Perbezaan Talak dengan Fasakh

*

Author Topic: Perbezaan Talak dengan Fasakh  (Read 8628 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

26 November, 2011, 09:36:35 AM
  • Publish
  • PERBEZAAN TALAK DAN FASAKH


    PENCERAIAN TALAK

    Talak merupakan kalimah bahasa Arab yang bermaksud "menceraikan" atau "melepaskan".Mengikut istilah syara' ia bermaksud, "Melepaskan ikatan pernikahan atau perkakhwinan. Jika suami melafazkan kalimah ini ke atas isterinya, maka dengan sendirinya mereka berdua telah terpisah dan isterinya berada dalam keadaan iddah . Jika semasa isteri di dalam iddah kedua pasangan ingin berdamai, mereka boleh rujuk semula tanpa melalui proses pernikahan.

    FASAKH

    Fasakh bererti memutuskan pernikahan tanpa menjatuhkan talak, perkara ini hanya boleh diputuskan apabila pihak isteri membuat pengaduan kepada Mahkamah dan Hakim mensabitkannya setelah perbicaraan. Fasakh boleh berlaku dengan beberapa sebab sebagaimana terdapat di Fasal 49 (1) undang-undang Am. la seperti berikut :
    1. Suami telah mencuaikan pemberian nafkah atau tidak memberi nafkah untuknya selama tiga bulan.
    2. Suami telah dihukum penjara selama tiga tahun atau lebih dan hukuman itu telah menjadi muktamat.
    3. Suami tidak menjalankan kewajipan-kewajipannya sebagai seorang suami terhadap isterinya selama satu tahun dengan tiada sebab yang munasabah.
    4. Suami mati pucuk pada masa berkahwin dan terus-menerus begitu.
    5. Suami gila atau mengidap penyakit merana yang akan mengambil masa yang panjang untuk menyembuhkannya atau tiada harapan sembuh dan jika diteruskan perhubungan suami-isteri akan menjejas kesihatan isteri.

    6 Suami berlaku kejam terhadap isteri iaitu seperti :
    a. Selalu memukul isteri atau menjadikan kehidupannya sengsara disebabkan oleh b.kelakuannya yang kejam sekalipun tanpa menggunakan kekerasan.
    c. Bercampur gaul dengan perempuan-perempuan lucah atau hidup dalam kehinaan.
    d. Mencuba memaksa isteri supaya hidup lucah.
    e. Menghalang isteri daripada melaksanakan perintah agama.
    f.Tinggal dan bersekedudukan dengan perempuan lain yang bukan isterinya.
    g. Jika suami mempunyai isteri lebih dari satu, suami tersebut tidak melayannya dengan adil sebagaimana yang dikehendaki oleh hukum Islam.

    7. Kerana sesuatu sebab yang lain yang diakui sah untuk cerai fasakh di bawah hukum Islam.
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Reply #1 26 November, 2011, 09:52:29 AM
  • Publish
  • 1. Fasakh

    Pada keseluruhannya semua negeri di Malaysia telah mempunyai peruntukan Undang-Undang tentang perceraian melalui fasakh. Isteri berhak mendapat perintah Mahkamah Syariah bagi membubarkan perkahwinan atau fasakh nikah atas salah satu alasan-alasan berikut:

    i. Suami tidak diketahui tempat tinggalnya selama tempoh lebih dari satu tahun.

    ii. Suami cuai atau tidak memberi nafkah selama tempoh tiga bulan.

    iii. Suami telah dihukum penjara selama tempoh tiga tahun atau lebih.

    iv. Suami tidak memberi nafkah batin selama tempoh satu tahun.

    v. Suami telah mati pucuk pada masa perkahwinan.

    vi. Suami telah gila selama tempoh dua tahun atau sedang mengidap penyakit kusta atau sedang mengidap penyakit kelamin dalam keadaan berjangkit.

    vii. Suami menganiayai isteri antara lain:

    a. berkawan dengan perempuan-perempuan jahat atau hidup berperangai keji menurut hukum syarak.

    b. Cuba memaksa isteri hidup secara lucah.

    c. Melupuskan harta isteri atau melarang isteri daripada menggunakan hak-haknya di sisi undang-undang terhadap harta.

    d. Menghalang isteri dari menunaikan atau menjalankan kewajipan dan amalan agama.

    viii. Suami sengaja enggan menyetubuhi isteri sehingga berlalu tempoh masa empat bulan.


    Reply #2 26 November, 2011, 09:57:33 AM
  • Publish
  • Apakah makna Perceraian (Talak)?

    Talak ialah pembubaran ikatan perkahwinan dengan lafaz talak atau seumpamanya berdasarkan Al-Quran, as-Sunnah dan ijma’ ulama’. Perceraian boleh dilakukan dengan lafaz soreh (jelas) dan lafaz kinayah (sindiran), begitu juga perceraian boleh dilakukan dengan talak raj’ie atau talak ba’in.

    Sedangkan pembubaran perkahwinan secara fasakh hanya boleh diputuskan oleh hakim di mahkamah.

    Reply #3 26 November, 2011, 02:07:06 PM
  • Publish


  • Berpisahnya suami isetri akibat fasakh berbeza dengan yang diakibatkan oleh talak. Sebab talak ada talak ba’in dan talak raj’i , talak raj’i tidak mengakhiri ikatan suami istri dengan seketika. Sedangkan talak ba’in mengakhirinya seketika itu juga.

    Adapun fasakh, baik karena hal-hal yang datang belakangan ataupun karena adanya syarat-syarat yang tidak terpenuhi, maka ia mengakhiri ikatan pernikahan seketika itu.

    Selain itu, pisahnya suami isrtri yang diakibatkan talak dapat mengurangi bilangan talak itu sendiri. Jika suami menalak isterinya dengan talak raj’i kemudian kembali pada masa iddahnya, atau akad lagi setelah habis masa iddahnya dengan akad baru, maka perbuatan terhitung satu talak, yang berarti ia masih ada kesempatan dua kali talak lagi.

    Sedangkan pisah suami istrri karena fasakh, hal ini tidak berarti mengurangi bilangan talak, meskipun terjadinya fasakh karena khiyar balig, kemudian kedua suami istri tersebut menikah dengan akad baru lagi, maka suami tetap mempunyai kesempatan tiga kali talak.

    Mengenai masa pelaksanaan fasakh, terdapat perbezaan pendapat dikalangan ulama.

    Imam syafi’i berkata: “harus menunggu selama tiga hari.” Sedangkan imam maliki mengtakan: “harus menunggu selama satu bulan.” Sedangkan imam hambali mengatakan: “harus menunggu selama satu tahun,”

    Semua itu maksudnya adalah selama masa waktu tersebut laki-laki boleh mengambil keputusan akan bercerai atau memberikan nafkah bila isteri tidak rela lagi.

    Bunyi lafaz fasakh itu umpamanya: aku fasakhkan nikahmu dari suamimu yang bernama: ........bin.......pada hari ini. Kalau fasakh itu dilakukan oleh isteri sendiri di muka hakim, maka ia berkata: aku fasakhkan nikahmu dari suamiku yang bernama: ...........bin..........pada hari ini. Setelah fasakh itu dilakukan, maka perceraian itu dinamakan talak ba’in. Kalau suami hendak kembali kepadanya, maka harus dengan nikah lagi dengan akad baru. Sedang iddahnya sebagai iddah talak biasa.

    Perbedaan Antara Fasakh Dan Talak
    Terputusnya hubungan perkawinan akibat fasakh, baik disebabkan adanya cacat dalam akad itu sendiri maupun disebabkan sesuatu yang menghambat keberlangsungannya (sebagaimana telah dijelaskan di atas) membatalkan akad nikah dan menghentikannya seketika dan secara langsung, seperti yang diakibatkan oleh talak ba’in.

    Walaupun demikian, batalnya suatu perkawinan tidak akan memutuskan hubungan hukum antara anak dan orangtuanya.

    Pertama, perbedaan dari segi hakikat. Fasakh adalah pembatalan akad dari segi asasnya, dan bekaitan bagi menghilangkan ikatan menyertai (timbul karenanya); sedangkan talak (kecuali talak ba’in kubra) adalah pengakhiran akad tanpa kesan menghilangkan kebolehan (hak) untuk melakukan hubungan (kembali).

    Kedua, perbedaan dari segi penyebabbnya. Fasakh adakalanya terjadi disebabkan bencana di atas akad yang menghilangkan perkawinan itu sendiri, dan adakalanya karena keadaan yang mengiringi akad itu sendiri tidak menghendaki kalangsungan daya ikat sejak asalnya. Contoh fasakh karena sebab bencana ialah murtadnya sang istri; sedangkan contoh karena sebab kedua ialah hak khiyar yang dimiliki masing-masing pasangan setelah baligh untuk meneruskan atau tidak meneruskan perkawinannya yang dilakukan (dipaksakan) pihak lain sebelum mereka dewasa.

    Ketiga, perbedaan karena pengaruhnya. Peristiwa fasakh tidak mengurangi bilangan-bilangan talak yang dimiliki suami; sedangkan penjatuhan talak akan mengurangi jumlah bilangan yang ada pada suami.

    Reply #4 26 November, 2011, 02:09:21 PM
  • Publish
  • Paling mudah dan jelas, perceraian fasakh tidak ada iddah, jika mereka bernikah semula, bilangan talak yang dimiliki oleh suami tidak berkurang.

    Sedangkan jika talak, bilangan talak berkurang dan ada iddah jika bercerai talak 1 dan talak 2.

    divider3
    halaqahforum4