Ingin Berpoligami

*

Author Topic: Ingin Berpoligami  (Read 2409 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

ummi_humaira

  • *
  • Posts: 14
    • View Profile
11 February, 2012, 06:38:53 PM
  • Publish
  • Poligami.......masihkah ada harapan?????


    Assalamualaikum wbt
    Di sini saya ingin berkongsi pengalaman saya. Semasa pertengahan november yang lalu saya telah diberitahu oleh suami  tentang seorang gadis yang dihajatinya untuk menjadi isteri keduanya. ketika itu kami sedang makan malam di sebuah kedai makan. Ketika sedang asyik menikmati makanan suami menunjukkan gambar gadis tersebut yg dikirim melalui emel....dia menceritakan serba sedikit latar belakang "adik" dan bagaimana mereka berkenalan....

    Alhamdulillah....respon saya ketika itu adalah respon yang baik dan saya melahirkan perasaan gembira kerana akhirnya suami saya bertemu dengan wanita yang berkenan dihatinya.Untuk makluman pembaca,saya memang dah lama mencadangkan suami berpoligami kerana saya sendiri belum mampu untuk memberinya anak ...dan semua calon yang saya cadangkan sebelum ini ditolak mentah-mentah oleh suami. Saya terus meminta suami agar memperkenalkan saya dengan "adik". Dan Alhamdulillah, melalui perkenalan yang hanya menerusi YM saya rasa selesa dengannya dan mula menyayanginya dan belajar menerima kehadirannya sebagai orang baru dalam kehidupan saya dan suami.Hanya YM dan telefon yang menjadi medan kami berhubungan...

    Sejak hari itu, hubungan saya dan suami makin mesra dan ceria seolah kedatangan "adik" membawa sinar dan nafas baru dalam kehidupan saya dan suami. Saya bersyukur kerana Allah telah membuka hati seorang wanita menerima suami saya seadanya dan yang penting dia juga menerima saya sebagai "kakaknya".

    Kalau ikutkan hati saya mau saja saya meminangnya segera tapi apakan daya dia takut nak menyatakan perkara ini kepada ibunya. Dan sampai sekarang belum ada apa-apa langkah memulakan proses poligami kami, dan kami sampai sekarang masih tidak dapat bertemu keluarganya....Entahlah, di saat saya telah bersedia untuk berpoligami tetapi rupanya  ketentuan Allah adalah sebaliknya, mungkin belum tiba masanya????? Atau kami yang harus mulakan langkah minta izin dari keluarganya tanpa menunggu kesesuaian situasi "adik" yang ingin terlebih dulu menyampaikan sendiri perkara tersebut kepada keluarganya yang entah bila akan berlaku???????

    Dan sejak akhir-akhir ni "adik" menyepi tanpa berita.....patutnya dalam situasi ini saya bergembira mana tau kot-kot tak jadi kan..tapi sebaliknya saya yang jadi tak keruan....sedih, risau dan berbagai rasa yang menyesakkan perasaan , berbeza ketika waktu-waktu sering berhubungan terasa ceria dan berbunga hati bila dapat berbual dan bertanya khabar masing-masing...

    Sekarang saya cuba menerima dan menghadapi keadaan ini dengan penuh kesabaran, berdoa dan meminta petunjuk yang maha Esa agar dipermudahkan jika ada kebaikannya hal ini pada saya dan suami pada dunia dan akhirat kami...Memanfaatkan masa berjauhan ini untuk memuhasabah diri masing-masing atas segala kekurangan dan memperbaikinya....menyediakan diri dengan ilmu dan iman untuk memantapkan persiapan diri andai poligami itu menjadi realiti.....Sesungguhnya, apa yang berlaku banyak mengajar dan mendidik hati ini agar menjadi insan yang lebih baik dan sentiasa redho dengan apa yang ditentukan Allah......

    YA ALLAH, engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang... tolonglah kami agar kami mengerti, menerima, percaya, memaafkan & dimaafkan.. memberi & menerima, mencintai & dicintai serta berani menatap jauh ke depan untuk kehidupan yang lebih baik, indah dan membahagiakan... amin..






    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14488
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #1 11 February, 2012, 07:08:17 PM
  • Publish
  • Saya rasa puan ada mengirimkan post ini. Saya telah jawap di sini.


    saya nak minta pandangan antum,
    apakah cara yang terbaik untuk saya meminang bakal isteri kedua untuk suami?
    Alhamdulillah ...calon madu sudah setuju ,masalahnya dia amat takut nak utarakan hal ini kepada keluargannya...
    Harap boleh kongsikan pengalaman...


    Jika ingin pengalaman baitulmuslim halaqahnet kendalikan untuk peserta pertama berpoligami ialah, pasangan suami isteri datang berziarah ke rumah calon. Ziarah kekeluargaan. Mungkin bermalam semalam dua untuk seluruh keluarga terutama ibu ayah calon tersebut mengenali anda dan suami.

    Jika nampak terancang dan bagus, barulah kemukakan hasrat sebelum balik ke rumah. Mungkin datang kali ke dua untuk meminang.

    Ada seorang peserta lagi, isteri pertama datang berziarah seperti kawan, dan bermalam bersama-sama keluarga calon isteri kedua. Tinggal bersama keluarga mereka untuk 2, 3 malam. Berbual-bual  dengan ibu ayahnya, dan tanya pandangan mereka tentang poligami. Jika nampak bersih jalannya, barulah nyatakan hasrat tersebut.

    Dalam kedua-dua pengalaman di atas, calon isteri kedua memang tidak berani untuk bertanya sendiri dengan ibu bapanya. Jadi suami isteri yang berhasrat ingin berpoligami yang perlu menyatakan hasrat mereka. Tujuan berziarah dan berkenalan ada lah untuk memberi keyakinan kepada ibu bapa calon isteri kedua agar mengizinkan anaknya berpoligami sebagai isteri kedua.

    InsyaAllah, agama yang bagus dan akhlak mulia akan sentiasa di dalam rahmat dan pertolongan Allah. Semoga dipermudahkan segala urusan ini.
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    msa

    • *
    • Posts: 1609
      • View Profile
    Reply #2 11 February, 2012, 09:02:04 PM
  • Publish
  • Huh....sungguh den tak faham dengan hati dan perasaan isteri yang mencari calon isteri kedua untuk suaminya sendiri....di ketika ada insan yang menderita hatinya kerana poligami, ada pulak insan yang mencari2 calon untuk poligami, dan yang peliknya untuk suami sendiri....tak faham, sungguh den tak faham...

    Apa pun, semoga dimudahkan urusan....boleh cuba saranan ummi....pasangan yang ingin berpoligami itu pergi ziarah ke rumah bakal calon itu...
    ~ Begin with the End in Mind ~

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14488
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #3 11 February, 2012, 09:08:40 PM
  • Publish
  • Poligami.......masihkah ada harapan?????

    Dan sejak akhir-akhir ni "adik" menyepi tanpa berita.....

    Kalau adik menyepi, kenalah kakak yang bertanya khabar. Adik tu menyepi sebab tak ada pengalaman dan sifat malu masih menebal dalam diri. Jadinya, kakak kenalah beria-ia meriuhkan suasana.

    TokDdeka

    • *
    • Posts: 199
      • View Profile
    Reply #4 11 February, 2012, 09:11:45 PM
  • Publish
  • ....di ketika ada insan yang menderita hatinya kerana poligami, ada pulak insan yang mencari2 calon untuk poligami,…

    Salam.
    Dalam MONOGAMI pun ada yang menderita hatinya. Tidak pula bermakna orang tak boleh kawin semata-mata kerana ada yang menderita dalam mono.
    Salam.

    Ummu Fatimah

    • *
    • Posts: 2160
      • View Profile
    Reply #5 02 March, 2012, 03:20:42 PM
  • Publish
  • Sabar dan syukur. Saya juga selalu ulang-ulang dua perkara ni dalam kepala saya, supaya sentiasa masuk dalam hati. Saya harap, puan juga terus bersabar dan bersyukur..

    Sebenarnya, Allah s.w.t sangat tahu apa yang terbaik buat kita. Sekalipun kita 7sangat ingin poligami, tapi mungkin kita tak mampu dengan ujian tersebut.

    Justeru, kuatkan hati, banyakkan doa, jika poligami itu baik buat agama, dunia dan akhirat buat puan sekeluarga, moga dipermudahkan segala urusan. Jika sebaliknya, minta dijauhkan dari ujian yang tak mampu ditanggung.

    Sentiasa yakin, apa jua yang sedang kita tempuh ini.. Inilah yang terbaik yang Allah s.w.t tetapkan untuk kita.

    Wallahua'lam. 
    zaujah n aliah yusri.. ummu yusuf ramadhan & nur fatimah mujahidah..

    ummi_humaira

    • *
    • Posts: 14
      • View Profile
    Reply #6 04 March, 2012, 07:58:35 AM
  • Publish
  • Huh....sungguh den tak faham dengan hati dan perasaan isteri yang mencari calon isteri kedua untuk suaminya sendiri....di ketika ada insan yang menderita hatinya kerana poligami, ada pulak insan yang mencari2 calon untuk poligami, dan yang peliknya untuk suami sendiri....tak faham, sungguh den tak faham...

    Apa pun, semoga dimudahkan urusan....boleh cuba saranan ummi....pasangan yang ingin berpoligami itu pergi ziarah ke rumah bakal calon itu...
    Terima kasih atas saranan yang diberi.
     :jaz:

    ummi_humaira

    • *
    • Posts: 14
      • View Profile
    Reply #7 04 March, 2012, 08:05:53 AM
  • Publish
  • Sabar dan syukur. Saya juga selalu ulang-ulang dua perkara ni dalam kepala saya, supaya sentiasa masuk dalam hati. Saya harap, puan juga terus bersabar dan bersyukur..

    Sebenarnya, Allah s.w.t sangat tahu apa yang terbaik buat kita. Sekalipun kita 7sangat ingin poligami, tapi mungkin kita tak mampu dengan ujian tersebut.

    Justeru, kuatkan hati, banyakkan doa, jika poligami itu baik buat agama, dunia dan akhirat buat puan sekeluarga, moga dipermudahkan segala urusan. Jika sebaliknya, minta dijauhkan dari ujian yang tak mampu ditanggung.

    Sentiasa yakin, apa jua yang sedang kita tempuh ini.. Inilah yang terbaik yang Allah s.w.t tetapkan untuk kita.

    Wallahua'lam.

      :aamiin:
    :ins:
    Belajar menerima segalanya dengan redho.... :jaz:

    ummi_humaira

    • *
    • Posts: 14
      • View Profile
    Reply #8 04 March, 2012, 08:11:14 AM
  • Publish
  • Poligami.......masihkah ada harapan?????

    Dan sejak akhir-akhir ni "adik" menyepi tanpa berita.....

    Kalau adik menyepi, kenalah kakak yang bertanya khabar. Adik tu menyepi sebab tak ada pengalaman dan sifat malu masih menebal dalam diri. Jadinya, kakak kenalah beria-ia meriuhkan suasana.
    memang selalu saya  bertanya khabar melalui email,telefon dan fb....selalu maklumkan adik tentang suami.....

    humaira82

    • *
    • Posts: 20
    • assalamualaikum..
      • View Profile
    Reply #9 04 March, 2012, 03:56:16 PM
  • Publish
  •  :)
    akak ni mmg btl2 ikhlas nk berpoligami..sedangkan sy ni..tgh keliru samada, menerima lamaran utk dijadikan calon isteri kedua..atau menolak lamaran tersebut..memandangkan isteri lelaki tersebut menentang hajat si suami..
    salam ukhwah..blh dihubungi melalui ym

    farahiyah0394

    • *
    • Posts: 551
      • View Profile
    Reply #10 04 March, 2012, 09:25:45 PM
  • Publish
  • erm... isteri pertama menentang.. undurlah diri..
    biar suami ngan isteri pertama setle dulu masalah diorang...
    biar si isteri pertama pujuk diri, hati untuk redho dulu..
    takut gak kalau kehadiran kita menambah kacau bilau rumah tangga diorang..
    ke guane?

    humaira82

    • *
    • Posts: 20
    • assalamualaikum..
      • View Profile
    Reply #11 08 April, 2012, 05:05:54 PM
  • Publish
  • emm..btl la..andai ada jodoh kami, insyaallah akan beremu lagi

    deuteromalay

    • *
    • Posts: 282
      • View Profile
    Reply #12 09 April, 2012, 01:50:42 AM
  • Publish
  • Salaam...sebelum korang jadi isteri saya nak ulangi posting ni...lawak sikit tapi betul punya...tengok-tengoklaa...wasSalaam


    10 PERKARA JADI BUKTI BAHAWA LELAKI ITU RUMIT

    1.Jika kamu melayannya dengan baik, dia fikir kamu jatuh cinta kepadanya.
    Jika tidak, kamu akan dianggapnya sombong.

    2. Jika kamu berpakaian cantik, dia fikir kamu sedang cuba untuk menggodanya.
    Jika tidak, dia kata kamu kekampungan.

    3. Jika kamu berdebat dengannya, dia kata kamu keras kepala.
    Jika kamu berdiam diri, dia kata kamu tak ada IQ tinggi.

    4. Jika kamu lebih pintar daripada dia, dia akan jatuh air muka.
    Jika dia yang lebih pintar, dia bilang hebat.

    5. Jika kamu tidak cinta padanya, dia akan cuba mendapatkanmu bermati-matian.
    Jika kamu mencintainya, dia akan cuba untuk meninggalkanmu.

    6. Jika kamu beritahu dia masalahmu, dia kata kamu menyusahkan.
    Jika tidak, dia tuduh kamu tidak mempercayainya. .

    7. Jika kamu cerewet padanya, dia anggap kamu seperti seorang pengasuh .
    Jika dia yang cerewet pada kamu, itu kerana dia mengambil berat.

    8. Jika kamu mungkir janji kamu, kamu tidak boleh dipercayai.
    Jika dia yang ingkari janjinya, dia melakukannya kerana terpaksa.

    9. Jika kamu menyakitinya, kamu sangat kejam.
    Jika dia yang menyakitimu, itu kerana kamu terlalu sensitif dan terlalu sukar
    untuk dijaga hati.

    10. Jika seorang lelaki yang membacakan renungan ini pasti ia akan mengatakan semua ini dusta.

    Ya…memang semua itu dusta.

    Ulasan saya:-
    Nampak benar egonya kaum Adam ya….akan tetapi jangan disalah tafsirkan kerana disebalik semua kekurangan itulah menjadikan lelaki itu tampil sebagai lelaki. Dambaan hati kaum Hawa kerana akan selamanya kita saling melengkapi. Bayangkan sahaja  jika kami ni semuanya kuyu je…koro kata Ustaz Samsuri dalam satu daripada siri ceramahnya dulu. Tentu semua lelaki kelihatan selekeh jer macam tak pernah mandi seumur hidup…apalagi orang pompuan nak ambil buat teman hidup. Buat  malu company.

    Saya pilih tajuk begini saja sebab dalam keadaan kesihatan yang sedikit merosot saya nak juga rasa sedikit santai….tak mahu yang agak tension nanti blood pressure naik. Baru-baru ni doktor bilang dah dapat hypertension. Kena makan ubat dan berulangalik hospital lepas ni dan segala-galanya tak semudah masa lepas. Nanti kena stroke.

    Apa-apa pun saya harap kaum Hawa taklah menganggap perkara yang dikemukakan di atas sebagai masalah besar yang tidak dapat di atasi. Itu satu cabaran dalam melengkapi kata ucapan cinta kalian berdua. Jadikan ianya satu peluang kerana bagi kami lelaki  pabila dapat menakluk hati wanita itu merupakan anugerah Allaah paling besar dan bermakna dalam sejarah hidupnya. Biasanya lelaki ni akan mula banyak bicaranya pabila sedang angau. Mana dia pergi pun akan diingat dan bercerita hal girlfriendnya pada teman-temannya sampai kekadang dia lupa bahawa emak dia lebih merupakan hamba Allaah yang lebih memerlukan khidmatnya.

    Mula buat bandingan girlfriendnya sikit lebih dari gf kawan-kawannya. Padahal dia tak tahu pun girlfriend nya tu tak pandai masak. Ada yang tak pandai ambil hati orang tua. Kuat ngongoi pulak tu(merajuk lari sambil nangis dan hempap diri atas katil sampai basah bantal).

    Semua ni adalah peluang kenal-mengenal tak lebih dari itu....tidaklah kami lelaki ni kejam. Kami pun ada sifat pengasih dan pemaaf. Kadang dengan senyum korang wanita tu kami dah cair macam mentega kena panas. Takkan nak jadikan cabaran sebagai PELUANG pun tak boleh. Betul tak. Nanti makin lama hidup bersama makin sayang tau.

    OK saya rasa cukup setakat ini. Nanti lain masa cerita lain plak.

    Mei

    • *
    • Posts: 1058
      • View Profile
    Reply #13 12 April, 2012, 02:26:07 PM
  • Publish


  • 10 PERKARA JADI BUKTI BAHAWA LELAKI ITU RUMIT

    1.Jika kamu melayannya dengan baik, dia fikir kamu jatuh cinta kepadanya.
    Jika tidak, kamu akan dianggapnya sombong.

    2. Jika kamu berpakaian cantik, dia fikir kamu sedang cuba untuk menggodanya.
    Jika tidak, dia kata kamu kekampungan.

    3. Jika kamu berdebat dengannya, dia kata kamu keras kepala.
    Jika kamu berdiam diri, dia kata kamu tak ada IQ tinggi.


     4. Jika kamu lebih pintar daripada dia, dia akan jatuh air muka.
    Jika dia yang lebih pintar, dia bilang hebat.

    5. Jika kamu tidak cinta padanya, dia akan cuba mendapatkanmu bermati-matian.
    Jika kamu mencintainya, dia akan cuba untuk meninggalkanmu.

    6. Jika kamu beritahu dia masalahmu, dia kata kamu menyusahkan.
    Jika tidak, dia tuduh kamu tidak mempercayainya. .

    7. Jika kamu cerewet padanya, dia anggap kamu seperti seorang pengasuh .
    Jika dia yang cerewet pada kamu, itu kerana dia mengambil berat.

    8. Jika kamu mungkir janji kamu, kamu tidak boleh dipercayai.
    Jika dia yang ingkari janjinya, dia melakukannya kerana terpaksa.

    9. Jika kamu menyakitinya, kamu sangat kejam.
    Jika dia yang menyakitimu, itu kerana kamu terlalu sensitif dan terlalu sukar
    untuk dijaga hati.

    10. Jika seorang lelaki yang membacakan renungan ini pasti ia akan mengatakan semua ini dusta.



    macam nak anguk2 kepala tanda setuju jer dengan statement diatas nih..(senyum)

    ummuhijrah

    • *
    • Posts: 57
      • View Profile
    Reply #14 12 April, 2012, 05:52:03 PM
  • Publish
  • Bismillah,

    MSA,

    Tidak susah untuk faham kenapa ada wanita yang pinangkan isteri untuk suaminya.

    1) suami atau isteri bukan matlamat hidupnya. Hanya wasilah untuk mencapai redho Allah swt. Orang perempuan kalau nak masuk syurga tidak susah asal taatkan suami (selagi mana tidak bertentangan dengan syaraa), dapat redho suami.

    2) suami atau isteri adalah sesuatu yang dipinjamkan buat sementara oleh Allah swt jua, Kalau milik kita sudah pasti ayahanda saya yang dalam kuburan itu boleh dibangunkan oleh bonda saya pada ketika dan bila bila masa.

    3) itulah isteri yang soleh, yang takut pada tuhannya, yang tahu hormat suaminya, yang faham perasaan suaminya, yang benar2 cintakan suaminya melebihi dirinya sendiri,sesetengah wanita bukan cintakan suami tapi cintakan diri sendiri dahulu. Suami diletaknya no 10.

    4) itulah tanda wanita itu memiliki kemantapan ilmu, iman dan amal yang tinggi. Bukan setakat pergi usrah ratusan kali tapi bila disebut poligami kecut perut.

    5) tengoklah statistik berapa banyak rumahtangga yang hancur berderai bukan kerana poligami tapi gagal mengurus rumahtangga mengikut perintah Allah dan perlakuan Nabi. Anak beranak hidup tak takut Allah. Bila tak takut Allah maka semua benda dilanggar, hak suami, hak isteri, hak anak, hak ibu, hak mertua.dll.


    Lola Carrero

    • *
    • Posts: 64
      • View Profile
    Reply #15 13 June, 2012, 08:26:09 PM
  • Publish
  • Huh....sungguh den tak faham dengan hati dan perasaan isteri yang mencari calon isteri kedua untuk suaminya sendiri....di ketika ada insan yang menderita hatinya kerana poligami, ada pulak insan yang mencari2 calon untuk poligami, dan yang peliknya untuk suami sendiri....tak faham, sungguh den tak faham...

    Apa pun, semoga dimudahkan urusan....boleh cuba saranan ummi....pasangan yang ingin berpoligami itu pergi ziarah ke rumah bakal calon itu...
    Saya pun tak faham bila ada wanita dengan gembira merelakan suami mereka poligami. Saya belum ada anak namun buat masa ini saya belum terfikir untuk suami poligami walaupun ada yang offer. Kemudian haritu tak tahulah. Tapi harap harap tidaklah....

    semalubandar

    • *
    • Posts: 80
      • View Profile
    Reply #16 13 June, 2012, 10:25:56 PM
  • Publish
  • Huh....sungguh den tak faham dengan hati dan perasaan isteri yang mencari calon isteri kedua untuk suaminya sendiri....di ketika ada insan yang menderita hatinya kerana poligami, ada pulak insan yang mencari2 calon untuk poligami, dan yang peliknya untuk suami sendiri....tak faham, sungguh den tak faham...

    Apa pun, semoga dimudahkan urusan....boleh cuba saranan ummi....pasangan yang ingin berpoligami itu pergi ziarah ke rumah bakal calon itu...
    Saya pun tak faham bila ada wanita dengan gembira merelakan suami mereka poligami. Saya belum ada anak namun buat masa ini saya belum terfikir untuk suami poligami walaupun ada yang offer. Kemudian haritu tak tahulah. Tapi harap harap tidaklah....

    Saya lak tak faham kenapa suami yg dah berpoligami bole beri alaasan akan kehilangan harta benda dan family kalu tak ceraikan yang no 2. mmg saya akui,mesti ada yang ckp,kita tak duk di no 1 kita takkan faham tapi secara fitraahnya,bukankah Allah dah beri pilihan kepada kta jika kita redha,kita akan dilindungi Allah. Suami suh ingat Allah,tapi dia wat keputusan camtu tak ingat Allah ke? Bukankah rezeki dan harta bende tu Allah yg urus bukannya atas syarat isteri peertama

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    73 Replies
    8637 Views
    Last post 15 September, 2012, 11:03:49 PM
    by anakmariam
    10 Replies
    2042 Views
    Last post 20 February, 2012, 04:48:09 PM
    by shahida
    112 Replies
    11592 Views
    Last post 11 July, 2014, 10:34:43 AM
    by talibarut