Hukum beri&jawab Salam Orang Bukan Islam

*

Author Topic: Hukum beri&jawab Salam Orang Bukan Islam  (Read 16250 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

27 July, 2007, 12:49:09 AM
  • Publish
  • Hukum Memberi Salam dan Menjawab Salam Orang Bukan Islam

    Oleh: al-Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri 013 3621236


    Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadis daripada Abi Hurairah bahawa Rasulullah saw bersabda:
    لا تبدأوا اليهود ولا النصارى بالسلام فإذا لقيتم أحدهم في طريق فاضطروه إلى أضيقه

    Maksudnya: “Janganlah kamu mulakan orang-orang Yahudi dan juga orang Nasrani dengan salam. Justeru itu, sekiranya kamu menemui seseorang mereka di jalan tolaklah mereka ke jalan yang paling sempit.


    Ulama berbeza pendapat dalam menyelusuri fiqh (kefahaman) hadis ini. Kebanyakan mereka memutuskan bahawa haram memulakan ucapan salam kepada mereka. Sebahagian pula berkata ianya tidak haram tetapi makruh.

    Seorang fuqaha iaitu Abu Sa`ad berpendapat, sekiranya seorang muslim ingin memberi ucapan hormat kepada bukan Islam dia boleh melakukannya dengan lafaz yang lain daripada lafaz salam. Contohnya dengan menyebut: (هداك الله ) maksudnya moga Allah memberi hidayah kepada kamu atau (أنعم الله صباحك) maksudnya moga Allah memberi anugerah di waktu pagimu ini. Imam Nawawi menyetujui pendapat ini tetapi dengan tambahan: sekiranya ianya diperlu. Antara contoh ucapannya bagi Imam Nawawi ialah ucapan selamat pagi, pagi yang bahagia, pagi yang baik, moga Allah kurniakan kamu dengan kebahagian di waktu pagi, atau nikmat di waktu pagi dan seumpamanya. Sekiranya tidak perlu maka pilihannya ialah jangan mengucapkan apa-apa. (Nawawi, al-Azkar, Dar al-Khayr, hlm. 311)


    Pandangan ini bagi saya sesuai diamalkan oleh umat Islam di Malaysia pada hari ini. Mereka boleh menyatakan selamat pagi kepada bukan Islam tanda penghormatan, atau berdoa moga Allah bagi hidayah atau seumpamanya. Ucapan-ucapan ini boleh mendekatkan mereka dengan bukan Islam sebagai satu pendekatan dakwah.


    Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan hadis daripada Anas bin Malik katanya, Rasulullah saw bersabda:
    إذا سلم عليكم أهل الكتاب فقولوا وعليكم

    Maksudnya: “Apabila kamu diberi salam oleh ahli Kitab, jawablah “wa`alaikum”.

    Imam Bukhari pula meriwayatkan daripada Ibn `Umar –radiyallahu `anhuma- katanya; Rasulullah saw bersabda:
    إذا سلم عليكم اليهود فإنما يقول أحدهم السام عليك فقل وعليك

    Maksudnya: “Apabila kamu diberi salam oleh Yahudi, mereka hanya menyatakan Assaamu `alaikum (mampuslah kamu), maka jawablah: wa `alaik (dank e atas kamu juga).

    Daripada kedua-dua hadis diatas para fuqaha mengambil hokum apabila seorang muslim diberi salam oleh bukan Islam, jawapan yang diberi ialah wa `alaik atau wa `alaikum (dan ke atas kamu juga).


    Imam Mawardi menghikayatkan satu wajah di kalangan ashab Syafie iaitu harus memulakan salam kepada bukan Islam dengan menyebut Assalamu `Alaik sahaja bukannya Assalamu `Alaikum. Begitu juga boleh menjawab salam mereka dengan Wa `Alaikum Salam, tapi tidak menyebut warahmatullah. Imam Nawawi menegaskan bahawa kedua-dua pendapat ini adalah janggal dan ditolak. (Nawawi, al-Azkar, Dar al-Khayr, hlm. 311)

    Kesimpulan perbahasan di atas ialah ucapan salam adalah ucapan khusus untuk umat islam. Justeru, untuk bukan Islam tidak perlu digunakan lafaz salam tetapi boleh digunakan lafaz-lafaz penghormatan yang lain.

    http://tazkirahberantai.blogspot.com/2007/02/hukum-memberi-salam-dan-menjawab-salam.html
    ISLAM untuk semua

    - Pentadbiran
    - Pondok Tahfiz

    Reply #1 29 November, 2007, 12:46:01 PM
  • Publish
  • syukran atas info ini...
    "Bersama menghayati jejak muslimah sejati, mukminah impian para lelaki yang beriman… insya dJJl..."

    asyraf_alfandani

    • *
    • usrah penggerak ummah
      • View Profile
    Reply #2 04 March, 2008, 12:59:51 PM
  • Publish
  • salam kpd sahabat.....ana setuju dengan pendapat dan hujah enta 2....terima kasih!!!!
    usrah pengggerak ummah

    muhammad161967

    • *
    • Berbudi.Membalas budi.Mengenang budi
      • View Profile
    Reply #3 26 July, 2008, 01:10:38 AM
  • Publish
  • saya menguna pakai kata-kata semuga Allah hidayah pada kamu
    SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK AKAN MENGAMPUNI PERBUATAN SYIRIK TERHADAP-NYA DAN DIA AKAN MENGAMPUNI YANG SELAIN ITU,KEPADA ORANG YANG DIA KEHANDAKI

    Reply #4 26 July, 2008, 01:16:49 AM
  • Publish
  • saya menguna pakai kata-kata semuga Allah hidayah pada kamu

    Boleh.... bagus tu...

    Nabi saw. sendiri mendoakan kaumnya yang bermaksud : Yaa Allaah! Berilah HidayahMu kepada kaumku kerana mereka tidak mengetahui.'

    Reply #5 26 July, 2008, 03:12:22 PM
  • Publish
  • salam,

    pernah terdengar ceramah dr Us Asri Mufti Perlis pasal beri salam ni. cuba masuk alAhkam.net & try serach kat sana. rasanya berbeza dr apa yg diterangkan diatas.

    Reply #6 14 November, 2008, 04:32:14 PM
  • Publish
  • assalamualaikum...ermm saya sependapat dengan alhaudhie...thanx kongsi ilmu...barakallahu feek

    Haizeel

    • *
    • http://itismedia.com.my
      • View Profile
    Reply #7 14 November, 2008, 05:30:31 PM
  • Publish
  • Terima kasih krn perkongsian tersebut. Insya-Allah, saya akan amalkan, sentiasa. :)
    kita tidak sempurna. AGAMAlah yang melengkapkan kita. YM: the_akorn

    Reply #8 02 December, 2008, 03:37:15 PM
  • Publish
  • maaf ana kurang mengerti.....
    namun syukran atas info...
    boleh sesiapa terangkan?

    Shohib Mirbat

    • *
    • MurkaNya adalah Rahman, CintaNya adalah Rahim
      • View Profile
    Reply #9 13 December, 2008, 02:22:19 AM
  • Publish
  •  :)

    Maksudnya, ucapan Assalaamu 'alaikum  :) hanya khas untuk kaum Muslimiin kerana mengandungi ucapan kerahmatan sesama Muslim di dalamnya. Bagi salam kepada bukan Muslim, bukanlah menjadi kewajiban ke atas Muslim memulakan ucapan salam. Seandainya bukan Islam memulakan salam, sambutlah salam dengan jawapan yang sekadarnya menurut ucapan salam yang lain dari Assalaamu 'alaikum. Itu menurut penerangan sebelumnya.  :aamiin:
    "Hitori no kamisama shika hoka ni kami ha nai, Muhanmado ha kamisama no shito"

    Reply #10 14 January, 2009, 09:51:40 PM
  • Publish
  • Salam....
    Begitu juga apa yang pernah dijelaskan oleh Kyai ana: Syed Sholeh bin Ahmad bin Salim al-'Idruus di dalam kitabnya Faidl al-'Alaam fi Syarh Arba'in hadisan fi al-Salam....beliau menguraikan segalah hadis salam begitu juga dengan syarah dan tahlil al-Lafdz...

    ليس الفتى يقول هو أبي لكن الفتى يقول هذا أنا

    Reading to live - Flaubert ..... Say No to Intellectual Barbarism!
    ---Raden Kiai Mooksy---

    Reply #11 05 February, 2009, 01:00:08 AM
  • Publish
  • Alhamdulillah bermanfaat

    Reply #12 05 February, 2009, 08:09:35 AM
  • Publish
  • tima kasih dengan ilmu tersebut..

    Reply #13 18 February, 2009, 11:04:13 AM
  • Publish
  • Assalammualaikum,

    terima kasih diatas ilmu itu,sangat bermanfaat kepada kaum muslimin dan muslimat.

    Reply #14 19 February, 2009, 09:33:39 AM
  • Publish
  • syukran atas maklumat ni...
    sebelum ni ana ada juga mendengar dari ustazah,kalau nak jawab salam dari kaum non-muslim jawab sekadar utk menjawab salam mereka sahaja...yakni salam 2 di singkat..
    jawab sekadar mempunyai maksud yg baik utk menghormati kaum non-muslim tersebut..
    waulahualam...

    I lOVE ISLAM

    Shohib Mirbat

    • *
    • MurkaNya adalah Rahman, CintaNya adalah Rahim
      • View Profile
    Reply #15 20 February, 2009, 07:59:58 PM
  • Publish
  • Nabi shollallahu 'alaihi wa sallam pernah diberi salam oleh seorang Yahudi : " Sam 'Alaikum" (Kematianlah keatasmu). Nabi shollallahu 'alaihi wa sallam hanya menjawab ringkas : " 'Alaikum" (Keatasmu juga).

    Pendek dan ringkas kan?

    Reply #16 27 February, 2009, 01:35:59 AM
  • Publish
  • jawab saja alaina salam supaya tidak terasa kpd non muslim

    Reply #17 28 February, 2009, 08:09:34 PM
  • Publish
  • salam....apa hukum bagi salam antara lelaki dan perampuan????cotohnya kalau kita jalan d kedai pastu ada lelaki yg bagi salam perlukah kita jawab????

    Reply #18 08 March, 2009, 11:59:48 AM
  • Publish
  • syukran atas ilmu ni..dulu mase zaman sekolah,
    ustaz suh jawab wa'alaikum sam kt orang none muslim yang beri salam kt kita..

    Reply #19 08 March, 2009, 01:19:21 PM
  • Publish
  • salam....apa hukum bagi salam antara lelaki dan perampuan????cotohnya kalau kita jalan d kedai pastu ada lelaki yg bagi salam perlukah kita jawab????

    jawab dlm hati je....lelaki yg tak dikenali dan bukan muhrim mesti segan nak jwb kuat2....
    I Luv Allah and Rasulullah...

    divider3
    halaqahforum4