Cara Menyampaikan Ceramah

*

Author Topic: Cara Menyampaikan Ceramah  (Read 6195 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

asya_mimi

  • *
  • Posts: 12
    • View Profile
29 November, 2011, 08:40:00 PM
  • Publish
  •  :) salam sahabat sume.. macam mane nak sampaikan ceramah? x reti lah.. first time nak kene buat camni, leh kengkawan ke sape2 ke bagi tips n bagi semangat utk asya.. berdebar2 je rase.

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4872
      • View Profile
    Reply #1 29 November, 2011, 09:05:46 PM
  • Publish
  • nak berceramah kena ada Ilmu ya cik

    Ilmu yang di minta kita ceramahkan

    kena kenali pendengarnya juga

    agar tidaklah terlalu tinggi ilmunya
    tidak terlalu rendah
    nanti akan membosankan

    KISS ya

    Keep it simple, sayang

    islam itu mudah, jangan pula memudahkan

    sila lihat ceramah ceramah di you tube, dari ustaz ustaz yang baik, yang tak masuk politik parti

    tak asobiah
    inshallah

    alangkah baiknya, ceramah kamu itu, menyampaikan, panduan, dan seruan untuk berbuat kebaikan, tanpa prejudis, secara jujur dan suci

    inshallah

    Carreno

    • *
    • Posts: 141
      • View Profile
    Reply #2 29 November, 2011, 09:42:50 PM
  • Publish
  • Mula-mula aje berdebar2, lepas tu ok la...tengok-tengok dah tak mau berhenti cakap nanti...

    Petua sikit;

    1. Bahasa badan - jangan melampau...jangan bagi orang lebih tengok pergerakan kita berbanding ucapan
       kita
    2. Pandangan mata - jangan tertumpu pandangan hanya pada seseorang...itu akan membuatkan
       pendengar rasa tak selesa
    3. Bahasa - gunakan bahasa yang difahami secara general. Jangan gunakan dialek yang orang tak faham.
       Kadang2 pendengar akan rasa jemu sebab tak faham
    4. Humor - buat lawak biar berpada. Jangan buat lawak bodoh yang entah apa-apa
    5. Bacalah Bismillah sebelum berucap

    Semoga berjaya...

    aini zinnirah

    • *
    • Posts: 473
    • Indah senyuman pengubat kedukaan...Insya-Allah..
      • View Profile
    Reply #3 30 November, 2011, 01:32:25 AM
  • Publish
  • nak berceramah kena ada Ilmu ya cik



    Benar tu.."ceramah" pula tajuknya. kalau tak cukup pengetahuan, khuatir kita akan menyampaikan sesuatu yang sesat pula kelak.
    Iitu lagi susah.Tapi sekiranya kita memang sudah ditugaskan untuk mengendalikan ceramah tersebut, mintalah bantuan daripada insan-insan yang kita yakin lebih ilmunya. Disamping itu kita juga harus sama-sama mendalami ilmu itu sendiri. Jangan semata-mata mengharapkan ia datang bergolek. Seperti yang kita tahu, semakin banyak yang kita belajar, semakin banyak juga sebenarnya yang kita masih tidak tahu..

    Lain pula kalau kita cakap "menasihati". Menasihati itu bukan lah kita menunggu ilmu penuh di dada. Tetapi cukuplah sekadar menyapaikan apa sahaja yang kita tahu akan hal tersebut. Asalkan ia benar dan terbukti kesahihannya. Bilakah agaknya kita nak tunggu ilmu tu penuh di dada kan. Nak kata mustahil tak jugak, tapi khuatir sahabat atau saudara kita akan jauh terpesong disebabkan diri kita yang tidak mahu menasihati atau menegur apa yang kita tahu ia salah...

    Sekadar memberi pendapat..
    ya allah pelihara lah diriku sepertimana Engkau pelihara kekasih-kekasih-Mu yang lain..

    Munzir khan

    • *
    • Posts: 611
      • View Profile
    Reply #4 30 November, 2011, 01:46:38 AM
  • Publish
  • Kalau nak berceramah,mestilah kena bersedialah nak kena jawap soalan yang tak diduga.sebab banyak yang tengah keliru.
    Jadi banyak lah soalan.kecuali ceramah yang telah diberi tajuk.senang lah sikit nak di ceramahkan.

    Silakan.

    aini zinnirah

    • *
    • Posts: 473
    • Indah senyuman pengubat kedukaan...Insya-Allah..
      • View Profile
    Reply #5 30 November, 2011, 01:53:45 AM
  • Publish
  • Kalau nak berceramah,mestilah kena bersedialah nak kena jawap soalan yang tak diduga.sebab banyak yang tengah keliru.
    Jadi banyak lah soalan.kecuali ceramah yang telah diberi tajuk.senang lah sikit nak di ceramahkan.

    Silakan.

    ye..kita tak boleh tengok siapa yang beri ceramah tu..
    Tapi apa yang wajar kita tengok dan dalami ialah isi kandungan ceramah tu.
    cara berceramah tu pun mesti ada skillnya.
    Kalau tak susah juga kita nak orang yakin dengan ilmu yang kita sampaikan.
    Salah satu caranya ialah communication skill.Cara kita nak berinteraksi dengan audience, cara lontaran suara..
    Tapi berbalik kepada yang asas atau utama ialah ilmu itu sendiri.
    Apa yang aini dapat lihat, sekiranya seseorang tu dah ada ilmu yang nak di sampaikan, pasti secara tidak langsung skill tu datang sendiri..
    Tapi tak tahu jugak la kalau ada yang sebaliknya.. masing-masing ada pandapat dan pengalaman sendiri kan..

    anazahra

    • *
    • Posts: 924
      • View Profile
    Reply #6 30 November, 2011, 08:15:11 AM
  • Publish

  • Mabruk tahniah..

    Alhamdulillah, Allah telah memilih saudari untuk menyampaikan..

    practise make perfect
    sentiasa tambah ilmu
    bila dah tahu tajuk apa yang di ceramahkan, buat sedikit nota, masukkan point2 penting
    banyak baca buku,
    eye contact penting..
    1st2 memang rasa macam malu2, tapi bila dah selalu buat jadi ok..
    perlu ada rasa dalam diri, aku buat apa yang Nabi buat, jadi semangat itu akan datang..

    insyaAllah

    shearazi

    • *
    • Posts: 510
    • Kudambakan Redha Allah
      • View Profile
    Reply #7 30 November, 2011, 09:28:52 AM
  • Publish
  • tajuk ceramahnya apa?

    intro...
    1- mulakan dengan basmalah
    2- puji-pujian kpd Allah
    3- selawat atas nabi saw
    4- baca doa 'rabish rahli sodri wayasirli amri wahlul u'datan mil lisani yafkahu qauli'
    5- bagi salam kpd hadirin
    6- greet pengerusi majlis
    7- greet VIP (kalau ada)
    8- seterusnya tuan2 dan puan2 yang dirahmati Allah sekalian
    9- ucapan terima kasih krn menjemput anda menjadi penceramah

    isi ceramah...
    hafal nas2 al Quran dan hadis yang berkaitan dgn tajuk ceramah..
    point-point tajuk mesti ikut flow.. kalau tak boleh ingat.. bawak je nota..
    bacaan kena banyak (berkaitan tajuk)
    kalau tak mahir pasal tajuk kena bertanya pada guru (biasanya org nak ceramah dah mahir dgn tajuk tersebut)
    kalau audience tanya soalan yg anda tak tahu.. jawablah dgn ikhlas 'saya tak tahu'.. kejujuran itu adalah tuntutan Islam
    niatkan ceramah itu semata-mata kerana Allah.. (sampaikanlah walau sepotong ayat)..
    jangan syok sendiri..
    Moga kita berkongsi ilmu di sini kerana Allah SWT

    asya_mimi

    • *
    • Posts: 12
      • View Profile
    Reply #8 30 November, 2011, 03:22:16 PM
  • Publish
  •  :) terharu.. sebab sahabat2 asya dalam ni membantu. makin nak gugur rase jantung ni.. tapi Insya Allah asya akan cube ye.. malu pun ade..

    Mei

    • *
    • Posts: 1054
      • View Profile
    Reply #9 30 November, 2011, 04:14:31 PM
  • Publish
  • Yakin Boleh dik..buat sehabis baik..jangan heart attack pulak atas stage....(ketawa)

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    0 Replies
    1453 Views
    Last post 24 July, 2007, 06:26:28 PM
    by ahmad_siddiqui
    1 Replies
    1567 Views
    Last post 24 January, 2008, 03:01:45 PM
    by alhaudhie
    9 Replies
    3164 Views
    Last post 20 December, 2010, 08:54:49 PM
    by al_ahibbatu