Author Topik: cara untuk bayar fidyah  (Read 2774 times)

0 Halaqian and 1 Tetamu are viewing this topic.

norazilaTopic starter

  • *
  • Offline
  • Posts: 9
    • View Profile
cara untuk bayar fidyah
« on: 11 April, 2012, 05:16:40 PM »
:)slm..
saya telah kematian ibu seminggu yang lepas..
1} Bagaimanakah cara kita mengira untuk membayar fidyah untuk si mati bagi puasa dan solat yang telah ditinggalkan pada masa lalu?
2} Arwah ibu ada meninggalkan sedikit wang dan belum sempat untuk dia memberi pesan tentang kegunaan wang itu.sy mempunyai seorang adik lelaki yang telah bekerja tetapi belum berkahwin dan sy adalah kakak yg sulong..Bolehkah wang itu digunakan untuk perbelanjaan harian saya sekeluarga dan adik saya secara dibahagi sama rata?atau bagaimana harus sy lakukan?

Share this topic on Facebook


shearazi

  • *
  • Offline
  • Posts: 513
  • mk
  • Kudambakan Redha Allah
    • View Profile
Re: cara untuk bayar fidyah
« Jawab #1 on: 13 April, 2012, 07:55:11 AM »
1)Fidyah hanya untuk ibadah puasa..

Kiraannya ialah 1 hari tertinggal dibayar dengan 1 cupak beras (675gm)
Ianya berganda mengikut bilangan tahun tertinggal.

Contoh: Meninggal dunia tanpa sempat menggantikan puasa sebanyak 10 hari. Maka bayarannya ialah 10 cupak beras.(Di Melaka, 1 cupak beras bersamaan RM1.65). Sedekahkan beras tersebut kepada fakir miskin ataupun kepada Baitulmal.

2)Sedikit wang yang ditinggalkan perlu dibahagi dengan adil mengikut faraid.

Share this topic on Facebook

Moga kita berkongsi ilmu di sini kerana Allah SWT

shearazi

  • *
  • Offline
  • Posts: 513
  • mk
  • Kudambakan Redha Allah
    • View Profile
Re: cara untuk bayar fidyah
« Jawab #2 on: 13 April, 2012, 08:35:40 AM »
Fidyah jika banyak tahun ditinggalkan dan belum digantikan.

Tertinggal puasa tahun 1420H - 10 hari,1430H - 5 hari, 1432H - 7 hari.
Sekarang 1433H maka

1420H -> 10x(1433-1420) = 10x13 = 130 cupak
1430H -> 5x(1433-1430) = 5x3 = 15 cupak
1432H -> 7x(1433-1432) = 7x1 = 7 cupak

Jumlah fidyah = 152 cupak
Jumlah puasa wajib qadha' = 22 hari

Share this topic on Facebook

« Last Edit: 13 April, 2012, 09:35:28 AM oleh shearazi »

RS^

  • *
  • Offline
  • Posts: 230
  • Redha&Syukur: Rohku, ingat detik kembalimu kpdNya
    • View Profile
    • RS^
Re: cara untuk bayar fidyah
« Jawab #3 on: 21 June, 2012, 11:47:01 AM »
Pengiraan Bayaran Fidyah Puasa Secara Ringkas
Posted by Ustaz Nor Amin Sayani Bin Zainal at 2:27 PM Categories Ramadhan

Pengertian Fidyah

Fidyah merupakan bayaran denda yang dikenakan terhadap individu Islam yang tidak dapat mengantikan puasanya di Bulan Ramadhan pada suatu tahun sehingga tiba Ramadhan tahun berikutnya. Bayaran fidyah ini boleh diserahkan kepada orang fakir miskin atau di mana-mana Jabatan Agama Islam Negeri yang menyediakan khidmat bayaran denda fidyah. Hukum membayar fidyah adalah wajib.
Kadar Fidyah

1 hari dendanya 1 cupak beras
1 cupak = 1 mud
bersamaan dengan nilai zakat fitrah semasa dibahagikan 4

RM............./4 = RM.............
 
Fidyah Tanpa Gandaan

Tidak wajib qada puasa dan wajib bayar fidyah pada tahun tersebut. Contohnya orang yang tidak boleh puasa ialah seperti orang tua yang uzur yang tiada kemampuan untuk puasa, orang yang mempunyai penyakit yang tidak boleh berpuasa dan seumpamanya.
 
Pengiraan Fidyah Tanpa Gandaan

Seseorang itu meninggalkan puasa pada 5 tahun yang lalu selama 15 hari tanpa diganti puasanya sehingga tiba Ramadhan berikutnya :

15 (Jumlah puasa yang ditinggalkan)
x 5 (Jumlah tahun yang tidak diganti puasa)
x RM 7.50 (Jumlah zakat fitrah semasa)
x 1/4 = RM 140.63
 
Cara Pengiraan Mudah & Terperinci (Tanpa Gandaan)


Fidyah Dengan Gandaan

Wajib Qada puasa dan wajib bayar fidyah. Contohnya :

    Orang meninggalkan puasa kerana uzur syar’ie ataupun dengan sengaja.
    Ibu hamil atau yang masih menyusui anaknya yang takut akan kesihatan anaknya atau takut akan kesihatan dirinya dan janinnya.

Pengiraan Fidyah Dengan Gandaan

Seseorang meninggalkan puasa pada 5 tahun yang lalu selama 15 hari tanpa diganti puasanya sehingga tiba Ramadhan berikutnya :

15 (Jumlah puasa ditinggalkan)
x 15 (Jumlah gandaan bagi 5 tahun)
x RM 7.50 (Jumlah zakat fitrah semasa)
x 1/4 = RM 421.90
 
Cara Pengiraan Mudah & Terperinci (Dengan Gandaan) & Jadual Kiraan
boleh dirujuk disini http://www.ustaznoramin.com/2010/08/pengiraan-bayaran-fidyah-puasa-secara.html




Share this topic on Facebook

Aku musafir yg mencari kebenaran. Seorang manusia yg mencari erti kemanusiaan di antara manusia. Seorang warganegara yg mencari negerinya kemuliaan, kebebasan, kestabilan & kehidupan yg baik dlm naungan Islam yg hanif.

http://bro-rs.blogspot.com/

http://lamanpuisi-rs.blogspot.com/

Firhan

  • *
  • Offline
  • Posts: 1
    • View Profile
Re: cara untuk bayar fidyah
« Jawab #4 on: 04 July, 2012, 03:16:17 PM »
assalamualaikum..

nak tanya..
bagaimana pula jika saya x ingat tahun & bilangan hari yg ditinggalkan?macam mana nak tentukan kadar yg perlu saya bayar?

harap dapat membantu..

Share this topic on Facebook



 

Related Topics

  Subjek / Dimulakan Oleh Jawapan Kiriman Akhir
Cara untuk berhenti merokok

Dimulakan Oleh umsha « 1 2 3 » Petua

42 Jawapan
7187 Views
Kiriman Akhir 24 October, 2012, 01:37:19 PM
oleh shearazi
37 Jawapan
23775 Views
Kiriman Akhir 24 May, 2012, 04:15:21 PM
oleh Ummi Munaliza
0 Jawapan
1524 Views
Kiriman Akhir 02 June, 2011, 09:31:12 PM
oleh Afiezar