Saya punca keretakan masalah rumahtangga kami

Author Topic: Saya punca keretakan masalah rumahtangga kami  (Read 1956 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

agusta

  • *
  • Posts: 2
    • View Profile
05 March, 2012, 08:17:44 PM
  • Publish Di FB
  • assalamualaikum....
    saya mohon pandangan dan pendapat rakan2 forum terhadap masalah yang sedang saya alami sekarang ni.Saya buntu dan tiada jalan keluar.

    Saya dan suami dah berkahwin hampir 3 tahun.Alhamdullilah kami dikurniakan sepasang cahaya mata yang sangat bijak dan comel.Suami merupakan pegawai kerajaan dan saya pula adalah peniaga yang menjalankan kerja-kerja tender dari kerajaan.Pada awal perkahwinan segalanya ok dan berjalan lancar.

    Masuk tahun kedua perkahwinan....syarikat saya mula mengalami masalah dan saya tiada modal pusingan.saya akui kesilapan saya kerana tidak menyimpan wang yang cukup untuk modal.Mulai saat itu setiap kali menerima projek saya akan meminta suami membuat pinjaman peribadi sebagai modal permulaan.Dan setiap kali mendapat bayaran kami akan pergi menyelesaikan hutang tersebut,Pada mulanya segalanya ok..sampai lah suatu hari modal yg diperolehi tidak mampu menanggung kos dam pinjaman suami tidak mampu saya bayar semula...lalu gaji dia terpaksa dipotong setiap bulan.di sinilah bermulanya masalah saya.

    Disebabkan tidak mahu menyusahkan hati suami..saya mula cuba meminjam dari kawan dengan pelbagai cara dan alasan...saya juga mula membelakangkan suami dalam banyak hal..saya mula menipu suami dan dalam diam saya mengambil wang simpanan suami bagi tujuan mengatasi masalah syarikat.saya akui saya tidak tenteram dengan apa yg berlaku...sampai suatu masa suami sendiri dapat tahu semua perbuatan saya dan dia amat marah dan tidak dpt menerima keadaan itu.

    Saya mohon ampun kepada dia dan berjanji akan berubah dan kini saya sedang melakukan perubahan itu demi suami dan anak2 serta rumahtangga kami..tetapi malangnya...suami saya masih belum memaafkan saya dan semakin lama dia semakin jauh dari saya ditambah pula dengan masalah keangan ygbelum ada kesudahan.Saya bukan tidak mencari jalan...mungkin kerana dosa saya terlalu banyak jadi saya tidak nampak jalan yang sesuai untuk saya ikut dan mungkin tiada redha suami..maka rezeki saya tidak kunjung tiba.Hari demi hari saya berharap agar pintu hati suami terbuka untuk saya dan saya dapt meneyelesaikan masalh dgn kewangan ini segera...

    Saya ingin keluar dari semua masalah ini dan hidup tenang serta mudah untuk beribadat...Saya harap ada rakan2 forum yg dapat membantu saya memberi pendapat atau jalan..Saya terima sayalah yg bersalah dan saya sedang betulaakn diri saya.Saya kini telah bekerja makan gaji dan tidak bergantung pada perniagaan semata2.Niat saya hanya satu..untuk bantu perbelanjaan bulanan kami..Tapi saya cuma berharap suami menyayangi saya semula dan memaafkan saya.

    nazri0070

    • *
    • Posts: 2451
    • Aku ingin menjadi kekasihMu...Ya Allah!
      • View Profile
    Jawab #1 06 March, 2012, 09:52:13 AM

    Bila berniaga jangan lupa solat sunat dhuha dan solat sunat rawatib yang muakkadah. Wiridkan juga Ya Wahhab Ya Razzak Ya Ghaniy Ya Mughni :ins:

    Apabila anda memang bersalah, minta maaf seikhlasnya. Settle la tu, lepas tu tanggungjawab orang/suami samada nak memaafkan atau tidak! Kata seorang hukama' - Perkara paling senang ialah bercakap, perkara paling susah ialah memaafkan orang lain. Pada saya bagi sesetengah orang begitulah. Sangat sukar untuk memaafkan orang lain. Lihat pula jenis kesalahannya. Orang yang mudah memaafkan, hatinya mulia. Orang yang mudah memohon kemaafan pula hatinya ada ciri-ciri tawaduk.

    Usahakan terus untuk menebus semua kesalahan. Kembalikan wang simpanan suami semula secepat yang mampu. Beristighfar mohon keampunan Allah sentiasa. :ins: rezeki yang berkat akan datang kepada anda.
    "Selagi kita lurus dengan Allah, dunia dalam genggaman."- Sayyidah Nafisah.

    shearazi

    • *
    • Posts: 511
    • Kudambakan Redha Allah
      • View Profile
    Jawab #2 06 March, 2012, 10:08:15 AM
  • Publish Di FB
  • jawapan tuan nazri amat menyenangkan hati.. alhamdulillah
    Moga kita berkongsi ilmu di sini kerana Allah SWT

    Arozi

    • *
    • Posts: 684
      • View Profile
    Jawab #3 06 March, 2012, 12:40:50 PM
  • Publish Di FB
  • BERAMAL, seperti mengerjakan solat-solat nafil ( dhuha, tahajjud, witir dsbgnya ), wirid, zikir, sodaqah dll, hendaklah diBETULkan NIATnya semata-mata untuk mendapat REDHA Allah.. kerana, bila Allah dah REDHA kat kita, maka segala keperluan bagi perjalanan hidup kita semuanya ALLAH ATUR dan URUSkan...

    Saya juga, diajar oleh Ustaz Abdul Rahim Bin Sahlan, bahawa mu, kalu nak memohon kesenangan hidup, mohonlah kepada Allah akan RAHMAT dan LIMPAHAN KURNIA-NYA....( ada hadis yang disandarkan oleh Yg Berbahagia Ustaz, tapi saya tak ingat...maafkan saya..)

    Mafhum dari satu hadis yang saya deperdengarkan oleh seorang ustaz tu, katanya... barangsiapa yang dengan amal-ibadahnya mengharapkan pahala / ganjaran kat dunia, maka Allah akanmemporak perandakan hidupnya di dunia, dan dia tidak beroleh apa-apa pun jua, melainkan sedikit dari yang Allah tentukan untuknya... ( buleh rujuk dalam kitab Muntakhab Ahadith, bab Ikhlas Niat ).

    Guru TASAUF saya, Ustaz Ahmad Long Al-Hafiz selalu mengingatkan saya, jangan sekali-kali, dengan amal ibadat mu, mu ingat dan rancang untuk mendapat karunia Allah atas keperluan hidup mu, mengikut apa yang mu rasa mu BOLEH mendapatkannya.. kerana, yang sedemikian itu, mu sesungguhnya telah MASUK CAMPUR urusan Allah dalam memberikan rezeki...( itu, guru ingatkan saya jer ).

    Dari itu, saya menyeru DIRI saya dan Tuan-tuan semua, marilah sesama kita perBETULkan niat kita, dalam berIBADAT kepada-NYA... insyaallah naa.....( pinjam ayat Tok Batu nih! )

    nazri0070

    • *
    • Posts: 2451
    • Aku ingin menjadi kekasihMu...Ya Allah!
      • View Profile
    Jawab #4 06 March, 2012, 01:16:47 PM
  • Publish Di FB
  • Ya benar setiap amal tergantung atas niat. Seorang salik, beramal atas niat si salik. Seorang sufi beramal atas niat si sufi.

    Kanak-kanak solat adakalanya takut rotan ayahnya. Remaja solat kerana suasana sekelilingnya mendidiknya untuk bersolat. Menantu solat adakalanya malu kat mentua. Adakalanya si tua yang tiba-tiba berjemaah di masjid kerana urusan jenazah saudaranya yang baru meninggal orang masjid yang uruskan, barangkali takut nanti dia mati tak ada orang lain yang akan uruskan melainkan orang masjid.

    Sesunguhnya Allah Yang Maha Pemurah, Maha Pengasih, Maha Penyayang sesekali tidak akan berlaku zalim. Allah Maha Kaya. Pahala dan seksa azab itu janjiNya. Tak salah kanak-kanak solat kerana takut rotan semasa kecil. Tak salah jua remaja solat kerana ikut-ikutan kawan-kawannya. Tak salah juga menantu solat kerana mertua. Tak salah juga orang tua berjemaah di masjid kerana orang-orang masjid. Sebab ayah yang merotan, Nabi ajarkan, ayah dapat reda Allah jika ikhlas. Begitu juga kawan-kawan dan suasana yang mendidik. Begitu jua mentua yang warak. Untung dirinya satu hari nanti menjadi teladan yang baik. Begitu juga si tua, untung-untung duduk mendengar pengajian bersama. Akhirnya masing-masing mengenal kenapa ibadah itu perlu sepertimana perlunya tubuh kepada makanan dan minuman.

    Dibolehkan atas perantaraan amalan nawafil tertentu, si hamba mengharapkan ihsan Allah Yang Rahman dan Rahim atas khasiat dan fadhilat. Segala amal itu natijahnya untuk si hamba. Niatnya atas reda Allah/lillahi ta'ala (Bagi sufi atau golongan tarikat hakikat makrifat, ianya musyahadah kepada wujudullah). Dengan amalan-amalan nawafil khusus itu, antara lainnya ia jadi syarat kebergantungan hamba kepada Allah melalui tarikat/jalan Rasulullah saw. Nabi saw sendiri khabarkan melalui sabda-sabda baginda saw melalui hadis-hadisnya yang mulia. Dan carilah pertolongan dengan solat dan sabar. Demikian sebahagian maksud firman Allah Ta'ala.

    divider3
    halaqahforum4

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    13 Replies
    2964 Views
    Last post 10 January, 2010, 03:47:37 PM
    by imamah84
    1 Replies
    1158 Views
    Last post 01 January, 2013, 09:08:16 PM
    by al_ahibbatu
    29 Replies
    3073 Views
    Last post 17 August, 2013, 01:23:12 AM
    by Ana Tholibah