Ingin Mengembalikan Suasana Bahagia

Author Topic: Ingin Mengembalikan Suasana Bahagia  (Read 2297 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

isteri binggung

  • *
  • Posts: 11
    • View Profile
18 January, 2012, 01:43:03 PM
  • Publish Di FB
  • :)

    Apa yg harus dilakukan untuk mengembalikan kebahagiaan rumahtangga. . . . . .Yang hampir berantakan di sebabkan orang ketiga. .
    Skrg dlm rmhtga seolah2 tidak ada kemesraan . . . .slalu jgk cba begurau2 tp suami dingin jak . . . Kdg sy cba buat mcm msa bcnta sms gurau2 tapi suami
    mcm xda respon pn. . . .Sedih jgk hati sy tp sy kuatkn jgk utk ambil hati suami . . . Tolongla sahabat2 bg pndpt apa lagi
    yg harus sy lakukan . . .

    Ummu Fatimah

    • *
    • Posts: 2264
      • View Profile
    Jawab #1 18 January, 2012, 01:48:05 PM
  • Publish Di FB
  • Pertama, yang harus puan lakukan ialah perbetulkan ejaan supaya mudah untuk kami membaca dan memahami apa yang puan taip..
    zaujah n aliah yusri.. ummu yusuf ramadhan & nur fatimah mujahidah..

    isteri binggung

    • *
    • Posts: 11
      • View Profile
    Jawab #2 18 January, 2012, 01:57:47 PM
  • Publish Di FB
  • Alamak yaka banyak kesalahan dalam ejaan saya . . . .  Maafla

    Arozi

    • *
    • Posts: 684
      • View Profile
    Jawab #3 18 January, 2012, 02:07:13 PM
  • Publish Di FB
  • :ketawa:, itu baru keSALAHan ejaa dalam berforum, belum lagi keSALAHan berETIKA dlm rumahtangga.. Puan yang mulia, saban hari kita baca di akhbar, majalah..masalah2 sebegini, dah semacam RUTIN dah dlm masyarakat kita hari ni. Kita, ( saya ) x mau tahu lanjut laa apa masalah Puan, cuma, saya cadangkan, bagaimana pada pandangan mata Puan, buleh nampak itu semua sebagai MASALAH? Bagaimana pada pandangan mata Puan, buleh nampak suami Puan yang bermasalah? Bagaimana, Puan mulai saat ini MUHASABAH diri Puan, tengok, selidik dan cari, selepas tu AKUI kelemahan diri  dan perbaiki, insyaallah masalah akan selesai...kerana apa? Kerana Dato Dr Fadzilah Kamsah, melalui kajiannya, mendapati, PUNCA rumahtangga bermasalah ialah bila SUAMI-ISTERI TINGGALkan SOLAT FARDHU...

    Yang ke dua nya, saya pula berpendapat, bahawa punca bagi segala permasalahan yang melanda hidup manusia, ialah bila manusia TINGGALkan agama... saya, pernah juga bermasalah, dan saya berjaya meRAWATI masalah saya bila agama dah mula masuk ke dalam diri saya. Kerana, kita semua dah sedia maklum, bahawasanya, TUJUAN Allah s.w.t. beri kita AGAMA, ialah untuk menyelesaikan segala masalah hidup kita...dan bila kita tinggalkan agama, pasti dan pasti masalah akan melanda.. x kira laa, masalah keluarga ker, masalah perniagaan ker, masalah pekerjaan ker...dan sebagainya, pasti akan bermasalah bila tidak ada agama dlm keluarga, tidak ada agama dalam perm\niagaan dan tidak ada agama dalam pekerjaan...

    Insyaallah naa, kita sesama usahakan...kembalikan agama kedalam diri, semoga segala masalah akan SELESAI sebelum kita MATI....

    ifahuzir

    • *
    • Posts: 524
      • View Profile
    Jawab #4 18 January, 2012, 05:04:53 PM
  • Publish Di FB
  • Salaam.. kehadiran orang ketiga?

    pada pendapat saya baguslah.. hehee.. ado saingan dalam rumahtangga.. Janganlah menganggap ia sebagai keberantakan rumahtangga... anggaplahh ia sebagai cabaran yang sangat menarik.. Kerana apa? kerana tugas isteri hanya satu iaitu taat kepada suami SAHAJA.

    mungkin lepas ini,
    1. puan akan lebih berhias untuk suami.
    2. Puan akan lebih pandai memasak yang sedap-sedap untuk suami.
    3. Puan akan lebih sensetif kepada keadaan suami (makan minumnya/ pakaiannya/ wangnya)
    4. Puan lebih romantik terhadap suami..
    5. Puan lebih memahami suami..
    dan banyak lagi kebaikan-kebaikan yang akan dipertontonkan kepada kamu..

    Kebanyakan Suami sukakan isteri yang ceria dan banyak idea dan sentiasa berkata manis dan tidak mengungkit cerita lama.. kecuali mengungkit cerita lama yang sangat kelakar dan bukan berintonasi seperti memerli..

    nak ketahui tips lebih banyak, silakan banyak membaca.. anda sedang kesuntukan masa!! masa itu emas!

    Mei

    • *
    • Posts: 1054
      • View Profile
    Jawab #5 18 January, 2012, 06:24:19 PM
  • Publish Di FB
  • Salaam.. kehadiran orang ketiga?

    pada pendapat saya baguslah.. hehee.. ado saingan dalam rumahtangga..


    pastikan jugak..ianya benar2 persaingan yang sihat...

    tak mahu jadi sebaliknya..

    main baling2 pinggan,
    main sihir2..
    main tarik2 rambut


    Bunga Kantan

    • *
    • Posts: 62
    • Rencah Utama Dalam Laksa
      • View Profile
    Jawab #6 18 January, 2012, 06:29:51 PM
  • Publish Di FB
  • Siapa yang rajin membaca dengan ejaan begini?

    Bagaimana masalah tidak bertambah rumit bila mana peraturan yang mudah tidak dipatuhi,apa tah lagi peraturan di dalam rumah tangga.

    Peraturan berforum di sini ialah menulis dengan ejaan betul tanpa singkatan.

    Agaknya bagaimana rumah tangga akan bahagia bila banyak perkara diambil mudah dan diselesaikan dengan jalan singkat juga.

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4917
      • View Profile
    Jawab #7 18 January, 2012, 08:41:13 PM
  • Publish Di FB
  • hendak kembalikan bahagia

    sedarlah
    bahagia itu dari dalam diri sendiri

    mukmin tidak keluh kesah hal dunia
    tidak keluh kesah hal wanita/lelaki
    tidak berkata yang sia sia

    itulah kebahagiaan, mukmin, dapat rezeki dia bersyukur, dapat halangan dia bersabar, tentulah kebahagiaan miliknya

    sebab itulah
    Allah menyatakan
    bala bencana yang kamu hadapi, adalah di sebabkan tangan kamu sendiri

    sedarlah ya, kecapi bahagia, Ingatlah Ilahi rabbi, sungguh hanya dia dapat menenagkan diri, memberikan kebahagiaan

    atas sebab itu Allah menyatakan

    Kami akan uji kamu
    dengan gelap yang kamu takuti
    dengan suami isteri yang kamu cemburui
    dengan anak pinak yang kamu tak terjaga tak mampu memelihara
    dengan harta benda yang kamu berhutang panjang untuk mendapatkannya


    subhanallah

    Hebatnya Allaah

    subhanallah

    isteri binggung

    • *
    • Posts: 11
      • View Profile
    Jawab #8 02 February, 2012, 04:53:18 PM
  • Publish Di FB
  • Mohon maafla pada rakan rakan semua atas kesilapan saya menggunakan singakatan. . . .

    khalila

    • *
    • Posts: 1032
      • View Profile
    Jawab #9 08 February, 2012, 10:38:23 AM
  • Publish Di FB
  •  :)
    saya setuju dengan cadangan ifahuzir..
    puan juga boleh amalkan doa agar dicintai suami..alhamdulilah,setelah saya amalkan bertambah rasa kasih dan sayang antara kami..
    puan juga boleh amalkan sufah yusuf ayat 4 bernula inni roaitu...selalu amalkanniat suaya suami suka..kasih ke kita...lepas baca tu sapu kat muka...
    soal orang ketiga puan jangan fikir kerana tu hak dia...
    yang paling penting puan jaga diri puan bagi dia tertarik pada puan...
    jadilah isteri dibelakang suami..
    layan baik baik sebab layanan yang menawan hati suami..
    ye bang aja...

    isteri binggung

    • *
    • Posts: 11
      • View Profile
    Jawab #10 10 March, 2012, 03:36:33 PM
  • Publish Di FB
  •  :)baimaa caranya untuk melayan suami seperti tidak ada apa apa yang berlaku?
    Masalahnya kita mengetahui bahawa suami ada perempuan lain selain kita . . . . Setiap kali kta cuba melayan suami kita teringat yang suami ada dia . . . .hati jadi sakit terus tidak jadi mo bergurau senda bemesra2 . . . . .dan saya berperasaan kalau saya layan suami dengan baik seolah olah saya menerima kehadiran org ke3 tu . . . .
    Bagaimana cara melepaskan atau memisahkan suami dengan kekasihnya?
    Bantula saya,saya sebenarnya ingin melayan suami dengan baik tapi bagaimana sedangkan saya tahu suami ada perempuan lain . . . Setiap kali ingin bergurau senda saya mesti teringat perbuatan suami itu . . . . .Saya sayangkan rumahtangga saya. . . . . .

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    14 Replies
    3025 Views
    Last post 17 December, 2010, 09:48:47 PM
    by nazirul razali
    13 Replies
    4456 Views
    Last post 07 September, 2012, 07:44:00 AM
    by Yuzie
    5 Replies
    897 Views
    Last post 30 July, 2012, 01:59:01 PM
    by robhunhayati