Cara Pengiraan Faraidh

*

Author Topic: Cara Pengiraan Faraidh  (Read 72556 times)

0 Halaqian and 2 Guests are viewing this topic.

Izzah0404

  • *
  • o()xxxx[{::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::>
    • View Profile
05 January, 2012, 02:54:03 AM
  • Publish

  • --bismillaah--
    -salam-

    Mengapa saya begitu beriya-iya membuka topik ini?
    Jawapannya =

    Sabda Rasulullah saw:
    "Pelajarilah ilmu Faraid dan ajarkanlah kepada orang lain. Sesungguhnya aku akan mati, ilmu ini juga akan mati dan akan berlaku kacau-bilau. Sehingga apabila dua orang bertelingkah kerana harta pusaka, mereka tidak akan dapat menemui sesiapa yang boleh menyelesaikan kes mereka."
    (Hadis riwayat al-Hakim daripada Ibnu Mas’ud)

    Sabda Rasulullah saw:
    "Pelajarilah ilmu Faraid dan ajarkanlah kepada manusia, kerana ianya adalah separuh daripada ilmu dan akan dilupakan. Ia juga adalah ilmu yang pertama akan dicabut dari umatku."
    (Hadis riwayat Ibnu Majah daripada Abu Hurairah)

    Menurut Islam, selepas kematian seseorang Muslim, maka wujudlah hak-hak tertentu ke atas harta yang ditinggalkannya. Hak-hak tersebut telahpun ditentukan sendiri oleh ALLAH secara khusus di bawah hukum faraid. Pembahagian faraid kepada yang berhak hukumnya adalah WAJIB untuk ditunaikan, dan FARDHU KIFAYAH kepada umat Islam (khususnya waris-waris) untuk menyelesaikannya, sama hukumnya seperti menyembahyangkan jenazah. Pembahagian harta pusaka menurut kaedah dan pelaksanaan Islam adalah suatu pembahagian yang sangat adil dan sistematik kerana ALLAH sebagai pencipta manusia mengetahui dimana letaknya kekurangan dan kelebihan dalam diri manusia itu.




    Di dalam surah An-Nisa' ayat 11 & 12 seperti di atas telah menerangkan tentang kaedah pembahagian Faraid dengan jelas, manakala dalam surah yang sama ayat yang ke-14 Allah telah mengecam manusia yang beriman sekiranya ingkar dengan perintah ALLAH ini.

    Maksud surah An-Nisa' (ayat 14):
    "Dan barangsiapa yang mendurhakai Allah dan Rasul-Nya dan melanggar ketentutan-ketentua n-Nya, nescaya ALLAH akan memasukkannya kedalam api neraka sedang ia kekal di dalamnya; dan baginya seksa yang menghinakan" .

    Ini jelas menunjukkan bahawa sekiranya umat Islam itu ingkar dengan ketentuan ALLAH, maka ALLAH akan melemparkannya ke dalam api neraka selama-lamanya. Ini menunjukkan bahawa suatu ancaman yang amat berat bagi mereka yang mengabaikan pelaksanaan hukum Faraid dalam pembahagian harta pusaka.


    Sekiranya pembahagian Faraid diabaikan, dikhuatiri akan berlaku:


    * Memakan harta anak yatim

    * Memakan harta saudara-mara

    * Memakan harta Baitulmal


    Untuk mengetahui cara pengiraan faraidh, terlebih dahulu marilah kita memahami beberapa istilah penting:

    1. Asal masalah

    2. Tashih masalah

    3. Radd & 'Aul


    to be continue..
    [warning]I AM NOT WHO I THINK I AM. I AM NOT WHO YOU THINK I AM. I AM WHO I THINK YOU THINK I AM[/warning]

    Reply #1 05 January, 2012, 07:55:58 AM
  • Publish
  • Sejahtera hendak-NYA ke atas kalian .......

    Perkataan Faraid dari segi bahasa mempunyai maksud yang banyak. Antaranya ialah menentukan, memastikan, menghalalkan dan mewajibkan.

    "Sehingga apabila dua orang bertelingkah kerana harta pusaka, mereka tidak akan dapat menemui sesiapa yang boleh menyelesaikan kes mereka." maksud Hadis ....

    Quran dan Hadis pun satu pusaka ilmu ... berterlingkah pun bukan pasal harta kot .... pasal sikapp tu haa ... tentukan agar mahu mengikut perintah Allah dan Rasul-NYA

    Ummi Munaliza

    • *
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #2 05 January, 2012, 08:05:20 AM
  • Publish
  • Quran dan Hadis pun satu pusaka ilmu ... berterlingkah pun bukan pasal harta kot .... pasal sikapp tu haa ... tentukan agar mahu mengikut perintah Allah dan Rasul-NYA

    Like...like..like..like..like..like...
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Izzah0404

    • *
    • o()xxxx[{::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::>
      • View Profile
    Reply #3 05 January, 2012, 08:21:18 AM
  • Publish
  • 1. Asal masalah

    • Angka pokok (angka terkecil) yang digunakan sebagai angka pengumpul kepada semua pecahan bahagian2 ahli waris.
    • Maksudnya sekiranya asal masalah bagi sesuatu kes itu 6, maka harta tersebut dibahagi kepada 6 bahagian. 

    Bagaimana caranya?

    Caranya…

    1. Kenalpasti siapa ahli waris dan bahagian mereka sama ada ahli waris fardhu atau ‘asobah
    2. Dari ahli waris tersebut dan bahagian mereka barulah dicari asal masalah.


    Kaedah penentuan asal masalah:-

    1. Hanya ahli waris ‘asobah yang ada
    2. Hanya ahli waris fardhu sahaja
    3. Waris fardhu dan ‘asobah
    4. Ahli waris terdiri dari beberapa orang ahli fardhu


    1. Hanya ahliwaris‘asobahyang ada

    • Semua lelaki:
    Asal masalahnya: bilangan ahli waris ‘asobah yang ada

    • Bercampur lelaki dan perempuan:
    Asal masalahnya: 2 perempuan menyamai 1 lelaki
    Contoh:
    a) Seorang mati meninggalkan 4 org anak lelaki, asal masalahnya 4
    b) Seorang mati meninggalkan 1 org anak lelaki dan 1 org anak perepuan, asal masalahnya 3.


    2. Hanya ahli waris fardhu sahaja

    • Asal masalahnya: angka pembawah (makhraj) dari bahagian ahli waris tersebut
    • Contoh:
    1) Seorang mati meninggalkan seorang isteri. Isteri dapat¼, asal masalahnya ialah 4.
    2) Seorang mati meninggalkan seorang anak perempuan( ½), asal masalahnya 2.


    3. Waris fardhu dan ‘asobah

    • Asal masalah ialah angka pembawah dari waris fardhu tersebut.
    Cth:
    ? simati meninggalkan seorang isteri(1/4) dan seorang saudara Lelaki seibusebapa( ‘Asobah), asal masalah ialah 4


    4. Ahli waris terdiri dari beberapa orang ahli fardhu

    • Asal masalahnya: angka terkecil diantara angka2 yang dapat dibahagi dengan angka pembawah yang ada
    Cth:
    ? Seorang mati meningggalkan suami, ibu, seorang saudara Perempuan seibu.



    Kaedah bagi mencari asal masalah

    • Empat kaedah yang lazim digunakan bagi mencari asal masalah dalam kes2 di mana terdapat berbilang ahli fardhu ialah:

    I.   Tamathul
    II.  Tadakhul
    III. Tawafuq
    IV. Tabayun



    I. Tamathul(bersamaan)

     Angka-angka penyebut adalah serupa
    • Asal masalahnya ialah angka yang serupa tersebut.
    Cth:
    1. seorang mati meninggalkan:
    suami-(1/2)
    sdrp ib-(1/2)

    2. seorang mati meninggalkan:
    3 sdrp ib-(2/3)
    2 sdrp i-(1/3)


    II. Tadakhul(masukan)

    • Bermasuk-masukan antara dua angka@pembawah yang lebih kecil boleh dimasukkan kesemuanya ke dalam pembawah yang lebih besar tanpa ada baki
    • Asal masalahnya ialah pembawah yang terbesar
    Cth:



    III. Tawafuq(sepakat)

    • Dua angka pembawah yang dapat dibahagikan dengan satu angka yang sama.
    • Asal masalahnya ialah dgn mendarabkan setengah bahagian dari salah satu dar i2 pembawah itu dengan yg satu lagi @ angka terkecil yang dapat dibahagikan dengan angka pembawah tersebut.
    Cth 1/4 dgn 1/6 , pembawah 4 dan 6 dapat dibahagikan dgn 2 .
    (2X6=12) atau(4X3=12)

    Cth:
    simati meninggalkan:



    IV. Tabayyun(berlainan)

    • Tidak terdapat penyesuaian antara angka pembawah
    Asal masalahnya ialah dgn mendarab antara satu sama lain seperti 3 dgn 4 = 12
    Cth:
    simati meninggalkan:

    Izzah0404

    • *
    • o()xxxx[{::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::>
      • View Profile
    Reply #4 05 January, 2012, 08:34:07 AM
  • Publish
  • 2. Tashih Masalah

    • Dalam penggunaan sistem asal masalah untuk pengiraan dan pembahagian harta pusaka, mesti mencapai angka bulat (angka yang dapat dibahagikan kepada semua ahli waris).

    • Tapi secara praktikalnya, tidak semua kes dapat angka bulat.


    Pemecahan pada satu tempat:

     Simati meninggalkan:




    Pemecahan pada 2 tempat:

     Simati meninggalkan:

    Izzah0404

    • *
    • o()xxxx[{::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::>
      • View Profile
    Reply #5 05 January, 2012, 08:42:49 AM
  • Publish
  • 3.1 Radd

     Ar-radd adalah berkurangnya pembahagi (jumlah bahagian fardhu) dan bertambahnya bahagian para ahli waris.

     Hal ini disebabkan sedikitnya ashabul furudh sedangkan jumlah seluruh bagiannya belum mencapai nilai 1, sehingga di sana ada harta warisan yang masih berbaki, sementara tidak ada seorang pun ‘asobah di sana yang berhak menerima baki harta waris.

     Maka dalam keadaan seperti ini kita harus menurunkan atau mengurangi pembaginya sehingga seluruh harta waris dapat mencukupi jumlah ashhabul furudh yang ada, meskipun akhirnya bagian mereka menjadi bertambah. Dengan demikian, dapat disimpulkan bahwa ar-radd adalah berlawanan dari al-’aul.

    Contoh Radd:


    Izzah0404

    • *
    • o()xxxx[{::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::>
      • View Profile
    Reply #6 05 January, 2012, 08:48:55 AM
  • Publish
  • 3.2 'Aul

    • Menambah pecahan saham menjadi lebih besar dari asal masalah dan menyebab bahagian yg sepatut diterima oleh ahli waris menjadi lebih kecil.

    Contoh ‘Aul:  6 kepada 7



    Contoh ‘Aul:  6 kepada 8

    Izzah0404

    • *
    • o()xxxx[{::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::>
      • View Profile
    Reply #7 05 January, 2012, 08:58:31 AM
  • Publish
  • Masalah yang menyalahi kaedah asal

    Terdapat beberapa masalah dalam pembahagian harta pusaka yang terpaksa dibuat berlainan dengan kaedah yang telah ditetapkan iaitu:

    i.  Al Gharawain

    ii. Al Musyarakah



    to be continue..

    Izzah0404

    • *
    • o()xxxx[{::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::>
      • View Profile
    Reply #8 05 January, 2012, 09:20:39 AM
  • Publish
  • i.  Al Gharawain

    • Simati meninggalkan: Suami@isteri, ibu dan bapa



    Merujuk kepada gambarajah di atas, jika mengikut kaedah asal, kita akan lihat bahawa si ibu mendapat lebih banyak bahagiannya berbanding si bapa iaitu ibu = 2/6 manakala bapa= 1/6. Ini menyalahi peraturan faraidh kerana sepatutnya lelaki hendaklah mendapat bahagian yang lebih berbanding perempuan, bukannya sebaliknya. Namun, kita tidak boleh sewenang-wenangnya menukar bahagian si ibu agar menjadi kurang dari bahagian bapa kerana ibu adalah termasuk dari salah seorang ashabul furudh. Ketentuan bahagian si ibu sekiranya tidak mempunyai anak seperti yang dinyatakan dalam al-Quran ialah 1/3. Jadi, untuk kes ini sahaja, ulama' tafsir menafsirkan bahawa bahagian bagi si ibu ialah 1/3 baki. Hal ini dilakukan bagi mengelakkan agar ianya bercanggah dengan bahagian yang telah ditetapkan oleh al-Quran iaitu 1/3.

    * Ashabul furudh = Orang yang mendapat bahagian dalam harta pusaka pada kadar tertentu mengikut ketentuan al-Quran dan al-Hadith.


    Izzah0404

    • *
    • o()xxxx[{::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::>
      • View Profile
    Reply #9 05 January, 2012, 09:35:54 AM
  • Publish
  • ii. Al Musyarakah

    • Ahli waris ‘asobah yang tidak mendapat bahagian diberi juga secara berkongsi dengan ahli waris fardhu

    • Dalam kes simati meninggalkan:

    1. Suami
    2. Ibu atau nenek
    3. Dua orang atau lebih saudara seibu
    4. Seorang atau lebih saudara lelaki sebapa


    Penyelesaiannya:

    • Mengikut kaedah asal saudara lelaki seibu sebapa tidak mendapat bahagian kerana harta telah dihabisi oleh ahli waris fardhu*

    • Oleh kerana saudara lelaki seibu sebapa tidak mendapat apa2 sedangkan dari hubungan darah dgn simati, dia lebih dekat berbanding saudara seibu.

    • Oleh yg demikian, dia dimasukkan dalam kumpulan saudara seibu dan berkongsi dgn mereka pada kadar 1/3 harta pusaka(musyarakah)


    Izzah0404

    • *
    • o()xxxx[{::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::>
      • View Profile
    Reply #10 05 January, 2012, 10:16:13 AM
  • Publish
  • Pembahagian ahli waris:

    1. Ahli waris Fardhu

    2. Ahli waris 'Asobah

    3. Ahli waris zawil arham



    1. Ahli waris fardhu (ashabul furudh)

    • Orang yang mendapat bahagian dalam harta pusaka pada kadar tertentu mengikut ketentuan al Quran dan hadis
    •Kadar yang telah ditentukan ialah:

    a) 1/2
    b) 1/4
    c) 2/3
    d) 1/3
    e) 1/6
    f)  1/8

    2. Ahli waris 'Asobah

    • Ahli waris yang mengambil (mendapat) semua harta pusaka atau baki selepas diambil oleh ahli-ahli waris fardhu

    Jenis-jenis ahli waris 'Asobah;

    i. 'Asobah binafsih

    • ‘Asobah dengan sendirinya. 
    • Ia mewarisi semua harta kalau dia sahaja ahli waris yang ada.
    • Jika ada ahli waris fardh ubersamanya, maka dia akan mengambil baki harta pusaka selepas diambil oleh ahli waris fardhu berkenaan, jika ada.
    • Kalau sekiranya harta tersebut telah dibagikan habis kepada ahli waris fardhu yang berhak, maka dia tidak mendapat apa-apa


    ii. 'Asobah bi ghoirih

    • Seorang waris perempuan telah mendapat kadar yg sudah ditentukan kemudian berubah menjadi asobah dgn saudaranya yg lelaki atau
    • Waris perempuan yg berhajat kepada waris lelaki (asobah binafsih) untuk membolehkannya menjadi asobah


    iii. 'Asobah ma'a ghoirih

    • Seorang waris yang sudah ada ketentuan bahagiannya kemudian berubah menjadi asobah sebab ada bersamanya waris yang lain. atau
    • Waris perempuan yang berhajat kepada waris perempuan yang lain utk membolehkannya menjadi asobah.

    *Bahagiannya sama banyak


    3. Ahli waris zawil arham

    • Takrif: “Waris yang mempunyai hubungan kekeluargaan dgn simati selain dari waris fardhu dan ‘asobah.”

    • Para ulama' berselisih pendapat sama ada mereka berhak terima pusaka atau tidak



    Di Malaysia, terima pendapat kedua = tidak berhak

    Izzah0404

    • *
    • o()xxxx[{::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::>
      • View Profile
    Reply #11 05 January, 2012, 10:52:38 AM
  • Publish
  • Jika ingin merujuk bahagian-bahagian yang diperoleh ahli-ahli waris, jangan segan silu klik butang di bawah ini untuk download @ view:



    Izzah0404

    • *
    • o()xxxx[{::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::>
      • View Profile
    Reply #12 06 January, 2012, 01:09:50 PM
  • Publish


  • Bagaimana mengira bahagian FARAiD setiap waris Qadim di atas?

    1.Untuk mengira faraid, 1st of all kita mesti tahu siapakah waris-waris qadim yang berhak mewarisi harta si mati.
    2.Selepas itu kita mesti tahu berapakah pecahan bagi setiap waris-waris Qadim tersebut.
    3.Jom mengira!

    Bagi kes diatas, Suami meninggal dunia dan waris-waris Qadimnya terdiri daripada;
    - Seorang Ayah
    - Seorang Ibu
    - Seorang Isteri
    - Seorang Anak Lelaki dan
    - Seorang Anak Perempuan.

    Manakala pecahan bagi setiap waris tersebut mengikut Hukum Faraid adalah seperti berikut;
    Ayah - 1/6
    Ibu - 1/6
    Isteri - 1/8
    Anak Lelaki & Anak Perempuan - Nisbah 2:1

    Maka;
    1/6 + 1/6 + 1/8 = 4/24 + 4/24 + 3/24 = 11/24
    bakinya 24/24 - 11/24 = 13/24
    baki ini dihabiskan(diterima) oleh Anak Lelaki & Anak Perempuan dengan nisbah 2:1

    Dalam kes ini, hanya ada 1 org anak lelaki & 1 org anak perempuan.
    Maka, 1X2 = 2, 1X1=1
    Seterusnya 2+1= 3

    Nilai 3 ini akan dibahagikan dengan nilai baki harta tersebut iaitu;
    13 bahagi dengan 3 = 4.33333
    kerana tdk dpt jawapan dlm bentuk nombor bulat & untuk mudahkan pengiraan,kita hendaklah besarkan nombor pembawahnya...bagaimana?..mudah sajaaa..
    24X3= 72

    Maka, bahagian ayah 4/24 menjadi 12/72 (darab 3), ibu = 12/72 & isteri 9/72.
    Baki terbaru menjadi 72/72 - (12/72 + 12/72 + 9/72) = 39/72

    Nilai baki ini akan diterima oleh anak lelaki & anak perempuan.
    39 dibahagikan dengan 3 = 13
    Seperti yang kita ketahui bahagian lelaki adalah 2:1, maka 13 darab 2 = 26

    Inilah hasilnya;
    Ayah - 12/72 bah.
    Ibu - 12/72 bah.
    Isteri - 9/72 bah.
    A.Lelaki - 26/72 bah.
    A.Perempuan - 13/72 bah.

    Mudahkan?

    Izzah0404

    • *
    • o()xxxx[{::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::>
      • View Profile
    Reply #13 06 January, 2012, 01:26:47 PM
  • Publish


  • Suami meninggal dunia dan warisnya adalah ayah,ibu,seorang isteri dan seorang anak perempuan.

    Formula FARAiD;
    Ayah - 1/6
    Ibu - 1/6
    Isteri - 1/8
    Anak Perempuan - 1/2

    Mari Mengira;
    1/6 + 1/6 + 1/8 + 1/2
    = 4/24 + 4/24 + 3/24 + 12/24
    =23/24

    Baki yang tinggal adalah 1/24.
    Baki sebanyak 1/24 akan diterima oleh ayah simati.

    Oleh itu, pembahagian FARAiD adalah seperti berikut;
    Ayah - 5/24 bah.
    Ibu - 4/24 bah.
    Isteri - 3/24 bah.
    Anak Perempuan - 12/24 bah.

    Izzah0404

    • *
    • o()xxxx[{::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::>
      • View Profile
    Reply #14 06 January, 2012, 01:34:33 PM
  • Publish

  • Suami meninggal dunia dan warisnya terdiri daripada ayah,ibu, seorang isteri & 2 orang anak perempuan.

    Formula FARAiD;
    Ayah - 1/6
    Ibu - 1/6
    Isteri - 1/8
    Anak Perempuan - 2/3 (2/3 digunakan apabila hanya mempunyai anak perempuan sahaja & melebihi 1 org)

    Let's count!...
    1/6 + 1/6 + 1/8 + 2/3
    = 4/24 + 4/24 + 3/24 + 16/24
    = 27/24

    alamak!..macamana nilai diatas lebih besar daripada yang dibawah?
    jangan panik...ini dinamakan AUL.
    apabila pengiraan menjadi begini, tukarkan nilai pembawah tadi (iaitu 24 kepada 27)
    
    Maka pembahagian FARAiD untuk kes diatas adalah;
    Ayah - 4/27 bah.
    Ibu - 4/27 bah.
    Isteri - 3/27 bah.
    Anak perempuan - 16/27bah. (bermakna setiap anak perempuan memperolehi 8/27 bahagian)

    P/S; Aul bermakna penerima harta akan menerima bahagian harta sedikit daripada nilai asal.
           Kan diawalnya si ayah menerima 4/24 tapi sekarang sudah menjadi 4/27...makin mengecil bahagiannya.

    faa zahra

    • *
    • pimpin daku menuju jalanNya
      • View Profile
    Reply #15 06 January, 2012, 01:38:39 PM
  • Publish
  • faraid ni cara pembahgian harta kan? macamane pula dengan wasiat??
    faraid berlaku apabila tiada wasiat kaH?

    kalau diwasiatkan anak sipolan ini tak dapat satu sen pun..
    si isteri tak dapat apa2..
    tapi diserahkan semua kepada si A...etc..

    macamana penjelasan??

    maaf tanye..tak paham lagi ni gamaknya
    ..jAdIkAn aKu mEncIntAi sEsuAtu yAng mEmbAwA kEpAdA kEcIntAanMU..
    ..salamesrakuntukmuselamanya..

    Izzah0404

    • *
    • o()xxxx[{::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::>
      • View Profile
    Reply #16 06 January, 2012, 01:42:28 PM
  • Publish
  • Antara Tips untuk tahu samada kiraan itu betul, apabila kita mencampurkan kembali semua nilai pembahagian tadi, kita akan memperolehi nilai 1.

    Seperti contoh diatas; 4/27 + 4/27 + 3/27 + 16/27 = 27/27 = 1

    Izzah0404

    • *
    • o()xxxx[{::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::>
      • View Profile
    Reply #17 06 January, 2012, 02:44:55 PM
  • Publish
  • faraid ni cara pembahgian harta kan? macamane pula dengan wasiat??
    faraid berlaku apabila tiada wasiat kaH?
    Faraid dari segi bahasa bermaksud ketetapan.

    Menurut istilah syarak, Faraid adalah pembahagian harta pusaka selepas kematian seseorang Islam yang telah ditetapkan di bawah Hukum Syarak ke atas waris-waris yang sah dan layak (seperti anak, isteri, suami, ibu, bapa dan lain-lain). Harta yang dibahagikan kepada ahli waris adalah baki harta yang ditinggalkan setelah ditolak segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang-hutang pewaris samada berbentuk agama (seperti zakat, nazar, dll) atau hutang kepada manusia dan menunaikan wasiat yang dibenarkan oleh syarak.

    kalau diwasiatkan anak sipolan ini tak dapat satu sen pun..
    si isteri tak dapat apa2..
    tapi diserahkan semua kepada si A...etc..

    Wasiat adalah untuk bukan ahli waris sahaja!
    Anak dan isteri nya adalah merupakan ahli waris. Wasiat untuk ahli waris tidak boleh dilaksanakan melainkan setelah mendapat persetujuan kesemua ahli waris yang ada.

    Rasullullah s.a.w bermaksud:
    Tidak harus wasiat kepada waris kecuali diizinkan oleh waris yang lain
    (Riwayat Daruqutni daripada Ibnu Abbas r.a).

    Sila fahami dulu ya apa itu wasiat dan kadar yang dibenarkan untuk berwasiat.

    Re: Hibah dan Wasiat

    Re: Kadar Maksimum Wasiat 1/3 Jumlah Harta


    « Last Edit: 18 April, 2012, 12:45:13 AM by Izzah0404 »

    Izzah0404

    • *
    • o()xxxx[{::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::>
      • View Profile
    Reply #18 07 January, 2012, 08:17:54 AM
  • Publish

  • Jika simati(isteri) meninggal dunia dan warisnya terdiri daripada ayah, ibu, suami , 2 orang anak lelaki & 2 orang anak perempuan?

    Mengikut formula FARAiD;
    Ayah - 1/6
    Ibu - 1/6
    Suami - 1/4
    Baki - Dikongsi bersama antara anak lelaki & anak perempuan (nisbah 2:1)

    Mari kita mengira;
    1/6 + 1/6 + 1/4
    = 2/12 + 2/12 + 3/12
    = 7/12

    Maka baki adalah; 12/12 - 7/12 = 5/12

    Anak lelaki 2 orang, maka 2X2 = 4
    Anak perempuan juga 2 orang, maka 2X1 = 2
    Jumlahnya 4 + 2 = 6

    Nilai baki iaitu 5 dibahagikan dengan 6 menjadi 0.83333 - tidak mendapat nombor bulat.
    Masih ingat lagi untuk memudahkan kiraan, kita mesti membesarkan nombor pembawah iaitu 12 X 6 = 72.

    Maka,
    2/12 + 2/12 + 3/12 menjadi
    12/72 + 12/72 + 18/72
    = 42/72

    Baki terbaru; 72/72 - 42/72 = 30/72

    Maka, baki terbaru iaitu 30 akan diterima oleh anak lelaki & anak perempuan simati dengan kadar nisbah 2:1.
    30 dibahagikan dengan 6 --> 30/6 = 5
    5 didarabkan dengan 2 menjadi 10.
    Oleh itu bahagian anak lelaki 10/72 dan anak perempuan mendapat sebanyak 5/72.

    Hasil keseluruhan pengiraan diatas adalah seperti berikut;
    Ayah - 12/72 bah.
    Ibu - 12/72 bah.
    Suami - 18/72 bah.
    Anak Lelaki - 10/72 bah. setiap seorang.
    Anak Perempuan - 5/72 bah. setiap seorang.

    Izzah0404

    • *
    • o()xxxx[{::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::>
      • View Profile
    Reply #19 07 January, 2012, 08:28:31 AM
  • Publish

  • Untuk kes seterusnya sama seperti diatas cuma si mati hanya mempunyai 1 orang anak perempuan.

    Formula FARAiD;
    Ayah - 1/6
    Ibu - 1/6
    Suami - 1/4
    Anak Perempuan - 1/2

    Pengiraan dimulakan seperti biasa;
    1/6 + 1/6 + 1/4 + 1/2
    = 2/12 + 2/12 + 3/12 + 6/12
    = 13/12

    Nilai diatas lebih besar daripada nilai di bawah, maka ini adalah kes AUL.
    Oleh itu pembahagian FARAiD adalah seperti berikut;

    Ayah - 2/13 bah.
    Ibu - 2/13 bah.
    Suami - 3/13 bah.
    Anak Perempuan - 6/13 bah.

    simple jerr...

    divider3
    halaqahforum4