ADA APA DENGAN KITAB TAJUL MULUK

*

Author Topic: ADA APA DENGAN KITAB TAJUL MULUK  (Read 35446 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Nur_Syurga

  • *
  • Posts: 70
    • View Profile
26 July, 2007, 10:22:45 AM
  • Publish
  • KUALA LUMPUR: Kaedah geomancy seperti ilmu Feng Shui, Tajul Muluk dan Vastu Shastra dikategorikan sebagai ilmu sains yang tidak mempunyai kaitan dengan unsur keagamaan, oleh itu ia sesuai diterapkan dalam pembangunan sesebuah kawasan.

    Timbalan Pengerusi Pelancongan Malaysia, Datuk Kee Phaik Cheen, berkata biasanya kaedah ini digunakan dalam amalan harian sesetengah masyarakat sama ada untuk meningkatkan pendapatan, kesihatan atau membawa keharmonian dalam kehidupan.

    "Bagi projek pembangunan, penggunaan kaedah geomancy boleh membawa kebaikan selain memberi ketenangan dan membantu dalam kehidupan melalui penggunaan elemen alam," katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Geomancy Asia Pasifik 2007 yang bertemakan 'Modern Living - Ancient Concept' di sini, semalam.

    Persidangan dua hari anjuran Institut Sains Geomancy Malaysia (Mings) itu disertai golongan profesional dalam bidang pembangunan hartanah seperti arkitek, juru ukur dan pemaju perumahan.

    Turut hadir, Pengasas Mings, Profesor David Koh; Presiden Mings, Helen Kwek dan Timbalan Presiden Mings, Gerard Benedict

    Sehubungan itu, Kee menyarankan mereka yang terbabit dalam bidang hartanah supaya mengambil kaedah ilmu ini dalam perancangan pembangunan.

    "Ilmu ini bukan baru dan bagi sesetengah masyarakat ia sudah diamalkan seperti dalam pembinaan rumah iaitu masyarakat Cina membina dengan melihat unsur-unsur Feng Shui, manakala bagi masyarakat Melayu pula rumah dibina dengan menghadap matahari terbit," katanya.

    Berkenaan persidangan yang diadakan, Kee berkata, ia amat dialu-alukan kerana dapat mengumpulkan profesional dalam bidang ini dari dalam dan luar negara.

    Sumber : Berita Harian
     

    Ulasan:

    Sains adalah ilmu pengetahuan yang teratur (sistematik) yg boleh diuji atau dibuktikan kebenarannya; ataupun cabang ilmu pengetahuan yang berdasarkan kebenaran atau kenyataan semata-mata (fizik, kimia, biologi, dll). [Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka].

    Adalah tidak mudah untuk meletakkan sesuatu bidang pengkajian sebagai sains kerana ianya memerlukan pembuktian yang bersifat empirikal untuk membuktikan sesuatu konsep, teori, hipotesis hendaklah sesuai dengan realiti. Manakala ilmu-ilmu lain seperti Ilmu astrologi (ilmu nujum, peramalan sesuatu berasaskan bintang-bintang), horoskop (ramalan tentang masa depan seseorang berdasarkan kedudukan bintang-bintang ketika dia dilahirkan), kajian Feng-Shui (air dan angin), adalah ilmu peramalan dan tilik nasib yang tidak ada hubungan dengan ilmu sains. Kepercayaan kepada ‘tuah’ yang ada pada nombor-nombor tertentu, tuah pada haiwan dan sebagainya adalah kepercayaan karut dan tahyul sahaja. Namun ada beberapa tukang tilik (geomants) cuba mengaitkannya dengan teori saintifik untuk menjustifikasi teori karut mereka.

    Kitab Tajul Muluk (Bangsa Melau) dan Kitab Primbon (Orang Jawa) pula penuh dengan kepercayaan sebegini, yang mana langsung tidak boleh dibuktikan secara Empirik. Sebagai contoh dalam kitab Tajul Muluk ada mengatakan bahawa jika seseorang mempunyai tahi lalat di biji mata sebelah kiri, maka keperibadiannya adalah seorang yang serong dan pembohong.

    Sedangkan sikap bohong atau serong, adalah hukum tingkah laku dan konsep yang menjadi pegangan dan tidak ada kaitan langsung dengan adanya atau tidak tahi lalat di dekat biji mata. Kepercayaan karut sebegini juga telah wujud pada masa jahiliyyah, lalu Islam datang mencabut kepercayaan ini.

    "Tidak ada penularan penyakit (dengan sendirinya), tidak ada thiyarah (menganggap sial dengan sesuatu), tidak ada kesialan dengan keberadaan burung hantu dan tidak ada pula kesialan bulan Shafar." [HR. Bukhari dan Muslim]

    Sebagai seorang Muslim, marilah kita sama-sama menolak fahaman tahyul seperti Feng Shui, Horoskop, Astrolaogi, fahaman karut dari Kitab Tajul Muluk dan Kitab Primbon


    mat_ceroi

    • *
    • Posts: 10
    • biar muke x encem, janji hati mau baik.
      • View Profile
    Reply #1 30 July, 2007, 02:27:55 AM
  • Publish
  • x
    « Last Edit: 06 October, 2007, 12:03:14 AM by mat_ceroi »
    " khoibar khoibar ya yahudd!! jaishu Muhammad saufa ya 'ud "

    Ummu Fatimah

    • *
    • Posts: 2160
      • View Profile
    Reply #2 30 July, 2007, 10:28:45 AM
  • Publish
  • :) mgkn bleh saudari nur jannah kupas lebih lanjut tentang isi kandungan kitab tajul muluk selain yg diulas oleh sumber tersebut?

    zaujah n aliah yusri.. ummu yusuf ramadhan & nur fatimah mujahidah..

    Nur_Syurga

    • *
    • Posts: 70
      • View Profile
    Reply #3 30 July, 2007, 04:08:29 PM
  • Publish
  • Marilah kita sama-sama menolak fahaman tahyul Kitab Tajul Muluk

    Mengenal Lelaki Dari Anggotanya

    Anggota zahir lelaki dapat memberi gambaran terhadap sifat-sifat batiniahnya. Pengetahuan mengenai perkara ini telah bermula sejak dari zaman silam. Mengenal lelaki hasil melihat pada anggota tubuhnya ada dicatat di dalam kitab Tajul Muluk iaitu salah sebuah kitab mistik orang-orang Melayu zaman dahulu:

    1. Kulit

    Warna kemerahan tanda pemarah, daya fikir lemah, tidak tetap dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Warna hijau kemerahan tanda bersungguh melakukan kerja hingga selesai. Warna hijau kehitaman tanda jahat kelakuannya. Warna kulit yang sangat putih (pucat) tanda penyakit dan kekurangan darah. Selain dari warna itu melambangkan kelakuannya baik.

    2- Rambut

    Jika rambut kasar dan keras, itu tanda berani dan otaknya sihat. Jika hitam tanda berakal dan pertimbangannya sempurna. Kerinting tidak dapat dipercayai. Hitam berkilat tanda sempurna akal. Kerinting Iembut tanda pintar. Kerinting dan merah warnanya tanda tamak dan jahat. Kekuningan rambutnya tanda pemalas dan pemarah

    3. Kepala

    Saiz yang besar tanda tetap pendirian dan berakal. Sederhana tanda berpengetahuan. Terlalu besar tidak sepadan dengan leher tanda tidak sihat otaknya. Kepala kecil tanda suka menurut nafsu dan kurang akalnya.

    4. Dahi

    Dahi yang luas tanda bijak dan sempurna akalnya. Sedang luasnya dan berkerut tanda pengasih dan berani. Dahi yang kecil tanda kurang akal. Dahi yang banyak kerut antara kening tanda pemarah.

    5. Mata

    Mata yang jarang dikerdipkan tanda bijaksana. Mata besar tersembul tanda tamak dan tidak dapat dipercayai, dan dia ingin harta orang lain. Mata yang merah tanda beraNI tetapi kurang akal. Mata yang seperti mata kanak-kanak serta bercahaya tanda dikasihi oleh manusia lain dan panjang umur. Mata yang kerap dikerdipkan tanda pemaaf. Mata kecil tanda kurang sempurna pertimbangan. Mata biru keputihan tanda suka membuat jahat. Mata kekuningan keputihan tanda jahat dan suka menipu. Mata serupa mata Iembu dan merah serta selalu dikerdipkan tanda suka mencuri. Alis mata yang kusut tanda mungkir janji dan bodoh.

    6. Hidung

    Hidung yang sederhana saiznya tanda berakal. Sangat mancung dan panjang tanda kurang akalnya. Hidung yang dan besar tanda suka mengikut hawa nafsu. Batang tudung yang nipis tanda suka berkelahi. Lubang hudung yang luas tanda dengki dan hidung tebal di tengahnya tanda pendusta. Hidung bongkok tanda manusia paling jahat.

    7. Mulut

    Mulut yang kecil tanda bijaksana. Mulut yang luas tanda berani. Mulut sederhana tanda sempurna akalnya.

    8. Bibir

    Bibir yang tebal tanda kurang akal. Bibir yang nipis tanda suka menghasut. tanda sihat. Bibir yang merah keputihan tanda berakal dan mudah faham. Bibir pucat tanda putus asa dan berpenyakit. Bibir hijau seperti lintah tanda banyak makan makanan yang haram.

    9. Gigi

    Panjang dan besar-besar tanda pendusta. Sederhana tanda berakal. Besar dan jarang tidak dapat menyimpan rahsia. Tersusun rapat tanda jujur.

    10. Dagu

    Dagu yang luas tanda takbur. Dagu yang tirus tanda kurang akal dan jahat. Dagu sederhana tanda sempurna kelakuannya

    11. Suara

    Nyaring tanda berani. Perlahan tanda pendusta dan bebal. Tidak tetap bodoh. Suara yang merdu tanda jujur tetapi kurang bijak.

    12. Telinga

    Telinga yang besar tanda berakal tetapi Iekas marah. Telinga kecil kurang akal. Cuping telinga yang melekat tanda kejam. Cuping telinga yang lembut dan panjang tanda penyamun.

    13. Bahu

    Bahu besar tanda kurang akal tetapi berani. Bahu yang singkat tanda suka mengerjakan pekerjaan jahat. Belikat bahu yang ditumbuhi bulu roma tanda kuat berjima’.

    I4. Belakang

    Belakang yang lebar tanda keras hati, takbur dan pemarah. Bonngkok tanda gigih dan bijaksana. Belakang yang tebal tanda dia seorang yang bijaksana.

    15. Muka

    Muka bujur tanda baik. Sangat bujur tanda jahat. Bundar tanda perangainya baik. Sederhana tanda pemalu.

    16. Leher

    Leher sangat pendek tanda jahat dan pendusta. Panjang dan lurus tanda bebal dan berpenyakit. Leher besar tanda suka berolok-dok tetapi berani. Urat leher yang timbul tanda pemarah.

    17. Dada

    Dada yang sederhana tanda berakal. Dada yang ditumbuhi bulu kurang berakal dan suka melakukan perkara jahat.

    18. Lidah

    Lidah yang panjang tanda fasih bertutur.

    19. Lengan

    Lengan yang panjang hingga ke lutut tanda pemarah, berani, berjaya dalam kerjanya tetapi takbur dan suka meninggi diri. Lengan yang pendek tanda tidak sihat dan suka berbuat jahat.

    20. Tapak Tangan

    Berjari panjang tanda berani dan berakal. Tapak tangan yang lembut tanda mudah memahami. Tapak tangan yang nipis tanda kurang akal.

    21. Jari

    Jari yang panjang dan besar tanda kuat. Jari yang pendek tanda bebal. Jari
    yang sederhana tanda tidak sempurna akal tetapi budiman.

    22. Perut

    Perut yang besar tanda tidak malu dan penyakit. Perut yang sederhana tanda bijak dan sihat.

    23. Pinggang

    Pinggang yang lembut tanda berani. Pinggang yang tiada tiada berdaging tanda keras hati dan takbur.

    24. Betis

    Betis yang sederhana tanda sihat. Betis yang sangat kecil tanda kurang akal dan bebal.

    25. Kaki

    Kaki yang sederhana tanda sempurna akal. Kaki yang kecil tanda fasik. Kaki yang besar tanda bodoh.

    26. Tumit

    Tumit yang besar tanda sihat. Tumit yang sederhana suka berbuat kebajikan. Tumit yang kecil tanda kurang sihat.

    27. Langkah.

    Langkah yang panjang dan teratur tanda sempurna pekerjaannya. Langkah pendek dan kurang tetap tanda kurang berakal

    Rahsia Pada Bentuk Bibir Wanita

    Wanita yang punya bibir segar dan kemerahan kesihatannya baik, pandai menjaga tubuh,bersifat periang dan fikiran terbuka, senang bergaul dengan sesiapa sahaja, manja dan penuh ghairah, ingin dibelai, biasanya merangsangkan.

    Wanita yang bibirnya selalu terbuka amat kuat nafsu syahwatnya, suka bertukar pasangan, tapi berdisiplin dalam kerja, selalu dapat kejayaan, pandangan luas, optimis, mudah jatuh cinta dan tergila-gila.

    Wanita yang tebal bibirnya pula sukakan kemesraan, suka kebebasan, berfikiran terbuka, gemar cakap soal cinta dan seks, dapat memberi kesenangan, suka mencemuh dan membuat malu, tidak suka berpura-pura, kuat meyimpan rahsia, kuat bersolek, kurang ambil berat pada suami, rumahtangga dan anak-anak.

    Wanita yang bibirnya biru kata-katanya tidak dapat dipercayai, sering ingkar, tidak bertanggungjawab, cerewet dan selalu mahu bertengkar.

    Wanita yang bibirnya nipis banyak cakap, suka bercakap ikut suka, membuat sesuatu perkara tanpa berfikir, degil, pandai merayu, kata-katanya menawan, pandai berpura, nafsu syahwatnya cukup besar, yakin kepada diri sendiri.

    Wanita yang bibirnya kecil molek itu punya gaya lincah mempesona, bersifat keanakan, manja, selalu minta dibelai dan dilindungi, kalau tidak dapat yang dipinta, selalu buat kerenah, selalu bergantung, pendirian tidak tetap, was-was, mudah tergoda, boleh jadi ibu yang baik, sangat cerewet, nafsu syahwatnya cukup besar tetapi jarang puas, sikapnya terbuka.


    Rahsia Pada Corak Biji Mata Hitam


    Mungkin kita tidak sedar bahawa biji mata hitam wanita itu berbeza coraknya. Terdapat tiga corak kesemuanya iaitu Corak Sungai, Corak Bunga dan Corak Permata. Ada juga insan yang punya corak mata kombinasi dari tiga corak ini tapi jarang ditemui. Jika kita punyai corak mata tertentu, kita biasanya suka mencari pasangan yang lain corak matanya, tanpa kita sedari.

    Biji mata hitam Corak Sungai itu bagaikan sungai yang mengalir ke arah luar dari tengah biji mata dalam keadaan berbaris-baris yang tersusun. Ianya dipunyai oleh wanita yang pendiam, yang suka menjauhkan diri dan sensitif. Wanita seperti ini akan dapat merasakan perubahan cuaca, atau perubahan dalam dirinya dan juga sensitif terhadap perasaan orang lain. Wanita seperti ini mudah tersinggung dan sukar berbohong kepadanya kerana dia boleh merasakan sejauh mana kebenarannya. Derianya yang paling tajam ialah sentuhan.

    Biji mata hitam Corak Bunga pula adalah cantik sebagaimana kelopak-kelopak bunga mengelilingi tengah biji mata. lanya dipunyai oleh wanita yang mudah meluahkan kehendak emosinya. Dia akan cepat bertindak tanpa menunggu disuruh. Dia biasanya sensitif terhadap rupa sesuatu benda dan merasa tidak selesa apablia bekerja dalam suasana yang tidak menyenangkan penglihatannya. Derianya yang paling tajam ialah penglihatan.



     

    Ulasan:

    Sains adalah ilmu pengetahuan yang teratur (sistematik) yg boleh diuji atau dibuktikan kebenarannya; ataupun cabang ilmu pengetahuan yang berdasarkan kebenaran atau kenyataan semata-mata (fizik, kimia, biologi, dll). [Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka].

    Adalah tidak mudah untuk meletakkan sesuatu bidang pengkajian sebagai sains kerana ianya memerlukan pembuktian yang bersifat empirikal untuk membuktikan sesuatu konsep, teori, hipotesis hendaklah sesuai dengan realiti. Manakala ilmu-ilmu lain seperti Ilmu astrologi (ilmu nujum, peramalan sesuatu berasaskan bintang-bintang), horoskop (ramalan tentang masa depan seseorang berdasarkan kedudukan bintang-bintang ketika dia dilahirkan), kajian Feng-Shui (air dan angin), adalah ilmu peramalan dan tilik nasib yang tidak ada hubungan dengan ilmu sains. Kepercayaan kepada ‘tuah’ yang ada pada nombor-nombor tertentu, tuah pada haiwan dan sebagainya adalah kepercayaan karut dan tahyul sahaja. Namun ada beberapa tukang tilik (geomants) cuba mengaitkannya dengan teori saintifik untuk menjustifikasi teori karut mereka.

    Kitab Tajul Muluk (Bangsa Melau) dan Kitab Primbon (Orang Jawa) pula penuh dengan kepercayaan sebegini, yang mana langsung tidak boleh dibuktikan secara Empirik. Sebagai contoh dalam kitab Tajul Muluk ada mengatakan bahawa jika seseorang mempunyai tahi lalat di biji mata sebelah kiri, maka keperibadiannya adalah seorang yang serong dan pembohong.

    Sedangkan sikap bohong atau serong, adalah hukum tingkah laku dan konsep yang menjadi pegangan dan tidak ada kaitan langsung dengan adanya atau tidak tahi lalat di dekat biji mata. Kepercayaan karut sebegini juga telah wujud pada masa jahiliyyah, lalu Islam datang mencabut kepercayaan ini.

    "Tidak ada penularan penyakit (dengan sendirinya), tidak ada thiyarah (menganggap sial dengan sesuatu), tidak ada kesialan dengan keberadaan burung hantu dan tidak ada pula kesialan bulan Shafar." [HR. Bukhari dan Muslim]

    Sebagai seorang Muslim, marilah kita sama-sama menolak fahaman tahyul seperti Feng Shui, Horoskop, Astrolaogi, fahaman karut dari Kitab Tajul Muluk dan Kitab Primbon


    tanpanama

    • *
    • Posts: 409
      • View Profile
    Reply #4 30 July, 2007, 05:24:26 PM
  • Publish
  • tahyul la plak....
    perkara begini selalunya digunakan oleh ahli2 psikologi 'melayu' tetapi rasanya perkara itu bukan itu difaktakan....
    Kajian Hingga Akhir Hayat...

    mannsanni

    • *
    • Posts: 30
      • View Profile
    Reply #5 15 October, 2009, 10:27:13 AM
  • Publish
  • Dalam kitab Tajul Muluk ada juga resepi utk buat makjun dan ubat tradisional untuk kesihatan. Oleh kerana dah banyak ubat modern dipasaran tak ramai yg mengikutnya lagi. Saya pernah baca kitab ini dahulu sekadar untuk mengetahui isi kandunganya sahaja. Waallahu aalam.

    rania

    • *
    • Posts: 5
      • View Profile
    Reply #6 08 November, 2009, 03:13:36 PM
  • Publish
  • assalam.... jika ia tahyul. adakah pendapat oleh pakar psikologi dikira tahyul juga? pakar psikologi pun meramal manusia daripada fizikal dan tingkah laku...

    Riot_heroes

    • *
    • Posts: 595
    • IMMORTALITY
      • View Profile
    Reply #7 08 November, 2009, 04:01:21 PM
  • Publish
  • Pakar psikologi tidak pernah meramal. Mereka melakukan kajian. Walau bagaimanapun Tak semuanya tepat. Ianya cuma melihat dari segi tabiat asal manusia secara keseluruhannya. Sebagai contoh Psikologi melihat seorang lelaki yang suka menyimpan barangan wanita dan majalah-majalah fashion wanita sebagai seseorang yang mempunyai tahap Feminisme yang tinggi. Pysikologi ialah kajian bagaimana pemikiran manusia. I bukan ramalan semata-mata.
    You'll Never Walk Alone

     Akaun Akhirat Anda No: CIMB 01180004462058 Halaqah Net Services

    Abu Najmi

    • *
    • Posts: 2
      • View Profile
    Reply #8 25 March, 2010, 09:22:06 AM
  • Publish
  • mengenai perjalanan harian

    otramen_mebius22

    • *
    • Posts: 598
    • SKYPE: azlan_sadan
      • View Profile
    Reply #9 25 March, 2010, 10:01:04 AM
  • Publish
  • saudara saudari smua, perlu diambil fakta sejarah bila buku Tajul Muluk ni ditulis, so far kalau sebut pasal buku Tajul Muluk, org akan ingat buku ni adalah buku panduan seks org melayu..tu org berpikiran sempit..byk g benda lain yg ditulis dlm buku tu.

    namun sy ulangi, dr segi sejarah, dr segi penulisan buku Tajul Muluk (sy ada satu salinan buku ni kat rumah) pada pendapat sy, buku ni ditulis pada zaman peralihan agama Hindu-Budha ke Islam, pada zaman tu Islam sudah mula disebarkan namun masyarakat pada masa tu masih mgamalkan kepercayaan tahyul & karut yg masih bersangkut paut dgn kepercayaan & amal Hindu & Budha..

    sebab tu, spt apa yg di kongsikan oleh saudari Nur-syurga tu lebih kpd amalan menilik nasib or cara2 melihat peribadi seseorg berdasarkan kepercayan Hindu-Budha...

    yg sedih nya sampai hari ni amalan2 karut & tahyul tu masih diamalkan....org org kita sendiri..

    beruang

    • *
    • Posts: 1351
    • Bersatu sebagai satu Usrah dalam satu Halaqah...
      • View Profile
    Reply #10 25 March, 2010, 11:27:25 AM
  • Publish
  • KUALA LUMPUR: Kaedah geomancy seperti ilmu Feng Shui, Tajul Muluk dan Vastu Shastra dikategorikan sebagai ilmu sains yang tidak mempunyai kaitan dengan unsur keagamaan, oleh itu ia sesuai diterapkan dalam pembangunan sesebuah kawasan.

    Timbalan Pengerusi Pelancongan Malaysia, Datuk Kee Phaik Cheen, berkata biasanya kaedah ini digunakan dalam amalan harian sesetengah masyarakat sama ada untuk meningkatkan pendapatan, kesihatan atau membawa keharmonian dalam kehidupan.

    "Bagi projek pembangunan, penggunaan kaedah geomancy boleh membawa kebaikan selain memberi ketenangan dan membantu dalam kehidupan melalui penggunaan elemen alam," katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Geomancy Asia Pasifik 2007 yang bertemakan 'Modern Living - Ancient Concept' di sini, semalam.

    Ucapan Kee Phaik Cheen itu sendiri bercanggah dengan fakta diatas. Bukankah keharmonian, kebahagiaan, rezeki pendapatan, dan kesihatan itu semuadatang dari Allah. Bila kata datang dari Allah ianya mesti ada kaitan dengan agama. Mana mungkin Feng shui dan Vastu sastra tiada kaitan dengan agama kalau dikatakan membawa tuah dan sebagainya....Wallahualam..sekadar memberi pendapat....

    cerminhati

    • *
    • Posts: 7
      • View Profile
    Reply #11 25 March, 2010, 11:33:50 AM
  • Publish
  • Assalamualaikum :)

    ada tafsiran mimpi2. ada gak satu kat rumah...guna jawi lama....susah nak faham..... he....

    syidaspongebob

    • *
    • Posts: 1358
    • maaf zahir batin
      • View Profile
    Reply #12 02 April, 2011, 09:49:01 PM
  • Publish
  • Saya ingin tahu sangat2 tentang HUKUM mempercayai TAJUL MULUK ni...

    sebabnya kawan2 saya BANYAK sangat dah percaya tajul muluk ni..kalau HOROSKOP depa dah tolak..
    tapi sebab tajul muluk ni bahasa arab depa rasa TAK SALAH PERCAYA tentang tajul muluk ni....
    kat FB pon dah heboh dah pasal tajul muluk ni...
    contoh cam ni ( maaf kalau tak keluar gambar)..



    Soalan = Apakah HUKUM mempercayai tajul muluk ??
    "Ukhwah fillah takkan musnah..lautan erat takkan mungkin patah..Bertemu, berpisah..hanya KENANGAN SEMATA..Redho Allah, Kita cari..Moga2 kita kan diRahmati..Dengan niat yang suci,bertemu kembali di negeri Abadi.. Salam kemaafan."

    syidaspongebob

    • *
    • Posts: 1358
    • maaf zahir batin
      • View Profile
    Reply #13 02 April, 2011, 09:51:21 PM
  • Publish
  • ni contoh GAMBAR yang di sebarkan di FACEBOOK...try lagi sekali keluar ke tak gambo nye..


    keju

    • *
    • Posts: 959
      • View Profile
    Reply #14 03 April, 2011, 12:54:19 AM
  • Publish
  • Tak pernah baca kitab Tajul MUluk.

    Tapi : Pernah dengar nama Kitab nih.

    Kitab ini femes sebab sering di sebut2 orang.


    maliki

    • *
    • Posts: 607
    • LAILLAHAILLAHAH-TIADA TUHAN SELAIN ALLAH
      • View Profile
    Reply #15 03 April, 2011, 01:43:38 AM
  • Publish



  • yang ni macam mane pulak?boleh ke tilik nasib ala DR fazilah kamsah ni?
    Nama diberi Ahmad Maliki.ukwah fillah senyum*
    Ape yang baik itu semuannya dari Allah taala,dan ape yang buruk itu datangnya dari kelemahan ana sendiri.Maaf.

    Ixora_skru

    • *
    • Posts: 922
    • Kehidupan Pertama Penentu Kehidupan Kedua
      • View Profile
    Reply #16 03 April, 2011, 07:44:17 AM
  • Publish



  • yang ni macam mane pulak?boleh ke tilik nasib ala DR fazilah kamsah ni?


    saya lahir 11hb... tak sama pun macam di atas... maknanya tilik tu tak betul la...:senyum:...
    Catatan Warna-Warni Kehidupan | Di Laman Halaqah ku Mencari IlmuNya
      http://www.cwwk.blogspot.com  |  http://ilmuhalaqah.blogspot.com

    Ace Abbas

    • *
    • Posts: 417
      • View Profile
    Reply #17 03 April, 2011, 07:59:45 AM
  • Publish

  • yang ni macam mane pulak?boleh ke tilik nasib ala DR fazilah kamsah ni?
    Tak boleh. Kan hari tu dah keluar fatwa.

    SNF

    • *
    • Posts: 904
    • "Kau ibarat permata berharga"
      • View Profile
    Reply #18 03 April, 2011, 08:14:50 AM
  • Publish
  • Saya ingin tahu sangat2 tentang HUKUM mempercayai TAJUL MULUK ni...

    sebabnya kawan2 saya BANYAK sangat dah percaya tajul muluk ni..kalau HOROSKOP depa dah tolak..
    tapi sebab tajul muluk ni bahasa arab depa rasa TAK SALAH PERCAYA tentang tajul muluk ni....
    kat FB pon dah heboh dah pasal tajul muluk ni...
    contoh cam ni ( maaf kalau tak keluar gambar)..



    Soalan = Apakah HUKUM mempercayai tajul muluk ??





    Saya sudah bertanya ustaz,sekiranya kita mempercayai TAJUL MULUK,
    boleh membawa kita kepada SYIRIK kepada ALLAH SWT,
    Ingat firma ALLAH,dalam surah Al-Maidah:
    “Wahai orang yang beriman bahawa sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah semuanya kotor ( keji) dari perbuatan syaitan, oleh itu hendaklah kamu menjauhinya semoga kamu berjaya”.
    D facebook memang agak "GLAMOUR" benda2 macam ini,
    dan kita tidak tahu yang bina application macam itu adalah orang kafir atau sebaliknya.
    Apa yang kita tahu juga,orang kafir boleh bina application seperti ini untuk memesongkan akhlak orang islam,
    sampaikan kita percaya benda macam ini.

    Semoga Allah Ta'ala melindungi kita dari berbagai tipudaya syaitan, nafsu, dunia dan makhluk..

    SNF

    • *
    • Posts: 904
    • "Kau ibarat permata berharga"
      • View Profile
    Reply #19 03 April, 2011, 08:19:05 AM
  • Publish

  • Quote
    Hukum meletakkan tidak boleh meramal nasib atau masa hadapan berdasarkan kaedah2 seperti melihat bintang, dsb, dll kerana ramalan adalah perbuatan yang menyalahi kepercayaan mutlak kepada Allah sw.t. Diharamkan berbuat sedemikian kerana bimbang manusia yang lemah ini akan lebih percaya kepada nasib berbanding kepada qada dan qadar ketetapan Allah s.w.t. Dan apa sekalipun yang diramal, semua adalah dengan kekuasaan Allah s.w.t.

    Jika semua boleh ditilik, apa lagi fungsi perbuatan kita sehari-hari?

    Allahu'alam

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    4 Replies
    3259 Views
    Last post 21 February, 2011, 09:33:02 AM
    by ifahuzir
    0 Replies
    670 Views
    Last post 03 April, 2011, 10:58:22 AM
    by IbnuNafis
    0 Replies
    1081 Views
    Last post 30 January, 2012, 02:21:30 AM
    by Cordoba Academy