Adakah Mimpi selepas Istikharah boleh Dipercayai

*

Author Topic: Adakah Mimpi selepas Istikharah boleh Dipercayai  (Read 13410 times)

0 Halaqian and 2 Guests are viewing this topic.

aezra3004

  • *
  • Posts: 3
    • View Profile
10 April, 2012, 09:05:55 PM
  • Publish
  • Salam semua

    Nak mintak pendapat anda semua mengenai mimpi selepas istikharah
    Ramai yang cakap takde dalil yang mengatakan kita perlu terima bulat-bulat mimpi tu.
    Sebab takut ia adalah permainan syaitan
    Tapi bagaimana kalau kita mimpi yang kita tak terfikirkan pun dan bila bangun rasa tenang?
    « Last Edit: 07 January, 2013, 04:12:27 PM by PenaHalaqah »

    Nasiha Sakina

    • *
    • Posts: 97
    • _ Insan Dhaif, Faqir _
      • View Profile
    Reply #1 10 April, 2012, 09:19:25 PM
  • Publish
  • Wassalam...

    Hm.. Ana rasa bila kita buat iswtikorah kita mungkin akan tenang. insha'allah..

    qalamm

    • *
    • Posts: 203
    • bersatu hati dan jiwa keranaMU..
      • View Profile
    Reply #2 10 April, 2012, 09:30:33 PM
  • Publish
  • SOLAT ISTIKHARAH
     
    Apabila seseorang itu berada di dalam keadaan dilema terhadap sesuatu perkara yang ingin dilakukkan atau dihajati sama ada ianya membawa kebaikan mahupun keburukan terhadap dirinya, bersesuaian atau bertentangan dengan dirinya, maka hendaklah dia memohon petunjuk daripada Allah Subhanahu wa Ta’ala melalui solat Istikharah sebanyak dua rakaat..
     
     
    v  DALIL DISYARI’ATKAN SOLAT ISTIKHARAH
     
    Solat Istikharah ini telah diperjelaskan melalui hadis daripada Jabir bin ‘Abdillah radhiallahu’ anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah mengajarkan Istikharah kepada kami dalam segala urusan, sebagaimana baginda mengajar kami surah dari al-Qur’an.. Baginda bersabda:
     
    إِذَا هَمَّ أَحَدُكُمْ بِالأَمْرِ فَلْيَرْكَعْ رَكْعَتَيْنِ مِنْ غَيْرِ الْفَرِيضَةِ ثُمَّ لِيَقُلْ:
     
    Maksudnya:
    Jika salah seorang di antara kalian berkeinginan keras melakukan sesuatu, hendaklah dia mengerjakan solat dua rakaat yang bukan solat fardu kemudian membaca doa:
     
    اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَخِيرُكَ بِعِلْمِكَ وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ الْعَظِيمِ
     
    فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلاَ أَقْدِرُ وَتَعْلَمُ وَلاَ أَعْلَمُ وَأَنْتَ عَلاَّمُ الْغُيُوبِ
     
    اللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ خَيْرٌ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي
     
    أَوْ قَالَ: عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ
     
    فَاقْدُرْهُ لِي وَيَسِّرْهُ لِي ثُمَّ بَارِكْ لِي فِيهِ
     
    وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ شَرٌّ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي
     
    أَوْ قَالَ: فِي عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ
     
    فَاصْرِفْهُ عَنِّي وَاصْرِفْنِي عَنْهُ وَاقْدُرْ لِي الْخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ثُمَّ أَرْضِنِي.
     
     
     
    Maksudnya:
    Ya Allah, sesungguhnya aku memohon petunjuk kepada-Mu dengan ilmu-Mu, memohon ketetapan dengan kekuasaan-Mu, dan aku memohon kurniaan-Mu yang sangat agung kerana sesungguhnya Engkau berkuasa sedang aku tidak berkuasa sama sekali, Engkau mengetahui sedangkan aku tidak, dan Engkau yang mengetahui hal yang ghaib. Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini (lalu menyebutkan secara langsung urusan yang dimaksudkan) lebih baik bagi diriku dalam agama, kehidupan dan akhir urusanku – atau mengucapkan: baik dalam waktu yang dekat mahupun yang akan datang – maka tetapkanlah ia bagiku dan mudahkanlah ia untukku. Kemudian, berikan berkah kepadaku dalam menjalankannya. Jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini buruk bagiku dalam agama, kehidupan dan akhir urusanku – atau mengucapkan: baik dalam waktu yang dekat mahupun yang akan datang – maka jauhkanlah urusan itu dariku dan jauhkanlah aku darinya, serta tetapkanlah yang baik itu bagiku di mana pun kebaikan itu berada. Kemudian, jadikanlah aku orang yang redha dengan ketetapan tersebut.
     
    قَالَ: وَيُسَمِّي حَاجَتَهُ.
     
    Maksudnya:
    Baginda bersabda: Hendaklah dia menyebutkan apa yang dihajatkannya. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Jumu’ah, no: 1162.
     
     
    v  BEBERAPA PERKARA BERKAITAN SOLAT ISTIKHARAH
     
    q  Solat Istikharah dilaksnakan sebagaimana solat dua rakaat yang biasa. Tidak ada ketetapan tertentu daripada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tentang surah apa yang perlu dibacakan ketika solat Istikharah, Oleh itu dibenarkan membaca apa jua surah dari al-Qur’an yang mudah bagi seseorang itu setelah selesai membaca surah al-Fatihah.
     
    q  Solat Istikharah boleh dilaksanakan apabila berhadapan dengan segala urusan yang mubah (harus) baik ianya isu yang besar mahupun kecil, perkara yang penting ataupun tidak. Seharusnya kita fahami bahawa permasalahan yang menjadi dilema itu bukanlah termasuk dalam perkara yang telah ditetapkan hukum-hukumnya dalam Islam. Bagi urusan yang wajib atau sunat yang telah jelas arahan untuk melakukannya ataupun urusan yang haram atau makruh yang telah jelas larangannya, ianya tidak lagi boleh dilakukan istikharah ke atasnya. Hanya perkara-perkara yang mubah sahaja dibenarkan untuk dilakukan istikharah.
     
    q  Hendaklah bagi seseorang yang mengerjakan solat Istikharah itu melapangkan dadanya dari apa jua kehendak peribadi yang berlandaskan hawa nafsu. Seharusnya dia menyerahkan perkara tersebut bulat-bulat kepada ilmu Allah Subhanahu wa Ta’ala. Harus juga kita sedari bahawa adakala apa yang dipilih oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala untuk kita itu tidak selari dengan keinginan hawa nafsu atau pada tanggapan kita ianya adalah sesuatu yang tidak bersesuaian bagi diri kita. Namun demikian sewajarnya bagi kita untuk pasrah menerima keputusan Allah Subhanahu wa Ta’ala tersebut. Firman-Nya:
     
    وَعَسَىٰ أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَعَسَىٰ أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ
     
    وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
     
    Maksudnya:
    …dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. – al-Baqarah (2) : 216
     
    q  Solat Istikharah ini boleh juga dikerjakan secara khusus atau semasa mengerjakan solat-solat sunat seperti solat Rawatib, Tahiyyatul Masjid dan lain-lain. Sebagai contohnya setelah mengerjakan solat Tahiyyatul Masjid langsung kita membaca doa Istikharah tersebut. Hal ini adalah dibenarkan. Menurut al-‘Iraqi rahimahullah:
     
    Jika keinginan melakukan sesuatu muncul sebelum mengerjakan solat sunat Rawatib atau yang semisalnya, lalu dia mengerjakan solat tanpa niat Istikharah, namun setelah solat timbul keinginan untuk memanjatkan doa Istikharah, maka secara zahir hal tersebut sudah mencukupi. – Rujuk al-Adzkaar, jilid 3, ms. 354. Penulis nukil dari kitab Bughyat al-Mutatowwi Fi Solah al-Tatowwu‘ karya Syeikh Muhammad bin ‘Umar Salim Bazmul, ms. 137.
     
    q  Doa istikharah itu dibaca setelah memberi salam berdasarkan zahir lafaz hadis tersebut. Doa tersebut boleh diulang-ulang.
     
    q  Bukan termasuk dalam syarat Istikharah bahawa seseorang itu mesti bermimpi tentang pilihan atau tindakan yang perlu diambil setelah mengerjakan solat tersebut. Namun seseorang itu akan merasa tenang atau dipermudahkan untuknya ketika memutuskan sesuatu keputusan sesuai dengan apa yang Allah Subhanahu wa Ta’ala telah pilih untuknya.

    "Sila fahamkan ..semoga mendapat ilmu..Waallahuallam..
    cinta ini biar sampai syurga...

    robhunhayati

    • *
    • Posts: 1068
    • anak-anakku permata hatiku... Syukran ya ALLAH..
      • View Profile
    Reply #3 11 April, 2012, 04:14:35 AM
  • Publish
  •  :jaz: qalamm utk perkongsian ilmu...

    buat ukhti aezra3004...

    petunjuk istikharah tidak semestinya dalam bentuk mimpi dan tidak semestinya kita mesti ikut apa yang kita mimpikan jika kita ragu-ragu. ulangi istikharah itu jika kita masih tidak yakin dan perbanyakkan solat sunat taubat agar hati kita lebih bersih dan lebih tenang untuk membuat keputusan. dan jika hati kita tenang setelah beristikharah dan tiada ragu2,  :ins: kita telah dapat jawapannya... Wallahu'alam...

    Fakir Billah

    • *
    • Posts: 917
      • View Profile
    Reply #4 11 April, 2012, 02:08:11 PM
  • Publish
  • Segala yang diperbuat bukan tehenti pada bacaan ayat ayat, dan ucapan.
    Sebaiknya jalinkan tumpu Tuhan.
    Hadirkan dihati segala tumpuan kepada Tuhan bila apa keadaan sekalipun.
    Disitu ada jawapan.

    ciklissa iryani

    • *
    • Posts: 19
      • View Profile
    Reply #5 11 April, 2012, 05:45:00 PM
  • Publish

  • Hilal Asyraf

    Hari ini, ada seorang hamba Allah mengadu kepada saya, bahawa tunangnya mahu memutuskan hubungan dengannya. Bila ditanya sebabnya, dia berkata bahawa tunangnya telah beristikharah, dan di dalam istikharahnya yang muncul adalah lelaki lain.

    Pertunangan mereka adalah rahsia. Lebih memburukkan keadaan, tunangnya sebelum itu dirisik lelaki di dalam mimpi istikharahnya itu. Membuatkan tunangnya itu confuse, dan mengajak untuk memutuskan tali pertunangan mereka.

    Izinkan saya memberikan komen yang agak keras di dalam hal ini.

    Pertamanya: Sedarlah bahawa kita ini bukanlah Rasul atau Nabi, yang mana mimpi kita membawa makna yang mendalam dan benar 100%. Tidak. Kita bukan mereka. Maka penyakit apakah ini yang membuatkan kita mempercayai sebuah mimpi, dari realiti yang berada di hadapan kita?

    Sesuci mana pun kita kala beristikharah, tetap kita hanya manusia biasa dan mimpi kita masih ada kemungkinan hanya mainan syaitan semata-mata.

    Siapa berani jamin dengan nyawanya bahawa mimpinya itu adalah benar-benar jawapan daripada Allah ha?

    Keduanya: Islam bukan berdiri di atas mistik dan keajaiban yang tidak berasas. Islam tidak berdiri di atas dalil serapuh mimpi. Kerana itu, mimpi bukanlah boleh dijadikan sebagai dalil untuk apa situasi sekalipun.

    Justeru, kita tidak boleh membuat keputusan berdasarkan mimpi semata-mata. Sedang Nabi Ibrahim pun, sebelum menyembelih anaknya, membentangkan terlebih dahulu mimpinya kepada anaknya Ismail, dan bertanya apakah dia patut meneruskannya. Walaupun Ibrahim adalah seorang Nabi!

    Maka siapakah kita untuk memutuskan pertunangan hanya berdasarkan sebuah mimpi?

    Mengapa tidak kita imbangi pro dan kontra. Mimpi itu ada kemungkinan mainan tidur semata-mata. Kalau kita ini belum ada apa-apa hubungan dengan sesiapa, tidak mengapalah. Ini sudah ada hubungan. Maka sepatutnya kita imbangi pro dan kontra, kita fikirkan baik, buruknya. Bukan semata-mata kata: "Dah mimpi gitu, gitulah."

    Inilah yang dikatakan fitnah Istikharah!

    Ketiganya: Perlu juga difahami bahawa, istikharah itu dibuat sebelum membuat keputusan. Selepas keputusan dibuat, istikharah adalah tidak bermakna. Hiduplah dengan keputusan yang telah diambil. Istikharah selepas membuat keputusan hanyalah satu ruang besar untuk syaitan menyuntikkan keraguan di dalam diri kita.

    Nyata, istikharah selepas membuat keputusan itu sendiri adalah satu bentuk keraguan!

    Keempat: Adalah haram merisik atas risikan saudara. Maka adalah haram, masuk meminang seorang yang sudah punya hubungan dengan seorang yang lain. Oleh kerana itulah, adalah harus menghebahkan pertunangan, agar tidak berlaku perkara-perkara sebegini. Agar tertutup perasaan orang lain terhadap kita atau pasangan kita. Agar termati rasa ingin 'mencuba' orang lain terhadap kita dan pasangan kita.

    Jika kita rasa perkara sebegini mungkin berlaku di dalam hidup kita, maka hebahkanlah pertunangan. Jangan rahsiakannya. Nyatakan diri sudah berpunya!

    Ini adalah pandangan saya.
    Saya tegaskan di sini bahawa, istikharah bukanlah alat sakti untuk menghalalkan segala tindakan kita. Mimpi begini, Oh, inilah dia jawapan Allah kepadaku. Banyaklah jawapan Allah, boleh confirmkan?

    Sebab itu Islam mendidik kita menggunakan akal fikiran, untuk berfikir membuat pertimbangan, pro dan kontra, mengira situasi diri dan orang sekeliling. Bukan pakai mimpi!

    Didikan apakah ini?
    Mengapa disibukkan dengan perkara sebegini, hingga terganggu satu hubungan yang murni?

    Tidakkah kita membaca artikel Ustaz Hasrizal yang kita kasihi: http://saifulislam.com/?p=8020+?

    Sungguh, ini mendukacitakan.
    -------------------------------------------------
    Sebab itu kadangkala orang yang tidak faham Islam, memandang orang Islam yang 'nampak faham' dengan pandangan yang kelakar. Kompleks. Pening.

    Semuanya kerana fitnah sebegini rupa. Diamalkan Islam itu dalam keadaan bukan sebenarnya!
    Janganlah membiarkan apa yang sedang dan telah kita miliki itu membuatkan kita semakin menjauhkan diri dari Allah tapi pergunakanlah semua nikmat kurniaan-NYA itu dengan senantiasa rasa bersyukur dan semakin mendekatkan diri kita kepada Allah S.W.T..

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4856
      • View Profile
    Reply #6 12 April, 2012, 07:17:43 AM
  • Publish
  • bagus bahasanya apa yang di paparkan cik lisa iryani tu

    selama ni bila saya duk pot pet, kata, mimpi sebab ada dampingan 'gangguan' dalam diri - ramai sangat yang terkeliru

    padahal, siapakah yang mengelirukan dirinya sendiri

    subhanallah

    Mimpikah aku?

    di alam fantasi, TV, novel, radio, layanan perasaan, gurindam jiwa, subhanallah
    kelalaian dan leka,

    kemudian bila mimpi, sukanya, terganggunya, atau berbagai tak dapat meyakini diri

    dalam cerita, dah bertunang, kemudian minta putus, sebab mimpi wajah lain, tak tersedar, demikianlah syaitan hendak menyesatkan, agar terus meneruslah, lelaki dan wanita hidup tanpa pernikahan, subhanallah

    jadi perhatikanlah ya,




    .....................................................
    Serta berbagai barang perhiasan (keemasan). Dan (ingatlah), segala yang tersebut itu tidak lain hanyalah merupakan kesenangan hidup di dunia; dan (sebaliknya) kesenangan hari akhirat di sisi hukum Tuhanmu adalah khas bagi orang-orang yang bertaqwa.

    Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya.

    Dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.

    tajuk utama di halaqah - Tazkiyatun Nafs - semuga ada usaha ikhtiar diri kita
    menyucikan JIWA

    subhanallah

    nazri0070

    • *
    • Posts: 2401
    • Aku ingin menjadi kekasihMu...Ya Allah!
      • View Profile
    Reply #7 12 April, 2012, 09:55:48 AM
  • Publish
  • Suka saya baca tulisan komen ciklissa iryani. Bagus sekali.

    Istikharah itu jalan mukmin menentukan pilihan. Setiap hari kita akan berdepan dengan pilihan. Oleh itu ada baiknya dibuat solat istikharah itu setiap hari dan konsisten. Apabila yakin itu datang dalam hati kita, itulah pilihan kita...

    Ni tulisan tok batu - selama ni bila saya duk pot pet, kata, mimpi sebab ada dampingan 'gangguan' dalam diri - ramai sangat yang terkeliru.

    Nah ini ilmunya...

    Qarin

    Qarīn (Arab:قرين, Qɑrɪn) adalah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada malaikat dan jin dari (golongan syaitan) yang mendampingi setiap manusia. Istilah ini digunakan didalam Al-Quran dan dikatakan bahawa Qarin itu mengikuti manusia sejak seseorang manusia itu dilahirkan sehinggalah ajalnya. Kedua makhluk itu dianggap sebagai "kembaran setiap manusia."

    Menurut keyakinan umat Muslim bahawa, pada umumnya Jin Qarin ini mendorongi manusia kearah untuk berbuat kejahatan. Dia (Jin Qarin) membisikkan sifat was-was, melalaikan Solat, memberatkan diri manusia untuk membaca Al-Quran dan sebagainya dan ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang manusia daripada membuat ibadah dan kebaikan.
    Untuk mengimbangi adanya pendamping jahat, Allah telah mengutus Malaikat Qarin yang selalu membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Dalam beberapa Hadis dikatakan bahawa Jin Qarin yang mendampingi Muhammad telah memeluk Islam, sehingga Muhammad selalu terjaga dari kesalahan.

    Etimologi

    Perkataan Qarin berasal daripada bahasa Arab yang bererti "teman", "pasangan" atau "pendamping". Istilah Qarin kemudian meluas yang memiliki erti roh-roh jahat, yang terdiri daripada makhluk-makhluk halus yang sentiasa mendampingi manusia, sejak seseorang itu dilahirkan sehingga dia meninggal dunia.
    Qarin dalam Al-Quran dan Hadis

    Al-Quran telah menjelaskan tentang adanya Qarin dalam Surah Az-Zukhruf
    “   Barangsiapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah (Al-Quran), kami adakan baginya syaitan (yang menyesatkan) maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya. (Az Zukhruf 43:36)   ”

    Hadis mengenai Qarin pun telah dicatat oleh Imam Ahmad dan Imam Muslim, Nabi Muhammad bersabda kepada Abdullah Mas'ud, "Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa Malaikat. Mereka bertanya: "Engkau juga Ya Rasulullah." Sabdanya: "Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuIslamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja."[1]

    Hadis mengenai Qarin: Aisyah r.a. menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah SAW keluar dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata: “Aku merasa cemburu.” Tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya, “Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?” Aku berkata, “Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah?” Sabda Baginda, “Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitanmu?” Aku bertanya, “Apakah aku ada syaitan?” Sabda Baginda, “Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin.” Aku bertanya lagi, “Adakah engkau pun ada syaitan, ya Rasulullah?” Jawab Baginda, “Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam.” (Hadis riwayat Muslim)
    Dalam kisah yang diriwayatkan oleh Jabir bin Abdillah, bahawa ketika tiba giliran Iblis untuk meminta, ia pun berkata, “Ya Tuhanku, manusia (Adam) inilah yang telah Engkau muliakan atasku, kalau Engkau tidak memperhatikannya, aku tidak akan kuat menghadapinya.” Allah berfirman yang ertinya, “Tidak akan dilahirkan seorang anak darinya kecuali dilahirkan pula seorang anak dari bangsa kamu.” Iblis berkata lagi, “Ya Tuhanku, berilah tambahan kepadaku.” Allah S.W.T berfirman, “Kamu dapat berjalan-jalan ditubuh mereka seperti mengalirnya darah dan kamu dapat membuat hati mereka sebagai rumah-rumah untuk kamu.”

    Siapakah Qarin
    Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai "kembar" manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.

    Pada umumnya qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.

    Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya. Caranya dengan membaca "Bismillah" sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.

    Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas'ud r.a. maksudnya: "Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: "Engkau juga ya Rasulullah." Sabdanya: "Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja." (Riwayat Ahmad dan Muslim)

    Aisyah r.ha. menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata: "Aku merasa cemburu." tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya: "Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?" Aku berkata: "Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah." Sabda Baginda: "Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?" Aku bertanya: "Apakah aku ada syaitan?" Sabda Baginda: "Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin." Aku bertanya lagi: "Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?" Jawab Baginda: "Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam." (Riwayat Muslim)

    Di dalam hadis lain daripada Ibnu Umar r.a., sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s. dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan." (Riwayat Baihaqi)

    Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi oran beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang megikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, "Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu." Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: "Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum."

    Qarin akan berpisah dengan "kembar"nya hanya apabila manusia meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia.

    "Selagi kita lurus dengan Allah, dunia dalam genggaman."- Sayyidah Nafisah.

    nazri0070

    • *
    • Posts: 2401
    • Aku ingin menjadi kekasihMu...Ya Allah!
      • View Profile
    Reply #8 12 April, 2012, 09:56:14 AM
  • Publish
  • Jin Pendamping Manusia (Qarin)

    Banyak kejadian yang dikisahkan oleh manusia tentang hantu atau roh orang yang sudah meninggal. Kita bisa melihat di acara-acara televisi dewasa ini yang mengemasnya dengan sajian yang menarik. Seseorang bercerita bahwa suatu ketika ditemui oleh si Fulan. Ternyata diketahui bahwa si Fulan tersebut baru saja meninggal dunia. Kisah-kisah sejenis ini sangatlah banyak ragam kejadiaannya.
    Maka, kebanyakan manusia mengira bahwa roh orang yang sudah meninggal itu bergentayangan. Bahkan, peristiwa-peristiwa yang bersangkutan dengan kejadian orang yang baru meninggal tersebut sampai membuat segolongan aliran berkeyakinan bahwa orang yang sudah meninggal itu akan menitis kembali. Mereka menyebutkan bukti-bukti kejadian yang berkaitan dengan peristiwa kematian, dan juga hasil dari cerita-cerita seperti tersebut di atas.

    Anggapan atau persepsi yang merupakan keyakian bagi kebanyakan orang-orang itu tidak lepas dari pengetahuan dan informasi yang diterimanya. Mereka berkeyakinan demikian karena apa yang mereka temui dan apa yang mereka dapatkan, semuanya, mengarah kepada kesimpulan tersebut. Bahkan, sebagian orang juga ada yang mempercayai dan melaksanakan perintah yang disampaikan oleh hantu (menurut mereka: roh gentayangan).

    Sebutlah sebagai contoh seperti berikut. Seseorang didatangi orang yang diketahui telah meningal dunia sejak puluhan tahun, yaitu kakeknya sendiri, dan memberi sebuah pesan. Pesannya, “Aku menghendaki anak cucuku datang ke pemakamanku. Jika kau datang dan sebarang beberapa hari kau di sana, niscaya kuberikan sesuatu yang berharga untukmu.” Maka, orang itu mengira bahwa ia telah mendapatkan ilham dari kakeknya (orang bodoh menyebutnya: wahyu). Maka mereka datang ke pemakanan kakeknya, kemudian bertapa di sana. Maka, keadaan orang seperti ini adalah telah syirik kepada Alloh.
    Kemudian, ada contoh lagi seperti berikut. Seseorang yang mengira telah mendapatkan ilham tadi kemudian menyepi atau semadi di pemakaman (kuburan). Beberapa malam kemudian didatangi kakeknya yang kemudian memberi petuah kepadanya dengan mengatakan, “Wahai cucuku! Ini kuberikan pusaka sebagai pegangan untukmu. Jika terjadi sesuatu, mintalah bantuan kepadanya, niscaya akan datang bala bantuan kepadamu dari pusaka itu. Dan, jangan lupa, peganglah kebenaran.” Maka, seseorang akan dengan yakin dan gembira membawa pusaka yang telah didapatnya dan akan selalu dipegangnya. Ia tambah yakin dengana adanya sang kakek yang berpesan untuk selalu berpegang kepada kebenaran. Keadaan orang semacam ini juga tertipu. Dan, ia telah berbuat syirik.

    Kemudian, ada contoh lagi seperti berikut. Seorang dukun didatangi pasien yang baru beberapa bulan yang lalu ditinggal mati oleh anaknya. Ia datang untuk meminta petunjuknya. Pasien yang datang itu mengungkapkan keluhannya, “Mbah (Kakek!), keluarga saya akhir-akhir ini selalu ditimpa. Apakah ada yang berusaha menghancurkan saya Mbah? Karena, saya membuka usaha persis di samping orang kaya sebelum anakku meninggal dunia. Kalau ada, tolonglah Mbah!” Jawab mbah dikuk,”Silakan kamu pulang dulu anakku, nanti aku akan teropong siapa gerangan pelakunya.

    Kemudian, datanglah seorang anak kecil kepada dukun itu dalam mimpinya. Anak itu mengaku telah meninggal dunia beberapa bulan yang lalu, dan memberitahukan bahwa pelaku yang berusaha menghancurkan hidup keluarga ayahku adalah orang kaya di sampingnya. Sang dukun dengan yakin kemudian memberitahukan kepada pasiennya.

    Sang dukun bertanya kepada pasiennya, “Apakah kamu telah ditinggal mati oleh anakmu?”
    Sahut pasien, “Ya, benar Mbah, kok Mbah tahu? Sungguh Mbah ini orang yang mengetahui (orang pinter).” Sang dukun menjawab, “Setelah aku analisis, memang pelakunya adalah tetanggamu yang kaya itu. Ia tidak rela jika daganganmu menyainginya. Oleh karena itu, ia berusaha ingin menghancurkanmu.”

    Demikian penjelasan sang dukun kepada pasiennya.

    Tentu Anda tahu apa yang akan terjadi dengan cerita selanjutnya. Yang terjadi selanjutnya tidak lain adalah peperangan antara dua orang tetangga. Ini adalah salah satu akibat campur tangan jin yang jahat untuk memecah-belah manusia. Orang yang mempercayai dukun dan sang dukun itu sendiri telah berbuat syirik dalam hal ini. Mereka termasuk orang-orang yang tertipu.

    Lalu, bagaimana hal itu bisa dikatakan orang-orang yang tertipu? Yah, mereka tertipu karena tidak mengenal ajaran Islam, tidak mau mengenal tentang sifat-sifat setan, tidak mau mengenal jenis-jenis perbuatan setan. Bahwa semua kejadian yang kami contohkan tersebut di atas tidak lain adalah bentuk-bentuk kejahatan setan kepada manusia untuk menjerusmuskan manusia ke dalam lembah kesesatan. Ketiga contoh tersebut di atas tidak lain adalah bentuk-bentuk penyesatan yang dilakukan oleh makhluk yang mengaku telah meningal dunia, dan orang yang didatanginya mempercayainya karena di antaranya mereka melihat bentuknya yang sama dengan orang yang telah meninggal dunia. Bentuk penyesatan itu dilakukan oleh sekelompok jenis jin pendamping (qarin).

    Dalil tentang Adanya Jin Pendamping

    Ibn Mas’ud menceritakan, Rasululloh Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam, bersabda yang artinya: “Tidaklah salah seorang dari kalian melainkan ada pendampingnya dari golongan jin.” Mereka bertanya, “Juga padamu, ya Rasulullah?” “Ya, juga bagiku, hanya saja aku telah mendapat perlindungan dari Allah sehingga aku selamat. Ia tidak memerintahkan aku kecuali kebaikan.” (HR Muslim).
    Ath-Thabarani mengisahkan riwayat dari Syuraik bin Thariq. Ia berkata, Rasululloh Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda, yang artinya: “Tidak ada seseorang di antara kalian melainkan ada baginya seorang setan.” Mereka bertanya, “Juga bagimu, ya Rasulullah?” “Ya, juga bagiku, tetapi Allah melindungiku sehingga aku selamat .”(HR. Ibnu Hibban).

    Ibn Mas’ud meriwayatkan, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda, yang artinya: “Setiap anak Adam mempunyai kelompok, dan bagi malaikat ada kelompok dengan anak Adam. Kelompok setan mengajak kepada kejahatan dan mendustakan yang hak, adapun kelompok malaikat mengajak kepada kebaikan dan membenarkan yang hak. Barang siapa yang mendapatkan yang demikian itu, maka ketahuilah bahwa itu dari Allah dan pujilah Allah, dan barang siapa yang mendapatkan selain itu, maka mintalah perlindungan kepada Allah dari setan yang terkutuk, kemudian ia membaca asy-syaithanu ya’idukumul-faqra wa ya’murukum bil-fahsya’.” (HR. Tirmizi).

    Sa’id al-Jariri mengomentari ayat yang berbunyi, “Barang siapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah (Alquran), kami adakan baginya setan.” (QS. Az-Zukhruf: 36). Ia berkomentar, “Telah sampai berita kepada kami bahwa orang kafir apabila dibangkitkan pada hari kiamat, setan akan mendorong dengan tangannya, hingga ia tidak bisa melawannya, sampai Alloh menempatkannya di api neraka, dan ketika itu ia berkata, ‘Aduhai, semoga (jarak) antaraku dan kamu seperti jarak antara timur dan barat.’ (QS. Az-Zukhruf: 38). Sementara, orang mukmin akan diwakilkan padanya malaikat sampai ia diadili di antara manusia dan menempatkannya dalam surga.

    Demikianlah, orang yang berpaling dari petunjuk yang lurus, yaitu Alquran dan sunah, maka baginya akan diadakan oleh Alloh yaitu setan, yang akan menyesatkannya. Contoh cerita-cerita yang disebutkan di atas adalah salah satu bentuk contoh mereka yang terkelabui oleh setan, karena mereka tidak menempuh jalan yang lurus, tetapi mengambil jalan orang-orang yang sesat, di antaranya mereka percaya dengan dukun, di antaranya mereka percaya dengan ilham-ilham picisan yang sebenarnya bukan ilham, tetapi tipu daya setan untuk menyesatkan manusia.
    (Sumber Rujukan: Luqath al-Marjan fi al-Ahkam al-Jan, Imam Jalaluddin as-Suyuthi)

    Mengenai Qarin

    Terlebih dahulu izinkan saya panjatkan rasa syukur dan puji-pujian ke hadrat Allah swt. di atas restu dan izinNya yang mengatur dan memberi kekuatan untuk terus menyumbang dan bersama-sama para sahabat yang dirahmati. Selawat serta salam ke atas junjungan Nabi Muhammad ibni Abdullah saw., kepada para ahli keluarganya dan para sahabat baginda, para tabi'in dan tabi' attabi'in serta seluruh muslimin dan muslimat yang dirahmati dan dikasihi Allah swt. Kepada semua penggerak wadah egroups tercinta, saya doakan agar kalian terus-terusan mendapat panduan, kerahmatan dan bantuan dari Allah swt. Tidak lupa juga salam kerberkatan untuk semua sahabat yang lain yang mencintai akan kebenaran dan memperjuangkan akan keadilan. Dan kepada sahabat yang bukan beragama Islam, salam ceria dan sejahtera diucapkan.

    Dengan izin barisan moderator budiman. Sedikit mengenai qarin.

    Ada orang yang mengaitkan keadaan sedemikian rupa, yang dikenali sebagai sawan tangis ini, akibat gangguan makhluk-makhluk halus, tidak kira sama ada gangguantersebut akibat perbuatan makhluk halus yang dilibatkan dengan perbuatan manusia, ataupun akibat gangguan jin yang menggemari manusia, sejak seseorang itudilahirkan, yang dikenali sebagai qarin atau makhluk halus yang datang menumpang bersama manusia.

    Perkataan qarin berasal daripada bahasa Arab bererti teman atau pasangan. Istilah qarin bererti roh-roh jahat, yang terdiri daripada makhluk-makhluk halus yang sentiasa mendampingi manusia, sejak seseorang itu dilahirkan sehinggalah dia meninggal dunia.

    Kewujudan qarin di samping manusia ialah untuk membiasakan, iaitu untuk menggoda atau menyesatkan, sehingga manusia itu tunduk kepada nafsu, yang akhirnyamelakukan dosa, tidak kira sama ada dosa itu dosa kecil berpanjangan atau dosa besar seperti membunuh, berzina, makan harta anak yatim dan sebagainya. Cara lainialah dengan memesongkan iktikad mereka sehingga membawa kepada perbuatan syirik atau murtad.

    Dosa-dosa itu tidak diampuni Allah. Walaupun demikian, sekiranya manusia itu beriman dan dilindungi Allah, qarin itu akan menyuruhnya melakukan kebaikan.

    Selain itu, qarin juga berusaha untuk mencederakan fizikal dan roh manusia secara bersendirian ataupun dengan perantaraan manusia, menyebabkan manusia menggunakan jin-jin untuk melakukan perbuatan tertentu seperti untuk menyakiti orang lain dan sebagainya. Apabila ini berlaku, maka dari sini terjadilah kegiatan sihir.

    Rujukan: Utusan Malaysia 31 Mac 2002 - Soal Jawab Agama Bersama Dr. Amran Kasimin
    Qarin Jin & Qarin Malaikat
    Asal-Usul Qarin Jin & Qarin Malaikat.

    Ada salah seorang keluarga pesakit yang saya rawat terkejut bila saya menceritakan bahawa Qarin ni ada dua, malahan di forum perbincangan pun ada yang berdebat tentang Qarin.

    Bagi yang taktau apa tu Qarin, Qarin bermaksud “pendamping” atau “teman”. Sejak manusia lahir, Allah menjadikan dua Qarin padanya, satu dari bangsa malaikat dan satu dari bangsa jin. Dan rupa mereka sebijik cam kita, leh kata mereka adalah kembar kita. Qarin bangsa malaikat mengilhamkan kebaikan pada kita manakala Qarin jin mengilhamkan kejahatan pada kita. Hanya Qarin jin Rasulullah s.a.w. telah Allah Islamkan dan hanya mengilhamkan kebaikan (Sebab tu Nabi maksum).

    Berikut adalah petikan dari sebuah buku berkenaan Qarin yang mana tajuk buku tersebut ialah “Rahsia Keajaiban Roh” tulisan Abu Mazaayaa Al-Hafiz terbitan Al-Hidayah. (minta izin dari penerbit dan penulis untuk saya siar petikan itu disini).

    Diriwayatkan oleh Jabir bin Abdillah bahawa Nabi Adam as. Ketika diturunkan ke bumi, beliau berdoa, “Wahai Tuhanku, inilah syaitan yang telah Engkau jadikan permusuhan antara aku dan dia. Jika Engkau tidak memperlihatkan dia, maka aku tidak mampu menghadapinya.” Kemudian Allah s.w.t. berfirman yang ertinya, “tidak akan dilahirkan seorang anak dari kamu, kecuali ditugaskan seorang malaikat untuk menjaganya.”

    Seterusnya Nabi Adam as. Berdoa lagi, “Ya Tuhanku, berilah tambahan kepadaku.” Allahpun berfirman lagi yang maksudnya, “ Aku akan membalas satu keburukan dengan satu keburukan dan satu kebaikan akan Aku balas dengan sepuluh kali ganda sesuai dengan apa yang Aku kehendaki”. Nabi Adam as. Berdoa dan memohon lagi, “Ya Tuhanku, berilah tambahan kepadaku”. Allah s.w.t. berfirman lagi yang mafhumnya, “Sesungguhnya pintu taubat selalu terbuka, selagi nyawa masih berada di jasad.”

    Kemudian tiba giliran Iblis untuk meminta, iapun berkata, “Ya Tuhanku, manusia (Adam) inilah yang telah Engkau muliakan atasku, kalau Engkau tidak memperhatikannya, aku tidak akan kuat menghadapinya.” Allah berfirman yang ertinya, “Tidak akan dilahirkan seorang anak dari nya kecuali dilahirkan pula seorang anak dari bangsa kamu.” Iblis berkata lagi, “Ya Tuhanku, berilah tambahan kepadaku.” Allah s.w.t. berfirman, “Kamu dapat berjalan berjalan ditubuh mereka seperti mengalirnya darah dan kamu dapat membuat hati mereka sebagai rumah-rumah untuk kamu.”

    Iblis meminta lagi, “Ya Tuhanku, berilah tambahan kepadaku.” Kemudian Allah pun berfirman sebagai berikut sebagai berikut yang ertinya:

    “Dan kerahlah terhadap mereka pasukan berkuda dan pasukanmu yang berjalan kaki dan bersyarikatlah (menyatulah) dengan mereka pada harta dan anak-anak dan berilah janji mereka. Dan tidak ada yang dijanjikan oleh syaitan kepada mereka melainkan tipuan belaka.” (Al-Isra’:64).

    Sekarang dah paham kenapa Qarin ada dua? Sekarang pun dah paham kenapa jin boleh buat rumah dalam badan manusia?

    ....................

    Baca, renung, jika perlu bertanyalah orang yang 'arif dan ambillah pengajaran melalui kefahaman yang amat dalam.... :ins:

    5zul

    • *
    • Posts: 3023
    • ~~ Tiada Kesusahan Melainkan Susah ~~
      • View Profile
    Reply #9 12 April, 2012, 11:42:28 AM
  • Publish
  • dalam kartun selalu ada.. -senyum-

    bila nak buat sesuatu akan keluar 2 kembar yang sama....
    iaitu yang baik dan yang jahat-

    mereka agama lain pun percaya hal demikian...
    muga apa yang di sampaikan oleh tuan nazri tue ambil pedoman...

    dalam darma tv sekarang nie banyak kisahnya....
    bukan dogengan ada kebaikkan dan keburukkannya...

    ada kembar diri pakai baju hitam.. ada kembar diri pakai berseri cahaya nya..

    jawapan tuan nazri dah bagi -

    Insyallah fahami dan lebih di fahami -

    ~~ Dalam Kegelapan Malam Ader Sinaran ~~

    Mei

    • *
    • Posts: 1068
      • View Profile
    Reply #10 12 April, 2012, 02:23:21 PM
  • Publish

  • Hilal Asyraf

    Hari ini, ada seorang hamba Allah mengadu kepada saya, bahawa tunangnya mahu memutuskan hubungan dengannya. Bila ditanya sebabnya, dia berkata bahawa tunangnya telah beristikharah, dan di dalam istikharahnya yang muncul adalah lelaki lain.

    Pertunangan mereka adalah rahsia. Lebih memburukkan keadaan, tunangnya sebelum itu dirisik lelaki di dalam mimpi istikharahnya itu. Membuatkan tunangnya itu confuse, dan mengajak untuk memutuskan tali pertunangan mereka.

    Izinkan saya memberikan komen yang agak keras di dalam hal ini.

    Pertamanya: Sedarlah bahawa kita ini bukanlah Rasul atau Nabi, yang mana mimpi kita membawa makna yang mendalam dan benar 100%. Tidak. Kita bukan mereka. Maka penyakit apakah ini yang membuatkan kita mempercayai sebuah mimpi, dari realiti yang berada di hadapan kita?

    Sesuci mana pun kita kala beristikharah, tetap kita hanya manusia biasa dan mimpi kita masih ada kemungkinan hanya mainan syaitan semata-mata.

    Siapa berani jamin dengan nyawanya bahawa mimpinya itu adalah benar-benar jawapan daripada Allah ha?

    Keduanya: Islam bukan berdiri di atas mistik dan keajaiban yang tidak berasas. Islam tidak berdiri di atas dalil serapuh mimpi. Kerana itu, mimpi bukanlah boleh dijadikan sebagai dalil untuk apa situasi sekalipun.

    Justeru, kita tidak boleh membuat keputusan berdasarkan mimpi semata-mata. Sedang Nabi Ibrahim pun, sebelum menyembelih anaknya, membentangkan terlebih dahulu mimpinya kepada anaknya Ismail, dan bertanya apakah dia patut meneruskannya. Walaupun Ibrahim adalah seorang Nabi!

    Maka siapakah kita untuk memutuskan pertunangan hanya berdasarkan sebuah mimpi?

    Mengapa tidak kita imbangi pro dan kontra. Mimpi itu ada kemungkinan mainan tidur semata-mata. Kalau kita ini belum ada apa-apa hubungan dengan sesiapa, tidak mengapalah. Ini sudah ada hubungan. Maka sepatutnya kita imbangi pro dan kontra, kita fikirkan baik, buruknya. Bukan semata-mata kata: "Dah mimpi gitu, gitulah."

    Inilah yang dikatakan fitnah Istikharah!

    Ketiganya: Perlu juga difahami bahawa, istikharah itu dibuat sebelum membuat keputusan. Selepas keputusan dibuat, istikharah adalah tidak bermakna. Hiduplah dengan keputusan yang telah diambil. Istikharah selepas membuat keputusan hanyalah satu ruang besar untuk syaitan menyuntikkan keraguan di dalam diri kita.

    Nyata, istikharah selepas membuat keputusan itu sendiri adalah satu bentuk keraguan!

    Keempat: Adalah haram merisik atas risikan saudara. Maka adalah haram, masuk meminang seorang yang sudah punya hubungan dengan seorang yang lain. Oleh kerana itulah, adalah harus menghebahkan pertunangan, agar tidak berlaku perkara-perkara sebegini. Agar tertutup perasaan orang lain terhadap kita atau pasangan kita. Agar termati rasa ingin 'mencuba' orang lain terhadap kita dan pasangan kita.

    Jika kita rasa perkara sebegini mungkin berlaku di dalam hidup kita, maka hebahkanlah pertunangan. Jangan rahsiakannya. Nyatakan diri sudah berpunya!

    Ini adalah pandangan saya.
    Saya tegaskan di sini bahawa, istikharah bukanlah alat sakti untuk menghalalkan segala tindakan kita. Mimpi begini, Oh, inilah dia jawapan Allah kepadaku. Banyaklah jawapan Allah, boleh confirmkan?

    Sebab itu Islam mendidik kita menggunakan akal fikiran, untuk berfikir membuat pertimbangan, pro dan kontra, mengira situasi diri dan orang sekeliling. Bukan pakai mimpi!

    Didikan apakah ini?
    Mengapa disibukkan dengan perkara sebegini, hingga terganggu satu hubungan yang murni?

    Tidakkah kita membaca artikel Ustaz Hasrizal yang kita kasihi: http://saifulislam.com/?p=8020+?

    Sungguh, ini mendukacitakan.
    -------------------------------------------------
    Sebab itu kadangkala orang yang tidak faham Islam, memandang orang Islam yang 'nampak faham' dengan pandangan yang kelakar. Kompleks. Pening.

    Semuanya kerana fitnah sebegini rupa. Diamalkan Islam itu dalam keadaan bukan sebenarnya!



    Alangkah baiknya..kalau saudari dapat sertakan sekali cara2 terbaik untuk mohon Petunjuk Allah nih...

    Dah kita takut akan fitnah syaitan....mesti kita pun tak mahu buat yer dak..?


    Seperti kata2 saudari sendiri kadangkala orang yang tidak faham Islam, memandang orang Islam yang 'nampak faham' dengan pandangan yang kelakar. Kompleks. Pening.Semuanya kerana fitnah sebegini rupa. Diamalkan Islam itu dalam keadaan bukan sebenarnya


    Jadi bagaimana nak elak pening dan timbul salah faham tentang amalan sebenar dalam islam ni?Nak buat lagu mana ?

    Munzir khan

    • *
    • Posts: 611
      • View Profile
    Reply #11 12 April, 2012, 05:04:31 PM
  • Publish
  • Jadi bagaimana nak elak pening dan timbul salah faham tentang amalan sebenar dalam islam ni?Nak buat lagu mana ?

    Amalan untuk apa yang di maksudkan puan Mei?

    Mei

    • *
    • Posts: 1068
      • View Profile
    Reply #12 12 April, 2012, 05:07:52 PM
  • Publish
  • kalau baca tentu faham....

    dikatakan solat isthiqorah..boleh membawa fitnah syaitan...

    juga dikatakan amalan islam itu tidak diamalkan dengan cara yang sebenarnya..

    jadi saya minta..tunjukkan cara yang terbaik....selain dari solat isthiqorah..(kalau ada)

    bagi mereka yang nak mohon petunjuk terbaik dari Allah dalam hal2 membuat keputusan...(faham ke?)


    qalamm

    • *
    • Posts: 203
    • bersatu hati dan jiwa keranaMU..
      • View Profile
    Reply #13 12 April, 2012, 07:09:57 PM
  • Publish
  • Hendaklah bagi seseorang yang mengerjakan solat Istikharah itu melapangkan dadanya dari apa jua kehendak peribadi yang berlandaskan hawa nafsu. Seharusnya dia menyerahkan perkara tersebut bulat-bulat kepada ilmu Allah Subhanahu wa Ta’ala. Harus juga kita sedari bahawa adakala apa yang dipilih oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala untuk kita itu tidak selari dengan keinginan hawa nafsu atau pada tanggapan kita ianya adalah sesuatu yang tidak bersesuaian bagi diri kita. Namun demikian sewajarnya bagi kita untuk pasrah menerima keputusan Allah Subhanahu wa Ta’ala tersebut

    Isthikarah itu adalah jalan terbaik..bila diri berada dalam dua persimpangan
    Bila mana hati dalam kekeliruan...dalam membuat pilihan ..syaitan mula memainkan
    peranan..qarin mula menyebabkan perasaan was2...di siulah terjadi fitnah syaitan!!

    Jika benar diyakini Isthikarah dimulakan dengan hati yang benar2 bersih..kosong dari
    yang selain ALLAH SWT..pasrah pada ketentuanNYA...dan yakinkan juga hati tidak
    berada dalam persimpangan....dan berada dalam keadaan tawakkal...
    mulakanlah isthikarah...InsyaALLAH ada jawapannya..dalam berbagai cara yang
    hanya ALLAH SWT sahaja tahu bagaimana mahu mendatangkan kepada seseorang itu...

    Jadi jangan sesekali ragu untuk melakukan isthikarah..kerana memang ada dalil disyariatkan isthikarah .


    Maksudnya:
    Ya Allah, sesungguhnya aku memohon petunjuk kepada-Mu dengan ilmu-Mu, memohon ketetapan dengan kekuasaan-Mu, dan aku memohon kurniaan-Mu yang sangat agung kerana sesungguhnya Engkau berkuasa sedang aku tidak berkuasa sama sekali, Engkau mengetahui sedangkan aku tidak, dan Engkau yang mengetahui hal yang ghaib. Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini (lalu menyebutkan secara langsung urusan yang dimaksudkan) lebih baik bagi diriku dalam agama, kehidupan dan akhir urusanku – atau mengucapkan: baik dalam waktu yang dekat mahupun yang akan datang – maka tetapkanlah ia bagiku dan mudahkanlah ia untukku. Kemudian, berikan berkah kepadaku dalam menjalankannya. Jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini buruk bagiku dalam agama, kehidupan dan akhir urusanku – atau mengucapkan: baik dalam waktu yang dekat mahupun yang akan datang – maka jauhkanlah urusan itu dariku dan jauhkanlah aku darinya, serta tetapkanlah yang baik itu bagiku di mana pun kebaikan itu berada. Kemudian, jadikanlah aku orang yang redha dengan ketetapan tersebut.

    hurulain01

    • *
    • Posts: 83
    • Allahu Rabbuna, ArRasul Zaimuna
      • View Profile
    Reply #14 12 April, 2012, 10:42:01 PM
  • Publish

  • Hilal Asyraf

    Hari ini, ada seorang hamba Allah mengadu kepada saya, bahawa tunangnya mahu memutuskan hubungan dengannya. Bila ditanya sebabnya, dia berkata bahawa tunangnya telah beristikharah, dan di dalam istikharahnya yang muncul adalah lelaki lain.

    Pertunangan mereka adalah rahsia. Lebih memburukkan keadaan, tunangnya sebelum itu dirisik lelaki di dalam mimpi istikharahnya itu. Membuatkan tunangnya itu confuse, dan mengajak untuk memutuskan tali pertunangan mereka.

    Izinkan saya memberikan komen yang agak keras di dalam hal ini.

    Pertamanya: Sedarlah bahawa kita ini bukanlah Rasul atau Nabi, yang mana mimpi kita membawa makna yang mendalam dan benar 100%. Tidak. Kita bukan mereka. Maka penyakit apakah ini yang membuatkan kita mempercayai sebuah mimpi, dari realiti yang berada di hadapan kita?

    Sesuci mana pun kita kala beristikharah, tetap kita hanya manusia biasa dan mimpi kita masih ada kemungkinan hanya mainan syaitan semata-mata.

    Siapa berani jamin dengan nyawanya bahawa mimpinya itu adalah benar-benar jawapan daripada Allah ha?

    Keduanya: Islam bukan berdiri di atas mistik dan keajaiban yang tidak berasas. Islam tidak berdiri di atas dalil serapuh mimpi. Kerana itu, mimpi bukanlah boleh dijadikan sebagai dalil untuk apa situasi sekalipun.

    Justeru, kita tidak boleh membuat keputusan berdasarkan mimpi semata-mata. Sedang Nabi Ibrahim pun, sebelum menyembelih anaknya, membentangkan terlebih dahulu mimpinya kepada anaknya Ismail, dan bertanya apakah dia patut meneruskannya. Walaupun Ibrahim adalah seorang Nabi!

    Maka siapakah kita untuk memutuskan pertunangan hanya berdasarkan sebuah mimpi?

    Mengapa tidak kita imbangi pro dan kontra. Mimpi itu ada kemungkinan mainan tidur semata-mata. Kalau kita ini belum ada apa-apa hubungan dengan sesiapa, tidak mengapalah. Ini sudah ada hubungan. Maka sepatutnya kita imbangi pro dan kontra, kita fikirkan baik, buruknya. Bukan semata-mata kata: "Dah mimpi gitu, gitulah."

    Inilah yang dikatakan fitnah Istikharah!

    Ketiganya: Perlu juga difahami bahawa, istikharah itu dibuat sebelum membuat keputusan. Selepas keputusan dibuat, istikharah adalah tidak bermakna. Hiduplah dengan keputusan yang telah diambil. Istikharah selepas membuat keputusan hanyalah satu ruang besar untuk syaitan menyuntikkan keraguan di dalam diri kita.

    Nyata, istikharah selepas membuat keputusan itu sendiri adalah satu bentuk keraguan!

    Keempat: Adalah haram merisik atas risikan saudara. Maka adalah haram, masuk meminang seorang yang sudah punya hubungan dengan seorang yang lain. Oleh kerana itulah, adalah harus menghebahkan pertunangan, agar tidak berlaku perkara-perkara sebegini. Agar tertutup perasaan orang lain terhadap kita atau pasangan kita. Agar termati rasa ingin 'mencuba' orang lain terhadap kita dan pasangan kita.

    Jika kita rasa perkara sebegini mungkin berlaku di dalam hidup kita, maka hebahkanlah pertunangan. Jangan rahsiakannya. Nyatakan diri sudah berpunya!

    Ini adalah pandangan saya.
    Saya tegaskan di sini bahawa, istikharah bukanlah alat sakti untuk menghalalkan segala tindakan kita. Mimpi begini, Oh, inilah dia jawapan Allah kepadaku. Banyaklah jawapan Allah, boleh confirmkan?

    Sebab itu Islam mendidik kita menggunakan akal fikiran, untuk berfikir membuat pertimbangan, pro dan kontra, mengira situasi diri dan orang sekeliling. Bukan pakai mimpi!

    Didikan apakah ini?
    Mengapa disibukkan dengan perkara sebegini, hingga terganggu satu hubungan yang murni?

    Tidakkah kita membaca artikel Ustaz Hasrizal yang kita kasihi: http://saifulislam.com/?p=8020+?

    Sungguh, ini mendukacitakan.
    -------------------------------------------------
    Sebab itu kadangkala orang yang tidak faham Islam, memandang orang Islam yang 'nampak faham' dengan pandangan yang kelakar. Kompleks. Pening.

    Semuanya kerana fitnah sebegini rupa. Diamalkan Islam itu dalam keadaan bukan sebenarnya!




    Pendapat Hilal Asyraf tersebut seolah-olah menakutkan masyarakat umum untuk beristikharah.. Bahkan mimpi dikatakan mainan tidur semata.. sedangkan mimpi pun ada yang datangnya daripada Allah dan merupakan petunjuk dan khabar gembira.. Alhamdulillah saya sudah beberapa kali bermimpi perkara yang benar.

    Cuma sesetengah hal seperti memutuskan pertunangan atas alasan mimpi perlu kepada perbincangan dan runding bicara.. mungkin mimpi itu datang atas asbab hati si wanita sudah beralih arah. Hukum meminang di atas pinangan orang lain adalah haram, tetapi hukum memutuskan pertunangan adalah harus. Tempoh pertunangan adalah tempoh berta'aruf atau mengenal pasangan dan keluarga. Sekiranya dalam tempoh itu terdapat ketidaksefahaman atau rasa tidak serasi sehingga tidak merasa aman untuk meneruskan kepada pernikahan, maka tidak perlulah meneruskan hubungan tersebut.. kerana itu, tidak perlu menghebahkan pertunangan kerana kedua-dua pasangan yang bertunang berada di peringkat mempertimbangkan hati budi masing-masing.. Pertunangan boleh diputuskan oleh mana-mana pihak..Bahkan hantaran/hadiah pertunangan wajib dipulangkan sekiranya dituntut oleh pihak yang menuntut..Pendapat Hilal Asyraf yang mengatakan pertunangan perlu dihebahkan adalah tidak tepat kerana terdapat beberapa qaul ulama yang menyarankan agar disembunyikan petunangan.

    "(Dan) sunat (memendekkannya) iaitu khitbah(pinangan) (dan mengiklankannya) pernikahan, berlawanan dengan pertunangan, maka hendaklah disembunyikan."(kitab Al-Syarhu Al-Kabir oleh Sidi Ahmad Al-Dardir jilid 2: m/s 216)

    Telah berkata Al-Khurasyi di dalam kitab Syarhu Khalil: "Maka pertunangan adalah disunatkan agar disembunyikan sepertimana khitan."

    Namun begitu, saya juga berpendapat bahawa solat istikharah tidak ada kaitan yang langsung dengan mimpi.. sekiranya sudah beristikharah, buatlah pemilihan dan pertimbangan menggunakan akal..maka pilihan tersebut akan menjadi pilihan yang terbaik yang ditakdirkan oleh Allah. Wallahua'lam.
    Allahu Rabbuna, ArRasul Zaimuna, Al-Quranu Dusturuna
    http://hurulain01.blogspot.com

    nazri0070

    • *
    • Posts: 2401
    • Aku ingin menjadi kekasihMu...Ya Allah!
      • View Profile
    Reply #15 13 April, 2012, 08:04:06 AM
  • Publish
  • Saya pun setuju dengan hurulain01....kecuali tentang beberapa kisah mimpi semasa tidur.

    Mari kita memahami hadis tentang istikharah..

    SOLAT ISTIKHARAH
     
    Apabila seseorang itu berada di dalam keadaan dilema terhadap sesuatu perkara yang ingin dilakukkan atau dihajati sama ada ianya membawa kebaikan mahupun keburukan terhadap dirinya, bersesuaian atau bertentangan dengan dirinya, maka hendaklah dia memohon petunjuk daripada Allah Subhanahu wa Ta’ala melalui solat Istikharah sebanyak dua rakaat..
     
     
    v  DALIL DISYARI’ATKAN SOLAT ISTIKHARAH
     
    Solat Istikharah ini telah diperjelaskan melalui hadis daripada Jabir bin ‘Abdillah radhiallahu’ anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah mengajarkan Istikharah kepada kami dalam segala urusan, sebagaimana baginda mengajar kami surah dari al-Qur’an.. Baginda bersabda:
     
    إِذَا هَمَّ أَحَدُكُمْ بِالأَمْرِ فَلْيَرْكَعْ رَكْعَتَيْنِ مِنْ غَيْرِ الْفَرِيضَةِ ثُمَّ لِيَقُلْ:
     
    Maksudnya:
    Jika salah seorang di antara kalian berkeinginan keras melakukan sesuatu, hendaklah dia mengerjakan solat dua rakaat yang bukan solat fardu kemudian membaca doa:
     
    اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَخِيرُكَ بِعِلْمِكَ وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ الْعَظِيمِ
     
    فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلاَ أَقْدِرُ وَتَعْلَمُ وَلاَ أَعْلَمُ وَأَنْتَ عَلاَّمُ الْغُيُوبِ
     
    اللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ خَيْرٌ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي
     
    أَوْ قَالَ: عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ
     
    فَاقْدُرْهُ لِي وَيَسِّرْهُ لِي ثُمَّ بَارِكْ لِي فِيهِ
     
    وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ شَرٌّ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي
     
    أَوْ قَالَ: فِي عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ
     
    فَاصْرِفْهُ عَنِّي وَاصْرِفْنِي عَنْهُ وَاقْدُرْ لِي الْخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ثُمَّ أَرْضِنِي.
     
     
     
    Maksudnya:
    Ya Allah, sesungguhnya aku memohon petunjuk kepada-Mu dengan ilmu-Mu, memohon ketetapan dengan kekuasaan-Mu, dan aku memohon kurniaan-Mu yang sangat agung kerana sesungguhnya Engkau berkuasa sedang aku tidak berkuasa sama sekali, Engkau mengetahui sedangkan aku tidak, dan Engkau yang mengetahui hal yang ghaib. Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini (lalu menyebutkan secara langsung urusan yang dimaksudkan) lebih baik bagi diriku dalam agama, kehidupan dan akhir urusanku – atau mengucapkan: baik dalam waktu yang dekat mahupun yang akan datang – maka tetapkanlah ia bagiku dan mudahkanlah ia untukku. Kemudian, berikan berkah kepadaku dalam menjalankannya. Jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini buruk bagiku dalam agama, kehidupan dan akhir urusanku – atau mengucapkan: baik dalam waktu yang dekat mahupun yang akan datang – maka jauhkanlah urusan itu dariku dan jauhkanlah aku darinya, serta tetapkanlah yang baik itu bagiku di mana pun kebaikan itu berada. Kemudian, jadikanlah aku orang yang redha dengan ketetapan tersebut.
     
    قَالَ: وَيُسَمِّي حَاجَتَهُ.
     
    Maksudnya:
    Baginda bersabda: Hendaklah dia menyebutkan apa yang dihajatkannya. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Jumu’ah, no: 1162.

    Dalam hadis yang panjang ni ada tak Nabi saw sebut, SELEPAS ITU KAMU TIDUR DAN KAMU AKAN BERMIMPI????

    Atau ada riwayat lain mengatakan selepas Solat Istikharah hendaklah kamu tidur dan kamu akan mendapat mimpi yang akan menjadi petunjuk????
    « Last Edit: 13 April, 2012, 08:06:03 AM by nazri0070 »

    Mei

    • *
    • Posts: 1068
      • View Profile
    Reply #16 13 April, 2012, 09:16:23 AM
  • Publish
  • Tak semesti nya petunjuk selepas solat istiqorah akan dapat dalam bentuk mimpi.

    Mungkin saja Allah bagi petunjuk melalui pembacaan, peristiwa atau situasi keadaan.

    Cuba lihat contoh2 dibawah:

    Kisah-1
    Setelah berpindah randah dari satu rumah sewa ke rumah sewa, akhirnya tergerak hati Salim untuk memiliki rumah sendiri. Lalu dia melihat iklan di surat khabar dan berkenan dengan tawaran rumah yang agak munasabah harganya. Rumah tersebut masih belum dibina lagi tetapi pihak pemaju telah menawarkan pakej jualan yang istimewa. Pihak pemaju perumahan memberi jaminan rumah tersebut akan siap dalam masa dua tahun. Salim berminat dengan rumah tersebut lalu terus membelinya. Kini lima tahun telah berlalu, projek perumahan itu telah terbengkalai kerana pemaju telah bankrupt. Salim terpaksa membayar ansuran bulanan hutang kepada bank walaupun rumah yang diidamkan masih tidak wujud.
     

    Kisah-2
    Abu dan Salmah telah berkahwin selama 4 tahun. Mereka dikurniakan dengan dua orang cahaya mata. Anak yang sulung telah berumur 3 tahun dan yang kedua masih 8 bulan. Mereka berasa agak susah hendak ke sana kemari kerana hanya memiliki motosikal. Satu hari Salmah mencadangkan kepada Abu untuk membeli kereta. Abu lalu terus pergi ke Perodua Show room untuk melihat-lihat kereta. Dia berkenan dengan model Kelisa lalu terus membelinya. Selang sebulan keretanya kena curi. Dah enam bulan berlalu keretanya masih tidak ditemui, tetapi dia masih membayar ansuran bulanan dengan pihak bank kerana pampasan yang pihak insurans bagi tidak mencukupi untuk melangsaikan bayaran baki hutang dengan pihak bank.
     

    Kisah-3
    Munirah akhirnya terpikat dengan pujukan rakan satu ofisnya Hafsah untuk melabur dalam satu skim pelaburan di internet. Dia akhirnya mengeluarkan sehingga RM10,000 untuk pelaburan tersebut. Dua tahun telah berlalu duit pelaburannya lesap tak nampak bayang.
     

    Kisah-4
    Rashid dan Zakiah telah mempunyai tiga orang anak. Mereka bercadang untuk mengambil pembantu rumah Indonesia. Mereka pergi ke agensi pembantu rumah dan terus memilih seorang pembantu rumah yang terdapat dalam senarai biodata. Selang dua bulan pembantu rumah pun sampai dan berkhidmat kepada mereka seperti yang dijangkakan. Tiga bulan berlalu tiba-tiba pada satu hari didapati pembantunya telah lari dari rumah.
     

    Kisah yang dipaparkan di atas adalah kisah benar di mana penulis sendiri bertanya kepada mereka adakah mereka telah melakukan Solat Istikharah sebelum memilih atau membuat keputusan. Mereka kata langsung tak terfikir hendak melakukannya.
     

    Dalam contoh yang lain pula penulis ingin berkongsi dengan satu kisah yang disampaikan kepada penulis seperti berikut;
     

    Kisah-5
    Iskandar berumur 40 tahun telah berkahwin dan mempunyai enam orang anak. Suatu hari dia mendapat telefon dari kawan baiknya Jaafar. Jaafar hendak memberikan satu hadiah istimewa kerana jasa Iskandar yang telah menyelesaikan masalah keluarganya. Jaafar hendak menawarkan kepadanya perbelanjaan pakej menunaikan haji untuk suami isteri ditanggung sepenuhnya iaitu RM15,000 setiap orang. Hati Iskandar gembira bukan kepalang kerana sudah lama dia mengidam untuk menunaikan haji. Lagipun duit simpanan dalam tabung hajinya baru RM3000.  Iskandar tidak terus menerima hadiah tersebut sebaliknya dia memberi tempoh tiga hari untuk membuat keputusan. Iskandar melakukan Solat Istikharah tiga malam berturut-turut. Pada hari keempat dia berjumpa Jaafar mengatakan dia sangat berat untuk menerima hadiah tersebut. Dia mengatakan ingin pergi menunaikan haji dengan duit pendapatan sendiri. Jaafar agak kecewa, dipujuknya namun Iskandar tidak terima juga. Selang dua bulan selepas itu baru Iskandar mendapat tahu duit yang hendak diberikan kepadanya  itu adalah dari duit riba iaitu interest bank konvensional akaun simpanan tetap Jaafar.  Jaafar telah tersalah sangka. Disangkanya bahawa duit riba boleh dihadiahkan kepada orang lain tetapi tidak boleh digunakan sendiri.
     

    Kisah-6
    Cikgu Imran telah mendapat arahan pertukaran sekolah dari Sabak Bernam ke Sandakan. Bila menerima surat tersebut hatinya agak gembira kerana ingin memberi khidmat di kawasan pedalaman. Baginya tidak ada masalah sebab masih bujang, dan teringin sangat hendak ke Sabah. Dia solat Istikharah walaupun keputusan telah ditetapkan oleh kementerian kepadanya. Dia berdoa “Ya Allah kalau pemergian aku ke Sandakan ini baik untukku dan agamaku maka permudahkanlah jika tidak kau gantikanlah dengan yang lebih baik dan sempurna”. Selang dua minggu Pengetua disekolahnya memberitahu kepadanya pertukaran dia ke Sabah di tarik balik disebabkan masalah teknikal. Dia rasa agak pelik namun tidak kecewa malah tetap gembira kerana telah melakukan solat istikharah. Dia yakin ini yang terbaik di pilih oleh Allah untuknya. Selang sebulan dia bertemu Jodoh dengan Ustazah (al-Hafizah) yang baru berpindah di taman tempat dia tinggal.

    Semua kisah yang dipaparkan di atas adalah kisah benar yang boleh kita ambil iktibar dan pengajaran. Yang pastinya kita tidak akan rugi di dunia dan akhirat bila beramal dengan Solat Istikharah ini.

    Sebagaimana solat istikharah ini sangat2 digalakkan nabi seperti Mahfum Hadis yang Tuan Nazri sebutkan diatas.


    hurulain01

    • *
    • Posts: 83
    • Allahu Rabbuna, ArRasul Zaimuna
      • View Profile
    Reply #17 14 April, 2012, 08:09:41 AM
  • Publish

  • Namun begitu, saya juga berpendapat bahawa solat istikharah tidak ada kaitan yang langsung dengan mimpi.. sekiranya sudah beristikharah, buatlah pemilihan dan pertimbangan menggunakan akal..maka pilihan tersebut akan menjadi pilihan yang terbaik yang ditakdirkan oleh Allah. Wallahua'lam.

    Maksud saya, istikharah tidak ada kaitan dengan mimpi. Cuma kita tidak boleh menolak 100% kebenaran mimpi yang datang samada sewaktu tempoh beristikharah atau mimpi yang bukan dalam tempoh istikharah. Kerana ada sesetengah mimpi memang merupakan petunjuk/khabar gembira dari Allah. Lebih-lebih lagi mimpi orang yang soleh. Selain itu, 'Maunah' juga boleh datang melalui mimpi. Contohnya dalam hadith yang diriwayatkan oleh imam Ahmad, Abu Daud dan at-Tirmizi, Abdullah bin Zaid bermimpi seseorang datang mengajarkannya azan dan iqamah. Setelah dikabarkan kepada Rasulullah, maka Rasulullah menyatakan bahawa mimpi Abdullah tersebut adalah benar dan bertepatan dengan apa yang diwahyukan kepada baginda. Maka dari situlah disyariatkan azan pada tahun pertama hijrah di Madinah al-Munawwarah.

    Muzakarah Majlis fatwa juga ada membahaskan tentang mimpi. Harap saudara nazri boleh merujuk muzakarah fatwa kebangsaan berkenaan mimpi dalam perspektif Islam.

    Namun begitu, setiap perkara perlu kepada ilmu. Dibimbangi ada yang berpegang dengan mimpi sehingga menjadikannya hujah untuk sesuatu perkara. Mimpi bukanlah sesuatu yang kukuh sebagai nas/hujah. Rujuklah kepada orang yang berilmu untuk mengelakkan berlaku salah faham kerana istidraj juga boleh datang melalui mimpi yang berulang-ulang.

    Sekali lagi, saya tidak menolak (bahkan turut berpendapat) bahawa istikharah tidak ada kaitan dengan mimpi. Tetapi tidak semua mimpi orang mukmin adalah mimpi yang ditolak. Wallahua'lam.


    nazri0070

    • *
    • Posts: 2401
    • Aku ingin menjadi kekasihMu...Ya Allah!
      • View Profile
    Reply #18 16 April, 2012, 08:14:07 AM
  • Publish
  • Ya saya pun memang setuju, istikharah tiada kaitan dengan mimpi. Tiada lagi saya jumpai dalil (hadis) mengatakan selepas solat istikharah, petunjuk akan datang melalui mimpi..Begitu juga nas dalam quran..Hanya cerita sebagai petunujk dan iktibar..

    Yang pernah dijumpai ialah antaranya...mimpi orang MUKMIN itu di akhir zaman adalah benar..Nak ketemui ilmu tadbir dan tafsir mimpi bagi saya buat masa sekarang memang sukar..Lainlah Ibnu Sirin, yang khabarnya, dia bertemu Nabi Allah Yusuf as, ada kesinambungan ilmu dari Nabi Allah Yusuf as buatnya...

    Saya juga tak menafikan, adanya mimpi pada sesetengah orang dapat menjadi alamat atau berita-berita atau apa-apa yang bermanfaat buat dirinya dan orang lain...

    Bagi saya juga ada baiknya usah dilayan sangat mimpi-mimpi biasa, kecuali yang benar-benar mimpi dari Allah dan malaikat ilham..

    Sahabat Nabi saw bermimpi benar, kira bagus dan mudah kira bicaranya sebab ada pakar rujuk mereka yang sesekali tak akan buat silap, iaitu tak lain tak bukan, Nabi saw sendiri...
    « Last Edit: 16 April, 2012, 08:16:07 AM by nazri0070 »

    iingiintaahuu

    • *
    • Posts: 1
      • View Profile
    Reply #19 04 January, 2013, 11:35:54 AM
  • Publish
  •  :)
    Saya ingin menanyakan jikalau kita memohon kepada Allah SWT pada solat istikharah bahawa petunjuk yang Ia berikan bukanlah yang kita inginkan, maksud saya di sini. Saya telah mengerjakan solat istikarah selama 7kali, namun dalam setiap doa yang terakhir pasti akan saya selitkan nama dua jejaka yang bakal menjadi peneman hidup saya kelak, namun apa yang saya lihat 7 malam saya hanya terlihat wajah seorang jejaka lain iaitu kawan baik saya sendiri yang saya pernah kenali rapat dulu dan bukan jejaka dua orang yang saya sebut dalam doa saya, kerana saya tidak terfikir langsung akan jejaka lain yang muncul dalam mimpi itu selama ini. Jikalau saudara saudari tahu akan maksud disebalik petunjuk ini . Mohon jelaskan kepada saya , saya hanya hamba Allah yang ingin tahu perkara sebenar .

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    155 Replies
    32538 Views
    Last post 04 October, 2011, 06:48:46 AM
    by Ummi Munaliza
    26 Replies
    6301 Views
    Last post 23 November, 2012, 07:39:19 PM
    by al_ahibbatu
    5 Replies
    6982 Views
    Last post 13 August, 2012, 09:19:27 AM
    by nazri0070