Suami Ingin Berpoligami

Author Topic: Suami Ingin Berpoligami  (Read 1963 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Imania10

  • *
  • Posts: 7
    • View Profile
09 January, 2012, 04:45:15 PM
  • Publish Di FB
  • Assalamualaikum sahabat semua...

    Izinkan saya bercerita mengenai diri,...mohon panduan dan nasihat daripada abang-abang dan kakak-kakak.  saya terpaksa menulis di sini kerana tidak boleh bercerita pada rakan dan lebih-lebih lagi ahli keluarga,,,sedih hati mereka bila mengetahuinya.

    Untuk makluman, saya telah mendirikan rumahtangga pada Julai 2011 yang lalu dan alhamdulillah bulan April nanti kami akan mendapat cahaya mata...syukur pada-Nya.  Suami saya dahulu pernah mempunyai teman wanita dan menjalinkan hubungan selama lebih 8 tahun dan memutuskan hubungan kerana ingin mengahwini saya...pelbagai sms/email cacian dan hinaan saya terima daripada teman wanitanya kerana dikatakan saya perampas dan kata-kata kesat yang lain.  Tetapi tiada satupun sms/email daripadanya saya balas...hanya memohon petunjuk dari Allah dan melihatkan keikhlasannya menikahi saya...saya terima dengan hati yang terbuka juga mendapat restu keluarga.

    Saya ingatkan suami sudah melupai temannya itu, tapi mereka masih saling berhubungan dalam diam.. dan minggu lepas saya menerima sms dari wanita tersebut mengatakan dia dan suami akan berkahwin selepas saya bersalin nanti.  Hancur luluh hati membaca sms itu...hanya Allah sahaja yang tahu sakit dan pedihnya hati saya..kasih dan sayang yang diberikan selama ini dibalas sebegini.  Mendapatkan penjelasan daripada suami dan dia mengesahkan sms itu.  Saya buntu..jujur saya bertanya apa salah saya sebagai seorang isteri...adakah tidak cukup taat...alasan suami..wanita itu sudah berubah dan sayangnya pada wanita tersebut sama seperti sayangnya dia kepada saya...isterinya yang sah...mendengar jawapan itu lagi hancur hati saya rakan-rakan sekalian....

    Saya menasihati suami untuk memutuskan hubungan bersama wanita tersebut...tetapi katanya tidak boleh kerana memang dia ingin menikahi wanita tersebut.  Saya membaca sms suami...wanita itu menetapkan syarat untuk menceraikan saya sekiranya suami ingin mengahwininya...

    Apa yang saya perlu lakukan, hubungan kami baru sahaja 6 bulan...inikah takdir saya? Perlukah minta cerai...dan sememangnya demi Tuhan saya tidak akan bermadu,...suami minta saya bersemuka dengan teman wanitanya..sesungguhnya saya tidak mahu langsung mengenalinya ataupun bercakap dengannya..bagi saya dia seorang yang kejam..dari dulu mengganggu kehidupan saya...seperti yg saya katakan sebelum ini saya tidak pernah membalas sebarang sms/email darinya..tapi tanpa putus-putus dia masih mengganggu..

    Mohon nasihat dari semua..sesungguhnya hari-hari mendatang penuh liku dan saya sudah tidak segembira dulu memikirkan bakal diceraikan idusia perkahwinan tidak sampai satu tahun....saya masih sayangkan suami dan mahu hubungan bahagia seperti dahulu...sekarang pun hanya bercakap benda yang penting sahaja.,..wahai rakan-rakan sekalian...tolonglah saya hari2 hanya air mata yang menemani...dan maaf jika di sini bukan tempatnya untuk mengadu...

    Hanya ini tempat luahan..sesungguhnya saya teramat takut untuk bercerita kepada ibu-bapa memikirkan betapa kasih sayang mereka dan impian mereka melihat saya bahagia selamanya...
    « Last Edit: 09 January, 2012, 04:50:10 PM by Imania10 »

    5zul

    • *
    • Posts: 3045
    • ~~ Tiada Kesusahan Melainkan Susah ~~
      • View Profile
    Jawab #1 09 January, 2012, 04:50:42 PM
  • Publish Di FB
  • adakalaNya manusia di berperanan...
    di jadikan bergitu lemah ..
    sehingga mengetahui apa yang di ketahui dengan ilmuan ALLAH dengan IzinNya..

    Insyallah UIJIAN kamu -
    mohon pada ALLAH -

    pada ALLAH tempat kamu luahkan...
    banyak cara atasiNya... tambatkan kembali hati suami -

    biasalah bila perut membesar... hubungan susah sikit nak lakukan...
    hee sebaiknya kamu belai lah apa yang patut -

    teruskan kasih sayang ALLAH - Insyallah -
    pasal perempuan itu biarkan... mohon pada ALLAH lama kelamaan perempuan itu akan terbuka hati nya tidak menerima lamaran suami mu -

    Insyallah

    ALLAH maha mengetahui...

    pulihkan rumahtangga kamu -

    Insyallah di sini ramai akan membantu....
    (Senyum)-

    Ash-Syarh ayat 8 -

    Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).
    ~~ Dalam Kegelapan Malam Ader Sinaran ~~

    Imania10

    • *
    • Posts: 7
      • View Profile
    Jawab #2 09 January, 2012, 04:56:29 PM
  • Publish Di FB
  • sekiranya suami ingin teruskan niatnya..apa yang perlu saya lakukan..mmg haram bagi saya menuntut cerai..tapi hanya itu yang mampu difikirkan sekarang daripada hati sakit setiap hari..tapi bila memikirkan keluarga..saya pula melihat reaksi mereka nanti...

    MeSetia

    • *
    • Posts: 4
      • View Profile
    Jawab #3 16 January, 2012, 09:11:02 PM
  • Publish Di FB
  • Tersentuh hati membaca kisah puan... saya amat memahami perasaan puan... bezanya suami saya telah berkawin tanpa pengetahuan saya dan saya baru mengetahuinya beberapa hari yang lepas... mmg amat perit dan suka menerima hakikat hidup telah di madu... tapi sebagai perempuan, kita harus tabah dan cekal mnghadapi apa jua dugaan... jangan berperangsaka buruk dengan allah kerana setiap dugaan pasti ada hikmahnya... dan  allah tau puan mampu untuk hadapi dugaan ini sebb tu dia turunkan dugaan begini... selalunya kaum lelaki tidak memahami hati kita... jika mereka dapat mnyelamai apa yg kira rasa, pasti mereka takan hancurkn hati kita dengan begitu mudah sekali... tabah la puan.. sekiranya mereka tetap berkahwin... jangan pula kita memaksa suami membuat pilihan untuk menceraikan isteri baru kerana , tanpa sebab kita pulak yang mendapat dosa kerana meruntuhkan masjid.... cuma buktikan yang kita seorang isteri yang taat dan terbaik.. insyaallah.. suami hari hati suami akan tersentuh... dan pada masa tu dia akan menyesal kerana melukakan hati isterinya selama ini... insyallah... bykkan bedoa. berzikir... dan mengaji... tiap kali bersedih.. angkat la tangan dan berdoa memohon pada Allah....

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14528
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #4 16 January, 2012, 10:09:39 PM
  • Publish Di FB
  • ... jangan pula kita memaksa suami membuat pilihan untuk menceraikan isteri baru kerana , tanpa sebab kita pulak yang mendapat dosa kerana meruntuhkan masjid.... cuma buktikan yang kita seorang isteri yang taat dan terbaik.. insyaallah.. suami hari hati suami akan tersentuh... dan pada masa tu dia akan menyesal kerana melukakan hati isterinya selama ini... insyallah... bykkan bedoa. berzikir... dan mengaji... tiap kali bersedih.. angkat la tangan dan berdoa memohon pada Allah....

    Bagus puan mesetia, saling nasihat mensihati untuk menguatkan diri. Saya rasa nasihat puan ini sebenarnya untuk diri puan juga agar kuat dan tabah menghadapi ujian di dalam perkahwinan.

    Inilah bagusnya kita disini, berkongsi rasa dan perasaan.

    Walau apapun terjadi, jangan sekali-kali minta cerai. Bukannya salah berpoligami jika itu yang telah Allah takdirkan sejak azali. Buangkan rasa sakit hati kerana itu adalah mainan syaitan untuk melihat keruntuhan ketaatan seorang isteri.

    Hati terluka akan ambil masa untuk sembuh, maka seperti nasihat puan mesetia, banyakkan berdoa dan mengingati Allah, hati akan merasa tenang.
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    farahiyah0394

    • *
    • Posts: 579
      • View Profile
    Jawab #5 17 January, 2012, 04:47:17 AM
  • Publish Di FB
  • Maaf tuan nazri, lm sy xdpt reply post, ada mslh sikit hs sy.. Alhamdulillah, br hari ni ok..
    Mmg sy stuju dgn tuan nazri.. Bg sy secara peribadinya, apabila para is3 meletakkn dirinya dlm rating 'tidak layak dimadu' maka perlula diselusuri bgmn hebatnya khidmat siti khadijah dan siti fatimah thdp suami mrk.. Kedua2 wanita hebat ini meninggal lebih awal dr suami masing2 dan masih dipuji2 setelah kematian mereka.. Sifat solehah seorg is3 tdk dtg secara tiba2 tetapi ia melalui proses mujahadah yg bpanjangan. Tunaiknlah hak suami tnpa menuntut hak anda sbg is3.. Kelak, hak anda pasti Allah tunaikn. Semakin byk yg anda beri, semakin byklah yg Allah balasi. Kejarlah redha suami demi meraih redha Allah.
    Puan, btuahnya puan memiliki suami, sekalipun beliau tidak mencintai puan. Mengapa puan? Kerana beliau dgn rela hati mengangkat martabat puan sbg wanita yg mulia wlwpn dihatinya pernah ada cinta utk wanita lain. Yakinlah puan, puanlah wanita tbaik yg Allah tetapkn utk suami puan. Wanita yg didakwa dicintai suami puan itu, hnylah ujian yg sepatutnya puan jdkn 1cbrn utk meningkatkn lg khidmat puan utk suami. The best woman win. Buktikan pd suami, wlwpn beliau diuji dgn wanita thebat diluar sana, tp puan adalah yg tbaik Allah pilih utk dia. Xperlulah puan merajuk bw diri ke madrasah, sbb suami puan amat memerlukan puan disaat jiwanya amat kacau dgn gangguan luar ini. Yg pntg, puan sentiasa sokong tugas suami sbg pendakwah dan puan sediakn emosi puan sbg is3 pendakwah.. Jgn sesekali puan rs t'abai krn Allah bsama puan. Tiap kali suami puan ada dirumah, layanlah dia dgn tbaik skali hgga dia tlupa ada yg menanti diluar. Yg pntg, selagi puan masih is3 yg sah, bkhidmatlah utk suami puan tnpa memikirkan gangguan2 luar. Puan btuah tpilih mjadi sayap kiri pjuangan daie, jd mengapa harus b'undur? Ramai wanita diluar sana yg mengimpikn suami puan, adakah puan perlu b'alah.. :senyum:, kalu sylah, no way! Lg baik sy bmadu dr dicerai.. Ingat puan, tiap langkah suami puan, ganjarannya wat puan tanpa kurang wlw 1pahala pun.. Redhalah!


    saya quote kan kata-kata kak ummu.. slalunya bila baca kata-kata beliau.. terus rasa semangat... harap imania pun begitu...
    bahagialah dengan apa yang ada...
    daripada forum ni Re: Salam..
    kisah imania ni ok la.. sebab suami cakap dia sayang, dia cintakan puan.. dan saya rasa tak sesenang tu dia nak ceraikan puan..
    tapi ada gak kes suami tak cinta.. tak sayang.. sayang pmpuan lain kat luar.. :sedihnya:.. tak tahu nak kate apa la kalu gini
    « Last Edit: 17 January, 2012, 04:51:50 AM by farahiyah0394 »

    Imania10

    • *
    • Posts: 7
      • View Profile
    Jawab #6 20 January, 2012, 10:02:02 AM
  • Publish Di FB
  • pada saya memang mudah untuk lelaki ingin berpoligami tanpa memikirkan semasak-masaknya.,...hanya satu sahaja persoalan saya.,..sekiranya dia tidak dapat melupakan kekasihnya..kenapa memilih saya sebagai isteri..baru 6 bulan kahwin takkan baru sedar..oh sy mmg masih sayangkan teman wanita saya,,itu yg sy mmg tidak faham sgt2...mampukah dia uruskan kewangan nanti??sebagai isteri hanya saya yg tahu keaadaanya..tapi demi ALLAH mmg saya tidak akan bermadu..bukan tidak redha tapi ini bukan jalannya..membenarkan suami berpoligami ibarat menambahkan lagi dosa saya dan suami..dia belum bersedia dan sememangnya saya tidak pernah terfikirkan perkara ini..

    saudara/i sekalian...Allah mmg membenarkan lelaki kahwin lebih dari satu..tapi jangan sekadar hanya pandai bercakap tapi susah hendak berlaku adil.. lebih memilukan hati sekarang,..suami dah pandai buat tak tahu, kurang bercakap dan hanya bercakap bila perlu...sudah tidak semesra dulu..mungkinkah ini tandanya...jika dilepaskan saya redha..daripada hari2 bermain dengan emosi dan tekanan mental yang meninggi...

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4917
      • View Profile
    Jawab #7 20 January, 2012, 10:50:34 AM
  • Publish Di FB
  • hui, subhanallah

    setiap diri kita, bila mengaku muslim, akan di UJI

    sedarlah

    masing masing diri adalah Pemimpin, maka perhatikan dirimu inshallah, Pimpinlah diri mu ke arah kebaikan

    silakan berfikiran positif

    rosak sedkikt lebih baik dari ROSAK kesemuanya

    insaflah

    Ujian Ujian untuk mematangkan diri, menambah yakin, bahawa sebagai manusia yang bersifat keluh kesah, lemah, akan bertambah menjadi seorang yang baik, menjadi khalifah Allah, memimpin rakyat, kakitangan diri sendiri, semuga kebaikan itu akan menambah baik suasana sekitaran mu

    sebelum pergi Jauh mencari cari Keslahan orang lain
    eloklah meneliti
    Diri mu

    jika kamu menambah baik dirimu
    menambah cantik, lawa, mulut manis, khidmat suamimu, inshallah dia tak akan mahu 'padang tembak' selain dari di rumah sendiri

    inshallah ya

    Allah pesan pun, Jaga diri
    Setiap diri adalah pemimpin
    pimpinlah diri menambah baik

    heeee, cuba mu buat sampai dia terkulat kulat mahukan kamu
    inshallah
    Ilmu menambah baik diri sendiri, menambah molek diri sendiri, ada duit boleh tambah wangi, tambah molek, inshallah, silakan

    be positif naaa, abaikan mengungkit ungkit, melawan cakap, menunjukkan kesalahan lain orang

    dalam hati, Ingat Allah, mohonlah Allah bantu
    memberikan hidayah kebaikanNya

    inshallah ya

    maaf naa saya merapu

    subhanallah

    farahiyah0394

    • *
    • Posts: 579
      • View Profile
    Jawab #8 20 February, 2012, 08:34:20 AM
  • Publish Di FB
  • Forum Cafe Cinta-Fatimah Syarha


    harap dapat membantu

    cokodok08

    • *
    • Posts: 299
    • Rindu dan Cinta Teragung hanya milikNya!
      • View Profile
    Jawab #9 20 February, 2012, 09:59:21 AM
  • Publish Di FB
  • pada saya memang mudah untuk lelaki ingin berpoligami tanpa memikirkan semasak-masaknya.,...hanya satu sahaja persoalan saya.,..sekiranya dia tidak dapat melupakan kekasihnya..kenapa memilih saya sebagai isteri..baru 6 bulan kahwin takkan baru sedar..oh sy mmg masih sayangkan teman wanita saya,,itu yg sy mmg tidak faham sgt2...mampukah dia uruskan kewangan nanti??sebagai isteri hanya saya yg tahu keaadaanya..tapi demi ALLAH mmg saya tidak akan bermadu..bukan tidak redha tapi ini bukan jalannya..membenarkan suami berpoligami ibarat menambahkan lagi dosa saya dan suami..dia belum bersedia dan sememangnya saya tidak pernah terfikirkan perkara ini..

    saudara/i sekalian...Allah mmg membenarkan lelaki kahwin lebih dari satu..tapi jangan sekadar hanya pandai bercakap tapi susah hendak berlaku adil.. lebih memilukan hati sekarang,..suami dah pandai buat tak tahu, kurang bercakap dan hanya bercakap bila perlu...sudah tidak semesra dulu..mungkinkah ini tandanya...jika dilepaskan saya redha..daripada hari2 bermain dengan emosi dan tekanan mental yang meninggi...

    Banyakkan solat sunat mengadu dengan Allah swt..Allah swt adalah sebaik-baik pendengar dan sebaik-baik penyelesai masalah kita. 

    shahida

    • *
    • Posts: 82
      • View Profile
    Jawab #10 20 February, 2012, 04:48:09 PM
  • Publish Di FB
  • Sabar ye Puan Imania.. semoga SgT TaBah disana menghadapi Ujian Hidup .... Sbar ye .... InsyaAllah .. Allah ada utk mmbantu .. cuma perlukan sedikit kesabaran .....

    cuba la utk hidup kan kembali suasana rumah tangga yg dibina tu ... sy x de pngalamn sbb x kawen lagi tapi .. jika sy ditempat Puan .. mungkin ... cube melupakan seketika.. tentang hasrat suami .. dan cuba "pikat" dia kembali .. di samping sentiasa mngadu padaNya..
    berkomunikasi dgn lebih tenang.. sbb skrg keadaan puan sgt Tertekan ..jadi komunikasi pun jadi Tertekan .. seolah - olah ade Beban yg sgt berat dalam mulut utk diluahkan ..

    ceriakan keadaan rumah .. dgn senyuman isteri .. dn mungkin ade akak2 dlm halaqah ni yg dah kawen ade tips yg akan mmbantu Puan ..
    mungkin juga Umi Munaliza yg lebih bnyk pngalaman .. akan mmbantu ..

    harap puan lebih tenang dan terbuka hati ... dgn ujian ini .. Fikirkan tntg kesihatan .. bila kita sihat .. emosi sihat .. solat pun SIHAT .. insyaAllah .. Yakin ... Allah akan BanTU!!

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    73 Replies
    8338 Views
    Last post 15 September, 2012, 11:03:49 PM
    by anakmariam
    61 Replies
    4677 Views
    Last post 08 March, 2012, 01:58:17 PM
    by nurulizzahyan
    62 Replies
    8704 Views
    Last post 27 November, 2012, 01:30:47 PM
    by Maya Joe