Isteri Contoh yang Terbaik dalam Pandangan Islam

*

Author Topic: Isteri Contoh yang Terbaik dalam Pandangan Islam  (Read 5071 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Ruji

  • *
  • Posts: 95
    • View Profile
25 November, 2011, 12:21:18 PM
  • Publish
  • Siti Fatimah Az-Zahra adalah anak perempuan bongsu dan puteri yang paling disayangi Rasulullah s.a.w.  yang merupakan isteri kpd Saidina Ali k.w. dan ibu kepada Saidina Hassan dan Hussain. Saidatina Aisyah ada menyatakan, ' Saya tidak melihat seorang makhluk Allah yang bicara dan jalannya menyerupai Rasulullah s.a.w. daripada Fatimah.'  Aisyah juga pernah berkata " Saya tidak melihat orang yang lebih utama daripada Fatimah".

    Rasulullah s.a.w. bersabda, ' Sebaik-baik wanita di dunia ada empat orang:  Maryam puteri Imran, Asiah puteri Muhazim isteri Fir'aun, Khadijah binti Khuwailid dan Fatimah binti Muhammad."

    Mungkin kita boleh kaji apa kebaikan yang dipraktikkan oleh Fatimah. Mungkin kita boleh didik anak-anak  atau isteri supaya elok seperti Fatimah.
    "Ya Allah, Dzat yang mengendalikan hati, kendalikanlah hati kami untuk taat kepadaMu. " Kepada sahabat-sahabat, sila lawati blog saya http://memorygreen1.blogspot.com/

    Mei

    • *
    • Posts: 1054
      • View Profile
    Reply #1 25 November, 2011, 12:27:18 PM
  • Publish
  • Keluarga hebat daripada isteri hebat

    ALANGKAH beruntung suami yang dikurniakan ‘syurga dunia’ iaitu isteri solehah. Rasulullah bersabda yang bermaksud; “Dan sebaik-baik wanita ialah mereka yang boleh menggembirakan engkau apabila kamu melihatnya, yang mentaati kamu apabila kamu menyuruhnya, dia memelihara maruah dirinya dan harta engkau ketika ketiadaanmu.” (Hadis riwayat Nasa’i, Baihaqi, Ahmad dan al-Hakim).
    Jika merancang berumah tangga, pilih jodoh yang ditetapkan agama supaya berkekalan ke akhir hayat.
    Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Seseorang perempuan itu dipilih untuk menjadi isteri berdasarkan empat ciri iaitu kerana harta benda�nya, keturunannya (kemuliaan keturunan), kecantikannya dan pegangan agamanya. Oleh itu pilihlah (berikanlah keutamaan) kepada perempuan yang berpegang teguh kepada agama, nescaya kamu bertuah (beruntung).” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim).

    Bolehkah kita selidiki apakah tanda atau ciri seorang isteri solehah? Antaranya ialah mentaati suami dan mengasihinya sepenuh perasaan.Isteri solehah sentiasa memohon kemaafan suaminya meskipun melakukan kesalahan. Maka, amalan itu melambangkan mereka berhak digelar wanita berkeperibadian unggul.
    Selain itu, isteri solehah sentiasa mencurahkan keimanan kepada Allah dengan sepenuh hati. Isteri berhak menasihati suami jika mereka tersilap langkah, tetapi perlu secara bijaksana selain mendokong tugas suami mentadbir keluarga.

    Allah berfirman yang bermaksud: “Dan di antara tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri daripada jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan berasa tenteram kepadanya dan dijadikannya di antara kamu rasa kasih serta sayang.” (Surah Ar-Rum ayat 21).

    Apakah hikmah di sebalik saranan Rasulullah memberikan panduan dalam memilih jodoh dan calon isteri solehah? Apabila mempunyai nilai keagamaan, seseorang isteri itu memiliki akhlak serta menjadi contoh kepada anak.

    Suami perlu banyak bersabar serta saling menasihati isterinya dengan penuh hikmah. Daripada Aisyah r.a yang menceritakan: ‘Aku bertanya Rasulullah; “Siapakah yang paling besar haknya ke atas seorang perempuan?”. Jawab Nabi; “Suaminya”. Aku bertanya lagi: “Siapakah yang paling besar haknya ke atas seorang lelaki?”. Jawab Nabi; “Ibunya”. (Hadis riwayat al-Hakim).

    Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud: “Mana-mana perempuan yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya reda kepadanya, dia akan masuk syurga”. (Hadis riwayat At-Tirmidzi).

    Islam mewajibkan seorang isteri melayani tuntutan suaminya dengan baik selepas ikatan ijab dan kabul. Memang benar, bukan mudah mendapat tingkatan isteri solehah.
    Paling utama, wanita itu perlu berusaha mengikis sebanyak mungkin sifat mazmumah dalam dirinya selain bergantung pengharapan sepenuhnya kepada Allah Taala.

    Tidak kira suami atau isteri, masing-masing punyai kekurangan diri yang dilengkapi pasangan masing-masing. Namun, isteri tetap perlu menjalankan ‘tugas’ utama - menghormati suami dalam apa jua keadaan.
    Fuqaha bersepakat me�ngatakan haram hukumnya seorang isteri yang nusyuz terhadap suami. Mereka dilaknat selagi tidak bertaubat.

    Nusyuz ditakrifkan sebagai seorang isteri yang tidak melakukan ketaatan terhadap suaminya.

    Namun, Islam meletak beberapa panduan jika suami berdepan dengan masalah isteri nusyuz.
    Antaranya, jika berasakan isterinya ada tanda nusyuz seperti menjawab percakapan suami dengan nada yang kasar, bermasam muka, disunatkan suami memberi nasihat kepada isterinya terlebih dahulu.

    Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Nasihatilah wanita secara baik kerana wanita itu diciptakan daripada tulang rusuk. Sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok adalah yang berada di bahagian paling atas. Jika engkau meluruskannya bererti engkau mematahkannya; jika engkau membiarkannya dia akan tetap bengkok. Oleh itu, nasihatilah wanita secara baik.” (Hadis riwayat Al-Bukhari no. 3331 dan Muslim no. 1468).

    Justeru, kepada wanita bersegeralah melakukan perkara yang boleh membahagiakan suami dan rebutlah peluang sementara masih diberikan waktu ini menuju ke syurga
    dengan melaksanakan kewajipan mentaati suami.

    Penceramah, Wan Akashah Wan Abdul Hamid berkata kita boleh mencontohi bagaimana bapa Imam Malik memiliki zuriat yang hebat kerana pendidikan bermula kepada isteri.

    “Begitulah hebatnya insan bergelar isteri. Nabi Muhammad sendiri tidak pernah bersedih kecuali selepas isterinya, Siti Khadijah meninggal dunia.

    “Hakikatnya, di sebalik kehebatan sesebuah keluarga itu datang daripada isteri hebat. Nabi pernah bersabda yang bermaksud: “Dunia adalah perhiasan dan perhiasan yang baik ialah isteri yang solehah”,” katanya.

    Katanya, apabila mahu berkahwin, seorang lelaki perlu mencari isteri beragama, baik tingkah lakunya, tahu membaca al-Quran dan inginkan ilmu pengetahuan.

    “Selepas anak dilahirkan, ibu bapa perlu memberikan nama yang baik kepada anak mereka. Jangan beri nama yang pelik sehingga sukar untuk disebut.

    “Nama yang disukai Allah seperti Abdul Rahman. Ada nama elo,k tetapi sebutan tidak sesuai seperti Rokiah dipanggil Rock atau Fatimah menjadi Fatty,” katanya.

    Beliau berkata, memberi nama yang baik terhadap anak itu satu doa dan selepas anak dilahirkan lakukanlah ibadah akikah dan beri mereka didikan agama sempurna.

    “Sampai umur tujuh tahun, jika tidak solat, rotanlah mereka malah sebelum berjimak, pastikan berdoa kepada Allah terlebih dahulu.

    “Pastikan anak dan isteri sentiasa mencium tangan ketua keluarga selain memberi penghargaan dan hadiah antara suami isteri,” katanya.

    Sementara itu, Datuk Siti Nor Bahyah Mahamood, berkata isteri solehah perlu berusaha menjadi isteri idaman suami.

    “Ikut contoh Siti Khadijah yang sanggup melakukan apa sahaja demi menyenangkan hati nabi. Beliau sanggup menderma tulangnya untuk agama apabila meninggal dunia.

    “Jika suami hendak tidur atas riba isteri, jangan pula menolaknya. Belai rambut suami supaya dia rasa lega. Isteri solehah juga tidak akan keluar rumah tanpa keizinan suaminya.

    “Panggillah suami anda de�ngan dengan panggilan paling romantis seperti ‘sayang’ atau ‘darling’ dan kekalkan panggilan itu setiap masa,” katanya.

    Katanya, banyak perkara yang isteri ambil mudah, contohnya suami meminta isteri garu di belakangnya atau diurut, jangan pula kata tidak boleh kerana ia boleh menyebabkan suami berkecil hati,” katanya.

    Beliau berkata, isteri solehah perlu ada sifat rendah diri serta pandai menyimpan rahsia suami dan rumah tangga mereka.

    “Nabi Muhammad berkata ‘rumahku syurgaku’ walaupun rumah baginda tidak memiliki apa-apa,” katanya.

    Katanya, anak yang sudah berkahwin jangan lupa kepada ibu bapa kerana doa mereka menjadi keredaan hidup di dunia dan akhirat.

    “Jangan biarkan ibu bapa menangis dan tidur dengan linangan air mata kerana ting�kah laku anda,” katanya.

    Beliau berkata isteri tidak boleh sesekali menengking suami walaupun niat asal mereka untuk menegur.

    “Gunakan bahasa yang lembut serta berdiplomasi.

    Untuk mengubah sikap isteri atau suami, cuba amalkan ayat daripada Surah Al-Hasyr ayat 21 yang bermaksud: “Jika Kami turunkan al-Quran ini ke atas gunung, nescaya engkau lihat gunung itu tunduk dan terbelah kerana takut kepada Allah. Itulah contoh, Kami berikan untuk manusia, mudah-mudahan mereka memikirkannya.”

    “Doa itu sesuai melembutkan hati anak dengan meniup di ubun-ubun dan bagi suami, tiupkan di tengkuk,” katanya

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #2 25 November, 2011, 03:23:44 PM
  • Publish
  • Mungkin kita boleh kaji apa kebaikan yang dipraktikkan oleh Fatimah. Mungkin kita boleh didik anak-anak  atau isteri supaya elok seperti Fatimah.

    Bismillahirrahmanirrahim

    Satu kisah yang diriwayatkan daripada saidatina Fatimah al-Zahra ra (Radhiallahu anha) berkaitan zikir. Beliau ialah anak perempuan Nabi SAW yang dikahwinkan dengan saidina Ali bin Abi Talib kaw (Karramallahu wajhah – Allah telah memuliakan wajahnya yang tidak pernah menyembah berhala sepanjang hidupnya sebelum Islam).

    Kisahnya ini bermula apabila beliau (Fatimah ra) merasa sedikit tertekanan daripada kesempitan hidupnya sekeluarga (tidak mewah). Sebagaimana umum mengetahui, kehidupan saidina Ali sekeluarga adalah sederhana sepanjang hayat. Beliau tidak dikurniakan harta yang bertimbun-timbun seperti sahabat-sahabat Nabi yang lain. Kadang-kadang saidatina Fatimah tidak mendapati apa-apa bekalan harian tambahan untuk menyediakan juadah mereka yang agak mewah.

    Suatu hari, saidatina Fatimah merasakan apa salahnya sekiranya beliau pergi bertemu ayahandanya (Rasulullah SAW) bagi memohon sedikit bantuan. Tentu ayahandanya tidak keberatan untuk menolong (mendoakan kekayaan untuknya) sebagaimana suatu ketika Nabi Musa as pernah mendoakan Qarun. Akhirnya Qarun telah menjadi orang yang paling kaya dicatatkan dalam sejarah kehidupan seorang manusia di atas muka dunia ini. “Apa salahnya jika Rasulullah mendoakan agar Allah memurahkan sedikit lagi rezeki mereka sekeluarga” Fikir Fatimah ra.

    Apabila berjumpa Rasulullah SAW, Aisyah terus sahaja memberitahu hajat dan niat di hatinya itu. Lantas Rasulullah memberitahu (maksudnya) “Hendakkah engkau wahai anakandaku, sekiranya aku beritahumu suatu perkara yang terlebih berat, berharga dan bermakna daripada dunia ini dan segala isi kandungannya?”. Kerana kekayaan Qarun itupun tidaklah sehebat mana kalau nak dibadingkan dengan bumi dengan segala isinya “Tentu sekali” jawab Fatimah ra. “Engkau bertasbih (ucapan Subhanallah) 33 kali pada waktu pagi dan 33 kali pada waktu petang, bertahmid (ucapan alHamdulillah) 33 kali pada waktu pagi dan 33 kali pada waktu petang, dan bertakbir (ucapan Allahu akbar) 33 kali pada waktu pagi dan 33 kali pada waktu petang” [rujuk sahih bukhari].

    Rasulullah SAW mengajarkan anakandanya suatu zikir yang dapat memberikan kekayaan sejati. Iaitu yang dapat mengkayakan jiwa seseorang manusia. Bukan hanya kaya fizikal yang lebih berisiko mengkhayal dan menghanyutkan manusia dengannya. Lantas dengan itu akan menyesatkan manusia itu sendiri dan akhirnya menjadikan jiwa manusia itu miskin, semiskin miskinnya. Seperti Qarun yang akhirnya ditelan jasadnya oleh bumi bersama-sama harta kekayaan yang pernah dibangga-banggakannya itu.
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Ace Abbas

    • *
    • Posts: 417
      • View Profile
    Reply #3 03 March, 2012, 01:12:56 AM
  • Publish
  • Fatimah az-Zahra AS ialah wanita pertama yang akan melintasi titian siratul mustaqim, dalam keadaan yang sangat laju.
    Imam Ali KMW wa AS ialah orang kedua yang masih ingat akan bay'ahnya dengan Allah SWT di alam roh (orang pertama ialah Rasulullah SAW).
    Imam Hassan AS dan Imam Husayn AS ialah pemimpin golongan muda di syurga kelak.

    Mereka berempat ialah Ahlul Kisa (juga digelar Ahlul Bayt at-Tathir). Merekalah orang yang diceritakan dalam surah Ali Imran, ayat ke-61 dan juga surah al-Ahzab, ayat ke-33.

    Selawat dan salam buat Rasulullah sall Allahu 'alayhi wa sallam dan Ahlul Kisa 'alayhimus salam.

    Munzir khan

    • *
    • Posts: 611
      • View Profile
    Reply #4 03 March, 2012, 05:05:39 PM
  • Publish
  • Fatimah az-Zahra AS ialah wanita pertama yang akan melintasi titian siratul mustaqim, dalam keadaan yang sangat laju.
    Imam Ali KMW wa AS ialah orang kedua yang masih ingat akan bay'ahnya dengan Allah SWT di alam roh (orang pertama ialah Rasulullah SAW).
    Imam Hassan AS dan Imam Husayn AS ialah pemimpin golongan muda di syurga kelak.

    Mereka berempat ialah Ahlul Kisa (juga digelar Ahlul Bayt at-Tathir). Merekalah orang yang diceritakan dalam surah Ali Imran, ayat ke-61 dan juga surah al-Ahzab, ayat ke-33.

    Selawat dan salam buat Rasulullah sall Allahu 'alayhi wa sallam dan Ahlul Kisa 'alayhimus salam.
    saudara Ace Abbas,Ada ka hadis ke atau cerita sahih yang imam Ali RA yang menyatakan atau imam Ali RA sendiri mengaku ingat di bai'ah Dengan
    Allah,bagaimana cara imam Ali Di bai'ah saudara Ace Abbas.boleh crita skit

    Ace Abbas

    • *
    • Posts: 417
      • View Profile
    Reply #5 03 March, 2012, 06:56:19 PM
  • Publish
  • Fatimah az-Zahra AS ialah wanita pertama yang akan melintasi titian siratul mustaqim, dalam keadaan yang sangat laju.
    Imam Ali KMW wa AS ialah orang kedua yang masih ingat akan bay'ahnya dengan Allah SWT di alam roh (orang pertama ialah Rasulullah SAW).
    Imam Hassan AS dan Imam Husayn AS ialah pemimpin golongan muda di syurga kelak.

    Mereka berempat ialah Ahlul Kisa (juga digelar Ahlul Bayt at-Tathir). Merekalah orang yang diceritakan dalam surah Ali Imran, ayat ke-61 dan juga surah al-Ahzab, ayat ke-33.

    Selawat dan salam buat Rasulullah sall Allahu 'alayhi wa sallam dan Ahlul Kisa 'alayhimus salam.
    saudara Ace Abbas,Ada ka hadis ke atau cerita sahih yang imam Ali RA yang menyatakan atau imam Ali RA sendiri mengaku ingat di bai'ah Dengan
    Allah,bagaimana cara imam Ali Di bai'ah saudara Ace Abbas.boleh crita skit
    Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini". (Al-A'raf, ayat ke-172)

    Ini bay'ah kita SEMUA dengan Allah SWT semasa berada dalam alam ruh. Tapi kita semua dah lupa akan bay'ah ni.

    Hanya Rasulullah SAW sahaja yang ingat akan bay'ah ni. Cerita tentang Imam Ali AS diceritakan oleh naqib saya. Itu juga merupakan salah satu sebab kenapa Imam Ali AS digelar karamallahu wajhah.

    Munzir khan

    • *
    • Posts: 611
      • View Profile
    Reply #6 03 March, 2012, 07:14:30 PM
  • Publish
  • mana bukti dia,Adakah imam Ali RA berbicara dengan Allah dalam mimpi Nya?

    Ace Abbas

    • *
    • Posts: 417
      • View Profile
    Reply #7 03 March, 2012, 07:18:01 PM
  • Publish
  • Saya tak akan jawab soalan yang saya tidak tahu jawapannya. Seperti yang saya kata tadi, cerita tentang Imam Ali AS ialah orang kedua yang masih ingat akan bay'ahnya dengan Allah SWT bukan cerita yang saya reka sendiri. Tapi cerita itu diceritakan oleh naqib saya.

    Imam Ahmad ibn Hanbal RH sendiri pernah berbicara dengan Allah SWT dalam mimpinya. Tapi itu tidak menjadikan Imam Ahmad ibn Hanbal RH merupakan orang yang masih ingat akan bay'ahnya semasa di alam ruh.

    Wallahu a'lam.

    Ana Tholibah

    • *
    • Posts: 1352
      • View Profile
    Reply #8 03 June, 2012, 03:48:55 AM
  • Publish
  • Siti Fatimah Az-Zahra adalah anak perempuan bongsu dan puteri yang paling disayangi Rasulullah s.a.w.  yang merupakan isteri kpd Saidina Ali k.w. dan ibu kepada Saidina Hassan dan Hussain. Saidatina Aisyah ada menyatakan, ' Saya tidak melihat seorang makhluk Allah yang bicara dan jalannya menyerupai Rasulullah s.a.w. daripada Fatimah.'  Aisyah juga pernah berkata " Saya tidak melihat orang yang lebih utama daripada Fatimah".

    Rasulullah s.a.w. bersabda, ' Sebaik-baik wanita di dunia ada empat orang:  Maryam puteri Imran, Asiah puteri Muhazim isteri Fir'aun, Khadijah binti Khuwailid dan Fatimah binti Muhammad."

    Mungkin kita boleh kaji apa kebaikan yang dipraktikkan oleh Fatimah. Mungkin kita boleh didik anak-anak  atau isteri supaya elok seperti Fatimah.
     

    kisah tentang saidatina fatimah,memang ku minat....
    nak jadi macam beliau....
    tapi sebelum tu..nak kena smash dulu anasir yang tak berkaitan
    (sukar jugak kan...nak jadi wanita s0lehah nie)
    "The spirit of knowledge is action"..

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4872
      • View Profile
    Reply #9 03 June, 2012, 07:47:27 AM
  • Publish
  • isteri paling baik, ialah, orang yang mendahului fatimah, masuk ke syurga

    isteri kepada sahabat, duduk dalam RUMAH, tunggu suami balik - sedia diri untuk khidmat suaminya

    Fatimah, sampai pergi ke rumah wanita tu
    wanita tu kata, suami tiada, tak dapatlah puan masuk, kerana, nak masuk rumah saya, mestilah satelah dapat kebenaran suami saya - subhanallah

    cubalah ya, cari itu Hadis, subhanallah

    Ana Tholibah

    • *
    • Posts: 1352
      • View Profile
    Reply #10 03 June, 2012, 07:50:45 AM
  • Publish
  • isteri paling baik, ialah, orang yang mendahului fatimah, masuk ke syurga

    isteri kepada sahabat, duduk dalam RUMAH, tunggu suami balik - sedia diri untuk khidmat suaminya

    Fatimah, sampai pergi ke rumah wanita tu
    wanita tu kata, suami tiada, tak dapatlah puan masuk, kerana, nak masuk rumah saya, mestilah satelah dapat kebenaran suami saya - subhanallah

    cubalah ya, cari itu Hadis, subhanallah

    penah dah terbaca pasal kisah nie pak batu...
    (tapi lupa...kat buku mana tah baca nie..ad0i..)

    leha

    • *
    • Posts: 247
    • I love Allah and Rasulullah
      • View Profile
    Reply #11 03 June, 2012, 09:58:46 AM
  • Publish
  • subhanaAllah...ya Allah permudahkanlah jalan kami para muslimah untuk menjadi isteri contoh yang terbaik dan solehah......
    -MANUSIA MENILAI DARI PERBUATAN,TETAPI ALLAH S.W.T MENILAI  DARI HATI SEORANG HAMBANYA-

    Ana Tholibah

    • *
    • Posts: 1352
      • View Profile
    Reply #12 03 June, 2012, 10:04:57 AM
  • Publish
  • subhanaAllah...ya Allah permudahkanlah jalan kami para muslimah untuk menjadi isteri contoh yang terbaik dan solehah......

     :aamiin: :aamiin: :aamiin:

    Iffah Rezali

    • *
    • Posts: 214
    • Kini kusudah 16. =']
      • View Profile
    Reply #13 08 December, 2012, 10:59:01 AM
  • Publish
  • :)
    "Dibelakang lelaki yang hebat pasti ada seorang wanita yang hebat." Ini salah satu kata-kata yang popular. Ada satu kajian dijalankan, seorang suami yang pergi ke kerja dengan ciuman isteri mempunyai semangat untuk bekerja yang lebih tinggi berbanding suami yang pergi tanpa ciuman sang isteri. Kata penganalisis, wanita selalu mencium dahi atau pipi suami dan anak-anaknya sambil menutup mata. Tambahnya, ia membuktikan betapa dalamnya tugu cinta yang disalurkan oleh wanita melalui segenap hati nuraninya.
    ~(≧ω≦)~
    Fa'tabiru!

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4872
      • View Profile
    Reply #14 01 July, 2013, 02:37:43 PM
  • Publish
  • Wanita Sholihah merupakan dambaan setiap pria yang sholeh pula, banyak cerita-cerita para sholihin di jaman Rasulullah, sebelum dan sesudahnya yang bisa kita ambil Ibrohnya agar kita/kaum wanita di jaman ini dapat selamat dari fitnah dunia dan meninggalkan dunia yang fana ini dalam keadaan khusnul khotimah, amin.

    Siapakah sebenarnya wanita yang pertama akan masuk surga sebelum Fatimah binti Rasulullah SAW?

    Dalam sebuah hadist menceritakan, antara lain kegemaran Rasulullah adalah suka bergurau yang sopan untuk memberi pengajaran. Suatu hari ketika Rasulullah sedang melayani puteri kesayangannya, Fatimah, baginda bersabda, “Wahai anakku! Ketahuilah olehmu bahwa ada seorang perempuan yang akan masuk surga terlebih dahulu dari dirimu.”

    Mendengar kata-kata ayahnya, serta merta berubahlah air muka Fatimah. Bertanya dia kepada baginda sambil menangis, “Siapakah perempuan itu wahai ayah? bagaimana keadaannya dan bagaimana pula amal ibadahnya sehingga dia terlebih dahulu masuk surga daripada anakmu? Kabarkanlah di mana dia sekarang, anakmu mau menemui dia.”

    Lalu Rasulullah menjelaskan, “Dia adalah seorang wanita yang miskin, tinggal di sebuah kampung kawasan pedalaman dekat Jabal Uhud, kira-kira 3 mil dari Kota Madinah. Nama Perempuan itu ialah Muthi’ah.”

    Tanpa membuang waktu, setelah mendapat izin ayahnya, Fatimah pun keluar mencari perempuan yang dikatakan oleh Rasulullah itu.

    Setelah bertanya kepada penduduk setempat, banyak yang tidak tahu dan mengenali perempuan bernama Muthi’ah ini. Dia bukan perempuan yang terkenal. Masing-masing mengatakan tidak pernah mendengar dan tidak mengetahui perempuan ini.

    Setelah berbagai usaha mencarinya, dengan izin Allah, akhirnya berjumpalah Fatimah dengan rumah perempuan yang dimaksudkan itu. Rumah Muthi’ah berada di kawasan pedalaman, jauh dari pemukiman orang-orang. Mungkin sebab itulah susah mencarinya.

    Setelah memberi salam dan beberapa kali mengetuk pintu, ada suara kedengaran menjawab salam dari dalam sedangkan orangnya belum juga muncul. Setelah agak lama Fatimah menunggu, penghuni rumah itu pun mengintip dari jendela, sambil bertanya siapakah yang berada di luar dan ada keperluan apa. Dia tidak mempersilahkan tamunya itu masuk. Mereka hanya berbicara melalui jendela saja.

    Fatimah memperkenalkan dirinya: “Saya Fatimah binti Rasulullah, maksud kedatangan saya ke sini karena ingin berjumpa dan berkenalan dengan anda.”

    Mendengar tamu yang datang itu ialah putri Rasulullah, maka perempuan itu menjawab: “Terima kasih karena datang ke rumah saya, tetapi saya tidak dapat mengizinkan anda masuk karena suami saya tidak ada di rumah. Nanti saya minta izin dulu apabila dia kembali dari bekerja. Silakan datang besok saja lagi”

    Dengan langkah yang amat berat, Fatimah pulang dengan perasaan yang sangat hampa karena tidak dapat berbicara panjang dan mengetahui rahasia amalannya.

    Keesokan harinya, Fatimah datang lagi bersama-sama anaknya, Hasan. Segera setelah sampai dia memberi salam dan perempuan itu pun terus membuka pintu karena dia sudah mengetahui tamu yang datang itu ialah Fatimah.

    Setelah ia mempersilakan masuk, tiba-tiba dia terlihat ada seorang anak kecil bersama-sama Fatimah lalu dia bertanya: “Fatimah, ini siapa?”

    “Anak saya, Hasan,” sahut Fatimah.

    Perempuan itu berkata, “Saya bersedih karena saya belum minta izin dari suami saya. Yang diizinkan hanyalah Fatimah seorang. Oleh karena itu saya perlu minta izin dahulu dari suami lagi. Silakan datang besok saja.”

    Fatimah jadi serba salah. Akhirnya setelah berfikir panjang lebar, dia pun ambil keputusan untuk kembali.

    Keesokan harinya, Fatimah datang pula dengan membawa kedua-dua anaknya yaitu Hasan dan Husein. Setelah memberi salam, mereka segera disambut oleh penghuni rumah itu.

    “Fatimah dengan Hasankah?” Tanya perempuan itu minta kepastian.

    Jawab Fatimah, “Kami datang bertiga karena anak saya yang satu ini (Husein) mau ikut juga.”

    “Fatimah, saya minta maaf lagi karena anak yang satu ini (Husein) saya belum minta izin dari suami saya. Silakan datang esok hari,” tegas perempuan itu.

    Mendengarkan kata-kata itu, Fatimah tersipu-sipu menyahut, “Baiklah kalau begitu besok saya datang lagi kemari.”

    Dalam perjalanan pulang ke rumahnya, hatinya berkata-kata : “Perempuan ini takut benar akan suaminya, sehingga perkara yang sekecil begini pun dia tidak berani melakukannya. Jika dia benarkan aku masuk, tak mungkinlah suaminya marah. Tak perlulah pandang aku ini siapa, anak siapa dan dua anak ini cucu siapa, pandanglah (hormatilah) aku ini sebagai tamu yang datang dari jauh saja sudahlah,” bisik hatinya, kesal.

    Sekembali Siti Fatimah meninggalkan rumahnya, kemudian suaminya pulang, perempuan itu pun memberitahu tentang anak Fatimah yang satu lagi. Suaminya terkejut dan heran, “Mengapa engkau ragu sekali? Bukankah Fatimah itu puteri Rasulullah SAW dan dua anaknya itu adalah cucu baginda? Tahukah engkau istriku keselamatan kita berdua kelak bergantung kepada keridloan Rasulullah. Jangan sekali-kali engkau berbuat seperti itu lagi. Jika mereka datang lagi ke sini dengan membawa apa pun dan siapa pun, terimalah dengan baik, dan hormatilah mereka semua sebagaimana yang pantas bagi derajat mereka.”

    “Baiklah, tetapi ampunilah kesalahan saya karena saya mengerti bahawa apa yang saya tahu, keselamatan diri saya juga bergantung pada keridloan suamiku. Oleh karena itu, saya tidak berani membuat masalah yang akan membawa kemarahan atau menyakiti hati suamiku.”

    “Terima kasih,” sahut suaminya. “Tapi jangan lagi sampai engkau tidak menerima tamu perempuan melainkan dengan izin aku, karena menghormati tamu perempuan itu wajib pada adat dan agama kita.”

    Pada hari berikutnya, Sayyidatuna Fatimah pun datang seperti yang dijanjikan dengan membawa dua orang puteranya itu. Setelah dijemput masuk dan dijamu dengan sedikit buah kurma dan air, mereka pun berkenalan serta memulai perbincangan.

    Pertanyaan Fatimah banyak berkisar mengenai rahasia amal ibadah yang menjadi penyebab Muthi’ah menjadi wanita pertama masuk surga menurut ayahnya. Setelah memperkenalkan dirinya, Muthi’ah menjawab semua pertanyaan Fatimah dengan ikhlas.

    Katanya, “Tingkah laku saya biasa saja, tidak ada yang istimewa, amal ibadahpun biasa saja, malah Rasulullah lebih mengetahui akan segalanya. Saya hanya menuruti apa yang dianjurkan oleh baginda dalam hal kewajiban saya sebagai isteri. Antaranya:
    1. Saya tidak boleh meninggalkan rumah tanpa izin suami jika suami saya keluar bekerja.
    2. Saya tidak boleh menerima tamu (terutama lelaki) jika tidak ada izin suami.
    3. Saya tidak akan berkeluh-kesah jika suami tidak mempunyai harta.
    4. Saya berusaha agar suami saya senang dan cinta kepada saya.
    5. Saya tidak cepat-cepat cemburu.
    6. Saling mengerti dan menghargai antara kami berdua.

    Soal berhias dan berdandan, menurut Mith’iah, dia hanya mengutamakan kecantikannya untuk suami, bukan untuk ditonton dan diperagakan kepada orang lain.

    Sebagian riwayat menyatakan, Muth’iah mondar-mandir berjalan ke pintu rumahnya sambil memandang ke jalan seolah-olah sedang menantikan seseorang. Dia seolah-olah tidak begitu mempedulikan Fatimah.

    Di tangannya terdapat tongkat dan sebuah wadah berisi air,
    Melihat keadaan Muth’iah yang agak aneh, Fatimah merasa gelisah karena dia rasa tidak dipedulikan. Fatimah bertanya: “Mengapa begini?”

    Sahut Muth’iah: “Fatimah, maafkan saya karena saya sedang menantikan suami saya pulang.”

    “Mengapa ada wadah air itu?” Tanya Sayyidatuna Fatimah. Jawab Muthi’ah jujur: “Kiranya suami saya haus ketika dia pulang dari bekerja, saya akan segera memberikan air ini kepadanya supaya tidak terlambat. Jika terlambat nanti, khawatir dia akan marah kepada saya.”

    Fatimah bertanya lagi: “Mengapa dengan rotan ini?” Jawab Muthi’ah, “Jika suami saya marah atau kurang layanan dari saya, mudahlah dia memukul saya dengan rotan ini.”

    “Atas kehendak suamimukah kau bawa rotan itu” tanya Fatimah.

    “Oh, sama sekali tidak. Suami saya seorang yang penyayang. Ini semata-mata kehendak saya agar jangan sampai menjadi isteri derhaka kepada suami.”

    Fatimah termenung, Wajarlah menurut ayahnya, dia terlebih dahulu masuk surga daripada aku. Ternyata benarlah bahawa keselamatan wanita yang telah bersuami itu bergantung kepada ketaatan dan keridloan suami terhadapnya.”

    Fatimah minta diri. Dia terus pulang menghadap ayahnya dan menceritakan segala yang terjadi.

    “Wahai anakku, itulah rahasianya mengapa Muthi’ah wanita pertama masuk syurga,” kata baginda kepada Fatimah.

    Melihat kesedihan puterinya itu, Rasululah tersenyum sambil berkata, “Wahai anakku, janganlah bersusah hati. Perempuan yang engkau jumpa itu (Muthi’ah) ialah perempuan yang akan memimpin dan memegang tali tungganganmu tatkala engkau masuk surga nanti. Jadi dialah yang akan masuk terlebih dahulu daripada engkau anakku.”

    Setelah mendengar penjelasan ayahnya itu, barulah nampak Fatimah mulai gembira dan tersenyum.

    Begitulah ganjaran yang Allah berikan kepada Muthi’ah. Semoga amalan yang dilakukannya itu sedikit sebanyak akan menjadi panduan dan dorongan kepada wanita-wanita terutama bagi mereka yang sudah berumahtangga.


    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    5 Replies
    2534 Views
    Last post 08 December, 2012, 10:53:48 AM
    by Iffah Rezali
    1 Replies
    1644 Views
    Last post 12 October, 2010, 05:30:57 PM
    by Ummi Munaliza
    13 Replies
    411 Views
    Last post 21 August, 2014, 12:54:58 PM
    by Ana Tholibah