Cara Pengiraan Faraidh

*

Author Topic: Cara Pengiraan Faraidh  (Read 62392 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

afiQoh

  • *
  • Posts: 774
  • bakal jenazah
    • View Profile
Reply #80 06 December, 2012, 10:22:27 PM
  • Publish
  •  mantoop..

    best saya suka kira2 faraid..tapi dah lupa...lama dah tak main kira2 ni,terima kasih saudari...ada jugak bingkisan ni..
    ~kurangkan bicara soal hati,pasti jiwa mu mati tapi banyakkan bicara dalam soal mati pasti hatimu sentiasa hidup~

    Izzah0404

    • *
    • Posts: 653
    • o()xxxx[{::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::>
      • View Profile
    Reply #81 26 December, 2012, 09:24:57 PM
  • Publish
  • Diambil dari blog Cakna Pusaka:

    ADAKAH WAJIB BAGI SESEORANG ITU MENGAMBIL BAHAGIAN YANG TELAH DIPERUNTUKKAN OLEH HUKUM FARAID KEPADANYA?

    Soalan
    Adakah wajib bagi seseorang itu mengambil bahagian yang telah diperuntukkan oleh hukum faraid kepadanya? Bahkan ada yang mengatakan bahawa ‘tidak baik’ jika seseorang itu tidak mengambil bahagiannya kerana bahagian itu telah ditentukan oleh Allah di dalam al-Quran. Sebagai contoh, bolehkah ibu dan bapa si mati menyerahkan bahagian mereka kepada cucu mereka (anak si mati)?.

    Jawapan
    Hukum faraid adalah merupakan formula untuk menentukan waris yang layak mewarisi dan menentukan bahagian bagi setiap orang waris yang berhak sebagaimana diterangkan di dalam al-Quran surah an-Nisa’ ayat 11,12 dan 176.

    Setelah mengetahui bahagian, seseorang waris itu bebas untuk membuat pilihan sama ada menerima bahagiannya atau menyerahkannya kepada orang lain. Penyerahan hak ini dibenarkan dalam hukum faraid dan dikenali sebagai ‘takharuj’.

    Ibu dan bapa si mati boleh menyerahkan bahagian mereka kepada anak-anak si mati.  selalu berlaku dalam masyarakat di mana datuk dan nenek menyerahkan hak mereka kepada cucu mereka tanpa balasan. Penyerahan hak ini dinamakan ‘takharuj tanpa balasan’. Sekiranya penyerahan hak ini dibuat dengan meminta balasan atau bayaran, penyerahan hak ini dinamakan ‘takharuj dengan balasan’.

    Syarat sah penyerahan hak:
    1.       Waris yang ingin menyerahkan haknya kepada orang lain tahu sekurang-kurangnya bahagian atau nilai yang patut diwarisi ke atas harta pusaka itu.       Misalnya, ibu dan bapa si mati sekurang-kurangnya mengetahui bahagian mereka 1/6 bahagian tiap seorang.
    2.       Penyerahan hak dilakukan oleh waris cukup umur /dewasa dan sempurna akal.
    3.       Penyerahan hak dibuat secara sukarela. Tiada paksaan atau ugutan mana-mana pihak.

    Kesimpulan:
    Hukum faraid hanya menentukan waris yang berhak mewarisi dan menentukan bahagian masing-masing. Setiap orang waris mempunyai hak memilih sama ada menerima harta pusaka itu atau menyerahkannya kepada orang lain. Penyerahan hak menjadi sah sekiranya dibuat dengan ikhlas bahkan diberikan ganjaran pahala di samping dapat mengeratkan hubungan silaturrahim.
    [warning]I AM NOT WHO I THINK I AM. I AM NOT WHO YOU THINK I AM. I AM WHO I THINK YOU THINK I AM[/warning]

    Izzah0404

    • *
    • Posts: 653
    • o()xxxx[{::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::>
      • View Profile
    Reply #82 05 January, 2013, 02:14:12 PM
  • Publish
  •  :)
    Saya amati bahawa kebanyakan dari kita termasuklah diri saya sendiri menjadi keliru, sukar untuk memahami dan sukar untuk menghafal bahagian faraid untuk setiap ahli waris. Bagi saya sendiri, walaupun saya dah ada jadual faraid yang diberikan oleh guru saya, saya masih lagi lambat nak ingat, kadang2 tertukar.

    Oleh itu, atas inisiatif saya sendiri, saya telah menyiapkan Jadual Faraidh mengikut layout saya sendiri agar tidak mudah terkeliru, mudah difahami dan mudah untuk diingati.

    Jadual Faraid tersebut dahpun siap. Anda boleh klik gambar di bawah untuk view.

    [img]http://img197.imageshack.us/img197/6613/faraidsnap.th.jpg[/img]

    Jika anda ingin menyimpan Jadual Faraid ini, boleh download melalui link ini:

    https://docs.google.com/open?id=0Bwyad1c2-VjzYTV0UnNyc0xpTkk

    *Jangan tekan butang print atau Ctrl+P sebab jadual dia ada lari sikit. Tapi tekanlah butang 'Download the current version' atau Ctrl+S

    Semoga bermanfaat untuk anda senyum*

    *Sekiranya terdapat sebarang kesalahan pada maklumat pembahagian dalam jadual ini, sila maklumkan saya segera.

    Izzah0404

    • *
    • Posts: 653
    • o()xxxx[{::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::>
      • View Profile
    Reply #83 06 January, 2013, 10:52:50 PM
  • Publish
  • [error]-salam-

    Harap maaf...ada pembetulan pada jadual di atas. Ini yang terbaru;

    [img]http://img204.imageshack.us/img204/6260/faraidcapture.th.jpg[/img]

    Sila klik button di bawah untuk download:

    [img]http://img571.imageshack.us/img571/5088/images1xwp.jpg[/img]

    * Tekan Ctrl+S untuk download ya. Jangan tekan Ctrl+P / 'Print' sebab objek dalam jadualnya akan lari dari tempat asal.[/error]

    « Last Edit: 06 January, 2013, 11:02:36 PM by Izzah0404 »

    Izzah0404

    • *
    • Posts: 653
    • o()xxxx[{::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::>
      • View Profile
    Reply #84 29 January, 2013, 12:21:54 AM
  • Publish
  • MUNASAKHAT

     :) Saya teruskan lagi pembelajaran ilmu faraid dengan tajuk 'Munasakhat'.

    Al-Munasakhat dalam Bahasa Arab bererti 'memindahkan' dan 'menghilangkan'. Adapun pengertian al-Munasakhat menurut istilah ulama' faraid ialah meninggalnya sebahagian ahli waris sebelum pembahagian harta waris sehingga bahagiannya berpindah kepada ahli warisnya yang lain. Orang2 kita(Melayu) mengistilahkan Munasakhat sebagai 'kematian berlapis'.

    Munasakhat ada 3 macam keadaan:

    1. Ahli waris simati yang kedua adalah mereka yang juga merupakan ahli waris simati yang pertama.

    [float=left]Contohnya si fulan telah meninggal dan ia meninggalkan 5 orang anak. Kemudian salah seorang dari kelima orang anaknya itu meninggal pula. Anaknya yang meninggal itu tidak mempunyai ahli waris kecuali saudaranya yang 4 orang itu.[/float]


    2. Para ahli waris dari pewaris yang kedua adalah ahli waris dari pewaris yang pertama, namun ada perbezaan dalam hal jauh-dekatnya nasab mereka terhadap pewaris.

    [float=left]Misalnya, si fulan mempunyai 2 orang isteri. Isteri pertama mempunyai keturunan seorang anak lelaki manakala isteri kedua mempunyai keturunan 3 anak perempuan. Ketika si fulan meninggal, bererti ia meninggalkan 2 orang isteri dan 4 orang anak (1 lelaki & 3 perempuan). Belum sempat harta si fulan dibahagikan, salah seorang anak perempuan si fulan meninggal. Maka ahli waris anak perempuan ini adalah merupakan ahli waris dari pewaris pertama (si fulan). Namun, dalam kedua-dua kematian itu terdapat perbezaan dalam hal jauh-dekatnya nasab kepada pewaris. Pada kematian yang pertama (meninggalnya si fulan), anak lelaki menduduki posisi sebagai anak. Tetapi pada kematian yang kedua (meninggalnya anak perempuan si fulan), hubungan anak lelaki terhadap anak perempuan yang meninggal itu adalah saudara lelaki sebapa, dan anak yang perempuan sebagai saudara kandung perempuan.

    Jadi, dalam hal ini pembahagiannya akan berbeza, dan mengharuskan kita untuk mengamalkan suatu cara yang disebut oleh kalangan ulama' faraid sebagai masalah al-jami'ah. [/float]


    3. Para ahli waris dari pewaris kedua bukan ahli waris dari pewaris pertama. Atau sebahagian ahli warisnya termasuk individu yang berhak menerima harta pusaka dari dua arah, yaitu dari dari pewaris pertama dan dari pewaris kedua.

    [float=left]Dalam hal seperti ini, kita juga harus menggunakan teori al-jama'iyah, sebab pembahagian bagi tiap2 ahli waris yang ada berbeza dan berlainan.[/float]

    Izzah0404

    • *
    • Posts: 653
    • o()xxxx[{::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::>
      • View Profile
    Reply #85 30 January, 2013, 02:08:18 PM
  • Publish
  • Munasakhat

    Untuk mengira faraid bagi kes munasakhat, step2 berikut perlu diikuti:

    1. Mentashihkan masalah pewaris yang pertama dengan memberikan hak waris kepada setiap ahlinya, termasuk hak ahli waris yang meninggal.

    2. Merinci masalah baru, khususnya yang berkenaan dengan kematian pewaris kedua, tanpa mempedulikan masalah pertama.

    3. Membandingkan antara bagian pewaris kedua dalam masalah pertama, dengan pentashihan masalah dan para ahli warisnya dalam masalah kedua.

    4. Perbandingan antara keduanya itu dalam kecenderungannya terhadap ketiga nisbat, yaitu al-mumatsalah, al-muwafaqah, dan al-mubayanah. Bila antara keduanya yakni antara bagian pewaris yang kedua dan masalah ahli warisnya yang lain ada mumatsalah (kesamaan), maka dibenarkan kedua masalah hanya dengan tashih yang pertama.



    [float=right]to be continue...[/float]

    Izzah0404

    • *
    • Posts: 653
    • o()xxxx[{::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::>
      • View Profile
    Reply #86 31 January, 2013, 11:27:02 PM
  • Publish
  • Munasakhat

    Contoh pengiraan faraid yang melibatkan Munasakhat

    Contoh 1:

    Simati meninggal dunia dan meninggalkan;
    - 3 anak perempuan,
    - 2 saudara perempuan seibu sebapa, dan
    - 1 saudara lelaki seibu sebapa.

    Kemudian salah seorang dari saudara perempuan seibu sebapa itu meninggal.
    Ini bererti ia meninggalkan;
    - seorang saudara perempuan seibu sebapa dan
    - seorang saudara lelaki seibu sebapa.


    Maka pengiraannya adalah seperti berikut:

    Asal masalahnya adalah tiga (3):
    - 3 anak perempuan mendapat 2/3 (2 bahagian).
    - Bakinya (1 bahagian) merupakan hak para 'Asobah (yaitu 2 saudara perempuan seibu sebapa dan seorang saudara lelaki seibu sebapa).

    Kemudian kita lihat jumlah per kepalanya ada tabayun (perbezaan), maka 3 x 4 = 12.
    Kemudian angka ini kita darabkan dengan asal masalahnya, berarti 3 x 12 = 36.
    Bilangan inilah yang kemudian menjadi asal masalah hasil pentashihan.

    Jadi, pembagiannya seperti berikut:
    - 3 anak perempuan mendapat 2/3 (24 bahagian),
    - bakinya (12 bahagian) dibahagikan untuk 2 saudara perempuan seibu sebapa dan seorang saudara lelaki seibu sebapa, dengan ketentuan bahagian lelaki 2x bahagian perempuan, jadi setiap saudara perempuan seibu sebapa mendapat tiga (3) bahagian, dan saudara lelaki seibu sebapa enam (6) bahagian.


    Kemudian, kita lihat antara bahagian pewaris kedua (iaitu 3) dengan asal masalahnya (juga dari 3) ada kesamaan (tamatsul).
    Kerana itu, al-jami'ah di sini sama dengan hasil pentashihan pada masalah yang pertama (yakni dari 36).

    Hak waris/bahagian saudara perempuan seibu sebapa yang meninggal (3 bahagian) hanya dibahagikan kepada ahli waris, iaitu;
    - seorang saudara perempuan seibu sebapa dan
    - seorang saudara lelaki seibu sebapa.

    Hasil pembahagian itu kemudian ditambahkan pada hasil bahagian mereka yang pertama.
    Maka, bahagian saudara perempuan seibu sebapa menjadi empat (4):
    ~ tiga (3) bahagian (yang diperolehnya dari masalah pertama)
                             ditambah dengan :
    ~ bahagian yang berasal dari saudara kandung perempuan yang meninggal, iaitu satu (1) bahagian.
     
    Maka: 3 + 1 = 4 bahagian.


    Sedangkan saudara lelaki seibu sebapa mendapat lapan (8) bahagian:
    ~ enam (6) bahagian (yang diperolehnya dari masalah pertama),
                          ditambahkan dengan :
    ~ perolehannya dari peninggalan pada masalah kedua, iaitu dua (2) bahagian.

    Maka: 6 + 2 = 8 bahagian.

    Adapun 3 anak perempuan pewaris pertama, dalam masalah kedua ini tidak mendapat hak mewarisi, disebabkan kedudukannya hanyalah sebagai anak saudara pewaris kedua, yakni anak perempuan dari saudara lelaki pewaris kedua. Disebabkan itu, mereka mahjub.

    Berikut ini saya sertakan jadualnya:

    « Last Edit: 31 January, 2013, 11:33:18 PM by Izzah0404 »

    Izzah0404

    • *
    • Posts: 653
    • o()xxxx[{::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::>
      • View Profile
    Reply #87 01 February, 2013, 05:27:17 PM
  • Publish

  • Munasakhat

    Contoh pengiraan faraid yang melibatkan Munasakhat

    Contoh 2:

    Seseorang meninggal dan meninggalkan;
    - isteri,
    - ayah,
    - ibu,
    - cucu perempuan keturunan anak lelaki.

    Kemudian cucu tersebut meninggal dengan meninggalkan;
    - suami,
    - ibu,
    - 3 anak perempuan, dan
    - 2 anak lelaki.


    Maka pembagiannya seperti berikut:

    Asal masalahnya adalah dua puluh empat (24).
    - Isteri mendapat 1/4 (3 bahagian),
    - ibu 1/6 (4 bahagian),
    - cucu perempuan keturunan anak lelaki 1/2 (12 bahagian),
    - sedangkan bakinya (5 bahagian) merupakan bahagian ayah sebagai jumlah 'Asobah.
    Jumlah semuanya adalah dua puluh empat (24) bahagian.


    Kemudian, kita lihat al-jami'ah dalam masalah ini sama dengan asal masalah pertama, iaitu dua puluh empat (24).
    Hal ini kerana kita dapati bahagian pewaris kedua (cucu perempuan keturunan anak lelaki) dalam masalah pertama ada tamatsul (kesamaan) dengan asal masalah yang kedua.
    Dalam keadaan demikian, kaedah yang berlaku di kalangan ulama faraid adalah kita menjadikan asal masalah pertama sebagai al-jami'ah, yang bererti bahagian pewaris kedua hanya dibagikan kepada ahli warisnya. Oleh sebab itu, kita tidak lagi membuat al-jami'ah yang baru, tetapi cukup menjadikan al-jami'ah yang pertama itu berlaku pada masalah kedua.


    Berikut ini jadualnya:


    Izzah0404

    • *
    • Posts: 653
    • o()xxxx[{::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::>
      • View Profile
    Reply #88 07 February, 2013, 01:21:43 PM
  • Publish


  • Munasakhat

    Contoh pengiraan faraid yang melibatkan Munasakhat

    Contoh 3:

    Seseorang mati dan meninggalkan;
    - suami,
    - ayah,
    - ibu, dan
    - 2 anak perempuan.

    Kemudian si suami mati dan meninggalkan;
    - saudara perempuan seibu sebapa,
    - ibu,
    - isteri, dan
    - saudara lelaki seibu.


    Maka pembahagiannya seperti berikut:

    Asal masalahnya adalah dua belas (12), kemudian di-'aul-kan menjadi lima belas (15).
    Sedangkan asal masalah yang kedua adalah dua belas (12) yang di-'aul-kan menjadi tiga belas (13).

    Suami memperoleh seperempat (1/4) bererti tiga bahagian.
    Ayah memperoleh seperenam (1/6) bererti dua bahagian,
    begitu juga dengan bahagian ibu yakni seperenam (1/6), berarti dua bahagian.

    Kemudian 2 anak perempuan mendapat dua per tiga (2/3) bererti delapan (8) bahagian. Jumlahnya lima belas (15) bahagian.


    Kemudian, antara masalah yang pertama dengan masalah yang kedua ada mubayanah (perbedaan), oleh itu kita kalikan asal masalah pertama (yakni 15) dengan asal masalah yang kedua (yakni 13). Maka hasil dari perkalian itu (yakni 15 x 13 = 195) merupakan al-jami'ah (penyatuan) antara dua masalah.

    Lalu kita tempatkan bahagian pewaris yang kedua (suami, yang mendapat tiga bahagian) di atas asal masalah kedua, dan ini merupakan juz'us sahm (bahagian dari bahagian hak waris). Juz'us sahm ini kemudian kita kalikan dengan bahagian tiap-tiap ahli waris yang ada, maka akan merupakan hasil bahagian ahli waris dari al-jami'ah (penyatuan dari dua masalah).

    Untuk lebih meyakinkan kebenaran masalah kedua ini, kita lihat hasil perkaliannya: perkalian antara juz'us sahm yaitu tiga (3) dengan asal masalahnya setelah di-'aul-kan, bererti 3 x 13 = 39. Maka angka 39 ini merupakan jumlah bahagian seluruh ahli waris dalam masalah kedua.

    Lihat jadual berikut:


    Reply #89 07 January, 2014, 06:27:17 PM
  • Publish
  • Assalamu'alaikum..
    Saya ada pertanyaan pasal pembahagian harta.

    Arwah Opah saya ada Tanah,
    Arwah dah meninggal 10 tahun lepas.
    Tanah2 dan dividen tak dituntut sebab arwah tak sempat nak wasiatkan kepada sesiapa.
    waris2 3 adik beradik2 dah meninggal dunia,

    Waris sulong (Lelaki) meninggalkan 2 orang anak perempuan,
    Waris Kedua (Perempuan) meninggalkan Seorang anak Lelaki
    Waris Ketiga ( Lelaki ) Meninggalkan 4 anak Perempuan Dan 5 Anak Lelaki

    macamana dengan pembahagian harta Tersebut,

    apa yang perlu dilakukan,

    Memerlukan Bantuan:)

    Terima Kasih:)

    al-baab

    • *
    • Posts: 314
      • View Profile
    Reply #90 22 June, 2014, 04:17:09 PM
  • Publish
  • [01:13:42 PM] siswadi sharif: seorang wanita berharta  yg tidak berkahwin mati selepas dua orang saudari lelaki nya mati.kedua dua saudara lelaki wanita tersebut  mempunyai anak . soalan bagaimana pembahagian harta wanita tersebut


    saudara boleh lihat topik ini dari mula ya

    atau klik untuk pdf, dalam ia ada petunjuuknya

    http://www.mais.gov.my/documents/10180/28305/Pengurusan+Harta+Pusaka.pdf/0121af73-dc13-4d36-8203-84857976464c


    ansarul_haqq

    • *
    • Posts: 260
    • ::sollua'lan NabI Mustafa::
      • View Profile
    Reply #91 22 June, 2014, 06:45:13 PM
  • Publish
  • [01:13:42 PM] siswadi sharif: seorang wanita berharta  yg tidak berkahwin mati selepas dua orang saudari lelaki nya mati.kedua dua saudara lelaki wanita tersebut  mempunyai anak . soalan bagaimana pembahagian harta wanita tersebut
    saudara boleh lihat topik ini dari mula ya

    dibawah bab munashakat kalau tidak silap (boleh check balik)..
    maksudnya anak saudara kepada adik beradik kandung kan ?
    sekiranya waris mereka telah meninggal dunia,

    dan si perempuan itu tidak mempunyai "asal" waris lelaki (cnth:ayah, ayah ayah,dan keatas)
    atau tidak meninggalkan "furuq" waris lelaki (cnth anak lelaki, anak kpd anak lelaki, dan kebwh)
    maka anak saudaranya itu berhak mendapat bahagiannya.
    wallahua'lam
    اللهم أرنا الحق حقا وأرزقنا اتباعه
    وأرنا الباطل باطلا وأرزقنا اجتنابه

    mohd roofee

    • *
    • Posts: 2
      • View Profile
    Reply #92 12 September, 2014, 11:13:52 AM
  • Publish
  • Aslamualaikum saya nak bertanya sekadar ingin tahu sebelum itu saya nak bercerita sedikit; saya ada seorang sahabat baik dan sahabat baik saya itu telah meninggal dunia.dan isteri arwah telah menerima wang 15.000.00 dari ekaun simpanan kwsp dan mnerima 30.000.00 dar insyuran brim malysia;
    Dan 2000.00 dari jumlah 15.000.00 kwsp telah di bagi kan kepada ibu si mati oleh isteri si mati dan baki nye telah habis di guna pakI oleh isteri si mati dengan alasan yang tertentu:
    Soalan saya; adakah insyuran brim 1malysia dan wang kwsp atau pun insyuran nyawa di kira pusaka?
    Sekira nya di kira pusaka.
    Bagai mana kah hendak di bahagi kan secara adil mengikot hukum islam
    Dan berape kah bahagian masing masing
    Waris yang ada

    1:isteri
    2:seorang anak prempuan
    3:ibu kepada si mati
    4:dua saudara laki laki (seibu/sebapak)
    5:tiga saudara prempuan (seibu/sebapak)
    Mohon pejelasan dengan segera kerana isteri arwah tidak memberi kerja sama yang baik.
    Dan jumlah wang 45.000.00 itu ada dalam ekaun simpanan isteri: sekian terima kasih

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    0 Replies
    1568 Views
    Last post 06 April, 2009, 11:15:47 AM
    by Azwar
    10 Replies
    2620 Views
    Last post 19 October, 2011, 11:09:35 PM
    by keju
    4 Replies
    1609 Views
    Last post 01 February, 2013, 04:00:23 PM
    by sri_mersing81