. Biasanya surah Sabbihis Marabbikal A’la

    2.   Pada Rakaat kedua pula dikehendaki supaya takbir sebanyak 5 kali. Pada setiap kali takbir kita dianjurkan supaya membaca tasbih. Kemudian di baca Al-Fatihah dan surah. Biasanya surah Al-Ghasyiah.

    3.   Selepas dari solat diadakan khutbah. Khutbah pertama dimulai dengan takbir sebanyak dan khutbah kedua dimulai dengan takbir sebanyak 5 kali.

    4.   Dalam khutbah hendaklah berisi dengan peringatan tentang zakat fitrah atau hukum qurban, haji dan hikmah-hikmahnya.

    NIAT SOLAT HARI RAYA
    أُصَلِّي سُنَّةَ لِعِيْدِ الْفِطْرِ / لِعِيْدِ الأَضْحَى رَكْعَتَيْنِ مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى
    Maksudnya : Sahaja aku menunaikan Eidil Fitri / Adha 2 rakaat kerana Allah Taala.


    LAFAZ-LAFAZ TAKBIR

    اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَر ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَر أللهُ أَكْبَر وَِللهِ الْحَمْدُ . اللهُ أَكْبَر كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهً وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْن . لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ ، صَدَقَ وَعْدَهُ ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ ، وَأَعَزَّ جُنْدَهُ ، وَهَزَمَ اْلأَحْزَابَ وَحْدَهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَِللهِ الْحَمْدُ .
     
     


    ISLAM untuk semua

    - Pentadbiran
    - Pondok Tahfiz

    my love haqiqi

    • *
    • Posts: 6
      • View Profile
    Jawab #1 09 March, 2009, 09:21:17 PM
  • Publish Di FB
  • boleh terangkan mengenai solat mutlak dengan terperinci..??
    semuanya LILLAHI taala

    zawq

    • *
    • Posts: 363
      • View Profile
    Jawab #2 26 March, 2009, 09:56:34 PM
  • Publish Di FB
  • solat sunat mutlak, sebagaimana yang diterangkan tadi boleh dilakukan bila-bila masa.
    "niatnya, sahaja aku solat sunat 2 rakaat tunai kerana Allah Taala"

    bacalah, nak baca apa pun.

    cuma aku di sini ada satu kemusykilan tentang hukum qada' solat sunat.
    boleh kah solat sunat diqada'?
    contohnya solat aidilfitri, pagi itu terjadi banjir besar. bolehkan di qada' pada 2 syawal?
    ataupun solat sunat fajar, bolehkah di qada selepas subuh?

    ada ulama' mengatakan sekiranya di qada, ia seolah-olah menjadikan yang sunat itu tadi wajib.
    walau bagaimana pun, apakah jumhur ulama' mengenai hal ini?
    "AKU akan membelimu; masamu; nafasmu; hartamu; dan hidupmu. Habiskan semua itu kepada-KU. Palingkan semua itu kepada-KU. dan Ku-bayar dengan kebebasan, keagungan dan kearifan Ilahiah. Inilah hargamu di mata-KU.

    assiddiq

    • *
    • Posts: 4596
    • "Dengan Kehendak dan KuasaNya"
      • View Profile
    Jawab #3 26 March, 2009, 09:58:41 PM
  • Publish Di FB
  • sbaiknya kena berguru stiap solat snat ni..
    biar ade penerimaan..
    "Al-haqqu bila nizom yaghlibuhul-baatil binnizom"
    Maksudnya: "Sesuatu kebenaran yang tidak sistematik akan dikalahkan oleh kebatilan yang sistematik dan terancang."
    http://Http://cahayarabbani.blogspot.com
    http://Http://islamicmoviecollection.blogspot.com
    assiddiq@ymail.com

    meow

    Jawab #4 26 March, 2009, 10:01:17 PM
  • Publish Di FB
  • Tambahan.. sunat mutlak tak boleh dilakukan pada waktu haram solat ye.. kerana ia termasuk di dalam kumpulan solat sunat yg tidak bersebab.. maka ia tidak boleh dilakukan pada masa haram solat.. Wallahua'alam..


    assiddiq

    • *
    • Posts: 4596
    • "Dengan Kehendak dan KuasaNya"
      • View Profile
    Jawab #5 26 March, 2009, 10:04:10 PM
  • Publish Di FB
  • sy nak tanya..
    panduan solat sujud syukur..
    camne eh..
    ada org cakap skali sujud je..
    minta diberi tunjuk ajar

    zawq

    • *
    • Posts: 363
      • View Profile
    Jawab #6 26 March, 2009, 10:09:06 PM
  • Publish Di FB
  • Tambahan.. sunat mutlak tak boleh dilakukan pada waktu haram solat ye.. kerana ia termasuk di dalam kumpulan solat sunat yg tidak bersebab.. maka ia tidak boleh dilakukan pada masa haram solat.. Wallahua'alam..



    semua jenis solat tidak boleh dilakukan waktu haram solat, kecuali solat gerhana matahari sahaja.

    zawq

    • *
    • Posts: 363
      • View Profile
    Jawab #7 26 March, 2009, 10:22:06 PM
  • Publish Di FB
  • ustazah aku dulu ajar (masa sekolah rendah), sujud syukur ini, tiada rukuk, terus sujud selepas qiam dan baca al-fatihah.
    tetapi dalam buku solat sunat yang baru aku beli bulan lepas, solat sunat syukur ini dilakukan seperti biasa.

    aku harap ustazah aku tu tidak mengajar aku ajaran sesat ayah pin. oh!


    assiddiq

    • *
    • Posts: 4596
    • "Dengan Kehendak dan KuasaNya"
      • View Profile
    Jawab #8 26 March, 2009, 10:28:46 PM
  • Publish Di FB
  • :senyum:..
    ye ke..
    xpe la..
    mana2 pun bleh kut..sunat ni menampung yg fardhu je..
    kalo nak amalkan sunnah rasulullah..
    maka tinggalkan makruh..
    buat sunat sperti wajib~

    anonymous

    • *
    • Posts: 123
      • View Profile
    Jawab #9 27 March, 2009, 02:55:02 AM
  • Publish Di FB
  • Tambahan.. sunat mutlak tak boleh dilakukan pada waktu haram solat ye.. kerana ia termasuk di dalam kumpulan solat sunat yg tidak bersebab.. maka ia tidak boleh dilakukan pada masa haram solat.. Wallahua'alam..



    semua jenis solat tidak boleh dilakukan waktu haram solat, kecuali solat gerhana matahari sahaja.

    saya ada beberapa soalan pasal solat2 sunat yg tak boeh dilakukan dalam waktu2 haram.

    1. apakah definisi 'waktu haram'?
    2. bilakah waktu2 haram ini dalam sehari? mengapakah waktu2 tersebut diharamkan solat2 sunnat?
    3. saya belajar bahawa solat sunnat tahhiyatul masjid boleh dilakukan dalam waktu haram. betulkah?
    4. apakah solat2 sunnat yang lain yang boleh dilakukan dalam waktu haram?
    5. bolehkah solat fardhu yang diqada'kan dibuat dalam waktu2 haram?

    terima kasih.

    azali

    • *
    • Posts: 104
      • View Profile
    Jawab #10 30 April, 2009, 07:53:01 AM
  • Publish Di FB
  • ada sesapa yg blh terangkan mengenai solat sunat isyraq... rasanya tak ada dlm kt atas tu...

    dan nk tanya 1... contohnya bila kita smpai ke masjid utk solat zohor... azan baru ja abis... solat sunat apa yg lbh utama utk dilakukan.. tahhiyatul masjid atau qabliah zohor...

    kayu_siwak

    • *
    • Posts: 32
      • View Profile
    Jawab #11 30 April, 2009, 08:21:03 AM
  • Publish Di FB
  • sekadar yg sy tahu, bila kita sampai ke masjid,kita solat qabliah zohor, automatik akan dapat pahala solat sunat tahiyyatul masjid sekali.....2 dlm 1. macam puasa gak la........klu kita puasa qada' pada hr isnin n khamis,automatik dpt puasa qada' n sunat skali.....wallahualam. solat sunat isyrak  2 rakaat @ 4 rakaat.......waktunya  dlm 15minit selepas syuruk, jangka masa dlm 20 minit. selepas isyrak baru masuk waktu dhuha. dhuha 2 rakaat hingga 12 rakaat. Waktunya selepas isyrak hingga sblm zohor.wallahua'lam

    matahari

    • *
    • Posts: 78
      • View Profile
    Jawab #12 30 April, 2009, 08:35:35 AM
  • Publish Di FB
  • Saya dok menanti jawapan dari soalan2 yg diajukan oleh para halaqian.
    Nak tau gak ape jwpannya.

    assiddiq

    • *
    • Posts: 4596
    • "Dengan Kehendak dan KuasaNya"
      • View Profile
    Jawab #13 30 April, 2009, 08:36:44 AM
  • Publish Di FB
  • ada sesapa yg blh terangkan mengenai solat sunat isyraq... rasanya tak ada dlm kt atas tu...

    dan nk tanya 1... contohnya bila kita smpai ke masjid utk solat zohor... azan baru ja abis... solat sunat apa yg lbh utama utk dilakukan.. tahhiyatul masjid atau qabliah zohor...

    qabliyah la..kalau nak tahiyyatul masjid..datang la awl2 sebelum azan..

    azali

    • *
    • Posts: 104
      • View Profile
    Jawab #14 01 May, 2009, 08:19:59 AM
  • Publish Di FB
  • terima kasih semua.....



    sekadar yg sy tahu, bila kita sampai ke masjid,kita solat qabliah zohor, automatik akan dapat pahala solat sunat tahiyyatul masjid sekali.....2 dlm 1. macam puasa gak la........klu kita puasa qada' pada hr isnin n khamis,automatik dpt puasa qada' n sunat skali.....wallahualam. solat sunat isyrak  2 rakaat @ 4 rakaat.......waktunya  dlm 15minit selepas syuruk, jangka masa dlm 20 minit. selepas isyrak baru masuk waktu dhuha. dhuha 2 rakaat hingga 12 rakaat. Waktunya selepas isyrak hingga sblm zohor.wallahua'lam

    syuruk tu lamanya 28 mint kan... maknanya 28+15... contohnya kalo waktu syuruk tu pukul 7:00, waktu blh solat isyrak 7:43... betul tak kiraan camtu?

    pasal solat sunat tahyiatul masjid lagi.... kalo kita sampai masjid masa org tgh azan, mana lbh dituntut... tunggu dan jwb azan atau solat sunat?

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14510
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #15 01 May, 2009, 09:09:54 PM
  • Publish Di FB

  • dan nk tanya 1... contohnya bila kita smpai ke masjid utk solat zohor... azan baru ja abis... solat sunat apa yg lbh utama utk dilakukan.. tahhiyatul masjid atau qabliah zohor...

    Jika kita sampai di masjid, azan baru habis, yang lebih baik ialah kita solat sunat tahyatul masjid dari pada qabliah zohor. Solat Qabliah zohor, boleh di lakukan dimana-mana tempat kita bersolat,tapi solat tahyatul masjid hanya dibuat bila kita masuk masjid. Kemuliaan solat tahyatul masjid adalah sehingga tiada waktu haram untuk menunaikan nya kecuali apabila kita sampai masjid, solat fardu berjemaah sedang dilaksanakan.



    Disunatkan mengerjakan sembahyang dua rakaat bagi orang yang memasukki masjid. Ia dinamakan dengan sembahyang Tahiyatul Masjid. Iaitu sembahyang menghormati masjid. Maksud menghormati di sini ialah mengagungkan tuan masjid itu (Allah Taala).


    Solat sunat tahyatul masjid adalah dituntut untuk dilakukan ketika memasuki masjid sebagaimana sabda Rasulullah saw :

        إذا دخـــل أحدكم المسجـــد فــلا يجلس حتى يصـــلي ركعتين……..متفق عليه

        “Sekiranya kamu masjid , maka janganlah duduk sehingga kamu menunaikan solat 2 rakaat” ( merujuk kepada solat Tahyatul masjid )(HR Imam Bukhari no : 1163 dan Imam Muslim no : 714 )



    Tarjih :

    Solat sunat tahyatul masjid adalah dibolehkan dilakukan walaupun dalam waktu haram , kerana dalil solat sunat tahyatul masjid yang khusus mengkhususkan dalil larangan solat diwaktu haram yang umum.

    Ini adalah pendapat yang dipilih oleh Ibn Taimiyah dan sebahagian daripada ashab Imam Ahmad.

    Malah , sekiranya seseorang masuk ke masjid ketika khatib sedang berkhutbah juga adalah disuruh untuk mengerjakan solat sunat tahyatul masjid berdasarkan sebuah hadis sahih :



        إذا جاء أحدكم يوم الجمعة والامام يخطب فليـــركع ركعتـــين

        “Apabila telah datang kamu (ke masjid) pada hari jumaat dan ( ketika itu ) imam sedang berkhutbah , maka solatlah kamu 2 rakaat (tahyatul masjid)”



    Masuk ke masjid tanpa melaksanakan sembahyang Tahiyatul Masjid adalah makruh.
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14510
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #16 01 May, 2009, 09:17:54 PM
  • Publish Di FB
  • ada sesapa yg blh terangkan mengenai solat sunat isyraq... rasanya tak ada dlm kt atas tu...

    Solat sunat israq ialah  : Solat sunat 2 rakaat (rakaat sebenar tidak ditentukan) yang dilakukan ketika matahari naik segalah (kira-kira melepasi pokok).


    Lafaz niatnya: Ertinya: "Sahaja aku solat sunat Isyraq dua rakaat kerana Allah taala”.

    Selepas fatihah rakaat pertama dibaca surah al-Kaafirun dan selepas fatihah rakaat kedua dibaca surah al-Ikhlas.


    ziradee

    • *
    • Posts: 14
      • View Profile
    Jawab #17 01 May, 2009, 09:29:55 PM
  • Publish Di FB
  • Salam
    Saya nak tanya pasal solat sunat Awabin. Tak silap saya, dilakukan 12 rakaat dengan 2 salam setiap satu yang dilakukan antara solat magrib dan isyak. Pada rakaat pertama kena baca surah Al-Ikhlas 6x.Fadhilatnya supaya Allah menetapkan/menjaga iman kita dan mati dalam iman. Serta dibina istana di dalam syurga kelak. Saya lupa doa yang perlu dibaca sebelum mula solat. Boleh siapa2 yang tahu doanya?

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14510
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #18 01 May, 2009, 09:30:44 PM
  • Publish Di FB
  • saya ada beberapa soalan pasal solat2 sunat yg tak boeh dilakukan dalam waktu2 haram.

    1. apakah definisi 'waktu haram'?
    2. bilakah waktu2 haram ini dalam sehari? mengapakah waktu2 tersebut diharamkan solat2 sunnat?
    3. saya belajar bahawa solat sunnat tahhiyatul masjid boleh dilakukan dalam waktu haram. betulkah?
    4. apakah solat2 sunnat yang lain yang boleh dilakukan dalam waktu haram?
    5. bolehkah solat fardhu yang diqada'kan dibuat dalam waktu2 haram?

    terima kasih.

    1)Waktu haram solat : solat sunat tidak boleh dilakukan pada waktu ini.

    2) Waktu yang diharamkan solat.

    Ada lima waktu kita dilarang solat kecuali bersebab iaitu habis waktu subuh sehingga matahari terbit, ketika matahari sedang terbit dan rembang, habis waktu asar hingga matahari terbenam serta ketika matahari sedang terbenam. Maksud bersebab, jika belum menunaikan solat fardu maka mesti ditunaikan tidak kira waktu haram atau tidak.

    3)Solat tahyatul masjid boleh dilakukan pada bila - bila masa memasuki masjid, kecuali jika solat fardhu berjemaah sedang di laksanakan. Tidak ada waktu haram bagi solat Tahyatul masjid.

    4)Solat Gerhana Matahari atau Gerhana Bulan.

    5)Boleh, solat qadha boleh dilakukan pada waktu haram.

    ziradee

    • *
    • Posts: 14
      • View Profile
    Jawab #19 01 May, 2009, 09:33:10 PM
  • Publish Di FB

  • Solat sunat israq ialah  : Solat sunat 2 rakaat (rakaat sebenar tidak ditentukan) yang dilakukan ketika matahari naik segalah (kira-kira melepasi pokok).

    Lafaz niatnya: Ertinya: "Sahaja aku solat sunat Isyraq dua rakaat kerana Allah taala”.

    Selepas fatihah rakaat pertama dibaca surah al-Kaafirun dan selepas fatihah rakaat kedua dibaca surah al-Ikhlas.



    Kalau ikut jam, lebihkurang pukul berapa waktu tu?
    « Last Edit: 01 May, 2009, 09:41:45 PM by Munaliza Ismail »

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    0 Replies
    2156 Views
    Last post 17 June, 2009, 08:37:05 PM
    by Abi Naim
    1 Replies
    370 Views
    Last post 29 December, 2012, 09:37:45 AM
    by maktabah zein
    3 Replies
    502 Views
    Last post 27 November, 2013, 12:08:54 PM
    by jen