Nikah & Hukum

*

Author Topic: Nikah & Hukum  (Read 3462 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Tini Omar

  • *
  • Posts: 4
    • View Profile
20 January, 2012, 03:53:51 PM
  • Publish
  •  :)
    Saya telah mentelaah di segenap ruang forum untuk mencari jawapan dari persoalan yang tetiba timbul..tapi masih tidak ketemu..
    Soalan nya : Adakah nikah itu sah dan dalam pada masa yang sama pihak pengantin perempuan sedang berhadas besar? 

    Ummu Fatimah

    • *
    • Posts: 2160
      • View Profile
    Reply #1 20 January, 2012, 04:00:59 PM
  • Publish
  • Hadath besar bukan salah satu syarat sah nikah.. Tidak ada masalah.
    zaujah n aliah yusri.. ummu yusuf ramadhan & nur fatimah mujahidah..

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4872
      • View Profile
    Reply #2 20 January, 2012, 04:44:46 PM
  • Publish
  • asalkan perempuan itu bukan isteri orang lain, ketika itu, maka sahlah nikahnya

    yang mengesahkan ialah di nyatakan SAH oleh saksi saksi nikah
    satelah di akadkan oleh suami kamu

    inshallah ya

    Hadas Besar seperti HAID kah

    atau Berzina?

    masalah lain akan muncul seterusnya

    subhanallah

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #3 20 January, 2012, 04:50:16 PM
  • Publish
  • Hadas besar kerana apa? Haid, nifas atau junub?

    Kalau sedang haid ketika akad nikah , tidak merupakan salah satu rukun nikah.Maka nikah itu sah.

    Rukun nikah

    * Pengantin lelaki
    * Pengantin perempuan
    * Wali
    * Dua orang saksi
    * Ijab dan kabul (akad nikah)

    Kalau sedang berjunub, dengan siapa, adakah isteri orang?Tidak sah bernikah dengan isteri orang.

    Kalau sedang nifas, bermakna janda, iddahnya telah berakhir setelah anak itu lahir, jika bernikah semula, nikahnya sah jika menepati rukun nikah di atas tu.
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    ifahuzir

    • *
    • Posts: 523
      • View Profile
    Reply #4 20 January, 2012, 05:04:54 PM
  • Publish
  • Quote
    Soalan nya : Adakah nikah itu sah dan dalam pada masa yang sama pihak pengantin perempuan sedang berhadas besar?

    Syarat Sah Nikah yang ada kaitan dengan si isteri adalah:
    1. Bakal isteri bukanlah mahram (haram nikah) kepada bakal suami..
    contoh : bakal isteri bukan ibu kepada bakal suami, bukan isteri orang, tidak dalam mengerjakan haji/ umrah, bakal isteri bukan adik kandung bakal suami, bukan mak saudaranya, bukan atok perempuan, bakal isteri tidak dalam keadaan mengandung dan bakal isteri tersebut bukanlah lelaki.

    yang lelain, kene dapat persetujuan wali.. iaitu bapa kandung bakal isteri.. kalau takder jumpe.. kene cari lah..

    lagik, kene ada 2 saksi lelaki.. saksi pompuan takleh..

    kene ada lafaz ijab & Qabul lah..

    kene ada la bakal suami tu..

    tu aje rasanyer... ada yang nak tambah?
    kalau bakal suami pulak berhadas besar camana? hehee.. time baca kuthbah nikah, bila time kene baca ayat Al-Quran, senyapppp aje... sebab haram baca dalam hadas besar eh.. hikhikhik...

    Tini Omar

    • *
    • Posts: 4
      • View Profile
    Reply #5 21 January, 2012, 05:38:44 PM
  • Publish
  •  :) hadas maksud saya ...(haid).. terima kasih.. penjelasan diatas...sangat bermakna sekali...

    Tini Omar

    • *
    • Posts: 4
      • View Profile
    Reply #6 21 January, 2012, 07:24:17 PM
  • Publish
  •  :)..... bahan bacaan yang telah saya baca sebentar tadi ...salinan dari blog: Soal Jawab Wanita Dan Keluarga (Menikah Sedang Haid)

    Menikah Ketika Sedang Haid
    apakah ada sebarang hukum jika bernikah ketika pengantin perempuan sedang haid?
    View user's profile Send private message

    Assalamu'alaikum

    Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdri nazarita ini dengan semampu yang mungkin.

    Didalam Islam, sudah tentu setiap peribadatan itu mempunyai rukun-rukunnya tersendiri. Didalam Mazhab Syafie yang menjadi mazhab resmi negara, rukun nikah ada 5 perkara : Syigah (Ijab dan Qabul), lelakinya, perempuannya, wali dan dua orang saksi[1].

    Wali perempuan tersebut harus menerima Ijab dengan berkata "Aku nikahkah engkau dengan anak perempuanku" (زوّجتك ابنتي), dan yang menerimanya (Qabul) harus menjawab, sebagai contoh "Aku Terima" (قبلت) atau "Aku redha (menerimanya)" (رضيت). Peristiwa ini disaksikan oleh 2 orang saksi. Perempuan tersebut haruslah halal dinikahi menurut syara'.[2].

    Tidaklah menjadi syarat sah nikah bagi wanita yang ingin dikahwini itu haruslah suci dari haid. Cuma apa yang harus dielakkan ialah perempuan yang didatangi haid dibawa ke masjid.

    Lajnah fatawa Daimah Saudi (5/398) menyatakan hukum wanita yang didatangi haid memasuki masjid [3]:

    "Tidak dibenarkan wanita yang berhaid memasuki masjid melainkan untuk melintasinya sahaja jika ada keperluan. Ini seperti hukum bagi mereka yang berkeadaan junub, sebagaimana firman Allah swt :

    يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لا تَقْرَبُوا الصَّلاةَ وَأَنْتُمْ سُكَارَى حَتَّى تَعْلَمُوا مَا تَقُولُونَ وَلا جُنُبًا إِلا عَابِرِي سَبِيلٍ حَتَّى تَغْتَسِلُوا
    "Wahai orang yang beriman, janganlah kamu menghampiri solat, sedangkan kamu didalam keadaan mabuk, sehingga kamu tahu apa yang kamu cakapkan, (janganlah kamu hampiri masjid) sedang kami didalam keadan jubub, terkecuali sekadar berlalu sahaja, hingga kamu mandi".[al-Nisa’ 4:43] "

    wallahu 'alam

    -wassalam-

    ==============
    Rujukan :

    1. Dr Mustafa Bugho [etc]. Fiqh Al-Manhaji : 'ala mazhab Al-Imam Al-Syafie. Cetakan ke 4. Damsyik : Dar Al-Qalam, 2000. ms 51.

    2. Sheikh Mohammad Salih Al-Munajjid. Syarat Aqad Nikah url : http://63.175.194.25/index.php?cs=prn&ln=ara&QR=813&dgn=3&dgn=2

    3. Al-Lajnah al-Daa’imah li’l-Buhooth al-‘Ilmiyyah wa’l-Ifta’ - 5. Cetakan ke 3. Riyad : Dar Al-Mu'id, 2000.

    --------
    Wassalam

    Oleh kerana jawapan Syaikh Kamin kita ni agak ringkas dan fokus kepada madzhab Jumhur, izinkan saya lengkapkan dengan pendapat fiqih yg kritis terhadap pendapat Jumhur mengenai wanita haidh dan urusan pernikahan.

    a. Mentahqeeq semula pendapat Jumhur termasuk dari Lajnah Fatwa KSA bahawa wanita haidh diharamkan ke mesjid. Dalil alQur:an dari surah anNisaa': 43 itu bukanlah dalil melarang wanita haidh masuk ke mesjid secara qat'iy (Imam Ibn Kather, Tafseer IK: 1/500) Manakala dalil2 hadis yg melarangnya semuanya di nilai tidak sahih oleh alMuhaddith Nasiruddin alAlbani (Fatawa Medinah alMunawwarah)

    Maka Albani menetapkan wanita boleh masuk mesjid dgn dalil penafian dan dalil penetapan. Maksud dalil penafian ialah tiada dalil yg melarang yg dinilai sahih; dan maksud penetapan ialah Hadis alBukhari dari Jabir ra bahawa Nabi saw bersabda kepada Aisyah ra yg didatangi haidh ketika Haji Wadha'," maka perbuatlah apa yg diperbuat oleh orang yg berhaji kecuali tawaf dan solat."

    Pendapat alMuhaddith Albani ini sebenarnya sudah dikemukakan oleh asySyawkani (Nailool Awthor: 1/229), asySyun'ani (Subulus Salam: 1/126), Ibn Hazm alAndalusi (alMuhalla: 2/184)

    Maka masuknya wanita semasa akad Nikah ke mesjid (jika perlu), tidak semua masyarakat yg mengadakan akad nikah di mesjid) adalah dibolehkan menurut pendapat minoriti. Walaupun minoriti, pendapat ini di sokong oleh dalil hadis.

    2. Apakah harus bernikah ketika pengantin perempuan dalam keadaan haidh?
    Kita berpendapat ini adalah suatu penetapan tarikh yg dungu dan menyalahi kebahgiaan yg diatur bermula dari akad, nikah, walimah dan malam pertama. Malam pertama, misalnya dari hadis Ibn Abi Syaibah, disunatkan solat sunat bersama. Kemudian pengantin di hiaskan dan perbaguskan (Hadis Imam Ahmad dari Asma' bte Yazid ra, di mana beliau menghiasi Aisyah ra utk malam pertama dgn RasuluLlah supaya Aisyah kelihatan menawan). Walaupun tidak ada garispanduan dari syara' secara detail, tapi dari sudut rasional, perancangan Nikah mesti mengambil kira pusingan haidh pengantin wanita.

    Rumusan: walaupun pendapat Syaikh Kamin kita itu mewakili Jumhur, tapi dalam Fiqih dan kebenaran, Jumhur tidak semestinya benar sepanjang masa. WA
    KIRIMAN: AIZUDDIN PADA 1:10 PM

    elisalikin

    • *
    • Posts: 1
      • View Profile
    Reply #7 01 June, 2013, 09:28:34 AM
  • Publish
  • Assalamualaikum...adakah sah menikah  jika dalam keadaan nifas setelah 10hari melahirkan..saya agak keliru..ada sesetengah pihak kata boleh & ada sesetengah pihak kata tidak boleh..mohon penjelasan..terima kasih..

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4872
      • View Profile
    Reply #8 01 June, 2013, 09:33:36 AM
  • Publish
  • Assalamualaikum...adakah sah menikah  jika dalam keadaan nifas setelah 10hari melahirkan..saya agak keliru..ada sesetengah pihak kata boleh & ada sesetengah pihak kata tidak boleh..mohon penjelasan..terima kasih..

    menikah si dara tak ada muslihat kepayahan ya

    menikah seorang janda, kena tunggu habis EDAH

    EDAH tu opo?  (2) Jika perempuan itu adalah seorang janda-

        (a) ia tidak boleh berkahwin dengan mana-mana lelaki pada bila-bila masa sebelum tamat tempoh edahnya yang dikira mengikut Hukum Syarak melainkan, tertakluk kepada perenggan (d) seksyen-kecil ini dengan suaminya yang akhir ia telah bercerai;

        (b) ia tidak boleh berkahwin melainkan ia telah terdahulu mengemukakan-

            (i) suatu surat perakuan cerai yang sah dikeluarkan di bawah undang-undang yang pada masa itu berkuasa, atau

            (ii) suatu salinan yang diperakui bagi catatan yang berkaitan dengan perceraian itu dalam daftar perceraian yang berkenaan; atau

            (iii) suatu perakuan yang boleh diberi atas permohonannya selepas penyiasatan yang wajar oleh Mahkamah Qadhi yang mempunyai bidangkuasa di tempat di mana permohonan itu dibuat yang bermaksud bahawa ia adalah seorang janda;

        (c) jika ia telah bercerai sebelum disetubuhi oleh suaminya dalam perkahwinan itu, ia tidak boleh berkahwin dengan seseorang yan lain daripada suaminya yang terakhir itu dalam tempoh edahnya untuk perceraian biasa kecuali dengan kebenaran Qadhi yang mempunyai bidangkuasa di tempat di mana pengantin perempuan itu bermastautin;

        (d) jika perceraian itu adalah dengan tiga talak ia tidak boleh berkahwin semula dengan suaminya yang terakhir itu melainkan ia telah berkahwin dengan sah dengan seorang lain dan ia telah disetubuhi oleh suami yang baharu dalam perkahwinan itu dan perkahwinan itu dibubarkan kemudiannya dengan sah dan setelah habis edahnya.


    (3) Tanpa menyentuh peruntukan seksyen 2 seorang perempuan yang telah bercerai dengan suaminya sebelum ia disetubuhi oleh suaminya hendaklah dianggap sebagai janda bagi maksud seksyen ini.

    (4) Jika perempuan itu adalah seorang balu ia tidak boleh berkahwin dengan mana-mana lelaki-

        (a) pada bila-bila masa sebelum tamat tempoh edahnya; dan

        (b) ia tidak boleh berkahwin melainkan ia telah mengemukakan-

            (i) suatu surat perakuan kematian suaminya; atau

            (ii) suatu perakuan dari Mahkamah; atau

            (iii) suatu perakuan dari pihak yang berkuasa yang diiktiraf, dan disahkan oleh Mahkamah.


    silakan ya Fahami

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    14 Replies
    10869 Views
    Last post 28 October, 2010, 10:21:55 AM
    by Ummi Munaliza
    1 Replies
    1276 Views
    Last post 30 September, 2011, 08:45:09 PM
    by hada_islamic
    10 Replies
    6501 Views
    Last post 22 January, 2012, 11:45:14 PM
    by nursolehah