Perawatan Alternatif yang dibenarkan Syarak

*

Author Topic: Perawatan Alternatif yang dibenarkan Syarak  (Read 3657 times)

0 Halaqian and 2 Guests are viewing this topic.

baiti jannati

  • *
  • Posts: 3
    • View Profile
28 November, 2011, 01:12:34 PM
  • Publish
  •  :)
    Selamat berkenalan..saya ahli baru dalam forum ni..

    Saya ada kekeliruan mengenai cara Perawatan Islam yang diamalkan oleh ustaz2 kita sekarang ni.
    Saya telah bertemu ramai ustaz untuk mengubati anak saya yg terkena gangguan makhluk halus. Tapi lain ustaz,lain pula cara rawatannya. Ada yang boleh 'scan' rumah kita hanya dengan memberikan alamat sahaja. Ada yang tahu penyakit dgn memberikan nama ayah@ibu. Ada yang menggunakan duit syiling yg dibacakan untuk direndam dalam air dan disembur keliling rumah. Ada yang lagi power, hanya datang jumpa saja dah tahu apa yang kita alami..termasuk penyakit2 moden. Bagaimanapun semua ustaz2 ni menjadikan air sebagai ubat samada untuk diminum,mandi atau jirusan rumah. Mereka juga akan menceritakan apa yang berlaku kepada pesakit dan apa yang mengganggunya.

    Adakah kaedah2 rawatan seperti ini dibolehkan atau tidak?

    Mohon penjelasan dari sesiapa yang arif dengan perubatan islam.terima kasih...
     ceria* ceria* ceria* baguss yahooo* senyum* senyum* =;8)

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4856
      • View Profile
    Reply #1 28 November, 2011, 09:15:07 PM
  • Publish
  • Perubatan Islam Falsafah dan Amalan
    Oleh Hamid Arshat

    Perubatan adalah amalan semua umat manusia dalam dunia ini tanpa mengira bangsa, keturunan atau ugama kerana sesiapa boleh diserang penyakit. Usaha untuk mendapatkan ubat bagi sesuatu jenis penyakit telah dilakukan sejak zaman Nabi Allah Adam a.s. sehingga sekarang dan usaha ini masih berterusan. Jenis penyakit kian bertambah dan lebih rumit lagi dengan perubahan cara gaya hidup manusia dan perubahan dalam alam sekitaran. Rasullullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud

    Setiap penyakit ada ubat melainkan penyakit tua dan mati.

    Walaupun berbagai jenis ubat telah dicipta oleh manusia, namun masih banyak lagi penyakit yang belum diketahui punca dan ubatnya. Umat Islam juga tidak terkecuali dari diserang dan berbagai usaha dan cara dilakukan untuk merawat penyakit. Rasullullah s.a.w. menggalakkan umatnya berusaha untuk mendapat ubat bagi setiap penyakit yang dihidapi. Malah Baginda menekankan pentingnya pencegahan penyakit melalui langkah-langkah tertentu.

    Rasullullah s.a.w. sendiri mempunyai kemahiran untuk merawat setengah jenis penyakit yang tertentu. Kaedah rawatan yang diamalkan oleh Baginda berasaskan akidah dan nilai-nilai Islam. Mungkin pada zaman itu belum banyak lagi jenis ubat-ubatan yang terdapat untuk merawat berbagai jenis penyakit berbanding dengan ribuan jenis ubat farmasi dan berbagai kaedah rawatan yang ada di pasaran masakini.
    Zaman Kegemilangan Islam

    Zaman kegemilangan pemerintahan Islam memuncak di antara tahun 900 hingga 1300 masihi. Pada zaman tersebut empire Islam dibawah pemerintahan khalifah telah berkembang dari Asia Barat ke benua Eropah dan bertapak kuat di negara Sepanyol, ia berkembang ke negara Russia dan ke Timur di sebahagian negara Cina. Dalam zaman kegemilangan pemerintahan tersebut muncullah para cendikiawan dalam bidang ilmu perubatan Islam seperti Al-Raziz (tahun 841 - 926), Al Zahrawi (tahun 931 - 1013), Ibnu Sina (tahun 890 - 1037), Ibnu Rusd (tahun 1126 - 1198) dan Ibnu El-Nafis (tahun 1208 - 1288). Disamping ilmu dan kemahiran kedoktoran, mereka ini juga mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bidang keagamaan, astronomi, fiziks, matematik dan lain-lain.

    Mereka telah mengamalkan ilmu kedoktoran secara saintifik berasaskan ilmu pengetahun tentang perubatan pada ketika itu. Mereka juga telah menemui berbagai jenis ubatan daripada berbagai sumber. Berbagai kaedah rawatan termasuk pembedahan telah digunakan dan disebar luas khususnya oleh Al Zahrawi. Pengasas-pengasas perubatan Islam di zaman tersebut telah banyak menjalankan penyelidikan dan telah menulis berjilid-jilid buku teks kedoktoran yang telah diterjemahkan kepada berbagai bahasa Eropah. Malah banyak daripada buku-buku yang ditulis oleh Ibnu Sina, Al Zahrawi, Ibnu El Nafis telah digunakan oleh kolej-kolej perubatan di Eropah.

    Selepas tahun masihi 1300 Masihi apabila empire Islam runtuh, maka ilmu perubatan Islam juga mengalami nasib yang sama. Sehingga sekarang ini, perubatan Islam tidak mendapat perhatian dunia seperti zaman pemerintahan khalifah dahulu.

    Definisi Perubatan Islam

    Tiada kata sepakat tentang definisi sebenar perubatan Islam. Ramai yang mentafsirkan istilah perubatan Islam mengikut selera atau cara-gaya mereka sendiri demi untuk mengiktiraf apa yang mereka amalkan adalah perubatan Islam sebenar. Justeru itu terdapat kekeliruan di kalangan orang ramai tentang apa sebenarnya perubatan Islam.

    Perubatan Islam adalah satu bidang ilmu dan amalan yang berasaskan ilmu sains perubatan di mana terkandung di dalamnya paradigma, konsep, nilai-nilai tatacara ujian serta rawatan yang selaras dan tidak bertentangan dengan Quran dan sunnah Rasullullah s.a.w.. Ia bukannya satu kaedah rawatan yang biasanya diamalkan oleh pengamal-pengamal tradisional tetapi ia merupakan keseluruhan konsep ilmu dan amalan perubatan

    Perubatan Islam perlu memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut

        -Ia adalah satu jurusan ilmu dan amalan yang boleh memberi perkhidmatan kesihatan yang cemerlang dan sesuai untuk semua gulongan ummah tanpa mengira bangsa, ugama atau darjat.

    -Ilmu dan amalan perubatan Islam mestilah berlandaskan aqidah Islam, dan mereka yang terlibat dalam memberi rawatan adalah orang yang mempunyai ilmu dan kepakaran dalam bidang perubatan di samping menjadi orang yang beriman dan bertaqwa.

    -Amalan perubatan Islam perlu patuh kepada undang-undang syariah Islam khususnya bagi tatacara ujian dan kaedah rawatan yang mungkin controversial dan boleh mengancam hak asasi manusia.

    -Amalan perubatan Islam perlu menyentuh keseluruhan manusia untuk merangkumi aspek-aspek rohaniah, mental dan fisikal. Proses pengubatan bukan sahaja melibatkan individu yang sakit sahaja, malah patut melibatkan ahli-ahli keluarga dan masyarakat.

    -Kaedah rawatan untuk pesakit sepatutnya meliputi semua cara termasuklah ubat-ubatan moden, pembedahan, kaedah rawatan tradisional dan patut dimulakan dengan doa. Semua kaedah rawatan patutlah diterima asalkan ia tidak menyebabakan seseorang itu menjadi syirik dan sepatutnya berbagai kaedah rawatan tersebut disepadukan dibawah satu bumbung.

    -Amalan perubatan mestilah berasaskan ilmu perubatan sains yang terkini dan mereka yang terlibat sepatutnya sentiasa menjalankan penyelidikan serta melakukan penulisan agar ilmu kedoktoran ini dapat disebarkan kepada semua.

     
    Proses pengubatan

    Setiap pesakit yang datang untuk mendapat rawatan biasanya menderita dengan kesakitan, jiwa dan emosinya tertekan. Ia mengharapkan layanan dan rawatan yang terbaik serta menaruh keyakinan dan harapan yang tinggi kepada doktor serta kakitangan yang terlibat dalam rawatan. Ia seterusnya bertawakkal kepada Allah S.W.T. agar penyakitnya sembuh. Dengan harapan dan keyakinan seperti ini, doktor dan kakitangan yang terlibat dalam rawatan pesakit, bukan sahaja perlu mempunyai ilmu, kemahiran dan kepakaran dalam bidang rawatan perubatan, ia patut juga mempunyai satu etika dan peradaban yang sesuai untuk melayani pesakit.

    Ia perlu juga mempunyai keimanan dan ketaqwaan supaya ia dapat meyakinkan pesakit. Di saat-saat begini biasanya pesakit bukan sahaja mengharapkan penawar dari berbagai jenis ubatan atau tatacara rawatan, malah ia perlu sokongan emosi dan mental. Ia memerlukan segala-galanya untuk menceriakan diri dan suasana. Ia memerlukan nasihat dan bimbingan. Saat ini jugalah merupakan saat yang sangat berkesan untuk seseorang berdakwah.

     
    Etika Doktor Islam

    Para doktor dan perawat Islam bukan sahaja dikehendaki untuk mempunyai ilmu dan kemahiran dalam bidang kedoktoran, malah ia perlu mempunyai ciri-ciri dan peradapan serta akhlak yang mulia. Di antara perkara-perkara yang penting dalam etika doktor terhadap pesakitnya adalah seperti berikut:

        Doktor dan para perawat perlulah mempunyai keimanan yang kuat. Ia percaya kepada Allah dan Rasul, melakukan apa yang disuruh oleh Allah dan menjauhi larangannya.

        Ia adalah seorang yang mempunyai ilmu dan kemahiran yang tinggi, khususnya dalam bidang perawatan dan mampu mengendalikan masalah dan tabiat manusia. Ia dikehendaki senyum selalu, bersifat sabar, pengampun, adil dan sentiasa mencetuskan keceriaan terhadap pesakit dan keluarga mereka.

        Ia sepatutnya seorang yang berakhlak mulia, percakapannya lunak dan tingkah-lakunya lemah lembut serta bersopan. Doktor dan para perawat mestilah menghayati bahawa hidup dan mati itu adalah hak Allah. Doktor hanya merupakan satu alat untuk mengubati penyakit setakat kemampuannya. Ia tidak berhak untuk memanjangkan nyawa seseorang ataupun menentukan tempoh hidup pesakit tanpa izin Allah.

        Doktor perlulah menunjukkan tauladan yang baik dengan menjaga kesihatan dirinya. Ia perlu menunjukkan tauladan tentang kaedah-kaedah menjaga kesihatan dengan menjauhkan tabiat dan perbuatan yang boleh menjejaskan kesihatan.

        Ia perlu bersifat ikhlas dan benar dalam percakapan, tulisan dan laporan.

        Seseorang doktor perlu mempunyai ilmu yang mencukupi tentang perundangan Islam dan fiqah untuk menasihati pesakit pesakit tentang hukum-hakam khususnya yang mungkin melibatkan tatacara ujian atau kaedah rawatan. Seseorang doktor perlulah mempunyai sifat tawaduq dan rendah diri, ia tidak ujub, riak ataupun angkuh.

        Setiap doktor perlulah mengikut kemajuan dan perkembangan ilmu sains perubatan demi untuk melengkapkan dirinya dalam kaedah ujian dan rawatan yang termoden dan terkini.


    Pelaksanaan Program Perubatan Islam

    Perlu ditekankan di sini bahawa amalan dan perkhidmatan perubatan masa-kini yang diamalkan oleh semua bangsa dan ugama di seluruh dunia ini memang telah mematuhi apa yang dituntut oleh ugama Islam. Amalan perubatan memerlukan penerapan nilai-nilai Islam dalam segala bidang walaupun kita akui tidak boleh mencapai ke tahap pengubatan yang ideal. Namun jika perubatan tidak boleh menyembuhkan, amalan perubatan Islam yang menyeluruh sekurang-kurangnya boleh memberi kepuasan kepada pesakit dan ahli keluarga yang terlibat. Justeru itu beberapa langkah perlu diambil untuk mencapai ke tahap ini.

    1) Kuri-kulum Latihan

    Kuri-kulum latihan doktor dan paramedik perlulah dikaji semula untuk menerapkan nilai-nilai Islam. Kadar kaedah perubatan yang lain (alternative medicine) perlu juga diajarkan pada para doktor dan perawat yang lain. Ini bertujuan untuk memberi ilmu serta pendedahan yang lebih menyeluruh terhadap berbagai kaedah pendekatan rawatan.

     
    2)Perkhidmatan Kesihatan

    Kaedah penyampaian perkhidmatan kesihatan perlulah diubahsuai dengan menerapkan nilai-nilai Islam. Penekanan patut diberi kepada pencegahan penyakit dan mempromosikan penjagaan kesihatan diri mengikut panduan ugama serta sunnah Rasullullah.

     
    3) Etika Perubatan Islam

    Garis panduan etika perubatan Islam perlulah diamalkan oleh semua golongan perawat termasuk doktor, jururawat, therapist dan kakitangan kakitangan sokongan. Dari masa ke semasa mereka perlulah diingatkan tentang garis panduan etika ini.

     
    4) Rangkaian Hospital dan Klinik Islam

    Rangkaian hospital dan klinik Islam yang cemerlang perlulah dibina di seluruh negara. Saya percaya bahawa hospital Islam yang mempunyai ciri-ciri dan rekabentuk luaran dan hiasan dalaman yang sesuai dengan Islam akan menjadi tarikan kepada orang ramai. Hospital ini juga perlu dilengkapi dengan peralatan moden serta canggih dan dikendalikan oleh para doktor dan perawat yang mahir dan berwibawa yang sentiasa mematuhi garis panduan etika perubatan Islam. Jika rangkaian ini dapat diwujudkan tentulah “credibility” Islam, khususnya dalam bidang ilmu dan amalan kedoktoran akan meningkat bukan sahaja di kalangan orang Islam, tetapi juga di kalangan bukan Islam.

     
    5) Sistem Pengurusan Hospital Islam

    Satu sistem pengurusan Hospital Islam perlu diwujudkan. Setiap umat Islam sepatutnya berhak untuk mendapatkan rawatan yang tercanggih, terbaik dan terkini bagi mengatasi penyakitnya. Walau demikian rintangan dan kesukaran untuk mendapatkan rawatan tersebut adalah disebabkan oleh masalah kewangan khususnya di kalangan mereka yang kurang mampu. Oleh itu satu skim pembiayaan perlulah diadakan untuk menentukan setiap ummah boleh merasai rawatan yang terbaik. Skim ini boleh dilakukan dengan beberapa cara. Hospital atau klinik Islam yang menjalankan perniagaan secara komersial sepatutnya boleh menyalurkan balik sebahagian daripada keuntungannya untuk membiayai mereka yang kurang mampu. Sumber pembiayaan mungkin juga melalui sedekah dan zakat. Satu tabungan untuk pembiayaan kesihatan perlu diwujudkan di kalangan umat Islam. Saya percaya ramai hartawan, khususnya di kalangan korporat yang ingin menyumbangkan kepada tabungan untuk tujuan menjaga kesihatan ummah.

    Satu lagi cara untuk mendapatkan sumber kewangan ialah menerusi saham wakaf kesihatan bagi umat Islam. Jika pembeli saham wakaf diberi pelepasan cukai pendapatan, saya percaya ramai akan membeli saham untuk tujuan amal jariah.

     
    6. Insuran Kesihatan

    Insuran kesihatan bagi umat Islam juga patut dipelopori dan ini boleh dilakukan menerusi potongan gaji, ataupun dilakukan secara mengambil polisi bagi mereka yang bekerja sendiri. Syarikat insuran yang berteraskan Islam seperti Takaful ataupun MNI Takaful, boleh mengambil bahagian dalam rancangan insuran kesihatan Islam.

    Di zaman khalifah dahulu, banyak hospital-hospital yang terbaik didirikan oleh pemerintah Islam untuk tujuan amal jariah, mengabadikan perubatan Islam, serta mengembang ilmu serta amalan perubatan Islam. Disamping itu juga pemerintah boleh memberi khidmat kepada ummah melalui program kesihatan yang terbaik.

     
    7. Penyelidikan, Penulisan dan Penjilidan

    Untuk menggalakkan percambahan ilmu serta amalan perubatan Islam, satu strategi yang terpenting ialah menggalakkan doktor doktor dan ahli sains perubatan untuk menjalankan penyelidikan secara saintifik ataupun klinikal. Seterusnya hasil penyelidikan dan kajian patutlah dibentangkan dalam seminar-seminar ataupun kongres antarabangsa dan kemudian dibukukan dan dijilidkan untuk disebarkan dan diturunkan kepada satu jenerasi yang berikutnya. Dewasa ini doktor-doktor dan ahli sains perubatan sains amat ketinggalan dalam bidang penyelidikan dan penulisan. Untuk mengekalkan kecemerlangan dalam perkhidmatan perubatan Islam, segala usaha patut ditumpukan untuk menggalakkan aktiviti penyelidikan dan penulisan. Untuk mencapai ke objektif ini, peruntukan kewangan perlu diadakan bagi para penyelidik. Gabungan serta kerjasama di kalangan pakar-pakar penyelidikan di negara kita dan juga di seluruh dunia, khususnya di kalangan pakar-pakar Islam patut digalakkan dan dipertingkatkan.

     
    8.Usahasama dan gabungan antara negara negara Islam dalam bidang perubatan

    Untuk mencapai ke tahap cemerlang dalam ilmu dan amalan perubatan Islam, kerjasama dan gabungan di kalangan negara- negara Islam adalah sangat penting. Ini boleh dilakukan secara usahasama dalam bidang penyelidikan, perkembangan ilmu, pengurusan hospital, pembiayaan dan mengumpulkan dana dan sumber kewangan untuk projek hospital Islam. Seterusnya mewujudkan usahasama untuk membina kilang untuk mengeluarkan ubat-ubat yang halal bagi tujuan kegunaan semua negara negara Islam di seluruh dunia. Semua hospital-hospital di negara-negara Islam patut juga dirangkaikan supaya dapat bertukar tukar maklumat dan pengalaman melalui program Telemedicine.

     
    Rumusan

     
    Ilmu dan amalan perubatan telah lama berkembang dan masih lagi maju ke hadapan walaupun banyak lagi isu-isu tentang punca penyakit dan tentang kaedah rawatan belum dapat diselesaikan. Masanya telah tiba bagi para doktor dan ahli-ahli sains perubatan Islam, negara-negara Islam, hartawan dan ahli-ahli korporat Islam untuk mengembleng tenaga untuk memulakan satu era baru dalam meningkatkan satu lagi sudut perkhidmatan kemanusiaan menerusi perubatan Islam. Penggemblengan tenaga pakar yang disokong dengan pembiayaan dan pengumpulan dana dan tabung kewangan yang bertujuan untuk meningkatkan ilmu dan amalan perubatan Islam akan mengangkat imej Islam ke tahap kecemerlangan dan kegemilangan seperti pada zaman khalifah dahulu.

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4856
      • View Profile
    Reply #2 28 November, 2011, 09:19:50 PM
  • Publish
  • dari boss darul syifa, dalam bentuk PDF 

    http://www.darussyifa.org/.../KonsepPerubatanIslam.PD...

    http://www.darussyifa.org/.../KonsepPerubatanIslam.PD... - Translate this page
    File Format: PDF/Adobe Acrobat - Quick View
    PERUBATAN. ISLAM. Oleh. Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din. Darussyifa' ..... sukatan sedikit, seperti satu genggam kecil juga haram hukurnnya (Maksud hadis ..

    juga di sini: http://darunnuraniyyah.wordpress.com/2011/05/18/konsep-prinsip-rawatan-islam/

    http://alqayyum2u.blogspot.com/2011/11/maksud-perubatan-islam.html

    PERUBATAN ISLAM - FALSAFAH DAN AMALAN.


    Alam _Indah

    • *
    • Posts: 7
      • View Profile
    Reply #3 28 November, 2011, 09:21:22 PM
  • Publish
  • ohh..dari boss darul syifa...

    ingat kan pendapat saudara sendiri tadi..punyalah panjang penerangannya.

    Alam _Indah

    • *
    • Posts: 7
      • View Profile
    Reply #4 28 November, 2011, 09:24:28 PM
  • Publish
  • :)


    Adakah kaedah2 rawatan seperti ini dibolehkan atau tidak?

    Mohon penjelasan dari sesiapa yang arif dengan perubatan islam.terima kasih...
     ceria* ceria* ceria* baguss yahooo* senyum* senyum* =;8)

    Tapi rasanya masih belum menjawab persoalan saudara ni..

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4856
      • View Profile
    Reply #5 28 November, 2011, 09:27:24 PM
  • Publish
  • ohh..dari boss darul syifa...

    ingat kan pendapat saudara sendiri tadi..punyalah panjang penerangannya.


    -deleted-

    syaitan tidak membenarkan, kita menyatakan di sini, inshallah, kebenaran akan ujud walau di benci manusia, subhanallah

    Alam _Indah

    • *
    • Posts: 7
      • View Profile
    Reply #6 28 November, 2011, 09:29:00 PM
  • Publish
  • persoalan saudara diatas tadi..tanya bolehkah kita percaya pada ustaz2 tu. kenapa kaedah perubatan mereka berbeza?

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4856
      • View Profile
    Reply #7 28 November, 2011, 09:33:47 PM
  • Publish
  • persoalan saudara diatas tadi..tanya bolehkah kita percaya pada ustaz2 tu. kenapa kaedah perubatan mereka berbeza?


    BERBEZA asbab dari ILMU masing masing
    amalan berdasarkan Darjat Ilmu peribadi tersebut

    ada yang bersangka sangka, ada yang memakai dampingan JIN, ada yang memakai ayat ayat al Quran, ayat syifa, ayat rukyah

    selain tu bila bomoh berjampi serapah

    inshallah ya, doa keselamatan, afiat dalam Qunut Subuh, inshallah

    Munzir khan

    • *
    • Posts: 611
      • View Profile
    Reply #8 28 November, 2011, 09:36:02 PM
  • Publish
  • Salam,lain doctor lain ubat.kenapa makan ubat,sedangkan Allah yang menyembuhkan penyakit.
    setiap sakit Ada ubat.kecuali mati.usaha tawakal.
    Selagi tak menduakan Allah.
    In Shaa Allah

    Alam _Indah

    • *
    • Posts: 7
      • View Profile
    Reply #9 28 November, 2011, 09:37:29 PM
  • Publish
  • Maknanya..kalau sakit mesti cuba secara zahir dan batin yer.Jumpa doktor pun kena juga..jumpa ustaz/bomoh pun kena juga?

    sue idayu

    • *
    • Posts: 8
    • salam ukhuwah fillah semua
      • View Profile
    Reply #10 29 November, 2011, 01:23:12 AM
  • Publish
  • pendapat saya..biasanya perawat2 islam/ustaz akan mulakan dengan bacaan ayat2 ruqyah syariah kpd pesakit2 yg ada gangguan makhluk halus tersebut..ayat2 ruqyah syariah ni panjang..

    1. surah AL FATIHAH semua
    2. surah AL BAQARAH ayat 1-5, ayat 102, ayat 163-164, ayatul Kursi, dan ayat 285-286
    3. surah ALI IMRAN ayat 18-19
    4. surah AL A'RAF ayat 54-56 dan 117-122
    5. surah YUNUS ayat 81-82
    6. surah TOHA ayat 69
    7. surah AL MUKMINUN ayat 115-118
    8. surah AS SOFFAAT ayat 1-10
    9. surah AL AHQAAF ayat 29-32
    10. surah AR RAHMAN ayat 33-36
    11. surah AL HASYR ayat 21-24
    12. surah AL JIN ayat 1-9
    13. surah AL IKHLAS
    14. surah AL FALAQ
    15. surah AN NAAS

    Anaconda

    • *
    • Posts: 110
      • View Profile
    Reply #11 29 November, 2011, 07:01:44 AM
  • Publish
  • ingat kan pendapat saudara sendiri tadi..punyalah panjang penerangannya.

    nak kan pendapat saya, serta pengalaman kami, silakan mesej saya , inshallah

    syaitan tidak membenarkan, kita menyatakan di sini, inshallah, kebenaran akan ujud walau di benci manusia, subhanallah

    Siapa syaitan itu yang tidak membenarkan menyatakan di sini? Adakah pengusaha atau sukarelwan yang bertugas menjaga kemaslahatan laman web ini?

    Nampaknya sungguh lancang jari saudara mengatakan mereka-mereka ini syaitan.

    ifahuzir

    • *
    • Posts: 523
      • View Profile
    Reply #12 29 November, 2011, 08:41:58 AM
  • Publish

  • Siapa syaitan itu yang tidak membenarkan menyatakan di sini? Adakah pengusaha atau sukarelwan yang bertugas menjaga kemaslahatan laman web ini?

    Nampaknya sungguh lancang jari saudara mengatakan mereka-mereka ini syaitan.

    Usah bersangka-sangka.. Ramai diantara Halaqian di sini mempunyai ilmu yang lebih tinggi dari kita..

    akibat dari Bersangka² buruk inilah.. mengakibatkan keruntuhan kerajaan Islam yang sangat gemilang dulu tu tau..

    ifahuzir

    • *
    • Posts: 523
      • View Profile
    Reply #13 29 November, 2011, 08:47:38 AM
  • Publish
  • :)
    Selamat berkenalan..saya ahli baru dalam forum ni..

    Saya ada kekeliruan mengenai cara Perawatan Islam yang diamalkan oleh ustaz2 kita sekarang ni.
    Saya telah bertemu ramai ustaz untuk mengubati anak saya yg terkena gangguan makhluk halus. Tapi lain ustaz,lain pula cara rawatannya. Ada yang boleh 'scan' rumah kita hanya dengan memberikan alamat sahaja. Ada yang tahu penyakit dgn memberikan nama ayah@ibu. Ada yang menggunakan duit syiling yg dibacakan untuk direndam dalam air dan disembur keliling rumah. Ada yang lagi power, hanya datang jumpa saja dah tahu apa yang kita alami..termasuk penyakit2 moden. Bagaimanapun semua ustaz2 ni menjadikan air sebagai ubat samada untuk diminum,mandi atau jirusan rumah. Mereka juga akan menceritakan apa yang berlaku kepada pesakit dan apa yang mengganggunya.

    Adakah kaedah2 rawatan seperti ini dibolehkan atau tidak?

    Mohon penjelasan dari sesiapa yang arif dengan perubatan islam.terima kasih...
     ceria* ceria* ceria* baguss yahooo* senyum* senyum* =;8)
    Salaam kembali Tuan Baiti Jannati, Selamat berkenalan.

    Quote
    Saya ada kekeliruan mengenai cara Perawatan Islam yang diamalkan oleh ustaz2 kita sekarang ni.

    Jika keliru, Tuan tidak digalakkan untuk meneruskan usaha rawatan cara Ustaz-uztaz begini keran dikuatiri akan mendatangkan Syirik pada diri kamu.


    Quote
    Adakah kaedah2 rawatan seperti ini dibolehkan atau tidak?

    Mohon penjelasan dari sesiapa yang arif dengan perubatan islam.terima kasih...
     ceria* ceria* ceria* baguss yahooo* senyum* senyum* =;8)

    Selagi rawatan itu menggunakan bahan (medium) yang halal, Ia adalah diharuskan.. untuk persoalan tersebut, tentulah ia dibolehkan.. halal dan toyyibbah lagik.. hee

    ermm.. Penjelasan dah diberikan.. iaitu selagi ia menggunakan bahan yang halal, ianya diharuskan.. terima kasih.

    Mei

    • *
    • Posts: 1066
      • View Profile
    Reply #14 29 November, 2011, 08:51:27 AM
  • Publish


  • Siapa syaitan itu yang tidak membenarkan menyatakan di sini? Adakah pengusaha atau sukarelwan yang bertugas menjaga kemaslahatan laman web ini?

    Nampaknya sungguh lancang jari saudara mengatakan mereka-mereka ini syaitan.
    [/quote]

    Ya..jangan bersangka2.....Ayat2 disini boleh jadi ayat muhkamat atau ayat2 mutasyabihat.....terpulang pada pemahaman kita sendiri.Bersangka yang baik je yer..(senyum)

    baiti jannati

    • *
    • Posts: 3
      • View Profile
    Reply #15 29 November, 2011, 10:02:02 AM
  • Publish
  •  :)

    terima kasih halaqian sekalian. Saya hargai semua pandangan yng diberikan.
    Sekarang ni anak saya menjalani rawatan di darussyifa.. Rawatannya lebih meyakinkan dan bebas unsur2 syirik.
    Walaupun kesannya bukan segera tp harap2 boleh istiqamah..  :ins:

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4856
      • View Profile
    Reply #16 29 November, 2011, 10:08:03 AM
  • Publish
  • siapa syaitan?

    -deleted-

    dan sini  Hakikat Godaan Jin dan Syaitan

    syaitan ada dalam diri anak adam, semuanya - maksud hadis nabi

    kecuali Rasulullah - syaitannya telah ikutinya, patuhi taati Allaah

    siapa syaitan? manusia dan jin boleh saja menjadi syaitan, menganggu kerja kerja nabi ( ada dalam alQuran)

    siapa syaitan? itu yang bersangka sangka, tak mahu ambil pelajaran Allah, Allah hantarkan syaitan syaitan kepada dirinya (ada dalam al quran ya)

    silakan baca dan fahami al quran - mohon Allah memahamkan, menghidayahkan kamu, semuga kamu mengetahui

    inshallah

    ingat pesn Allah; bertanyalah orang yang tahu - silakan carilah di alam nyata, di luar komputer, semuga dapat pelajaran

    inshallah
    « Last Edit: 29 November, 2011, 10:11:17 AM by al_ahibbatu »

    Mei

    • *
    • Posts: 1066
      • View Profile
    Reply #17 29 November, 2011, 10:09:14 AM
  • Publish
  • Maaf yer..saya tak pandai bab rawatan alternatif nih. tapi disini saya nak share satu maklumat yang kawan saya hantar tru email.Sumber nya Wallahua'alam.

    AYAT-AYAT AL-QURAN UNTUK MENGUBATI KANSER               
                   
    Dibaca kedalam air sebanyak 7 X pada setiap ayat dan amalkan. Insyaallah.               
    Kerana salah satu penyebab kanser datangnya drpd sihir juga.               
                   
    Bil   m/s   Surah   Ayat   Dibaca    Kegunaan
    1   1   Al-Fatihah termasuk Bismillah   1-7   7x   Kanser
    2   2   Al - Baqarah   1-5   7x   Kanser
    3   16   Al - Baqarah   102 - 103   7x   Kanser
    4   25   Al - Baqarah   164   7x   Kanser
    5   42   Al - Baqarah (Ayat Kursi)   255   7x   Kanser
    6   49   Al - Baqarah    285 - 286   7x   Kanser
    7   50   A-Li Imraan   1-5   7x   Kanser
    8   52   A-Li Imraan   18 - 19   7x   Kanser
    9   53   A-Li Imraan   26 - 27   7x   Kanser
    10   68   A-Li Imraan   145   7x   Kanser
    11   129   Al - An'aam   13   7x   Kanser / Demam
    12   157   Al - A'raaf   54 -56   7x   Kanser
    13   164   Al - A'raaf   117 - 122   7x   Kanser
    14   189   At - Taubah   14   7x   Kanser (syaitan yg degil)
    15   218   Yunus   80 - 82   7x   Kanser
    16   274   An - Nahl   69   7x   Kanser
    17   290   Al - Israa'   82   7x   Kanser
    18   316   Taha   1-8   7x   Pelembut hati
    19   316   Taha   67 - 70   7x   Kanser
    20   349   Al - Mukminun   115 - 118   7x   Kanser
    21   370   Asy - Syu'araa'   80   7x   Hafalkan - Kanser
    22   446   As - Saaffaat   1-10   7x   Kanser
    23   481   Fussilat - baca bermula    44   7x   Kanser / Demam
          dari tanda *kola         Kanser
    24   498   Ad-Dukhaan   42-47   3x   Kanser
    25   506   Al-Ahqaaf   29-32   7x   Kanser
    26   532   Ar-Rahmaan   31-36   7x   Hafalkan - Kanser
    27   548   Al-Hasy-r   21-24   7x   Kanser
    28   562   Al-Mulk   3-6   1x   Kanser
    29   566   Al-Qalam   51-52   1x   Elak hasad dengki & disayangi
    30   572   Al-Jinn   1-3   7x   Kanser
    31   592   Al-Ghaasyiyah   1-26   7x   Kanser / Demam
    32   599   Az-Zalzalah   1-8   1x   Kanser / Ayat Syifa'
    33   600   Al-Qaari'ah   1-11   1x   Kanser / Ayat Syifa'
    34   603   Al-Kaafiruun   1-6   7x   Kanser / Ayat Syifa'
    35   604   Al-Ikhlaas   1-4   7x   Kanser / Ayat Syifa'
    36   604   Al-Falaq   1-5   7x   Kanser / Ayat Syifa'
    37   604   An-Naas   1-6   7x   Kanser / Ayat Syifa'
    38   141   Al-An'aam   103      Risau/sedih/dukacita
                   
                   
                   
                   

    malekredzuan

    • *
    • Posts: 194
    • Searching the truth
      • View Profile
    Reply #18 18 December, 2011, 12:31:48 PM
  • Publish
  •            

    PERUBATAN ALTERNATIF PUTRA MALAYSIA


    PENGENALAN

    Perubatan Alternatif PUTRA Malaysia diasaskan oleh TKS Datuk Paduka Dr. Azam Zulkifli Al-Qadiri setelah menjalankan kajian dan pengalamannya selama 7 tahun ke atas pesakit-pesakit beliau dari tahun 1997 hingga tahun 2003. Perubatan ini dinamakan “Perubatan Alternatif PUTRA”.
    Berdasarkan kajian dan pengalaman beliau, terdapat beberapa kelemahan dalam teknologi dan kepakaran yang sedia ada dalam bidang perubatan konvesional. Kaedah konvensional hanya menyentuh aspek anatomi dan fisiologi manakala aspek spiritual tidak diambil kira.

    Kajian menunjukkan setiap benda mengandungi dua unsur iaitu:-
    1.   Unsur jisim (Jasad)
    2.   Unsur Gelombang (Roh)

    Kajian terhadap perubatan homeopati yang diasaskan oleh Samuel Hanhneman berasaskan teori Ibnu Sina yang menjelaskan bahawa tubuh manusia mempunyai ‘tubuh kasar’ dan ‘tubuh halus’. ‘Tubuh halus’ akan memberi kesan kepada ‘tubuh kasar’. Ini menunjukkan rawatan secara total perlu melihat kepada keseluruhan unsur sesuai dengan fitrah kejadiannya.

    Pemulihan secara total perlu mengambil kira rawatan terhadap puncanya dan bukan sahaja terhadap symptom semata-mata. Ini kerana, rawatan terhadap symptom hanya bersifat sementara. Sebagai contoh, kegagalan merawat pankreas menyebabkan  penghidap penyakit diabetis bergantung kepada ubat sehingga akhir hayat. Punca yang tidak dirawat akan menyebabkan penyakit menjadi lebih kronik dan mewujudkan pelbagai penyakit baru dalam jangka masa yang panjang.
    Menurut kajian TKS Datuk Paduka Dr. Azam Zulkifli Al-Qadiri, penyakit yang mengganggu manusia adalah disebabkan oleh dua punca:-

    1)   Penyakit yang berpunca dari masalah hati
            Penyakit ini disebabkan oleh tekanan perasaan yang melampau. Pesakit yang tidak dapat mengawal
            perasaan akibat dari kerunsingan hati menyebakan hormon dalam badan serta sistem tubuh badan
            mengalami kecelaruan serta boleh menyebabkan sistem tubuh menjadi lemah dan senang mendapat
            penyakit.

    2)   Penyakit yang datang dari perut
            Penyakit ini disebabkan oleh kegagalan cara mengawal pemakanan yang boleh menyebabkan
            keracunan dalam sistem tubuh dan mendatangkan pelbagai penyakit. Contohnya, kencing manis,
            darah tinggi, demam panas, lemah jantung, batu karang, kolestrol tinggi dan lain lagi.

    Oleh itu, kaedah Perubatan Alternatif PUTRA adalah satu-satunya kaedah yang diakui terbaik dalam mengawal, mencegah serta merawat penyakit dalam tubuh manusia.


    KAEDAH RAWATAN

    Perubatan Alternatif PUTRA terbahagi kepada dua kaedah rawatan dan menggunakan dua tenaga dalam proses merawat pesakit, iaitu:-

    1)   Tenaga Rohaniah
            Menggunakan Tenaga Rohaniah bagi membangkitkan tenaga-tenaga penyembuh, pemulih, penawar
            dan pemusnah yang berada dalam tubuh Pengamal Perubatan serta dalam diri pesakit.

    2)   Tenaga Alam
            Menggunakan Tenaga Alam membawa maksud mana-mana Pengamal Perubatan Alternatif PUTRA
            boleh menggunakan ubat-ubatan yang bersih lagi halal serta berasal dari alam semulajadi untuk
            diberikan kepada pesakit.


    KESAN/ FAEDAH PERUBATAN

       Mengembalikan kestabilan tubuh kepada normal serta mampu menolak tenaga negatif di dalam tubuh.
       Merangsang otak dan kelenjar supaya berada dalam keadaan tenang secara semulajadi.
       Merangsang sistem saraf, organ, sel dan hormon berfungsi dengan lebih stabil serta mengelak kecelaruan aktiviti sistem tubuh.
       Merangsang sistem imuniti tubuh bagi mengelak jangkitan atau penyakit serta menghalang keracunan di dalam tubuh secara semualajadi.
       Merangsang sistem aura iaitu pertahanan tubuh dalam bentuk spiritual yang mampu memberi kecergasan, kesihatan, ketenangan dan kebahagiaan.
       Mampu menghalang unsur-unsur negatif daripada menceroboh tubuh zahir dan batin.



                 MODUL PELAJARAN
    PERUBATAN ALTERNATIF PUTRA MALAYSIA


    A)   Pengenalan Perubatan Alternatif PUTRA

    B)   Anatomi (mengenali struktur tubuh manusia)

    C)   Fisiologi (mengenali penyakit tubuh manusia)

    D)   Latihan PUTRA (pemeriksaan pesakit)

    E)   Mengesan penyakit melalui kaedah:
    i.   Gelombang Otak
    ii.   Scan/Imbasan
    iii.   AK (Apply Kinesiology)

    F)   Kaedah Rawatan:
    i.   Laser Akhbar (1)
       Mencabut
       Pemusnah
       Penyembuhan
       Pemulihan
       Penawar
    ii.   Laser Akhbar (2)
       Pembersihan diri
       Menyusun Tenaga & Aura
       Penyembuhan diri

    G)   Tafakur
    i.   Seni Tafakur Melayu
    ii.   Ketenangan diri
    iii.   Mempertingkatkan kebolehan diri

    H)   Mengenal Perubatan Tradisional Melayu
    i.   Mandi limau
    ii.   Mandi bunga
    iii.   Alin telur
    iv.   Mengubat santau
    v.   Pagar rumah & lain-lain

    I)   Urutan Melayu


    Jika berminat hubungi kami atau datang terus ke:

    Ibu Pejabat
    No. 11-2 Jalan Melati Utama 4,
    Melati Utama,
    53100 Setapak, KUALA LUMPUR.
    (H/P: 013-2788675)
    « Last Edit: 18 December, 2011, 12:38:18 PM by malekredzuan »

    matahari33

    • *
    • Posts: 89
    • Mencari cintamu yang abadi, Ya Allah
      • View Profile
    Reply #19 18 December, 2011, 06:56:35 PM
  • Publish
  • :)

    terima kasih halaqian sekalian. Saya hargai semua pandangan yng diberikan.
    Sekarang ni anak saya menjalani rawatan di darussyifa.. Rawatannya lebih meyakinkan dan bebas unsur2 syirik.
    Walaupun kesannya bukan segera tp harap2 boleh istiqamah..  :ins:

     :ins: lama2 akan sembuh..darul syifa' bacaannya jelas dan meyakinkan..sekarang umur anak dah berapa?berapa tahun dah sakit?

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    4 Replies
    2353 Views
    Last post 19 July, 2008, 06:56:04 PM
    by ibnu_muaz
    7 Replies
    1719 Views
    Last post 18 August, 2011, 10:12:13 AM
    by MANSTIR
    7 Replies
    2423 Views
    Last post 03 January, 2012, 11:59:10 AM
    by Abg Ngoh