Berniqab Dalam Pandangan Masyarakat

Author Topic: Berniqab Dalam Pandangan Masyarakat  (Read 3933 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Ummi Munaliza

  • *
  • Posts: 14510
  • Anniversary Ke 30
    • View Profile
10 March, 2009, 04:41:00 AM
  • Publish Di FB
  • Soalan: Sejauh manakah pandangan Islam tentang pemakaian purdah dalam kalangan muslimat terutamanya di dalam masyarakat kita hari ini, yang majoritinya berpakaian menutup aurat mengikut `uruf dan adat kebiasaan.

    Jawapan :Persoalan memakai purdah atau yang disebut sebagai niqab bagi wanita adalah persoalan khilafiyyah yang diiktiraf. Maksudnya para `ulama berbeza pendapat mengenainya atas kaedah dan hujah yang diiktiraf untuk kedua-dua pihak. Ada di ulama kalangan yang mewajibkannya dengan menganggap wajah wanita adalah `aurat. Jumhur fuqaha’ (majoriti ulama fiqh) pula menganggap wajah wanita bukannya `aurat. Ini seperti yang disebut oleh al-Imam al-Nawawi di dalam kitabnya al-majmu’ , katanya: “Sesungguhnya `aurat wanita yang merdeka itu ialah seluruh badannya kecuali muka dan kedua tapak tangan. Inilah pendapat al-Imam al-Syafi`i, al-Imam Malik, al-Imam Abu Hanifah, al-Imam al-`Auza`i, al-Imam Abu Thaur dan lain-lain. Demikian juga dalam satu riwayat daripada pendapat al-Imam Ahmad”

    Di zaman ini, di kalangan ulama yang kuat menegaskan wajah wanita adalah `aurat antaranya al-Syeikh Ibn Baz r.h.dalam fatwa-fatwanya yang banyak, juga Dr. Sa`id Ramadhan al-Buthi dalam buku kecilnya “إلى كل فتاة تؤمن بالله” dan sebelum itu `Abu al-`Ala al-Maududi r.h dalam bukunya al-Hijab. Sementara yang menyatakan wajah wanita bukan `aurat adalah majoriti ulama semasa, antaranya Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam bukunya “النقاب للمرأة المسلمة، بين القول ببدعيته، والقول بوجوبه” Al-Syeikh Nasir al-Din al-Albani r.h. dalam “جلباب المرأة السلمة في الكتاب والسنة dan selepas itu sebagai jawapan dan tambahan kepada kitab tersebut beliau menulis الرد المفحم. Demikian juga Muhammad al-Ghazali dalam banyak tempat dalam buku-bukunya.

    Alasan-alasan yang dibawa oleh jumhur ulama yang menyatakan wajah wanita muslimah bukannya `aurat adalah jelas dan nyata. Antaranya:

    a) Firman Allah dalam Surah al-Nur ayat 31

    وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلاّ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ

    Maksudnya: “Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan (tubuh) mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka”.

    Berpandukan ayat ini pihak jumhur berhujah dengan dua perkara:

    Pertama: Jumhur menafsirkan maksud: ِإلاّ مَا ظَهَرَ مِنْهَا (maksudnya: kecuali yang zahir daripadanya) ialah wajah dan tapak tangan. Ini sama seperti yang ditafsirkan oleh Ibn `Abbas, Umm al-Mukminin`Aisyah, `Abdullah bin `Umar, Anas bin Malik, Abu Hurairah, al-Miswar bin Makhramah dan lain-lain. Sesiapa yang inginkan pendetilan mereka boleh melihat kitab-kitab tafsir, hadith dan fiqh ketika para `ulama menghuraikan ayat ini. Al-Syeikh al-Albani r.h. mendetilkan penbincangan ayat tersebut dalam kitabnya الرد المفحم membukti bahawa muka dan tapak tangan bukannya aurat bagi wanita muslimah dan beliau menyenaraikan riwayat para sahabah yang memegang pendapat ini.

    Kedua: ayat di atas menyatakan:

    وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ

    (maksudnya) “dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka”.
    Allah hanya memerintahkan agar ditutupجيوب iaitu jamak kepada جيب ataupun kita terjemahkan sebagai bahagian dada yang terdedah disebabkan belahan leher baju. Ini bermaksud wanita diperintahkan agar tudung kepala mereka dilabuhkan sehingga menutup bahagian dada yang terdedah kerana belahan leher baju. Ayat ini tidak langsung menyebut agar mereka menutup wajah mereka. Kalaulah wajah itu adalah `aurat, maka sudah pasti ayat ini akan turut memerintahkan agar mereka menutupnya juga.

    Oleh itu al-Imam Ibn Hazm al-Andalusi menyebut dalam al-Muhalla: “Ayat adalah dalil bahawa diharuskan membuka wajah, tidak mungkin sama sekali difahami selain dari itu”

    b) Firman Allah dalam Surah al-Ahzab, ayat 52

    لا يَحِلُّ لَكَ النِّسَاءُ مِنْ بَعْدُ وَلا أَنْ تَبَدَّلَ بِهِنَّ مِنْ أَزْوَاجٍ وَلَوْ أَعْجَبَكَ حُسْنُهُنَّ

    (maksudnya) “Tidak halal bagimu berkahwin dengan perempuan-perempuan yang lain sesudah (isteri-isterimu yang ada) itu, dan engkau juga tidak boleh menggantikan mereka dengan isteri-isteri yang baru sekalipun kecantikan mereka mengkagumkanmu, kecuali hamba-hamba perempuan yang engkau miliki. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mengawasi tiap-tiap sesuatu”.

    Ayat ini ditujukan kepada Nabi s.a.w.. Daripada ayat ini jelas bahawa para muslimat ketika zaman baginda s.a.w. tidak menutup wajah mereka, jika tidak bagaimana mungkin kecantikan mereka boleh menarik perhatian baginda. Ini tidak mungkin melainkan wajah mereka terbuka dan dapat dilihat.

    c) Di dalam sebuah hadith daripada Abu Kabsyah alAnmari, katanya:

    كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ جَالِسًا فِي أَصْحَابِهِ فَدَخَلَ ثُمَّ خَرَجَ وَقَدِ اغْتَسَلَ فَقُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ قَدْ كَانَ شَيْءٌ قَالَ أَجَلْ مَرَّتْ بِي فُلانَةُ فَوَقَعَ فِي قَلْبِي شَهْوَةُ النِّسَاءِ فَأَتَيْتُ بَعْضَ أَزْوَاجِي فَأَصَبْتُهَا فَكَذَلِكَ فَافْعَلُوا فَإِنَّهُ مِنْ أَمَاثِلِ أَعْمَالِكُمْ إِتْيَانُ الْحَلالِ

    (Suatu ketika Rasulullah s.a.w. duduk bersama sahabat-sahabat baginda. Tiba-tiba baginda masuk (ke dalam rumah baginda), kemudian keluar dalam keadaan baginda sudah mandi. Kami pun bertanya: “Wahai Rasulullah! Apakah berlaku sesuatu?”. Jawab baginda: “Ya! Telah melintasi di hadapanku fulanah (perempuan tertentu yang dikenali), maka timbul dalam hatiku syahwat terhadap wanita, lantas aku pun mendatangi salah seorang dari isteriku dan menyetubuhinya. Demikianlah yang mesti kamu lakukan, kerana antara amalan kamu yang baik ialah mendatangi yang halal” (Riwayat Ahmad dan al-Tabarani di dalam الأوسط . Kata al-Albani dalam سلسلة الأحاديث الصحيحة sanad hadith ini hasan, bahkan lebih tinggi dari hasan إن شاء الله) .

    Walaupun rawi hadith tidak menyebut nama wanita berkenaan, tetapi perkataan fulanah dalam bahasa arab bermaksud wanita tertentu yang dikenali. Ini menunjukkan Rasulullah s.a.w. mengenalinya. Sebagai Rasul yang bersifat dengan keinsanan maka timbulnya perasaan dalam hati baginda seperti mana ianya timbul dalam jiwa seorang insan lelaki yang normal. Maka untuk melepasi perasaan tersebut baginda mendatangi seorang daripada isteri-isteri baginda, iaitu Zainab seperti yang dinyatakan dalam riwayat yang lain. Juga hadith ini adalah tunjuk ajar Nabi s.a.w. secara praktikal kepada para sahabah.

    Dalam riwayat-riwayat yang lain disebut:

    فَإِذَا رَأَى أَحَدُكُمُ امْرَأَةً فَأَعْجَبَتْهُ فَلْيَأْتِ أَهْلَهُ فَإِنَّ ذَاكَ يَرُدُّ مِمَّا فِي نَفْسِهِ

    “Apabila seseorang kamu melihat seseorang wanita yang mengkagumkannya, maka datangi isterinya, kerana itu dalam menyelesaikan apa yang ada dirinya” (Riwayat Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi, al-Baihaqi, Ahmad, lafaz hadith di atas ialah lafaz al-Imam Ahmad).

    Jika kita teliti hadith ini, kita akan bertanya, “bagaimana mungkin kecantikan wanita zaman tersebut boleh menarik perhatian lelaki jika mereka semua menutup wajah atau berpurdah?. Ini menunjukkan mereka tidak menutup wajah mereka.

    d) Dalam hadith yang lain yang diriwayatkan Al-Bukhari, Muslim dan lain-lain:

    عَنْ عَبْدِاللَّهِ بْنِ عَبَّاسٍ رَضِي اللَّه عَنْهممَا قَالَ كَانَ الْفَضْلُ رَدِيفَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَجَاءَتِ امْرَأَةٌ مِنْ خَشْعَمَ فَجَعَلَ الْفَضْلُ يَنْظُرُ إِلَيْهَا وَتَنْظُرُ إِلَيْهِ وَجَعَلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهم عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصْرِفُ وَجْهَ الْفَضْلِ إِلَى الشِّقِّ الْآخَرِ

    Daripada Ibn `Abbas r.a., katanya Al-Fadhal (bin `Abbas) pernah menjadi radif Rasulullah s.a.w. (menaiki unta yang sama di belakang Rasulullah). Datang seorang wanita dari khasy`am. Lalu al-Fadhal memandangnya dan dia pun memandang al-Fadhal. Maka Nabi pun memusingkan wajah al-Fadhal ke arah lain.

    Dalam riwayat al-Nasai dinyatakan:

    فَأَخَذَ الْفَضْلُ بْنُ عَبَّاسٍ يَلْتَفِتُ إِلَيْهَا وَكَانَتِ امْرَأَةً حَسْنَاءَ وَأَخَذَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْفَضْلَ فَحَوَّلَ وَجْهَهُ مِنَ الشِّقِّ الْآخَرِ

    Lantas al-Fadhal bin `Abbas memandangnya. Dia adalah seorang perempuan yang cantik Maka Nabi pun memusingkan wajah al-Fadhal ke arah lain.

    Riwayat-riwayat ini menunjukkan wanita pada zaman Nabi s.a.w tidak menutup wajah mereka. Sementara Nabi s.a.w pula hanya memusingkan wajah al-Fadhal tanpa menyuruh wanita berkenaan menutup wajah. Sekalipun dia sangat cantik. Ini menunjukkan pendapat yang menyatakan wanita yang berwajah cantik wajib menutup muka juga adalah tidak kukuh. Jika dibaca kesuluruhan hadith kita kan tahu, peristiwa itu berlaku pada haji wada’. Sedangkan ayat hijab dalam al-Quran turun sebelum itu lagi, iaitu pada tahun 5 hijrah. Maka dakwaan yang menyatakan perintah menutup wajah datang selepas itu, adalah tidak tepat.

    Inilah sebahagian daripada dalil-dalil yang banyak yang dikemukakan oleh jumhur `ulama bagi membuktikan wajah wanita bukan `aurat. Berpegang kepada pendapat jumhur dalam ini adalah lebih jelas dari segi nas atau dalilnya, juga lebih memudah seseorang muslimah di dalam alam semasa yang ada. Islam itu mudah dan praktikal seperti yang ternyata pada nas-nas al-Quran dan al-Sunnah.
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    halawah

    • *
    • Posts: 2590
    • İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
      • View Profile
    Jawab #1 22 July, 2011, 12:32:07 PM
  • Publish Di FB
  •  :)
    Niqab dikalangan masyarakat globalisasi;

    Di Singapura pakaian ini tiada menjadi asing dikalangan ummat bangsa asing,dan tiada dipaksa bagi ummat muslimah ,kecuali muslimah yang berpendidikan agama yang tinggi agar sentiasa mendidik diri dalam pembentukan ummah dan elakkan dari alpa dari segala yang wajib diingat dan diutamakan...

     :syukur: tiada asing atau aneh dihadapan kafirun yang terpelajar dan sofistikated,mereka memahami dan bukan satu kegerunan malah dihurmati dalam pendirian ini.

    Namun tidak digalakan bagi orang kebanyakan dan kebiasaan  yang suka mahu memakainya,hal itu dapat diambil perhatian dan dapat dikesan atas keselamatan Kemaslahatan Agama yang hanief lagi terpuji.

    Memang ada anak-anak remaja dan kecil yang suka mahu juga ikut hal begini namun ia lahir dari  keluarganya sendiri tapi ditarbiyah dalam hal syarat,rukun dan amal-amal thorekat yang diktiraf disisi mursyid-mursyid , agar terpelihara apa yang dihajati.Bukan mencari kenamaan /kemegahan tetapi keera yang hakikat tidak mengeliru dan penyelewengan.Nauzubillahiminzalik.

    Kebanyakan keluarga atau individu yang memakai jilbab dan purdah(niqab) malah ada yang berhijab,maka ini lahirnya dasar untuk menjaga kemaslahatan menjaga pendidikan yang dianjurkan oleh Imam Nawawi Rahimahulllah..(Menjaga Fadhailul A'mal) agar tidak berbauran hal-hal yang menyeleweng dari sunnah.

    Kerana wanita-wanita begini mereka mengamalkan sunnah dan zikrullah dimana saja dan darihal apa keadaannya bukan tertentu,misalnya ia berada di jalan ia terlihat sesuatu musibah atau terlihat sesuatu yang tak elok dari pandangan(zina mata)lantas serta merta ucapannya terkeluar/terpantul  dari mulut dan lidah,meskipun tanpa bersuara namun mulut-nya mengucapkan sesuatu untuk mengelakkan dari pandangan negatif, maka sebaiknya ia memakai purdah agar tidak disalahkan anggapan dan pandangan yang juhal (Nauzubillah min zalik)berat juga ini mahu jelaskan..specifik menjaga amalan bathin kata kebanyakan orang,padahal bagi muslimah purdah /hijab ini adalah  sekadar tabir ucapan tiada kesan apa pun pada dirinya,dan elakkan kekhuatiran pula pada para gengster nanti salah pulak ingatan, khuatir pulak ia sangka wanita ini mahu apa-apakan lantas kenakan satu penganiyaan pulak...
    tapi sejauh ini belum ada lontaran dan hal negatif atau provokasi yang berlaku ,masih dalam lingkungan selamat teramat selamat dapat penghurmatan kafir zimmi malah mereka memberikan penghurmatan dan melindungi.Alhamdulillah.. :msya:

    Kebanyakan muslimah Singapura yang berkesadaran hal ini rasa Hidup Aman dan Selamat,bahagia hati dan fikirannya atas ilmu dan amalan yang dijaga dari makrifatullah,kena kembali pada konsisten ajaran dari mursyid dan urutan pada masyaikh.

    Wallahu 'Alam Bissawob.
    Berat mata memandang berat lagi bahu memikul,kelu rasa hati mahu bersuarahati...khuatir teramat khuatir sekali....demi menjaga salah anggapan dan salah fahaman maka inilah;
    Suara Pribadi saya jika ada hal-hal yang meragukan dari saya silakan jika ada mahu berikan teguran atau membetulkan jika itu adalah hak sebenarnya.
    Berbesar hati saya mendapat teguran membina walaupun ia datangnya dari seorang anak, :jaz:

     
     
     
    « Last Edit: 22 July, 2011, 12:37:34 PM by halawah »
    İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
    hubungan dengan ukhuwahfıllah perpaduan Ummah seutuh

    Zahirah Aqilah

    • *
    • Posts: 35
    • ~~اللهم لا سهل إلا ما جعلته سهلا~~
      • View Profile
    Jawab #2 11 January, 2012, 10:17:03 PM
  • Publish Di FB
  • Assalamualaikum wbt..
    sahabat2 yang aku cintai kerana Allah... sedikit perkongsian dari saya. boleh ambil buat wallpaper, tapi jangan letak saja, hayati kata2 di dalamnya =)

    sang munaqqabah sekalian, ayuhlah kita muhasabah kembali sebab niat kita berniqab,setting semula niat LILLAHI TAALA

    اللَّهُمَّ أَنْتَ أَعْلَمُ مِنِّى بِنَفْسِى وَأَنَا أَعْلَمُ بِنَفْسِى مِنْهُمْ اللَّهُمَّ اجْعَلْنِى خَيْرًا مِمَّا يَظُنُّوْنَ وَاغْفِرْ لِى مَا لاَ يَعْلَمُوْنَ وَلاَ تُؤَاخِذْنِى بِمَا يَقُوْلُوْنَ

    halawah

    • *
    • Posts: 2590
    • İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
      • View Profile
    Jawab #3 14 October, 2012, 06:55:54 PM
  • Publish Di FB
  •  :syukur:
     :msya:
     :jaz:

    اللَّهُمَّ أَنْتَ أَعْلَمُ مِنِّى بِنَفْسِى وَأَنَا أَعْلَمُ بِنَفْسِى مِنْهُمْ اللَّهُمَّ اجْعَلْنِى خَيْرًا مِمَّا يَظُنُّوْنَ وَاغْفِرْ لِى مَا لاَ يَعْلَمُوْنَ وَلاَ تُؤَاخِذْنِى بِمَا يَقُوْلُوْنَ


     :aamiin: :aamiin: :aamiin:

    afiQoh

    • *
    • Posts: 782
    • bakal jenazah
      • View Profile
    Jawab #4 14 October, 2012, 08:51:12 PM
  • Publish Di FB
  •  :syukur:
    teruskan istiQomah...walaupun yang sedang bagi sokongan ni tak mahu pakai.lagi..mungkin??entah la..bilanya :ins:


    kerana Allah..bukan kerana suka2 pasti kekal sokmo..
    ~kurangkan bicara soal hati,pasti jiwa mu mati tapi banyakkan bicara dalam soal mati pasti hatimu sentiasa hidup~

    Nasiha Sakina

    • *
    • Posts: 95
    • _ Insan Dhaif, Faqir _
      • View Profile
    Jawab #5 14 October, 2012, 09:17:30 PM
  • Publish Di FB
  • Moga ana terus istiqamah dengan ini... Amin Ya ALLAH... Mohon doa dari kalian jua... Syukran

    Anaconda

    • *
    • Posts: 112
      • View Profile
    Jawab #6 01 November, 2012, 08:43:28 AM
  • Publish Di FB
  • Ada juga yang beniqab kerana Allah Ta'ala. Jangan bersangka-sangka, jika memang yang baik, walaupun berniqab pandangan mata tetap dijaga. Bercakap perkara yang bermanafaat saja.

    Saya pernah jumpa seorang perempuan, bila bercakap dengannya, dia langsung tak pandang wajah. Dia cuma tunduk mendengar bicara dan menjawap bila ditanya.

    Anaconda

    • *
    • Posts: 112
      • View Profile
    Jawab #7 01 November, 2012, 08:49:33 AM
  • Publish Di FB
  • Ini saya ambil dari satu laman fesbuk, gambar seorang perempuan berniqab, apabila bercakap dengan lelaki yang berhadapan dengannya. MAsing-masing menundukkan pandangan, namun tetap memberikan perhatian.


    Jawab #8 20 November, 2012, 07:46:10 PM
  • Publish Di FB
  • Assalamualaikum..
    saya ingin bertanya apa kelebihan berniqab?

    Jika tuntutan bekerja terpaksa buka niqab tetapi apabila keluar rumah atau ke majlis pakai niqab boleh ke begitu?

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4918
      • View Profile
    Jawab #9 20 November, 2012, 08:05:42 PM
  • Publish Di FB
  • pendapat di 4 mazhab

    Mazhab Hanafi
    Pendapat Mazhab Hanafi, wajah wanita bukanlah aurat, namun memakai purdah/niqab hukumnya sunnah (dianjurkan) dan menjadi wajib jika dikhuatiri wanita berkenaan akan menimbulkan fitnah.

    1. Asy Syaranbalali berkata:
    وجميع بدن الحرة عورة إلا وجهها وكفيها باطنهما وظاهرهما في الأصح ، وهو المختار
    “Seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan telapak tangan dalam serta telapak tangan luar, ini pendapat yang lebih sahih dan merupakan pilihan mazhab kami.” (Matan Nuurul Iidhah)
    2. Al Imam Muhammad ‘Alaa-uddin berkata:
    وجميع بدن الحرة عورة إلا وجهها وكفيها ، وقدميها في رواية ، وكذا صوتها، وليس بعورة على الأشبه ، وإنما يؤدي إلى الفتنة ، ولذا تمنع من كشف وجهها بين الرجال للفتنة
    “Seluruh badan wanita adalah aurat kecuali wajah dan telapak tangan dalam. Dalam suatu riwayat, juga telapak tangan luar. Demikian juga suaranya. Namun bukan aurat jika dihadapan sesama wanita. Jika cenderung menimbulkan fitnah, dilarang menampakkan wajahnya di hadapan para lelaki.” (Ad Durr Al Muntaqa, 81)
    3. Al Allamah Al Hashkafi berkata:
    والمرأة كالرجل ، لكنها تكشف وجهها لا رأسها ، ولو سَدَلَت شيئًا عليه وَجَافَتهُ جاز ، بل يندب
    “Aurat wanita dalam solat itu seperti aurat lelaki. Namun wajah wanita itu dibuka sedangkan kepalanya tidak. Andai seorang wanita memakai sesuatu di wajahnya atau menutupnya, boleh, bahkan dianjurkan.” (Ad Durr Al Mukhtar, 2/189)
    4. Al Allamah Ibnu Abidin berkata:
    تُمنَعُ من الكشف لخوف أن يرى الرجال وجهها فتقع الفتنة ، لأنه مع الكشف قد يقع النظر إليها بشهوة
    “Terlarang bagi wanita menampakkan wajahnya kerana khuatir akan dilihat oleh para lelaki, kemudian timbullah fitnah. Kerana jika wajah dinampakkan, lelaki melihatnya dengan syahwat.” (Hasyiah ‘Alad Durr Al Mukhtaar, 3/188-189)
    5. Al Allamah Ibnu Najiim berkata:
    قال مشايخنا : تمنع المرأة الشابة من كشف وجهها بين الرجال في زماننا للفتنة
    “Para ulama’ mazhab kami berkata bahawa dilarang bagi wanita muda untuk menampakkan wajahnya di hadapan para lelaki di zaman kita ini, kerana dikhuatiri akan menimbulkan fitnah.” (Al Bahr Ar Raaiq, 284)

    Mazhab Maliki
    Mazhab Maliki berpendapat bahawa wajah wanita bukanlah aurat, namun memakai purdah/niqab hukumnya sunnah (dianjurkan) dan menjadi wajib jika dikhuatiri menimbulkan fitnah. Bahkan sebahagian ulama’ yang bermazhab Maliki berpendapat seluruh tubuh wanita itu adalah aurat.

    1. Az Zarqaani berkata:
    وعورة الحرة مع رجل أجنبي مسلم غير الوجه والكفين من جميع جسدها ، حتى دلاليها وقصَّتها . وأما الوجه والكفان ظاهرهما وباطنهما ، فله رؤيتهما مكشوفين ولو شابة بلا عذر من شهادة أو طب ، إلا لخوف فتنة أو قصد لذة فيحرم ، كنظر لأمرد ، كما للفاكهاني والقلشاني
    “Aurat wanita di depan lelaki muslim ajnabi adalah seluruh tubuh selain wajah dan telapak tangan. Bahkan suara wanita juga aurat. Sedangkan wajah, telapak tangan luar dan dalam, boleh dinampakkan dan dilihat oleh kaum lelaki walaupun wanita tersebut masih muda baik sekadar melihat ataupun untuk tujuan perubatan. Kecuali jika dikhuatiri akan menimbulkan fitnah atau tujuan lelaki melihat wanita untuk bersuka-suka, maka hukumnya haram, sebagaimana haramnya melihat amraad. Hal ini juga diungkapkan oleh Al Faakihaani dan Al Qalsyaani.” (Syarh Mukhtashar Khalil, 176)
    2. Ibnul Arabi berkata:
    والمرأة كلها عورة ، بدنها ، وصوتها ، فلا يجوز كشف ذلك إلا لضرورة ، أو لحاجة ، كالشهادة عليها ، أو داء يكون ببدنها ، أو سؤالها عما يَعنُّ ويعرض عندها
    “Wanita itu seluruhnya adalah aurat. Baik badannya mahupun suaranya. Tidak boleh menampakkan wajahnya kecuali dalam keadaan darurat atau ada keperluan mendesak seperti persaksian atau perubatan pada badannya, atau kita dipertanyakan apakah ia adalah orang yang dimaksud (dalam sebuah persoalan).” (Ahkaamul Qur’an, 3/1579)
    3. Al Qurthubi berkata:
    قال ابن خُويز منداد ــ وهو من كبار علماء المالكية ـ : إن المرأة اذا كانت جميلة وخيف من وجهها وكفيها الفتنة ، فعليها ستر ذلك ؛ وإن كانت عجوزًا أو مقبحة جاز أن تكشف وجهها وكفيها
    “Ibnu Juwaiz Mandad (ulama besar Maliki) berkata: Jika seorang wanita itu cantik dan khuatir wajahnya dan telapak tangannya menimbulkan fitnah, hendaknya dia menutup wajahnya. Jika dia wanita tua atau wajahnya buruk/hodoh, boleh baginya menampakkan wajahnya.” (Tafsir Al Qurthubi, 12/229)
    4. Al Hathab berkata:
    واعلم أنه إن خُشي من المرأة الفتنة يجب عليها ستر الوجه والكفين . قاله القاضي عبد الوهاب ، ونقله عنه الشيخ أحمد زرّوق في شرح الرسالة ، وهو ظاهر التوضيح
    “Ketahuilah, jika dikhuatirkan terjadi fitnah, maka wanita wajib menutup wajah dan telapak tangannya. Ini dikatakan oleh Al Qadhi Abdul Wahhab, juga dinukil oleh Syaikh Ahmad Zarruq dalam Syarhur Risaalah. Dan inilah pendapat yang lebih tepat.” (Mawahib Jaliil, 499)
    5. Al Allamah Al Banaani, menjelaskan pendapat Az Zarqani di atas:
    وهو الذي لابن مرزوق في اغتنام الفرصة قائلًا : إنه مشهور المذهب ، ونقل الحطاب أيضًا الوجوب عن القاضي عبد الوهاب ، أو لا يجب عليها ذلك ، وإنما على الرجل غض بصره ، وهو مقتضى نقل مَوَّاق عن عياض . وفصَّل الشيخ زروق في شرح الوغليسية بين الجميلة فيجب عليها ، وغيرها فيُستحب
    “Pendapat tersebut juga dikatakan oleh Ibnu Marzuuq dalam kitab Ightimamul Furshah, katanya : ‘Inilah pendapat yang masyhur dalam mazhab Maliki’. Al Hathab juga menukil dari perkataan Al Qadhi Abdul Wahhab bahawa hukumnya wajib. Sebahagian ulama’ bermazhab Maliki menyebutkan pendapat bahawa hukumnya tidak wajib, namun lelaki wajib menundukkan pandangannya. Pendapat ini dinukil Mawwaq dari Iyadh. Syeikh Zarruq dalam kitab Syarhul Waghlisiyyah memperincikan, jika cantik maka wajib, jika tidak cantik maka ianya sunnah.” (Hasyiyah ‘Ala Syarh Az Zarqaani, 176)

    Mazhab Syafi’ie
    Pendapat mazhab Syafi’ie, aurat wanita di depan lelaki ajnabi (bukan mahram) adalah seluruh tubuh. Sehingga mereka mewajibkan wanita memakai purdah/niqab di hadapan lelaki ajnabi. Inilah pendapat muktamad mazhab Syafi’ie.

    1. Asy Syarwani berkata:
    إن لها ثلاث عورات : عورة في الصلاة ، وهو ما تقدم ـ أي كل بدنها ما سوى الوجه والكفين . وعورة بالنسبة لنظر الأجانب إليها : جميع بدنها حتى الوجه والكفين على المعتمد وعورة في الخلوة وعند المحارم : كعورة الرجل »اهـ ـ أي ما بين السرة والركبة ـ
    “Wanita memiliki tiga jenis aurat, (1) aurat dalam solat (sebagaimana telah dijelaskan) iaitu seluruh badan kecuali wajah dan telapak tangan, (2) aurat terhadap pandangan lelaki ajnabi, iaitu seluruh tubuh termasuk wajah dan telapak tangan, menurut pendapat yang muktamad, (3) aurat ketika berdua bersama yang mahram, sama seperti lelaki, iaitu antara pusat dan lutut.” (Hasyiah Asy Syarwani ‘Ala Tuhfatul Muhtaaj, 2/112)
    2. Syaikh Sulaiman Al Jamal berkata:
    غير وجه وكفين : وهذه عورتها في الصلاة . وأما عورتها عند النساء المسلمات مطلقًا وعند الرجال المحارم ، فما بين السرة والركبة . وأما عند الرجال الأجانب فجميع البدن
    “Maksud perkataan An-Nawawi, ‘aurat wanita adalah selain wajah dan telapak tangan’, ini adalah aurat di dalam solat. Adapun aurat wanita muslimah secara mutlak di hadapan lelaki yang masih mahram adalah antara pusat hingga lutut. Sedangkan di hadapan lelaki yang bukan mahram adalah seluruh badan.” (Hasyiatul Jamal Ala’ Syarh Al Minhaj, 411)
    3. Syaikh Muhammad bin Qaasim Al Ghazzi, penulis Fathul Qaarib, berkata:
    وجميع بدن المرأة الحرة عورة إلا وجهها وكفيها ، وهذه عورتها في الصلاة ، أما خارج الصلاة فعورتها جميع بدنها
    “Seluruh badan wanita selain wajah dan telapak tangan adalah aurat. Ini aurat di dalam solat. Adapun di luar solat, aurat wanita adalah seluruh badan.” (Fathul Qaarib, 19)
    4. Ibnu Qaasim Al Abadi berkata:
    فيجب ما ستر من الأنثى ولو رقيقة ما عدا الوجه والكفين . ووجوب سترهما في الحياة ليس لكونهما عورة ، بل لخوف الفتنة غالبًا
    “Wajib bagi wanita menutup seluruh tubuh selain wajah telapak tangan, walaupun penutupnya tipis. Dan wajib pula menutup wajah dan telapak tangan, bukan kerana keduanya adalah aurat, namun kerana secara umum keduanya cenderung menimbulkan fitnah.” (Hasyiah Ibnu Qaasim ‘Ala Tuhfatul Muhtaaj, 3/115)
    5. Taqiyuddin Al Hushni, penulis Kifaayatul Akhyaar, berkata:
    ويُكره أن يصلي في ثوب فيه صورة وتمثيل ، والمرأة متنقّبة إلا أن تكون في مسجد وهناك أجانب لا يحترزون عن النظر ، فإن خيف من النظر إليها ما يجر إلى الفساد حرم عليها رفع النقاب
    “Makruh hukumnya solat dengan memakai pakaian yang bergambar atau lukisan. Makruh pula wanita memakai niqab (purdah) ketika solat. Kecuali jika di masjid keadaannya susah dijaga dari pandnagan lelaki ajnabi. Jika wanita khuatir dipandang oleh lelaki ajnabi sehingga menimbulkan kerosakan, haram hukumnya melepaskan (tidak memakai) niqab (purdah).” (Kifaayatul Akhyaar, 181)

    Mazhab Hanbali
    Imam Ahmad bin Hanbal berkata:
    كل شيء منها ــ أي من المرأة الحرة ــ عورة حتى الظفر
    “Setiap bahagian tubuh wanita adalah aurat, termasuk pula kukunya.” (Dinukil dalam Zaadul Masiir, 6/31)

    1. Syeikh Abdullah bin Abdil Aziz Al ‘Anqaari, penulis Raudhul Murbi’, berkata:
    « وكل الحرة البالغة عورة حتى ذوائبها ، صرح به في الرعاية . اهـ إلا وجهها فليس عورة في الصلاة . وأما خارجها فكلها عورة حتى وجهها بالنسبة إلى الرجل والخنثى وبالنسبة إلى مثلها عورتها ما بين السرة إلى الركبة
    “Setiap bahagian tubuh wanita yang baligh adalah aurat, termasuk pula sudut kepalanya. Pendapat ini telah dijelaskan dalam kitab Ar Ri’ayah… kecuali wajah, kerana wajah bukanlah aurat di dalam solat. Adapun di luar solat, semua bahagian tubuh adalah aurat, termasuk wajahnya jika di hadapan lelaki. Jika di hadapan sesama wanita, auratnya antara pusat hingga lutut.” (Raudhul Murbi’, 140)
    2. Ibnu Muflih berkata:
    « قال أحمد : ولا تبدي زينتها إلا لمن في الآية ونقل أبو طالب :ظفرها عورة ، فإذا خرجت فلا تبين شيئًا ، ولا خُفَّها ، فإنه يصف القدم ، وأحبُّ إليَّ أن تجعل لكـمّها زرًا عند يدها
    “Imam Ahmad berkata: ‘Maksud ayat tersebut adalah, janganlah mereka (wanita) menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada orang yang disebutkan di dalam ayat. Abu Thalib menukil penjelasan dari beliau (Imam Ahmad): ‘Kuku wanita termasuk aurat. Jika mereka keluar, tidak boleh menampakkan apapun bahkan khuf (semacam kaus kaki/sarung kaki), kerana khuf itu masih menampakkan lekuk kaki. Dan aku lebih suka jika mereka membuat semacam kancing tekan di bahagian tangan.” (Al Furu’, 601-602)
    3. Syeikh Manshur bin Yunus bin Idris Al Bahuti, ketika menjelaskan matan Al Iqna’ , ia berkata:
    « وهما » أي : الكفان . « والوجه » من الحرة البالغة « عورة خارجها » أي الصلاة « باعتبار النظر كبقية بدنها »
    “’Keduanya, iaitu dua telapak tangan dan wajah adalah aurat di luar solat kerana adanya pandangan, sama seperti anggota badan lainnya.” (Kasyful Qanaa’, 309)
    4. Syeikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin berkata:
    القول الراجح في هذه المسألة وجوب ستر الوجه عن الرجال الأجانب
    “Pendapat yang kuat dalam masalah ini adalah wajib hukumnya bagi wanita untuk menutup wajah dari pada lelaki ajnabi.” (Fatwa Nurun ‘Alad Darb, link )


    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14510
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #11 20 November, 2012, 09:26:41 PM
  • Publish Di FB
  • Jika tuntutan bekerja terpaksa buka niqab tetapi apabila keluar rumah atau ke majlis pakai niqab boleh ke begitu?

    Boleh memakai niqab ketika bekerja jika tidak ada halangan dan kekangan dengan pihak  pentadbiran dan pengurusan. Tetapi jika bekerja dengan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia pasti tidak boleh berniqab walaupun seorang guru di waktu bekerja. Jika memakai niqab waktu perjalanan datang dan balik tidak ada halangan.

    Begitu juga status pelajar, tidak kira pelajar sekolah atau pusat pengajian tinggi awam , memakai niqab di kawasan kolej dan kampus adalah dilarang sama sekali diwaktu belajar. Kakitangan kerajaan yang memakai niqab di waktu bekerja boleh dikenakan tindakan displin termasuk ditukarkan 24 jam.

    Jika mahu berniqab, pakailah dengan ilmu bukan sekadar ikut-ikutan.  Hadapi segala dugaan dengan sabar.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14510
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #12 20 November, 2012, 09:31:53 PM
  • Publish Di FB
  • Assalamualaikum..
    saya ingin bertanya apa kelebihan berniqab?
    :ws:

    Jawapan di bawah ni saya petik daripada web Bersama Alexanderwarthern,semoga bermanfaat dan menjelaskan sedikit sebanyak persoalan berkaitan niqab secara ringkas. :ins:

    Antara rasional berniqab:

    1. Diri lebih selamat kerana kurang menjadi perhatian lelaki. Kebanyakan kes cabul dan rogol dilakukan oleh orang yang kenal dengan mangsa, maksudnya yang dah biasa tengok wajahnya dan mengangankannya.

    2. Mengamalkan salah satu sunnah.

    3. Membuatkan kerja-kerja lebih pantas kerana boleh ke mana saja dengan segera tanpa perlu duduk depan cermin lebih daripada 3 minit. Untuk bersiap ke pasar malam contohnya, capai tudung labuh, kenakan purdah, siap. Tak perlu risau orang tengok muka pucat ke, gigi kuning ke, bedak di pipi rata ke tidak... macam-macamlah.

    4. Diri akan diminati oleh lelaki-lelaki soleh untuk dibuat calon isteri. Lelak-ilelaki yang kurang/ tidak soleh dengan sendirinya tertapis. Mudah kan?

    5. Kulit muka lebih cantik kerana tidak dimakan matahari.

    afiQoh

    • *
    • Posts: 782
    • bakal jenazah
      • View Profile
    Jawab #13 21 November, 2012, 01:51:23 AM
  • Publish Di FB
  • .... :syukur:...

    ada pasang niat nak berniqab...

    jika ada cabaran lepas ni kena go on...

    (saya tak pakai niqab pun)

    tapi hari ni..entah kenapa mata tertarik...ada magnet padanya...

    dari pagi..sampai ke halaqah bicara soalnya..

    dulu memang tekad takkan pakai niqab...kecuali *****....:senyum: rahsia tu..

    apa pun pakaian anda,pastikan ianya redha Allah bukan redha manusia...

    maksud saya kena jaga....(jangan stress pulak istilah tu) itu tak boleh ...ini boleh...

    anda bebas berjalan melangkah kemana pun asal tak lari dari apa yang diperintahkan..

    tunjukkan pada dunia cara muslimah berniqab...jika ada perkara yang boleh dilakukan dalam Islam, jangan pula kata oh..tak boleh sebab saya berniqab...

     baguss

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14510
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #14 21 November, 2012, 05:43:56 AM
  • Publish Di FB
  • anda bebas berjalan melangkah kemana pun asal tak lari dari apa yang diperintahkan..

    tunjukkan pada dunia cara muslimah berniqab...jika ada perkara yang boleh dilakukan dalam Islam, jangan pula kata oh..tak boleh sebab saya berniqab...


    Ayat inilah yang wajib benar-benar dihadamkan lumat. Bebas melangkah kemana pun dalam batas syariat. Tak boleh melangkah ke tempat mengundang fitnah. Manakah tempat mengundang fitnah? Kenal pastikan mana tempatnya, tujuannya. Contohnya, Pergi pusat karaoke berniqab dengan tujuan berdakwah, melaksanakan amal makruf nahi mungkar di tempat itu. Kenapa wanita tak boleh, kerana batas wanita hanyalah keluar rumah atas keperluan-keperluan tertentu  sahaja. Seorang wanita beriman WAJIB tinggal tetap dirumahnya dan tidak dibenarkan keluar rumahnya  kecuali ada urusan2 yang mengharuskannya.   Ini berdasarkan perintah Allah Ta’ala :


    وَقَرْنَ فِى بُيُوتِكُنَّ وَلاَ تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَـهِلِيَّةِ الاٍّولَى


     “Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliah zaman dahulu………….. “
    [Al-Ahzab (33) : 33 ]

    Zahir makna ayat ini ditujukan kepada isteri2 Nabi صلى الله عليه وسلم.  Makna umumnya adalah di tujukan kepada seluruh wanita Islam yang beriman.

    Maka jika kamu beriman, termasuk dalam ayat perintah di atas, kamu menjaga batas-batasnya apabila dibenarkan keluar rumah.



    Berkata Qurtubi dalam mentafsirkan ayat…

    وقرن في بيوتكن ولا تبرجن تبرج الجاهلية الأولى
    Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyah zaman dahulu;

    Berkata Al-Qurtubi:
    Makna ayat ini menyuruh kaum perempuan sentiasa berada di rumah, walaupun ayat ini dituju kepada isteri-isteri Nabi,  adalah sekalian perempuan termasuk di dalam makna ayat ini.

    Maka Allah menyuruh mereka itu tinggal di rumah kerana hendak memuliakan mereka itu. Tak mahukah kamu dimuliakan Allah?

    Tujuan2 yang mengharuskan seseorang wanita keluar rumah adalah :

    (1)   Untuk tujuan menuntut Ilmu Fardhu Ain. 

    Iaitu untuk tujuan menuntut Ilmu yang perlu bagi dia untuk menunaikan kewajipan sebagai seorang beriman.   Ilmu ini meliputi Fiqh, Tauhid dan Tasawwuf.

    Imam Ghazali menyebut bahawa jika seorang suami boleh mengajar isterinya Ilmu Fardhu ‘Ain, maka haram bagi dia keluar rumahnya untuk belajar di tempat lain.


    (2)    Untuk tujuan menuntut Ilmu Fardhu Kifayah yang manfaatnya diperlukan oleh wanita.

    Ini adalah ilmu Fardhu Kifayah seperti Ilmu perubatan, kedoktoran, jururawat , perguruan dan sepertinya yang sangat diperlukan untuk kebaikan golongan  wanita.

    (3)   Untuk tujuan perubatan.

    (4)   Untuk tujuan berjual beli yang diharuskan.

    (5)   Untuk tujuan menyara hidup. (jika tiada yang memberi  nafkah untuk hidupnya)

    (6)   Untuk tujuan2 lain yang tidak boleh tidak memerlukan kehadirannya menurut pandangan syara’.



    Sesungguhnya perintah Allah Ta’ala agar wanita tetap tinggal di rumahnya adalah satu penghormatan dan kemuliaan bagi mereka!.

    Wanita2 solehah bukanlah bukan bahan murahan yang berjalan ke sana kemari tanpa tujuan yang dibenarkan syara’.

    Wanita solehah bukan wanita murahan yang menjadi tontonan lelaki ajnabinya.

    Wanita solehah bukan wanita yang membiarkan dirinya di sentuh oleh mata dan pandangan lelaki ajnabinya.

    Tetapi mereka  adalah permata, mereka adalah mutiara yang tersimpan rapi di kamar kemuliaan Ilahi!


    Wallahu A’lam

    afiQoh

    • *
    • Posts: 782
    • bakal jenazah
      • View Profile
    Jawab #15 21 November, 2012, 07:00:05 AM
  • Publish Di FB



  • anda bebas berjalan melangkah kemana pun asal tak lari dari apa yang diperintahkan..( barangkali saya tertinggal ayat di hujung ni -Nya)

    tunjukkan pada dunia cara muslimah berniqab...jika ada perkara yang boleh dilakukan dalam Islam, jangan pula kata oh..tak boleh sebab saya berniqab...

     baguss

    bebasnya orang ISLAM...
    ada batasnya...
    ke mana pun kita bertingkah..bermusafir..berjalan...berlari...(kehidupan) atas batas yang tetah ditetapkan...
    setelah kita melafazkan kalimah syahdatain...
    telah membenarkan diri ini untuk-Nya....
    telah terikat dengan perjanjian tu...
    maka secara tak langsung kita
    MEMBEBASKAN DIRI(terasa melaksanakan tidak membebankan pada diri..)benar2  untuk-Nya...


    (itu berdasarkan apa yang saya faham...suka ianya menjadi wajib..maaf jika saya silap tegurlah,,teguran kalian amatlah ditagih)

    miszniena

    • *
    • Posts: 548
      • View Profile
    Jawab #16 21 November, 2012, 12:16:05 PM
  • Publish Di FB
  • Bismillah Ar Rahman Ar Raheem....

    Pada pendapat saya,orang pakai purdah ni atas banyak sebab,
    Antara yang pernah saya jumpa,untuk menjadi hamba yang lebih baik,
    Mungkin kita tengok orang tu pakai purdah tapi masih perangai tak berapa elok,
    Tapi sape tahu dia sebelum ni lagi teruk,dia masih dalam perjalanan menjadi lebih baik ke,
    Mungkin sedikit masa lagi dia akan jadi lebih baik,

    Niat di hati HANYA ALLAH yang boleh judge...InsyaAllah...ALLAH tahu apa niat di hati kita,
    Apa orang nak kata...anggap tu satu ujian untuk terus tabah istiqamah...

    Ada satu orang yang saya kenal rapat sangat...
    Dia suka dating,suka ajak kekasih dia berjumpa,makan2,jalan di shoping complex,
    Tapi bila balik dia menyesal dan rasa bersalah,
    Dia cakap,dia dah cuba hentikan perkara tu,tapi tak mampu,jadi ape dia buat?
    YA,dia pakai purdah,sebab bila berpurdah,elak dia dari buat maksiat lagi...Alhamdulillah

    Apapun tujuan orang tu pakai purdah,kita tak ada hak nak menilai...sebab masing2 diri la dalam menghadapi ujian

    Sekadar pendapat perkongsian...

    Wallahu'alam


    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4918
      • View Profile
    Jawab #17 21 November, 2012, 12:29:05 PM
  • Publish Di FB
  • saya jumpa macam macam sebab

    1. sebab ibubapa - terlatih menutup aurat - arqam, tabligh, muslimat pas ............. dan lain lain

    2. sebab PERASAN - boleh kata sepertiganya, sebab malu rasa tak layak menunjuk, semoga di terimaNya

    inshallah ya

    Kampung Lady

    • *
    • Posts: 126
      • View Profile
    Jawab #18 21 November, 2012, 12:34:12 PM
  • Publish Di FB
  • Apapun tujuan orang tu pakai purdah,kita tak ada hak nak menilai...sebab masing2 diri la dalam menghadapi ujian

    Wallahu'alam

    Ada orang kesah sebab pakai niqab ke? Ada orang mempertikaikan ke?

    miszniena

    • *
    • Posts: 548
      • View Profile
    Jawab #19 21 November, 2012, 12:42:15 PM
  • Publish Di FB
  • Apapun tujuan orang tu pakai purdah,kita tak ada hak nak menilai...sebab masing2 diri la dalam menghadapi ujian

    Wallahu'alam

    Ada orang kesah sebab pakai niqab ke? Ada orang mempertikaikan ke?

    Ada,saya sendiri,orang tanya kenapa pakai purdah...tu ambil kisah namanya
    Ada,saya sendiri,ramai yang bertanya,kenapa nak pakai purdah sedangkan purdah tu tak wajib,tu pertikai namanya
    Ada,banyak lagi contoh kalau nak di senaraikan,berjalanlah ke blog2,group di FB,banyak akan jumpa kisah orang berpurdah ni
    Kalau saudari tak diuji begitu Alhamdulillah...syukur Allah permudah urusan saudari,
    Tapi bagi saya dan rakan,ramai yang merpertikai,malah menghina

    Apapun tujuan orang tu pakai purdah,kita tak ada hak nak menilai...sebab masing2 diri la dalam menghadapi ujian

    Wallahu'alam

    it's just a saying,tak tuju pada sapa,tak ada nak kata kat sapa2...
    Umum...

    Sekadar pendapat dan perkongsian....

    Wallahu a'lam


    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    2 Replies
    2214 Views
    Last post 08 November, 2009, 11:17:03 AM
    by Riot_heroes
    1 Replies
    844 Views
    Last post 21 December, 2010, 04:19:38 AM
    by Rahimah Sakinah
    10 Replies
    2544 Views
    Last post 03 July, 2012, 12:49:07 PM
    by imanhunter