Keutamaan Isteri pada suami atau kepada ibu?

Author Topic: Keutamaan Isteri pada suami atau kepada ibu?  (Read 14347 times)

0 Halaqian and 2 Guests are viewing this topic.

nur_faiz88

  • *
  • Posts: 4
    • View Profile
09 November, 2011, 12:34:53 PM
  • Publish Di FB
  • Assalamualaikum,

    saya ingin bertanya soalan, Adakah isteri saya wajib mentaati saya atau ibunya?

    Situasinya bergini:-

    Ketika sebelum berkahwin, ibu kepada isteri saya melayan isteri saya sangat menyayat hati, ibunya sering tengking-tengking, maki serta mendoakan keburukan isteri saya sebelum kami berkahwin. Ibunya sering meminta nafkah dari anaknya supaya anaknya menjelaskan nafkah yang ditetapkan sebanyak RM600 - RM1000 sebulan dimana nafkah ini kata ibunya untuk anaknya membayar balik duit selama mana ibunya membesarkan isteri saya. Ibunya pernah berkali-kali menghalau isteri saya selepas kahwin supaya jangan mengganggu dia. Tambahan pula ibunya pernah berkata sekiranya isteri saya mendapat anak, dia tidak mahu menjaganya malah ibunya sering berkata bahawa isteri saya banyak menyusahkan hidup ibunya. Pada hakikatnya isteri saya sebelum berkahwin berbakti pada keluarga dengan membantu melakukan kerja rumah dan meringan beban keluarga. Oleh yang demikian isteri saya takut untuk pulang kerumah dan menelefon kerna sekiranya isteri saya pulang, beliau akan dimarahi dan dimaki oleh ibunya dan sekiranya beliau menelefon ibunya, percakapan ibunya menengking dan mendoakan keburukan anaknya.

    Seterusnya isteri saya dan saya merancang untuk berkahwin, dalam proses pengurusan perkahwinan kami, pelbagai ujian yang saya dan isteri saya tempuhi, sehinggakan hantaran yang diberikan terlalu tinggi sampaikan ibunya tidak mengurangkan wang hantaran walaupon sedikit. oleh yang demikian saya cuba sedaya upaya untuk mencari wang hantaran sebanyak mana yang telah ditetapkan. Sepanjang proses pengurusan perkahwinan kami ibu kepada isteri saya tidak membenarkan kami untuk membuat sebarang keputusan berkenaan perkahwinan kami seperti pemilihan baju pengantin dan lain-lain. maksudnya semua perlu menuruti kehendak ibunya sahaja, sekira harganya mahal, mahal lah saya perlu keluarkan duit. untuk kenduri di sebelah rumah pengantin perempuan, boleh dikatakan keseluruhan kenduri tersebut adalah wang dari saya. Niat saya ikhlas.

    Sehinggalah pada 29/10/2011 saya diijab kabulkan dengan isteri saya. pada hari kenduri tersebut, ibu isteri saya tidak menegur saya, tidak memperkenalkan saya kepada adik-beradiknya, tapi hanya memperkenalkan anaknya sahaja. sepanjang kenduri dirumah isteri saya, ibu kepada isteri saya tidak melayan keluarga saya dengan baik, malah membuat muka pada keluarga saya. sepanjang saya duduk dirumah mertua saya pada 29/10/2011, saya amat terasa dengan sikap ibu mertua saya yang tidak mengendahkan saya sebagai menantunya. Apa yang dia mintakan adalah wang bulanan sebanyak RM1000 sebulan yang wajib dibayar sebagai bayaran balik selama mana ibu isteri saya menganggung isteri saya sebelum perkahwinan.

    kemudian pada 30/10/2011 saya bersama isteri saya pergi honeymoon selama seminggu, sepanjang percutian kami ibu isteri saya sering menganggu saya dan isteri saya dengan kerap menelefon isteri saya sehinggakan masa kami untuk tidur pon ditelefon. sedangkan sebelum perkahwinan tidak pernah menelefon untuk bertanyakan khabar isteri saya. tetapi ibunya tidak pernah bertanyakan khabar saya atau bertanyakan apa-apa sahaja mengenai saya. oleh yang demikian saya berkata pada isteri saya supaya jangan lah menelefon ibunya buat seketika sahaja kerana beri lah ruang kepada kami untuk bersama pada minggu honeymoon. kemudian isteri saya menjelaskan pada ibunya yang berilah ruang kepada kami suami isteri untuk bersama pada minggu honeymooon tu.. selepas itu ibunya terus memaki dan menengking isteri saya berkata "AWAT LAKI HANG YANG LAHIRKAN HANG SAMPAIKAN HANG LUPAKAN AKU???. YANG HANG KENA TAAT PADA SUAMI HANG????? Ibu isteri saya kata "HANG KENA INGAT AKU LAHIRKAN HANG BUKAN LAKI HANG SAMPAI KENA TAAT PADA LAKI HANG, HANG KENA INGAT SYURGA DIBAWAH TAPAK KAKI AKU (IBU).... BIAQ HANG SUSAH NAK BERANAK TERKANGKANG, BARU HANG TAU, HANG TAK KENANG BUDI, DOK IKUT CAKAP JANTAN...."

    Oleh yang demikian saya dan isteri saya terkejut dengan apa yang diperkatakan oleh ibunya pada kami, semenjak dari itu kami sntiasa dimaki, ditengking oleh ibu isteri saya.. kami jadi takut untuk menelefon atau mengangkat telefon apabila ibu kepada isteri saya telefon..kami pergi berbulan madu baru 2 hari, dikatakan kami ni derhaka, lupa ibu bapa.. ibu kepada isteri saya tidak boleh menerima hakikat bahawa isteri saya sudah berkahwin... semenjak dari itu hubungan ibu isteri saya renggang yang teramat dengan kami.. ibunya sering tanya bila nak balik padahal baru ja balik 2 hari yang lalu kerumahnya. kami cakap la nanti la kami pulang memandangkan saya masih belajar, kerja dan peperiksaan telah dekat. tetapi ibunya tidak boleh menerima semua itu..

    Kemudiannya pada 7/11/2011 yang lalu adalah hari ke-2 raya haji adalah kenduri sebelah rumah saya iaitu pengantin lelaki, ibu mertua saya datang kekenduri rumah saya dan tidak mengendahkan ibu & bapa saya serta tidak melayan seluruh keluarga saya dengan baik. malah ketika makan beradap ibu kepada isteri saya menengking kami dihadapan orang ramai yang hadir sehinggakan menimbulkan perasaan malu dan marah oleh seluruh keluarga kami... hasil dari perbuatan ibu mertua saya hubungan kekeluargaan rosak.

    Ibu mertua saya tidak suka, tidak boleh menerima kenyataan  dan tetap dengan pendirian dia bahawa anak perempuannya wajib mentaati ibunya bukan suaminya. wajib berbincang apa sahaja dengan ibunya tetapi bukan dengan suaminya. sekiranya anak perempuannya melebihkan suaminya, ibunya akan marah, maki, menengking dan mendoakan keburukan kami...

    mohon perbincangan yang bernas berdasarkan Al-Quran & sunnah memandangkan saya baru ja mendirikan rumah tangga dan tidak mahu ia roboh...

    5zul

    • *
    • Posts: 3045
    • ~~ Tiada Kesusahan Melainkan Susah ~~
      • View Profile
    Jawab #1 09 November, 2011, 01:44:50 PM
  • Publish Di FB
  • isteri tempatNya suami..
    taat suami maka tempat Nya di sisi ALLAH -

    terputus amal nya dengan ibunya....bermaksud tanggungjawab di lepas kan maka tanggungjawab suami memikul Amanah dengan ADIL -
    isteri tempatNya suami .. syurga isteri perbandingan dengan amalNya pada suami...

    jika ada perselisihan faham.. maka cuba lah redakan dengan berdamai.. jika tidak mampu lantik lah daripada ahli keluaraga .. ada yang di maksudkan di dalam Al-Quran ..

    surah An-nisa ayat ke 35 -
    Dan jika kamu bimbangkan perpecahan di antara mereka berdua (suami isteri) maka lantiklah "orang tengah" (untuk mendamaikan mereka, iaitu), seorang dari keluarga lelaki dan seorang dari keluarga perempuan. Jika kedua-dua "orang tengah" itu (dengan ikhlas) bertujuan hendak mendamaikan, nescaya Allah akan menjadikan kedua (suami isteri itu) berpakat baik. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui, lagi Amat mendalam pengetahuanNya.

    dalam situasi bergini ibunya masih takut akan penjagaan anak yang di lepaskan kepada kamu sebagai suami
    oleh demikian seharus nya kamu berbincang lah elok elok sedangkan kamu baru mendirikan rumahtangga....
    kebahagian bergantung kepada kamu berdua...
    (Senyum)-

    silakan.. mohon pada ALLAH dahulu susuli dengan Usaha..
    Insyallah -

    Al-Ahzab [21]

    Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).
    ~~ Dalam Kegelapan Malam Ader Sinaran ~~

    ifahuzir

    • *
    • Posts: 524
      • View Profile
    Jawab #2 09 November, 2011, 02:14:23 PM
  • Publish Di FB
  • Wa'alaikum Salaam..

    jiwailah perasaan Ibu mertua kamu dulu.. dalami apa perasaan dia dahulu.. kenalpasti punca masalah ibu mertua tu.. mungkin akibat dari pengalaman hidupnya dimasa yang lalu mengakibatkan ibu mertua tu bertindak begitu..

    Kamu pun satu.. baru kawen dah nak amalkan sistem autokrasi.. takleh ler camtuh.. bayangkan ibu mertua dah pelihara anaknya bertahun-tahun.. tiba-tiba kamu cakap camtuh kat Ibu... melalui anak kesayangan dia pulak tuh.. kalau kamu di pihaknya, apa perasaan kamu?

    Kamu pun tahu, apabila bernikah, ibu mertua kamu sudah menjadi ibu kamu kan? sudah tak batal air sembahyang bila bersentuhan.. MasyaAllah..

    maaflah, saya tiada hadith dan firman untuk ditempelkan di sini sebab saya bukan ahlinya.. Nasihat saya, Tiada paksaan dalam islam.. jika kamu terpaksa lakukan, lakukanlah apa jua kerana Allah.. bukan kerana untuk keseronokkan berkelamin aja..

    "Tiada paksaan" yang saya maksudkan itu adalah; sebagai contoh, jika kamu nak beribadah sampai bengkak kaki dan tangan juga ia dibolehkan.. tiada paksaan.. bukan tiada paksaan yang dimaksudkan itu adalah kesenangan untuk diri kamu aja ya.. jika bertujuan nak kesenangan, itu bermaksud, kamu sedang diikuasai NAFSU.

    semoga kamu dapat berfikir dahulu mengenai tulisan saya ni sebelum membuat sebarang tindakan susulan..

    moga saya diberi petunjuk ilahi.. amin.

    nurelly

    • *
    • Posts: 63
      • View Profile
    Jawab #3 09 November, 2011, 02:59:10 PM
  • Publish Di FB
  • waalaikumusalam... firstly nur nak kata, mungkin isteri awak adalah punca kewangan dia... knapa sebelum kahwin tidak awak kenali hati budi mak isteri awak tu dulu... mungkin nampak dia tidak menyukai awak tetapi mungkin disebaliknya itu dia mengharapkan awak sebagai pelindung anak dia.. bersabarlah.. mmg isteri di sisi suami apabila telah berkahwin. tetapi dalam masa yang sama, isteri dan awak adalah anak dia.. harus di ingat, Allah itu satu, mohon lah hajat agar yang maha esa dapat mengoyangkan hati ibu mertua awak untuk melapangkan dada dan merestui perkahwinan kalian.. sb dh byk nur tgk, pkahwinan yang tidak direstui ibu bapa menjadi punca berlakunya perceraian... so berbaik sangkalah dgn ibu mertua... nur pn tak de hadis sahih mengenai isu nie..tp hadir sekadar saudara untuk membantu... salah dan silap harap di maafkan.

    hayuri

    • *
    • Posts: 3
      • View Profile
    Jawab #4 09 November, 2011, 03:22:32 PM
  • Publish Di FB
  • Tanggungjawab seorang lelaki berkahwin :
    (1) ALLAH;
    (2) Rasulullah;
    (3) Ibu;
    (4) Bapa;
    (5) Isteri;
    (6) Anak-anak

    Tanggungjawab seorang wanita berkahwin :
    (1) ALLAH;
    (2) Rasulullah;
    (3) Suami;
    (4) Anak-Anak

    Semoga menjadi panduan

    adi-tok pulau m

    • *
    • Posts: 79
      • View Profile
    Jawab #5 09 November, 2011, 03:41:07 PM
  • Publish Di FB
  • Ketaatan ditetapkan oleh Allah bagi membina akhlak terpuji.

    Supaya manusia ada kekuatan bagai binaan batu bata  rumah kediaman atau bangunan. Disini dapat dilihat akan kejituannya tidak boleh dirobohkan sekelip mata.
    Begitulah kekuatan taat yang ditetapkan oleh Allah, supaya jiwa manusia menjadi terbaik, utuh dan berakhlak.

    Ada ketika lelaki perlu taat kepada wanita (anak dengan ibu).
    Manakala dalam waktu yang sama ada ketaatan wanita pula kepada lelaki (isteri dengan suami).

    Begitulah pusingan hidup hingga dunia ini padam (kiamat) dan sejarah dunia berkahir.
    Islam benar-benar mengajar umatnya jadi terbaik

    jen

    • *
    • Posts: 250
      • View Profile
    Jawab #6 09 November, 2011, 03:45:03 PM
  • Publish Di FB
  • Saya rasa, bertahan jelah dengan apa2 serangan dari ibu mertua.

    Pada masa yang sama, didiklah isteri tentang hak suami, ketaatan pd suami. Tapi jangan direct sangat. Mungkin belikan buku2 agama panduan berumahtangga yg banyak di pasaran ni. Especially version untuk isteri.

    Ketiganya, kalau dapat mak mentua yg tak faham agama ni, takut2 dia sanggup membelakangkan syariat. Maka sediakanlah perisai untuk melindungi perkahwinan ni. Banyak2 solat berjemaah, berdoa dgn doa yg difahami dan didengari si isteri.

    5zul

    • *
    • Posts: 3045
    • ~~ Tiada Kesusahan Melainkan Susah ~~
      • View Profile
    Jawab #7 09 November, 2011, 03:48:14 PM
  • Publish Di FB
  • Ketaatan ditetapkan oleh Allah bagi membina akhlak terpuji.

    Supaya manusia ada kekuatan bagai binaan batu bata  rumah kediaman atau bangunan. Disini dapat dilihat akan kejituannya tidak boleh dirobohkan sekelip mata.
    Begitulah kekuatan taat yang ditetapkan oleh Allah, supaya jiwa manusia menjadi terbaik, utuh dan berakhlak.

    Ada ketika lelaki perlu taat kepada wanita (anak dengan ibu).
    Manakala dalam waktu yang sama ada ketaatan wanita pula kepada lelaki (isteri dengan suami).

    Begitulah pusingan hidup hingga dunia ini padam (kiamat) dan sejarah dunia berkahir.
    Islam benar-benar mengajar umatnya jadi terbaik
    bergitu jua apa yang berlaku dalam poligami yer tok.. (Senyum)-

    taat isteri tue bukan sujud hormat tunduk atas perintah isteri semata mata memenuhi kehendak isteri ( itu salah )-
    taati kepada isteri menerima pandangan si isteri dalam olahan kerohanian rumahtanggan....
    bergitu jua kepada anak anak yang memberikan pendapat kepada persoalan yg timbul...
    menghargai setiap pendapat -

    Insyallah segalaNya mungkin dengan memohon keampunan dari yang maha esa...
    (Senyum)-


    nur_faiz88

    • *
    • Posts: 4
      • View Profile
    Jawab #8 09 November, 2011, 03:49:46 PM
  • Publish Di FB
  • assalamualaikum 5zul,

    selama isteri saya sebelum kahwin, saya yang membayar yuran pembelajaran, saya jugalah yang menghantar beliau ke kelas. saya juga lah yang memberikan wang saku pada isteri saya sebelum kahwin.

    semua duit yang ayahnya beri pada isteri saya sebelum kahwin sume ibunya minta balik.. sampaikan ibunya xpernah memberikan wang kepada isteri saya sebelum kahwin.. meminta lagi ada la.. saya dah habiskan RM30,000 sebelum kahwin  sehinggalah sekarang kerana ibunya meminta-minta wang.. saya ni tak mampu.. tapi saya kesian isteri saya dari dulu lagi sebelum kahwin sampai sekarang.. duit yang diberi tak pernah cukup.. apa saja barang yang isteri bagi, ibunya tak pernah bersyukur... segala apa sahaja yang ibunya pernah memberi kepada isteri saya, dimintanya semula.

    sampaikan kedua ibu bapa saya pon ibu mertua saya tak hormat. sehinggakan segala kenduri sebelah pihak perempuan saya perlu tanggung semua KOS. saya sanggup cari duit semata-mata isteri saya.. tetapi tetap tidak cukup. apabila kenduri dirumah ibu mertua saya, dia tidak mengendahkan langsung kepada keluarga rombongan kami.. apa yang dia tahu jaga tempat duit orang bagi.. untuk kenduri sebelah perempuan sahaja saya habiskan RM40,000. Ibu-bapa saya amat marah kerana tugas kami hanyalah memberi wang hantaran dan mas kahwin dan yang lain terpulang kepada keluarga pihak perempuan.. smua mesti ikut cakap ibu mertua ja.. baju sanding 1 pasang sahaja RM1000. tu baru baju. tak termasuk yang lain. apa yang ibunya tahu hanyalah duit, duit dan duit.. kalau saya bagi duit pada isteri saya dan bila balik ja umah ibunya, msti hilang.. yang itu wallahua'lam la..
    SAYA PERNAH LIHAT BANYAK KALI AYAH KEPADA ISTERI SAYA MEMARAHI IBU ISTERI SAYA KERANA TERLALU MEMINTA-MINTA WANG DARI ANAK PEREMPUANNYA WALAUPON ANAKNYA MASIH BELAJAR SEHINGGALAH SEKARANG, TETAPI APA YANG DIPERKATAKAN OLEH AYAHNYA KEPADA IBUNYA TIDAK DIENDAHKAN. Isteri saya tetap memberi tapi tetap tidak mencukupi, segala perabot sume isteri saya yang belikan hasil duit pinjaman pembelajarannya. Kalau nak diperkatakan banyak lagi, apa yang isteri saya lalui selama ini. Ayah isteri saya sangat baik, ayahnya tiada masalah dengan kami. sebab ayahnya faham keadaan kami.. kami sentiasa contact ibunya cuma lambat sehari atau 2 hari macam tu saja.. tu pon dah katakan derhaka.. ibu bapa saya memang tergamam dengan perbuatan ibu mertua saya.

    Assalamualaikum ifahuzir,

    untuk pengetahun encik/cik, sebelum berkahwin ibu isteri saya tidak pernah langsung contact isteri saya sepanjang pembelajaran diploma. bila contact isteri saya minta duit saja bukan tnya ada duit ke tak ada. pastu arahkan anak perempuannya beli itu dan ini.. isteri saya sebelum ini tidak pernah membantah kerana saya pernah bertanya dan berbincang hal ini dengan isteri dan ayah mertua saya. isteri saya ini bukan lah anak manja dalam keluarga mereka.
    saya baru ja kahwin sepatutnya bagi la ruang kami bersama.. kalau kol sehari 1 kali tak apa la.. tapi kol sehari berkali-kali sampaikan masa nak tidor pon kol kalau ibu mertua kol xapa la ini misscall dan isteri yang kena kol. sehari sahaja berkali-kali topup, kalau seminggu berdarah hidung nak bayar topup la. satu lagi kalau lambat kol terus jerkah, maki dan mengata macam-macam. kami xpernah nak lupakan keluarga, kami siap belikan hadiah tapi ibu mertua saya sampai jerkah, tengking kami. susah la macam ni. sampai kan ibu mertua saya telefon handphone ibu, bapa, kakak dan adik saya dan mengutuk dan maki keluarga kami. sampaikan tiap2 masa kol. kalau tak kol ibu mertua saya akan ganggu keluarga saya dirumah. kakak saya baru dapat anak baru.. so ibu mertua saya sentiasa kol rumah la sampaikan ayah saya geram cabut telefon rumah. bila mak saya angkat kata la keluarga kami control anak perempuan dia la, kata anak perempuan dia melebihkan suami, melebihkan ibu mertuanya la.. aduii ibu, ayah, tok dan seluruh keluarga saya amat kesal perbuatan ibu mertua saya. dah datang kenduri dirumah saya, terus jerkah kami depan orang yang mai kenduri.. sebab kol lambat ja.. kami pon jadi takut la kalau angkat telefon kena maki, kol kena maki.. bukan nak cakap baik-baik... sampaikn ibu kepada ibu mertua saya malu dengan sikap  ibu mertua saya.. kalau nak cerita memang panjang.. masa kenduri umah saya memang marah semua orang dengan sikap ibu mertua saya.. even suami ibu mertua saya pon malu dengan sikap ibu mertua.. sampai ayah mertua dan keluarganya ketika pulang dari kenduri rumah saya.. merayu memohon maaf kepada keluarga kami.. saya dan isteri menangis la.. kami xpernah menganggap dan terdetik untuk derhaka ka, atau mengguris perasaan ibu mertua.. saya dan isteri tanya pada ayah mertua, ayah mertua cakap dia ok sahaja.. tiada masalah apa pon sebab dia tahu hati budi kami macam mana.

    Assalamualaikum nurelly,

    tidaklah, isteri saya baru tamat pengajian.. dan saya lah yang menyara isteri saya sebelum dan selepas perkahwinan.. isteri saya tak pernah meminta wang dari ibu bapanya sebab ibunya akan mengungkit agar isteri saya membayar balik kelak.. sume duit pembelajaran, makan & pakaian saya yang berikan... kalau dia tak ada duit istri saya diam jala. yala saya sabar la.. tapi masalahnya ibu mertua saya sahaja yang tidak menghormati ibu bapa dan seluruh keluarga saya. datang umah saya tak bertegur dengan ibu bapa saya.. mai makan cepat-cepat dan mahu pulang.. bila nak berjabat tangan tak mahu.. sikap ibu mertua saya menyebabkan smua orang marah dan terasa.  ya kami sentiasa ingat.. masalahnya baru seminggu kahwin trus kata macam-macam. kami ni la pi KL beli macam-maca untuk ibu mertua... tapi yang depa dok mengata macam-macam.. kalau tak suka saya kenapa dia tetapkan hantaran yang tinggi.. sampaikan ibu mertua kata pada saya.. hantaran ni kekal tak boleh ubah... kalau tinggi, tinggi la.. kalau tak boleh dia akan kahwinkan anaknya dengan orang lain. macam tu pon boleh. so saya terimalah apa yang ditetapkan. syarat untuk saya berkahwin saya perlu ada rumah la, hantaran RM12K++, barang emas RM10K++. saya ni diploma saja, isteri saya pon diploma saja... tapi saya ikut saja kehendak dia.. duit goddie bag, duit kad kahwin, duit door gif dan lain-lain sume duit poket saya. smua saya uruskan. duit baju sanding saja RM800++... sume nak grand. tapi saya sanggup lakukan sebab saya sayangkan isteri saya.. dan semua ini hasil persetujuan bersama. saya redha buat smua ni. ye saya sntiasa mendoakan kepada Allah, solat berjemaah dengan isteri dan mengajar isteri membaca Al-Quran, dan membimbing isteri kejalan Allah..  sebelum kahwin saya sampai pengsan... takut dgn ibunya yg sntiasa meminta-minta. saya masih belajar di OUM mengambil degree. KOS mahal, nak makan suami isteri saya mampu la.. tapi rezeki lebih tu susah sikit. tapi bg ibu mertua saya nak kami tiap-tiap minggu balik, setiap masa contact ibunya...  mana saya nak cari semua tu.. berkali-kali saya pengsan untuk ikat perut untuk cari duit bagi pada ibu mertua bukan sara isteri... kalau tak bagi bising. entah la... nasib baik ibu bapa saya memahami saya... sebab itu juga la seluruh keluarga saya tak suka pada ibu mertua saya sahaja.. kalau nak diceritakan panjang, hanya Allah saja lah yang tahu isi hati kami.



    5zul

    • *
    • Posts: 3045
    • ~~ Tiada Kesusahan Melainkan Susah ~~
      • View Profile
    Jawab #9 09 November, 2011, 03:53:06 PM
  • Publish Di FB
  • Rasulullah SAW dalam hadis yang diriwayatkan Saidatina Aisyah yang bermaksud: “Aku pernah bertanya kepada Baginda, “Siapakah orang yang paling berhak ke atas isteri?” Baginda menjawab: “Orang yang paling berhak kepada isteri ialah suaminya.” Kemudian aku bertanya lagi, “Dan siapakah orang yang paling berhak ke atas suami?” Baginda menjawab: “Orang yang paling berhak ke atas seorang suami ialah ibu kandungnya.” (Hadis riwayat Bazar dan al-Hakim)

    Rasulullah SAW selepas peristiwa Israk dan Mikraj, bersabda kepada sahabat wanita bermaksud: “Kebanyakan ahli neraka adalah wanita. Maka menangislah mereka (sahabat wanita) dan bertanya seorang daripada mereka: Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir? Baginda menjawab: Tidak. Mereka menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur nikmat yang disediakan suaminya.” (Hadis riwayat Muslim).

    Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Mana-mana isteri yang meminta suaminya menceraikannya (tanpa sebab yang dibenarkan oleh syarak) haram baginya bau syurga.” (Hadis riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)

    Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Apabila suami memanggil isterinya ke tempat tidur, tetapi ditolaknya sehingga marahlah suaminya, maka akan tidurlah isteri itu di dalam laknat malaikat sehingga ke pagi.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

    jika bergitu saudara ku ..
    mohon kerjasama lah dengan isteri.. Insyallah berbincang lah sebaik mungkin... perlu susuli lah Adab diri bila bicara..

    Insyallah mohon lah pada ALLAH - ALLAH sentiasa mendengari doa seorang hambaNya...
    (senyum)-

    Mei

    • *
    • Posts: 1054
      • View Profile
    Jawab #10 09 November, 2011, 04:10:27 PM
  • Publish Di FB
  • Panjang jugak cerita masalah saudara nih yer...(selalu kaum wanita je yang cerita panjang2 nih..senyum)

    Pada pandangan saya..mesti ada sebab kenapa mak mentua berkelakuan begitu. Mungkin saudara atau isteri sendiri pernah mengecilkan hati mak mentua tanpa disedari.Hati orang tua2 nih kadang2 susah nak faham...cepat terasa hati.

    Buat la apa yang termampu saudara..usahakanlah ikut kemampuan..yang tak mampu tu berterus terang je la dengan dia yang saudara tak mampu...serahkan selainnya pada Allah.Sama ada dia boleh terima atau tidak terpulang pada dia.Asalkan saudara dah berusaha menjadi menantu yang baik.

    Baru lagi berkahwin memang macam tu..dah lama2 esok ok la...bila masing2 dah faham perangai masing2. Mana tahu berkat kesabran saudara dengan kerenah mak mentua..terbuka pintu hatinya nak terima saudara.Banyakkan berdoa.Mudah-mudahan jadi menantu kesayangan pulak satu hari nanti.Insyallah.

    ifahuzir

    • *
    • Posts: 524
      • View Profile
    Jawab #11 09 November, 2011, 04:12:56 PM
  • Publish Di FB
  • W'alaikum Salaam,

    Pendapat saya, cuba jumpa ariffillah dan belikan makanan asas seperti garam dan gula yang telah di doakan kepada isi rumah keluarga mertua.. dalam halaqah ni pun ada.. usahalah mencarinya.. saya cadangkan aja..

    Beri senyap-senyap jer.. InsyaAllah, barang makanan itu akan menyingkirkan perkara negatif dalam diri si pemakannya.. Cubalah usahakan..

    InsyaAllah.. sementara itu, jagalah Haq Allah, maka akan terjagalah Haq kita kelak oleh Allah s.w.t..

    5zul

    • *
    • Posts: 3045
    • ~~ Tiada Kesusahan Melainkan Susah ~~
      • View Profile
    Jawab #12 09 November, 2011, 04:21:53 PM
  • Publish Di FB
  • W'alaikum Salaam,

    Pendapat saya, cuba jumpa ariffillah dan belikan makanan asas seperti garam dan gula yang telah di doakan kepada isi rumah keluarga mertua.. dalam halaqah ni pun ada.. usahalah mencarinya.. saya cadangkan aja..

    Beri senyap-senyap jer.. InsyaAllah, barang makanan itu akan menyingkirkan perkara negatif dalam diri si pemakannya.. Cubalah usahakan..

    InsyaAllah.. sementara itu, jagalah Haq Allah, maka akan terjagalah Haq kita kelak oleh Allah s.w.t..
    pak metua teman suka lah buat bergitu - teman tak suka bergitu -
    sebaiknya usaha lah dahulu..
    bergitu lah saudari mei katakan...
    dalam melepaskan anaknya hati tidak ikhlas..
    jika tidak ikhlas maka hasutan dan bisikan akan susuli.. bergitu lah yang berlaku pada keluarga saudara sekarang..

    jika tidak mampu adakan sebaiknya - mohon pada ALLAH - mohon supaya hati nya menerima kamu sebagai menantuNya..
    Insyallah

    syurga seorang anak lelaki berada di tapak ibunya..
    maksud di sini bukan sekadar ibu kandungnya sahaja malahan ibu mertua...

    Insyallah taati lah ibu mu - mohon lah doa sentiasa dan usaha -
    ALLAH makbulkan...

    Al- Baqarah ayat ke 186 -
    Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.

    jika kamu menyampaikan ilmuan ALLAH kepada diri sendiri malahan kepada ibu mertua mu - Insyallah ALLAH bukakan hati ibu mertuan mu -
    (senyum)-

    ifahuzir

    • *
    • Posts: 524
      • View Profile
    Jawab #13 09 November, 2011, 04:31:21 PM
  • Publish Di FB
  • W'alaikum Salaam,

    Pendapat saya, cuba jumpa ariffillah dan belikan makanan asas seperti garam dan gula yang telah di doakan kepada isi rumah keluarga mertua.. dalam halaqah ni pun ada.. usahalah mencarinya.. saya cadangkan aja..

    Beri senyap-senyap jer.. InsyaAllah, barang makanan itu akan menyingkirkan perkara negatif dalam diri si pemakannya.. Cubalah usahakan..

    InsyaAllah.. sementara itu, jagalah Haq Allah, maka akan terjagalah Haq kita kelak oleh Allah s.w.t..
    pak metua teman suka lah buat bergitu - teman tak suka bergitu -
    sebaiknya usaha lah dahulu..
    bergitu lah saudari mei katakan...
    dalam melepaskan anaknya hati tidak ikhlas..
    jika tidak ikhlas maka hasutan dan bisikan akan susuli.. bergitu lah yang berlaku pada keluarga saudara sekarang..

    jika tidak mampu adakan sebaiknya - mohon pada ALLAH - mohon supaya hati nya menerima kamu sebagai menantuNya..
    Insyallah

    syurga seorang anak lelaki berada di tapak ibunya..
    maksud di sini bukan sekadar ibu kandungnya sahaja malahan ibu mertua...

    Insyallah taati lah ibu mu - mohon lah doa sentiasa dan usaha -
    ALLAH makbulkan...

    Al- Baqarah ayat ke 186 -
    Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.

    jika kamu menyampaikan ilmuan ALLAH kepada diri sendiri malahan kepada ibu mertua mu - Insyallah ALLAH bukakan hati ibu mertuan mu -
    (senyum)-

    (senyum)..

    jika keberatan dan menyangka pendapat memberi makan itu akan mensyirikkan Allah s.w.t. usahlah lakukan pula.. hihi..

    banyak jalan lain yang boleh dituruti.. Pendapat tuan 5zul juga boleh digunakan.. cuma, tahap keyakinan ini yang menjadi persoalan..

    Beginilah; Nabi pernah bersabda, "doa orang teraniaya, akan dikabulkan Allah s.w.t".. jika kau merasa kamu di aniaya oleh ibu mertuamu, silakanlah berdoa dengan bersungguh-sungguh.. beserta taubat yang berterusan.. istigfar aja oso ken.. (tiada paksaan kan) (senyum..)

    persoalannya, hendak atau tidak melakukannya?

    5zul

    • *
    • Posts: 3045
    • ~~ Tiada Kesusahan Melainkan Susah ~~
      • View Profile
    Jawab #14 09 November, 2011, 04:40:44 PM
  • Publish Di FB
  • yup tuan ifa.. cara apa yang kamu cakapkan itu boleh di gunakan jua..
    cuma cara perantaran Nya di lakukan oleh pihak Diri - (Senyum)-

    tidak salah bergitu -
    takut nanti mereka yang menerima mempercayai sepenuh sebulat akan gula dan garam tue.. kan dah syirik..
    (Senyum)-

    seperti mana mohon pada polis jagakan rumah ketika balik kampung- padahal ALLAH yang adakan jalan kebaikkan kepada diri -
    cuma konsep itu di gunakkan dalam Usaha diri kepada diri -
    maka polis MEMBANTU menjaga keharmonian kawasan rumah itu -

    Insyallah - (Senyum)-

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    24 Replies
    72686 Views
    Last post 29 November, 2013, 02:08:34 AM
    by Munzir khan
    26 Replies
    23198 Views
    Last post 16 November, 2012, 09:22:28 AM
    by 5zul
    55 Replies
    13316 Views
    Last post 19 February, 2014, 11:02:56 AM
    by siti saieedhah