Mutiara Kata Untuk Para Muslim/Muslimah

*

Author Topic: Mutiara Kata Untuk Para Muslim/Muslimah  (Read 16742 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

10 November, 2011, 09:49:55 AM
  • Publish
  • WANITA : Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah.

    LELAKI : Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh.

    Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah..kerana si soleh dan si solehah adalah insan biasa. Perkahwinan adalah sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI...

    Reply #1 10 November, 2011, 02:40:23 PM
  • Publish
  • Firman Allah Ta’ala yang bermaksud:
    Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik.
    (An-Nur:26)

    Dan di dalam surah Al-Ahzab ayat 35:
    Sesungguhnya lelaki dan perempuan yang muslim, lelaki dan perempuan yang mukmin, lelaki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, lelaki dan perempuan yang benar, lelaki dan perempuan yang sabar, lelaki dan perempuan yang khusyuk, lelaki dan perempuan yang bersedekah, lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar.

    Yang dimaksud dengan muslim di sini ialah orang-orang yang mengikuti perintah dan larangan pada lahirnya, sedang yang dimaksud dengan orang-orang mukmin di sini ialah orang yang membenarkan apa yang harus dibenarkan juga dengan hatinya.

    Maka untuk diri kita, banyakkan usaha untuk menJADI lebih baik. Lebih baik pada sifat muslim, sifat mukmin, tetap dalam ketaatan kepada Allah. Lebih baik pada sifat benar, sabra, khusyuk, bersedekah, berpuasa, memelihara kehormatan, dan menyebut nama Allah (zikrullah).

    Sesungguhnya ganjaran Allah menanti, buat mereka yang berusaha. Dan pasangan hidup yang terbaik untuk kita, Allah pasti akan aturkan dan permudahkan. InsyaAllah.
    Menuju Kejayaan Hakiki senyum* Bertakwalah kepada Allah dan carilah wasilah untuk mendekatkan diri kepada-Nya (Al-Maidah:35)http://putera-islam.com

    Reply #2 08 July, 2012, 12:45:46 AM
  • Publish


  • Dari kitab kecil "Ya Binti, bi Qalam al-Syeikh 'Ali Tanthawi"

    "Wahai puteriku,

    Lelaki yang baik dan soleh akan datang kepadamu, dengan segala kerendahan hati, memohon kemaafan, menawarkan kepadamu hubungan yang halal dan terhormat. Dia akan datang meminang dan mengahwinimu."

    Nurul Nawar

    • *
    • Forgive me. May Allah bless you -)
      • View Profile
    Reply #3 09 July, 2012, 01:05:26 PM
  • Publish
  • "Orang yang baik antara kamu adalah orang paling berlaku baik terhadap isterinya dan akulah orang paling baik terhadap isteri dari kalangan kamu." [Hadis riwayat at-Tirmizi]

    Reply #4 09 December, 2012, 06:59:21 AM
  • Publish
  • Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan
    dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan,
    itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia
    dan terpuji.


    afiQoh

    • *
    • bakal jenazah
      • View Profile
    Reply #5 13 December, 2012, 02:15:29 PM
  • Publish
  • dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

    andai ini titisan terakhir..

    biarlah titisan ini memberi manfaat..

    andai ku pergi dulu..

    ikhlaskanlah perginya aku..

    andai kita tak sempat ke temu..

    moga titisan ini pertemukan kita..

    andai...ini berlaku...

    jangan ditangisi..

    ada hikmah perginya aku..

    adanya disini..kerana Allah..

    hilangnya disini..jua dengan hendakNya..

    pintaku satu..

    moga ukhwah yang terjalin ini..

    terus mekar kerana Allah..

    kasih sayang yang diberikan itu jua kerana Allah..

    tautkan untuk saling ingat mengingati...



    subhanallah..aku rindukan ukhwah terjalin keranaNya...
    ~kurangkan bicara soal hati,pasti jiwa mu mati tapi banyakkan bicara dalam soal mati pasti hatimu sentiasa hidup~

    Reply #6 11 November, 2014, 09:16:39 AM
  • Publish
  • "Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak"

    divider3
    halaqahforum4