Penyakit Mata - Glaucoma

*

Author Topic: Penyakit Mata - Glaucoma  (Read 3419 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

faa zahra

  • *
  • Posts: 1036
  • pimpin daku menuju jalanNya
    • View Profile
18 January, 2012, 03:42:05 AM
  • Publish
  • Glaukoma adalah keadaan mata yang terbentuk apabila cecair terlalu banyak menyebabkan tekanan terbina di dalam mata. Keadaan ini cenderung untuk diwarisi dan mungkin tidak muncul sehingga lewat dalam hidup. Perhatian!! Penyakit ini tidak hanya menyerang golongan emas..tetapi juga MUDA REMAJA...

    Tekanan yang meningkat, yang dipanggil tekanan intraocular, boleh merosakkan saraf optik, yang menghantar imej ke otak. Jika kerosakan pada saraf optik daripada tekanan mata yang tinggi berterusan, glaukoma akan menyebabkan kehilangan penglihatan. Tanpa rawatan, glaukoma boleh menyebabkan kebutaan kekal jumlah dalam tempoh beberapa tahun.

    Kerana kebanyakan orang dengan glaukoma tidak menunjukkan sebarang gejala awal atau sakit dari tekanan ini meningkat, ia adalah penting untuk berjumpa dengan pakar mata anda secara berkala bahawa glaukoma boleh didiagnosis dan dirawat sebelum jangka panjang kehilangan penglihatan berlaku.

    Jika anda berumur lebih 40 tahun dan jika anda mempunyai sejarah keluarga glaukoma, anda perlu mempunyai pemeriksaan mata lengkap dengan pakar mata setiap satu hingga dua tahun. Jika anda mempunyai masalah kesihatan seperti kencing manis atau sejarah keluarga glaukoma atau berisiko untuk penyakit-penyakit mata yang lain, anda mungkin perlu berjumpa dengan doktor mata anda dengan lebih kerap.



    ada 2 jenis utama glaukoma:

    1.Open-sudut glaukoma:

    Juga dipanggil glaukoma sudut lebar, ini adalah jenis yang paling biasa glaukoma. Struktur mata kelihatan normal, tetapi cecair dalam mata tidak mengalir dengan betul melalui saliran mata, yang dipanggil meshwork trabecular.

    2. Sudut-penutupan glaukoma:

    Juga dipanggil akut atau kronik sudut-penutupan atau glaukoma sudut sempit, jenis glaukoma ini adalah kurang biasa, tetapi boleh menyebabkan tokokan tekanan dalam mata secara tiba-tiba. laluan juga mungkin menjadi sempit, kerana sudut di antara iris dan kornea (di mana saluran saliran bagi mata terletak) terlalu sempit. Atau, pesakit membuka mata terlalu luas, merapatkan sudut dan menyekat aliran bendalir melalui saluran itu.


    Sebenarnya tidaklah faham sangat macamane rupa penyakit ni dan keadaannya..sesiapa yang ada cerita, pengalaman dan pengetahuan tentang penyakit ni di harap dapat berkongsi maklumat tentang penyakit ni..

    dan sesiapa sahaja yang ade petua atau cara perubatan alternatif selain membuat pembedahan untuk meredakan penyakit ni di mohon sama-sama kongsikan ..
    ..jAdIkAn aKu mEncIntAi sEsuAtu yAng mEmbAwA kEpAdA kEcIntAanMU..
    ..salamesrakuntukmuselamanya..

    faa zahra

    • *
    • Posts: 1036
    • pimpin daku menuju jalanNya
      • View Profile
    Reply #1 18 January, 2012, 04:08:36 AM
  • Publish
  • Ramai tak faham masalah glaukoma

    Oleh Hajahfarhana Tarmudi
    hajahfarhana@hmetro.com.my


    GLAUKOMA, katarak dan pereputan makular berkaitan umur (AMD) adalah antara penyakit mata kronik yang menjadi punca utama kehila�ngan penglihatan serius di kalangan mereka yang berusia lebih 40 tahun. Ia juga adalah satu daripada punca buta di kalangan orang dewasa.

    Mungkin tidak ramai yang mengetahui maksud glaukoma secara jelas. Glaukoma adalah kumpulan penyakit yang merosakkan saraf optik mata dan boleh menyebabkan kehilangan penglihatan atau buta.

    Glaukoma bukan hanya satu penyakit, sebaliknya sekumpulan penyakit yang merosakkan saraf optik. Saraf optik selalunya mengandungi jutaan saraf fiber yang menghubungkan mata dan otak. Ia juga sebahagian daripada retina yang memberi penglihatan.

    Glaukoma juga kerap dirujuk sebagai ‘pencuri senyap peng�lihatan’ kerana ia selalu gagal dikesan pada peringkat awal. Namun, apabila kerosakan terjadi ia sukar dipulihkan.


    Pakar Perunding Oftalmologi Pusat Perubatan Sunway, Dr Chin Pik Kee, berkata tiada simptom pada peringkat awal serangan glaukoma.


    “Ini menyebabkan kehadirannya tidak disedari. Apabila ia semakin teruk, penglihatan akan kelihatan turun naik dan jika tidak dirawat peng�lihatan berkurangan dan akhirnya buta.

    “Bagaimanapun, dengan pengesanan awal melalui pemeriksaan berkala dan rawatan, ia boleh melindungi mata daripada kehilangan penglihatan yang serius,” katanya.

    Beberapa kajian yang dilakukan menunjukkan tekanan mata adalah satu faktor risiko utama bagi kerosakan pada saraf optik.

    Tambahnya, bagi mata glaukoma, tekanan cecair di dalam bebola mata meningkat kerana saluran cecair tersekat akibat kerosakan saraf. Bagi mata sihat (normal) pula, pengaliran keluar masuk cecair di dalam bola mata adalah seimbang.

    Ramai yang menghidap glaukoma tidak sedar mereka ada masalah ini pada tahap awal. Glaukoma menyebabkan penglihatan bahagian tengah kabur pada tahap lewat saja.


    Glaukoma sudut terbuka paling kerap ditemui dan ini terjadi apabila saliran air keluar dari mata menjadi tersumbat, menyebabkan tekanan mata naik sekadar perlahan dan pesakit akan mengalami kehilangan penglihatan dengan perlahan.

    Glaukoma sudut tertutup (juga dipanggil akut) jarang dikesan. Dalam keadaan ini, saliran air akan tiba-tiba tertutup dan ini boleh menyebabkan buta jika tidak dirawat dengan cepat.

    Biasanya mata yang mengalami serangan akut akan menjadi kemerahan dan sakit. Ini boleh diiringi dengan sakit kepala di bahagian sebelah, kekaburan mata, rasa loya dan muntah.

    Rawatan kecemasan diperlukan dan pesakit mungkin akan ditahan di wad. Ubat akan diberi untuk merendahkan tekanan mata, diikuti dengan laser atau pembedahan. Mata sebelah juga diberikan rawatan kerana ada kemungkinan masalah yang sama boleh terjadi.

    Terdapat dua jenis lagi pe�nyakit glaukoma iaitu sekunder dan kongenital. Sekunder terjadi disebabkan tekanan tinggi dalam mata kerana masalah mata yang lain.

    Glaukoma kongenital pula berlaku apabila kanak-kanak dilahirkan dengan kecacatan di sudut mata yang memperlahankan saliran normal cecair.

    Kanak-kanak ini biasanya mempunyai tanda jelas seperti mata mendung, sensitif kepada cahaya dan mengoyak secara berlebihan.

    Pembedahan konvensional lazimnya adalah rawatan yang disyorkan kerana ubat-ubatan tidak berkesan dan boleh menyebabkan kesan sampingan yang lebih serius di kalangan bayi.

    Jika pembedahan dilakukan dengan segera, kanak-kanak ini biasanya mempunyai peluang sangat baik untuk memiliki penglihatan sempurna.

    Satu lagi faktor risiko bagi kerosakan pada saraf optik iaitu berkaitan dengan tekanan darah. Oleh itu, penting untuk memastikan tekanan darah berada pada tahap yang baik.

    Selain itu, menurut Dr Chin, katarak juga menjadi masalah kesihatan mata yang biasa terjadi di negara ini. Ia bermaksud kekaburan pada lensa dalam mata yang menjejaskan penglihatan. Ia memberi kesan kepada penglihatan dan biasa berlaku di kalangan orang yang lebih tua.

    “Berdasarkan laporan yang ditunjukkan Institut Mata Kebangsaan (NIH), apabila menjelang usia 80 tahun, lebih separuh daripada rakyat Amerika mempunyai katarak atau sudah menjalani pembedahan katarak.

    “Katarak biasanya terbentuk secara perlahan-lahan. Cermin mata baru, lampu yang lebih cerah, cermin mata antisilau atau gelap dan kanta pembesar boleh membantu pada mulanya.

    “Selain itu, memakai cermin mata hitam dan topi antara cara mudah yang boleh menghalang sinaran matahari daripada terus terpancar pada mata bagi membantu melambatkan masalah katarak,” katanya.

    Tambahnya, rawatan yang biasa menjadi pilihan adalah pembedahan. Ia membabitkan pembuangan kanta kabur dan menggantikannya dengan tiruan.

    Terdapat beberapa jenis katarak selain faktor umur iaitu sekunder, traumatik, kongenital dan radiasi. Katarak sekunder boleh terbentuk selepas pembedahan disebabkan masalah lain seperti glaukoma.

    Ia juga boleh terjadi di kalangan mereka yang menghidap penyakit lain seperti kencing manis dan kadangkala ia juga dikaitkan dengan penggunaan steroid.

    Bagi katarak traumatik pula, ia boleh terjadi selepas mengalami kecederaan pada mata atau beberapa tahun kemudian manakala kongenital dihidap oleh sesetengah bayi yang dilahirkan dengan katarak dan biasanya berlaku pada kedua-dua mata.

    Ia boleh menjadi begitu kecil tanpa menjejaskan penglihatan tetapi perlu dibuang bagi mengelakkan perkara buruk apabila membesar manakala katarak radiasi pula boleh berlaku jika mata terdedah dengan jenis radiasi berbahaya.

    Satu lagi masalah berkaitan mata adalah pereputan makular berkaitan umur (AMD). Ia berkaitan dengan masalah penglihatan yang diganggu titik hitam, herot atau kesukaran mengenal wajah orang lain.

    Penyakit yang berkaitan dengan usia itu adalah punca utama kehilangan penglihatan rakyat Amerika yang berusia 60 ke atas.

    AMD sejenis penyakit yang merosakkan pusat ketajaman penglihatan, biasanya diperlukan untuk melihat objek dengan jelas dan melaksanakan tugas seperti membaca serta memandu.

    AMD menjejaskan makular iaitu bahagian mata yang membolehkan anda untuk melihat butir secara terperinci. Ia tidak menyakitkan tetapi menyebabkan sel-sel di makular mati.

    Terdapat dua jenis AMD iaitu kering dan basah. AMD kering adalah masalah yang biasa ditemui dalam kes AMD (90 peratus).

    Ia terjadi dengan perlahan-lahan dan tidak menyebabkan kehilangan penglihatan serius. Dalam kes AMD kering, sel dan salur darah di bawah makular pecah dan menyebabkan mendapan di belakang mata disebut `drusen’.

    Kerosakan ini menjejaskan makular dan keupayaan menghantar isyarat ke otak. Penglihatan tengah secara perlahan-lahan menjadi suram dan kelabu dalam satu jangka tempoh tertentu.

    AMD basah kurang berlaku. Ia menyebabkan kerosakan kekal makular dalam tempoh sebulan atau seminggu. AMD basah biasanya berlaku selepas AMD kering. Salur darah yang rapuh dan abnormal tumbuh di belakang mata.

    Salur darah ini bocor menyebabkan makular pecah. Ia juga menyebabkan makular berubah daripada kedudukan asalnya menyebabkan penglihatan tengah menjadi herot.

    Dalam kes tertentu, AMD dapat dirasai secara perlahan-lahan pada mulanya dengan perubahan penglihatan mereka.

    Pemeriksaan mata secara komprehensif yang kerap dapat mengesan AMD sebelum ia boleh menyebabkan anda kehilangan penglihatan. Namun, rawatan hanya boleh memperlahankan kehilangan penglihatan dan tidak memulihkan.

    Menurut Perunding Oftalmologi dan Pakar Bedah Vitreoretinal Pusat Pakar UM Sdn Bhd (UMSC), Profesor Madya Dr Fong Choong Sian, masyarakat harus menyedari kepentingan menjaga kesihatan mata agar mereka tidak kehilangannya.

    Kesedaran awam mengenai masalah ini adalah penting. Mereka yang kehilangan penglihatan mata secara tiba-tiba harus menjalankan pemeriksaan segera.

    Kebiasaannya, golongan yang berumur 50 tahun mempunyai risiko tetapi yang paling berisiko adalah mereka yang mempunyai sejarah keluarga mendapat masalah AMD dan PEROKOK.

    “Biasanya, rawatan yang dijalankan adalah untuk AMD basah dengan memberikan suntikan ubat khas yang dipanggil antibodi antiVEGF ke dalam mata.

    “Setiap suntikan menelan kos antara RM700 hingga RM4,000 manakala sesetengah pesakit mungkin memerlukan rawatan laser iaitu terapi photodinamik atau pembedahan.

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~=_=~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    Glaukoma dikesan melalui pemeriksaan mata komprehensif yang dijalankan seperti:

    Ujian ketajaman visual. Ia menjalankan ujian melalui carta untuk melihat pada pelbagai jarak.

    Medan ujian visual. Ujian ini mengukur periferi anda (penglihatan sampingan).
    Ia membantu pakar jika terdapat kehilangan penglihatan periferi yang menjadi tanda glaukoma.

    Peperiksaan ruang mata. Dalam peperiksaan ini, titisan diletakkan di mata untuk memperluaskan atau membesarkan mata. Pakar menggunakan kanta pembesar khas bagi memeriksa retina dan saraf optik untuk melihat tanda kerosakan serta masalah lain.

    Tonometri adalah ukuran tekanan dalam mata menggunakan alat yang dipanggil tonometer. Titisan mata digunakan untuk ujian ini bagi mengesan glaukoma.

    Pachymetry adalah ukuran ketebalan kornea anda.

    Pakar mata menggunakan alat seperti gelombang ultrasonik untuk mengukur ketebalan kornea.


    Tanda lazim katarak:

    ~Penglihatan kabur
    ~Warna yang kelihatan pudar
    ~Silau
    ~Tidak dapat melihat pada waktu malam
    ~Penglihatan bertindih pada satu objek.
    ~Perubahan preskripsi yang kerap pada cermin mata dipakai.
    [/color]


    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4872
      • View Profile
    Reply #2 18 January, 2012, 08:26:07 AM
  • Publish
  • Hanyasanya Allah lah yang terbaik
    Dengan Ingati Allah, dapatlah memohon kebaikan, menghindari keburukan

    Tauhid mempunyai amalan amalan tertentu, yang dapat, menjaga Diri

    namun tidak ramai yang mengetahui Hakikat nya

    Hanya dengan Ilmu Tauhid, amalan amalan Tauhid, kaedah tertentu dalam Tauhid, dapat menambah kebaikan diri

    di katakan oleh Yang Maha Kuasa
    Tidaklah AKU menciptakan manusia dan jin, melainkan untuk kamu meng abdi kan diri kepadaKU

    segala amalan kebaikan ( Ibadah Wajib, sunat ) yang di kenali sebagi SUNNAH, sepatutnya, bila di amalkan akan membawa kebaikan kepada diri - Apa saja yang kamu lakukan adalah untuk dirimu

    jadi apakah maksudnya ESA

    Solat lah untuk mengingati AKU

    inshallah ya

    belajarlah TAUHID yang dapat menjaga diri

    subhanallah

    faa zahra

    • *
    • Posts: 1036
    • pimpin daku menuju jalanNya
      • View Profile
    Reply #3 18 January, 2012, 03:50:36 PM
  • Publish
  • terima kasih pak batu keatas peringatan yang di berikan..

    dugaan yang Allah beri kepada setiap hambanya adelah berbeza..

    mengikut keupayaan diri masing2..

    dan setiap sesuatu tu ade hikmah nya..untuk diri dan juga orang2 sekelilingnyA...

    tak bermakna kesakitana atau dugaan untuk orang tu hanya cubaan untuk orang tersebut..

    tetapi Allah juga menguji orang2 di sekelilingnya..bagai mana penerimaan kita terhpdap setiap situasi dan keadaan sekitar..

    (hidup saling memerlukan...)

    angahyusley

    • *
    • Posts: 3
      • View Profile
    Reply #4 17 August, 2013, 08:44:35 PM
  • Publish
  • Glaukoma adalah keadaan mata yang terbentuk apabila cecair terlalu banyak menyebabkan tekanan terbina di dalam mata. Keadaan ini cenderung untuk diwarisi dan mungkin tidak muncul sehingga lewat dalam hidup. Perhatian!! Penyakit ini tidak hanya menyerang golongan emas..tetapi juga MUDA REMAJA...

    Tekanan yang meningkat, yang dipanggil tekanan intraocular, boleh merosakkan saraf optik, yang menghantar imej ke otak. Jika kerosakan pada saraf optik daripada tekanan mata yang tinggi berterusan, glaukoma akan menyebabkan kehilangan penglihatan. Tanpa rawatan, glaukoma boleh menyebabkan kebutaan kekal jumlah dalam tempoh beberapa tahun.

    Kerana kebanyakan orang dengan glaukoma tidak menunjukkan sebarang gejala awal atau sakit dari tekanan ini meningkat, ia adalah penting untuk berjumpa dengan pakar mata anda secara berkala bahawa glaukoma boleh didiagnosis dan dirawat sebelum jangka panjang kehilangan penglihatan berlaku.

    Jika anda berumur lebih 40 tahun dan jika anda mempunyai sejarah keluarga glaukoma, anda perlu mempunyai pemeriksaan mata lengkap dengan pakar mata setiap satu hingga dua tahun. Jika anda mempunyai masalah kesihatan seperti kencing manis atau sejarah keluarga glaukoma atau berisiko untuk penyakit-penyakit mata yang lain, anda mungkin perlu berjumpa dengan doktor mata anda dengan lebih kerap.



    ada 2 jenis utama glaukoma:

    1.Open-sudut glaukoma:

    Juga dipanggil glaukoma sudut lebar, ini adalah jenis yang paling biasa glaukoma. Struktur mata kelihatan normal, tetapi cecair dalam mata tidak mengalir dengan betul melalui saliran mata, yang dipanggil meshwork trabecular.

    2. Sudut-penutupan glaukoma:

    Juga dipanggil akut atau kronik sudut-penutupan atau glaukoma sudut sempit, jenis glaukoma ini adalah kurang biasa, tetapi boleh menyebabkan tokokan tekanan dalam mata secara tiba-tiba. laluan juga mungkin menjadi sempit, kerana sudut di antara iris dan kornea (di mana saluran saliran bagi mata terletak) terlalu sempit. Atau, pesakit membuka mata terlalu luas, merapatkan sudut dan menyekat aliran bendalir melalui saluran itu.


    Sebenarnya tidaklah faham sangat macamane rupa penyakit ni dan keadaannya..sesiapa yang ada cerita, pengalaman dan pengetahuan tentang penyakit ni di harap dapat berkongsi maklumat tentang penyakit ni..

    dan sesiapa sahaja yang ade petua atau cara perubatan alternatif selain membuat pembedahan untuk meredakan penyakit ni di mohon sama-sama kongsikan ..



    esok angah masuk wad kene operate sbb juvenile glaucoma. doakan angah

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    5 Replies
    3403 Views
    Last post 27 June, 2010, 12:23:37 PM
    by dol_bendol
    0 Replies
    2155 Views
    Last post 13 February, 2010, 03:04:15 PM
    by anasameen
    4 Replies
    1358 Views
    Last post 30 November, 2012, 01:46:56 PM
    by halawah