PERCAKAPAN IBU BAPA ADALAH DOA?

*

Author Topic: PERCAKAPAN IBU BAPA ADALAH DOA?  (Read 2322 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

cempaka832000

  • *
  • Posts: 6
    • View Profile
10 April, 2012, 01:56:39 PM
  • Publish
  •  :)

    Betulkan saya kalau salah. Betul ke setiap percakapan ibu bapa pada anak tu adalah doa? contoh, ayah cakap Degil! ah! pada anak, mungkin anak akan jadi degil dan ikut perilaku ayah. Ada yang meragui statement ni. Boleh bantu saya dengan keluarkan hadis atau rujukan yang dapat menyokong statement setiap percakapan ibu bapa adalah doa untuk anaknya? 

    Fakir Billah

    • *
    • Posts: 916
      • View Profile
    Reply #1 10 April, 2012, 02:18:41 PM
  • Publish
  • SURAH ALI-IMRAN AYAT 38

    رَبِّ هَبْ لِى مِن لَّدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَآءِ

    “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan”.

    SURAH AS-SAAFAT AYAT 100
    رَبِّ هَبْ لِى مِنَ الصَّـلِحِينِ

    "Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh.

    Cuba perhatikan petikan ayat Al Quran ini.
    Ada gantinama dan cara sebutan.

    Jadi apa yang ibubapa ucapkan bukanlah 100% doa.  Beza maki hamun, sumpah seranah, bebel dan ikut suka cakap.
    Bukan semua ibubapa faham apa yang mereka ucapkan, terkadang ikut suka, terkadang bebel sebab penat tengok anak anak melompat sakan.

     Doa ialah hubungan diri dengan Tuhan, yang mengenal makluk dan Qadim. Hatta adanya pada ucapan dan perkataan.
    Jika diteliti dan dihalusi, setiap kata bukanlah doa sebab tiada kaitan hubungan dengan Tuhan.

    Jadi ibubapa yang ada ilmu tidak mungkin melahirkan kata kata yang berupa sumpah seranah, membebel dan ikut suka cakap.
    Anak anak ialah cermin kepada ibu bapa. Bapa borek anaknya rintik.
    Untuk mengelakkan perkara yang tidak patut, sepatutnya ibu bapa mestilah menunaikan kewajiban berilmu sebelum berumahtangga.
    Esok kelak anak anaklah yang bakal mendoakan kepada ibubapanya. 




    hada_islamic

    • *
    • Posts: 1198
    • ~cintailah DIA yang mencintai kita~
      • View Profile
    Reply #2 10 April, 2012, 02:25:17 PM
  • Publish
  • -salam-
    kalo ikut saya yang kurang ilmu ni..betul la..kata ibu bapa itu satu doa..doa kepada anak-anaknya..sebab itulah ibu bapa wajib memberi nama yang baik2 kepada anak-anak.. :jaz:
    mencari redha ALLAH...jadilah insan berguna kepada orang lain

    shearazi

    • *
    • Posts: 510
    • Kudambakan Redha Allah
      • View Profile
    Reply #3 10 April, 2012, 02:26:38 PM
  • Publish
  • Sabda Rasulullah saw: Tiga jenis doa yang pasti akan dikabul, tanpa diragui lagi: doa orang yang dizalimi, doa orang yang sedang dalam perjalanan (musafir) dan doa orang tua ke atas anaknya.(HR Tirmizi)

    Sabda Rasulullah saw: Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa.(HR Tirmizi)
    Moga kita berkongsi ilmu di sini kerana Allah SWT

    robhunhayati

    • *
    • Posts: 1068
    • anak-anakku permata hatiku... Syukran ya ALLAH..
      • View Profile
    Reply #4 10 April, 2012, 06:04:05 PM
  • Publish
  • alkalamu du'a... setiap pengucapan adalah doa... kerana itu kita diajar agar berhati-hati dalam percakapan.. bersopan dalam menuturkan perkataan... apapun, bagi yang bergelar ibu bapa, ucapkanlah kata-kata yang baik untuk anak-anak kerana kadang-kadang tanpa kita sedar kata-kata kita menjadi doa buat anak-anak... wallahu'alam...

    ladyjazz

    • *
    • Posts: 41
      • View Profile
    Reply #5 28 January, 2013, 01:26:56 PM
  • Publish
  • Betul tu..perckapan ibu bapa adalah doa,pernah dengar cerita  dari  penceramah terkenal yang seorang ibu tu selalu sangat sebut pada anak dia kalau apa-apa hal je sebut "kau nak ke tali gantung ke?"pada anaknye..Dipendekkan cerita anaknye ke tali gantung seperti yang ibu selalu lafazkan pada anak nya..

    Pada mereka yang bergelar ibu ayah di luar sana, katakan yang baik-baik untuk zuriat kita..mudah-mudahan kata baik itu sebahagian doa kita  :ins:

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    6 Replies
    3112 Views
    Last post 19 April, 2010, 12:37:21 PM
    by khaira_umairah
    4 Replies
    1281 Views
    Last post 11 February, 2012, 10:02:18 PM
    by isla
    27 Replies
    2825 Views
    Last post 08 June, 2012, 01:03:56 PM
    by robhunhayati