Kedudukan Seorang Imam dan Seorang Makmum Dalam Solat Jemaah!! - Page 1

*

Author Topic: Kedudukan Seorang Imam dan Seorang Makmum Dalam Solat Jemaah!!  (Read 3997 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

14 April, 2012, 11:20:55 PM
  • Publish
  • Soalan:

    Assalamu’alaikum warahmatullah.

    Benarkah baru-baru ini saya difahamkan jika kita solat jemaah 2 orang (seorang Imam dan seorang Makmum) kedudukan imam dan makmum adalah sama baris tidak perlu berdiri ke belakang sedikit.

    Jawapan:

    Isyarat Hadis ada menunjukkan jemaah yang terdiri dari seorang makmum dan seorang Imam, Makmum itu hendaklah berdiri di sebelah kanan imam tanpa perlu ke belakang sedikit. Antara hadis yang dimaksudkan, iaitulah sebuah hadis yang panjang diriwayatkan oleh Imam Muslim di dalam kitab Sahihnya dari Jabir bin ‘Abdillah, sebahagian hadis tersebut menyatakan:

    ثمَّ جِئْتُ حَتَّى قُمْتُ عَنْ يَسَارِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَخَذَ بِيَدِي فَأَدَارَنِي حَتَّى أَقَامَنِي عَنْ يَمِينِهِ ثُمَّ جَاءَ جَبَّارُ بْنُ صَخْرٍ فَتَوَضَّأَ ثُمَّ جَاءَ فَقَامَ عَنْ يَسَارِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَفَأَخَذَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِيَدَيْنَا جَمِيعًا فَدَفَعَنَا حَتَّى أَقَامَنَا خَلْفَهُ

    Mafhumnya: “…kemudian saya datang dan berdiri sebelah kiri Rasulullah SAW (ketika baginda menunaikan solat), lalu baginda memegang tangan saya, dan menarik saya sehingga baginda menjadikan saya berdiri di sebelah kanan baginda, kemudian datang Jabbar bin Sakhr, dia berwudhu, kemudian dia berdiri di sebelah kiri Rasulullah SAW , lalu Rasulullah SAW memegang tangan kami berdua dan menolak kami berdua sehingga baginda menjadikan kami berdiri di belakang baginda (dalam satu saf)…” (Hadis riwayat Muslim. Kitab al-Zuhd wa al-Raqa’iq)

    Berdasarkan hadis ini jelaslah bahawa jemaah yang terdiri dari seorang Imam dan seorang Makmum, Makmum hendaklah berdiri dalam satu Saf sebelah kanan Imam tanpa perlu ke belakang sedikit.

    source : S.S. Mufti Dr. Juanda bin Jaya (Mufti Negeri Perlis)

    Wallahu a'lam.. Jika terdapat kesalahan/kekurangan/kesilapan mohon tegur ^^, :jaz:
    « Last Edit: 14 April, 2012, 11:24:23 PM by Karim AlMujahid »

    Reply #1 15 April, 2012, 08:32:19 PM
  • Publish
  •  :)

    Dalam Kitab Fikah Mazhab Syafie dalam Bab Bersuci dan Bersembahyang. Dr Mustofa Al Khin, Dr Mustofa Al Bugho dan Ali Asy Syarbaji menyebutkan :

    Cara mengikuti Imam :

    1. Makmum hendaklah tidak berada di hadapan Imam.

    Sekiranya dia berada di hadapan Imam maka batal ikutannya kerana RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam telah bersabda sebagaimana yang diriwayatkan oleh Bukhari (657) dan Muslim (411). :

    Quote
    Sesungguhnya Imam dijadikan untuk diikuti.

    Maksud diikuti tidak akan berlaku melainkan orang yang mengikut berada di belakang. Walau bagaimanapun sekiranya dia berdiri selari dengan Imam maka ia tidak merosakkan solatnya sekalipun hukumnya adalah makruh.

    Di sunatkan kepada makmum supaya berdiri di belakang sedikit daripada Imam dan sekiranya dia berada di hadapan imam Imam maka batal solatnya. Ukuran yang diambil kira samada dia berada di hadapan atau di belakang Imam ialah tumit.

    Sekiranya bilangan Makmum ialah dua orang atau lebih mereka hendaklah membuat saf di belakang Imam. Sekiranya seorang sahaja, maka hendaklah berdiri di sebelah kanan Imam dan jika orang kedua datang, dia hendaklah berdiri di sebelah kiri Imam, kemudian kedua-duanya berundur ke belakang atau Imam melangkah ke hadapan.

    Imam Muslim meriwayatkan daripada Jabir radiyaLlahu 'anhu bahawa dia berkata :

    Quote
    Aku solat di belakang Rasulullah sallaLlahu 'alaihi wasallam. Lalu aku berdiri di sebelah kanannya. Kemudian datang Jabir bin Sokhr dan berdiri di sebelah kiri Baginda. Kemudian baginda mengambil tangan kami sehingga kami diletakkan berdiri di belakang Baginda.

    Wallahua'lam

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    9 Replies
    18404 Views
    Last post 25 March, 2009, 01:42:00 AM
    by masri
    4 Replies
    1659 Views
    Last post 04 May, 2010, 12:07:26 PM
    by malekredzuan
    7 Replies
    2022 Views
    Last post 21 June, 2011, 08:30:16 PM
    by megatfudzail