Suami Kaki Judi

*

Author Topic: Suami Kaki Judi  (Read 2387 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

cempaka832000

  • *
  • Posts: 10
    • View Profile
27 February, 2012, 09:06:47 AM
  • Publish
  • Assalamualaikum.

    Saya ingin mendapatkan pendapat mengenai permasalahan saya ini. Suami saya selalu berjudi. Dia berniaga gerai makan. Duit hasil berniaga habis digunakan berjudi. Pernah beberapa kali gaji saya habis diambil tanpa pengetahuan saya digunakan untuk berjudi. Bila saya dapat tau, kami bergaduh dan dia akan berubah tapi cuma untuk beberapa hari je kemudian dia akan berjudi lagi.

    Perbuatan berjudi dia bermula beberapa bulan sebelum kami berkahwin. Saya pernah berfikir untuk membatalkan perkahwinan pada masa itu. tapi mendapat tentangan dari orang sekeliling. lalu saya meneruskan perkahwinan dengan harapan dia akan berubah. namun setelah setahun lebih berkahwin dan mempunyai seorang anak dia tidak berubah. Janji untuk berubah cuma tinggal janji. Dia tidak memukul saya tapi bila kalah judi dia akan jadi seperti orang sasau. Anak dan saya tak akan dihirau dan tidur sepanjang hari. solat jarang dibuat. nasihat yang diberi macam mencurah air ke daun keladi.

    Gaji saya cuma cukup untuk membayar bil bulanan dan tak dapat menabung untuk anak dan kegunaan kecemasan. Semua ini membuatkan saya stress. Boleh dikatakan saya yang menggalas tanggungjawab dia sebagai suami. Saya yang mengeluarkan duit membayar bil bulanan, makan pakai saya dan anak. Makan terpaksa bercatu dan berjimat.

    Hanya pada Allah saya mengadu dan menangis berdoa mohon petunjuk dan perlindungan. Saya perlukan pandangan dan kata-kata nasihat dari kawan-kawan. Bantulah saya.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14486
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #1 27 February, 2012, 09:37:35 AM
  • Publish
  • Semoga Puan Cempaka tabah, kuat dan sabar dengan ujian ini. Memang sukar untuk melalui kehidupan dengan suami yang begini.

    Ketagihan berjudi bermula daripada tiada iman dalam diri. Jika seseorang itu beriman, dia tidak akan melakukan salah satu dosa besar.

    Dalil tentang keharaman judi.


    i. Surah al-Baqarah : 219

    “Mereka bertanya kepada kamu (wahai Muhammad) tentang arak dan judi. Katakanlah olehmu, pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia. Dan dosa keduanya adalah lebih besar daripada menfaatnya”.

    ii. Surah al-Maidah : 90-91

    “Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak dan judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah semata-mata kotor dari perbuatan syaitan. Oleh itu, hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian antara kamu dengan sebab arak dan judi adan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan dari mengerjakan sembahyang. Oleh itu mahukah kamu berhenti daripda melakukan perkara keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil?”

    iii. Hadis ;

    “Sesiapa yang bermain judi sesungguhnya dia telah menderhakai Allah Taala” Riwayat :Ahmad, Malik, Abu Daud dan Ibnu Majah.

    Mesti puan dalam dilema untuk menghadapi suami begini. Apakah hasrat puan? Apa yang ada di dalam hati puan dengan suami begini. Jika puan ingin bertahan, maka puan kena berusaha untuk men'dakwah' suami mengenal Islam.

    Penyelesaian masalah suami hanya melalui agama Islam. Dirikan solat... Jika puan mampu untuk mendidik suami agar melaksanakan solat. Jika iman ada dalam diri, insyaAllah perkara lain akan mengikut kemudiannya.

    Setelah insaf, melaksanakan solat, dengan sendirinya keinginan melakukan perkara yang Allah larang seperti berjudi akan ditinggalkan.

    Maka usahakan untuk suami kembali melakukan perintah Allah dengan mengerjakan solat terlebih dahulu. Puan perlu banyak-banyak-banyak-banyak bersabar untuk mengajak suami mengerjakan solat. Tanya suami kenapa tidak bersolat? Adakah tidak tahu atau tidak mahu.

    Jika tidak tahu, kenalah ajar suami. Mungkin dengan berlembut, ambik berat dan perhatian kepada suami, suami lembut hati dan mahu mengerjakan solat. Bila solat dapat didirikan dengan sempurna maka, perkara mungkar lain akan ditinggalkan.

    Ini kerana janji Allah, "Solat mencegah daripada melakukan perkara keji dan mungkar".
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    shearazi

    • *
    • Posts: 510
    • Kudambakan Redha Allah
      • View Profile
    Reply #2 27 February, 2012, 09:44:29 AM
  • Publish
  •  :ws:

    Sesungguhnya Allah menguji hambaNya dengan ujian mampu ditanggung oleh hambaNya. Kuatkan semangat, jangan putus asa dan jangan putus doa kepada Allah swt.

    Nasihatilah suami anda dengan kelembutan dan hikmah. Allah akan bukakan pintu rezeki bagi mereka yang benar-benar mahu bertaubat. Insya Allah.
    Moga kita berkongsi ilmu di sini kerana Allah SWT

    lia@lia

    • *
    • Posts: 2
      • View Profile
    Reply #3 29 March, 2012, 01:45:19 PM
  • Publish
  • lebih kurang macam cerita saya...
    habis duit simpanan saya sbb judi..saya sbr lagi..pas tu dia berenti keje..ok saya sabar..
    tapi sampai bila??..bile dia kalah judi..muka monyok..tidoooo je..hari2 tgk intenet untuk judi online..

    kadang2 bile dia hulur duit belanja saya ragu2 mana sumber duit tu..tapi saya tak dek pilihan terpaksa guna jugak..
    apa hukumnyer saya terima duit tu....

    « Last Edit: 29 March, 2012, 01:46:55 PM by lia@lia »

    cempaka832000

    • *
    • Posts: 10
      • View Profile
    Reply #4 06 April, 2012, 08:51:33 AM
  • Publish
  • Alhamdulillah suami boleh dilihat makin berubah. kalau kita minta tolong pada Allah insyaAllah Allah tolong kita. ada hikmah segala yang berlaku pada kita. betullah hidup ini di setiap kesusahan ada kesenangan. jangan berhenti berdoa pada Allah :syukur:

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4872
      • View Profile
    Reply #5 06 April, 2012, 09:07:14 AM
  • Publish
  • lebih kurang macam cerita saya...
    habis duit simpanan saya sbb judi..saya sbr lagi..pas tu dia berenti keje..ok saya sabar..
    tapi sampai bila??..bile dia kalah judi..muka monyok..tidoooo je..hari2 tgk intenet untuk judi online..

    kadang2 bile dia hulur duit belanja saya ragu2 mana sumber duit tu..tapi saya tak dek pilihan terpaksa guna jugak..
    apa hukumnyer saya terima duit tu....

    hukumnya, ke atas kamu, kamu mohonlah kepada Allah, rezeki yang halal dan baik, semuga pendapatan kamu halal

    ibarat orang memohon derma dan bantuan, kita dah pohon yang halal, dan tentu Allah buka jalan yang dapat rezeki halal menderma, inshallah

    tapi, bila DAP guna duit judi....bagi kepada rakyat, depa kata boleh

    yang salah ialah perbuatan berjudi
    bergantung nasib

    duit tu tidaklah haram, tetapi kerja yang di lakukan diri tu

    jadi, mohonlah agar di berikan kebaikan oleh Allah, inshallah ya

    Fakir Billah

    • *
    • Posts: 900
      • View Profile
    Reply #6 06 April, 2012, 03:19:49 PM
  • Publish
  • Bila kita memohon doa ke hadrat Tuhan, di situ permohonan kita dibawa oleh malaikat kepada Tuhan.

    Sekali pohon doa, sekali jugalah doa itu berada di bawah sepohon pokok. Banyak berdoa, doa itu berhimpun di pohon pokok.
    Pokoknya kita tidak nampak, sesudah pohon itu berbunga dan berbuah dapatlah akal menyelesaikan masalah.

    Ada doa yang dipohon dengan pohon pohon itu hancur.  Itulah doa cara bubuh bom kat pohon judi.
    Pokok dengan pohon pokok habis.

    muhammad naim

    • *
    • Posts: 288
      • View Profile
    Reply #7 06 April, 2012, 08:04:29 PM
  • Publish
  • Salam alaik akak. Saya juga bersimpati nasib akak. Saya harap akak terus bersabar dengan ujian Allah terhadap akak. Dan jangan akak berputus asa dan tidak putus berdoa agar suami akak kembali baik.

    Insha Allah
    berjuang atas nama Islam

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    4 Replies
    2046 Views
    Last post 24 October, 2007, 09:56:03 AM
    by imanhumairah
    28 Replies
    3227 Views
    Last post 03 May, 2009, 04:46:19 AM
    by ibnuwalidaini
    4 Replies
    2073 Views
    Last post 05 August, 2009, 06:37:06 PM
    by iqramulhafidz