Siapa Ubaidullah ibn Ziyad dan al-Hajjaj ibn Yusuf as-Saqafi?

*

Author Topic: Siapa Ubaidullah ibn Ziyad dan al-Hajjaj ibn Yusuf as-Saqafi?  (Read 4142 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Ace Abbas

  • *
  • Posts: 417
    • View Profile
23 December, 2011, 06:04:42 PM
  • Publish
  • Salam.

    Sebagaimana yang kita tahu, proses pembukuan al-Qur'an telah berakhir pada zaman pemerintahan Khalifah Uthman ibn 'Affan RA. Walau bagaimanapun, proses pengelokkan al-Qur'an tetap berjalan. Sebagai contoh, proses menambah huruf alif pada perkataan yang tiada alif. Proses ini dilakukan oleh Ubaidullah ibn Ziyad dan al-Hajjaj ibn Yusuf as-Saqafi.

    1. Hal ini menjadikan mereka antara orang yang berjasa kerana telah memudahkan ramai orang untuk membaca al-Qur'an. Namun begitu, kenapa ada sesetengah pihak yang mengatakan mereka di pihak yang salah? Adakah tuduhan yang menyatakan bahawa Ubaidullah ibn Ziyad ialah pembunuh Imam Husayn AS tuduhan yang benar?

    2. Bagaimana pula tuduhan yang menyatakan bahawa al-Hajjaj ibn Yusuf as-Saqafi ialah seorang pembunuh bersiri? Adakah tuduhan itu boleh diterima pakai?

    3. Jika kita berpandangan bahawa mereka adalah di pihak yang salah, adakah kita juga bersalah kerana membaca al-Qur'an yang telah dielokkan oleh mereka? Harap yang arif dapat tolong jawabkan. Terima kasih.
    « Last Edit: 24 January, 2012, 05:07:16 PM by Ace Abbas »

    Munzir khan

    • *
    • Posts: 611
      • View Profile
    Reply #1 23 December, 2011, 09:36:45 PM
  • Publish
  • Salam,Allah dah jamin akan isi Al Quran,Dan Al Quran sudah disebarkan lebih awal lagi,Ada pun penambahan Alif hanya untuk membetul kan sebutan bukan
    mengubah perkataan,cuma jaga jaga dengan segelintir pihak yang cuba mengalih perhatian orang Islam dengan penerangan seperti ini.

    Ace Abbas

    • *
    • Posts: 417
      • View Profile
    Reply #2 23 December, 2011, 10:24:44 PM
  • Publish
  • Salam,Allah dah jamin akan isi Al Quran,Dan Al Quran sudah disebarkan lebih awal lagi,Ada pun penambahan Alif hanya untuk membetul kan sebutan bukan
    mengubah perkataan,cuma jaga jaga dengan segelintir pihak yang cuba mengalih perhatian orang Islam dengan penerangan seperti ini.
    Seperti mana yang saya kata, proses Ubaidullah ibn Ziyad dan al-Hajjaj ibn Yusuf as-Saqafi terlibat dengan proses pengelokkan al-Qur'an; bukan proses pengubahsuaian al-Qur'an. Harap paham.

    Munzir khan

    • *
    • Posts: 611
      • View Profile
    Reply #3 23 December, 2011, 10:28:30 PM
  • Publish
  • Salam,Allah dah jamin akan isi Al Quran,Dan Al Quran sudah disebarkan lebih awal lagi,Ada pun penambahan Alif hanya untuk membetul kan sebutan bukan
    mengubah perkataan,cuma jaga jaga dengan segelintir pihak yang cuba mengalih perhatian orang Islam dengan penerangan seperti ini.
    Seperti mana yang saya kata, proses Ubaidullah ibn Ziyad dan al-Hajjaj ibn Yusuf as-Saqafi terlibat dengan proses pengelokkan al-Qur'an; bukan proses pengubahsuaian al-Qur'an. Harap paham.
    hanya mereka berdua saja ke yang buat.atau Ada orang lain lagi.

    Ace Abbas

    • *
    • Posts: 417
      • View Profile
    Reply #4 23 December, 2011, 10:39:02 PM
  • Publish
  • Antara yang terlibat dalam penambahan baris ayat seperti fathah, kasrah, dommah dan sukun ialah Abu al-Aswad al-Du'ali (kawan karib Imam Ali KMW), Yahya ibn Yakmar dan Nasir ibn Asim. Orang yang bertanggungjawab meletakkan tanda hamzah, tasydid, alamat raum dan isymam ialah al-Khalil ibn Ahmad al-Farahidi. Orang yang meletakkan tanda titik dan baris-baris al-Qu'ran ialah Abu Hatim as-Sijistani.

    Ace Abbas

    • *
    • Posts: 417
      • View Profile
    Reply #5 23 January, 2012, 12:18:04 AM
  • Publish
  • Masih confused dengan permasalahan ni. Harap ada yang dapat tolong jawabkan?

    Munzir khan

    • *
    • Posts: 611
      • View Profile
    Reply #6 23 January, 2012, 12:35:35 AM
  • Publish
  • Pernah jumpa ke dalam Al Quran Ayat yang menyatakan kafir sesudah Islam

    hazanutz

    • *
    • Posts: 426
    • Salam ukhuwah
      • View Profile
    Reply #7 24 January, 2012, 03:25:45 PM
  • Publish
  • semoga Allah memberikan keringanan kepada mereka kerana membantu dalam proses penjilidan al-quran
    Abdullah Faqir

    napy8gen

    • *
    • Posts: 4
      • View Profile
    Reply #8 16 October, 2012, 04:20:41 PM
  • Publish
  • 1. Hal ini menjadikan mereka antara orang yang berjasa kerana telah memudahkan ramai orang untuk membaca al-Qur'an. Namun begitu, kenapa ada sesetengah pihak yang mengatakan mereka di pihak yang salah? Adakah tuduhan yang menyatakan bahawa Ubaidullah ibn Ziyad ialah pembunuh Imam Husayn AS tuduhan yang benar?
    Ubaidillah bin Ziyad @ Abdullah bin Ziyad @ ibn Ziyad adalah gabenor yg membunuh utusan(sepupu) Husain bin Ali r.a iaitu Muslim bin Aqil. Seterusnya beliau memerangi Husain bin Ali r.a sehingga syahidnya Husain bin Ali r.a. Kepalanya dipenggal dan dipersembahkan kpd ibn Ziyad dan khalifah Yazid 1 bin Muawiyah di Syria.

    2. Bagaimana pula tuduhan yang menyatakan bahawa al-Hajjaj ibn Yusuf as-Saqafi ialah seorang pembunuh bersiri? Adakah tuduhan itu boleh diterima pakai?
    Pembunuh bersiri tak tahu pula tetapi telah membunuh 2 sahabat nabi iaitu Abdullah bin Zubair bin Awwam(cucu Abu Bakar as siddiq) r.a dan Jabir bin Abdullah Ansari r.a. Adapun Abdullah bin Zubair r.a adalah semasa peristiwa kepungan Mekah kepalanya dipenggal, badannya di salib.

    Wajib kita menyayangi cucu nabi Husain bin Ali r.a walaupun kita ahli sunnah bukan syiah kerana betapa sayangnya Rasullullah saw terhadap cucunya. Adapun jasa2 dan perlakuan buruk Al Hajjaj bin Yusuf dan Ubaidillah bin Ziyad. Biarlah Allah swt yang menentukan bukan kita, sesungguhnya Allah Maha Adil.

    Wallahu A'lam.
    Selalunya ada 2 versi cerita. Elokla kita berlepas diri dari membicarakan baik buruk. Hanya mengetahui fakta siapa bunuh siapa. Cukuplah.
    « Last Edit: 16 October, 2012, 10:27:18 PM by napy8gen »

    hasin

    • *
    • Posts: 883
      • View Profile
    Reply #9 16 October, 2012, 09:47:32 PM
  • Publish
  • Dr. Yusuf Qardhawi pernah menulis drama (teater) tentang Hajjaj bertajuk Alimun wa Thoghiah, bermaksud: Seorang Alim dan seorang Thagut. Alim itu namanya Said bin Jubair yang akhirnya dibunuh oleh Hajjaj.

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    1 Replies
    1462 Views
    Last post 31 May, 2007, 09:50:49 PM
    by ain
    0 Replies
    849 Views
    Last post 05 November, 2009, 09:00:31 PM
    by abuzulfiqar
    4 Replies
    3416 Views
    Last post 19 February, 2012, 12:27:53 PM
    by sumayyah nasuha