Nikah Bathin

*

Poll

Bagaimana Hukum Nikah Bathin Seperti Nabi Adam?

Apakah Boleh?
0 (0%)
Apakah Dianjurkan?
0 (0%)

Total Members Voted: 0

Voting closed: 26 January, 2012, 03:17:50 AM

Author Topic: Nikah Bathin  (Read 6631 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

SYUKRIADI

  • *
  • Posts: 2
    • View Profile
19 January, 2012, 03:17:50 AM
  • Publish
  • Bagaimana Hukum Nikah Bathin Seperti Nabi Adam?
    Mohon Jawabannya

    Sembilu Kasih

    • *
    • Posts: 415
      • View Profile
    Reply #1 19 January, 2012, 05:22:01 AM
  • Publish
  • Sebenarnya, pernikahan batin muncul apabila masyarakat tidak memahami dan tidak mempelajari Islam yang sebenarnya, sebaliknya mencampuradukkan Islam dengan amalan karut. Di dalam hukum pernikahan mengikut syarak, antara rukun sah nikah, ialah wali dan saksi. Namun apabila nikah batin tidak membabitkan wali dan saksi, tentunya ia jelas tidak sah dan diiktiraf hukumnya.

    Sebuah hadis yang diriwayatkan Tirmizi dari Abu Musa Asya’ri bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Tiada nikah melainkan dengan wali”.

    Begitu juga hadis yang diriwayatkan oleh Aishah bahawa Nabi SAW bersabda: “Mana-mana perempuan yang berkahwin dengan ketiadaan izin walinya, maka nikahnya adalah batil (batal), maka nikahnya adalah batil, maka nikahnya adalah batil”.

    Begitu juga keperluan dua saksi bagi menghalalkan pernikahan itu, sabda Rasul SAW melalui hadis Ibnu Abbas bermaksud: “Bermula perempuan yang berkelakuan sundal itu ialah mereka yang menikahkan dirinya tanpa saksi”. (Tirmizi, Sahih).

    Imam Ahmad berpendapat adalah harus seorang lelaki dan dua perempuan sebagai saksi. Namun demikian beliau tidak bersetuju jika ketiadaan saksi. Imam Syafi’e di dalam kitabnya Al-Um memuatkan sebuah hadis dari Nabi SAW bermaksud: “Tiada sah nikah melainkan dengan wali dan dua saksi yang adil”.

    Inilah apa yang dilakukan sahabat Nabi SAW sebagai respons kepada banyak hadis yang bermaksud demikian. Ia juga dikuatkan dengan hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas dan sahabat lain menyebut: “Tiada sah nikah melainkan dengan dua saksi yang adil dan wali yang bijak”. Pendapat ini juga disokong oleh Zubaidi di dalam syarah Ihya’. Begitu juga disebut oleh Imam Ghazali di dalam kitab Al-wajiz: “Tiada dikira nikah melainkan dengan adanya dua saksi yang adil dan tiada permusuhan antara saksi dan kedua mempelai”.

    Saidina Umar pernah membatalkan perkahwinan yang bersaksikan seorang lelaki dan seorang perempuan, seraya berkata: “Jika sekiranya sudah bersatu antara keduanya (yang berkahwin), nescaya akan aku rejam mereka”. Apatah lagi jika ketiadaan seorang pun sebagai saksi pada majlis akad berkenaan.


    Oleh Ustaz Zamanuddin Jusoh, http://darululumonline.wordpress.com/2009/12/25/nikah-batin-tidak-sah-kerana-tiada-wali/

    Sembilu Kasih

    • *
    • Posts: 415
      • View Profile
    Reply #2 19 January, 2012, 05:23:54 AM
  • Publish
  • Bagaimana Hukum Nikah Bathin Seperti Nabi Adam?
    Mohon Jawabannya


    Adam tinggal di syurga.  Syurga yang penuh dengan kemudahan dan kenikmatan. Walaupun begitu, Adam hanya seorang diri.  Tiada kawan-kawan. Tiada isteri.  Adam merasa kesunyian.  Sebenarnya Allah bukan sahaja menganugerahkan ruh dan ilmu pengetahuan kepada Adam yang baru diciptanya.  Bahkan Allah juga membekalkan keinginan tertentu pada Adam yang dinamakan fitrah atau naluri.  Fitrah mahu makan, minum, berkerja, berbual, tidur, seks dan lain-lain sama seperti yang kita rasa hari ini.  Allah sudah mengetahui sejak azali saat dan ketika mana Adam memerlukan seseorang sebagai teman.

    Suatu hari, Adam tidur.  Setelah sedar, Adam melihat seseorang duduk di sebelah dekat kepalanya.  Adam bertanya,’ Siapa engkau?’

    ’Seorang perempuan.’

     Adam terus bertanya,’ Kenapa kamu dicipta?’

    ‘ Agar kamu merasa tenang denganku.’

    Malaikat pula bertanya Adam,’Siapakah namanya?’

    Adam memberitahu,’Hawa.’

    Mereka ingin tahu lagi,’Kenapa namanya Hawa?’

    Adam menerangkan,’Kerana ia dicipta dari sesuatu yang hidup.’

    Hawa dijadikan dari tulang rusuk Adam.  Itulah yang dimaksudkan Adam bahawa Hawa dicipta dari sesuatu yang hidup.  Sesuatu yang hidup itu ialah diri Adam sendiri.  Sedangkan asal Adam ialah tanah kering yang mati.

    Adam dinikahkan oleh Allah sendiri dengan Hawa. 

    Saya pernah melihat satu filem Hindi yang mana satu dialog oleh sang hero (Salman Khan) mengatakan dia tidak suka berkahwin dan hanya mahu mempunyai teman-teman wanita.  Bila ditanya alasannya, Salman menjawab bahawa Adam juga tidak bernikah dengan Hawa.

    Dialog sebegini jika tidak diteliti akan merosakkan fikiran anak-anak muda yang  jahil.  Jika Adam tidak bernikah dengan Hawa, maka semua manusia yang ada hari ini merupakan anak-anak zina.  Nauzubillah.   Betapa dangkalnya dialog yang tanpa merujuk kitab pun, jauh daripada lojik Adam tidak bernikah dengan Hawa.  Apa yang kita tidak tahu hanyalah bagaimana Adam bernikah kerana waktu itu tiada lagi manusia lain yang akan menjadi imam dan saksi.


    http://sayangislam.com/2009/11/20/nabi-adam-tidak-bernikah-dengan-hawa/

    Sembilu Kasih

    • *
    • Posts: 415
      • View Profile
    Reply #3 19 January, 2012, 05:29:50 AM
  • Publish
  • Allah SWT. berfirman kepada mereka: “Hai Adam, diamlah engkau bersama isterimu di dalam syurga dan makanlah (serta nikmatilah) apa saja yang kamu berdua ingini, dan janganlah kamu berdua mendekati pohon ini kerana (apabila mendekatinya) kamu berdua akan menjadi zalim”. (Al-A’raaf: 19).

    Dengan pernikahan ini Adam a.s tidak lagi merasa kesepian di dalam syurga. Inilah percintaan dan pernikahan yang pertama dalam sejarah ummat manusia, dan berlangsung di dalam syurga yang penuh kenikmatan. Iaitu sebuah pernikahan agung yang dihadiri oleh para bidadari, jin dan disaksikan oleh para malaikat. Peristiwa pernikahan Adam dan Hawa terjadi pada hari Jumaat.


    Seberapa  lama keduanya berdiam di syurga, hanya Allah SWT yang tahu. Lalu keduanya diperintahkan turun ke bumi. Turun ke bumi untuk menyebar luaskan keturunan yang akan mengabdi kepada Allah SWT dengan janji bahawa syurga itu tetap tersedia di hari kemudian bagi hamba-hamba yang beriman dan beramal soleh.

    Firman Allah SWT.: “Kami berfirman: Turunlah kamu dari syurga itu. Kemudian jika datang petunjuk-Ku kepadamu, maka barangsiapa yang mengikuti petunjuk-Ku, nescaya tidak ada kekhuatiran atas mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati.” (Al-Baqarah: 38)

    Sembilu Kasih

    • *
    • Posts: 415
      • View Profile
    Reply #4 19 January, 2012, 05:44:26 AM
  • Publish
  • Terjemahan Surah Al-Araf ayat 11 hingga 38

    Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu, lalu Kami membentuk rupa kamu, kemudian Kami berfirman kepada malaikat-malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam, lalu mereka sujud melainkan Iblis, dia tidaklah termasuk dalam golongan yang sujud. (11)

    Allah berfirman: Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu? Iblis menjawab: Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah. (12)

    Allah berfirman: Turunlah engkau dari Syurga ini, kerana tidak patut engkau berlaku sombong di dalamnya; oleh sebab itu keluarlah, sesungguhnya engkau dari golongan yang hina. (13)

    Iblis berkata: Berilah tempoh kepadaku hingga hari mereka dibangkitkan (hari kiamat). (14)

    Allah berfirman: Sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh (ke suatu masa yang tertentu). (15)

    Iblis berkata: Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus; (16)

    Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur. (17)

    Allah berfirman: Keluarlah engkau dari Syurga sebagai makhluk yang terhina serta terusir. Sesungguhnya sesiapa di antara mereka yang menurutmu, tetaplah aku akan memenuhi Neraka Jahanam dengan (golongan) kamu (yang derhaka) semuanya; (18)

    Dan wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam Syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai dan janganlah kamu hampiri pokok ini, (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim. (19)

    Setelah itu maka Syaitan membisikkan (hasutan) kepada mereka berdua supaya (dapatlah) dia menampakkan kepada mereka akan aurat mereka yang (sekian lama) tertutup dari (pandangan) mereka, sambil dia berkata: Tidaklah Tuhan kamu melarang kamu daripada (menghampiri) pokok ini, melainkan (kerana Dia tidak suka) kamu berdua menjadi malaikat atau menjadi dari orang-orang yang kekal (selama-lamanya di dalam Syurga). (20)

    Dan dia bersumpah kepada keduanya (dengan berkata): Sesungguhnya aku adalah dari mereka yang memberi nasihat kepada kamu berdua. (21)

    Dengan sebab itu dapatlah dia menjatuhkan mereka berdua (ke dalam larangan) dengan tipu dayanya. Setelah mereka memakan (buah) pohon itu, terdedahlah kepada mereka berdua aurat masing-masing dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun (dari) Syurga. Serta Tuhan mereka menyeru mereka: Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pokok itu dan Aku katakan kepada kamu, bahawa Syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata? (22)

    Mereka berdua merayu: Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi. (23)

    Allah berfirman: Turunlah kamu semuanya, dengan keadaan setengah kamu menjadi musuh bagi setengahnya yang lain dan bagi kamu disediakan tempat kediaman di bumi dan juga diberi kesenangan hingga ke suatu ketika (mati). (24)

    Allah berfirman lagi: Di bumi itu kamu hidup dan di situ juga kamu mati dan daripadanya pula kamu akan dikeluarkan (dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat). (25)

    Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur). (26)

    Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari Syurga, sambil dia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: Aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan Syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman. (27)

    Dan (orang-orang yang tidak beriman itu) apabila mereka melakukan sesuatu perbuatan yang keji, mereka berkata: Kami dapati datuk nenek kami mengerjakannya dan Allah perintahkan kami mengerjakannya. Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji. Patutkah kamu mengatakan terhadap Allah apa yang kamu tidak mengetahuinya? (28)

    Katakanlah: Tuhanku menyuruh berlaku adil (pada segala perkara) dan (menyuruh supaya kamu) hadapkan muka (dan hati) kamu (kepada Allah) dengan betul pada tiap-tiap kali mengerjakan sembahyang dan beribadatlah dengan mengikhlaskan amal agama kamu kepadaNya semata-mata; (kerana) sebagaimana Dia telah menjadikan kamu pada mulanya, (demikian pula) kamu akan kembali (kepadaNya). (29)

    Sebahagian (dari umat manusia) diberi hidayat petunjuk oleh Allah (dengan diberi taufik untuk beriman dan beramal soleh) dan sebahagian lagi (yang ingkar) berhaklah mereka ditimpa kesesatan (dengan pilihan mereka sendiri), kerana sesungguhnya mereka telah menjadikan Syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin (yang ditaati) selain Allah. Serta mereka pula menyangka, bahawa mereka berada dalam petunjuk hidayat. (30)

    Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang) dan makanlah serta minumlah dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas. (31)

    Katakanlah (wahai Muhammad): Siapakah yang (berani) mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya dan demikian juga benda-benda yang baik lagi halal dari rezeki yang dikurniakanNya? Katakanlah: Semuanya itu ialah (nikmat-nikmat) untuk orang-orang yang beriman (dan juga yang tidak beriman) dalam kehidupan dunia; (nikmat-nikmat itu pula) hanya tertentu (bagi orang-orang yang beriman sahaja) pada hari kiamat. Demikianlah Kami jelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi orang-orang yang (mahu) mengetahui. (32)

    Katakanlah: Sesungguhnya Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan-perbuatan yang keji, samada yang nyata atau yang tersembunyi dan perbuatan dosa dan perbuatan menceroboh dengan tidak ada alasan yang benar dan (diharamkanNya) kamu mempersekutukan sesuatu dengan Allah sedang Allah tidak menurunkan sebarang bukti (yang membenarkannya); dan (diharamkanNya) kamu memperkatakan terhadap Allah sesuatu yang kamu tidak mengetahuinya. (33)

    Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun dan tidak dapat pula mereka didahulukan. (34) Wahai anak-anak Adam! Jika datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu yang menceritakan kepada kamu ayat-ayat (perintah) Ku, maka sesiapa yang bertakwa dan memperbaiki amalnya, tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita. (35)

    Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat (perintah) Kami dan yang angkuh (merasa dirinya lebih) daripada mematuhinya, merekalah ahli Neraka, mereka kekal di dalamnya. (36)

    Maka tidak ada yang lebih zalim daripada orang yang berdusta terhadap Allah atau yang mendustakan ayat-ayatNya. Orang-orang itu akan mendapat bahagian mereka (di dunia) dari apa yang telah tersurat (bagi mereka), hingga apabila datang kepada mereka utusan-utusan Kami (malaikat) yang mengambil nyawa mereka, bertanyalah malaikat itu (kepada mereka): Manakah (makhluk-makhluk dan benda-benda) yang kamu sembah selain Allah? Mereka menjawab: Semuanya itu telah hilang lenyap daripada kami dan mereka pula menjadi saksi terhadap diri mereka sendiri, bahawa mereka adalah orang-orang yang ingkar. (37)

    Allah berfirman: Masuklah kamu ke dalam Neraka bersama-sama umat-umat yang terdahulu daripada kamu, dari jin dan manusia. Tiap-tiap satu umat yang masuk, mengutuk akan saudaranya (golongannya sendiri); hingga apabila mereka semua berhimpun di dalamnya, berkatalah golongan yang akhir mengenai golongan yang pertama di antara mereka: Wahai Tuhan kami, mereka inilah yang telah menyesatkan kami; oleh itu berilah kepada mereka azab seksa yang berlipat ganda dari (azab) Neraka. Allah berfirman: Kamu masing-masing disediakan (azab seksa) yang berlipat ganda tetapi kamu tidak mengetahui. (38)

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4872
      • View Profile
    Reply #5 19 January, 2012, 08:21:19 AM
  • Publish
  • Jika kamu berkata,

    "Malaikat pula bertanya Adam,’Siapakah namanya?’
    Adam memberitahu,’Hawa.’

    Mereka ingin tahu lagi,’Kenapa namanya Hawa?’
    Adam menerangkan,’Kerana ia dicipta dari sesuatu yang hidup.’

    Hawa dijadikan dari tulang rusuk Adam.  Itulah yang dimaksudkan Adam bahawa Hawa dicipta dari sesuatu yang hidup.  Sesuatu yang hidup itu ialah diri Adam sendiri.  Sedangkan asal Adam ialah tanah kering yang mati. "

    adakah kamu menyatakan, Tanah itu mati?

    seterusnya, manusia itu, adam itu, membesarlah ia? anak cucunya juga evolve, dari kecil menjadi dewasa, tua, mati

    subhanallah

    Adam sewaktu dalam Syurga, terjaga auratnya

    mati lagu mana? ada HATI - tak mahu berfikir? = hati keras? hati mati?

    demikianlah ya, jika hanya menikah zahir, ikut semua peraturan syariat, sunnah, tanpa di sertai bathin, berjayakah hidup?

    asal sesuatu ialah SATU, akan kembali menyatu, semuga terus TEGUH dan Kukuh, Subhanallah

    5zul

    • *
    • Posts: 3025
    • ~~ Tiada Kesusahan Melainkan Susah ~~
      • View Profile
    Reply #6 19 January, 2012, 10:36:22 AM
  • Publish
  • semua hakikat di rumuskan kepada baginda melalui syariat..... kisah israj miraj..
    Al-Quran di berikan.. di wahyukan....

    Insyallah -

    bahtin itu Diri lah - apa mau lagi...

    surah An-nisa ayat 1 - dari yang 1 ADAM -
    surah Al An'aam ayat 98 - pun dari yang 1 --

    -Dan Dia lah yang mencipta kamu dari diri yang satu (Adam)

    -Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa),

    syariat dah ada... kenapa tak mau ikut -
    sah bagi wanita itu di ijab kabul adalah Mas Kahwin....


    tak ada wali tak cukup syarat mana boleh nikah main main melainkan main mak mak masa kanak rabena dahulu....


    di dalam syurga ADAM berkehendak- maka esok dah ada si HAWA nie...
    setelah melihat sepasang burung bermain main di jendela -

    terasa diri keseorangan... maka ADAM berkehendak di dalam hati tanpa di lafazkan...

    ALLAH - kata ALLAH hampir.. di dalam mana pun mu berkata ALLAH hampir -

    aduhai....

    kot kot jadi niat -

    Kun Fayakun kut.....


    ~~ Dalam Kegelapan Malam Ader Sinaran ~~

    nazri0070

    • *
    • Posts: 2403
    • Aku ingin menjadi kekasihMu...Ya Allah!
      • View Profile
    Reply #7 19 January, 2012, 10:53:04 AM
  • Publish
  • Cerita nikah batin untuk Adam as dan Hawa pada waktu itu. Allah yang menikahkan, para malaikat menjadi saksi.....Syariatnya itu untuk Adam as dan Hawa.

    Selepas tu, anak cucu Adam masih adakah nikah batin tu???? Sehinggalah sampai kepada Rasulullah saw pembawa syariat akhir zaman, sah laku syariat Muhammad saw sehingga kiamat, hatta turunnya Nabi Isa as, Isa as akan mengamalkan syariat Muhammad saw. Begitu juga Khidir as yang pada setengah orang mengatakannya masih hidup dan Khidir as mengamalkan syariat Muhammad saw...

    Rasulullah saw dan para sahabat, adakah riwayat menyebut mereka mengamalkan nikah batin ni? Jawapan saya, tak pernah ditemui lagi..orang seringkali tak memahami erti batin....Bila lafaz akad nikah lengkap rukun dan syarat wajib dan sah, di situ adanya batin yang tak terpisah, tak bercerai...yang melafaz/ijab/wali, yang menerima lafaz/qabul, yang mengaku sah/saksi, semuanya bersekali dengan batin diri setiap diri....esok zahir batin kena soal, ruh dan jasad kena soal tentang semua amanahnya di dunia...
    « Last Edit: 19 January, 2012, 10:55:07 AM by nazri0070 »
    "Selagi kita lurus dengan Allah, dunia dalam genggaman."- Sayyidah Nafisah.

    dita shafa

    • *
    • Posts: 1
      • View Profile
    Reply #8 22 January, 2012, 11:48:45 AM
  • Publish
  •  :)
    mungkin pada saat nabi adam nikah bathin yg berwalikan Allah dan disaksikan malaikatlah yg sah namun sepanjang perubahan dan sampai di tangan Rasulullah nikah bathin tidak diperkenankan karena tidaksesuai dengan syariah sebab tidak adanya wali dan saksi. padahal menurut saya nikah bathin dan nikah secara agama dan tercatat sah secara hukum hanya mempersoalkan bedanya saksi dan wali saja ....

    nazri0070

    • *
    • Posts: 2403
    • Aku ingin menjadi kekasihMu...Ya Allah!
      • View Profile
    Reply #9 22 January, 2012, 09:03:21 PM
  • Publish
  • Berbahaya jika nikah batin diperakui sah.....dibimbangi mereka yang mengutamakan nafsu syahwat akan mengambil kesempatan...bila ditangkap berkhalwat/berdua-duaan dalam bilik hotel, mereka mengaku - kami dah nikah batin!!!! Haru dunia ni kalau jadi begini.....bermaharajalelalah orang-orang yang lemah dan rapuh imannya...

    nursolehah

    • *
    • Posts: 135
    • "Perbaiki diri dan serulah orang lain"
      • View Profile
    Reply #10 22 January, 2012, 11:45:14 PM
  • Publish
  • Berbahaya jika nikah batin diperakui sah.....dibimbangi mereka yang mengutamakan nafsu syahwat akan mengambil kesempatan...bila ditangkap berkhalwat/berdua-duaan dalam bilik hotel, mereka mengaku - kami dah nikah batin!!!! Haru dunia ni kalau jadi begini.....bermaharajalelalah orang-orang yang lemah dan rapuh imannya...

    benar sekali
    ramai remaja skrg mengaku telah nikah batin
    siap boleh dibuat main2 lagi....
    Sabda Rasulullah SAW" Tidak berguna hari ini bagiku andai tidak bertambah ilmuku pada hari ini"

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    133 Replies
    15963 Views
    Last post 17 February, 2012, 12:45:30 PM
    by maliki
    23 Replies
    7187 Views
    Last post 29 July, 2013, 03:10:40 AM
    by Ajibol
    8 Replies
    3565 Views
    Last post 01 June, 2013, 09:33:36 AM
    by al_ahibbatu