Wanita menjadi imam dirumah

*

Author Topic: Wanita menjadi imam dirumah  (Read 3460 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

saudari

  • *
  • Posts: 11
    • View Profile
29 October, 2011, 05:35:47 AM
  • Publish
  • Bolehkah seoarang wanita menjadi imam solat dirumah( contoh dimana suami baru memeluk islam)?

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14488
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #1 29 October, 2011, 06:25:19 AM
  • Publish
  • Bolehkah seoarang wanita menjadi imam solat dirumah( contoh dimana suami baru memeluk islam)?

    Tidak boleh. Perempuan tidak boleh menjadi imam kepada lelaki walaupun seorang mualaf.
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Antagonist

    • *
    • Posts: 198
      • View Profile
    Reply #2 29 October, 2011, 06:46:31 AM
  • Publish
  • Bolehkah seoarang wanita menjadi imam solat dirumah( contoh dimana suami baru memeluk islam)?

    lu gila ka?
    haiya,,lu apasat?itu waya ala shot ka?

    rabbitah

    • *
    • Posts: 606
      • View Profile
    Reply #3 29 October, 2011, 12:48:47 PM
  • Publish
  • Assalamualaikum...

    Walau apa keadaan pun..wanita tak boleh jadi imam kepada lelaki...walaupun dalam keadaan tu hanya ada seorang budak lelaki....Maaf andai saya salah..mohon diperbetulkan....
    Hidup di dunia bukan sekadar suatu kembara yang akan berakhir tatkala nafas terakhir terhela. Jua bukan bermakna kehidupan seseorang manusia itu akan ternoktah tatkala nyawa terpisah dari jasad. Sebaliknya, tatkala jasad ditinggalkan roh, hidup baru bagi seseorang manusia itu bermula.

    saudari

    • *
    • Posts: 11
      • View Profile
    Reply #4 29 October, 2011, 05:20:51 PM
  • Publish
  • sebagai ilmu dan pengetahuan


    Dan dari Ummu Waraqah r.a: "Sesungguhnya Nabi S.A.W telah menyuruh beliau menjadi imam kepada ahli rumahnya".
    di kalangan ulama' seperti Imam Al-Muzni, Abu Thaur dan Imam At-Thabari yang telah membolehkan perempuan menjadi imam kepada kaum lelaki ketika perlu dan darurat. (hujah mereka mengikut hadis diatas).

    Dan hadis Ummu Waraqah ini para ulama' telah bercanggah pendapat dalam memahaminya. Sebahagian mereka menjadikan ianya khususiah kepada Ummu Waraqah sahaja dan sebahagian yang lain pula mengangap dibolehkan perempuan menjadi imam kepada ahli keluarganya sahaja kerana di dalam hadis tersebut telah dikaitkan suruhan itu dengan ahli rumahnya.


    .Yang paling tepat di dalam masalah pengharusan imam seorang wanita kepada kaum lelaki adalah bersama keluarga di rumahnya. Syaratnya hendaklah wanita itu lebih layak untuk jawatan imam daripada lelaki; lebih faqih dan lebih fasih bacaan Qurannya.
    Adapun untuk perempuan menjadi imam kepada selain keluarganya serta di luar rumahnya tidak dibolehkan, mengikut pendapat jumhur ulama'

    maaf baru dapat jawapan. so saya share sebagai ilmu

    BAIK BURUK DITANGAN KITA
    cari ilmu dulu sebelum megatakan saudara kamu gila
     Sucikan diri dari kotoran-kotoran akhlak yang buruk, dan dari hati yang kotor.

    imanhaqeem

    • *
    • Posts: 57
      • View Profile
    Reply #5 29 October, 2011, 05:50:22 PM
  • Publish
  • Saudari!!

    Saya tak mahu komen pasal hadis ini..

    Tapi saya cuma nak kongsi sedikit.. jika mahu beriman dengan AL HADIS..
    perlu kepada penyempurnaan ilmu..mesti meyakini siapa periwayat2 setiap hadis..
    nama dan nasab mereka..sifat2 mereka..perlu di ketahui kebenaran setiap periwayat
    perlu juga diketahui ..kekuatan dan kelemahan setiap hadis..mursal dan musnadnya
    juga perlu diambil kira..digunapakai..sebelum beramal dengan sesuatu HADIS..

    Maaf kalau buat saudari makin tidak faham..

    Delima^Biru

    • *
    • Posts: 122
    • Kembara ku di Kejora Biru
      • View Profile
    Reply #6 29 October, 2011, 05:53:26 PM
  • Publish
  • Menurut Kitabullah, sunnah Rasulullah SAW, ijma' ulama, dan kaidah-kaidah fiqh.

    Firman Allah SWT antara lain: "Kaum laki-laki adalah pemimpin bagi kaum wanita oleh karena Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita)..." (QS An-Nisaa': 34)

    Sedangkan hadits-hadits Nabi SAW, antara lain:

    "Rasulullah memerintahkan Ummu Waraqah untuk menjadi imam bagi penghuni rumahnya." (HR Abu Dawud dan Al-Hakim).

    Rasulullah bersabda, “Janganlah seorang perempuan menjadi imam bagi laki-laki.” (HR Ibnu Majah)

    Rasulullah bersabda, “Saf (barisan dalam shalat berjamaah) terbaik untuk laki-laki adalah saf pertama (depan) dan saf terburuk bagi mereka adalah saf terakhir (belakang); sedangkan saf terbaik untuk perempuan adalah saf terakhir (belakang) dan saf terburuk bagi mereka adalah saf pertama (depan).”

    Rasulullah bersabda, “Shalat dapat terganggu oleh perempuan, anjing dan himar (keledai).” (HR Muslim)

    Rasulullah bersabda, “(Melaksanakan) shalat yang paling baik bagi perempuan adalah di dalam kamar rumahnya.” (HR Bukhari)

    Adapun berdasarkan ijma’ sahabat, di kalangan mereka tidak pernah ada wanita yang menjadi imam shalat di mana di antara makmumnya adalah laki-laki. "Para sahabat juga berijma’ bahwa wanita boleh menjadi imam shalat berjamaah yang makmumnya hanya wanita, seperti yang dilakukan oleh Aisyah dan Ummu Salamah,"dikupas dari  kitab Tuhfah Al-Ahwazi karya Al-Mubarakfuri.

    Dan berdasarkan kaidah fiqh: “Hukum asal dalam masalah ibadah adalah tauqif dan ittiba’ (mengikuti petunjuk dan contoh dari Nabi).”

    Selain itu,mari kita memerhatikan pendapat para ulama seperti termaktub dalam kitab Al-Umm (Imam Syafi’i), Al-Majmu’ Syarah Al-Muhazzab (Imam Nawawi), dan Al-Mughni (Ibnu Qudamah).

    "Berdasarkan telaah kitab-kitab tersebut, dan kenyataan bahwa sepanjang masa sejak zaman Nabi Muhammad SAW, tidak diketahui adanya shalat jamaah di mana imamnya wanita dan makmumnya laki-laki," .

    Oleh sebab itu,   bahwa wanita menjadi imam shalat berjamaah yang di antara makmumnya terdapat orang laki-laki hukumnya haram dan tidak sah. Adapun wanita yang menjadi imam shalat berjamaah yang makmumnya wanita, hukumnya mubah."

    Delima^Biru

    • *
    • Posts: 122
    • Kembara ku di Kejora Biru
      • View Profile
    Reply #7 29 October, 2011, 06:03:30 PM
  • Publish
  • Sebenarnya  cik saudari ini terpengaruh dengan isu imam wanita yang berlaku pada tahun 2005, Aminah Wadud. isu itu telah mendapat liputan hangat pada masa itu. Kita baca ulasan pihak-pihak berwajib.

       

    Isu Imam Wanita , Ulasan JAKIM Dalam Berita Harian


    Suara JAKIM: Agenda Amina Wadud persenda hukum Islam Oleh Ghafani Awang Teh.

    DALAM sejarah moden Islam, kita melihat muncul pelbagai nama yang menimbulkan kontroversi seperti Mirza Ghulan Ahmad mendakwa ia sebagai Rasul Allah terakhir. Serpihan pengikut Mirza telah mewujudkan ajaran Qadiyani yang memfatwakan sebagai agama baru.

    Kemunculan Mirza di Pakistan mendapat sokongan kuat penjajah British ketika menjajah Pakistan dan India. Kemudian muncul pula Salman Rashdie yang mendakwa al-Quran sebagai ayat syaitan dan diberi perlindungan hebat oleh masyarakat Barat.

    Di Bangladesh pernah muncul Taslima Nasreen yang menulis novel berasaskan mencaci al-Quran. Di negara kita sendiri pernah wujud sekelompok umat Islam tidak mengaku Sunnah Rasulullah dan menerbitkan pula kitab BACAAN.

    Persoalan besar timbul ialah apakah kontroversi yang dikeluarkan oleh orang Islam jahil silih berganti itu menjadi agenda pihak-pihak tertentu atau komplot untuk menghakis peranan ulama dan fuqaha dalam menjaga kesucian dan kekuatan nilai ajaran Islam?

    Pada 18 Mac 2005, umat Islam terkejut dengan laporan berita luar negara yang menyebutkan seorang wanita menjadi imam dan membaca khutbah sembahyang Jumaat yang diadakan di sebuah gereja di Manhattan New York Amerika Syarikat.

    Wanita yang menjadi imam itu ialah Amina Wadud (gambar) seorang profesor dalam bidang pengajian Islam di Universiti Commonwealth Virginia Amerika Syarikat. Beliau seorang ibu tunggal dan mempunyai lima anak.

    Tindakan kontroversi Amina Wadud mengenai amalan ajaran Islam bukanlah perkara pelik baginya. Beliau pernah menjadi pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dari 1989-1992 tetapi perkhidmatannya tidak dilanjutkan kerana pandangannya selalu kontroversi.

    Dalam satu Persidangan Perundingan Kepemimpinan Islam Peringkat Antarabangsa Berhubung HIV/Aids di Kuala Lumpur pada 20 Mei 2003, beliau mencaci al-Quran dan Sunnah kerana mendakwa ajarannya berkaitan pendidikan seks menyebabkan HIV/Aids merebak.

    Isu utama dalam tindak tanduk terbaru Amina Wadud ialah menjadi imam sembahyang Jumaat, membaca khutbah dan setiap saf-saf sembahyang Jumaat itu bercampur aduk lelaki dan wanita.

    Tindakan Amina Wadud menjadi wanita Islam pertama didunia menjadi imam sembahyang Jumaat dan membaca khutbah menerima kecaman ulama di seluruh dunia, antaranya Syeikh Yusuf al-Qardhawi.

    Menurut Syeikh Yusuf al-Qardhawi, fuqaha bersependapat wanita diharamkan menjadi imam sembahyang Jumaat dan membaca khutbah. Pendapat ini berdasarkan pengajaran dan bukan berdasarkan adat sesuatu kaum seperti mana yang didakwa, ketika memberi ulasan lanjut kepada agensi berita Islam Online tentang wanita diharamkan menjadi imam sembahyang kepada makmum lelaki ialah:

    Tidak pernah terjadi dalam sejarah Islam seorang wanita menjadi imam solat Jumaat dan membaca khutbah;

    Tidak ada seorang Fuqaha pun bersetuju membenarkan wanita menjadi imam solat Jumaat dan membaca khutbahnya;

    Sembahyang dalam Islam membabitkan perbuatan pelbagai pergerakan zahir dan batin. Ia tidak mengandungi semata-mata upacara keagamaan serta tidak bercampur aduk antara lelaki dan wanita. Ibadah sembahyang dalam Islam memerlukan tumpuan penuh minda, perasaan dan penyerahan hati khusyuk kepada Allah swt.

    Islam menggariskan beberapa peraturan untuk menentukan umatnya beribadah kepada Allah swt secara tertib dan beradab bagi mencapai kekhusyukan dalam menunaikan ibadah kepada Allah.

    Selari dengan kehebatan ibadah sembahyang, maka Islam menetapkan beberapa garis panduan dalam melaksanakannya.

    Dalam peraturan menunaikan sembahyang berjemaah lelaki dan perempuan Rasulullah bersabda: "Sebaik-baik saf bagi lelaki ialah saf yang pertama dan seburuk-buruknya saf yang terakhir manakala sebaik-baik saf bagi wanita ialah saf yang paling belakang dan seburuk-buruknya adalah saf yang pertama." - (Riwayat: Muslim).

    Hadis ini adalah hadis sahih. Ini adalah peraturan dan disiplin sembahyang berjemaah dalam beribadah kepada Allah.

    Islam membenarkan wanita menjadi imam kepada makmum wanita saja. Beberapa hadis yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi dan Darqatani menyatakan Aisyah dan Ummu Salamah (isteri-isteri Rasulullah) menjadi imam kepada jemaah wanita saja.

    Tempat duduk bagi imam wanita pula adalah dalam saf yang pertama sebaris dengan makmum, tidak terkedepan seperti mana peraturan kedudukan imam lelaki.
    Tidak ada hadis yang menyebut langsung mengenai wanita boleh menjadi imam sembahyang Jumaat dan membaca khutbah.

    Islam memberi persamaan hak berdasarkan keadilan kepada lelaki dan perempuan. Peraturan pengasingan lelaki dengan wanita dalam ibadah sembahyang menunjukkan Islam adalah agama yang tersusun dan bersistem. Ia sebenarnya memberi kebaikan dan kesejahteraan kepada semua pihak. Mereka menunaikan sembahyang untuk mencapai kekhusyukan sepenuh dan diredai Allah swt. Allah swt menyebut dalam al-Quran bahawa orang Islam yang berjaya ialah mereka yang khusyuk dalam sembahyang (Al-Mukminum:1) dan orang yang lalai dalam sembahyang adalah orang yang kerugian besar. - (al-Maaun: 4).

    Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim pula menyebut kehebatan dan kecemerlangan sembahyang akan menentukan seseorang itu ahli syurga atau neraka. Ternyata bahawa ibadah sembahyang adalah satu ibadah yang paling hebat dan memberi nikmat besar kepada individu yang mencapai kekhusyukan dalam sembahyang. Ketinggian martabat dan hakikat sembahyang dalam pembentukan peribadi umatnya amat nyata apabila Allah swt menyerah sendiri kepada Rasulullah saw mengenai perintah melaksanakan ibadah sembahyang semasa peristiwa Israk-Mikraj.

    Tindakan kontroversi seorang wanita menjadi imam sembahyang Jumaat dan membaca khutbah jelas sekali tidak mengambil kira ketinggian martabat dan kehebatan hakikat sembahyang itu. Oleh itu tindakan tersebut jelas dilihat sebagai tindakan wanita untuk memperjuangkan hak asasi wanita sebagai:

    Memperjuangkan hak sama-rata lelaki dan perempuan seperti mana yang diamalkan dalam kebebasan pergaulan lelaki dan perempuan seperti mana yang terdapat dalam upacara sembahyang agama lain.

    Berusaha melanggar disiplin ilmu yang dipegang oleh ulama dan fuqaha yang menjadi benteng kekuatan pegangan nilai umat Islam. Jika usaha ini berjaya maka peranan ulama dan fuqaha dalam mempertahankan nilai Islam akan terhakis.

    Dengar datangnya sesuatu peristiwa baru, umat Islam hendaklah berfikir secara terbuka sebelum menerimanya. Ia juga hendaklah dinilai dan diselidiki dengan ilmu dan panduan yang jelas sebelum mengikutinya.

    Firman Allah swt di dalam surah al-Hujuraat ayat 6 yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang telah kamu lakukan".


    - Rencana sumbangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

       

    Delima^Biru

    • *
    • Posts: 122
    • Kembara ku di Kejora Biru
      • View Profile
    Reply #8 29 October, 2011, 06:05:23 PM
  • Publish

  • maaf baru dapat jawapan. so saya share sebagai ilmu

    BAIK BURUK DITANGAN KITA
    cari ilmu dulu sebelum megatakan saudara kamu gila
     Sucikan diri dari kotoran-kotoran akhlak yang buruk, dan dari hati yang kotor.


    Dengar datangnya sesuatu peristiwa baru, umat Islam hendaklah berfikir secara terbuka sebelum menerimanya. Ia juga hendaklah dinilai dan diselidiki dengan ilmu dan panduan yang jelas sebelum mengikutinya.

    Firman Allah swt di dalam surah al-Hujuraat ayat 6 yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang telah kamu lakukan".


    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14488
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #9 29 October, 2011, 06:13:32 PM
  • Publish
  • Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin ditanya: Bolehkah saya mengimami suami saya dalam shalat, dengan alasan bahwa saya lebih banyak paham dan dan belajar, yang mana saya mengajar di Fakulti Syari’ah, sementara dia setengah buta huruf?

    Jawaban:
    Tidak dibolehkan wanita mengimami laki-laki, baik laki-laki itu suaminya, anaknya ataupun ayahnya, sebab wanita tidak boleh menjadi imam laki-laki, karena itu Nabi shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda:

    “Tidak akan beruntung suatu kaum yang menyerahkan perkara mereka kepada wanita.”

    Bahkan sekalipun wanita itu lebih paham (terhadap Kitabullah), ia tetap tidak boleh mengimaminya, adapun sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wassalam:

    “Hendaknya kaum ini diimami oleh orang yang paling bagus bacaannya dalam Kitabullah di antara mereka.”

    Maka wanita bersama laki-laki tidak tercakup dalam khithab ini, Allah Subhanallahu wa Ta’ala berfirman:

    “Hai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum mengolok-olokkan kaum yang lain (karena) boleh jadi mereka (yang diolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olokkan) dan jangan pula wanita-wanita (mengolok-olokkan) wanita lain (karena) boleh jadi wanita-wanita (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari wanita (yang mengolok-olokkan).” (Al-Hujurat: 11)

    Allah telah membagi masyarakat menjadi dua bagian, yaitu kaum laki-laki dan kaum wanita, berdasarkan ini maka tidak termasuk dalam kategori sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wassalam:

    “Hendaknya kaum ini diimami oleh orang yang paling bagus bacaannya dalam Kitabullah di antara mereka.” (Fatawa al-Mar’ah, hal. 38)

    Sumber: Fatwa-fatwa tentang Wanita 1 (Al-Fatawa Al-Jami’ah lil Mar’atil Muslimah), penyusun: Amin bin Yahya Al-Wazan, penerjemah: Amir Hamzah Fakhruddin, penerbit: Darul Haq, cet. III, Syawal 1423 H / Januari 2003 M, hal. 172-173.

    oblongata

    • *
    • Posts: 11
      • View Profile
    Reply #10 17 November, 2011, 11:50:27 PM
  • Publish
  • Bolehkah seoarang wanita menjadi imam solat dirumah( contoh dimana suami baru memeluk islam)?

    lu gila ka?
    haiya,,lu apasat?itu waya ala shot ka?

    haaiyaa..dia talak gila maa..dia bertanya ja..dalam islam pun kalau tak tahu kena tanya,jangan duk bajet sorang2..tanya pasal agama pun ada waya shot ka,ustaz.??aiyyaa(tepuk dahi maa).
    « Last Edit: 17 November, 2011, 11:52:52 PM by oblongata »

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    9 Replies
    17302 Views
    Last post 25 March, 2009, 01:42:00 AM
    by masri
    8 Replies
    2834 Views
    Last post 14 June, 2012, 02:16:01 PM
    by Fakir Billah
    2 Replies
    583 Views
    Last post 03 January, 2014, 05:03:12 PM
    by ansarul_haqq