Zakat Wang Simpanan

*

Author Topic: Zakat Wang Simpanan  (Read 7063 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

MYnameAisyah

  • *
  • Posts: 18
    • View Profile
28 January, 2012, 11:37:50 AM
  • Publish
  •  :)..
    S0alan ni ada 0rang suruh tanyakan..

    kalau dalam bank dia ada RM5000..dia nak keluarkan zakat..
    berapa yang dia kena keluarkan..?
    b0leh tak kalau dia kasi duit zakat tu kepada pelajar yang masih belajar..?

    terima kasih..

    Bunga Kantan

    • *
    • Posts: 62
    • Rencah Utama Dalam Laksa
      • View Profile
    Reply #1 28 January, 2012, 01:50:03 PM
  • Publish
  • :)..
    s0alan ni ada 0rg suruh tanyakan..

    kalau dalam bank dia ada RM5000..dia nak keluarkan zakat..
    berapa yang dia kena keluarkan..?
    b0leh tak kalau dia kasi duit zakat tu kepada pelajar yang masih belajar..?

    terima kasih..

    Untuk mengeluarkan zakat, kena ikut syarat-syaratnya. Antara syarat-syaratnya ialah cukup haul dan sampai nisabnya.

    Zakat Wang Simpanan

    Mata wang wajib dikenakan zakat kerana ia boleh digunakan untuk bermuamalah sama dengan emas dan perak. Wang sama ada berbentuk kertas, syiling atau sebagainya setaraf dengan emas dan perak sebagai satu kuasa membeli. Nisab zakat wang simpanan adalah berdasarkan nilai semasa bagi nisab emas 20 mithqal (85 gram) atau perak (595 gram).


    Kaedah Kiraan Wang Simpanan Zakat:


    Simpanan Tetap

    Apabila sesuatu simpanan tetap itu telah genap setahun dan jumlahnya melebihi daripada paras nisab ( 85 gram emas), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5% daripada jumlah wang simpanan tersebut.

    Simpanan Biasa

    Ianya adalah dikira berdasarkan kepada jumlah baki terendah atau berakhir haul bagi simpanan tersebut.


    Simpanan Dalam Satu Akaun

    Jika sesuatu simpanan itu telah genap setahun dan baki terendahnya (setelah ditolak faedah yang ada dalam tempoh tersebut) adalah melebihi paras nisab, maka seseorang itu wajib untuk mengeluarkan zakat atas wang simpanan.

    Simpanan Dalam Beberapa Akaun

    Jika seseorang itu mempunyai beberapa akaun simpanan, maka baki terendahnya dari setiap akaun simpanan tersebut mestilah dicampurkan untuk mengira zakat walaupun mungkin jika dikira satu-satu akaun, baki terendahnya tidak mencukupi nisab.

    Jadi adik lihatlah berapa  nilai nisab emas dipasaran sekarang. Menurut Portal rasmi Zakat Kedah, Nisab Emas 85 gm  bersamaan RM 13,896.65. Jika tidak sampai nisab walaupun cukup haul, tidak perlu mengeluarkan zakat wang simpanan.

    MYnameAisyah

    • *
    • Posts: 18
      • View Profile
    Reply #2 28 January, 2012, 08:30:46 PM
  • Publish
  • 0uh..yeke.. :syukur:
    terima kasih ye...

    next questi0n..
    nisab tu apa?..
    haul tu apa ye?

    msa

    • *
    • Posts: 1609
      • View Profile
    Reply #3 28 January, 2012, 08:38:21 PM
  • Publish
  • Jadi adik lihatlah berapa  nilai nisab emas dipasaran sekarang. Menurut Portal rasmi Zakat Kedah, Nisab Emas 85 gm  bersamaan RM 13,896.65. Jika tidak sampai nisab walaupun cukup haul, tidak perlu mengeluarkan zakat wang simpanan.


    Nisab terkini (tahun 2012) yang diwajibkan mengeluarkan zakat mengikut Pusat Zakat Johor ialah RM 14,132.06 yang bersamaan dengan harga 85 gram emas.
    ~ Begin with the End in Mind ~

    msa

    • *
    • Posts: 1609
      • View Profile
    Reply #4 28 January, 2012, 08:46:15 PM
  • Publish
  • 0uh..yeke.. :syukur:
    terima kasih ye...

    next questi0n..
    nisab tu apa?..
    haul tu apa ye?


    Nisab ialah kadar harta yang diwajibkan membayar zakat padanya. Contoh: 85 gram emas = RM 14,132.06 adalah nisab bagi harta untuk dikeluarkan zakat. Harta yang tidak mencapai kadar nisab itu tidak diwajibkan dikeluarkan zakat, dan begitulah sebaliknya.

    Haul ialah tempoh masa setahun. Jika harta itu telah melepasi kadar nisab, dan jangka masa harta itu telah mencapai satu tahun, maka zakat diwajibkan untuk dikeluarkan ke atasnya.

    Bunga Kantan

    • *
    • Posts: 62
    • Rencah Utama Dalam Laksa
      • View Profile
    Reply #5 28 January, 2012, 08:48:34 PM
  • Publish

  • Syarat-syarat Bagi Wajib Membayar Zakat
     
    Setiap individu yang ingin mengeluarkan zakat perlu memahami syarat-syarat bagi wajib membayar zakat.  Syarat-syarat tersebut ialah:

    1. Orang Islam
    (Zakat hanya diwajibkan kepada orang-orang Islam sahaja)

    2. Mereka Yang Mempunyai Harta Yang Sempurna Milik
    (Harta yang hendak dizakat hendaklah dimiliki dan dikawal sepenuhnya oleh orang Islam yang merdeka. Bagi harta yang berkongsi antara orang Islam dengan orang bukan Islam, hanya bahagian orang Islam sahaja yang diambil kira di dalam pengiraan zakat)

    3. Harta tersebut telah cukup Nisab
    (Nisab adalah paras minimum yang menentukan sesuatu harta itu wajib dikeluarkan zakat atau tidak. Nisab menggunakan nilai emas harga semasa iaitu 20 misqal emas bersamaan 85 gram emas)

    4. Cukup Haul
    (Bermaksud genap setahun iaitu selama 354 hari mengikut tahun Hijrah atau 365 hari mengikut tahun Masihi)

    Bunga Kantan

    • *
    • Posts: 62
    • Rencah Utama Dalam Laksa
      • View Profile
    Reply #6 28 January, 2012, 08:56:26 PM
  • Publish
  • Bab zakat dipelajari semasa sekolah menengah di tingkatan 1. Kalau masih sekolah, tentu ingat bab zakat dalam matapelajaran Pendidikan Islam.

    msa

    • *
    • Posts: 1609
      • View Profile
    Reply #7 28 January, 2012, 09:00:31 PM
  • Publish
  • Bab zakat dipelajari semasa sekolah menengah di tingkatan 1. Kalau masih sekolah, tentu ingat bab zakat dalam matapelajaran Pendidikan Islam.

    Ya....saya pun fikir begitu...bab zakat telah dipelajari semasa di sekolah menengah....pengertian nisab dan haul itu sepatutnya telah diketahui, paling tidak pun pernah didengar dan dipelajari...ini termasuk asas rukun islam yang lima...

    Bunga Kantan

    • *
    • Posts: 62
    • Rencah Utama Dalam Laksa
      • View Profile
    Reply #8 28 January, 2012, 09:04:13 PM
  • Publish
  • Ya, zakat merupakan salah satu rukun Islam yang ke 4, wajib diketahui oleh seorang Islam.

    MYnameAisyah

    • *
    • Posts: 18
      • View Profile
    Reply #9 29 January, 2012, 12:11:17 PM
  • Publish
  • umm... memang pernah belajar waktu sek0lah..
    tapi sayang sebab masa belajar tak berapa nak paham..
    dah habis belajar...dah tak ingat...^^
    bila diperlukan baru d0k tercari2...~

    deuteromalay

    • *
    • Posts: 282
      • View Profile
    Reply #10 29 January, 2012, 04:41:54 PM
  • Publish
  • Salaam...
    Inilah susahnya bila banyak wang...buktinya nak dihisab kena ada pakar...bayangkan hisabNYA nanti di Mahsyar....di dunia ni patutnya di ambil belanja biar berpatutan...bagi yg makan gaji buat spt khalifah ar Rashiddin....ambil utk belanja setahun cukup biarpun pangkat tinggi....patutnya Tok Sri Najib dulu buat gitu barulah Rosmah tak gila2 shoping kat seberang laut...Biar Tok Sri Najib dan pegawai2 SPRM buat dan hebohkan pada kita InshaALLAH negara kita tak payah berbelanja besar utk kempen dan perjalanan pilihanraya...sebenarnya kita dah takde pilihan sbb masa dah suntuk....ayuh tok sri kami sayang kamu sbb jasa Tun Razak Hussein dulu...kami anak2 didik dasar pelajaran Razak.
    WasSalaam.

    keMuNcUpp

    • *
    • Posts: 881
      • View Profile
    Reply #11 18 March, 2012, 06:58:54 PM
  • Publish
  • :)..
    S0alan ni ada 0rang suruh tanyakan..

    kalau dalam bank dia ada RM5000..dia nak keluarkan zakat..
    berapa yang dia kena keluarkan..?
    b0leh tak kalau dia kasi duit zakat tu kepada pelajar yang masih belajar..?

    terima kasih..

    :senyum:...buat je macam den...bawa semua buku bank yang telah dikemaskini ke Pusat Zakat yang berhampiran...tau la camne dorang nak kira...
    ♥♫•¸.•´¯`•.♥¸•´¯`•.♥•´¯`•.♥•♪♫​♥¸•´¯`•.♥•´¯`•.♥•♪♫ ♥♫•¸.•´¯`•.♥¸•´¯`•.♥•´¯`•.♥•♪♫​♥¸•´¯`•.♥•´¯`•.♥•♪♫
    CatcH Me If U CaN...LoVe Me If U WaNt...HaTe Me IF U DarE...Hidup ini indah jika Ukhwah Fillah Ila Jannah ++++++

    mr

    • *
    • Posts: 1
      • View Profile
    Reply #12 11 August, 2012, 08:44:25 AM
  • Publish
  • Salam.. Paras nisab utk zakat emas 85gram, manakala paras nisab utk zakat simpanan xsama dengan nisab zakat emas kan?

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4872
      • View Profile
    Reply #13 11 August, 2012, 08:58:41 AM
  • Publish
  • http://www.e-zakat.com.my/kalkulator-zakat/zakat-wang-simpanan/

    silakan klik, masukkan jumlah, pastu akan di kirakan, subhanallah

    inshallah ya, kemudahan di jarimu, inshallah

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    1 Replies
    1802 Views
    Last post 14 June, 2009, 01:07:25 AM
    by acapklcc9
    0 Replies
    2069 Views
    Last post 21 June, 2010, 10:31:01 AM
    by azizi_zulkefli
    1 Replies
    407 Views
    Last post 27 July, 2013, 09:28:24 AM
    by al_ahibbatu