Menu Sihat Anti-Kolesterol

*

Author Topic: Menu Sihat Anti-Kolesterol  (Read 12479 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

HambaAllah08

  • *
  • Posts: 95
  • Kasih Nan Ikhlas Pasti Kan Aman
    • View Profile
12 January, 2012, 12:04:58 PM
  • Publish
  •  :)

    Agak terhad mendapatkan info untuk resepi ini. Harap dapat berkongsi resepi dari halaqian semua.

    Jika ada siapa siapa yang amalkan menu @ resepi yang dapat menurunkan kolesterol bolehlah kongsi kongsi.

    Dapat juga amalkan pemakanan yang sihat. Baaraka Allahu Fik.

    « Last Edit: 12 January, 2012, 12:09:47 PM by HambaAllah08 »
    ~ Hitam Hitam Si Tampuk Manggis, Sungguhpun Hitam Tampak Manis ~

    zunita

    • *
    • Posts: 744
      • View Profile
    Reply #1 12 January, 2012, 01:00:00 PM
  • Publish
  • Quaker oat dimakan setiap hari dapat menurunkan kadar kolestrol.

    Resepi ringkas untuk quaker oat:

    Bahan-Bahan:
    5 sudu besar oat
    segenggam ikan bilis
    ½ bawang besar-dimayang
    500 ml air
    garam secukup rasa
    serbuk lada sulah   

    Cara:
    1)didihkan air bersama ikan bilis
    2)bila ikan bilis separa empuk, masukkan oat dan bawang. Kacau atas api perlahan.
    3) masukkan garam
    4)kacau perlahan sehigga oat masak sepenuhnya. tambah air sekiranya hampir kering.
    5) masak dalam 5-10min
    6)sedia dihidang- tambah kicap jika nak sedap

    Cadangan Hidangan:
    1 orang
    ssesua dimakan untuk sarapan pagi.
    لا إله إلا الله

    Ana Tholibah

    • *
    • Posts: 1352
      • View Profile
    Reply #2 12 January, 2012, 01:02:01 PM
  • Publish
  • ahak..orang dulu2 kata makan cabai banyak2 (maksudnya makan makanan yang ada  bahan cabai la...jangan makan cabai saja..tak pasal2 pulak nati ana tholibah yang kena jawab).....boleh bakar lemak..pastu jadilah penurunan kolestrol..satu g nestum..kan..
    dan maklumat lanjut boleh click >>> http://mymekar.com/kesihatan/6-makanan-boleh-turunkan-kolestrol/
    "The spirit of knowledge is action"..

    elsanxs

    • *
    • Posts: 901
      • View Profile
    Reply #3 12 January, 2012, 01:02:47 PM
  • Publish
  • Menurut Persatuan Jantung Amerika: "Anda boleh mengurangkan kolesterol dalam darah anda dengan makan makanan yang sihat, mengurangkan berat badan jika anda perlu dan menjalankan." Apa yang berikut adalah senarai makanan yang paling mujarab untuk menambah diet anda jika anda mahu menentang kolesterol tinggi dan memandu tahap anda ke bawah menggunakan diet anda sebagai alat utama.

    1. Cendawan Shitake

    Komponen aktif dalam cendawan shitake - eritadenine - telah didapati menurunkan paras kolesterol dalam kajian haiwan. Semakin eritadenine haiwan yang diterima, lebih paras kolesterol mereka jatuh.

    2. Walnut

    Satu kajian dalam isu 2004 April Edaran mendapati bahawa apabila walnut digantikan dengan kira-kira satu pertiga kalori yang dibekalkan oleh zaitun dan lain-lain lemak monotaktepu dalam diet Mediterranean, jumlah kolesterol dan kolesterol LDL (buruk) kolesterol dikurangkan. Walnut mengandungi omega-3 yang memberi manfaat asid lemak, yang dikenali sangat baik untuk jantung.

    3. Soya yang tidak dimasak

    Satu kajian baru mendapati bahawa makan dua hidangan protein soya setiap hari boleh menurunkan kolesterol sebanyak 9 peratus - tetapi ia mestilah tidak dimasak mempunyai manfaat. "Protein Soya meningkatkan aktiviti reseptor lipoprotein berkepadatan rendah terutamanya kepada hati yang hilang dari badan. Makan protein soya meningkatkan aktiviti-enzim yang memecahkan kolesterol," kata kajian penulis James Anderson, seorang saintis di Universiti Kentucky di Lexington.

    Sumber soya yang baik adalah edamame atau kacang soya. "Soya diperkaya muffins, bijirin atau bar di mana pemakanan protein soya telah dibakar pada suhu yang tinggi tidak memberikan manfaat," kata Anderson.

    4. Blueberry

    Penyelidik dengan Jabatan Pertanian Amerika Syarikat telah mengenal pasti antioksidan dalam beri biru yang dipanggil pterostilbene (serupa dengan resveratrol, antioksidan yang terdapat dalam anggur dan wain merah). Kompaun ini telah berkesan merendahkan tahap kolesterol dalam kajian haiwan.

    5. Salmon

    Ikan ini adalah sumber yang baik terutamanya omega-3 asid lemak yang dikenali kolesterol LDL yang lebih rendah di samping meningkatkan jenis yang baik (HDL).

    6. Bawang putih

    Banyak kajian telah menunjukkan bahawa makan bawang putih kerap mengurangkan kolesterol LDL dan meningkatkan paras HDL.

    7. Avokado

    Avokado yang kaya dengan asid oleik, lemak monotaktepu yang dikenali untuk membantu untuk mengurangkan kolesterol. Malah, satu kajian mendapati bahawa orang yang mempunyai paras kolesterol yang sederhana tinggi yang memakan diet yang tinggi dalam avokado selama seminggu telah titisan ketara dalam jumlah paras kolesterol dan LDL, dan peningkatan 11 peratus kolesterol HDL baik.

    8. Kacang hitam

    Kacang hitam dan kekacang lain adalah tinggi dalam serat pemakanan, yang merupakan pejuang kolesterol yang sangat baik.

    9. Epal

    Kaya dalam kedua-dua pektin dan serat, bersama-sama dengan antioksida, termasuk quercetin, catechin, phloridzin dan asid chlorogenic, epal membantu mengurangkan kolesterol tidak baik pada masa yang sama meningkatkan jenis yang baik.

    10. Sayur-sayuran berdaun hijau gelap

    Menurut Jantung, paru-paru dan Darah Kajian Keluarga Negara Institut Jantung, peserta yang makan empat atau lebih hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran sehari mempunyai tahap kolesterol LDL yang jauh lebih rendah daripada orang-orang yang memakan sedikit hidangan. Antara sayur-sayuran yang paling kuat adalah hijau gelap, pelbagai berdaun hijau, seperti bayam, kale, Collard sayur-sayuran dan Swiss Chard.

    Sumber:http://lifehacker.com/228486/the-top-foods-for-fighting-cholesterol
    halaqahforum4

    HambaAllah08

    • *
    • Posts: 95
    • Kasih Nan Ikhlas Pasti Kan Aman
      • View Profile
    Reply #4 12 January, 2012, 01:12:55 PM
  • Publish
  • Syukran untuk resepi Resepi ringkas untuk quaker oat boleh try nanti

    dan juga info bermanfaat dari halaqian semua =))


    Saya ada 1 menu sihat..

    Susu Nesvita Omega Plus

    3 sudu Susu Nesvita Omega Plus (Segelas)

    ** Amalkan 2 gelas sehari

    p/s: terasa nak contribute walaupun tak seberapa..menu pun tengok kat plastik susu nih ahakkks (^^)

    « Last Edit: 12 January, 2012, 01:42:26 PM by HambaAllah08 »

    zunita

    • *
    • Posts: 744
      • View Profile
    Reply #5 12 January, 2012, 01:20:19 PM
  • Publish
  • Nestum pun boleh turunkan kadar kolesterol. Resepi yang paling senang, nestum dewasa campur dengan air milo.

    elsanxs

    • *
    • Posts: 901
      • View Profile
    Reply #6 12 January, 2012, 01:20:38 PM
  • Publish
  • Tak sangka masakan harian saya banyak yang menurunkan kolesterol. Menu-menu yang kerap saya masak adalah:-

    1. Salmon
    Goreng salmon dengan 2-3 sudu minyak oliv oil atas pan. Bagi half-cooked sedap. Jika overcooked dagingnya akan keras sedikit

    2. Sayuran
    -Sayur brokoli dikerat dengan saiz yang senang masuk mulut
    -Carrot dipotong dadu
    -Cendawan shitake-dihiris supaya mudah masak (cendawan ni sedap kalau buat sos pasta mushroom punya)

    ~~Olive oil dipanaskan sekejap dan masukkan cendawan dulu.
    ~~Agak-agak dah lembut cendawan tu masukkan carrot kemudian baru brokoli
    ~~Letak garam secukup rasa.. dan siap untuk dihidang

    **Peringatan, jika nak masak guna olive oil, api mesti sederhana atau kecil sahaja.

    3.Epal hijau
    Buat desert je. Epal terkenal dengan mengurangkan lemak di perut.
    « Last Edit: 12 January, 2012, 07:31:10 PM by elsanxs »

    Ummu Fatimah

    • *
    • Posts: 2160
      • View Profile
    Reply #7 12 January, 2012, 04:33:15 PM
  • Publish
  • Tukar minyak masak kelapa sawit kepada minyak zaitun.. Tukar beras biasa kepada beras perang atau kurangkan beras sebagai makan ruji tukar kepada penggunaan gandum.. Tukar gula kepada madu.. Amal kurma, buah tin dan habbatus sawda sebagai snek harian..
    zaujah n aliah yusri.. ummu yusuf ramadhan & nur fatimah mujahidah..

    HambaAllah08

    • *
    • Posts: 95
    • Kasih Nan Ikhlas Pasti Kan Aman
      • View Profile
    Reply #8 12 January, 2012, 05:07:01 PM
  • Publish
  • 1. Salmon
    Goreng salmon dengan 2-3 sudu minyak oliv oil atas pan. Bagi half-cooked sedap. Jika overcooked dagingnya akan keras sedikit

    2. Sayuran
    -Sayur brokoli dikerat dengan saiz yang senang masuk mulut
    -Carrot dipotong dadu
    -Cendawan shitake (cendawan ni sedap kalau buat sos pasta mushroom punya)

    ~~Olive oil dipanaskan sekejap dan masukkan cendawan dulu.
    ~~Agak-agak dah lembut cendawan tu masukkan carrot kemudian baru brokoli
    ~~Letak garam secukup rasa.. dan siap untuk dihidang

    **Peringatan, jika nak masak guna olive oil, api mesti sederhana atau kecil sahaja.

    3.Epal hijau
    Buat desert je. Epal terkenal dengan mengurangkan lemak di perut.

    Ala ala western gitu.. boleh try nih.. Syukronn diatas perkongsiannya. =)

    HambaAllah08

    • *
    • Posts: 95
    • Kasih Nan Ikhlas Pasti Kan Aman
      • View Profile
    Reply #9 12 January, 2012, 05:18:53 PM
  • Publish
  • Tukar minyak masak kelapa sawit kepada minyak zaitun..

    Memang dah amalkan guna minyak sayuran.
    Minyak zaitun memang 1st choice, tak boleh dinafikan lagi.. dan kalau nak murah sikit boleh cuba minyak canola.

    Tukar beras biasa kepada beras perang

    Dok plan nak tukar beras jugak, cadangan.. beras faiza herba ponni tajmahal (terpengaruh iklan kat TV hakhak)
    Beras perang tuu rasanya macam mana ek (tak pernah cuba)

    Tukar gula kepada madu.. Amal kurma, buah tin dan habbatus sawda sebagai snek harian..

    Info baru yang menarik.. =) Syukroon.

    elsanxs

    • *
    • Posts: 901
      • View Profile
    Reply #10 12 January, 2012, 05:34:29 PM
  • Publish


  • Dok plan nak tukar beras jugak, cadangan.. beras faiza herba ponni tajmahal (terpengaruh iklan kat TV hakhak)
    Beras perang tuu rasanya macam mana ek (tak pernah cuba)


    Brown rice tu rasanya... tak tahu den nak kabo =) .. Setengah orang tak suka. Tapi sebenarnya beras tu elok. Kanji rendah. Bila makan sikit nasi pun dah kenyang.

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    11 Replies
    3416 Views
    Last post 18 June, 2009, 11:43:36 AM
    by peluru
    26 Replies
    14204 Views
    Last post 07 June, 2012, 11:27:15 AM
    by gadis_89
    0 Replies
    453 Views
    Last post 20 October, 2013, 11:59:40 AM
    by dini