Forum > Ulama' & Tokoh

Siapa Ubaidullah ibn Ziyad dan al-Hajjaj ibn Yusuf as-Saqafi?

<< < (2/2)

Ace Abbas:
Masih confused dengan permasalahan ni. Harap ada yang dapat tolong jawabkan?

Munzir khan:
Pernah jumpa ke dalam Al Quran Ayat yang menyatakan kafir sesudah Islam

hazanutz:
semoga Allah memberikan keringanan kepada mereka kerana membantu dalam proses penjilidan al-quran

napy8gen:
1. Hal ini menjadikan mereka antara orang yang berjasa kerana telah memudahkan ramai orang untuk membaca al-Qur'an. Namun begitu, kenapa ada sesetengah pihak yang mengatakan mereka di pihak yang salah? Adakah tuduhan yang menyatakan bahawa Ubaidullah ibn Ziyad ialah pembunuh Imam Husayn AS tuduhan yang benar?
Ubaidillah bin Ziyad @ Abdullah bin Ziyad @ ibn Ziyad adalah gabenor yg membunuh utusan(sepupu) Husain bin Ali r.a iaitu Muslim bin Aqil. Seterusnya beliau memerangi Husain bin Ali r.a sehingga syahidnya Husain bin Ali r.a. Kepalanya dipenggal dan dipersembahkan kpd ibn Ziyad dan khalifah Yazid 1 bin Muawiyah di Syria.

2. Bagaimana pula tuduhan yang menyatakan bahawa al-Hajjaj ibn Yusuf as-Saqafi ialah seorang pembunuh bersiri? Adakah tuduhan itu boleh diterima pakai?
Pembunuh bersiri tak tahu pula tetapi telah membunuh 2 sahabat nabi iaitu Abdullah bin Zubair bin Awwam(cucu Abu Bakar as siddiq) r.a dan Jabir bin Abdullah Ansari r.a. Adapun Abdullah bin Zubair r.a adalah semasa peristiwa kepungan Mekah kepalanya dipenggal, badannya di salib.

Wajib kita menyayangi cucu nabi Husain bin Ali r.a walaupun kita ahli sunnah bukan syiah kerana betapa sayangnya Rasullullah saw terhadap cucunya. Adapun jasa2 dan perlakuan buruk Al Hajjaj bin Yusuf dan Ubaidillah bin Ziyad. Biarlah Allah swt yang menentukan bukan kita, sesungguhnya Allah Maha Adil.

Wallahu A'lam.
Selalunya ada 2 versi cerita. Elokla kita berlepas diri dari membicarakan baik buruk. Hanya mengetahui fakta siapa bunuh siapa. Cukuplah.

hasin:
Dr. Yusuf Qardhawi pernah menulis drama (teater) tentang Hajjaj bertajuk Alimun wa Thoghiah, bermaksud: Seorang Alim dan seorang Thagut. Alim itu namanya Said bin Jubair yang akhirnya dibunuh oleh Hajjaj.

Navigation

[0] Message Index

[*] Previous page

Go to full version