Di akhirat nanti,adakah kita akan bertemu keluarga kita?

*

Author Topic: Di akhirat nanti,adakah kita akan bertemu keluarga kita?  (Read 6610 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

miszniena

  • *
  • Posts: 545
    • View Profile
08 March, 2012, 01:26:07 AM
  • Publish
  • saya selalu tertanya,adakah di akhirat nanti saya akan bertemu semula dengan arwah ibu saya?adakah saya akan mengenali insan yang melahirkan saya ke dunia ni?bagaimana dengan bapa,abang,kakak saya?di akhirat nanti,adakah kami akan saling mengenali sbb kita tak tau apa nasib kita di sana.

    shearazi

    • *
    • Posts: 510
    • Kudambakan Redha Allah
      • View Profile
    Reply #1 08 March, 2012, 11:16:59 AM
  • Publish
  • insya allah.. semuanya atas kehendak allah.. tetapi perlu diingat..ibadah kita semuanya perlu semata-mata kerana allah.. jangan letakkan tujuan beribadat kerana nak jumpa semua sanak saudara di sana nanti..
    Moga kita berkongsi ilmu di sini kerana Allah SWT

    miszniena

    • *
    • Posts: 545
      • View Profile
    Reply #2 08 March, 2012, 11:19:34 AM
  • Publish
  • insyaAllah,beribadah kerana Allah,cuma tertanya-tanya,adakah saya akan bertemu arwah di sana sedangkan saya sendiri tak tahu nasib saya disana.

    muridin

    • *
    • Posts: 199
    • Kenal diri Nyata-Nyata , Baru Kenal Yang Maha Esa
      • View Profile
    Reply #3 08 March, 2012, 12:46:09 PM
  • Publish
  • السلام عليكم ور حمة الله و بركا ته
    اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه أجمعين

    Alhamdulillah ..

    Saudaraku miszniena ..

    Untuk bersama ibu ayah dan sanak saudara di syurga itu ada dihuraikan dalam bab ziarahnya ahli syurga
    pada hari-hari yang dilewati semasa di syurga ..Pada hari-hari tertentu adanya ziarah yang dikhususkan yakni ada dinyatakan lagi ditentukan ..
    1) Hari ziarah ummat atas penghulu(nabi) mereka ..
    2) Hari ziarah penghulu(nabi) mereka atas ummatnya
    3) Begitulah juga hari ziarahnya anak-anak akan ke dua ibu bapa mereka
    dan hari ziarahnya ibu bapa mereka atas anak-anak mereka...
    4) Hari ziarahnya murid atas guru-guru mereka dan hari ziarahnya guru-guru atas murid-muridnya
    dan Hari "ziarah"nya  akan sekalian ahli syurga hambaNya akan Tuhan mereka ...

    Selain dari pada itu pada bab syafaat juga ada dihuraikan akan bahagian ke 4
    hal syafaat  yakni ada syafaat atas ahli syurga untuk bersama dengan ahli mereka ( yang darjah atau tingkatan syurga mereka ini lebih tinggi ) maka disyufaatkan untuk bersama ahli keluarga mereka ini ..

    Syurga itu tempat nikmat ( nikmat yang tidak boleh dipertikaikan)
    kerana ianya natijah dari RedhoNya atas hambaNya yang dihalalkan akan RahmatNya ..
    Maka berusahalah menuntut RedhoNya dengan melakukan ketaatan padaNya semasa hidup di dunia ini
    yang menjadi tempat ujianNya ..

    Tunaikan hak-hak ahli keluarga kita  insya-Allah

    Perbanyakkan zikrullah dan selawat Rasulullah s.a.w

    Peringatan buat diri pak din dan buat saudaraku miszniena

    أستغفرالله من تقصيري فيماعلي للأقربين
    aku mohon keampunan Allah dari kelalaian/kecuaianku
    dalam menunaikan/menyempurnakan hak-hak sekalian Ahli Keluargaku

    w.a.b.s

    Insya-Allah ..
    Mudah2an Allah permudahkan ..
    Amin Allahumma Amin ya Lathif

    « Last Edit: 08 March, 2012, 12:51:52 PM by muridin »
    Ayam Serama Ditangkap Lepas,  Dikejar Lari si Anak Penghulu,
    Selagi Hidup Berdalilkan Nafas,  Turun Naiknya Beserta Allahu.

    miszniena

    • *
    • Posts: 545
      • View Profile
    Reply #4 08 March, 2012, 01:23:26 PM
  • Publish
  •  :ws:
    Alhamdulillah...
    saudaraku murudin,
    Terima kasih atas penjelasan...Tetapi saya masih ada kemusykilan,harap sangat dapat bantu.

    Seandainya saya beribadat dan mengharapkan balasan syurga,adakah itu dikira ibadat saya tidak ikhlas kerana mengharapkan balasan dari Allah?
    Satu lagi kemusykilan.
    Salahkah saya berniat ingin menjadi seorang hamba yang solehah,kerana saya mengharapkan syurga Allah,dan saya berharap saya dapat bersama ibu bapa saya di syurga nanti.Salahkah cara saya ini?

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4856
      • View Profile
    Reply #5 08 March, 2012, 02:20:50 PM
  • Publish
  • di akhirat, nabi berkata, tiada orang tua

    jadi cubalah selami lagi

    keluasan tempat bagi setiap diri, lebih luas dari kerajaan di dunia

    di sini kamu di lahirkan, di tanam, dan akan di bangkitkan

    apa sahaja kebaikan yang kamu lakukan, adalah untuk dirimu
    apa pun jua keburukan kamu lakukan, akan kembali pada mu

    masuk ke syurga, Allah katakan, bukan sebab amalan kamu ya
    tetapi Allah tak mungkiri janji, kebaikan yang ikhlas di lakukan, besar ganjaranNya

    Ikhlaskan lah diri
    amal sebaik baik, betul, dan bersungguh sungguh

    inshallah

    subhanallah

    miszniena

    • *
    • Posts: 545
      • View Profile
    Reply #6 08 March, 2012, 06:05:33 PM
  • Publish
  • al_ahibbatu,terima kasih,banyak lagi yang perlu saya pelajari

    muridin

    • *
    • Posts: 199
    • Kenal diri Nyata-Nyata , Baru Kenal Yang Maha Esa
      • View Profile
    Reply #7 09 March, 2012, 10:49:35 AM
  • Publish
  • :ws:
    Alhamdulillah...
    saudaraku murudin,
    Terima kasih atas penjelasan...Tetapi saya masih ada kemusykilan,harap sangat dapat bantu.

    Seandainya saya beribadat dan mengharapkan balasan syurga,adakah itu dikira ibadat saya tidak ikhlas kerana mengharapkan balasan dari Allah?
    Satu lagi kemusykilan.
    Salahkah saya berniat ingin menjadi seorang hamba yang solehah,kerana saya mengharapkan syurga Allah,dan saya berharap saya dapat bersama ibu bapa saya di syurga nanti.Salahkah cara saya ini?

    السلام عليكم ور حمة الله و بركا ته
    اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم

    Alhamdulillah ...
    Saudaraku miszniena

    Insya-Allah ..

    Itu juga sebahagian dari ikhlas iaitu
    Ikhlas ahli bidayah(permulaan)  menuju nihayah ( penghujung)
    Itu juga ikhlas awwam (kebanyakan) menuju khawas ( khusus)
    dan itu juga ikhlas ahli raja' ( hamba yang Mengharap) dan bukannya ahli mahabbah ( hamba yang mencintaiNya )

    Maka dalam perjalanan begini eloklah diperbaiki akan ikhlas itu agar memasuki wilayah hambaNya yang mencintaiNya yakni mencintai DiriNya semata-mata dalam melakukan apa jua ibadah pada diri si hamba ..kerana ianya ikhlas yang dituntut maksud akannya ..

    Seperti kata al arifbillah as syeikh  Abu Abdullah al Quraisy rh.a akan hal ikhlas yang menjadi syarat mendapat cinta Allah dan syarat amal ketaatan diterimaNya dalam melakukan ketaatan ibadah dan kepatuhan perintahNya ( laranganNya dan suruhanNya) katanya ..

    "Hakikat cinta kasih itu pada diri seseorang hamba dalam melakukan ibadah dan kepatuhan perintahNya  ialah seseorang hamba itu
    melupakan bahagiannya daripada Allah dan melupakan keperluannya(kepentingannya) kepada Allah . Adapun orang yang mengharapkan balasan itu, sesungguhnya hamba itu berada pada maqam raja' (berharap) dan bukanlah maqam mahabbah ..."

    Raja' itu sifat Naqis(terkurang lagi tidak ada)  padaNya yang diberikan pada hak kehambaan oleh hak ketuhanan
    agar dikembalikan padaNya ..
    Mengharap redho ..mengharap kasihNya sayangNya dsbnya ..
    Dan ianya merupakan sifat yang menjadi darah daging pada diri mukmin ..yakni raja' dan khauf
    Inilah yang dimaksudkan oleh arifbillah ( yang mengenal Allah ) sebagai "sayap" mukmin ..

    Insya-Allah pelan-pelan kayuh dan perbaiki perelokkan lantas sempurnakan ...

    Saudaraku miszniena
    Ikhlas yang dimaksudkan lagi dituntut perbaiki dalam diri si hamba itu ialah ikhlas yang tidak ada kepentingan bagi seseorang hamba itu pada kepentingan dunianya dan akhiratnya ..Maka perlakuan hati itu hendaklah diqasadkan hanya kerana DiriNya ..Muqadimah ikhlas itu ialah tempatnya pada hatimu jualah dalam muafakat hatimu itu dengan perlakuan anggota jasad ibadahmu ..Maka mulakan juzuk mendapatkan ikhlas yang merupakan rahsiaNya yang dipertaruhkan pada hati-hati hambaNya ..Yakni hati-hati hambaNya yang mencintaiNya ..

    Pak din bawakan 2 renungan buat saudaraku ini
    ..pada 2 wahyuNya pada 2 nabiNya ..

    Allah mewahyukan pada baginda nabi Allah Isa a.s ..
    " Sesungguhnya apabila Aku melihat ke dalam hati hambaKu maka Aku tidak mendapati di dalamnya kasih cinta terhadap dunia dan akhirat nescaya Aku penuhi ke dalam hatinya kecintaan terhadapKu " ..

    Allah mewahyukan kepada baginda nabi Allah Daud a.s
    " Wahai Daud!  Sesungguhnya Aku mengharamkan ke atas hati-hati hambaKu dari dimasuki kecintaan kepadaKu bersama dengan kecintaan dengan yang lain" ..
    maka dalam melakukan ketaatan ibadah dan kepatuhan perintahNya wahai saudaraku ..Mutlaklah kerana DiriNya ..insya-Allah bi iznillah
    Mudah2an perolehi ikhlas ahli mahabbah dan hamba padaNya yang mencintaiNya  dalam melakukan ketaatan padaNya ..

    Saudaraku miszniena

    Tidak salahpun  berniat untuk menjadi hambaNya yang soleh yang mentaati dan mematuhi perintahNya ..
    Cuma JANGAN menjadi :
    1) hamba pada Amal ..
    2) hamba pada Makhluk  ..
    3) hamba pada Nafsu  ..
    4) hamba pada Dunia ..
    5) hamba pada Syaitan dan Iblis  ...
    Jadilah hamba padaNya ..insya-Allah ..
    Dah baik dah penyertaan niat saudaraku itu ..
    Selalulah perbetulkan niat perbaiki niat  perelokkan niat sempurnakan niat dan sahihkan niat pada dirimu ..
    Kerana semuanya niat itu mengikat perbuatanmu ..insya-Allah
    Mudah2an menjadi  Hamba yang Solehah , hamba yang Muttaqin dan hamba yang Mawahid .

    Amin Allahumma Amin ya Lathif ..

    w.a.b.s

    miszniena

    • *
    • Posts: 545
      • View Profile
    Reply #8 09 March, 2012, 01:35:04 PM

     :syukur:  :msya:

    Saya tak tau nak cakap ape lepas baca semua ni...Terima kasih pun rasanya tak ternilai untuk menghargai kata2 yang tersusun indah,
    InsyaAllah...
    Terima kasih atas ilmu ini,terima kasih atas kata-kata ini,terima kasih
    Semoga Allah merahmati,memberkati hidup kamu,amin amin amin....
    Segala Puji Bagi Allah....

    seruling

    • *
    • Posts: 16
    • izinkan aku mengingatiMu
      • View Profile
    Reply #9 15 March, 2012, 10:35:23 AM
  • Publish
  • Salam en. Muridin ,  memang selama ini seruling suka dengan huraian en. Muridin dan terima kasih atas teguran. Cuma seruling tak sempat salin jika dalam chatbox . Maka mohon izin bertanya di dalam post ini atas post yg en. Muridin tulis untuk bertanya apakah ada manusia yang diharamkan memperolehi akan RahmatNya jika ada en. Muridin huraikan boleh tak ? ..jangan.. marah iya ..t.q for the tarbiyah ..

    muridin

    • *
    • Posts: 199
    • Kenal diri Nyata-Nyata , Baru Kenal Yang Maha Esa
      • View Profile
    Reply #10 28 March, 2012, 10:40:57 AM
  • Publish
  • Salam en. Muridin ,  memang selama ini seruling suka dengan huraian en. Muridin dan terima kasih atas teguran. Cuma seruling tak sempat salin jika dalam chatbox . Maka mohon izin bertanya di dalam post ini atas post yg en. Muridin tulis untuk bertanya apakah ada manusia yang diharamkan memperolehi akan RahmatNya jika ada en. Muridin huraikan boleh tak ? ..jangan.. marah iya ..t.q for the tarbiyah ..

    السلام عليكم ور حمة الله و بركا ته
    اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم

    Alhamdulillah ..

    ( Jenuh mencari dalam email rupanya dalam Post Thread  ..next time jangan buat macam ni ya seruling . Tanya dalam email huraiannya akan lebih terbuka lagi terperinci ...bukan bermakna pak din melarang kamu tanya di dalam Post Thread ini ) ..

    Yang dimaksudkan dengan mereka yang diharamkan dari memperolehi akan Rahmatnya ialah golongan Hirman yang dihuraian oleh as syeikh Abu Bakar al Waraqqi rh.a dalam hikamnya pada menghuraikankan kata-kata al imam as syafie rh.a. Ringkasnya bagaimana boleh berlaku pengharaman dari memperolehi akan RahmatNya ialah intipati dari sifat ketamakan kebakhilan kekikiran diri hambaNya yang tidak memanfaatkan, tidak menghayati akan ujianNya sehingga leka serta lalai dariNya . Ujian yang dimaksudkan ialah huraian pada ujian MasaNya dan pada rezekiNya yang diberikan kepada hamba-hambaNya disalah atur atas nama "sibuk" hingga tidak ada masa untukNya dan kekasihNya . Diri leka dalam mencari rezeki pada waktu siang dan disambung pula dengan malam sehingga lupa akan ketaatan ibadah dan kepatuhan perintahNya yang menjadi tujuan diri dijadikan. Inilah muqadimah yang menyeret hambaNya ke dalam golongan Hirman tadi.

    ya seruling ..
    kebakhilan ketamakan kekikiran itu induk hasilnya hanya menyebabkan hambaNya itu bersyak wasangka dengan rezekiNya. Tidak cukup siang ditambah dengan malamnya akan pencariannya terhadap rezekinya itu .Ketamakan ini Kebakhilan ini adalah sebesar-besar kebinasaan Nafsu yang mencacatkan mencederakan ubudiyah(pengabdiaan) kamu padaNya. Jika sudah cacat ubudiyah kamu manakan dapatnya kebenaran kamu dalam ubudiyahmu padaNya dan secara lansung akan mengendalakan hubungan ketaatanmu dalam Rububiyah(kehambaan) dan Uluhiyah ( ketuhanan) pula ..fahamkan haal itu pada jalan kehambaan padaNya.

    ya seruling ..
    Sifat Bakhil Sifat Tamak Kikir pada rezekiNya pada masaNya pada waktuNya ini hanyalah mengundang akan kehinaan padaNya ..Diri yang bakhil kikir lagi tamak itu berpalitnya syak wasangka padaNya oleh hambaNya itu akan rezekiNya..bersalut lagi berlumur ragu padaNya oleh hambaNya itu akan rezekiNya.. natijah dari itu maka itulah tanpa sedar pembuktian bahawa tiada  yakin dan tidak yakinnya hambaNya itu terhadap Tuhannya terhadap Penciptanya terhadap yang MenjadikanNya ...dalam hal kurniaan dan pemberiaan rezekiNya. Ketamakan kebakhilan kekikiran si hamba itu mencari rezeki 24 jam hingga melupakan akan ketaatan dan kepatuhan pada perintahNya yang difardhukan inilah hamba yang bersyak lagi ragu dan tidak yakin dengan pembahagian rezekiNya yang sudah ditentukan olehNya sejak azali lagi...jika ada padamu ya seruling maka Kembalikan yakinmu itu padaNya kembali .."serkap" padaNya ya seruling dalam hal rezeki ini pada Tauhidmu kepadaNya .. ( serkap = Sentiasa Engkau Rujuk Kepada Allah Penciptamu ...) mudah2an perolehi haq yakin padaNya yakni yakin yang diyakini olehNya bukan oleh selainNya ..mudah2an terlepas kamu dari syak ragu terhadapNya ..insya-Allah bi iznillah ya Lathif ..

    ya seruling ..
    Renungan buatmu ..
    Pada rezeki ahli kufran pun itu SUDAH ditentukan olehNya akan jaminanNya. Inikan pula pada rezeki pada ahli ketaatan dan ahli yang syuhud padaNya ...yakinilah Dia yang bersifat Rahman dan Rahim ..insya-Allah. Aturkan sibukmu ya seruling jangan sampai sibukmu itu mengaturkan dirimu ..Ingat ya seruling ..
    Mohonlah padaNya ..nescaya akan diperkenankanNya ..Mohonlah padaNya sebagaimana permohonan mereka yang ahli tauhid padaNya ..agar apa jua yang diperkenankan olehNya itu dalam redhoNya ..kerana Dia jua memperkenankan pada permintaan ahli kufran tetapi perkenanNya itu dalam murkaNya ( mua-Nya)..
    Sebab itu rezeki yang kamu perolehi  samada rezeki jasmani dan rohanimu, biarlah dalam  perkenan redhoNya ...sikit itu barokah dan banyak itu akan kamu syukuri ..Bukan sebagaimana perkenanNya pada ahli kufran ..kerana bagi haal ahli kufran rezekinya yang diperkenankan itu ..perkenanNya dalam kemurkaanNya ..inilah antara "istidraj" rezeki dengan rezeki yang diberikan pada ahli kufran itu semakin jauh ahli kufran itu dariNya ..inilah KehinaanNya ..
    inilah jua MahrumNya yakni hambaNya yang dihalang dari memperolehi "rezeki" ibadah ketaatan padaNya .

    ya seruling ..
    Maka timbangkan kembali apa yang telah direzekikan olehNya padamu ..lebih-lebih lagi pada rezeki yang menjadi makanan kerohanianmu ... Adakah dengan rezekiNya yang diperkenankan itu semakin dekat kamu denganNya atau semakin jauh kamu dariNya walhal Dia sangat HAMPIR Dia denganmu ..berlindunglah dari rezeki yang diperkenankan olehNya kepada ahli Kufran (kamu berlindung dari MurkaNya)..Lihatlah kembali hal keadaan dirimu ..Pak din doakan buat dirimu ..mudah2an Allah permudahkan buatmu . Jika dirimu mahu dihalalkan olehNya memperolehi akan RahmatNya di "sana" kelak ..maka tanyailah kembali dirimu ..Apakah mudah bagimu untuk melakukan perkara halal(ibadah ketaatan dan kepatuhan perintahNya) di dunia ini ? ..jika sebaliknya ..berhati-hatilah ..perbaikilah perelokkanlah sempurnakanlah ..
    ya seruling ..
    ketamakan kebakhilan kekikiran pada ujianNya pada melewati masa dan waktuNya ini ..hanya memudaratkan dirimu ..kerana sifat ini menyanggahi haal keimanan hambaNya ..haal ketakwaan hambaNya . Apa tidaknya ya seruling ..kerana ketamakan kekikiran kebakhilan itu sifatnya menuntut ..menuntut ketinggian ..menuntut kemegahan ..menuntut ketidak cukupan ..kerana itulah thobiatnya nafsu dan haal keimanan pula adalah sebaliknya yakni ianya himpunan kerendahan diri ( tazallulan) serta penyerahan diri (tasliiman) yang menjadi muqadimah juzuk tawadhuk padaNya .. khususnya dalam ibadah padaNya yang di"rezeki"kan buatmu . Sepertimana  sabda kekasihNya ...habibi saiyidina Rosul Muhammad al Musthofa s.a.w :

    أفضل العبادة التواضع
    Bermula yang terlebih afdhol(lebih utama) ibadah itu Tawadhu'

    ya seruling ..
    Ingat lagi akan hal hakikat Islam ..Intipatinya menenggelamkan dirimu didalam ketaatan dan kepatuhan lautan perintahNya ..
    Bagaimana untuk menenggelamkan dirimu ? Muqadimahnya pohonkan dariNya denganNya keranaNya (sebagaimana ahli tauhid meminta padaNya ..agar diperkenankanNya dalam keadaan redhoNya). Mulaikan padaNya itu dengan bermohonlah denganNya yang Maha Kaya (al Ghoniy) ...agar kamu dikayakan olehNya ..Kekayaan yang bagaimana hendak kamu pohonkan ya seruling ?

    Pohonlah ya seruling padaNya ..agar dikayakan dirimu itu dengan perintahNya ..Agar terkaya kamu dengan perintahNya dari perintah yang lain. Agar terdahulu perintahNya dari perintah dirimu dan musuh-musuhmu . Inilah lautan perintahNya yang ditenggelami dalam menuju hakikat Islam ....faham ya seruling ..
    Insya-Allah ..mintakan selalu kekayaan ini  ..dan inilah sebenarnya rezekimu di dunia lagi pula inilah yang disifatkan orang yang kaya yang dikayakan olehNya ..yang diberikan oleh yang Maha Kaya pada hamba padaNya ..

    ya seruling ..
    Perjalanan ini masih jauh ..insya-Allah perkemaskan  dahulu hakikat Islam ini ..insya-Allah kelak jika sudah bersedia adabmu ..akan pak din naqalkan intipati hakikat Insan dan Ihsan ..bi iznillah ya Lathif . Dengan pak din ni kamu kena banyak bersabar ya seruling ..(ketawa) . Kesabaran dalam melakukan ketaatan dan kepatuhan ibadah itu perlukan 2 tuntutan yakni perbuatan jasad anggota dan perlakuan adab hati yang menjadi burhan bukti pada kata-kata lisanmu ..pada pengakuan keimananmu pada penyerahan imanmu dan penyaksian imanmu.. Justeru kesabaran itu bukanlah pada baris ayat atau lisan kata-kata semata-mata ..faham ya seruling  ..." Kesabaran itu sebahagian dari Iman .

    ya seruling ...pada bicara kali ini ..
    Mudah-mudahan dapat dirimu ketahui dan kenali Dia Allah yang Maha Kaya. ..
    Asma ul Husna itu bukan sekadar kata-kata lisan sahaja tetapi muafakat Asmaul Husna itu pada amal perbuatan anggota dan hatimu..
    ya seruling ..Ingat lagi tarbiyah ini ..pada Susunan Asmaul HusnaNya ..
    Apakah yang kamu pohonkan padaNya ..pada mengetahui dan mengenali
    - Dia Allah, Dzat yang Maha Hidup lagi Berdiri dengan sendiri (al Hayul Qayyum)
    - Dia Allah, Dzat yang Maha Mengetahui (al 'Alim)
    dan sekarang pula Dia Allah, Dzat yang Maha Kaya (al Ghoniy)

    (memada setakat ini ..insya-Allah)

    Mudah2an Allah permudahkan urusanmu ya seruling ..
    Urusan duniamu lebih-lebih lagi urusan akhiratmu ..

    Perbaiki adabmu ya seruling ..agar kamu disaf kalangan ahli adab

    w.a.b.s

    Amin Allahumma Amin ya Lathif

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14514
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #11 28 March, 2012, 10:45:42 AM
  • Publish

  • السلام عليكم ور حمة الله و بركا ته
    اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم

    Alhamdulillah ..

    ( Jenuh mencari dalam email rupanya dalam Post Thread  ..next time jangan buat macam ni ya seruling . Tanya dalam email huraiannya akan lebih terbuka lagi terperinci ...bukan bermakna pak din melarang kamu tanya di dalam Post Thread ini ) ..

    Amin Allahumma Amin ya Lathif

    Jangan begitu, huraikan juga di dalam ini dengan lebih terbuka dan terperinci. Bukankah sebenarnya manusia ini tak tahu apa yang dia tak tahu. Jadi jika ada yang bertanya, sekurang-kurangnya yang lain akan menumpang tahu. Kadang -kadang mahu bertanya tapi tak tahu apa yang mahu ditanya sebab tak tahu apa yang tak tahu tu.
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim

    Fakir Billah

    • *
    • Posts: 916
      • View Profile
    Reply #12 28 March, 2012, 02:01:30 PM
  • Publish
  • Bilamana seorang marifah itu lalu di atas kubur, para malaikat yang sedang menyeksa mereka di alam kubur terhenti dan menoleh ke arah orang yang ada ilmu mahrifah itu.  Para Malaikat menghormati orang  mahrifah itu dengan tidak menyeksa mereka di alam kubur.

    Iman orang mahrifah ada yang dapat berhubung dengan alam barzah.  Nampak para kuburun mukminin dan mukminah di azab.
    Mereka mendoakan kesejahteraan, di situ Allah buka pintu pengampunan selagi ada orang mahrifah,  bergembira orang di kubur bila lalunya di situ.

    Bilamana lalu seorang yang mensyirikkan Allah.  Para malaikat tidak nampak orang itu dan lalu orang yang mensyirikan Tuhan, maka lagi teruklah orang di dalam kubur disiksa, Jawab orang kubur, orang macam nih tak payah lalu sini, teruk kami kena seksa.

    Maka begitu besarlah kurnia Allah kepada orang yang mengenal Allah (marifatullah ).
    Ia boleh menyelamatkan 70 ahli keluarganya.
    Maka tak hairanlah  di akhirat boleh berjumpa dengan sanak saudaranya, di dunia sudah pun terbukti.

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4856
      • View Profile
    Reply #13 28 March, 2012, 03:09:10 PM
  • Publish
  • Salam en. Muridin ,  memang selama ini seruling suka dengan huraian en. Muridin dan terima kasih atas teguran. Cuma seruling tak sempat salin jika dalam chatbox . Maka mohon izin bertanya di dalam post ini atas post yg en. Muridin tulis untuk bertanya apakah ada manusia yang diharamkan memperolehi akan RahmatNya jika ada en. Muridin huraikan boleh tak ? ..jangan.. marah iya ..t.q for the tarbiyah ..

    setiap anak adam, lahir dalam Fitrahnya
    mana mungkin ada manusia yang di haramkan dari mendapatkan RahmatNya

    sedarlah wahai diri, bagaimana kamu HIDUP?
    bagaimana kamu bernafas?
    bagaimana kamu berbicara?
    bagaimana kamu mendengar?
    bagaimana kamu melihat?

    apakah kamu ada mata tapi BUTA? ada telinga tetapi PEKAK? ada mulut tetapi BISU?

    memang syaitan berhajat memperdayakan semua anak cucu adam a.s
    kenapa syaitan tak kata, nak sesatkan JIN?

    silakan FIKIR
    silakan cari GURU
    silakan menuntut Ilmu

    inshallah, selayaknya hanya untuk mu, Rahsia AKU

    subhanallah

    Fakir Billah

    • *
    • Posts: 916
      • View Profile
    Reply #14 28 March, 2012, 03:15:54 PM

    sedarlah wahai diri, bagaimana kamu HIDUP?===ditempuh oleh kuasa berlaku gerak dan diam. Beberat sah salah satiu menerima pada satu satu masa.
    bagaimana kamu bernafas? ======gerak dan diam
    bagaimana kamu berbicara?======lintasan, ditempuh tapi tak sentuh.
    bagaimana kamu mendengar?====beza hukum, ayam ada tanda, itik ada tanda .
    bagaimana kamu melihat?======== beza hukum, rupa manusia tak sama, walaupun seiras.

    Muhamad sandaran, itulah kalimah Rasul.

    seruling

    • *
    • Posts: 16
    • izinkan aku mengingatiMu
      • View Profile
    Reply #15 29 March, 2012, 12:46:38 PM
  • Publish
  • Salam semuanya dan terima kasih buat en. Muridin atas huraian dan nasihat. Sememangnya seruling hormati en. Muridin dalam menerima tarbiyah dari en. Muridin dan syukur banyak-banyak. Alhamdulillah. Seruling mohon maaf dengan en. Muridin jika ada kesilapan diri seruling  pada en. Muridin sepanjang mengenali en. Muridin . Next time seruling tak buat lagi insya allah. mang berbeza jika seruling bandingkan huraian dalam post ini dengan dalam email dan seruling faham kenapa en. Muridn berbuat demikian. Insya allah. Maaf sekali lagi en. Muridin kerana sekarang ini ntah kenapa malu sangat seruling  dengan en. Muridin. Kerendahan diri yang Allah berikan pada en. Muridin . Faham seruling sekarang ini jalan kehambaan padanya..ar rahman rahim latif karim aziz ghafar tawab quddus salam alim ghani hayyul qayyum  dll. 
    En. Muridin ada satu pertanyaan ? Bila boleh jumpa  dengan en. Muridin nih..jangan marah :)

    Terima kasih juga buat ustaz al ahibbatu atas nasihat dan penjelasan ustaz. Alhamdulillah
    « Last Edit: 29 March, 2012, 01:03:18 PM by seruling »

    divider3
    halaqahforum4

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    21 Replies
    5184 Views
    Last post 10 September, 2009, 03:09:17 PM
    by m.amir
    6 Replies
    1835 Views
    Last post 24 June, 2012, 09:32:56 AM
    by robhunhayati
    42 Replies
    6067 Views
    Last post 27 July, 2013, 01:43:45 PM
    by nazri0070