Hak Suami Untuk Menegur Isteri Yang Bekerja

Author Topic: Hak Suami Untuk Menegur Isteri Yang Bekerja  (Read 5463 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

mohd nazrul

  • *
  • Posts: 19
    • View Profile
31 January, 2012, 05:07:11 AM
  • Publish Di FB
  • salam...
    adakah suami mempunyai hak untuk menegur isteri yang bekerja dan sering menanggung keluarganya sehinggakan gajinya tidak cukup untuk menanggung perbelanjaannya sehingga akhir bulan?sedangkan isteri sedia maklum suaminya gaji kecil dan cukup-cukup untuk menanggung perbelanjaan dan keperluan harian...manakala si suami sampai tidak cukup untuk menyara sehingga ke akhir bulan..bila dibincangkan, si suami dipersoalkan tentang nafkah sedangkan si suami hanya boleh bagi apa yang termampu dan si isteri berkata kepada suaminya bahawa suaminya tiada hak untuk bertanya ke mana duit dia dibelanjakan dan si suami tidak ada hak untuk menghalang si isteri untuk terus menanggung keluarganya.

    CONTOHNYA: Samad baru berkahwin dengan Minah yang merupakan anak bungsu dan mempunyai 3orang abang yang sudah lama berumahtangga. Samad adalah seorang yang berpangkat rendah dari isterinya.bermakna gaji samad jauh lebih kecil dari isterinya. Sebelum berkahwin minah memang menangung untuk membayar kereta keluarganya.dan selepas berkahwin,minah tetap membayar kereta keluarganya sehinggakan samad menegur kepada minah dan berkata ~kenapa minah menanggung sorang untuk membayar kereta keluarganya?sedangkan minah ada lagi 3orang abang?kenapa tidak berkongsi untuk membayarnya?...samad bukan hendak menghalang tetapi samad menasihati minah, kalau hendak membantu biar yang termampu...tetapi minah tetap juga berkeras untuk membayarnya dan dia memberitahu samad bahawa dirinya suami yang akan tangung sedangkan samad gaji kecil dan hanya cukup untuk memberi potong untuk nafkah dan menanggung keperluan anak yang baru berapa bulan...adakah salah jika samad menegur dan memberi pandangan?dan apakah hukumnya jika minah tetap berdegil dan akan teruskan juga seperti biasa?

    1.    Apakah tanggungjawab anak lelaki pada keluarga selepas berkahwin?

    2.    Apakah tanggungjawab isteri pada keluarga apabila sudah berkahwin?

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14528
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #1 31 January, 2012, 07:26:25 AM
  • Publish Di FB
  • salam...
    adakah suami mempunyai hak untuk menegur isteri yang bekerja dan sering menanggung keluarganya sehinggakan gajinya tidak cukup untuk menanggung perbelanjaannya sehingga akhir bulan?sedangkan isteri sedia maklum suaminya gaji kecil dan cukup-cukup untuk menanggung perbelanjaan dan keperluan harian...manakala si suami sampai tidak cukup untuk menyara sehingga ke akhir bulan..bila dibincangkan, si suami dipersoalkan tentang nafkah sedangkan si suami hanya boleh bagi apa yang termampu dan si isteri berkata kepada suaminya bahawa suaminya tiada hak untuk bertanya ke mana duit dia dibelanjakan dan si suami tidak ada hak untuk menghalang si isteri untuk terus menanggung keluarganya.


    Jika seorang suami telah melaksanakan perkara asas mengikut keupayaan yang dia mampu, maka suami itu telah melaksanakan tanggungjawabnya. Jika isteri menghendaki sesuatu melebehi kemampuan suami, maka samalah kita paksa sebuah enjin itu bekerja melebehi had, dan akhirnya terbakar musnah. Ketahuilah apakah perkara asas didalam melaksanakan tanggungjawab sebagai suami.

    Suami perlu berhemah di dalam berbelanja, jangan belanja hanya cukup setengah bulan dan bakinya suruh isteri tanggung. Caranya untuk cukup sebulan, jika sekarang tinggal di rumah yang harga sewa RM 600, pindah rumah yang paling murah harga sewa RM300. Biarlah jauh dari segala benda, tak ada kemudahan lain. Sediakan makana juga untuk satu bulan, jika sebelum ini perbelanjaan makan setengah bulan sebanyak RM300, maka jadikan kepada RM 300 kepada satu bulan. Makan seadanya dan hidup seadanya ikut kemampuan suami. Samada isteri rela atau tak rela susah, itu terpulang ke atas dirinya. Suami telah laksanakan tanggungjawabnya, dan kini tuntutlah pula tanggungjawab isteri kepada suami dan rumah tangga untuk dia laksanakan.


    Oleh kerana isteri bekerja, maka segala pengangkutan isteri ke tempat kerja adalah diri dia yang tanggung, jika dia tumpang suami, suami boleh kenakan bayaran seperti upah seorang pemandu, jika isteri yang sepatutnya mengasuh anak sendiri, tetapi menghantar ketempat lain, maka pengasuh itu isteri yang bayar bukan suami. sebab isteri telah memindahkan tanggungjawab yang sepatutnya dia lakukan tetapi tidak dilakukan.Begitu juga susu anak. Sepatutnya anak tadi disusu oleh ibu, isteri bekerja tidak menyusukan anaknya, beli susu formula, maka isterilah yang keluar belanja untuk susu anak. Perbelanjaan isteri ke tempat kerja atau makan minum pakai isteri ketika bekerja bukan termasuk dalam kewajiban yang suami wajib laksanakan. Isteri perlu keluarkan perbelanjaan sendiri tetapi memastikan keselamatannya masih tanggungjawab suami.


    Jika seorang isteri tidak mahu keluar belanja menggunakan duit gajinya sendiri, suruh saja dia berhenti kerja dan tinggal dalam rumah. Jadi tak adalah kos pengangkutan, pengasuh dan lain-lain. Isteri masak apa yang ada dan suami bawa bekal apa yang isteri sediakan.

    Suami sediakan makan dan pakaian untuk isteri dan anak ikut kemampuannya. Jika lampin pakai buang tu mahal, gunakan lampin kain yang boleh dicuci. Jangan membazir dan meninggikan kos kehidupan kerana nak mudah dan tak nak susah. Tak ada salahnya guna lampin kain yang boleh dicuci dan digunakan semula berulang kali. Cuma kena bayar bil air dan letrik sahaja.


    1.    Apakah tanggungjawab anak lelaki pada keluarga selepas berkahwin?

    2.    Apakah tanggungjawab isteri pada keluarga apabila sudah berkahwin?

    1. Tanggung jawab anak lelaki kepada ibu bapa (bukan adik beradik suami)  adalah wajib sehingga kedua-dua mereka meninggal dunia.

    2. Tanggungjawab seorang anak perempuan terhadap ibu bapanya tamat apabila dia telah bernikah. Namun demi keharmonian, maka sebaik-baiknya ini boleh diberikan budibicara oleh suami. Menjaga silaturahim juga merupakan hak Allah, maka peliharalah hubungan anak perempuan dengan ibu bapanya.

    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Ummu Fatimah

    • *
    • Posts: 2264
      • View Profile
    Jawab #2 02 March, 2012, 02:38:17 PM
  • Publish Di FB
  • Ya, suami tetap berhak menasihati isteri walau siapa jua isterinya itu. Walaupun isteri bekerja, suami tutuplah mata dengan gaji isteri tu. Seperti kata Ummi, sediakan keperluan asas mengikut kemampuan suami.

    Seperti contoh, sewa rumah rm300 mungkin jauh dari tempat kerja, beritahu isteri itulah kemampuan suami. Isteri wajib tinggal di tempat yang suami sediakan. Begitu juga makanan yang asas dan lain-lain keperluan asas yang mencakupi nafkah zahir mengikut kemampuan suami.

    Didik isteri untuk bersyukur dengan apa yang mampu suami sediakan tanpa memaksa isteri mengeluarkan perbelanjaan dari pendapatannya. Walaupun gaji suami kecil, sediakan juga sedikit peruntukkan untuk kecemasan. Diulangi, jangan harap gaji isteri.

    Banyakkan doa moga Allah lapangkan rezeki, limpahkan keberkatan dalam keluarga. Rezeki yang berkat antara tandanya ialah sedikit tetapi mencukupi, banyak tetapi tidak membazir.

    Wallahua'lam.
    m
    zaujah n aliah yusri.. ummu yusuf ramadhan & nur fatimah mujahidah..

    Mei

    • *
    • Posts: 1051
      • View Profile
    Jawab #3 02 March, 2012, 03:13:46 PM
  • Publish Di FB


  • Betul ke apa yg ummu fatimah cakapkan tu..?

    saya tengok ..ramai sahaja rakan saya yang menyertai jemaah tabligh...isterinya bekerja.

    seorang lecturer..suami tidak bekerja...hanya menjlnkan perniagaan kopi kecil-kecilan.kadang2 langsung tak bekerja...

    hidup anak beranak isteri yang tanggung...

    sekarang berada di UK ikut si isteri yang further study...

    so macam mana keadaan disini?

    kalau ikut yang ummi sarankan..si isteri harus ikut suami..bukan suami ikut isteri..

    si isteri patut redha dgn rezeki suami...

    dalam konteks nih patutkah kawan saya tadi ..berhenti kerja/ jgn further study..dan hidup sahaja ala kadar dgn suaminya itu?Sedangkan peluang terbuka luas untuk mereka tambah rezeki dari pendapatan si isteri.

    Bukankah kita juga patut berusaha perbaiki hidup..kalau ada jalan yang mengharuskannya...?


    Ummu Fatimah

    • *
    • Posts: 2264
      • View Profile
    Jawab #4 02 March, 2012, 03:31:53 PM
  • Publish Di FB
  • Er, memang betul isteri yang kena ikut suami. Bukan suami yang ikut isteri. Tak mengapa isteri bekerja, tidak ada salahnya walaupun jemaah tabligh pun. :senyum:, saya pun pernah berkerja juga dulu.

    Walaupun isteri nak further study, bekerja atau apa jua aktiviti di luar rumah, semuanya perlu kepada izin suami. Walaupun suami izinkan isteri bekerja, itu belum cukup untuk memaksa isteri mengeluarkan perbelanjaan untuk keluarga. Isteri membantu suami mengikuT kemampuannya, suami menyediakan keperluan(nafkah) mengikut kemampuannya. Jika keperluan isteri melebihi kemampuan suami, itu bukan lagi kewajipan suami untuk menamggungnya. Details yang seterusnya seperti yang ummi dah huraikan..

    Yang penting, dalam soal perbelanjaan, suami isteri saling sama meredhai. Jika suami sudah redha isteri bekerja, isteri pula redha mengeluarkan sedekah, sedekah yang terbaik, ialah sedekah kepada keluarga sendiri (termasuklah suami dan anak2 yang lebih utama), apabila redha-meredhai, timbul lagi lah isu gaji suami rendah, gaji isteri tinggi..

    « Last Edit: 02 March, 2012, 03:42:21 PM by Ummu Fatimah »

    Mei

    • *
    • Posts: 1051
      • View Profile
    Jawab #5 02 March, 2012, 03:40:43 PM
  • Publish Di FB
  • Teori memang nampak cantik...

    Tapi praktikalnya..jarang ada yang dapat mengikut dengan sempurna...

    Tak kiralah siapa pun kita..

    Nurhanina

    • *
    • Posts: 5
      • View Profile
    Jawab #6 02 March, 2012, 03:57:14 PM
  • Publish Di FB
  •  :)

    Betul isteri perlu diberi teguran oleh suami dan perlu patuh.. Juga ada ruang untuk berbincang antara suami dan isteri apabila timbul permasalahan..
    Dalam situasi yang diutarakan oleh saudara kita di atas, saya agak memahami situasi si isteri yang ingin terus berbakti kepada kedua ibu bapanya walau pun masih ada saudara lelaki yang sepatutnya lebih memainkan peranannya..

    Pada pendapat saya, hidup dalam zaman yang memerlukan kos sara hidup yang tinggi ini, isu isteri bekerja menjadi satu keperluan terutama bagi yang suaminya berpendapatan agak rendah ataupun masih belum mencukupi untuk menanggung kos keperluan keluarga. Di samping membantu suami dalam perbelanjaan keluarga, si isteri juga boleh memenuhi keinginan perbelanjaan sendiri dan berbakti kepada ibu bapanya. Tanggung jawab mendidik dan menjaga anak bukanlah tanggung jawab isteri semata-mata hinggakan jika isteri bekerja maka dialah yang perlu menanggung kos nurseri anak tadi. Ianya adalah tanggung jawab yang dikongsi bersama suami dan isteri.

    Bagi si suami pula, perlulah bertolak ansur dan cuba memahami isterinya. Seandainya suami dan isteri sama-sama bekerja, perbelanjaan rumah perlulah dikongsi bersama. Jangan kerana gaji isteri lebih besar maka si isterilah yang perlu mengeluarkan belanja yang lebih besar untuk keluarga, keperluan diri dan ibu bapanya perlu diketepikan. Sepatutnya si suami perlu lebih kreatif dalam mencari pendapatan sampingan yang halal..

    Wallahu a'lam..

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14528
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #7 02 March, 2012, 04:10:36 PM
  • Publish Di FB
  • seorang lecturer..suami tidak bekerja...hanya menjlnkan perniagaan kopi kecil-kecilan.kadang2 langsung tak bekerja...

    hidup anak beranak isteri yang tanggung...

    sekarang berada di UK ikut si isteri yang further study...

    so macam mana keadaan disini?

    kalau ikut yang ummi sarankan..si isteri harus ikut suami..bukan suami ikut isteri..

    si isteri patut redha dgn rezeki suami...

    dalam konteks nih patutkah kawan saya tadi ..berhenti kerja/ jgn further study..dan hidup sahaja ala kadar dgn suaminya itu?Sedangkan peluang terbuka luas untuk mereka tambah rezeki dari pendapatan si isteri.

    Bukankah kita juga patut berusaha perbaiki hidup..kalau ada jalan yang mengharuskannya...?

    Dalam hal begini, isteri yang mahu bekerja  dan mahu menyambung pelajaran. Boleh saja isteri bekerja, asalkan jangan mengungkit perbelanjaan yang dia tanggung untuk keluarga.

    Kalau isteri tak mahu bekerja pun boleh, lepaskan lah peluang belajar tu. Suami , bila mana isterinya tidak bekerja, maka mahu tak mahu dia pasti akan berusaha dan keluar rumah bekerja bersungguh-sungguh untuk memenuhi keperluan keluarga. Dia tidak lagi menumpukan semata-mata kepada hasil jualan kopi tu saja.

    Cumanya, isteri kenalah redha jika melalui laluan hidup susah bersama suami. Seperti kehidupan Syaidina Fatimah, kadang kala tak ada benda nak suap, atau kena kisar gandum dahulu sebelum boleh diuli , dicanai menjadi roti. Pernahkah Syaidina Fatimah merungut hidup susah bersama Syaidina Ali?


    Sekiranya  siisteri mendapati peluang rezeki terbuka luas melalui pendapatannya, usahlah berkira dan rasa terpaksa untuk menyara keluarga. Saya tertarik dengan ungkapan An_Nisae di shoutbox.

    Quote from: An_Nisae, Today at 08:43:30 AM
    Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda, Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk dipertemukan jodoh dan diberikan teman hidup.

    Mei

    • *
    • Posts: 1051
      • View Profile
    Jawab #8 02 March, 2012, 04:18:52 PM
  • Publish Di FB
  • Point yang saya bangkit kan bukan..sama ada isteri mengungkit atau tidak. Point yang penting adalah..kalau ada jalan untuk perbaiki diri..kenapa pilih jalan yang sempit...

    Isteri dah tentu lah redha dengan segala perbelanjaan yang ditanggung nya....

    Malahan dengan izin suami juga dia melanjutkan pengajian....

    Cuma nya....kalau ada jalan yang lebih baik maka pilih lah yang baik itu. Unless kalau si isteri langsung  tak berkerja maka memang patutlah dia redha dengan rezeki suami nya itu semata-mata...



    Setuju dengan Nina,

    Bagi si suami pula, perlulah bertolak ansur dan cuba memahami isterinya. Seandainya suami dan isteri sama-sama bekerja, perbelanjaan rumah perlulah dikongsi bersama. Jangan kerana gaji isteri lebih besar maka si isterilah yang perlu mengeluarkan belanja yang lebih besar untuk keluarga, keperluan diri dan ibu bapanya perlu diketepikan. Sepatutnya si suami perlu lebih kreatif dalam mencari pendapatan sampingan yang halal..

    Ummu Fatimah

    • *
    • Posts: 2264
      • View Profile
    Jawab #9 02 March, 2012, 05:04:13 PM
  • Publish Di FB
  • Puan Mei, huraian saya tadi untuk isteri yang tidak bersedia untuk mengeluarkan perbelanjaan untuk suami dan anak-anak seperti yang diutarakan oleh pembuka topik. Keadaan tentulah berbeza apabila isteri sedia untuk keluarkan perbelanjaan, berkongsi membayar sewa rumah, jadi bolehlah sewa rumah yang jauh lebih besar. Sedia kongsi beli barang dapur, jadi bolehlah makan mewah2.

    Tetapi untuk menyuruh suami mencari pekerjaan sampingan bagi menampung perbelanjaan keluarga bukanlah hak seorang isteri, kerana nak puaskan nafsu dengan segala kehendak, sampai mati pun takkan puas, suami kerja 24jam pun takkan cukup..

    Saya setuju dengan pendapat ummi, bab nurseri dan segala perbelanjaan anak yang bertambah apabila isteri bekerja, maka isteri jugalah yang mengeluarkan perbelanjaan.

    Pendek kata, isteri bekerja atau tidak, ia tidak sepatutnya membebankan suami..

    mohd nazrul

    • *
    • Posts: 19
      • View Profile
    Jawab #10 06 March, 2012, 02:50:30 AM
  • Publish Di FB
  • `Seandainya suami dan isteri sama-sama bekerja, perbelanjaan rumah perlulah dikongsi bersama.'

    kalau si isteri yang bekerja dan tidak berkongsi macam mana ye?boleh dikatakan si isteri ni ibarat kerja untuk mak dan ayahnya sahaja.setiap bulan si isteri ini akan memberikan kepada mak ayahnya. bila dipersoalkan, si isteri akan mengatakan itu adalah tanggungjawab suami,suami yang kena tanggung semua. Bermakna si isteri ini bekerja untuk?

    cokodok08

    • *
    • Posts: 299
    • Rindu dan Cinta Teragung hanya milikNya!
      • View Profile
    Jawab #11 06 March, 2012, 08:41:41 AM
  • Publish Di FB
  • Saya setuju dengan Ummi dan Ummu Fatimah jika isteri bekerja, maka wajarlah dia yang menanggung nurseri sbb dia tugas yang sepatut dia lakukan terpaksa di serahkan kepada orang lain..kalau tak sedia tanggung semua tu, jangan bekerja! duduk rumah dan laksanakan tugas yang sepatutnya dia lakukan.

    Berkenaan soalan Tuan Nazrul, jika suami rasa isterinya tidak sesuai untuk bekerja disebabkan alasan yang dia tidak suka, silakan TIDAK IZINKAN si isteri bekerja...dan sabagai isteri WAJIB patuh apa sahaja perintah suami selagi tidak melanggar hukum syara'...tapi kalau tak sedia nak suruh isteri berhenti kerja, jangan dipersoalkan ke mana dan untuk apa gaji yang isteri dapat disalurkan selagi mana si isteri laksanakan tanggungjawab dia sebagai isteri walaupun dia sedang bekerja.

    Mahu berkongsi atau tidak itu terpulang kepada si isteri...tapi si isteri boleh bekerja atau tidak itu terpulang kepada keputusan suami.

    mohd nazrul

    • *
    • Posts: 19
      • View Profile
    Jawab #12 06 March, 2012, 09:14:39 PM
  • Publish Di FB
  • `jika suami rasa isterinya tidak sesuai untuk bekerja disebabkan alasan yang dia tidak suka, silakan TIDAK IZINKAN si isteri bekerja'.

    terima kasih kepada cokodok08, memang ikutkan hati si suami hendak suruh isterinya berhenti kerja tetapi isterinya menjawab `boleh berhenti tapi suaminya kena bayar kos pelajarannya sebelum ini, boleh ke?'...dari situ si suami rasa tidak mampu. yang menjadi persoalannya sekarang, kenapa si isteri ni apabila sudah di beri keizinan berkerja ibarat tidak fikir yang dia ni sudah menjadi isteri dan rujuk kepada penjelasan dari UmmiMunaliza `Tanggungjawab seorang anak perempuan terhadap ibu bapanya tamat apabila dia telah bernikah. Namun demi keharmonian, maka sebaik-baiknya ini boleh diberikan budibicara oleh suami'.

    `tapi kalau tak sedia nak suruh isteri berhenti kerja, jangan dipersoalkan ke mana dan untuk apa gaji yang isteri dapat disalurkan selagi mana si isteri laksanakan tanggungjawab dia sebagai isteri walaupun dia sedang bekerja.'

    terima kasih sekali lagi kepada cekodok08. Bukan hendak persoalkan ke mana dan untuk apa gaji yang isteri dapat disalurkan tetapi hendak berbincang demi kebaikan dirinya. bukan hendak menghalang si isteri tanggung mak ayahnya tetapi berpatutan sikit sehinggakan dirinya tidak cukup untuk kos pergi dan balik kerja untuk sebulan. sebagai suami tentulah tidak sanggup melihat isterinya dalam keadaan susah tetapi bagaimana suaminya hendak menolong?sedangkan si suami hanya cukup-cukup untuk membeli makan dan keperluan anak untuk sebulan. apabila dibincangkan hal ini bersama isteri, si isteri tetap berkeras dengan apa yang dilakukan selama ini. si suami tidak pernah minta si isterinya duit tetapi apa yang dipersoalkan adalah untuk kebaikan dirinya.jangan sampai tiap-tiap bulan sampai berhutang.dapat gaji bayar hutang,cukup bulan berhutang lagi dan seterusnya.sampai bila?



    Ummu Fatimah

    • *
    • Posts: 2264
      • View Profile
    Jawab #13 14 March, 2012, 12:15:40 AM
  • Publish Di FB
  • Itulah masalahnya apabila suami terikat dengan sebarang syarat apabila isteri mengugut 'jika saya berhenti kerja, suami perlu...'


    Saya setuju dengan cokodok. Suami kalau mampu bertegaslah. Ada hak suami untuk izinkan atau tidak isteri bekerja. Berbincanglah baik-baik. Banyakkan doa untuk isteri.

    Allah Maha Kaya lagi Maha Pemurah, sedangkan manusia itu faqir. Mintalah dengan Allah..

    Takpelah tuan yang mulia.. Tuan tenangkan fikiran, yakinlah yang isteri tuan buat sedekah terhadap keluarganya maka rezeki tuan sekeluarga akan bertambah, bertambah dan bertambah.

    Mungkin tuan tak nampak nilainya dari segi wang ringgit.. Em, tuan fikir -fikir dan renung-renung sekeliling tuan. Yang penting, tuan syukurlah dulu..



    « Last Edit: 14 March, 2012, 12:21:11 AM by Ummu Fatimah »

    5zul

    • *
    • Posts: 3045
    • ~~ Tiada Kesusahan Melainkan Susah ~~
      • View Profile
    Jawab #14 12 September, 2012, 11:59:25 AM
  • Publish Di FB
  • Isteri mestilah memberikan hak suami yang ingin menyetubuhinya pada bila-bila masa sahaja selagi ia dibenarkan oleh syara’,contohnya ketika bersih daripada haid dan nifas.

    jika asik  berkerja bila masa akan di berikan nikmat diri tue...


    Islam telah meletakkan landasan yang jelas terhadap sesebuah ikatan perkahwinan,iaitu pembinaannya mestilah di atas asas agama,buksnnya nafsu semata-mata.Oleh itu,rumahtangga yang harmoni dan bahagia akan terbentuk melalui rasa tanggungjawab masing-masing dengan sempurna,kerana perkahwinan yang diikat melalui akad perkahwinan bertujuan membentuk peribadi dan mengajak pasangan tersebut supaya berkongsi pendapat,masa,cara hidup untuk sama-sama menunaikan tanggungjawab masing-masing kearah keluarga yang bahagia.

       Keluarga yang baik dan harmoni akan dapat melahirkan masyarakat yang baik juga,melalui proses pembentukan peribadi dan jiwa anak-anak,yang mana semua itu bermula daripada sebuah keluarga.Masyarakat dan negara tidak akan maju dan tidak sempurna jika ahli keluarga yang mendiami sesebuah negara itu pincang.
    ~~ Dalam Kegelapan Malam Ader Sinaran ~~

    score

    • *
    • Posts: 20
      • View Profile
    Jawab #15 03 October, 2012, 03:57:11 PM
  • Publish Di FB
  • Kadang kala teguran yang betul dan dilakukan secara berhemah pun membuatkan isteri melenting dan dia tidak akan bertegur sapa sampai berminggu.Lepas itu suami akan tidur luar seorang lah.Isteri merasakan dia hebat dlm menyediakan keperluan rumahtangga.Isteri jenis begini tidak suka berbincang ...

    elsanxs

    • *
    • Posts: 900
      • View Profile
    Jawab #16 03 October, 2012, 04:53:15 PM
  • Publish Di FB
  • Kadang kala teguran yang betul dan dilakukan secara berhemah pun membuatkan isteri melenting dan dia tidak akan bertegur sapa sampai berminggu.Lepas itu suami akan tidur luar seorang lah.Isteri merasakan dia hebat dlm menyediakan keperluan rumahtangga.Isteri jenis begini tidak suka berbincang ...

    Isteri begini masih kurang kefahaman mengenai peranan sebagai seorang isteri. Di sinilah tugas para suami di mana mereka perlu membimbing dan melenturkan isteri untuk menjadi seorang isteri yang soleh dan taat.
    halaqahforum4

    score

    • *
    • Posts: 20
      • View Profile
    Jawab #17 04 October, 2012, 06:01:54 PM
  • Publish Di FB
  • Kadang kala teguran yang betul dan dilakukan secara berhemah pun membuatkan isteri melenting dan dia tidak akan bertegur sapa sampai berminggu.Lepas itu suami akan tidur luar seorang lah.Isteri merasakan dia hebat dlm menyediakan keperluan rumahtangga.Isteri jenis begini tidak suka berbincang ...

    Isteri begini masih kurang kefahaman mengenai peranan sebagai seorang isteri. Di sinilah tugas para suami di mana mereka perlu membimbing dan melenturkan isteri untuk menjadi seorang isteri yang soleh dan taat.

    Saya setuju sprtmana yg biasa dinasihatkan guru atau ibubapa pada pelajar supaya sentiasa berkerja keras , rajin dan faham akan topik pembelajaran supaya menjadi pelajar yg cemerlang.Malangnya walaupun dah pergi kelas tuisyen, pelajar yg cemerlang biasanya terdiri drp mereka yg sememangnya cerdik.Kalau yg memang tak pandai, berilah kefahaman pun masih gagal mendapat gred cemerlang.Carilah guru yg cemerlang pun tahap pencapainnya tak seberapa.

    Isteri pun ada yg macam ini, berilah kefahaman , bimbinglah , lenturlah  tapi tak menjadi

    RNLQ

    • *
    • Posts: 287
      • View Profile
    Jawab #18 04 October, 2012, 09:25:19 PM
  • Publish Di FB
  • Isteri pun ada yg macam ini, berilah kefahaman , bimbinglah , lenturlah  tapi tak menjadi

    Alhamdulillah..suami memberikan kefahaman, bimbingan dalam melentur isterinya,
    Usahlah putus asa dalam usaha, semangat suami itu terus membara hendaknya..
    redhakan dan ikhlaskan dalam usaha menjadi nakhoda mithali..
    Dengan sedaya upaya mengikut acuan Al-Quran dan As-Sunnah..
    Kemenjadian sesuatu itu bukan kita yakni manusia yang menentukan..
    Semuanya dengan Izin-Nya jua sama ada cepat atau lambat kemenjadian itu,
    bergantung kepada ketentuan-Nya.. Insya Allah..

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    102 Replies
    16754 Views
    Last post 23 July, 2012, 11:41:26 PM
    by Nurul Nawar
    55 Replies
    13274 Views
    Last post 19 February, 2014, 11:02:56 AM
    by siti saieedhah
    0 Replies
    569 Views
    Last post 12 April, 2012, 12:39:03 PM
    by humayraaanis