Berpurdah :Keadaan semasa Bekerja dan Belajar

*

Author Topic: Berpurdah :Keadaan semasa Bekerja dan Belajar  (Read 43294 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Intan_Muslimah

  • *
  • Posts: 136
  • .::*~Renung-renungkan... Selamat beramal~*::.
    • View Profile
21 July, 2007, 08:42:33 PM
  • Publish
  • Assalamualaikum warga Halaqah,

    Ada pelajar umi yang tanyakan macaman dengan wanita yang sekejap pakai purdah sekejap
    tidak? Masa dekat kampus tak pakai purdah - tak mau get into trouble dengan
    pentadbiran, masa kat rumah kampung pun tidak, tak mau get into trouble dengan mak
    bapak, masa lain pakai. Adakah dianya jadi munafiq?

    Jawapan ustadz - bukan munafiq. Tanyakan diri kenapa pakai purdah. Kalau kita
    berpegang pada mazhab shafie, ianya wajib - jadi kena pakai sentiasa. Kalau mazhab
    lain, ada khilaf kata tak wajib, atau tak wajib kalau begini begini (wajib kalau
    timbulkan fitnah misalnya lawa  sangat ke atau hodoh sangat ke.

    jadi kalau berpegang kata tak wajib terpulang lah tak mahu pakai ke atau nak pakai
    sekali sekala. COntohnya kita kata solat qabliah badiah sunat, bolehlah sat solat sat
    tidak.

    Namun dalam hal purdah cabarannya agak lebih sedikit kerana ia public dan mudah
    menerima reaksi orang ramai. Orang tak boleh lihat kita soat sunat konstan ke tidak,
    tapi bila sekejap nampak muka sekejap tidak terbukalah kita kepada kritika orang
    ramai, jadi ustadz kata tak salah dari segi hukum, tapi dari segi realiti keana terima
    lah kalau orang kata kita munafiq - itu risiko sosial) ini part ustadz kaunselinglah
    bukan part hukum.

    Masa tanya soalan tu bagi pihak pelajar umi, tak sangka umi akan menghadapi dilemma
    yang sama.

    Pada suatau masa dahulu umi dah belajar pasal hukum purdah dan dah buat pendirian,
    ambil yang ringan tak payah pakai - selesai cerita.  Nammun bila masuk kelas tafaqquh,
    semua wanita disana memakai purdah(niqab kerana kelasnya terbuka - tak ada tirai. 
    Lama lama naik segan juga kita soerang berbeza, jadi umi pakai juga purdah sebagai
    uniform dan menghormati majlis ilmu.  Masalah timbul, bila yang nak dipakaikan purdah
    - masa masuk kelas atau dalam kereta di kwasan  kelas, dalam kereta sebelum
    perjalanan? Mahu tidak mahu, memang terasa diri macam 'munafiq' orang tak kata - tapi
    kita lah rasa diri kita pretender.

    Pakai purdah ni rupanya ada seronoknya, selesa kalalu nak terngana ke nak termenguap
    ke heh. Lagi satu selesa kereana kita rasa kita seperti anonymous. Bila jalan kat
    public rasa lebih selesa, lebi tidak self conscious.  Satu lagi bila driving tengah
    panas- muka tak lah jadi belang gelap setompk kat muka kita macam topeng. Pendek
    cerita, umi rasa memang selesa untuk pakai purdah saja ke mana pergi tak payah di
    kelas saja, jadi umi kalau driving sekarang try lpakai purdah. 

    Tapi sememangnya tak berminat lah nak lpakai lpurdah ke tempat kerja - siapa yang nak
    ketok kepala ke diding - kacau bilau jadinya nanti. Juga tentu tak sanggup nak pakai
    purdah balaik kampung buat letih telinga saja dengar emak berleter ( yep umi yang dah
    tua ni - kalau balik kampung masih dileteri macam budak kecil jugak) jadi nya sekarang
    umi betul betu jadi macam situasi pelajar umi yang tanya kalau dia pakai purdah
    kecuali di kampung dan di kampus - macamana?)

    Cerita cerita saja. Umi berminat juga nak dengar lpendapat dari akhwat  semua. Hmmm...

    wallahualam.

    Sumber : Internet
    « Last Edit: 02 January, 2013, 03:15:03 PM by PenaHalaqah »
    "Jadilah yang tebal itu IMAN,yang nipis itu LIDAH,yang tajam itu AKAL,yang lembut itu HATI,yang ringan itu SOLAT,yang halus itu ILMU dan yang manis itu SENYUMAN..."

    Nur_Syurga

    • *
    • Posts: 70
      • View Profile
    Reply #1 25 July, 2007, 05:35:22 PM
  • Publish
  •  :)

    ana pernah discuss dengan seorang ustaz dan ustazah, mereka ni suami isteri   
    dan ustaz tu kata kalau da pakai purdah pastikan  istiqomah , takut timbul fitnah...Pastu dia syorkan ana baca buku 'fitnah-fitnah wanita' .Tapi sampai skg ana belum jumpa lagi buku tu...

    Pape pun ana buat kesimpulan, kejap pakai kejap buka ni boleh timbulkan fitnah..  Jadi kalau da pakai teruskan memakai...

    Purdah ni hanya wajib bagi isteri-isteri nabi je....


    sailormoon(^^,)

    • *
    • Posts: 72
      • View Profile
    Reply #2 25 July, 2007, 05:52:44 PM
  • Publish
  • Pastu dia syorkan ana baca buku 'fitnah-fitnah wanita' .Tapi sampai skg ana belum jumpa lagi buku tu...

    Assalamualaikum...Kalau tak keberatan boleh tak bagi detail pasal buku tu...

    Nur_Syurga

    • *
    • Posts: 70
      • View Profile
    Reply #3 25 July, 2007, 06:01:31 PM
  • Publish
  • buku tu menceritakan fitnah-fitnah yang datangnya dari wanita..
    Kan Rasulullah kata fitnah besar bg lelaki adalah wanita.

    aysara

    • *
    • Posts: 54
      • View Profile
    Reply #4 30 September, 2007, 11:46:43 AM
  • Publish
  • apapon yang penting istiqamah.....andaikan itu dapat dtgkan fitnah..sebaiknya dijauhkan...

    serikandisufi

    • *
    • Posts: 477
    • Ilahi, pandanglah aku yang tiada daya ini
      • View Profile
    Reply #5 01 October, 2007, 03:01:34 PM
  • Publish
  • :)

    ana pernah discuss dengan seorang ustaz dan ustazah, mereka ni suami isteri   
    dan ustaz tu kata kalau da pakai purdah pastikan  istiqomah , takut timbul fitnah...Pastu dia syorkan ana baca buku 'fitnah-fitnah wanita' .Tapi sampai skg ana belum jumpa lagi buku tu...

    Pape pun ana buat kesimpulan, kejap pakai kejap buka ni boleh timbulkan fitnah..  Jadi kalau da pakai teruskan memakai...

    Purdah ni hanya wajib bagi isteri-isteri nabi je....

    Maaf, sedikit komentar. Pandangan enti mengenai purdah hanya wajib bagi isteri-isteri nabi itu perlukan bahas yang panjang. Apa pon ana tidak bermaksud utk mngiyakan atau menidakkan pendapata enti tu, cuma apa yg ana boleh bawa pada enti adalah nabi adlah qudwah hasanah pada kita, langkah baginda mendidik dan bergaul dengan isteri serta ahli keluarga baginda adalah satu contoh terbaik yg Allah bg pada kita melalui nabi SAW. Pun begitu, alangkah idanhnya kalo sbg wanita tak dpat semua kt berusaha utk sedikit mengikuti jejak langkah isteri2 insan mulia ini...wallahu'alam

    sbg penambahan, pada ana terpulang pada individu terrtentu.. krn niatnya hanya Allah yg tahu..utamakan pandangan Allah dr pandagan manusia.. percayalah yang memakai purdah akan merasakan ni'matnya, kalo dah pakai bukan mudah nak buka..melainkan di situ ada ujian.tetapi ujiana dalah teman hidup manusia..utk kesengan DISANA pasti harus kita lalui KEPERITAN disini.. utk pertahankan amal yg sedikit ini tidak lah sesussah para nabi dan sahabat yang berjuang utk membawa ISLAM...Pohonlah kekutan dr yang maha kuat..pasti di situ akan anda rasai betapa indahnya bergantung pada ilahi.. Wallahu 'alam
    « Last Edit: 01 October, 2007, 03:05:06 PM by serikandisufi »

    aLAi

    • *
    • Posts: 12
    • ..MuSLiMaH..
      • View Profile
    Reply #6 03 October, 2007, 03:17:54 PM
  • Publish
  • Ya ALLAH, aku bermohon kepada MU untuk peroleh kekuatan menggunakannya..
    Hanya kepada Engkau aku memohon pertolongan Ya Rahman..Ameen

    Mat Fakir

    • *
    • Posts: 130
      • View Profile
    Reply #7 03 October, 2007, 03:55:12 PM
  • Publish
  • suka wanita berpurdah..lebih manis dan berseri walaupun tidak dapat melihat wajahnya..
    Dalam seusiamu sibuklah dengan ilmu yang mampu mempertajamkan akal dan mampu membina sahsiah muslimahmu,sesungguhnya ilmu itu adalah cahaya yang bertapak di dalam hati yang suci

    habibati

    • *
    • Posts: 84
    • salam ukhwah buat semua teman-teman
      • View Profile
    Reply #8 08 March, 2009, 08:10:20 PM
  • Publish

  • Bagaimana jika seorang perempuan tu bekerjaya n memakai purdah atau hijab seperti wanita2 arab di malaysia ni.
    « Last Edit: 08 March, 2009, 10:12:28 PM by Munaliza Ismail »
    [img]

    my love haqiqi

    • *
    • Posts: 6
      • View Profile
    Reply #9 08 March, 2009, 09:03:58 PM
  • Publish
  • "ya Allah,bantulah aku dalam mengharungi dugaan hidup ini.." susahnya bila mdapat tntangan org tak kasi kita use purdah...tapi hati merintih derita bila mendapat tentangan plak..tentangan yang amat amat amat kuat...macam mana nak buat...dilema antara akak dan purdah....ana hanya berdoa semoga Allah beri kefahaman kepada mereka....apa yg patut ana lakukan..??
    semuanya LILLAHI taala

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14514
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #10 08 March, 2009, 09:55:13 PM
  • Publish

  • Boleh memakai purdah ketika bekerja jika tidak ada halangan dan kekangan dengan pihak  pentadbiran dan pengurusan. Tetapi jika bekerja dengan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia pasti tidak boleh berpurdah walaupun seorang guru di waktu bekerja. Jika memakai purdah waktu perjalanan datang dan balik tidak ada halangan.

    Begitu juga status pelajar, tidak kira pelajar sekolah atau pusat pengajian tinggi awam , memakai purdah di kawasan kolej dan kampus adalah dilarang diwaktu belajar. Kakitangan kerajaan yang memakai purdah diwaktu bekerja boleh dikenakan tindakan displin termasuk ditukarkan 24 jam.

    « Last Edit: 11 January, 2010, 11:10:33 PM by Ummi Munaliza »
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    stonez145

    • *
    • Posts: 453
    • Hope
      • View Profile
    Reply #11 08 March, 2009, 10:07:44 PM
  • Publish
  • erm pertama sekali nak tanya...purdah ni sebenarnya wajib ka?..atas alasan apa dia wajib?...
    memang bercadang nak pakai,tapi ni tengok macam banyak halangan jek..

    kedua,kenapa kerajaan tidak benarkan kakitangan pakai?..atas alasan apa tidak dibenarkan pakai?...mata kan terbuka..
    kenapa pulak pelajar tidak boleh pakai?..atas alasan apa?
    « Last Edit: 09 March, 2009, 08:16:08 PM by stonez145 »

    habibati

    • *
    • Posts: 84
    • salam ukhwah buat semua teman-teman
      • View Profile
    Reply #12 09 March, 2009, 09:49:05 AM
  • Publish
  •  :)

    ya benar,tq coz bagi renspon.

     :jaz:
    « Last Edit: 09 March, 2009, 09:50:45 AM by habibati »

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14514
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #13 10 March, 2009, 02:09:24 AM
  • Publish
  • erm pertama sekali nak tanya...purdah ni sebenarnya wajib ka?..atas alasan apa dia wajib?...
    memang bercadang nak pakai,tapi ni tengok macam banyak halangan jek..

    kedua,kenapa kerajaan tidak benarkan kakitangan pakai?..atas alasan apa tidak dibenarkan pakai?...mata kan terbuka..
    kenapa pulak pelajar tidak boleh pakai?..atas alasan apa?

    Hukum berpurdah masih ada khilaf ulama'. Setengah ulama kata wajib, setengah kata tidak wajib.

    Wajib wanita muslimah memakai niqab النقاب atau purdah adalah pendapat sebahagian para ulama. Sementara jumhur (majoriti) ulama berpendapat muka wanita tidak termasuk di dalam auratnya. Wanita yang memakai purdah berpegang dengan pendapat golongan ulama yang mewajibkannya. Ini adalah hak mereka. Selagi mereka berkeyakinan pendapat yang menyatakan ianya wajib itu kuat, maka mereka wajib memakainya. Ini kerana seseorang itu berpegang kepada apa yang dia yakin. Seseorang individu tidak wajib mengikut mazhab orang ramai, tetapi hendaklah mengikuti apa yang dia faham dan yakin yang berpandukan perbahasan-perbahasan para imam ahli sunnah wal jama`ah.

    Saya menyokong pendapat jumhur ulama yang menganggap purdah bukanlah suatu kewajipan. Wajah wanita bukanlah aurat. Namun saya tidak berhasrat untuk memerangi wanita yang berpurdah, selagimana saya dapati mereka cuba melaksanakan tuntutan agama yang mereka faham. Ini adalah hak dan kebebasan yang wajar diiktiraf. Bahkan di satu sudut ianya lambang kesungguhan iltizam terhadap apa yang diyakini sebagai kewajipan. Untuk apa kita menekan golongan yang berpurdah sedangkan dalam masa yang sama kita membiarkan wanita-wanita lain yang mendedahkan tubuh dan aurat secara berleluasa sehingga memadam nilai diri mereka sebagai wanita muslimah dan beriman.Di zaman ini, antara ulama yang kuat menegaskan wajah wanita adalah aurat ialah al-Syeikh Ibn Baz r.h. (mufti Saudi yang telah meninggal) dalam fatwa-fatwanya yang banyak, diikuti oleh kebanyakan para ulama di Saudi. Sebelum itu `Abu al-`Ala al-Maududi r.h dalam bukunya al-Hijab.

    Sementara yang menyatakan wajah wanita bukan aurat adalah majoriti ulama semasa, antaranya Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam bukunyaالنقاب للمرأة Al-Niqab li al-Marah” Al-Syeikh Nasir al-Din al-Albani r.h. dalamجلباب المرأة المسلمة في الكتاب والسنة Jilbab al-Marah al-Muslimah fi al-Kitab wa al-Sunnah” dan kitabnya yang akhir sebelum beliau meninggal sebagai jawapan dan tambahan kepada kitab tersebut iaituالرد المفحم Al-Radd al-Mufhim. Begitu juga Muhammad al-Ghazali r.h. dalam banyak tempat dalam buku-bukunya.

    Alasan-alasan yang dibawa oleh jumhur ulama yang menyatakan wajah wanita muslimah bukannya aurat adalah jelas dan nyata.


    Kerajaan Malaysia memang tidak membenarkan kakitangan perkhidmatan awam memakai purdah, ketika bertugas termasuk guru. Alasannya sama seperti di atas bahawa wajah muslimah bukannya aurat.

    Pengalaman saya sebagai pelajar di sebuah universiti awam tempatan digantung belajar kerana berpurdah.Oleh kerana kemaslahatan banyak pihak, dengan berat hati (diizinkan suami) saya terpaksa buka semula ketika menghadiri kuliah.

    Satelah tamat belajar, saya fikir saya bebas untuk memakainya semula. Tetapi rupanya,bukan semudah itu,saya pernah ditukarkan 24 jam kerana berpurdah, sekiranya saya engkar,saya akan diberhentikan. Sekali lagi, saya terpaksa buka demi kemaslahatan diri.

    Sekarang, jika tiada kekangan, saya lebih suka berpurdah untuk bergerak ke mana-mana.Ada masa saya tidak memakainya. Bukanlah bererti saya hipokrit atau talam dua muka.

    Oleh itu jika ingin melakukan sesuatu, kita mesti mengkaji hukum dan mempunyai ilmu. Bukan kerana cakap orang dan mengikut pandangan orang biasa sahaja.
    « Last Edit: 10 February, 2010, 06:59:32 AM by Ummi Munaliza »

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14514
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #14 10 March, 2009, 05:53:18 AM
  • Publish
  • Salahkan siswi berpurdah?

    Beberapa kes melibat purdah dikalangan pelajar IPT dan kaki tangan Perkhidmatan Awam.


    Baru-baru ini, seorang siswi di sebuah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan disaman kerana kesalahan memakai purdah di dalam kampus. Peruntukan bagi peraturan melarang memakai purdah jelas dinyatakan dalam peraturan kod etika berpakaian IPT tersebut. Peruntukan tersebut menyebut “sebarang bentuk pakaian yang menutup muka adalah dilarang”.

    Salahkah siswi itu berpurdah? Penulis teringat sebuah kes yang hampir sama isunya; Hajah Halimatussaadiah lwn Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia [1994] 3 MLJ di mana Mahkamah Agung ketika itu mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi untuk mengesahkan pemecatan perayu daripada jawatannya sebagai kakitangan dalam kerajaan negeri Perak.

    Apakah kesalahannya? Dia berpurdah di tempat kerja – enggan mematuhi arahan dalam surat pekeliling yang dikeluarkan – lantas dipecat. Surat pekeliling tersebut antara lain menyatakan “bagaimanapun, jean, ‘slacks’, seluar pendak dan sebarang pakaian yang menutup muka tidak dibenarkan dipakai ketika waktu kerja”.

    Dalam Islam tidak dilarang perempuan memakai purdah dan tidak pula diwajibkan memakainya. Bebas kepada muslimah memilih untuk memakainya ataupun tidak. Dalam konteks siswi IPT tersebut, dia memilih untuk memakai purdah. Penulis yakin dan percaya dia mempunyai alasan yang kuat untuk memakai purdah, tidak taqlid buta semata-mata.

    Hak siswi ini terjamin di bawah Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan: Bebas untuk mengamalkan agamanya!

    Namun kebebasan agama yang dijamin di bawah perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan tidaklah mutlak kerana perkara 11(5) tidak membenarkan sebarang tindakan yang bertentangan dengan sebarang undang-undang am berkaitan dengan ketenteraman awam, kesihatan awam atau moral.

    Tetapi, adakah dengan siswi itu berpurdah bisa mengganggu ketenteraman awam di kampus? Adakah pakaiannya itu membuatkan rakan dan mereka di sekelilingnya berasa tidak selamat?

    Zainur Zakaria (1993) dalam artikelnya yang mengulas keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes Hjh Halimatussaadiah berkata:

    “Surely it cannot be said that the practice of the Plaintiff in wearing the purdah was contrary to public health or morality. The only ground perhaps on which the Plaintiff could be prohibited from wearing the purdah would be on the ground that it was contrary to public order.”

    Terjemahan: Pastinya tidak boleh dikatakan bahawa amalan plantif memakai purdah adalah bertentangan dengan kesihatan awam atau norma kesusilan. Satu-satunya alasan yang memungkinkan plantif dilarang daripada memakai purdah adalah atas alasan ianya bertentangan dengan ketenteraan awam.

    Ini bermakna mahkamah melihat pemakaian purdah sebagai mengganggu ketenteraman awam.

    Mengimbas definisi ‘public order/ketenteraman’ secara lalu maka penulis ketemu definisi yang diberi Hakim Abdoolcader di dalam penghakiman kes Re Application of Tan Boon Liat @ Allen [1976] 2 MLJ 83:

    “The expression ‘public order’ is not defined anywhere but danger to human life and safety and the disturbance of public tranquillity must necessarily fall within the purview of the expression.”

    Mungkin ada benarnya kata-kata Hakim Mohd. Noor Abdullah di dalam kes Meoratiqulrahman [2000] 5 MLJ 375:

    “Seorang yang memakai purdah yang memperlihatkan kedua matanya sahaja seperti dalam kes Hjh Halimatussaadiah tidak dapat dicam atau dikenalpasti, sifulan atau sifulan, lelaki atau perempuan.”

    Penulis bersetuju dengan Hakim Mohd Noor tetapi masyarakat tidak boleh dibiarkan meletak prejudis yang melampau terhadap setiap wanita Muslim yang berpurdah. Sikap itu adalah jumud dan sempit dalam keadaan negara yang aman damai sekarang di bawah kepemimpinan kerajaan Islam Hadhari.

    Sebagai kesimpulannya, pihak berautoriti di kampus berkenaan perlulah terlebih dahulu membuktikan pemakaian purdah atau niqab ini jelas membahayakan ketenteraman dan keselamatan awam sebelum pemakaiannya dilarang. Bagi penulis, hanya bukti yang tuntas mampu menjustifikasikan larangan tersebut.

    elkhadeeja

    • *
    • Posts: 1
      • View Profile
    Reply #15 10 March, 2009, 12:50:52 PM
  • Publish
  • apapun jua pndapat yang paling utama sekali ialah innama a'malu binniat.brniqab niatkan kerana Allah swt dan mnjaga kehormatan diri dan bukan kerana ingin dipandang mulia di mata manusia semata2.bagi muslimat yang sedang berniqab ,moga antuna istiqamah dan terus mencari denai2 keredhaan dan madhotillahNya.Manakala bagi mrk yg pernah berniqab,syabas ana ucapkan kerana sekurang2nya ada usaha dan keinginan utk berniqab.Ingatlah bhw Allah pandang  stiap usaha dan amalan kita  wpun sebesar zarah.wallahualam

    habibati

    • *
    • Posts: 84
    • salam ukhwah buat semua teman-teman
      • View Profile
    Reply #16 11 March, 2009, 01:21:33 PM
  • Publish
  • ish.....dasyatnya.sampai mcm tu sekali.semoga allah memberikan kekuatan kepadanya untuk beramal.

    HambaAllah96

    • *
    • Posts: 1
      • View Profile
    Reply #17 23 September, 2009, 10:35:36 PM
  • Publish
  • Copy from ustazazhar.com...

    Aurat wanita dihadapan lelaki ajnabi ada dua pendapat ulamak. Pertama sekelian badan melainkan kedua tapak tangan dan wajah manakala pendapat kedua pula sekelian badannya termasuk wajah adalah aurat yang wajib di tutup.

    Pendapat pertama adalah ulamak2 mazhab Hanafi dan Maliki dan pendapat kedua pula ialah ulamak2 mazhab Syafie dan Hanbali.

    Bagi pendapat yang mengatakan muka dan dua tapak tangan bukan aurat itu tetap mewajibkan wanita memakai hijab yang menutup wajah. Perintah tutup ini bukan kerana wajah adalah aurat tetapi sebab menutup pintu fitnah. Memang kita tak dapat menafikan wajah wanita adalah sebesar2 fitnah yang mengundang berbagai maksiat dan dosa.

    Cara terbaik bagi wanita pada zaman sekarang ini tiada lain melainkan memakai hijab yang menutup wajahnya memandangkan kebanyakkan lelaki pada zaman sekarang adalah fasiq dan tidak bermoral.

    Jangan kita terkeliru dengan perkataan hijab dan aurat. Hijab adalah jauh berbeza daripada aurat.

    Aurat bermaksud suatu yang wajib ditutup sekalipun dari pandangan mahhramnya sendiri manakala hijab adalah suatu yang lebih dari sekadar menutup aurat.

    Kepada sesiapa yang mahukan penjelasan dan dalil2 yang terperinci tentang kewajipan berpurdah ini silalah merujuk kitab "Tafsir Ayaatul Ahkam karangan Syeikh 'Ali As-Shobuni juzuk ke 2 muka surat 103-126.

    Di sana boleh kita lihat kesemua dalil2 dari Al-Quran & Sunnah dan perkataan Abu 'Ala Al-Maududi tentang kesalahan orang2 yang mengatakan wanita tidak perlu memakai hijab yang menutup wajahnya.

    walahua'lam

    halawah

    • *
    • Posts: 2606
    • İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
      • View Profile
    Reply #18 23 September, 2009, 10:55:08 PM
  • Publish
  • Assalamualaikum wr.wb.wm.

    Perhatian;

    Segala-galanya diatas izin ibubapa jika ia seorang anak dara.

    Jika ia sudah bersuami maka segala keinginannya atas izin suami,

    Wajib baginya jika suaminya adalah Ahli Pendakwah berjihad kejalan Allah swt menegakkan Kebenaran di Muka BUmi ini.

    kalau buat diri saya pribadi adalah izin suami hanya terbatas kerana seluruh masa saya untuk keluarga dan warga suami. Jari disusun ampun maaf dipinta jika sekadar apa yang tersedia ada untuk memadai saja
    yang saya harapkan sekadar Redha Allah swt sahaja....(harap maklum)Terima kasih.
    Wassalam.
    İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
    hubungan dengan ukhuwahfıllah perpaduan Ummah seutuh

    bunga_zikir

    • *
    • Posts: 20
      • View Profile
    Reply #19 10 October, 2009, 10:13:17 PM
  • Publish
  • salam..
    klau nk pakai purdah ni kene de kekuatan..
    kene istiqomah..
    maklum la zaman skrg tdk ramai yg berpurdah..
    jd kene de kekuatan dari segi mental.. klu blh bila
    dh pakai 2 jgn la buka2, tkt timbul fitnah pula..
    ana de niat nk pakai purdah ni tp ana bakal guru tkt jd halangan pula...
    de yg ingin beri pendapat dgn masalah ana....silakan...

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    6 Replies
    2792 Views
    Last post 23 January, 2011, 03:10:55 PM
    by hada_islamic
    3 Replies
    1801 Views
    Last post 31 December, 2009, 09:24:02 AM
    by sharida
    1 Replies
    218 Views
    Last post 14 July, 2014, 12:46:16 PM
    by al-baab