pertanyaan tentang hukum halal atau haram?

*

Author Topic: pertanyaan tentang hukum halal atau haram?  (Read 5585 times)

0 Halaqian and 2 Guests are viewing this topic.

myms0303

  • *
  • Posts: 3
    • View Profile
06 March, 2012, 04:07:24 PM
  • Publish
  •  :)
     bolehkan seorang islam memakan daging gajah dan zirafah?
    jika boleh apakah sebabnya.
    jika tidak boleh apakah sebabnya..

    Terimakasih..
    Diharap dapat membantu..

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4872
      • View Profile
    Reply #1 06 March, 2012, 04:28:04 PM
  • Publish
  • Benar sesuatu itu perlulah dihalusi untuk kepastian. Dengan yang demikian, dengan sedikit ilmu yang ada, ambo cuba huraikan dan menurunkan dalil-dalil nas Quran & hadis untuk tatapan bersama.
     
    Semua asas halal & haram adalah bersumberkan kepada al-Quran spt firmannya:

    Firman Allah dalam al-Maidah (3):
    "Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging hewan) yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang terpukul, yang jatuh, yang ditanduk, yang diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya, dan (diharamkan bagimu) yang disembelih untuk berhala. Dan (diharamkan juga) mengundi nasib dengan anak panah, (mengundi nasib dengan anak panah itu) adalah kefasikan. Pada hari ini orang-orang kafir telah putus asa untuk ( mengalahkan) agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku. Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agamamu. Maka barangsiapa terpaksa karena kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa,sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". (QS. 5:3)

    Dan lagi,

    Firman Allah dlm surah Al-A'raf (156)
    " Dan Allah mengharamkan atas mereka yang kotor-kotor"

    firman Allah s.w.t dlm surah A'raf(157):
    " Dan Nabi itu menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan atas mereka segala yang buruk".


    Pada dasarnya/rumusan, terdapat 7 -10 perkara yang mendasari halal/haram yang diputuskan oleh fuqaha' sbg berikut:

    1. Yang tersebut di dalam ayat di atas

    Yang jelas haram mengikut ayat di atas adalah babi, darah yang mengalir, bangkai dan binatang yang disembelih bukan kerana Allah.

    2. Binatang buas yang mempunyai taring & kuku kuat
    3. Burung-burung yang mempunyai cakar

     Dalilnya bersandarkan hadis dari Ibn Abbas r.a:

    "Bahawa Nabi Muhammad s.a.w melarang dari memakan tiap-tiap yang mempunyai taring dari binatang-binatang buas dan yang mempunyai cakar dari burung-burung". (HR Muslim)

    Adapun monyet adalah haram sebagaimana diriwayatkan dari Assya'bi:

    "Bahawa Ar-Rasul mencegah daripada makan daging monyet, kerana bahawasanya ia binatang buas".


    4. Binatang yang ada nas menegah membunuhnya

    Bintang dalam kategori ini adalah spt semut, lebah, katak, burung Shurad dan burung Pelatuk bawang berdalilkan hadis yang diriwayatkan oleh Sahal Ibni Sa'din  Assa'idi:

    "Bahawa Nabi s.a.w melarang dari membunuh 5 macam: Semut, lebah, katak, burung Shurad dan burung Hudhud (Pelatuk Putih)".

    Dan lagi Sabda Rasul:

    "Bahawa seorang tabib menaya beliau tentang kodok yang akan digunakan untuk campuran ubat, maka mencegah dia oleh Rasulullah dari membunuhnya". (HR  Abd Daud, Abu Daud, Annasai dan Alhakim)

    5. Binatang yang ada nas menyuruh membunuhnya

    Binatang dlm kategori ini adalah spt Ular, kala, tikus, gagak dsbnya  bersandarkan hadis riwayat Ibnu Mas'ud ra katanya:

    "Adalah bersama-sama Nabi s.aw pada sebuah gua di Mina dan sesungguhnya telah diturunkan kepadanya akan surat : Walmursalati Urfa, tiba-tiba muncullah ular, maka sabda baginda : Bunuhlah dia..." (HR Bukhari, Mulsim dan Annasai)

    Dan lagi hadis riwayat dari Siti Aisyah:

    "Ular itu jahat. Dan kala itu jahat dan tikus itu jahat dan gagak itu jahat" (HR AlBaihaqi).

    Dari Aisyah:

    "Telah bersabda Rasul s.a.w ;" 5 macam binatang jahat yang hendaklah membunuhnya, baik di tanah haram atau ditanah halal iaitu; ular, gagak,tikus, anjing galak dan burung helang" (HR Muslim)

    Kepada saudara Abd Razak, inilah ketentuan hukum ke atas ular, samada ular berbisa atau tidak seperti ular sawa. Disamping termasuk dlm syarat (10) - Yang Kotor-kotor/najis/beracun, syarat(7)-Dianggap buruk oleh bangsa Arab, ianya juga termasuk dalam syarat ini.


    6. Binatang yang digunakan untuk kenderaan kecuali Unta & Kuda

    Mengenai binatang kenderaan yang haram dimakan  adalah hadis dari Jabir bin Abdullah:

    "Pernah melarang oleh Rasul pada hari Khaibar dari memakan daging Keldai negeri" (HR Bukhari & Muslim)

    Dan menurut riwqayat Ar-Tirmidzi:

    "Pernah memberi makan akan kami oleh Rasul akan daging-daging kuda dan melarang kami dari daging keldai negeri".

    Sedang Asma' memberitahu:

    "Kami pernah menyembelih kuda pada masa Rasul s.a.w, maka kamipun memakannya" (HR Al Bukhari & Muslim).

    Dari Jabir:

    "Nabi memberi izin memakan daging kuda" (HR Bukhari & Muslim)


    7. Binatang yang dianggap keji/buruk mengikut bangsa Arab

    Adapun keharaman binatang yang dianggap keji/buruk oleh bangsa Arab, ertinya yang dibenci untuk dimakan mereka adalah berdasarkan firman Allah s.w.t dlm surah A'raf:157:

    " Dan Nabi itu menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan atas mereka segala yang buruk".

    Binatang di dalam kategori ini termasuklah yang beracun/kotor/keji dsbnya ular, tikus, buaya dsbnya kecuali Dhab yang ada nas menghalalkannya.

    Mengapakah bangsa Arab yang menjadi ukuran...insyaAllah dilain kesempatan akan kami huraikan.


    8. Binatang Laut - semua Halal (kecuali yang ada nas sebaliknya)

    Semuanya halal, dalilnya firman Allah (alMaidah :96).
    "Dihalalkan bagimu binatang buruan laut dan makanan (yang berasal) dari laut sebagai makanan yang lezat bagimu, dan bagi orang-orang yang dalam perjalanan; dan diharamkan atasmu (manangkap) binatang buruan darat, selama kamu dalam ihram. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kepada-Nyalah kamu akan dikumpulkan". (QS. 5:96)

    Sabda Rasul:
    "Laut itu suci airnya, halal bangkainya" (Riwayat Malik)

    9. Hidup DiDarat & DiAir

    Binatang 2 alam spt katak, buaya dan kura-kura hukumnya haram. Adapun kepiting (ketam), ada yang mengatakan halal dan ada pula yang mengharamkan.  Dasarnya adalah kerana diistkhabatskan dianggap buruk oleh bangsa Arab.

    Ini terkandung dalam Hasyiah alBaijuri juz II, halaman 294 sbg berikut:

    " Dan haramlah sesuatu yang dapat hidup di darat dan di air spt katak dan kepiting(ketam)".

    Bagaimanapun, dalam masalah ketam, kemungkinan terdapat 2 jenis ketam iaitu ketam yang hidup 2 alam spt ketam batu, ketam angin - inilah yang haram, manakala yang memang ada dilaut .. menurut ketentuan syarat (8) - semuanya harus.

    10. Yang memberi mudharat(beracun)/kotor/najis

    Dan juga pengharaman ke atas binatang-binatang yang dianggap keji/kotor/jahat (Al-fawasiq) termasuklah di dalam nya kutu, ulat (kecuali ulat buah), kutu anjing dsbnya.

    Dalilnya firman Allah;

    Firman Allah dlm surah Al-A'raf (156)

    " Dan Allah mengharamkan atas mereka yang kotor-kotor"
     
    Berdasarkan kepada syarat ini jelaslah bahawa hukum makan ulat adalah tidak harus samasekali kerana umum mengetahui/kebanyakan masyarakt/peradaban manusia menganggap ulat adalah benda yang kotor/jijik dan meloyakan.

    Binatang yang Halal

    Adapun binatang yang tiada keraguan halalnya adalah nas dari Al-Quran, firman Allah
    "Telah dihalalkan bagi kamu memakan binatang ternak (unta,lembu kerbau dan kambing") (AlMaidah:1)

    Dan termasuk dalam ketagori halal juga adalah semua bangkai ikan & belalang selagi iannya masih "thoyyibah" (baik).

    Sabda Ar-Rasul:
    " Dan dihalalkan bagi kita 2 macam bangkai: ikan dan belalang" (HR Ibnu Majah).

    Firman Allah dalam surah al-Baqarah(168)

    "Hai manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaithan; karena sesungguhnya syaithan adalah musuh yang nyata bagimu". (QS. 2:168)

    Adapun gajah, secara khusus tidak diketemukan nas yang qati' tetapi berkemungkinan berada dalam syarat (6) - Sebagai kenderaan  kerana umum mengetahui bahawa gajah adalah salah satu kenderaan...manakala Zirafah berkemungkinan termasuk dlm syarat (7).


    Rumusan

    Sebagai rumusan eloklah diambil dari kitab I'anattuthalibin juz II, halaman 349:

    Maka tiap-tiap sesuatu yang suci itu halal dimakan kecuali 10 perkara jua:

        Anak Adam
        Sesuatu yang memudaratkan spt racun, batu, tanah...
        Sesuatu yang jijik/kotor spt air mani..
        Burung yang mempunyai cakar
        Haiwan yang bertaring kuat untuk menyerang .. (mungkin termasuk dlm haiwan maging..)
        Nas adri surah Al-Maidah (3)
        Yang dianggap buruk oleh bangsa Arab spt serangga
        Haiwan yang dilarang membunuh
        Haiwan yang diperintah membunuhnya
        Haiwan untuk tunggangan kecuali unta & kuda.

     
    Nah, demikianlah jawapan kami untuk persoalan ini, semoga dapat kiranya saudara memahami seluruh huraian ini untuk pedoman dalam menentukan halal & haram binatang.

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    54 Replies
    19628 Views
    Last post 17 September, 2012, 02:16:36 AM
    by azrinkun
    1 Replies
    564 Views
    Last post 14 October, 2012, 03:22:35 PM
    by al_ahibbatu
    6 Replies
    16132 Views
    Last post 21 August, 2013, 04:18:02 PM
    by al_ahibbatu