Nama-nama Syaitan dan Tugas-tugasnya

*

Author Topic: Nama-nama Syaitan dan Tugas-tugasnya  (Read 20614 times)

0 Halaqian and 2 Guests are viewing this topic.

5zul

  • *
  • Posts: 3023
  • ~~ Tiada Kesusahan Melainkan Susah ~~
    • View Profile
12 March, 2012, 04:17:44 PM
  • Publish
  • NAMA-NAMA SYAITAN DAN TUGAS-TUGASNYA


    Rupa-rupanya syaitan mempunyai organisasi yang lengkap dan teratur. Patutlah kebanyakan manusia tersugkur dengan godaan mereka.
    Apatah lagi Iblis, bapa segala syaitan telah diberikan ijazah oleh Allah dalam ilmu menggoda manusia sehingga manusia semuanya tidak akan beriman kepada Allah. Tetapi Allah menyebutkan bahawa orang-orang yang ikhlas tidak akan dapat diperdaya oleh Iblis dan tenteranya.
    Bagi mereka yang beriman syaitan akan membisikkan was-was, gelisah dan sebagainya. Begitulah hebatnya perancangan dan gerakkerja syaitan yang terus berjalan tanpa henti dan mengira masa. Syaitan telah membahagikan tugas-tugas tertentu kepada ketua-ketua mereka yang tertentu pula.

    1-Qarin – mendampingi manusia sejak lahir lagi bagi mengajak, merayu dan menipu supaya menyimpang jauh dari jalan yang diridhai Allah.

    2-al Wilhan –menggoda dan mengganggu manusia sedang wudhuk

    3-al Hinzab – mengganggu manusia sedang solat

    4-Thibr- bertugas khusus untuk membinasakan manusia.

    5-Awar- menggoda manusia untuk melakukan zina.

    6-Mabsut – membisikkan manusia supaya berdusta.

    7-Dasim – Bertugas semata-mata menjadikan supaya manusia bersengketa dengan keluarga.

    8-Zalanbur- Bertugas dipasar-pasar membisikkan dan memberansang manusia supaya melakukan penipuan semasa menjula beli.

    Itu adalah antara nama-nama syaitan dan tugas-tugas yang dipertanggung jawabkan yang dapat dicatatkan disini. Pengkhususanini menjadikan syaitan tersebut begitu mahir dengan tugas mereka dan faham benar akan kelemahan manusia. Semakin tinggi ilmu agama yang dimiiki oleh seseorang manusia itu, semakin tinggi azam dan usaha syaitan bagi membinasakan manusia dengan menghantar bala tentera dan pengikutnya yang standing atau yang lebih tinggi dari taraf manusia yang hendak dibinasakan itu.
    Ada manusia yang menjadikan syaitan itu gurunya. Jadilah syaitan itu bersarang dalam uratdarahnya. Ada juga manusia menjadikan syaitan itu hambanya yang mereka sangka bahawa mereka memiliki sesuatu yang luar biasa. Tetapi itu adalah perangkap syaitan bagi menyesatkan manusia. Sehinggakan manusia tidak dapat menggunakan akalnya yang waras dalam mencari dan mengikut kebenaran. Dan akhirnya manusia ini tidak sempat bertaubat dan menjadi rakan syaitan di dunia dan di dalam neraka Allah buat selama-lamanya.
    Kita minta dijauhkan oleh Allah akan perkara yang sedemikian. Nauuzubbillahi minasysyaitanirrajim. Kita mohon perlindungan dengan Allah daripada syaitan yang kena rejam..
    ~~ Dalam Kegelapan Malam Ader Sinaran ~~

    Ace Abbas

    • *
    • Posts: 417
      • View Profile
    Reply #1 12 March, 2012, 04:26:41 PM
  • Publish
  • Pernah dulu kecoh kat Malaysia ada nama syaitan dalam al-Fatihah.

    Nama-nama syaitan:

    1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH.

    2. HIR ROB (bila dibaca ada sabdu) sepatutnya HI ROB.

    3. KIYYAU (bila dibaca ada sabdu) sepatutnya KI YAU.

    4. KANNAK (bila dibaca ada sabdu) sepatutnya KA NAK.

    5. KANNAS (bila dibaca ada sabdu) sepatutnya KA NAS.

    6. IYA (dibaca tanpa sabdu) sepatutnya IYYA. IYA bermaksud matahari.

    Entah betul entah tidak la artikel ni. Setahu saya nama-nama syaitan yang ada hanyalah yang disenaraikan oleh 5zul. Plus, setahu saya lagi, dalam bahasa Arab, matahari disebut SYAMS, bukan IYA.

    5zul

    • *
    • Posts: 3023
    • ~~ Tiada Kesusahan Melainkan Susah ~~
      • View Profile
    Reply #2 15 March, 2012, 09:17:59 AM
  • Publish
  • Pemimpin-Pemimpin Jin

    Jin juga mempunyai pemimpin dan kerajaannya tersendiri. Antaranya ialah :-
    Raja Jin Alam bawah yang kafir ialah seperti Mazhab, Marrah, Ahmar, Burkhan, Syamhurash, Zubai'ah dan Maimon.
    Empat Raja Jin Ifrit ( Jin yang paling jahat ) yang mempunyai kerajaan yang besar yang menjadi menteri kepada Nabi Allah Sulaiman a.s. ialah seperti Thamrith, Munaliq, Hadlabaajin dan Shughal.
    Raja Jin Alam atas yang Islam pula ialah Rukiyaail, Jibriyaail, Samsamaali, Mikiyaail, Sarifiyaali, 'Ainyaail dan Kasfiyaail.
    Raja Jin yang menguasai segala Jin tersebut bernama THOTHAMGHI YAM TA LI. Manakala Malaikat yang mengawal kesemua Jin-Jin di atas bernama Maithotorun yang bergelar QUTBUL JALALAH.
    Jenis-Jenis Jin

    Iblis bapa dan pujaan kepada semua jenis Jin, Iblis dan Syaitan.
    Asy-Syaitan - Syaitan-Syaitan
    Al-Maraddah - Peragu-peragu ( was-was )
    Al-Afrit - Penipu-penipu
    Al-A'waan - Pelayan-pelayan
    Al-Tayaaruun - Penerbang-penerbang
    Al-Ghawwaasuun - Penyelam-penyelam
    At-Tawaabi - Pengikut-pengikut ( pengekor )
    Al-Qurana - Pengawan-pengawan
    Al-Ummaar - Pemakmur.
    Anak-anak Iblis Yang Mempunyai Kerajaan Yang Besar

    Thubar - Merasuk manusia yang ditimpa musibah dan bala.
    Daasim - Merasuk manusia untuk menceraikan ikatan siratulrahim, rumahtangga, keluarga sahabat-handai, jemaah dan sebagainya.
    Al-'Awar - Merasuk manusia supaya meruntuhkan akhlak, berzina, minum arak, liwat, berjudi dan sebagainya.
    Zalanbuur - Merasuk manusia dengan api permusuhan dan pembunuhan.

    NurFurqan

    • *
    • Posts: 263
      • View Profile
    Reply #3 15 March, 2012, 10:39:59 AM
  • Publish
  • Maaf,
    apa beza jin dan syaitan?
    apa beza tugasan jin dan syaitan?
    Innamal A`Malu binniat " Segala Amal adalah dengan Niat"
    Asif ala kulli hal "Maaf atas apa2 hal", Wallahualam

    intizhar

    • *
    • Posts: 621
      • View Profile
    Reply #4 15 March, 2012, 10:41:05 AM
  • Publish
  • Di atas IzinNya dan RahmatNya..Alhamdulillah syukur kita dengan segala ciptaan dan KurniaanNya..

    Syukran Tuan 5zul atas info tersebut...Nauuzubbillahi minasysyaitanirrajim. Kita mohon perlindungan dengan Allah daripada syaitan yang kena rejam..

    Alhamdulillah syukur kita dengan segala nikmat kurniaanNya..

    5zul

    • *
    • Posts: 3023
    • ~~ Tiada Kesusahan Melainkan Susah ~~
      • View Profile
    Reply #5 15 March, 2012, 10:43:57 AM
  • Publish
  • Maaf,
    apa beza jin dan syaitan?
    apa beza tugasan jin dan syaitan?
    jin ada perbezaannya.. dengan syaitan...

    seperti dalam firmanya...

    Adz-Dzaariyaat ayat 56-

    Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.

    syaitan akan di rejam di neraka jahanam....

    sebab itu di katakan AKU BERLINDUNG kepada mu ya ALLAH  Daripada syaitan yang di REJAM....


    NurFurqan

    • *
    • Posts: 263
      • View Profile
    Reply #6 15 March, 2012, 10:46:44 AM
  • Publish
  • Maaf,
    apa beza jin dan syaitan?
    apa beza tugasan jin dan syaitan?
    jin ada perbezaannya.. dengan syaitan...

    seperti dalam firmanya...

    Adz-Dzaariyaat ayat 56-

    Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.

    syaitan akan di rejam di neraka jahanam....

    sebab itu di katakan AKU BERLINDUNG kepada mu ya ALLAH  Daripada syaitan yang di REJAM....
    secara logik akalnya, apa beza jin dan syaitan?syaitan dijadikan dari api, jin pula dijadikan dari? maaf, saya masih kurang faham pakcik
    Terima Kasih

    5zul

    • *
    • Posts: 3023
    • ~~ Tiada Kesusahan Melainkan Susah ~~
      • View Profile
    Reply #7 15 March, 2012, 11:17:12 AM
  • Publish

  • Secara umumnya terdapat tiga jenis makhluk yang setiap darinya memiliki asal usul ciptaan yang berbeza:
    1. Malaikat yang dicipta dari cahaya.
    2. Jin yang dicipta dari api.
    3. Manusia yang dicipta dari tanah.

    Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam telah menerangkan tentang tiga jenis makhluk ini dalam sabda baginda:
    خُلِقَتْ الْمَلاَئِكَةُ مِنْ نُورٍ وَخُلِقَ الْجَانُّ مِنْ مَارِجٍ مِنْ نَارٍ وَخُلِقَ آدَمُ مِمَّا وُصِفَ لَكُمْ.
    Diciptakan malaikat dari cahaya, diciptakan jin dari nyalaan api dan diciptakan Adam (manusia) dari apa yang telah dijelaskan kepada kalian.

    Merujuk kepada tiga jenis makhluk di atas, yang penting untuk diketahui ialah bahan asas ciptaannya dan bukan bagaimana bahan tersebut berbentuk atau diadun. Ini kerana jika dihimpun semua ayat al-Qur’an dan hadis yang sahih berkenaan asal usul malaikat, jin dan manusia, akan ditemui bahawa bahan-bahan tersebut dinyatakan dalam bentuk yang berbeza atau adunan yang berlainan.

    Untuk jin umpamanya, dalam hadis di atas disebut bahawa ia dicipta dari nyalaan api. Akan tetapi dalam ayat 27 surah al-Hijr, disebut bahawa ia dicipta dari (نار السموم) “angin api yang amat panas”. Perbezaan ini sebenarnya saling melengkap dan memperinci antara satu sama lain. Yang penting untuk kita ketahui ialah bahan asas untuk ciptaan jin ialah api.

    Di antara tiga makhluk ini, manusia dicipta oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala selepas Dia mencipta malaikat dan jin. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
    Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya.
    Dan jin pula, Kami jadikan dia sebelum itu dari angin api yang panasnya menyerap
    ke liang bulu roma (نار السموم). Dan (ingatkanlah peristiwa)
    ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat:
    “Sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia
    dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya.”
    [al-Hijr 15:26-28]
    Dalam ayat di atas, dinyatakan bahawa:
    · “Dan jin pula, Kami jadikan dia sebelum itu…”, menunjukkan bahawa jin dicipta sebelum manusia.
    · “…ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia…”, menunjukkan malaikat sudah sedia ada ketika Allah hendak mencipta manusia.
    Setakat ini tidak ditemui nas yang sahih lagi jelas yang menerangkan antara malaikat
    dan jin, siapakah yang dicipta terlebih dahulu. Apabila Allah dan Rasul-Nya mendiamkan persoalan ini, bererti ia bukanlah sesuatu yang bermanfaat untuk kita memikirkannya atau mencari jawapanya.

    Antara tiga makhluk tersebut, syaitan adalah dari jenis makhluk jin sebagaimana jelas Allah Subhanahu wa Ta'ala dalam ayat berikut:
    Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat:
    “Sujudlah kamu kepada Adam”; lalu mereka sujud melainkan iblis;
    ia adalah berasal dari golongan jin.
    [al-Kahf 18:50]

    Dalam ayat yang lain diterangkan bahawa syaitan berasal dari api, menunjukkan mereka berasal dari jenis jin:
    Allah berfirman: “Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku memerintahmu?”
    Iblis menjawab: “Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah.”
    [al-A’raaf 7:12]

    Ada pun iblis, maka ia adalah salah satu nama syaitan. Tidak ditemui petunjuk sahih apakah iblis ketua syaitan atau syaitan yang pertama. Sekali lagi, apabila Allah dan dan Rasul-Nya mendiamkan persoalan “Siapakah iblis?”, bererti ia adalah sesuatu yang tidak penting untuk kita mengetahuinya. Yang penting ialah kita mengetahui bahawa iblis adalah salah satu nama syaitan. Perkaitan antara iblis dan syaitan dapat dilihat pada ayat berikut, setelah iblis enggan sujud kepada Adam:
    Allah berfirman (kepada iblis):
    “Pergilah (lakukanlah apa yang engkau rancangkan)! Kemudian siapa yang menurutmu di antara mereka, maka sesungguhnya neraka Jahannamlah balasan kamu semua, sebagai balasan yang cukup. Dan desak serta pujuklah sesiapa yang engkau dapat memujuknya dengan suaramu; dan kerahlah penyokong-penyokongmu yang berkuda serta yang berjalan kaki untuk mengalahkan mereka; dan turut - campurlah dengan mereka dalam menguruskan harta-benda dan anak-anak (mereka); dan janjikanlah mereka (dengan janji-janjimu)”.
    Padahal tidak ada yang dijanjikan oleh syaitan itu melainkan tipu daya semata-mata.
    [al-Isra’ 17:63-64]

    Mengikut kajian ulama, syaitan adalah jenis jin yang jahat perangainya. Syaitan berasal daripada api dan tabiatnya menyesatkan manusia. Oleh itu ia wujud di mana saja manusia berada. Ia mempunyai kebolehan menyerupai sesuatu di alam nyata, memperalatkan tubuh manusia, malah boleh hidup dalam badan orang yang disukainya.

    Selain mendatangkan punca penyakit, pengsan dan gila, jin juga kadangkala mencuri atau dipakai untuk mencuri barangan orang. Dalam ajaran Islam kita dapat mengesan bahawa malaikat, jin dan syaitan mempunyai jalan untuk mempengaruhi manusia supaya melakukan kebaikan atau sebaliknya.

    Mengikut sebuah hadis Turmizi, “Malaikat menggunakan jalan itu untuk meniupkan ilham yang baik maka syaitan pula menyampaikan bisikan jahat dan mendustakan Allah…”
    Orang yang bersih jiwanya dapat mendengar suara ilham yang disampaikan oleh pelawat di hadrat hati. Oleh itu, orang berkenaan berasa lapang dada dan terdorong untuk beramal. Malah ilham sendiri menjadi faktor penting jiwanya berasa gembira. Orang yang kotor jiwanya didatangi oleh jin atau syaitan. Malah mengikut surah al-Zukhruf ayat 36, Allah menyediakan satu syaitan secara tetap dalam hati yang kosong daripada zikir.

    Syaitan itu menjadi sahabat karibnya. Surah Fussilat ayat 25 menghuraikan kerja syaitan berkenaan iaitu membisikkan kata-kata manis dan menghayalkan.
    Sesungguhnya hasutan syaitan, jin atau roh jahat ke atas fizikal dan rohaniah manusia jelas sekali. Hasutan itu masuk ke dalam diri mereka menerusi pelbagai jalan. Antara yang paling dahsyat dan ganas ialah dengan renungan rohani ketika oarng yang berniat buruk mengamalkan jampi mentera atau sihir untuk tujuan tertentu terutamanya untuk merosakkan orang yang dibencinya.

    5zul

    • *
    • Posts: 3023
    • ~~ Tiada Kesusahan Melainkan Susah ~~
      • View Profile
    Reply #8 15 March, 2012, 11:19:16 AM
  • Publish
  • Fussilat ayat 25 -

    Dan Kami adakan untuk mereka teman-teman rapat (dari jin dan manusia), lalu teman-teman itu memperhiaskan kepada mereka (fahaman-fahaman sesat) mengenai perkara-perkara dunia yang ada di hadapan mereka, serta perkara-perkara akhirat yang ada di belakang mereka; dan (dengan sebab itu) tetaplah hukuman (azab) atas mereka bersama-sama dengan umat umat (yang sesat) dari jin dan manusia yang terdahulu daripada mereka. Sesungguhnya mereka semuanya adalah golongan yang rugi (bawaan hidupnya).

    NurFurqan

    • *
    • Posts: 263
      • View Profile
    Reply #9 15 March, 2012, 11:20:26 AM
  • Publish
  • Fussilat ayat 25 -

    Dan Kami adakan untuk mereka teman-teman rapat (dari jin dan manusia), lalu teman-teman itu memperhiaskan kepada mereka (fahaman-fahaman sesat) mengenai perkara-perkara dunia yang ada di hadapan mereka, serta perkara-perkara akhirat yang ada di belakang mereka; dan (dengan sebab itu) tetaplah hukuman (azab) atas mereka bersama-sama dengan umat umat (yang sesat) dari jin dan manusia yang terdahulu daripada mereka. Sesungguhnya mereka semuanya adalah golongan yang rugi (bawaan hidupnya).
    ok, Terima Kasih
     :jaz:

    Mei

    • *
    • Posts: 1068
      • View Profile
    Reply #10 15 March, 2012, 11:44:14 AM
  • Publish

  • Explore la thread..kadang2 dah ada jawapannya

    Jin, Hantu dan Syaitan

    NurFurqan

    • *
    • Posts: 263
      • View Profile
    Reply #11 15 March, 2012, 11:49:28 AM
  • Publish

  • Explore la thread..kadang2 dah ada jawapannya

    Jin, Hantu dan Syaitan

    hee, kak mei...sebab sibuk di cb
    sampai tak explore thread.........
    maaf..maaf

    Izzah0404

    • *
    • Posts: 653
    • o()xxxx[{::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::>
      • View Profile
    Reply #12 15 March, 2012, 01:12:50 PM
  • Publish
  • Maaf,
    apa beza jin dan syaitan?
    apa beza tugasan jin dan syaitan?


    Bagi makhluk yang berakal, Allah s.w.t hanya mencipta:
    1. jin
    2. manusia
    3. malaikat. 

    Dalam satu hadis Nabi s.a.w yang telah diriwayatkan oleh Muslim r.a: Maksudnya : " Malaikat diciptakan dari cahaya, Jaan diciptakan dari lidah api sedangkan Adam diciptakan dari sesuatu yang telah disebutkan kepada kamu ( tanah)."

    Cahaya >> Malaikat
    Api  >> Jaan(jin)
    Tanah >> Manusia



    IBLIS

    Iblis berasal dari perkataan arab yang bermaksud jahat, bersedih hat, bingung, putus asa, patah hati, enggan dan kurang kebaikan.

    Dahulunya, nama sebenar iblis adalah Azazil. Azazil sangat rajin beribadah kepada Allah sebelum Adam diciptakan. Kerana keengganannya bersujud kepada hakikat Adam itulah ia sekarang digelar iblis.

    Iblis adalah dikategorikan sebagai jin sebagaimana yang telah disebutkan dalam firman Allah:.  “Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: ‘Sujudlah kamu kepada Adam’, maka sujudlah mereka kecuali Iblis. Dia adalah dari golongan jin…” (Al-Kahfi: 50)

    Hakikat penciptaan iblis yang dicipta dari api sama seperti jin ini disebut dalam al-quran iaitu dalam Surah Al-‘Araf ayat 12 yang bermaksud : " Engkau ciptakan aku ( kata Iblis ) dari api sedangkan ciptakan dia ( Adam ) dari tanah."

    Jadi, bolehlah dikatakan bahawa iblis adalah makhluk yang sebangsa dengan jin kerana ia diciptakan dari api. Dahulu, dialah jin yang paling dekat dengan Allah lalu berubah menjadi engkar lantaran enggan barsujud kepada Adam.

    Kesimpulannya, iblis adalah salah satu jin yang hidup pada masa penciptaan nabi Adam.( Sebenarnya nama asalnya adalah Azazil tetapi dipanggil iblis kerana dia enggan sujud kepada Adam).

    Iblis telah berkahwin dengan jin perempuan yang menjadi pengikutnya. Lalu mereka dianugerahkan keturunan. Keturunan yang berasal dari iblis inilah yang disebut syaitan.


    SYAITAN

    Perkataan syaitan asal maknanya ialah terbakar, hangus, mendidih.

    Syaitan adalah zuriat keturunan iblis hasil perkahwinan iblis dengan jin perempuan yang menjadi pengikutnya.

    Syaitan merupakan sebutan dari kalangan jin dan manusia yang jahat, sesuai dengan definisi Allah mengenai syaitan dalam surah an-Naas ayat 5-6: "Syaitan yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia dari golongan jin dan manusia)".

    "Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari Syaitan-syaitan, manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. Oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (dari perbuatan yang kufur dan dusta) itu." (al-Anaam ayat 112)

    Syaitan adalah anak keturunan iblis dan juga jin kafir yang menjadi pengikut iblis bersama-sama menggoda manusia dan menimbulkan kesesatan dan kebencian. Syaitan yang berbentuk manusia pula ialah manusia jahat yang menjadikan amalan dan perbuatan iblis itu sebagai amalannya.

    Di antara sifat syaitan itu adalah sifat sombong, bongkak, sesat dan cinta terhadap kejahatan. Jin yang bersifat demikian disebut sebagai syaitan. Manusia yang memiliki sifat tersebut juga disebut syaitan.

    Ada pendangan yang mengatakan bahawa syaitan bukannya makhluk tetapi sebaliknya adalah sifat.  Sama seperti apabila kita menyebut perkataan munafik, ia adalah sifat.  Syaitan adalah merujuk kepada sifat kejahatan.  Sebab itulah dalam surah An-Nas kita meminta berlindung dari Allah daripada syaitan-syaitan di kalangan jin dan manusia.  Maknanya, syaitan ini boleh terdiri daripada jin dan juga manusia. 


    JIN

    Jin diciptakan dari api.

    "Dan Kami telah menciptakan jin dari api yang sangat panas." (al-Hijr:27)

    "Dan Dia menciptakan jin dari nyala api." (ar-Rahman:15)

    Jin dikategorikan sebagai Jaan(jin) kerana ia diciptakan dari api.

    Jin ada tiga jenis iaitu;
    1. Jenis yang mempunyai sayap dan terbang di udara
    2. Jenis ular dan kala jengking
    3. Jenis yang menetap dan berpindah-randah.
    (Dari sebuah hadis dari Abu Tha'labah)

    ohh...terlalu banyak untuk dihuraikan mengenai jin di sini. Sila baca thread mengenai jin.

    Ayat Al-Quran Tentang Iblis, Syaitan dan Jin
    Re: Jin, Hantu dan Syaitan
    Re: Hakikat Godaan Jin dan Syaitan
    [warning]I AM NOT WHO I THINK I AM. I AM NOT WHO YOU THINK I AM. I AM WHO I THINK YOU THINK I AM[/warning]

    zahariharis

    • *
    • Posts: 9
    • "Hidup Biarlah Berilmu"
      • View Profile
    Reply #13 16 March, 2012, 06:42:27 PM
  • Publish
  • Assalammualaikum....

    Terima kasih kerana buka topik ini... kerana membantu saya menambah ilmu.
    PERCUMA MP3 & eBook Ruqyah Asy Syar'iyyah
    http://workface.com/e/zahariharis

    nazri0070

    • *
    • Posts: 2401
    • Aku ingin menjadi kekasihMu...Ya Allah!
      • View Profile
    Reply #14 16 March, 2012, 07:21:08 PM
  • Publish
  • Pernah dulu kecoh kat Malaysia ada nama syaitan dalam al-Fatihah.

    Nama-nama syaitan:

    1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH.

    2. HIR ROB (bila dibaca ada sabdu) sepatutnya HI ROB.

    3. KIYYAU (bila dibaca ada sabdu) sepatutnya KI YAU.

    4. KANNAK (bila dibaca ada sabdu) sepatutnya KA NAK.

    5. KANNAS (bila dibaca ada sabdu) sepatutnya KA NAS.

    6. IYA (dibaca tanpa sabdu) sepatutnya IYYA. IYA bermaksud matahari.

    Entah betul entah tidak la artikel ni. Setahu saya nama-nama syaitan yang ada hanyalah yang disenaraikan oleh 5zul. Plus, setahu saya lagi, dalam bahasa Arab, matahari disebut SYAMS, bukan IYA.
    Rujuk ktab Miftahul Jannah, ada dituliskan tentang 7 nama-nama jin setan dalam Fatihah...dulil, hirab, kiyau, kanak........dan....
    "Selagi kita lurus dengan Allah, dunia dalam genggaman."- Sayyidah Nafisah.

    5zul

    • *
    • Posts: 3023
    • ~~ Tiada Kesusahan Melainkan Susah ~~
      • View Profile
    Reply #15 02 August, 2012, 12:32:05 PM
  • Publish
  • **

    IBLIS

    Iblis berasal dari perkataan arab yang bermaksud jahat, bersedih hat, bingung, putus asa, patah hati, enggan dan kurang kebaikan.

    Dahulunya, nama sebenar iblis adalah Azazil. Azazil sangat rajin beribadah kepada Allah sebelum Adam diciptakan. Kerana keengganannya bersujud kepada hakikat Adam itulah ia sekarang digelar iblis.

    Iblis adalah dikategorikan sebagai jin sebagaimana yang telah disebutkan dalam firman Allah:.  “Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: ‘Sujudlah kamu kepada Adam’, maka sujudlah mereka kecuali Iblis. Dia adalah dari golongan jin…” (Al-Kahfi: 50)

    5zul

    • *
    • Posts: 3023
    • ~~ Tiada Kesusahan Melainkan Susah ~~
      • View Profile
    Reply #16 03 November, 2012, 11:34:51 AM
  • Publish
  • nothing........................
    nothing........................
    nothing........................
    nothing........................

    sila ikhlas kan diri -

    nazri0070

    • *
    • Posts: 2401
    • Aku ingin menjadi kekasihMu...Ya Allah!
      • View Profile
    Reply #17 03 November, 2012, 11:49:40 AM
  • Publish
  • 5zul! Pada hakikatnya apa itu ilmu sihir?

    5zul

    • *
    • Posts: 3023
    • ~~ Tiada Kesusahan Melainkan Susah ~~
      • View Profile
    Reply #18 03 November, 2012, 12:55:07 PM
  • Publish
  • 5zul! Pada hakikatnya apa itu ilmu sihir?
    tuan nazri agak agaknya hakikatNya dunia ini ada ker....
    (senyum)

    jawapan dalam persoalan..silakan tuan

    5zul

    • *
    • Posts: 3023
    • ~~ Tiada Kesusahan Melainkan Susah ~~
      • View Profile
    Reply #19 03 November, 2012, 12:58:22 PM
  • Publish
  • Apakah Sihir ada hakikatnya?

       Pertanyaan: Apakah sihir itu ada hakikatnya?

       Jawaban: Sihir ada hakikatnya dan tidak diragukan bahwa ia benar-benar memberikan pengaruh, akan tetapi ia bisa membalikkan sesuatu, atau menggerakkan yang diam, atau mendiamkan yang bergerak, ini hanyalah khayalan dan bukan sebenarnya. Perhatikanlah firman Allah  tentang cerita para penyihir keluarga Fir'aun, firman Allah :

    سَحَرُوا أَعْيُنَ النَّاسِ وَاسْتَرْهَبُوهُمْ وَجَآءُوا بِسِحْرٍ عَظِيمٍ {116}

    mereka menyulap mata orang dan menjadikan orang banyak itu takut, serta mereka mendatangkan sihir yang besar (mena'jubkan). (QS. al-A'raaf:116)

     Bagaimana mereka menyihir/menyulap mata manusia? Mereka menyihir mata manusia sehingga jadilah orang-orang memandang tali-tali dan tongkat mereka seolah-olah ular yang berjalan; sebagaimana firman Allah :

    يُخَيَّلُ إِلَيْهِ مِن سِحْرِهِمْ أَنَّهَا تَسْعَى {66}

    terbayang kepada Musa seakan-akan ia merayap cepat lantaran sihir mereka. (QS. Thaha:66)

    Maka sihir dalam membalik sesuatu, menggerakkan yang diam, atau mendiamkan yang bergerak tidak ada pengaruhnya. Akan tetapi ia menyihir atau memberi pengaruh terhadap orang yang kena sihir sehingga ia melihat yang diam menjadi bergerak dan yang bergerak menjadi diam, pengaruhnya sangat jelas sekali. Jadi, baginya ada hakikatnya dan berpengaruh terhadap badan yang kena sihir dan panca inderanya, dan terkadang bisa membinasakannya.

    Syaikh Ibnu Utsaimin – al-Majmu' ats-Tsamin (2/131-132).



    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    5 Replies
    1900 Views
    Last post 30 January, 2009, 08:40:00 PM
    by lo22
    31 Replies
    24820 Views
    Last post 13 January, 2013, 12:28:32 PM
    by umar_01
    17 Replies
    3301 Views
    Last post 21 September, 2012, 03:48:36 PM
    by kasba