Hadith Hari Ini

*

Author Topic: Hadith Hari Ini  (Read 85759 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

25 May, 2007, 10:05:10 AM
  • Publish
  • Mentaati Kedua Ibu Bapa

    Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: “ Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”
     
    Riwayat al-Hakim

    Huraian :

    Pengajaran hadis:
    i) Tanggungjawab anak terhadap kedua-dua ibu bapa terbahagi kepada dua iaitu tanggungjawab semasa mereka masih hidup dan tanggungjawab selepas mereka meninggal dunia.
    ii) Semasa kedua-dua ibu bapa masih hidup anak-anak hendaklah berbakti dan berbuat baik kepada mereka kerana ibu bapa adalah orang yang paling banyak berjasa kepada anak. Di antara adab yang mesti dipraktikkan sentiasa ialah berlemah lembut dan berbudi bahasa apabila berkomunikasi dengan mereka, berbelanja untuk keperluan ibu bapa dan menjaga mereka dengan sebaik-baiknya.
    iii) Manakala apabila kedua-dua ibu bapa telah meninggal dunia adalah menjadi tanggungjawab anak-anak untuk mendoakan kesejahteraan ibu bapa mereka, menzirahi pusara mereka, melaksanakan nazar mereka yang belum tertunai, menghubungkan silaturahim dengan sahabat handai ibu bapa, mengqadakan puasa yang terhutang, menunaikan haji sekiranya mampu, membaca al-Quran dan melunaskan hutang ibu bapa yang belum langsai semasa hayat mereka.
    iv) Sesungguhnya bagi setiap anak, meskipun telah mempunyai keluarga sendiri mereka wajib mentaati dan menghormati kedua-dua ibu bapa. Anak yang tidak mentaati kedua-dua ibu bapa dianggap sebagai anak yang derhaka sedangkan kesalahan menderhaka termasuk di kalangan dosa-dosa besar.
    v) Setiap anak yang derhaka akan dilaknat oleh Allah S.W.T, amalan dan ibadah mereka tidak diterima dan tidak akan mendapat ganjaran yang memungkinkan perbuatan baik yang dilakukan sepanjang hayatnya akan sia-sia. Oleh itu Islam menitikberatkan keredaan kedua-dua ibu bapa agar hidup sentiasa diberkati Allah.
    " Berpuluh tahun kita meninggalkan asal usul kita, demi mencari pengertian sebuah kehidupan. Namun tidak salah untuk kita kembali jatuh cinta pada dunia yang pernah membesarkan kita, dan di sinilah bermulanya kehidupan sebenar "

    Reply #1 25 May, 2007, 12:18:06 PM
  • Publish
  • Tuesday, May 15, 2007 (UTUSAN MALAYSIA)
    Wartawan MOHD. RADZI MOHD. ZIN dan jurufoto IZHAM JAAFAR menemu bual bekas Penolong Kanan Kolej Islam Sultan Alam Shah, Datin Aminah Zakaria bagi mengupas persoalan ini. UTUSAN: Antara orang yang istimewa dalam hidup setiap insan ialah ibu. Apakah kewajipan anak terhadap ibu?


    Kewajipan khusus anak-anak ialah menyediakan diri untuk menyenangkan hati ibu. Sebabnya, dalam sebuah hadis Rasulullah bersabda, keredaan Allah adalah pada keredaan ibu bapa.

    Sebagai anak, kita perlu ingat bahawa sekuat mana pun kita beribadat tetapi jika kita tidak menghormati dan berbuat baik kepada ibu bapa, Allah tidak akan reda kepada kita.

    Allah berfirman, Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua ibu bapanya. Ibunya mengandungkannya dengan susah payah dan melahirkannya dengan susah payah pula...(al-Ahqaf: 15)

    Pernah suatu ketika, Rasulullah didatangi oleh seorang budak yang bertanya, “ibu saya lumpuh lalu semua urusan seperti memandikan dan menyuap makan saya lakukan sepenuhnya. Saya berkhidmat kepada ibu. Adakah perbuatan itu sudah dikira berbakti kepada ibu saya?”

    Rasulullah bersabda, “belum walaupun satu peratus tetapi engkau tidak termasuk anak derhaka.”

    Pendek kata, walau sehebat itu pun khidmat anak kepada ibu, ia masih belum mencukupi untuk membalas jasa dan susah payah ibu melahir, mendidik dan membesarkan kita.

    Larangan menderhaka kepada ibu bapa dinyatakan secara jelas dalam surah al-Israk: 23. Apakah ciri-ciri derhaka itu?

    AMINAH: Dalam ayat tersebut Allah berfirman, Dan Tuhanmu memerintahkan supaya jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya lanjut usia dalam pemeliharaanmu, janganlah kamu mengatakan ‘ah’ dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.

    Jika berkata ‘ah’ pun tidak boleh apatah lagi menyakitkan hati, memukul atau sehingga membunuh yang menjadi sebesar-besar dosa. Dosa kita kepada ibu bapa ini adalah dari hujung rambut hingga hujung kaki.

    Sepatutnya, kita perlu melayan mereka dengan sebaik mungkin, mendoakan kesejahteraan dan keselamatan mereka semasa hidup lebih-lebih lagi apabila mereka telah mati. Mendoakan ibu bapa adalah antara sifat anak yang soleh.

    Perbuatan mengangkat suara kepada ibu bapa sudah dikira derhaka. Kalau mengangkat tangan (memukul) lebih teruk lagi derhaka seseorang anak itu.

    Pada zaman Rasulullah s.a.w., baginda ditanya oleh seorang pemuda, “siapakah orang yang paling perlu untuk saya berbuat baik”. Rasulullah bersabda, “ibumu, kata pemuda itu lagi, selepas itu, ibumu, selepas itu, ibumu, selepas itu, bapamu.”

    Ada juga pendapat mengatakan dua pertiga daripada khidmat bakti anak adalah untuk ibu dan hanya satu pertiga untuk bapa. Terutama apabila ibu sudah lanjut usia.

    Ini membuktikan betapa menghormati ibu itu adalah wajib selagi mana ia tidak menyalahi perintah Allah.

    Pepatah Melayu ada menyebut, seorang ibu boleh menjaga 10 anak tetapi 10 anak tidak boleh menjaga seorang ibu. Apakah maksud yang tersirat di sini?

    AMINAH: Ibu ini oleh sebab kasih sayang yang terlalu hebat terhadap anak-anak masih mampu tersenyum menjaga dan membesarkan walaupun 10 anak. Tetapi kasih anak kepada ibu sedikit sahaja.

    Sepatutnya anak-anak perlu berebut-rebut untuk menjaga ibu bapa semasa mereka sudah tua. Sebabnya, rumah siapa yang dipilih oleh ibu tinggal itulah anak yang soleh atau solehah.

    Dalam hal ini, ibu bapa juga berperanan mengasuh dan mendidik anak dengan baik sejak mereka kecil. Ini supaya apabila kita tua, anak-anak pula akan menjaga kita. Ini ditegaskan oleh Rasulullah dalam sabdanya, berbuat baiklah kepada ibu bapa kamu nescaya anak-anak kamu berbuat baik kepada kamu.

    Jika ada perselisihan atau masalah dengan ibu bapa selesaikan segera. Sebagai anak, kita jangan ego walau setinggi mana kedudukan atau jawatan kita. Ibu tetap ibu walaupun jika mereka itu buta huruf.

    Sabda Rasulullah, “sesiapa yang bangun pagi dan melakukan sesuatu yang menyenangkan hati ibu bapanya maka terbuka dua pintu ke syurga. Begitulah juga pada waktu petang. Tetapi barang siapa yang melakukan sesuatu yang tidak diredai oleh ibu bapanya maka terbuka dua pintu neraka”.

    Sebab itu anak-anak perlu segera memohon maaf kepada ibu bapa jika berselisih faham. Jangan biarkan sehingga tidak bertegur sapa bertahun-tahun lamanya.

    Jika semasa kecil kita tidak mendapat didikan yang sewajarnya disebabkan oleh keadaan ketika itu, apabila dewasa hendaklah kita memaafkan ibu kita.

    Adakah perbuatan menghantar ibu bapa ke pusat jagaan orang-orang tua itu boleh dianggap ‘membuang’ mereka dan derhaka?

    Dalam hal ini, kita tidak boleh menghukum semua perbuatan sedemikian sebagai menderhaka.

    Namun, menghantar ibu bapa ke pusat jagaan orang tua-tua hendaklah menjadi pilihan terakhir bagi mana-mana anak.

    Jika dalam situasi anak tidak mampu menjaga ibu bapa disebabkan mereka lumpuh, anak tersebut perlu memilih tempat yang ibunya reda. Kalau dengan reda, itu tidak mengapa.

    Tetapi jangan pula menghantar ibu bapa ke pusat jagaan kerana hendak melepaskan tanggungjawab. Golongan beginilah yang dianggap menderhaka.

    Namun begitu, tidak ada ibu bapa yang suka tinggal di rumah orang tua-tua. Mereka lebih suka tinggal bersama anak dan cucu. Oleh sebab itu, anak-anak kena berfikir 100 kali sebelum bertindak menghantar mereka ke pusat jagaan tersebut.

    Bagaimanakah kisah ‘Alqamah atau si Tanggang dapat dijadikan pengajaran oleh anak-anak sekarang?

    Kedua-dua kisah ini mempunyai persamaan dari segi perbuatan anak yang tidak mahu makan masakan ibu sehingga menyebabkan ibu tadi berkecil hati.

    Kes si Tanggang, dia enggan makan pisang salai yang dimasak oleh ibunya selepas beroleh kekayaan sehingga menyebabkan hati ibunya terguris. Akhirnya Tanggang disumpah menjadi batu.

    ‘Alqamah pula adalah anak yang baik. Setiap kali pergi ke masjid, dia akan menziarahi ibunya. Cuma pada suatu hari, ibunya memberitahu ingin pergi ke rumah ‘Alqamah.

    ‘Alqamah dan isterinya amat gembira mendengar berita tersebut. Mereka pun menyediakan pelbagai jenis masakan sebagai menyambut kedatangan ibu ‘Alqamah.

    Rupa-rupanya, ibu tadi membawa makanan yang telah dimasaknya untuk dinikmati di rumah ‘Alqamah. Bagaimanapun, isterinya menyimpan makanan tersebut dan menghidangkan apa yang dimasaknya.

    Disebabkan perkara itu, ibu ‘Al`qamah berkecil hati sehingga menyukarkan anaknya itu menyebut kalimah tauhid semasa sakaratul maut.

    Rasulullah pun diberitahu tentang hal tersebut dan baginda bertanya kepada ‘Alqamah bagaimana hubungannya dengan ibu. Lalu beliau menjawab, ada sedikit salah faham.

    Rasulullah kemudiannya memanggil ibu ‘Alqamah dan memintanya memaafkan anaknya supaya boleh mengucap syahadat. Bagaimanapun, ibunya enggan kerana hatinya sangat terguris akibat peristiwa tempoh hari.

    Oleh sebab itu, Rasulullah mengarahkan para sahabat mengumpul kayu untuk membakar ‘Alqamah. Sabda baginda, sebelum dibakar di akhirat aku ingin tunjukkan dia dibakar di dunia.

    Melihatkan keadaan itu, barulah ibunya memaafkan ‘Alqamah. Sejurus itu, barulah ‘Alqamah boleh mengucap dengan lancar.

    Satu contoh lagi ialah kisah Juraij. Beliau adalah seorang yang kuat beribadat. Setelah lama tidak bertemu, pada suatu hari, ibunya datang ke rumah Juraij dan mengucap salam. Ketika itu Juraij sedang solat sunat di tempat khas di dalam rumahnya.

    Kerana terlalu kuat beribadat, Juraij tidak menghiraukan kedatangan ibunya. Sebaliknya dia meneruskan solat sunat.

    Ini menyebabkan ibunya berkecil hati dan berdoa supaya anaknya dipertemukan dengan wanita jahat.

    Kebetulan berdekatan kediaman Juraij terdapat sekumpulan pengembala kambing wanita. Salah seorang daripadanya amat tertarik kepada Juraij tetapi dia mengetahui yang tidak akan mendapat perhatian daripada Juraij.

    Wanita itu pun berzina dengan pengembala kambing yang lain dan apabila mendapat anak mendakwa itu adalah hasil hubungannya dengan Juraij.

    Apabila berita itu tersebar, maka penduduk kampung datang memukul Juraij kerana mendakwanya bertopengkan agama tetapi sebenarnya jahat.

    Akhirnya, Juraij meminta kebenaran untuk bertanya dengan bayi itu siapakah bapanya yang sebenar. Dengan kuasa Allah, bayi yang masih merah itu boleh berkata-kata dan menceritakan hal yang sebenarnya. Barulah Juraij dilepaskan oleh penduduk kampung.

    Kisah-kisah ini memberi pengajaran kepada kita betapa pentingnya kita menghormati ibu. Hatta dalam kesibukan beribadat pun tidak boleh dijadikan alasan mengabaikan ibu. Apa yang penting, kita perlu sentiasa menjaga hubungan baik dengan ibu bapa.

    Ingatlah sabda Rasulullah, “dua perkara yang siapa melakukannya akan diazab oleh Allah semasa di dunia lagi iaitulah berbuat zalim dan menderhaka kepada ibu bapa.”

    Ramai yang menyedari harga kasih sayang ibu setelah mereka meninggal dunia. Bagaimana kita menunjukkan kasih sayang kepada mereka semasa hayat masih ada?


    Elakkan daripada perbuatan yang menyakitkan hati atau yang boleh merunsingkan fikiran mereka.

    Tunjukkan kasih sayang kepada mereka sebagaimana mereka mengasihani dan menjaga kita semasa kecil.

    Kalau kesihatan mereka kurang baik, boleh kita bekalkan dengan makanan tambahan supaya mereka lebih sihat dan bertenaga untuk beribadat.

    Selepas kematian mereka bukan bermakna tugas anak sudah selesai. Sebaliknya kita perlu terus berkhidmat dengan mendoakan mereka agar mendapat pengampunan Allah dan diangkat martabat mereka.

    Doa anak soleh kepada ibu bapa adalah antara tiga perkara yang dijelaskan oleh Nabi Muhammad yang dapat membantu Muslim selepas kematian.

    Seperkara lagi yang boleh dilakukan apabila ibu bapa meninggal ialah berbuat baik dengan adik-beradik dan sahabat mereka.

    Bagi mereka yang tidak mempunyai anak, adalah menjadi tanggungjawab anak saudara menjaga ibu saudara semasa mereka lanjut usia. Anak-anak saudara tidak boleh lepas tangan begitu sahaja.
    KETIKA SATU PINTU KEBAHAGIAAN TERTUTUP, PINTU LAIN DIBUKAKAN.TAPI SERINGKALI KITA TERPAKU TERLALU LAMA PADA PINTU YANG TERTUTUP SEHINGGA TIDAK MELIHAT PINTU LAIN YANG DIBUKAKAN BAGI KITA.

    Reply #2 25 May, 2007, 01:59:38 PM
  • Publish
  • bersugi.......

    Hadis Abu Hurairah r.a:
    Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w, baginda bersabda: Sekiranya arahan aku tidak akan menyusahkan orang mukmin pada Hadis Zuhair ke atas umatku nescaya aku akan memerintahkan mereka bersugi iaitu mencuci gigi setiap kali hendak mendirikan sembahyang.

    Nombor Hadith Dalam Sahih Muslim : 370

    Hadis Abu Musa r.a katanya:
    Aku telah masuk berjumpa dengan Rasulullah s.a.w. Ketika itu hujung sugi masih berada di hujung lidah iaitu mulut baginda.

    Nombor Hadith Dalam Sahih Muslim : 373

    Hadis Huzaifah r.a katanya:
    Apabila Rasulullah s.a.w bangun pada malam hari untuk mendirikan sembahyang tahajud, baginda menggosok gigi dengan sugi.

    Nombor Hadith Dalam Sahih Muslim : 374

    dari: ~~~ Projek myMasjid  ~~~~

    Reply #3 26 May, 2007, 06:58:00 PM
  • Publish
  •  :)

    Dari Abu Sa'id al-Khudrie r.a., dari Nabi Muhammad S.A.W., baginda bersabda:

    " Barang siapa yang mengucapkan tatkala ia mahu tidur : Astaghfirullahal' azim...allazi La ila-ha illa, huwal Hayyul Qayyum, wa atu-bu ilaih (Aku memohon ampun kepada ALLAH, tiada TUHAN selain IA, DIA Yang Maha Hidup lagi Maha Berjaga, dan aku juga bertaubat kepadaNYA) makan di ampunilah dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan, walaupun sebanyak bilangan dedaun di pokok, walaupun sebanyak pepasir di pantai dan walau sebanyak mana bilangan hari di dunia."

                                                                                                                [Riwayat Imam at-Tirmizi]

    Pengajaran Hadis:

    1. Nabi s.a.w sangat kasihkan umat. Kerana itu baginda tidak jemu-jemu memberikan nasihat dan panduan yang berguna kepada mereka demi kesejahteraan mereka dunia dan akhirat.

    2. Nabi s.a.w menjelaskan dalam hadis ini bagaimana sifat tidur orang yang beriman. PEnuh dengan adab dan akhlak yang mulia, baik ketika sebelum tidur, semasa dan selepas bangun darinya. Tidak seperti tidur yang bagi orang yang ingkar dan lalai kepada ALLAH yang mana tidur mereka seperti binatang ternakan.

    3. Sebagai hamba yang banyak dosa dan kesalahan kepada ALLAH dan sesama manusia, islam menganjurkan umatnya supaya banyak beristigfar dan bertaubat pada setiap masa dn ketika. Antaranya hendaklah kit beristigfar danbertaubat sebelum kita memulakan tidur.

    4. Tidur itu adalah saudara kematian. Boleh jadi tidur itu tidur yang terakhir. MUdah-mudahan amalan istigfar taubat yang berterusan itu (termasuk sebelm tidur) menjadi asbab (penyebab) ALLAH belas kasihan dan sudi mengampunkan segala dosa kita. ::)  >:(

    5. Rahmat dan keampunan ALLAH S.W.T. itu amat luas sekali. Tidak bertepi, Sebanyak mana pun dosa kita, janganlah berputus asa dari rahmat dan keampunanNYA. Orang berputus asa itu adalah sifat orang kafir kepda ALLAH S.W.T. Mohonlah keampunan kepada ALLAH Yang Maha Pengampun. Dambalah kemaafan ALLAH Yang Maha Menerima taubat hamba-hambaNYA

    6. Selagi nyawa belum sampai ke ghalgharah kita, sebelum mentari menjelma dari arah barat, maka pintu taubat  masih terbuka luas di depan kita. Maka,jangan sia-siakan peluang keemasan ini. Usah ditangguhkan-tangguhkan taubat dan istigfar itu sehingga ia nya tidak brmakna lagi



     ::)
    YA ALLAH...
    ampuni segala dosa-dosa kami
     :o


    wallahualam
    ~..Ukhwah yang dibina antara kita, Biarlah seperti seutas tasbih, Ada awal,  Tiada penghujungnya, Dicipta untuk mengingatiNYA, Dibahagi untuk cintaNYA, Diratib demi redhaNYA..~

    Reply #4 28 May, 2007, 07:54:52 AM
  • Publish
  • Sifat Malu Mendatangkan Kebaikan

    Hadith :
    Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
    “Sifat malu itu akan menghasilkan kebaikan”.
     
    Riwayat Al-Bukhari dan Muslim


     
      Huraian
    1. Sifat malu adalah suatu sifat yang terpuji. Sesiapa yang memilikinya akan terlepas daripada segala kejahatan kerana dengan adanya sifat malu kita tidak akan melakukan segala keburukan.
    2. Sifat malu juga akan meninggikan darjat keimanan orang yang memilikinya.

    Reply #5 28 May, 2007, 01:50:51 PM
  • Publish
  • buat semua muslimah halaqah :-X

    Hadis Aisyah r.a katanya:
    Seorang perempuan bertanya Nabi s.a.w: Bagaimanakah cara orang perempuan mandi dari haidnya? Perawi Hadis berkata: Kemudian Aisyah menyebutkan bahawa baginda mengajarkan cara mandi kepada perempuan tersebut. Di antara sabda baginda: Kemudian kamu ambil kapas yang disapu misk iaitu bauan kasturi, lalu kamu bersucilah dengannya. Perempuan itu berkata: Bagaimana cara bersuci dengannya? Baginda bersabda: Maha suci Allah! Kamu bersucilah dengannya dan baginda pun bersembunyi. Sufian bin Uyainah memberi isyarat kepada kami dengan meletakkan tangan pada wajahnya. Perawi Hadis melanjutkan ceritanya: Aisyah berkata: Aku menarik perempuan itu kerana aku sudah tahu apa yang dikehendaki oleh Nabi s.a.w. Lalu aku berkata kepada perempuan tersebut: Sapulah tempat keluar darah haidmu dengan kapas itu.

    Nombor Hadith Dalam Sahih Muslim : 499

    dari:www.mymasjid.com.my

    Reply #6 29 May, 2007, 07:02:30 AM
  • Publish
  • suruhan mentaati Rasulullah s.a.w. =)

    Hadith Rasulullah s.a.w dari Anas r.a. bahawa ia berkata, Rasulullah s.a.w. berkata kepadaku, “Wahai Anakku! Bila engkau mampu hingga pagi dan petang tanpa memendam sifat hasad dengki kepada seseorang, maka lakukanlah.” Lalu Baginda melanjutkan perkataanNya, “Wahai Anakku! Hal itu termasuk sunnahku. Siapa yang mencintai sunnahku, maka dia telah mencintaiku. Dan barangsiapa yang mencintaiku, maka dia bersamaku di syurga.” (HR. Tirmidzi)

     ::)

    Reply #7 29 May, 2007, 10:07:16 AM
  • Publish
  • Doa Adalah Intipati Kepada Segala Ibadah

    Hadith :
    Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Tiadalah di atas dunia ini seorang Muslim yang berdoa melainkan akan diperkenankan Tuhan atau dipalingkan daripadanya kejahatan selama dia tidak berdoa perkara-perkara yang berdosa atau membuat perkara yang memutuskan tali persaudaraan. Lantas seorang lelaki berkata: “Kalau begitu kita perbanyakkan doa? Jawab baginda: “ Di sisi Allah (penerimaan) lebih banyak.”
     
    Riwayat at-Tirmizi


     
      Huraian
    Pengajaran hadith:
    i) Setiap umat Islam dituntut supaya berdoa kerana doa adalah inti pati kepada segala ibadah. Orang yang enggan berdoa dianggap sebagai orang yang sombong, takbur dan bongkak.
    ii) Ketika berdoa, kita hendaklah peka kepada apa yang didoakan (dipohon), janganlah berdoa dengan mulut sahaja sedangkan hati kita lalai. Sebaliknya hadirkan hati serta hayati apa yang dipohonkan itu serta yakin bahawa Allah akan menerima doa tersebut kerana sesungguhnya Allah S.W.T tidak akan memperkenankan doa orang yang hatinya lalai dan alpa.
    iii) Supaya doa dimakbulkan, hendaklah kita mematuhi adab-adab berdoa serta memilih masa dan tempat yang sesuai kerana Allah dengan sifat-Nya yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang tidak akan mensia-siakan doa hamba-Nya selama mana apa yang diminta itu merupakan perkara-perkara yang baik. Begitu juga Allah yang sifat-Nya yang Maha Pengampun tidak akan menolak doa hambanya yang beristighfar dan berdoa memohon keampunan dari segala dosa yang telah dilakukan.

    Reply #8 29 May, 2007, 01:12:28 PM
  • Publish
  • Dari Anas bin Malik r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:

    ”Di dalam syurga terdapat sebuah pasar yang didatangi penduduk syurga setiap hari Jumaat. Angin bertiup dari sebelah kanan menyentuh muka dan pakaian mereka, menyebabkan muka dan pakaiannya bertambah cantik, tampan dan indah. Ketika mereka pulang ke rumah didapatinya isteri mereka bertambah cantik dan indah. Kata mereka kepada isterinya,

    “Engkau sungguh-sungguh tambah cantik dan pakaianmu tambah indah sepeninggalanku.” Jawab isterinya,

    “Engkau demi Allah sungguh tambah tampan dan pakaianmu tambah indah pula sekembalimu.”

    (Muslim)
    "Aku hanyalah insan biasa yang menyatakan sesuatu hari ini, mungkin esok ku ubah kembali, dan mungkin lusa ku ubah lagi.." -Imam Abu Hanifah.

    Reply #9 30 May, 2007, 06:57:30 AM
  • Publish
  • Firman Allah SWT :
    "Dan perintahkanlah ummatmu mendirikan solat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya.Kami tidak meminta rezeki daripadamu (sebaliknya) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu.Dan akibat (yang) baik itu adalah bagi orang-orang yang taqwa"
    (Surah At-Thaha : Ayat 132)

    Reply #10 30 May, 2007, 07:01:49 AM
  • Publish
  • Adalah disebutkan didalam Hadith bahawa Allah SWT mengurniakan 5 kurnia ke atas orang yang menjaga solatnya ;

    1. Rezeki akan dipermudahkan baginya
    2. Dia akan terpelihara dari siksaan kubur
    3. Dia akan menerima buku catatan amal dari tangan kanannya di akhirat kelak
    4. Dia akan melintasi titian sirat sepantas kilat
    5. Dia akan masuk syurga tanpa hisab
    buku : Fadhilat Solat
    penulis : maulana Muhammad Zakariya Kandhalawi

    Reply #11 30 May, 2007, 07:52:12 AM
  • Publish
  • Menghormati bapa

    Hadith :
    DaripadaAbu Hurairah r.a, sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya:“Janganlah kamu membenci bapa-bapa kalian. Sesiapa yang membenci bapanya bererti ia kafir.”

     
    Riwayat Muslim


     
      Huraian
    1. Seorang ibu mahupun bapa tidak akan menjadi ibu dan bapa tanpa anak-anak dan begitulah sebaliknya. Oleh itu ibu bapa berhak mendapat penghormatan daripada anak-anak mereka sama sebagaimana anak-anak mereka berhak mendapat kasih sayang daripada ibu bapa.
    2. Islam melarang keras anak-anak mencela atau memarahi ibu bapa dengan bahasa yang kasar. Anak yang mengasari ibu bapa dianggap sebagai anak derhaka yang diharamkan syurga ke atasnya oleh Allah S.W.T di akhirat kelak.
    3. Oleh itu bagi mendapatkan anak-anak yang baik, ibu bapa hendaklah terlebih dahulu menunjukkan pergaulan yang baik dengan anak-anak. Apabila anak-anak yang soleh ini dapat dibentuk, tiadalah permusuhan dan perbalahan dalam keluarga. Masing-masing akan saling sayang menyayangi antara satu dengan lain.

    Reply #12 31 May, 2007, 07:05:16 AM
  • Publish
  • "apabila kamu mengambil nikmat dunia sekadar keperluan sahaja,pasti Allah mengasihimu.Apabila kamu menahan diri dari meminta apa yang ada di tangan manusia,pasti manusia akan mengasihimu."
    (Hadith Riwayat Ibnu Majah)
    Hadith ke 31 dari Hadith 40

    :-X buat sesuatu sekadar memenuhi keperluan bukan hawa nafsu   :-X
    « Last Edit: 21 September, 2007, 02:25:12 PM by alyani »

    Reply #13 31 May, 2007, 07:39:26 AM
  • Publish
  • Pendapatan Haram

    Hadith :
    Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:”Tidak seorangpun yang bekerja untuk mendapatkan kekayaan dengan jalan haram kemudian ia membelanjakan padanya dengan harapan mendapat berkat daripadanya dan ia bersedekah dengannya dengan harapan sedekah itu akan diterima dan meninggalkan harta pusaka (sesudah meninggal) melainkan semua itu sebagai bekalannya ke neraka...”

     
    Riwayat Ahmad


     
      Huraian
    1. Melibatkan diri dalam kegiatan yang haram hukumnya adalah haram. Begitu juga hasil pendapatan dari yang haram hukumnya adalah haram.
    2. Pendapatan bermaksud perolehan yang merangkumi pendapatan gaji dan pendapatan bebas seperti ahli profesional iaitu sesuatu kerja atau usaha kepakaran atau perkhidmatan yang merangkumi ganjaran daripada khidmatnya seperti khidmat guaman, juru perunding dan sebagainya.
    3. Gaji dan pendapatan bebas adalah wajib dikeluarkan zakat berdasarkan syarat-syarat yang tertentu seperti: Islam, pemilikan sempurna, pendapatan/hasil,cukup nisab dan haul. Kadar zakatnya adalah 2.5% iaitu berpandukan kepada kadar zakat emas kerana gaji dan pendapatan bebas itu diterima dalam bentuk matawang atau nilai wang.
    4. Pendapatan yang diperolehi oleh seseorang daripada sumber yang haram seperti wang riba, perjudian dan seumpamanya hendaklah ditolak dari kiraan pendapatan yang dizakatkan. Pendapatan-pendapatan ini hendaklah diserahkan kepada Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri-negeri.

    Reply #14 31 May, 2007, 08:05:14 AM
  • Publish
  • Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
    “Sesiapa saja di kalangan umat Islam yang ditimpa kesakitan daripada penyakit, maka tidak ada selainnya melainkan Allah akan menggugurkan kejahatannya (dosa kecil) dengan sebabnya seperti mana pokok menggugurkan daunnya.” (Hadis riwayat Muslim)
    *Image Removed*
    Ya ALLAH, jadikan aku wanita yang solehah...yang baik di antara yang terbaik...dan kurniakan aku pendamping yang baik...
    dlm mendapatkan sesuatu yang terbaik dariMu...
    Amin...

    Reply #15 31 May, 2007, 09:35:32 AM
  • Publish
  • Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.

    Ertinya : Seandainya manusia mengetahui keutamaan panggilan adzan dan shaf awal kemudian tidaklah mereka mampu mendapatkannya kecuali dengan mencabut undi, pastilah mereka mencabut undi dan seandainya mereka mengetahui keutamaan bersegera menuju ke masjid nescaya mereka akan berlumba-lumba dan seandainya mereka mengetahui keutamaan sepertiga malam yang awal dan shubuh nescaya mereka akan datang kepadaKu walaupun dengan merangkak. ~Hadits Riwayat Bukhari no. 615 dan Muslim no. 437.


    Reply #16 31 May, 2007, 10:33:59 AM
  • Publish
  • Daripada Anas r.a. bekata, Rasulullah saw. bersabda, "Akan datang kepada umat ku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api”.   H.R. Tirmizi   


    adakah kite tergolong dalam golongan itu??
    "Sesiapa yang mahukan kebaikan dan Islah,kegemilangan dan izzah tanpa jihad dan pengorbanan,dia adalah orang yang bermimpi dan berkhayal!"

    Reply #17 31 May, 2007, 10:49:10 AM
  • Publish
  • Hadis Mujasyik bin Mas'ud As-Sulami r.a katanya: Aku berjumpa Nabi s.a.w untuk berikrar setia dengan baginda untuk sama-sama berhijrah. Lalu baginda bersabda: Sesungguhnya Hijrah telah berlalu, tetapi ikrar setia yang masih boleh dilakukan ialah terhadap Islam, jihad dan melakukan kebaikan(Sahih Muslim)




    Reply #18 31 May, 2007, 12:15:43 PM
  • Publish
  • Sabda Rosulullah Shallallahu alaihi wa sallam
    Ertinya : Tidaklah seorang muslim mengerjakan shalat kerana Allah setiap hari 12 rakaat shalat sunnah kerana Allah, kecuali Allah akan membangunkan sebuah rumah baginya di Syurga atau dibangunkan baginya sebuah rumah di Syurga.~HR. Muslim no. 728

    Reply #19 01 June, 2007, 07:41:52 AM
  • Publish
  • Kutu-kutu Jalanan

    Hadith :
    Dari Abu Sai’d. Al-Khudri r.a, dari Nabi SAW sabdanya:”Hindarilah daripada duduk-duduk di pinggir jalan!” Jawab para sahabat,” Kami terpaksa duduk-duduk di situ membincangkan hal-hal yang perlu.” Sabda Rasulullah SAW, “Jika memang perlu kalian duduk-duduk di situ berikan hak jalanan.” Mereka bertanya:”Apa haknya, ya Rasulullah Jawab baginda :”Tundukkan pandangan, jangan mengganggu, jawab salam (orang yang lalu) menganjurkan kebaikan dan mencegah yang mungkar.”
     
    (Muslim)


     
      Huraian
    1. Mengikut Kamus Dewan, melepak memberi makna tentang suatu tabiat yang negatif di kalangan masyarakat seperti di kalangan remaja dan dewasa yang menghabiskan masa dengan duduk-duduk tanpa melakukan kegiatan yang berfaedah. Pada peringkat awalnya kegiatan ini merupakan budaya yang dilakukan oleh kutu-kutu jalanan.
    2. Melepak yang bertujuan untuk kebaikan seperti untuk berbual tentang perkara yang bermanfaat adalah dibenarkan dalam Islam tetapi mestilah tidak sampai menghalang orang yang lalu-lalang dan membuat sesuatu yang menyakitkan masyarakat sekeliling seperti membuat bising, mengata-ngata orang, mengusik dan sebagainya kerana sedemikian sudah terkeluar daripada adab-adab dalam bersosial.
    3. Setiap muslim seharusnya menjauhi perbuatan yang melalaikan kerana Islam amat membenci perkara yang menggambarkan sikap orang yang suka membuang masa.

    divider3
    halaqahforum4