Cara merawat Tonsili

Author Topic: Cara merawat Tonsili  (Read 14120 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Yuzie

  • *
  • Posts: 1023
  • Demi Allah yang Maha Pemurah dan Penyayang
    • View Profile
27 February, 2012, 07:41:14 AM
  • Publish Di FB
  • Assallamualaikum...

    Sebenarnya saya ingin tahu adakah cara merawat tonsill selain daripada membuat pembedahan?
    Sebanar telah berjumpa dengan doktor banyak kali dan selalu diberi antibiotik...tapi jika difikirkan balik takkan asyik hendak telan antibiotik hari-hari. Doktor mencadangkan membuat operation, sebelum membuat keputusan untuk operation ada tak ubat yang boleh menyembuhkannya? Kata doktor hanya melalui pembedahan sahaja yang boleh merawat tonsill daripada berulang.
    Perawatan perubatan cara Islam telah pun dibuat tetapi belum berhasil.
    Ada tak  halaqian yang mengetahui tentang merawatnya?
    Cukuplah bila kami merasa mulia karena Engkau sebagai Pencipta bagi kami dan cukuplah bila kami bangga bahawa kami menjadi hamba bagiMu. Engkau bagi kami sebagaimana yang kami cintai, maka berilah kami taufik sebagaimana yang Engkau cintai.

    shearazi

    • *
    • Posts: 512
    • Kudambakan Redha Allah
      • View Profile
    Jawab #1 27 February, 2012, 09:45:58 AM
  • Publish Di FB
  •  :ws:

    orang dulu-dulu makan sirih dengan pinang...
    Moga kita berkongsi ilmu di sini kerana Allah SWT

    Nurul Nawar

    • *
    • Posts: 1379
    • Forgive me. May Allah bless you -)
      • View Profile
    Jawab #2 27 February, 2012, 11:30:21 AM
  • Publish Di FB
  •  :)
    Kalau ikutkan rawatan perubatan moden,memang macamtulah..Kalau sekali atau dua je kena jangkitan tonsil(acute tonsillitis),rawatannye selalu bagi antibiotic,analgesic (ubat tahan sakit) dan lozenges (untuk sore throat-macam strepsil tu)..Lozenges ni berfungsi antiseptik,kurangkan sakit jugak.. Selain tu,minum air suam dan kumur-kumur dengan air garam (untuk mengecilkan tonsil,dan kurangkan inflammation)..

    Kalau tonsil banyak kali kena jangkitan-chronic tonsillitis,rawatan menggunakan antibiotic,analgesic boleh cuba jugak,nak improve kan jangkitan tu-bunuh bakteria,kuman,kurangkan jangkitanla.Tapi itu bukan definite treatment.Rawatan final dia kena buang tonsil (tonsillectomy)..

    Faktor-faktor jangkitan tonsil (acute and chronic):jangkitan virus,kurang immuniti,kurang nutrisi (malnutrition),persekitaran,makanan sejuk,dan sebagainya..Dan selalunye kanak-kanak,awal remaja yang kena tonsillitis ni..Tapi chronic tonsillitis selalunya disebabkan rawatan tak lengkap atau tak proper lepas jangkitan acute tonsillitis.(improper treatment of acute tonsillitis).Bila masa-masa immuniti badan berkurang,jangkitan tu jadi bertambah..

    Simptom dan sign:Demam,tonsil membesar dan bengkak,sakit tekak,susah dan sakit nak telan,dan boleh juga ada sakit telinga..

    Chronic tonsillitis,yang tak dirawat boleh menyebabkan banyak komplikasi.Jangkitan boleh merebak ke bahagian sekeliling tonsil (local complication)-larinks,telinga,peritonsillar abscess etc. dan systemic complication(bila bakteria dah masuk ke dalam darah dan pergi ke bahagian badan lain),dan boleh menyebabkan rheumatic fever-
    (jantung,buah pinggang dan sendi terlibat-carditis,glomerulonephritis,arthritis)..

    Jadi,saudari mungkin kena jangkitan chronic tonsillitis.Jumpa dr.pakar ye?Doktor ada buat ujian darah ke,throat swab(ambil sel dari situ)..ke ape2..

    Tentang komplikasi tonsillectomy,kebanyakannya jarang (rare) berlaku,tapi antaranya pendarahan,gagal untuk mengurangkan simptoms,perubahan suara,dehidrasi.Doktor yang membuat pembedahan mestilah experienced,buat pembedahan in a safe way,dan dah berusaha sebaiknya mengikut protocol sebagainya.Komplikasi tu sendiri berbeza mengikut individu-taraf immuniti,kuasa penyembuhan (healing power),atau penyakit lain yang seseorang tu ada (medical illness) macam diabetes,darah tinggi..Setiap pembedahan ada risikonya.Tapi yang penting tengok kebaikannya  melebihi kemudaratan/keburukan..

    wallahualam..ini apa yang saya tahu je,untuk berkongsi :senyum:

    ~Saya pun pernah kena sekali,acute tonsillitis la,bengkak betul tonsil tu tapi Al-hamdulillah ok dah lepas makan antibiotictu..

    ~Saya doakan semoga saudari cepat sembuh  :aamiin:

    SUMBER:http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmedhealth/PMH0002038/
    http://www.medicinenet.com/tonsillectomy/page2.htm

    Yuzie

    • *
    • Posts: 1023
    • Demi Allah yang Maha Pemurah dan Penyayang
      • View Profile
    Jawab #3 27 February, 2012, 12:57:15 PM
  • Publish Di FB
  • Alhamdulillah, nasib baik ibu kepada kawan saya hendak datang ke sini, jadi saya suruh ibunya bawa sirih dan pinang. Kalau tidak tak tahu ndak dapatkan di mana

    Caranya macam mana makan dan telan ke?@ ambil air rebusan dan minum...?

    Nurul Mawar, Al hamdulillah, saya  sepanjang mengalaminya dalam bulan puasa hari itu sampai sekarang saya tidak mengalami apa-apa kesakitan seperti deman, cirit-birit, sakit untuk menalan dan lain-lain cuma dia tumbuh putih pada bahagian tekak.

    Nurul MAwar awak sembuh hasil daripada pembedahan ke?

    Kalau saya cuba dapatkan ubatnya di farmasi agak2 ada tak?

    Terima kasih atas semua maklumat ini.

    Nurul Nawar

    • *
    • Posts: 1379
    • Forgive me. May Allah bless you -)
      • View Profile
    Jawab #4 27 February, 2012, 01:15:56 PM
  • Publish Di FB
  • Bukan,saya punya bukan kronik punye,sekalije seingat saya kena.Acute Tonsillitis.Saya makan antibiotic je,dalam seminggu macamtu,pastu dah baik dah..

    Ubat apetu?Kalau antibiotic,xboleh main belije kat farmasi biasatu,kena ada prescripsi doktor,cara nak makan,berapa lama semua..Lagipun,kalau awk ada alahan kat sesetengah jenis ubatke,kan teruk jadinya.

    Sama2..sharing is caring :senyum:

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    57 Replies
    28207 Views
    Last post 16 September, 2013, 02:41:07 PM
    by kursus
    8 Replies
    4833 Views
    Last post 13 July, 2010, 11:17:11 AM
    by dol_bendol
    0 Replies
    2331 Views
    Last post 09 June, 2013, 12:47:58 AM
    by Nizam Herbalist