0 Halaqian and 1 Tetamu are viewing this topic.
Yang terbaik bagi saya masing-masing pandang dan renunglah diri melalui muhasabah dan mu'attabah....Bagi saya juga buat masa sekarang teramat sukar rasanya seorang lelaki berpoligami semata-mata kerana Allah swt....1. Andai seorang perempuan itu ibu tunggal punya 14 orang anak tak bekerjaya, sanggupkah mengambilnya menjadi isterimu?2. Andai seorang wanita itu tak mampu memenuhi kehendak seksualmu, mahukah mengambilnya menjadi suri hidupmu?3. Andai seorang wanita itu hodoh sehingga tiada yang mahu menatap wajahnya, mahukah mengambilnya melengkapi hidupmu di samping sehingga akhir usianya dan usiamu?4. Andai seorang perempuan itu ibu tunggal punya 10 anak yang masih kecil, miskin, hodoh serta bermasalah mengadakan hubungan kelamin, sudikah mengambilnya menjadi isteri kedua, ketiga dan keempatmu?5. Andai seorang wanita itu ibu tunggal cacat fizikalnya punya 9 anak yang juga cacat, sudikah mengambilnya menjadi isteri poligamimu?Ada baiknya sebelum meneruskan untuk hidup berpoligami, tentukan niat terlebih dahulu....
Setuju dengan tuan nazri.. Kes 'sebelum' poligami, ada baiknya fikir masak-masak, istikharah dan muhasabah niat.. Tetapi kes 'sudah' poligami.. Gi mana pak?
Dah kita ni akhir zaman.. Bukan zaman Nabi Ibrahim.. (cuba tengok siapa Siti Sarah isteri pertama Nabi Ibrahim.. Dan siapa pula Siti Hajar, isteri keduanya? Kita nak cari siapa yang sempurna? Suami? Isteri pertama? Isteri kedua? Kita bukan sesiapa..) kita bukan juga zaman Rasulullah s.a.w..Semua kekurangan seperti hodoh. Tak boleh mengandung, anak ramai, yang memang kita tak boleh ubah, wajiblah kita terima.. Yang perlu kita usaha ubah ialah iman.. Usaha atas iman. Percaya kepada qada' dan qadar.. 1 daripada rukun iman.. Wallahua'lam..
Jika kamu memancing ikan...setelah ikan itu terlekat di mata kail...hendaklah kamu mengambil terus ikan itu...janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitusahaja...kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu...dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup...Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepadaseseorang...setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya...janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja...kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu...dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu. ..Jika kamu menadah air biarlah berpada...jangan terlalu mengharap pada takungannya. ..dan janganlah menganggap ia begitu teguh...cukuplah sekadar keperluanmu. ..Apabila sekali ia retak...tentu sukar untuk kamu menampalnya semula...akhirnya ia dibuang...sedangkan jika kamu cuba membaikinya. ..mungkin ia masih boleh digunakan lagi...Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya...Apabila sekali dia melakukan kesilapan...bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. ..akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. ..Sedangkan jika kamu memaafkannya. ..boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya...Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...yang kamu pasti baik untuk dirimu...Mengenyangkan. Berkhasiat.. .Mengapa kamu berlengah dan cuba mencari makanan yang lain...Terlalu ingin mengejar kelazatan...Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.. .Kamu akan menyesal...Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan...yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu...Menyayangimu. Mengasihimu. ..Mengapa kamu berlengah dan cuba membandingkannya dengan yang lain...Terlalu mengejar kesempurnaan. ..Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lainKamu juga yang akan menyesal...
wanita (isteri) selalu lupa, diantara mnerima berita suami kawin lagi dengan menerima suami ditangkap khalwat mana yang para isteri inginkan? satu pernikahan dapat pahala dan tanda ketaatan pada Allah dan satu lagi ditangkap khalwat dalam keadaan yang dosa.taat lah pada allah walaupun kadang-kadang ketaatan itu buat jiwa kita sakit pasti allah akan membantu kita
Selalunya pilihan memilih itu bukan ditangan isteri....poligami kebanyakkannya..bila si suami sudah ada pilihan sendiri...baru rujuk isteri...Jarang sekali kita lihat poligami dimana isteri pertama memilih calon isteri kedua buat suaminya...Bila diberi pilihan tentulah nak cari yang lebih solehah supaya tak timbul masalah dikemudian hari...supaya sama-sama dapat beribadah dalam ketenangan..saling ingat -mengingatkan...saling bekerjasama demi agama.Masalah nya...sukar ditemui..kalau ada pun yang solehah tu pun fikir dua tiga kali sebelum bersetuju nak masuk alam poligami....sebab itu poligami dipandang sepi.Cantik itu subjektif...banyak keadaan kita lihat isteri pertama lebih cantik dari isteri kedua..tu sebab kadang2 heranm atas sebab apa suami ingin berkahwin lagi.
Tapi bagi yang berpoligami benar2 kerana 'Allah"..pasti Allah permudahkan jalannya.
Dimulakan Oleh zunita Kisah
Dimulakan Oleh anaamurun233 « 1 2 » Luahan Hati
Dimulakan Oleh sofea2002 Luahan Hati