Masuk waktu sembahyang Maghrib dan Subuh

*

Author Topic: Masuk waktu sembahyang Maghrib dan Subuh  (Read 6325 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

deen2012

  • *
  • Posts: 12
    • View Profile
07 February, 2012, 11:11:24 PM
  • Publish
  •  :)

    Hadith:
    "Daripada Abdullah bin Amru r.a. bahawasanya Nabi s.a.w bersabda, "waktu zuhur bermula dari tergelincir matahari di mana bayang seseorang itu sama panjang dengan tingginya selagi tidak masuk waktu asar, waktu asar pula berakhir sehingga cahaya matahari menjadi kuning (matahari hampir terbenam), waktu sembahyang maghrib pula akan berakhir sehingga hilang awan merah dilangit sebelah barat. Waktu isyak pula berakhir sehingga pertengahan dari setengah malam. Waktu sembahyang subuh pula ialah dari terbit fajar sehingga terbit matahari".
    Huraian Hadith:
    1. Waktu zuhur bermula dari tergelincir matahari sehingga bayang seseorang itu sama panjang dengan tingginya.
    2. Waktu asar bermula dari bayang seseorang itu lebih panjang dari tingginya yang sebenar sehingga matahari hampir terbenam.
    3. Waktu maghrib bermula ketika tenggelam matahari sehingga hilang tanda-tanda merah (syafaq) di sebelah barat.
    4. Waktu isyak bermula dari hilang tanda-tanda merah (syafaq) dilangit sehingga pertengahan dari setengah malam.
    5. Waktu subuh ialah bermula dari naik fajar hingga terbit matahari.

        Persoalannya :

    1. Pada waktu itu tidak nampak matahari, tiada jam untuk di rujuk..contohnya di tengah hutan belantara..,Bagaimana nak tahu dah masuk waktu Maghrib.?
    2. Fajar pada waktu Subuh itu bagaimanakah ia?

    Mohon di pinta pada warga halaqah yang mahir sertakan hadis-hadis yang sahih sebagai rujukan.

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4872
      • View Profile
    Reply #1 08 February, 2012, 12:16:35 AM
  • Publish
  • Menceritakan hadith kepadaku (kata an-Nasa'i) ...hadith dari Abu Hurairah (r.a): 'Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Ini Jibril (a.s) datang kepada kamu sekelian mengajarkan kamu sekelian tentang ugama kamu sekelian. Maka bersolat (solat) Subuh ketika ketika terbit fajar (i.e. kelihatan awan merah di sebelah Timur), bersolat (solat) Zohor ketika condong (i.e. tergelincir) matahari; kemudian bersolat (solat) 'Asar letika melihat bayang-bayang seumapama bayang (sesuatu); kemudian bersolat (solat) Maghrib ketika tenggelam matahari dan (ketika) itu halal berbuka seseorang yg berpuasa; kemudian bersolat (solat) Isya' ketika hilang cahaya merah malam (di barat). Kemudian (Jibril (a.s) datang pula keesokannya. maka bersolat (solat) Subuh ketika warna kekuning-kuningan (sebelah Timur) tinggal sedikit; Kemudian denganya bersolat (solat) Zohor ketika ketika ada bayang-bayang seumpamanya (i.e. benda); Kemudian bersolat (solat) 'Asar ketika ada bayang-bayang dua seumpamanya (i.e. dua kali panjang); kemudian bersolat (solat) Maghrib dengan waktu yg satu (i.e. sebagimana disebutkan sebelum ini); kemudian bersolat (solat Isya' ketika hilang gelap pada malam hari. Kemudian berkata (Jibril (a.s): 'Adapun (waktu) solat itu apa-apa antara solat engkau kelmarin dan solat engkau hari ini.' [Hadith an-Nasa'i, Kitab Solat]
    Hadith di atas adalah satu versi hadith yg lebih panjang tentang waktu-waktu masuknya waktu solat-solat fardu dan, pada bahagian kedua hadith itu, waktu tamatnya waktu solat-solat fardu.
    Hadith ini mencceritakan bahawa Jibril (a.s) turun ke langit dunia untuk menunjukkan atau mengajarkan atau mencontohkan kepada Rasulallah (s.a.w) tanda-tanda masuk serta tamatnya waktu-waktu solat-solat fardu. Beliau datang mengimamkan solat-solat tersebut, dan Rasullalah (s.a.w) bermakmum dengannya. [Nota: Hadith ini juga menunjukkan kepada kita bahawa tanpa ilmu Rasulallah (s.a.w) sendiri tidak tahu bagaimana nak solat, bila masuk waktunya dan bila tamat waktunya. Tanpa ilmu juga, Rasulallah (s.a.w) sendiri tidak tahu bagaimana nak bersolat. Maka dengan itulah dalam Islam hendaklah kita buat sesuatu hanya dengan sandaran ilmu (i.e. ilmu yg sah). Jibril (a.s) mengajarkan Rasulallah (s.a.w) tentang cara bersolat serta waktu-waktu mula dan tamatnya bagi setipa solat. Kita yg Islam wajib berilmu dahulu sebelum kita lakukan sebarang ibadah dan amalan. Rasulallah (s.a.w) mendapat. Ilmu sama ada melalui wahyu atau melalui utusan Jibril (a.s).]
    Maka dengan itulah di dalam Islam kita diwajibkan menuntut ilmu. Wajib bagi seseorang Islam itu mengerjakan amalan dan ibadah setelah tahu ilmunya. Inilah ketetapan firman Allah (a.w) dalam Ayat 36, Surah al-Isyra': '... wala taqfu ma laisa bihi ilmun ...' [Maksud: Janganlah kamu kerjakan sesuatu tanpa memiliki ilmu mengenainya (i.e. sesuatu amalan atau ibadah itu) terlebih dahulu]. Dan, peringatan ini diulangi dalam sabda Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah: 'Al-ilmu qabla amal' [Maksud: Berilmulah dahulu sebelum mengerjakan amalan]. Dalam apa juga bentuk dan kaedah beramal dan beribadah, kita tidak boleh ikut-ikutan (i.e. taqlid) kepada pandangan, kata-kata atu pendapat seseorang, melainkan mereka berkata bersandarkan ilmu i.e. al-Quran dan as-Sunnah. Segala amalan dan ibdah yg tidak diasaskan kepada ilmu, terbatal dan tidak sah.
    Apakah rumusan hadith di atas itu? Kita teliti satu persatu:
    1. Masuk waktu Solat Subuh itu apakala terbit fajar iaitu kita lihat mendung mereh di ufuk Timur dan tamat waktunya apakala kita melihat mega kuning di bahagian Timur sudah lenyap;
    2. Masuk waktu Solat Zohor apabila tergelinciri matahari, iaitu jika ditegakkan sebatang kayu atau pancang, sudah boleh kelihatan bayang-bayangnya;
    3. Masuk waktu Solat 'Asar ketika melihat kayu atau pancang yg dipacakkan itu mempunyai bayang-bayang sama panjang dengan kayu atau pancang tersebut dan luput waktu 'Asar ketika bayang-bayang kayu atau pancang yg dicacakkan itu dua kali panjang kayu atau pancang tersebut;
    4. Masuk waktu Solat Maghrib ketika matahari sudah tenggelam dan luput waktu Maghrib itu ketika ketika sudah malam hari, yakni ketika mega merah arah Barat sudah hilang (i.e. waktu masuk dan waktu luput Maghrib itu pendek sahaja, kira-kiran 30 minit sahaja); dan
    5. Masuk waktu Solat Isya' ketika hilang mega merah di ufuk arah Barat dan tamat waktunya ketika hilang gelap atau kegelapan malam hari i.e. waktu Isya' itu panjang.
    Demikianlah sunnah sebagai panduan kita dalam menentukan masuk dan luputnya waktu-waktu solat fardu, jikalah kita tiada sesuatu untuk memberi kita tahu waktunya.

    deen2012

    • *
    • Posts: 12
      • View Profile
    Reply #2 08 February, 2012, 12:22:43 AM
  • Publish
  •  :syukur: di atas penerangan yang panjang lebar..

    Tapi belum terjawab persoalan yg bermain di minda.

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4872
      • View Profile
    Reply #3 08 February, 2012, 12:28:05 AM
  • Publish
  • SOALAN:
    1. Pada waktu itu tidak nampak matahari, tiada jam untuk di rujuk..contohnya di tengah hutan belantara..,Bagaimana nak tahu dah masuk waktu Maghrib.?

    jawab: 4. Masuk waktu Solat Maghrib ketika matahari sudah tenggelam dan luput waktu Maghrib itu ketika ketika sudah malam hari, yakni ketika mega merah arah Barat sudah hilang (i.e. waktu masuk dan waktu luput Maghrib itu pendek sahaja, kira-kiran 30 minit sahaja); dan
    Jika tak nampak apa ke langit, tentulah ada sikit cahaya, boleh tahu masuk waktunya, bila ingat Allah, adalah Ilham masuk waktu, ya, Ingat Allah, Allah ingat kamu, subhanallah

    2. Fajar pada waktu Subuh itu bagaimanakah ia?
    1. Masuk waktu Solat Subuh itu apakala terbit fajar iaitu kita lihat mendung mereh di ufuk Timur dan tamat waktunya apakala kita melihat mega kuning di bahagian Timur sudah lenyap;
    Sama juga tak nampak cahaya, padan patut, mu rasa masuk waktu, mu solatlah, jangan was was ya
    atas izinNYA lah tu mampu mu ingat dan dirikan solat
    subhan Allaah

    deen2012

    • *
    • Posts: 12
      • View Profile
    Reply #4 08 February, 2012, 12:35:27 AM
  • Publish
  • Tuan..

    Sekiranya pada waktu itu ada 5 orang yg berlainan kedudukan... 3 orang yakin dah masuk,  seorang yakin belum masuk, seorang lagi yakin dah lama masuk waktu... So mana yang pasti?

    Adakah hadis-hadis sahih yg menjawab persolan di antara mereka?

    Dan Tuan juga mengatakan yg sembahyang Maghrib itu hanya lbhkurang 30 minit... adakah di Malaysia tidak mengikut Hadis yg Tuan paste kat atas...

    Maghrib kita lbhkurang 7.30 hingga 8.35... iaitu sejam... dan Subuh kita lbhkurang sejam juga yang tak nampak apa-apa pun fajar... (bintang bertaburan)...

    Tuan ikut yang mana...?

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4872
      • View Profile
    Reply #5 08 February, 2012, 12:38:43 AM
  • Publish
  • Solat Menghormati Waktu

    boleh klik ya

    saya ikut yg 30minit

    sekejap waktunya

    inshallah

    Darul Iman

    • *
    • Posts: 28
      • View Profile
    Reply #6 08 February, 2012, 12:40:59 AM
  • Publish
  • kalau dalam keadaan tergesa-gesa..atau pun tidak sihat..bolehkah melewatkan solat?

    deen2012

    • *
    • Posts: 12
      • View Profile
    Reply #7 08 February, 2012, 12:45:57 AM
  • Publish
  • Jadi rumusan Tuan ...

    Ikut yang 30 minit... Bolehkah berjemaah di masjid kalau macam tu.. Kerna Maghrib masuknya lambat dan tamatnya cepat.

    Matahari belum tenggelam tapi masjid dah pun azan..

    Apa pandangan Tuan.

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4872
      • View Profile
    Reply #8 08 February, 2012, 12:53:33 AM
  • Publish
  • solat maghrib, macam kita berbuka puasa di masjid, hanya beberapa minit selepas azan ya

    inshallah, selepas solat baru makan yg heavy

    inshallah

    sebab saya ikut matan sekejap, tang waktu sukatan JAM tu terpulang masing masing dirilah
    selesa kalu, ikutlah

    deen2012

    • *
    • Posts: 12
      • View Profile
    Reply #9 08 February, 2012, 12:58:33 AM
  • Publish
  • solat maghrib, macam kita berbuka puasa di masjid, hanya beberapa minit selepas azan ya

    inshallah, selepas solat baru makan yg heavy

    inshallah

    sebab saya ikut matan sekejap, tang waktu sukatan JAM tu terpulang masing masing dirilah
    selesa kalu, ikutlah

    Ada dalil Tuan berbuat begini dan begitu..?

    Ramai ahli Halaqah nak dengar pandangan dan hujah Tuan ni... Tuan kata 30 minit shj waktu Maghrib... yg mana yg nak kena potong... yg di depan kah atau yg di belakang kah?

    Saya tak dapat fahami cara perbuat yang tuan buat....?

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4872
      • View Profile
    Reply #10 08 February, 2012, 01:02:46 AM
  • Publish
  • sila dapatkan BUKU Solat 4 mazhab, karya imam rahbawi

    inshallah,

    boleh ronda dalam halaqah, bawah topik solat, dan ibadah, inshallah

    deen2012

    • *
    • Posts: 12
      • View Profile
    Reply #11 08 February, 2012, 01:09:49 AM
  • Publish
  • sila dapatkan BUKU Solat 4 mazhab, karya imam rahbawi

    inshallah,

    boleh ronda dalam halaqah, bawah topik solat, dan ibadah, inshallah

    Tuan...

    Kalau sy nak baca buku tu .. tak payah lah sy soal kat sini...

    Tuan sebagai seorang yg beribu-ribu post kat sini tentu dapat jawab tentang feqah... waktu masuk sembahyang...Tiang agama.

    Kalau tuan tak dapat jawab persoalan ini.. tidak mengapa.. InsyaAllah ada yang boleh menyuraikan persoalan ini.

    Islam itu merangkumi semua aspek kehidupan.

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4872
      • View Profile
    Reply #12 08 February, 2012, 01:12:30 AM
  • Publish
  • jawapan dah beri

    mahukan dalil, silakan Rujuk Kitab lah

    sebab nilai tu yang penting
    kecuali nak debat kena beri dalil

    subhanallah

    percaya dengan Allah, makluk hanya melalui sahaja

    inshallah

    deen2012

    • *
    • Posts: 12
      • View Profile
    Reply #13 08 February, 2012, 01:20:53 AM
  • Publish
  • jawapan dah beri

    mahukan dalil, silakan Rujuk Kitab lah

    sebab nilai tu yang penting
    kecuali nak debat kena beri dalil

    subhanallah

    percaya dengan Allah, makluk hanya melalui sahaja

    inshallah

    Tuan..

    Tuan copy paste hadis....

    Bila sy persoalkan Tuan tidak berusaha untuk sy faham...jadi lain kali Tuan janganlah copy paste hadis lagi.

    Lebih baik Tuan terus jawab rujuk kitab-kitab yg ada....hmmmm

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4872
      • View Profile
    Reply #14 08 February, 2012, 06:58:47 AM
  • Publish
  • 1. Pada waktu itu tidak nampak matahari, tiada jam untuk di rujuk..contohnya di tengah hutan belantara..,Bagaimana nak tahu dah masuk waktu Maghrib.?

    JawapanNYA ialah

    Janganlah kamu, mencampakkan dirimu ke dalam kebinasaan

    Syariat Islam itu MUDAH, jika tahu

    Yang suka menjadikannya SUSAH ialah diri sendiri - akibat NAFSU - suka pula kepada bisikan SYAITAN menjadikan FIKIRAN negatif, menyangka TUHAnya akan menguji diri dengan sesuatu yang BERAT
    padahal Al Rahim tersangat Penyayang terhadap Mukmin

    persoalannya, di manakah pengharapan kepada Allaah kamu?

    BURUK sangka kah kamu kepada Allah mu?

    ADAkah Allah mu, akan meletakkan kamu, dalam hutan belantara, kamu pula tiada Jam? tiada kompas?
    JIN kah yang membawa kamu ke sana?
    Cari apa ya?

    subhanallah

    inshallah ya, be positif, Allah mu BAIK kepada mu

    deen2012

    • *
    • Posts: 12
      • View Profile
    Reply #15 09 February, 2012, 10:27:40 AM

     :)

    Tuan,

    Syariat Islam memang mudah kiranya kita memahami dengan adanya ilmu.

    Kita bersangka baik terhadap Allah Ta'ala. Ujian terhadap makhluk meletakkan tauhid kita terhadap percaya kepada Qada dan Qadar.

    Tuan mentadbiri hujah seolah-olah menyatakan Islam tidak menyeluruh. Cuba cari ,baca dan faham dan amal Ayat AlQuran dan Hadis Nabi tentang ujian dalam kehidupan dan fikirkanlah samada ia setentang dengan pegangan tuan.

    Bila datang yang Haq yang batil akan hancur.

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4872
      • View Profile
    Reply #16 09 February, 2012, 10:29:48 AM
  • Publish
  • silakan kenali Allah mu ya

    Allah menimpakan Ujian, sepadan, berpadanan

    jadi kenapa menyangka, dalam hutan tak ada jam, tak nampak cahaya

    buat lawok dengan Allah ke

    deen2012

    • *
    • Posts: 12
      • View Profile
    Reply #17 09 February, 2012, 10:43:00 AM
  • Publish
  • silakan kenali Allah mu ya

    Allah menimpakan Ujian, sepadan, berpadanan

    jadi kenapa menyangka, dalam hutan tak ada jam, tak nampak cahaya

    buat lawok dengan Allah ke

    Tuan,

    Tak perlu berdalih-dalih. Alquran itu lengkap dan menyeluruh.
    Tidak ada yang tidak dapat di hurai.

    Kiranya tidak arif tak perlulah di reka-reka jawaban nya.

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4872
      • View Profile
    Reply #18 09 February, 2012, 12:26:52 PM
  • Publish
  • oooOOOOoooooo banyak daleh kaa, maaf lah ya

    Ikut Nabi Sedaya Upaya, Jangan Banyak Soal
    (Januari 17, 2011 — sulaiman)

    Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda “Biarkan aku apa yang aku biarkan kepada kamu. Sesungguhnya kebinasaan umat sebelum kamu adalah kerana pertanyaan dan penentangan mereka kepada nabi-nabi mereka. Jadi, jika aku melarang sesuatu atas kamu maka tingggalkanlah dan jika aku memerintahkan sesuatu maka lakukanlah sesuai dengan kemampuan kamu” (Riwayat Bukhari & Muslim)

    1) Jangan terlalu banyak bertanya

        Al-Maidah [101] Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu bertanyakan (kepada Nabi) perkara-perkara yang jika diterangkan kepada kamu akan menyusahkan kamu dan jika kamu bertanya mengenainya ketika diturunkan Al-Quran, tentulah akan diterangkan kepada kamu. Allah maafkan (kamu) dari (kesalahan bertanyakan) perkara-perkara itu (yang tidak dinyatakan di dalam Al-Quran); kerana Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar.

    Jangan terlalu banyak menyoal seperti umat terdahulu, seperti yang diceritakan dalam surah Al-Baqarah. Kisah penduduk dua buah kampung yang bertemu Nabi Musa untuk menyelesaikan satu kes pembunuhan.

    Dan (ingatlah), ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: “Sesungguhnya Allah menyuruh supaya kamu menyembelih seekor lembu betina”.

    Mereka berkata: “Adakah engkau hendak menjadikan kami ini permainan?”

    Nabi Musa menjawab: “Aku berlindung kepada Allah daripada menjadi salah seorang dari golongan yang jahil (yang melakukan sesuatu yang tidak patut)”. (67)

    Mereka berkata pula: “Berdoalah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya diterangkanNya kepada kami bagaimana (sifat-sifat) lembu itu?”.

    Nabi Musa menjawab: “Bahawasanya Allah berfirman: Bahawa (lembu betina) itu ialah seekor lembu yang tidak terlalu tua dan tidak terlalu muda, pertengahan (umurnya) di antara itu; maka kerjakanlah apa yang diperintahkan kepada kamu melakukannya”. (68)

    Mereka berkata lagi: “Pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya diterangkanNya kepada kami apa warnanya?”.

    Nabi Musa menjawab: “Bahawasanya Allah berfirman: Bahawa (lembu betina) itu ialah seekor lembu kuning, kuning tua warnanya, lagi menyukakan orang-orang yang melihatnya”. (69)

    Mereka berkata lagi: “Pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya diterangkanNya kepada kami lembu betina yang mana satu? Kerana sesungguhnya lembu yang dikehendaki itu kesamaran kepada kami (susah kami memilihnya) dan kami insya Allah akan mendapat petunjuk (untuk mencari dan menyembelih lembu itu)”. (70)

    Nabi Musa menjawab: “Bahawasanya Allah berfirman: Sebenarnya (lembu yang dikehendaki itu) ialah lembu betina yang tidak pernah digunakan untuk membajak tanah (sawah bendang) dan tidak pula (digunakan untuk mengangkut air) untuk menyiram tanaman; ia juga tidak cacat dan tidak ada belang pada warnanya”.

    Mereka berkata: “Sekarang barulah engkau dapat menerangkan sifat-sifatnya yang sebenar”.

    Maka mereka pun menyembelih lembu yang tersebut dan hampir-hampir mereka tidak dapat menunaikan (perintah Allah) itu. (71)

    Dan (ingatlah), ketika kamu membunuh seorang manusia, kemudian kamu tuduh-menuduh sesama sendiri tentang pembunuhan itu, padahal Allah tetap melahirkan apa yang kamu sembunyikan. (72)

    Maka Kami (Allah) berfirman: “Pukullah si mati dengan sebahagian anggota lembu yang kamu sembelih itu”. (Mereka pun memukulnya dan ia kembali hidup). Demikianlah Allah menghidupkan orang-orang yang telah mati dan memperlihatkan kepada kamu tanda-tanda kekuasaanNya, supaya kamu memahaminya. (73)

    2) Tinggal apa yang dilarang dan ikut apa yang disuruh mengikut kemampuan

    Misalnya jika tidak mampu sembahyang berdiri kerana uzur, boleh sembahyang secara duduk, jika tidak mampu juga boleh sembahyang sambil baring atau tidur.

        Taghabun [16] Oleh itu bertakwalah kamu kepada Allah sedaya supaya kamu dan dengarlah (akan pengajaran-pengajaranNya) serta taatlah (akan perintah-perintahNya) dan belanjakanlah harta kamu (serta buatlah) kebajikan untuk diri kamu dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya.

    Ikutlah Nabi untuk masuk ke dalam syurga milik Allah.

        Dari Abu Hurairah r.a., bahwa Rasulullah s.a.w bersabda : “Sekelian umatku akan masuk syurga kecuali orang yang enggan.”…Sahabat-sahabat baginda bertanya, “Ya Rasulullah, siapakah orang yang enggan itu?”…Baginda menjawab, “Sesiapa yang taat kepada ku akan masuk syurga, dan sesiapa yang derhaka kepadaku maka sesungguhnya dia telah enggan.”

    deen2012

    • *
    • Posts: 12
      • View Profile
    Reply #19 09 February, 2012, 12:50:19 PM

    Telah copy paste hadis di atas tapi masih tak terjawab persoalan.

    Soalan mudah shj.

    Ada atau tidak hadis yang menerangkan secara detail tentang masuknya waktu-waktu sembahyang?

    kalau ada, adalah kalau tak ada, tak ada lah.

     :syukur:

    Alhamdulillah sy dah pun jumpa berkat bertanyakan orang-orang lama. Dalam sahih Muslim.. Cuba Tuan-tuan semak dan cari tentu jumpa.

    Terimakasih di atas jawaban-jawaban di sini. Saya mengerti  pemahaman kita tak sama.....

    0......0.....

    divider3
    halaqahforum4

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    17 Replies
    2560 Views
    Last post 11 December, 2010, 07:41:47 AM
    by _May_
    7 Replies
    1830 Views
    Last post 07 March, 2012, 10:44:37 PM
    by Ixora_skru
    7 Replies
    1878 Views
    Last post 16 June, 2012, 09:55:50 AM
    by HambaAllah08