Cara Pengiraan Faraidh

Author Topic: Cara Pengiraan Faraidh  (Read 54986 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Izzah0404

  • *
  • Posts: 653
  • o()xxxx[{::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::>
    • View Profile
Jawab #60 13 June, 2012, 11:48:42 PM
  • Publish Di FB
  • Apa yang ada dalam Faraid adalah pernyataan  tentang bahagian-bahagian waris yang berhak daripada harta pusaka simati. Secara asasnya nilai bahagian-bahagian tersebut adalah seperti berikut.

    Bapa:                    1/6 daripada nilai harta si mati
    Ibu:                       1/6 daripada nilai harta si mati
    Isteri:                     1/8 dariapada nilai harta si mati
    Suami:                   1/4 daripada nilai harta si mati
    Anak Lelaki:          2/3 daripada baki harta setelah ditolak hak-hak faraid Bapa, Ibu, Suami / Isteri.
    Anak Perempuan:  1/3 daripada baki harta setelah ditolak hak-hak faraid Bapa, Ibu, Suami / Isteri.

    Nilai bahagian faraid ini boleh berubah apabila komposisi waris faraid berubah.

    A) Untuk komposisi waris simati yang sudah berkeluarga :
         1) Bapa si mati:         1/6
         2) Ibu si mati:            1/6
         3) Isteri:                    1/8  atau  Suami: 1/4.  (Mana-mana yang masih hidup)
         4) Anak Lelaki:          2/3 daripada baki harta setelah ditolak hak-hak faraid Bapa, Ibu, Suami / Isteri.
         5) Anak Perempuan: 1/3 daripada baki harta setelah ditolak hak-hak faraid Bapa, Ibu, Suami / Isteri.

    B) Untuk komposisi waris simati yang belum berkeluarga (bujang):
         1) Ibu:    1/6
         2) Bapa: 5/6 (bapa dapat keseluruhan baki harta setelah ditolak hak faraid Ibu)

    C) Untuk komposisi waris simati yang dah berkeluarga tapi tiada anak
         1) Suami: 1/2 atau isteri: 1/4  (Mana-mana yang masih hidup)
         2) Ibu:      1/6
         3) Bapa:   mendapat semua baki harta

    D) Untuk komposisi waris simati yang dah berkeluarga tapi tiada ibu dan bapa.
          1) Suami:                   1/4 atau isteri: 1/8  (Mana-mana yang masih hidup)
          2) Anak Lelaki:          2/3 daripada baki harta setelah ditolak hak-hak faraid Suami atau Isteri.
          3) Anak Perempuan:  1/3 daripada baki harta setelah ditolak hak-hak faraid Suami atau Isteri.

    E) Untuk komposisi waris simati yang masih bujang tapi tiada ibu dan bapa
         1) Adik-beradik Lelaki:          2/3 daripada harta.
         2) Adik-beradik Perempuan:  1/3 daripada harta.
    [warning]I AM NOT WHO I THINK I AM. I AM NOT WHO YOU THINK I AM. I AM WHO I THINK YOU THINK I AM[/warning]

    Izzah0404

    • *
    • Posts: 653
    • o()xxxx[{::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::>
      • View Profile
    Jawab #61 14 June, 2012, 04:16:36 PM
  • Publish Di FB
  • Perlu diingat kepada semua waris yang bakal menerima bahagian pusaka iaitu sebelum harta pusaka itu diagih mengikut nilai bahagian faraid yang telah ditentukan maka perlu dipastikan bahawa harta pusaka itu telah bersih daripada segala hutang (hutang dengan Allah dan hutang dunia), bersih daripada harta amanah yang dipegang si mati dan bersih daripada tuntutan wasiat.

    Sekali pandang kita nampak waris-waris faraid sangat bertuah kerana mendapat harta dengan mudah tanpa perlu memerah keringat. Kerana itulah waris-waris faraid sepatutnya berasa lebih bersyukur dengan penerimaan harta ini dan bukannya ditangani dengan pertelingkahan atau pemboikotan.

    Pertelingkahan di sini bermaksud waris-waris bertelingkah untuk mendapatkan bahagian yang lebih manakala pemboikotan pula bermaksud waris-waris buat tak endah atau buat tak tahu dengan harta pusaka tersebut sama ada kerana mereka sudah mempunyai harta sendiri atau kerana hendak mengelakkan berlakunya pertelingkahan.

    Walau apa pun jua tanggapan waris terhadap hak-hak faraid ini, para waris sepatutnya menerima ketentuan ini dengan redho kerana sebenarnya ia merupakan pemberian daripada Allah s.w.t. Jika kita menolak pemberian orang pun kita sudah dianggap sombong, inikan pula menolak pemberian dari Yang Maha Kaya.

    Izzah0404

    • *
    • Posts: 653
    • o()xxxx[{::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::>
      • View Profile
    Jawab #62 15 June, 2012, 02:14:24 PM
  • Publish Di FB
  • Salah faham tentang konsep faraidh

    Ramai yang salah faham tentang konsep Faraid.
    Sebenarnya harus difahamkan bahawa Faraid hanya menetapkan nilai saham atau bahagian yang khusus untuk waris-waris tertentu dan bukannya menentukan bentuk pembahagian.

    Pembahagian yang dibuat sewajarnya perlu munasabah mengikut kesesuaian dan mestilah mendatangkan keuntungan dari segi ekonomi dan mampu meningkatkan kualiti hidup dan pembangunan ekonomi waris.

    Salah tanggapan ini menyebabkan banyak kes yang berlaku yang mana satu harta dikongsi oleh ramai waris yang tentunya mendatangkan kerugian dari segi ekonomi.

     Keadaan ini menyebabkan nilai komersial hilang dan hartanah sukar untuk dimajukan kerana para waris gagal mendapat kata sepakat dalam usaha memajukan tanah tersebut.

    Contoh terdekat dapat dilihat di Kg. Baru. Satu lot tanah yang hanya seluas 1.8 kaki persegi dikongsi seramai 90 orang. Walaupun waris berhak ke atas lot tanah tersebut tetapi dari segi nilai tiada harga. Malah untuk memajukannya juga banyak kekangan kerana perlukan persetujuan semua pihak terbabit.

    Izzah0404

    • *
    • Posts: 653
    • o()xxxx[{::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::>
      • View Profile
    Jawab #63 18 June, 2012, 03:45:25 PM
  • Publish Di FB
  • Faraid adalah undang-undang pembahagian harta pusaka Islam. Pembahagian harta pusaka mengikut hukum faraid akan dilaksanakan apabila waris-waris yang sah tidak mendapat kata sepakat dalam cara pembahagian harta pusaka.

    Ramai orang tahu bahawa sekiranya berlaku kematian maka harta pusaka tersebut akan terus difaraidkan. Malangnya setakat tahu sahaja tetapi tidak memahami bagaimana proses faraid itu berjalan sudah tentu tidak akan menyelesaikan pembahagian pusaka tersebut. Adakah sekadar tahu "aku juga ada bahagian" dalam harta pusaka tersebut akan menyelesaikan masalah pusaka?

    IbuAnakIsteri

    • *
    • Posts: 8
      • View Profile
    Jawab #64 18 June, 2012, 06:15:58 PM
  • Publish Di FB
  • Saya ada pertanyaan yer..

    Dalam satu kejadian ini, si ayah telah meninggal dunia dan harta yang ditinggalkan tidak banyak.Maklumlah org kampung. Harta yang ditinggalkan ialah

    1. Bayaran tahunan Felcra (bergantung kepada berapa ribu yang diberi kerajaan)
    2. Rumah yang masih ada tunggakan Rm 8000
    3. Tanah kebun ada 2 dan tanah tapak umah lama ada 1

    Waris yang masih ada
    1. Isteri
    2. 4 anak lelaki
    3. 4 ank perempuan ( 1 anak perempuan yang sakit dan hanya duduk dirumah dan tidak berkahwin)

    Selepas si ayah meninggal dunia, semua adik beradik setuju segala harta arwah ayah digunakan oleh ibu sepanjang ibu masih hidup. Tapi tanpa disangka-sangka si ibu telah menjual tanah peninggalan arwah senyap senyap dan menggunakannya untuk kegunaan harian dan memberi kepada 2 atau 3 org sahaja anaknya. Anak-anak yang lain tidak diberi dan tidak dimaklumkan. Isu ini diketahui apabila didapati tanah telah diusahakan oleh orang lain. Ini kerana 6 org anak2 nya duduk berjauhan.

    Kini si ibu telah jatuh sakit. Anak yang bongsu telah diminta untuk duduk bersama dan menjaga ibu dan kakak yang sakit.. duit harta pusaka digunakan untuk perbelanjaan mereka dan dipantau oleh abang no 5 yang duduk berdekatan. Nama bagi pengeluaran duit Felcra telah diletakkan atas nama abang no 5 bagi memudahkan proses keluar duit.

    Tetapi sesuatu yang x dijangka telah berlaku dimana abang no 5 telah menukar  rumah, duit Felcra, Tanah bekas rumah lama ke atas namanya tanpa pengetahuan adik beradik dan hanya persetujuan ibu. Setelah semua harta ditukar nama, si abang no 5 tidak memberi wang tersebut untuk kegunaan si ibu dan menggunakan untuk diri sendiri.

    Saya ingin bertanya..adakah pembahagian harta masih boleh dibuat dan adakah si abang yang sulung bersalah dan berdosa kerana tidak mempertahankan hak adik beradik yang lain dan adakah tindakan ibu itu adil  dan apakah yang boleh dilakukan.

    Izzah0404

    • *
    • Posts: 653
    • o()xxxx[{::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::>
      • View Profile
    Jawab #65 18 June, 2012, 10:27:53 PM
  • Publish Di FB

  • Selepas si ayah meninggal dunia, semua adik beradik setuju segala harta arwah ayah digunakan oleh ibu sepanjang ibu masih hidup.

     :)

    Adakah ayat yang saya qoute ni bermaksud semua adik beradik bersetuju menyerahkan bahagian hak faraid masing2 kepada ibu ataupun sekadar melantik ibu agar menjadi pemegang amanah(wasi) terhadap harta pusaka tersebut? Maaf saya kurang jelas dengan perkataan 'digunakan'.

    Izzah0404

    • *
    • Posts: 653
    • o()xxxx[{::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::>
      • View Profile
    Jawab #66 21 June, 2012, 12:43:11 AM
  • Publish Di FB
  • Faraid hanya menetapkan nilai harta yang patut diterima oleh waris-waris. Namun bagaimana harta itu patut diagihkan atau dalam bentuk apa harta itu patut diagihkan tidaklah ditentukan.

    Dalam proses pengurusan harta pusaka, ada dua perkara penting yang perlu dilakukan, iaitu:

    1) Proses mengenal pasti waris-waris yang berhak.
    2) Proses pengagihan harta kepada waris-waris yang berhak.

    Proses di atas perlu dilakukan menurut urutan. Waris-waris yang berhak perlu dikenal pasti terlebih dahulu sebelum pengagihan harta dijalankan. Sekiranya harta diagihkan tanpa mengenal pasti waris-waris yang berhak terlebih dahulu, maka ditakuti penerima harta tersebut telah menerima harta secara batil. Menerima harta secara batil boleh menyebabkan terjadinya perkara yang tidak diingini iaitu memakan harta haram. Banyak implikasi tidak elok akan wujud kepada diri, ahli keluarga dan juga masyarakat akibat memakan harta haram. Salah satu daripadanya adalah doa yang tidak diterima.

    IbuAnakIsteri

    • *
    • Posts: 8
      • View Profile
    Jawab #67 21 June, 2012, 02:36:30 PM
  • Publish Di FB

  • Adakah ayat yang saya qoute ni bermaksud semua adik beradik bersetuju menyerahkan bahagian hak faraid masing2 kepada ibu ataupun sekadar melantik ibu agar menjadi pemegang amanah(wasi) terhadap harta pusaka tersebut? Maaf saya kurang jelas dengan perkataan 'digunakan'.

    semua adik beradik bersetuju si ibu menggunakan wang hasil dr kebun serta hasil Felcra untuk kegunaan harian dan tanah2 adalah sebagai pemegang amanah

    Izzah0404

    • *
    • Posts: 653
    • o()xxxx[{::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::>
      • View Profile
    Jawab #68 24 June, 2012, 07:19:20 PM
  • Publish Di FB

  •  :)
    Maaf lambat respon sebab saya kena buat revision dulu. Penyelesaian bagi kes pembahagian harta pusaka yang melibatkan tanah Felcra bukanlah semudah kes pembahagian harta pusaka biasa kerana terdapatnya kekangan undang2 tertentu yang mesti dipatuhi seperti Akta Tanah GSA 1960.

    Apabila berlakunya kematian, waris anggota FELCRA sepatutnya merujuk kepada pihak pengurusan rancangan terlebih dahulu kerana sudah menjadi tanggungjawab pengurus rancangan dalam memastikan pembahagian harta pusaka anggotanya berjalan dengan lancar.

    Lazimnya perlantikan seorang pemegang amanah(pentadbir harta) adalah disebabkan situasi seperti;
    - terdapatnya ahli waris yang tidak cukup syarat untuk mentadbir sendiri harta contohnya belum mukallaf, sakit hilang upaya dan gila,
    - terdapat sekatan undang2 terhadap sebahagian ahli waris untuk mendapat haknya, dan
    - masih tidak ada kata putus tentang pembahagian harta pusaka (oleh itu pemegang amanah sementara dilantik sehinggalah kata putus dicapai).

    Dalam kes ini, saya melihat kurangnya permuafakatan antara waris. Walaupun telah ada persetujuan antara ahli waris, namun maksud persetujuan itu masih kurang clear, tidak detail dan masih belum mencapai kehendak sebenar pembahagian harta. Alangkah baiknya kalau sejak dari awal lagi semua ahli waris berbincang untuk menentukan berapa percent masing2 dapat dari hasil kebun dan hasil Felcra. Jadi, bila tidak ditentukan percent, esok2 akan timbulnya ketidakpuashatian sesetengaah ahli waris ekoran masing2 merungut yang mereka sepatutnya dapat hak sebanyak sekian-sekian..

    Saya rasa ibu anda kurang clear dengan persetujuan itu, sebab jika saya berada di tempat ibu anda, anak2 suruh guna wang hasil tu, tapi saya tak tahu sebanyak mana wang yang perlu saya guna. Lagipun anak2 tidak berpesan agar direservekan hak mereka. Maybe ibu anda faham bahawa dia ada hak 100% keatas harta pusaka tu. Jadi, segala keputusan ke atas harta pusaka tu tak mengapalah jika tidak diberitahu kepada waris lain kerana dia boleh membuat sekehendak hati terhadap harta pusaka tu. Tanggungjawab sebagai pemegang amanah juga kurang difahami. Mungkin juga ibu anda tidak tahu yang dia sebenarnya dilantik sebagai pemegang amanah.

    Seterusnya, saya mendapati ada ahli waris yang tidak berpuashati dengan tindakan pemegang amanah. Pemegang amanah menjadi tidak amanah berpunca dari ketidaktahuan akan tugas seorang pemegang amanah. Oleh itu perlunya orang yang tahu agar menerangkan elok2 kepada yang tak tahu agar menjadi tahu. Jika sudah tahu tapi masih tidak amanah, maka semua ahli waris boleh bermuafakat balik untuk melantik pemegang amanah yang lain.

    Kes pentadbir harta yang tidak amanah sering berlaku dalam kematian yang melibatkan tanah rancangan FELDA dan FELCRA. Pentadbir harta ini tidak amanah dan tidak melaksanakan tanggungjawab membahagikan segala hasil keuntungan dengan adil. Untuk mengatasi masalah ini, waris yang tidak berpuas hati boleh memohon bicara supaya dilantik Pentadbir Harta yang baru menggantikan pentadbir harta yang tidak amanah.

    bersambung...

    Izzah0404

    • *
    • Posts: 653
    • o()xxxx[{::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::>
      • View Profile
    Jawab #69 24 June, 2012, 07:36:22 PM
  • Publish Di FB
  • Apabila berlaku kematian kepada Peneroka, waris-waris si mati perlulah merujuk kepada Pejabat Tanah bagi membuat permohonan pusaka berdasarkan hakmilik tanah berkenaan ataupun Buku Daftar Pegangan bagi yang tiada hakmilik.
    Pembahagian harta pusaka biasanya di buat ketika hari pembicaran yang telah ditetapkan oleh JKPTG. Dalam proses pembahagian ini ada pelbagai bentuk pembahagian dibuat bagi tanah-tanah GSA ini. Biasanya ketika keputusan pembahagian hendak dibuat, Pentadbir Tanah akan mengambil ingatan kepada peruntukan di bawah Seksyen 14 dan 15 dalam Akta Tanah GSA 1960. Di antara bentuk perintah yang dikeluarkan oleh Pentadbir Tanah adalah:

    i. Perintah Pembahagian Secara Terus

    Dalam keadaan semua waris yang hadir semasa pembicaraan di jalankan bagi harta si mati bersetuju semua bahagian tanah rancangan ini di serahkan kepada salah seorang atau dua orang waris sebagai penerima milik, maka Pentadbir Tanah boleh membuat keputusan dengan kaedah pembahagian secara terus. Pembahagian secara terus ini adalah merupakan salah satu kaedah muafakat antara waris-waris dan mereka yang membuat penolakan tiada lagi mempunyai bahagian di atas harta berkenaan. Harta berkenaan akan menjadi hak kepada pemilik yang baru. Dalam keadaan pembahagian secara muafakat ini ada yang berbentuk penolakan tanpa balasan apa-apa. Perintah pembahagian secara penolakan tanpa balasan ini biasanya berlaku bagi kes-kes si mati hanya meninggalkan anak-anak dan seorang isteri sahaja dan anak-anak menolak hak mereka kepada ibu mereka. Selain daripada itu ada juga penolakan dengan balasan berbentuk wang tunai. Maka, harta itu akan di nilai bahagian yang sepatutnya diperolehi oleh waris-waris yang menuntut mengikut faraid atau undang-undang pembahagian dan dig anti dalam bentuk wang. Perintah ini di keluarkan oleh Pentadbir Tanah dalam bentuk borang yang di namakan “Borang E” yang merujuk kepada pembicaraan kuasa kali pertama. Perintah secara pembahagian terus juga ada dalam bentuk “Borang T” yang merujuk kepada keputusan atas permohonan bicara kuasa kali kedua, ketiga dan sehinggalah perintah di keluarkan.

    ii. Perintah Pembahagian Secara Lantikan Pentadbir

    Tugas Pentadbir adalah mengendalikan harta pusaka dan bertanggungjawab dalam hal-hal seperti mengutip sewa, bayar cukai dan menguruskan pembahagian hasil harta ini kepada waris-waris yang telah di tetapkan dengan bahagiannya (Noor Aziah Md Awal:2007). Bagi perintah pembahagian bentuk ini berlaku apabila keadaan waris-waris si mati yang terlibat tidak memberikan kerjasama. Di sini mungkin berlaku pertelingkahan antara waris-waris dan tidak boleh berunding antara mereka. Bagi waris yang hilang, tidak tahu sama ada masih hidup atau telah mati juga memberi kesan kepada perlantikan salah seorang atau berdua sebagai Pentadbir. Keadaan waris yang tidak boleh disahkan kematiannya menyebabkan Pentadbir Tanah tidak boleh menurunkan haknya itu kepada waris-waris lain. Bagi waris yang ramai dan masing-masing menuntut hak masing-masing mengikut Hukum Syarak atau undang-undang, maka Pentadbir akan melantik seorang atau dua orang sebagai Pentadbir dan hasilnya kehendaklah di agihkan kepada semua waris mengikut perintah yang di keluarkan oleh Pentadbir Tanah. Perintah perlantikan sebagai Pentadbir ini adalah berbentuk sementara sahaja dan sekiranya ada permohonan ulang bicara, ianya boleh dibatalkan dengan melantik Pentadbir baru atau perintah-perintah lain yang sesuai dan mengikut undang-undang Lantikan secara Pentadbir ini adalah dalam Borang F mengikut Akta Pembahagian Pusaka Kecil.

    iii. Perintah Jual

    Pentadbir Tanah juga boleh membuat keputusan berdasarkan Seksyen 15, Akta Pembahagian Pusaka Kecil 1955 untuk tender tanah ini di kalangan waris yang sanggup membuat bayaran dalam bentuk wang tunai kepada waris-waris lain. Keadaan juga berlaku di sebabkan oleh mungkin waris-waris yang berhak tidak boleh bermuafakat dan saling tidak setuju di lantik sebagai Pentadbir. Senario ini memerlukan penilaian dibuat secara professional dan sesiapa yang menyambut tender mestilah yang tertinggi di kalangan ahli-ahli waris. Jika gagal, maka lantikan Pentadbir di kekalkan dan jika tidak ada waris yang mampu membayar dalam bentuk wang ataupun Pentadbir Tanah boleh menjual kepada pihak Felda dengan persetujuan waris dan hasil jualannya di bahagi kepada semua waris mengikut bahagian-bahagian masing-masing sepertimana yang diputuskan oleh Pentadbir Tanah.

    iv. Perintah Dari Mahkamah Syariah atau Mahkamah Sivil Di Atas Hak Harta Sepencarian.

    Harta sepencarian ini adalah harta yang diperolehi secara usaha sama antara kedua-kedua suami isteri. (Siti Zalikhah Md. Nor: 1996). Bagi keadaan ini Pentadbir Tanah juga akan mengambil kira perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah atas hak sepencarian ke atas hak harta sepencarian ke atas pasangan kepada peneroka yang meninggal dunia sama ada Mahkamah Syariah bagi orang Islam atau Mahkamah Sivil bagi orang bukan Islam. Hak itu akan wujud bagi pasangan yang bersama-sama memasuki tanah rancangan dan tuntutan itu boleh berlaku jika penceraian ketika hidup ataupun penceraian ketika mati. Jika peneroka itu mati, pasangannya ada membawa perintah Mahkamah, maka Pentadbir Tanah akan mengagihkan terlebih dahulu hak harta sepencarian itu dan bakinya akan di bahagi mengikut muafakat ataupun mengikut undang-undang. Jika pasangan si mati itu tidak membawa apa-apa perintah dari Mahkamah, maka Pentadbir Tanah hendaklah membuat pembahagian harta sepencariannya dahulu dan kemudian baginya akan di bahagikan mengikut muafakat ataupun mengikut undang-undang.

    Izzah0404

    • *
    • Posts: 653
    • o()xxxx[{::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::>
      • View Profile
    Jawab #70 13 July, 2012, 11:02:19 PM
  • Publish Di FB

  • Dalam proses pengurusan harta pusaka, ada dua perkara penting yang perlu dilakukan, iaitu:

    1) Proses mengenal pasti waris-waris yang berhak.
    2) Proses pengagihan harta kepada waris-waris yang berhak.


    Mengenal pasti waris-waris yang berhak bukanlah sesuatu yang sukar. Kebiasaan yang terfikir oleh kita tentang waris-waris yang terdekat ialah isteri/suami, anak-anak dan ibu-bapa. Secara mudahnya ada lima orang waris utama yang berhak ke atas harta peninggalan kita. Untuk memudahkan lagi proses mengenal pasti waris di sini diterangkan beberapa situasi.

    A) Bagi orang yang sudah berkeluarga, 5 orang waris utamanya ialah:
        1. Suami / Isteri
        2. Anak Lelaki
        3. Anak Perempuan
        4. Ibu
        5. Bapa

    B) Bagi orang yang masih bujang, 2 orang waris utamanya ialah:
        1. Ibu
        2. Bapa

    C) Bagi orang yang sudah berkeluarga tetapi tidak mempunyai anak, 3 orang waris utamanya ialah:
        1. Suami / Isteri
        2. Ibu
        3. Bapa

    D) Bagi orang yang sudah berkeluarga tetapi sudah tidak mempunyai ibu-bapa, 3 orang waris utamanya ialah:
        1. Suami / Isteri
        2. Anak lelaki
        3. Anak perempuan

    E) Bagi orang yang masih bujang tetapi sudah tidak mempunyai ibu-bapa, 2 orang waris utamanya ialah:
        1. Adik beradik lelaki.
        2. Adik beradik perempuan.

    Dengan mengetahui waris yang betul-betul berhak akan dapat memudahkan proses tuntutan pusaka di mahkamah, memudahkan proses pembahagian faraid dan dapat mengelakkan pertelingkahan antara ahli keluarga.

    Izzah0404

    • *
    • Posts: 653
    • o()xxxx[{::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::>
      • View Profile
    Jawab #71 03 September, 2012, 10:54:18 PM
  • Publish Di FB
  •  :)

    Pada post2 sebelum ini saya telah jelaskan cara pengiraan faraidh secara asas. Pada kali ini saya akan menjelaskan tentang cara pengiraan faraidh yang lebih rumit iaitu cara pengiraan faraidh yang melibatkan tuntutan wasiat.

    Berikut ialah contoh kes:


    Kasim Bin Selamat mati pada 1 Februari 2008

    Simati mati meninggalkan:

    1. Seorang isteri
    2. Seorang anak perempuan
    3. Seorang saudara perempuan seibu sebapa
    4. Dua orang saudara lelaki sebapa


    Harta peninggalan simati: sebidang tanah kebun kelapa sawit seluas 10 ekar bernilai RM200,000.

    Kasim ada membuat surat wasiat yang mengatakan sekiranya beliau meninggal dunia;
    ~ ½ daripada tanah tersebut diberikan kepada anak perempuannya, dan
    ~ ½ lagi diberikan kepada dua orang saudara lelakinya.

    Kes pembahagian pusaka berwasiat bagi harta orang Islam  adalah di bawah bidang kuasa Unit Pembahagian Pusaka. Perbicaraan  dijalankan untuk mendapat maklumat tentang waris si mati. Penentuan waris dan bahagian masing-masing mengikut Hukum Faraid adalah seperti berikut:

    Sekiranya tuntutan wasiat dibuat oleh dua orang saudara lelaki simati, iaitu ke atas ½ bahagian daripada harta si mati iaitu tanah seluas 5 ekar, ketiga-tiga orang waris yang berhak menerima pusaka akan diminta memberi persetujuan. Sekiranya mereka bersetuju,   pembahagian diputuskan seperti berikut:

    Sekiranya waris-waris tidak bersetuju dengan wasiat tersebut, wasiat yang diluluskan kepada dua saudara lelaki tersebut setakat 1/3 daripada  harta mengikut hukum syarak iaitu sebanyak seluas 3.33 ekar sahaja. Sekiranya kedua-dua mereka bersetuju, pembahagian diputuskan seperti berikut:

    Nadzrin2007

    • *
    • Posts: 1
      • View Profile
    Jawab #72 02 October, 2012, 03:26:44 PM
  • Publish Di FB
  • Assalamualaikum

    Saya mohon penjelasan lanjut berkenaan pembahagian harta peneroka felda. Harap ada pihak dapat membantu memberikan penjelasan. Setelah membaca post berkenaan faraid, saya faham bahawa isteri peneroka mendapat bahagian 1/8. Mohon saya bercerita serba sedikit latarbelakang, si mati iaitu peneroka masuk felda dalam tahun 1981 bersama isteri terdahulu. Isteri peneroka tersebut meninggal dunia dalam tahun 1983. Bersama dengan isteri tersebut peneroka ada 3 orang anak lelaki. Suami kemudian berkahwin lain pada 1984 dan dikurniakan 1 anak lelaki dan 2 anak perempuan. Semasa perkahwinan ini, 2 anak lelaki telah berumur lebih 18 tahun dan hanya seorang masih dalam tanggungan (anak dengan isteri pertama). 3 anak lelaki dengan isteri pertama ini apabila dewasa membawa haluan masing2. Suami iaitu peneroka meninggal dunia tahun 2002. Baru-baru ini salah seorang waris daripada isteri pertama tersebut menuntut bahagian hasil ladang mengikut faraid dengan nisbah isteri (peneroka) 1/8, manakala selebihnya dibahagikan sesama adik beradik mengikut nisbah masing2. Persoalannya sekarang adakah si isteri ini boleh menuntut harta sepencarian iaitu 50% daripada harta dan hasil ladang? barulah 50% lagi difaraid kepada anak2 kerana isteri peneroka ini sejak hampir 30 tahun dahulu membantu suami di ladang dan juga menjadi surirumah. Geran tanah diperolehi sejak tahun 2004. Dalam geran tersebut isteri sebagai pentadbir. Harap mendapat jawapan. Terima kasih.

    Izzah0404

    • *
    • Posts: 653
    • o()xxxx[{::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::>
      • View Profile
    Jawab #73 06 November, 2012, 12:13:46 AM
  • Publish Di FB
  • Persoalannya sekarang adakah si isteri ini boleh menuntut harta sepencarian iaitu 50% daripada harta dan hasil ladang? barulah 50% lagi difaraid kepada anak2 kerana isteri peneroka ini sejak hampir 30 tahun dahulu membantu suami di ladang dan juga menjadi surirumah. Geran tanah diperolehi sejak tahun 2004. Dalam geran tersebut isteri sebagai pentadbir. Harap mendapat jawapan. Terima kasih.

    -jawabsalam-
    Sudah semestinya si isteri ade hak untuk menuntut harta sepencarian lebih-lebih lagi jika isteri turut membantu suami. Prinsipnya begini;

    1. Jika ada keterangan yang mencukupi untuk membuktikan sumbangan org yang menuntut, maka dia berhak mendapatkan bahagiannya mengikut kadar sumbangan itu;

    2. Jika tidak ada keterangan membuktikan sumbangan itu, kedua-dua pihak hendaklah bersumpah dan selepas itu harta itu dibahagi dua. Jika kedua-dua pihak enggan bersumpah, harta itu juga dibahagi dua. Jika hanya satu pihak yang bersumpah, manakala pihak lain enggan, kesemua harta diberi kepada pihak yang bersumpah. Jika salah satu pihak atau kedua-duanya telah meninggal dunia sumpah itu hendaklah dibuat oleh waris si mati.

    3. Jika ada adat yang mengikatnya, satu pihak itu memberi sumbangan melebihi sumbangan pihak lain, pembahagian itu hendaklah dibuat berasaskan adat itu. Jika kedua-dua pihak tidak bersetuju, pembahagian hendaklah dibuat mengikut prinsip (1) dan (2) di atas.


    Selesaikan dahulu harta sepencarian kemudian barulah harta pusaka yang selebihnya dibahagikan kepada waris yang berhak, itulah yang terbaik kerana salah satu syarat pembahagian harta pusaka ialah hendaklah terlebih dahulu diselesaikan harta sepencarian.

    azli9139

    • *
    • Posts: 2
      • View Profile
    Jawab #74 09 November, 2012, 12:08:12 PM
  • Publish Di FB
  • Assalamualaikum,

    saya mohon pencerahan diatas kemusykilan saya berkaitan harta "Joint name". Isteri saya telah meninggal tahun lepas dan kami ada
    sebuah rumah yang dibeli dengan mendaftarkan nama saya dan arwah isteri. Walaupun rumah tersebut saya yang menguruskan pembayaran
    dari dahulu sehingga sekarang tapi saya sedar terdapat bahagian untuk di'faraid'kan. Rumah tersebut masih mempunyai hutang
    selama 20 tahun lagi. Untuk pengetahuan, MRTT yang diambil hanya nama saya seorang dan pembayaran adalah seperti biasa.

    Untuk makluman, saya telah ke pejabat tanah untuk perbicaraan(semalam) harta dimana waris2 ialah:
    1-Bapa
    2-Ibu
    3-Saya(suami)
    4-Anak Lelaki(umur 8)
    5-Anak Perempuan(Umur 7)

    dalam perbicaraan, Ibu bapa arwah isteri bersetuju menerima hanya harta alih manakala harta tak alih bahagian mereka dipindahkan
    kepada cucu2 mereka dengan syarat harta alih(wang) cukup untuk mereka ke Mekah. Dalam kes ini,saya bersetuju menambah
    bahagian saya kerana bahagian mereka tidak cukup.  Dengan ini jumlah bahagian anak2 saya ialah  27/36 adalah. untuk perkara
    tersebut saya faham. Dan harta tersebut serta yang lain akan diletakkan di ARB.

    Yang menjadi kemusykilan ialah setakat mana harta yang difaraidkan?adakah keseluruhan atau 1/2 dari harta tersebut
    (rumah teres)?adakah  faraid hanya mewariskan harta tetapi tidak  mem'faraid'kan ansuran/commitment lain?

    Untuk pengetahuan, saya bercadang hendak menjual rumah tersebut bagi mengurangkan commitment saya disebabkan saya tidak
    tinggal di rumah tersebut dan telah membeli sebidang tanah kosong untuk membina rumah lain untuk saya tinggal bersama anak2.

    Pohon pencerahan


    Izzah0404

    • *
    • Posts: 653
    • o()xxxx[{::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::>
      • View Profile
    Jawab #75 19 November, 2012, 12:00:48 AM
  • Publish Di FB
  • Quote
    Yang menjadi kemusykilan ialah setakat mana harta yang difaraidkan?adakah keseluruhan atau 1/2 dari harta tersebut (rumah teres)?
    Maaf, saya kurang mendalami perkara ini. Oleh itu saya menyarankan agar anda merujuk perkara ini dengan mahkamah syariah terdekat bagi mendapatkan sijil faraid. Hanya mahkamah yang berkuasa untuk mengeluarkan sijil faraid mengikut pembahagian yang telah ditetapkan oleh syarak.

    Quote
    adakah  faraid hanya mewariskan harta tetapi tidak  mem'faraid'kan ansuran/commitment lain?
    Harta pusaka adalah aset dan liabiliti (hutang) yang ditinggalkan simati.

    Jika hutang simati melebihi semua harta peninggalan, perkara seperti berikut perlu dilakukan;
    1. Wajib bayar semua hutang dengan semua harta pusaka yang ada
    2. Jika masih terdapat baki hutang, waris tidak dipertanggungjawabkan untuk membayarnya kerana bayaran hutang simati hanyalah setakat harta simati sahaja. Namun begitu, adalah lebih baik jika waris membantu menjelaskan hutang itu. Baki hutang di faraid mengikut bahagian masing-masing.

    Untuk kes simati ada meninggalkan hutang berkala (hutang yang dibayar secara berkala), antara cara hutang ini boleh diselesaikan ialah;
    1. Mengambil harta simati yang lain bagi menjelaskan hutang ini sekaligus.
    2. Mengambil harta simati dan menjelaskan hutang secara berkala. Pembahagian tidak dilakukan sehingga hutang dijelaskan sepenuhnya.
    3. Sekiranya ada waris yang mahukan harta ini, boleh diberikan kepadanya dengan harga yang dipersetujui dan hutang dijelaskan oleh waris berkenaan dengan wangnya sendiri.

    ~ Sekiranya waris tidak mampu menjelaskan hutang simati setiap bulan, mereka boleh membuat keputusan menjual harta itu. Duit hasil jualan perlu digunakan bagi menjelaskan hutang simati. Sekiranya berbaki, lebihan hendaklah dibahagikan kepada waris-waris.
    ~ Sekiranya hasil jualan tidak dapat menampung hutang simati, perlu dibayar dengan menjual harta simati yang lain sehingga hutang itu selesai sepenuhnya.
    ~ Sekiranya simati tidak mempunyai harta lain, tidak dipertanggungjawabkan kepada waris-waris menyelesaikan hutang itu dengan harta mereka kecuali mereka sendiri mahu membantu menyelesaikannya.
    ~ Sekiranya tidak ada waris yang sanggup menyelesaikan hutang simati, simati akan terus berada dalam keadaan berhutang..

    Mengikut sebuah hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bahawa orang yang mati dalam keadaan masih menanggung hutang, maka rohnya tidak akan sampai naik ke langit, ia hanya akan terapung-apung di antara langit dan bumi, sedangkan roh orang mukmin yang lain dapat naik ke langit untuk kembali ke tempat asalnya sebagaimana hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang bermaksud:

    “Dari Abi Hurairah Radiallahuanhu katanya: Telah bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: Roh seseorang mukmin itu tergantung-gantung (dihalang daripada tempat yang mulia) dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya itu dilunaskan.’’ (Riwayat Al-Imam Al-Tarmizi).

    Oleh itu, waris si mati hendaklah segera melunaskan hutang piutang simati dengan menggunakan harta pusaka yang ditinggalkan sebelum difaraidkan. Sekiranya simati tiada meninggalkan harta atau tidak mencukupi maka waris hendaklah berusaha mencari jalan melangsaikan hutang itu seberapa segara.
    « Last Edit: 19 November, 2012, 01:01:25 AM by Izzah0404 »

    Izzah0404

    • *
    • Posts: 653
    • o()xxxx[{::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::>
      • View Profile
    Jawab #76 20 November, 2012, 10:29:25 PM
  • Publish Di FB
  • Ada seorang ustaz dalam salah satu kelas pengajian mingguan di masjid telah membicarakan bab faraid. Dalam kelas ini, ustaz tersebut menerangkan bagaimana menguruskan harta pusaka si mati. Sebelum memfaraidkan harta pusaka oleh waris, perlulah dibereskan daripada harta si mati beberapa urusan seperti belanja mengurus jenazah, kemudian dibayar hutang kepada Allah (seperti fidyah puasa dan badal haji) serta hutang sesama manusia, kemudian diselesaikan harta sepencarian membabitkan isteri/suami dan apabila semua perkara-perkara berkaitan dapat dibereskan, barulah harta si mati dibahagikan mengikut hukum faraid.

      Ustaz itu kemudian memberikan contoh pengiraan pembahagian harta pusaka. Tidak menjadi masalah besar jika harta pusaka si mati mengatasi hutangnya tetapi apa akan terjadi jika hutangnya lebih banyak daripada harta yang ditinggalkan, tentunya pewaris akan 'pucat muka' dan terkebil-kebil biji mata mereka. Katakan si mati meninggalkan harta yang keseluruhannya bernilai RM500,000 tentunya pewaris seperti anak, isteri dan sebagainya menyangkanya banyak dan tertanya-tanya berapa yang akan mereka perolehi daripada bahagian masing-masing tetapi selepas disemak hutang si mati berjumlah RM600,000; pendeknya hutang lebih banyak daripada aset; apa akan terjadi selepas itu? Berputih matalah anak isteri.

      Tentunya waris tidak keruan, mereka sebenarnya bukan dapat harta pusaka, sebaliknya perlu membereskan hutang sebanyak RM100,000. Membereskan hutang itu tanggungjawab waris, tetapi apa akan terjadi jika waris tidak dapat membayarnya? "Menjadi kewajipan pihak berkuasa (seperti Baitulmal) untuk melangsaikannya," kata ustaz.

    BUNGA DAISY

    • *
    • Posts: 4
      • View Profile
    Jawab #77 30 November, 2012, 11:05:43 PM
  • Publish Di FB
  • salam. saya nak tanya. komposisi keluarga yang bagaimana yang menyebabkan sebahagian harta mesti diberi kepada baitumal?. mohon penjelasan ya. terima kasih

    Izzah0404

    • *
    • Posts: 653
    • o()xxxx[{::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::>
      • View Profile
    Jawab #78 01 December, 2012, 02:23:07 AM
  • Publish Di FB
  • salam. saya nak tanya. komposisi keluarga yang bagaimana yang menyebabkan sebahagian harta mesti diberi kepada baitumal?. mohon penjelasan ya. terima kasih


    -jawabsalam-

    Secara umumnya Baitulmal berhak mewarisi harta pusaka (dalam ertikata harta pusaka tersebut mesti diserahkan kepada Baitulmal) berdasarkan keadaan berikut;

    a) Simati tidak mempunyai waris.
    b) Simati mempunyai waris tetapi tidak berhak menerima pusaka kerana waris tersebut berlainan agama/murtad/pembunuh simati.
    c) Simati mempunyai waris tetapi tiada waris [desc=waris yang akan mendapat baki harta]'Asobah[/desc] (jika harta masih berbaki). Contohnya;

    1.

    Berdasarkan contoh di atas, simati hanya mempunyai waris fardhu iaitu Isteri dan anak perempuan, tetapi tidak mempunyai waris 'Asobah (contohnya Anak Lelaki/Bapa/Saudara Lelaki). Keadaan ini menyebabkan isteri+anak perempuan mendapat 5/8 bahagian harta dan harta tersebut masih berbaki 3/8 bahagian. Andainya simati mempunyai Saudara Lelaki(waris 'Asobah), maka Saudara Lelaki tersebutlah yang akan mewarisi baki 3/8 harta itu. Malangnya simati tidak mempunyai walau seorangpun waris 'Asobah yang akan menghabisi baki harta tersebut. Maka baki 3/8 harta tersebut akan diserahkan kepada Baitulmal.


    2.

    Berdasarkan contoh ini pula, simati hanya mempunyai waris fardhu iaitu ibu, isteri dan 2 anak perempuan, tetapi tidak mempunyai waris 'asobah. Jadi, Ibu+Isteri+2 Anak Perempuan mendapat 23/24 bahagian harta, dan harta tersebut masih berbaki 1/24 bahagian. Oleh kerana simati ketiadaan waris 'Asobah yang akan mendapat baki harta tersebut, maka baki 1/24 bahagian itu patut diserahkan kepada Baitulmal.


    Secara kesimpulannya, Baitulmal;
    • Mendapat keseluruhan harta sekiranya tiada waris yang layak mendapat pusaka.
    • Menjadi waris sekiranya tiada waris yang layak mendapat pusaka
    • Menjadi waris kepada baki harta sekiranya masih ada baki dan pada masa yang sama tidak ada waris 'Asobah.

    Izzah0404

    • *
    • Posts: 653
    • o()xxxx[{::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::>
      • View Profile
    Jawab #79 06 December, 2012, 10:15:10 PM
  • Publish Di FB
  • Assalamualaikum. Saya sambung lagi pembelajaran mengenai faraid ini dengan membawakan tajuk 'Hijab'.

    [negative]HIJAB[/negative]

    'Hijab' dalam konteks faraidh memberi maksud pencegahan waris dari menerima harta pewarisnya sama ada seluruh atau sebahagiannya kerana adanya orang yang lebih patut darinya untuk terima harta tersebut.

    Faktor hijab;

    1. Sifat waris itu sendiri
    ~ Seperti perhambaan, pembunuhan dan perbezaan agama.
    ~ Wujud sifat yang menghalang dari mewarisi pusaka.



    2. Kewujudan pihak lain
    ~ Wujudnya individu yang lebih layak. Dia sepatutnya jadi ahli waris, tapi terhalang.
    ~ Terhalang sama ada terhalang terus ataupun mengurangkan bahagian.



    Jenis Hijab;

    1. Hijab Hirman
    ~ Pada asalnya dia berhak dapat bahagian, tapi bila wujud ahli waris yang lebih utama@dekat dengan simati, maka dia terhalang terus dari dapat apa-apa bahagian.
    ~ Contohnya;
         - Bila wujudnya ayah, maka datuk terhalang dari dapat pusaka.
         - Bila wujudnya Anak Lelaki, maka Cucu Lelaki terhalang dari dapat pusaka.

    2. Hijab Nuqson
    ~ Iaitu halangan yang hanya mengurangkan bahagian ahli waris kerana wujud bersamanya ahli waris yang lain.
    ~ Ahli waris tetap dapat bahagian, tapi bahagian itu jadi kurang dari yang sepatutnya kerana ada individu tertentu.
    ~ Contohnya;
         
    - Pada asalnya suami akan dapat 1/2 bahagian pusaka. Tetapi oleh kerana adanya Anak simati, maka bahagian suami dikurangkan menjadi 1/4 bahagian.

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    0 Replies
    1505 Views
    Last post 06 April, 2009, 11:15:47 AM
    by Azwar
    10 Replies
    2500 Views
    Last post 19 October, 2011, 11:09:35 PM
    by keju
    4 Replies
    1520 Views
    Last post 01 February, 2013, 04:00:23 PM
    by sri_mersing81