Suami Tawar Hati Ketika Isteri Terkena Sihir Pemisah

*

Author Topic: Suami Tawar Hati Ketika Isteri Terkena Sihir Pemisah  (Read 8461 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

28 October, 2011, 04:57:46 PM
  • Publish
  • Assalammualaikum,

    Di sini saya ingin menceritakan sesuatu dan meminta pandangan sesiapa yang arif mengenai hal rumahtangga.

    Sepasang suami isteri berkahwin atas dasar cinta, mendirikan perkahwinan dalam serba sederhana. Bahagia dengan apa yang ada dan bersyukur dengan kurniaan tuhan. Suami sangat menyayangi isteri dan juga si isteri menyayangi suami. Pada awal perkahwinan mereka sangat bahagia terutama suami kerana mendapat seorang teman yang sangat memahami dan mengerti keadaannya yang kekurangn dari segi harta. Selepas beberapa bulan berkahwin, hubungan mula goyah, isteri selalu mengeluarkan kata2 yang membuat hati suami terluka, dan juga kadang2 bersikap kurang ajar dan suka menjawab ketika suami sedang marah. Keadaan ini berterusan hingga usia perkahwinan hampir mencecah 2 tahun. Sekejap mereka ok sekejap mereka bergaduh, walaupun hanya kerana hal kecil. Sampai satu ketika si suami menjalinkan hubungan dengan perempuan lain kerana merasakan tidak bahagia bersama isteri. Tapi hubungan itu tak lama, suami dan isteri berbaik semula dan bahagia selama beberapa bulan, kemudian berlaku lagi pertengkaran dan pergaduhan. Suami selalu membuat solat istikarah jika perkahwinan ini perlu di teruskan atau tidak. Si isteri pula di sahkan mengandung 2 bulan, keadaan seperti menjadi baik semula sehinggala si isteri gugur selepas beberapa minggu tahu yang dia mengandung. Si suami seperti tersentap, kerana sebelum itu dia ada melakukan solat istikarah dan memohon petunjuk dari Allah. Si suami menganggap itu adalah petunjuk dari Allah yang perkahwinan ini tak patut di teruskan. Si suami mengatakan bukan itu saja petunjuk yang dia dapat yang mengatakan perkahwinan itu tidak patut di teruskan. Dengan izin Allah, suami isteri ini tergerak untuk bertemu pakar perubatan islam, kerana merasakan ada yang tidak kena dengan hubungan mereka. Apabila si isteri di rawat di dapati si isteri telah terkena sihir pemisah. Ada yang tidak suka suami berkahwin dengan isteri dan telah menghantar sihir pemisah kepada pasangan ini. Si suami yang jarang meninggalkan solat, selalu mengaji dan selalu mengunjungi masjid terselamar dari sihir itu, manakala si isteri pula menjadi lalai, lupa pada Allah dan melakukan perkara yang suami tidak suka menjadi mangsa sihir itu. Si isteri menjadi cepat marah kepada suami, suka memberontak, syak wasangka buruk, suka mengeluarkan kata2 yang menyakitkan hati suami dan juga selalu bermasam muka dengan suami. Kes keguguran itu ada kena mengena dengan sihir yang di hantar. Suami menjadi jauh hati. Apabila suami tahu memang ada yang tidak kena dengan hubungan mereka suami menjadi buntu kerana dia inginkan melepaskan perkahwinan itu kerana tiada persefahaman antara mereka. Suami seperti sudah tekad untuk mengakhiri hubungan ini selain dari persefahaman, suami juga ada menyatakan ingin mencapai impian dia dan menjadi seperti yang di impi kan, dia mengatakan dia tidak mampu untuk menggapai impian dia dan dalam masa yang sama menjadi suami. Dia takut akan menggabaikan isterinya dan membuat isterinya berasa sedih. Ekonomi keluarga yang tidak menentu dan kadang2 mengalami kekurangan dan tidak mampu untuk membawa isteri untuk berjalan2 dan berseronok membuatkan suami tidak yakin dia mampu jadi suami yang baik, dia berfikir dengan melepaskan perkahwinan ini akan memberikan jalan terbaik kepada mereka berdua dan berserah pada Allah jika jodoh mereka masih ada selepas perpisahan. Si isteri sanggup melalui susah senang bersama suami, dan tidak pernah mengaharapkan kekayaan dari suami. Si isteri hanya ingin kebahagian dan hidup dalam sederhana. Tetapi si suami pula ingin melimpahkan kesenangan kepada si isteri, namum tidak pernah berpeluang berbuat demikian dan menyebabkan si suami hilang keyakinan untuk teruskan perkahwinan mereka. Si isteri yang bukan dirinya selama ini, selepas di rawat mula berubah, dia tidak lalai mengingati Allah, sentiasa menunaikan solat dan mengaji, mengharapkan suami memberi peluang kepadanya untuk membuktikan bahawa dia dulu bukanlah diri dia sebenar, si isteri sangat sayangkan perkahwinan itu dan memohon kepada Allah supaya melembutkan hati suaminya dan memberi keyakinan kepada suaminya untuk terima kembali perkahwinan mereka. Si suami pula mengganggap dia sudah beri terlalu banyak peluang kepada si isteri sebelum ini. Tapi adakah si suami bertindak adil? Kerana si isteri telah terkena sihir dan membuat perkara yang tidak sepatutnya sebelum ini tapi kini selepas di sahkan terkena sihir dan sedang dirawat, si isteri cuba untuk memenangi hati suami. Si isteri benar2 ingin berubah dan menjadi isteri yang solehah untuk suami. Suami masih sayang pada isteri cuma tak cukup yakin untuk meneruskan perkahwinan mereka. Si isteri sangat takut akan terjadi perpisahan, si isteri tidak pernah putus2 berdoa kepada Allah untuk melembutkan hati suaminya dan memohon Kepada Allah supaya menyuburkan semula kasih sayang dan cinta di hati suami dan juga kembalikan keyakinan di hati suami terhadap perkahwinan mereka. Si isteri masih nampak yang suami masih dalam keadaan yang keliru.

    Apa yang perlu si isteri buat untuk kembalikan keyakinan di hati suami?

    Adakah wajar si suami menamatkan perkahwinan mereka atas apa yang berlaku ketika si isteri di sihir?

    Adakah adil kepada isteri bila suami ingin menamatkan perkahwinan ini kerana berasa tidak yakin untuk menjadi suami terbaik walhal si isteri sanggup hidup susah dengannya?

    Perlukah si isteri menurut kehendak suami untuk berpisah untuk melihat suami bahagia dan gembira untuk mencapai impian dia?

    Adakah wajar suami ingin berpisah kerana ingin mencapai impiannya dan merasakan tidak mampu menunaikan tanggungjawab sebagai suami dalam masa yang sama?

    Apa pandangan kalian?

    Sekian

    Terima kasih.

    Wassalam.

    Reply #1 28 October, 2011, 05:42:29 PM
  • Publish
  • Sedihnya...berat sungguh masalah nih. Nak dilepaskan sayang..tak dilepas tak tertanggung rasanya.

    Hanya yang mengalami tahu..apa rasa sebenarnya.....

    Kalau si isteri masih sayang..bagilah peluang pada nya...sama2 doakannya.

    Kalau dah tak terdaya mungkin juga perpisahan jalan yang terbaik.

    Apa2 pun..banyak2 mintak petunjuk pada Allah...manusia hanya boleh bagi nasihat...

    Apa yang akan terjadi dimasa akan datang itu ditangan Allah..biarlah masa menentukannya....Sabar selagi termampu..bertahan selagi terdaya...wallahua'lam



    Reply #2 31 October, 2011, 06:13:44 PM
  • Publish
  • Takda cara lain.. Isteri perlu teruskan istiqamah jaga amalan, jangan tinggal solat, amalkan ayat-ayat pendinding seperti manzil, untuk hindarkan@pulihkan sihir tersebut. 

    Sama ada suami ingin terus menceraikan ataupun tidak, itu tak perlu difikirkan.

    Mintalah pertolongan Allah dengan solat dan sabar..

    Wallahua'lam.
    zaujah n aliah yusri.. ummu yusuf ramadhan & nur fatimah mujahidah..

    Reply #3 21 February, 2012, 01:05:59 PM
  • Publish
  • nasib pasangan ini seakan sama seperti saya,bezanya kes saya,suami saya jadi tawar hati pada saya tanpa sebab,seperti tiada perasaan pd saya dan sudah sekian lama saya tidak mendpt nafkah batin,.tp saya dan suami masih berusaha pergi ketpmt perubatan islam dan mencuba pelbagai jamu,mknan keshtan dan sbgainya yang saya fikir tidak salah dr sisi syariat.sehingga kini masih belum  ada  tanda positif..masalah ini bermula dr tahun 2006 semasa kami menetap  di indonesia(suami di transfer job ke sana)cuma waktu itu tidak berapa serius dan saya anggap msh biasa.tapi tu la hati wanita saya ni adakala ok adakala sensitif bila mengenangkan hal sensitif ini tgk mood jg,memang sengsara...
    sehingga kini usia perkahwinan saya hampir memasuki 10tahun tanpa chayamata dan tdk pernah sekalipun saya merasa hamil,dgn masalah ini yang menimpa bbrp tahun kebelakangan ini seakan memberhentikan dari terus berharap mempunyai sebuah keluarga yang lengkap spti pasangan lain..sesungguhnya saya masih tidak mengetahui apa sbnarnya disebalik kesemua yang saya alami ini melainkan dalam pengetahuan Allah sahaja..sekian

    Reply #4 21 February, 2012, 07:03:34 PM
  • Publish
  • Dalam cerita Dzeth. pandangan saya ianya hanyalah ujian buat si suami. Adakalanya Allah sengaja menimpakan ujian kesabaran suami menjadi nakhoda, especially suami-suami yang minat dalam agama, manakala isteri-isteri pula biasa-biasa saja. Justeru hendaklah suami mentarbiyah si isteri penuh bijaksana. Antara buktinya, apabila ada sesuatu yang mendatangkan bahagia, mereka jadi baik semula. Bagi saya si isteri tidaklah terkena sihir!!

    Dalam cerita sueffira, suami jadi begitu semestinya bersebab kerana alam dunia ini, alam bersebab musabab, ada sebab-akibat. Jika ikhtiar perubatannya di sudut kemanusiaannya menggunakan pelbagai kaedah telah, sedang dan akan dijalani, adakah sueffira dan suami setiap hari membuat solat hajat? Memohon, merintih kepadaNya penuh harapan? Kisah Nabi Allah Zakaria dan isterinya boleh menjadi teladan. Isteri Zakaria as mengandung dalam usia yang amat lanjut, sehingga lahirnya Yahya as.

    Namun begitu, sueffira sebenarnya ada hak memohon fasakh jika ianya terlalu lama dan habis sudah kesabaran dan segala ikhtiar dan usaha dari pelbagai sudut. Ada baiknya solat hajat dan istikharah diamalkan setiap hari, sehingga Allah membuka jalan dan memberikan alternatif penyelesaiannya. :ins:
    "Selagi kita lurus dengan Allah, dunia dalam genggaman."- Sayyidah Nafisah.

    Reply #5 21 February, 2012, 11:15:58 PM
  • Publish
  • Assalamualaikum

    Sekadar memberi pendapat berdasarkan pengalaman diri sendiri..si suami sepatutnya memberi peluang pada isteri.Si suami perlu selalu mengadu secara berterusan pada Allah.Apa yang berlaku adalah ujian dalam rumahtangga.Lagipun syaitan yang datang menggoda hingga menyebabkan si suami mahu menceraikan isteri adalah besar pangkatnya.Jalan terbaik,kedua-dua mereka perlu gandakan lagi benteng keimanan.Jgn ikut nasihat syaitan.Renungan untuk si suami :

    Wasiat Nabi Adam a.s
    Riwayat dalam Syarah Al Arbain al Nawawiyah

    Jika Kamu hendak berbuat sesuatu,tetapi hati kamu gelisah kerananya,jangan lah kamu teruskan. Sewaktu aku makan buah khuldi,hati aku gelisah

    Jika kamu hendak kerjakan sesuatu, lihatlah kesudahannya.klaulah aku lihat dan fikirkan kesudahan akibat makan buah khuldi itu tentu aku tak akan makan

    Jika kamu  hendak buat satu pekara,berundinglah dengan orang yang lebih arif dan pakar. Kalau dulu aku berunding dengan melaikat,tentu malaikat akan beritahu aku untuk tidak makan buah khuldi itu.

    Wassalam.

    Reply #6 22 February, 2012, 08:12:19 AM
  • Publish
  • Assalamualaikum

    Sekadar memberi pendapat berdasarkan pengalaman diri sendiri..si suami sepatutnya memberi peluang pada isteri.Si suami perlu selalu mengadu secara berterusan pada Allah.Apa yang berlaku adalah ujian dalam rumahtangga.Lagipun syaitan yang datang menggoda hingga menyebabkan si suami mahu menceraikan isteri adalah besar pangkatnya.Jalan terbaik,kedua-dua mereka perlu gandakan lagi benteng keimanan.Jgn ikut nasihat syaitan.Renungan untuk si suami :

    Wasiat Nabi Adam a.s
    Riwayat dalam Syarah Al Arbain al Nawawiyah

    Jika Kamu hendak berbuat sesuatu,tetapi hati kamu gelisah kerananya,jangan lah kamu teruskan. Sewaktu aku makan buah khuldi,hati aku gelisah

    Jika kamu hendak kerjakan sesuatu, lihatlah kesudahannya.klaulah aku lihat dan fikirkan kesudahan akibat makan buah khuldi itu tentu aku tak akan makan

    Jika kamu  hendak buat satu pekara,berundinglah dengan orang yang lebih arif dan pakar. Kalau dulu aku berunding dengan melaikat,tentu malaikat akan beritahu aku untuk tidak makan buah khuldi itu.

    Wassalam.
    Saya setuju bangat dengan Rynna Thani...

    Yang saya hairannya, kenapa bila jumpa perawat(ada yang dipanggil ustaz), apabila perawat mengatakan ini kena sihir, orang sekian sekian hantar. Ada juga jin yang merasuk tubuh, melalui rasukan itu jin itu pun mengatakan orang sekian-sekian sihirkan. Terus percaya! Hairan sungguh, mudahnya mempercayai kata-kata perawat dan jin yang merasuk! Kebetulan pula si jin itu mengatakan di sekian tempat ada sekian benda/tangkal. Bila pergi aje tempat tu jumpa la benda-benda tu. Maka bertambahlah iman/percaya kepada perkataan dan cakap-cakap perawat dan jin yang merasuk. Walhal secara tak sedar jin@syaitan itu yang mewujudkan benda itu dengan kebolehan jin itu juga. Akhirnya porak-peranda rumahtangga, fitnah terhadap orang lain semakin menjadi-jadi, semakin kusut dan sukar kehidupan, semakin meruncing masalah. Anak-anak pun terbiar, isteri diceraikan menjadi ibu tunggal......

    Dalam banyak kes suami-isteri, perselisihan adalah perkara biasa, dalam hubungan zahir-batin kita semestinya pasti akan ada yang tak kena. Nak membetulkannya itulah perlukan sepakat dan kebijaksanaan. Kena tahu permasalahan dan kehendak diri masing-masing. Hubungan sewajarnya penuh keterbukaan, toleransi perlu ada, persefahaman wajib diwujudkan. Perselisihan suami-isteri adakalanya kerana hubungan seks yang mementingkan diri sendiri, adakalanya kerana ada sifat, sikap dan perangai tertentu yang tidak disukai pasangan, misalnya pemalas, cerewet, kuat berleter dan seumpamanya. Adakalanya disebabkan adanya campurtangan orang lain dan lain-lain asbab..

    So, kena selidiki dulu sedalam-dalamnya masalah yang timbul. Kemudian cari jalan, fikirkan penyelesaian yang terbaik yang tidak merugikan semua pihak...Sesekali pengorbanan itu perlu kerana itulah hidup. Yang penting pengorbanan itu diredai Allah dan RasulNya.

    Adakalanya suami tawar hati dan tiada syahwat keinginan terhadap isteri kerana hatinya kecewa. Kurangnya kasih yang selama ini bercinta kasih bagai nak rak pun ada sebab musababnya......Ada juga sebab fizikal, seperti kena serangan jenis diabetes yang memakan tenaga seks (saraf)....
    « Last Edit: 22 February, 2012, 08:15:52 AM by nazri0070 »

    Reply #7 22 February, 2012, 09:34:29 AM
  • Publish
  • Kasihan si isteri dan suami..menjadi mangsa keadaan..menjadi mangsa kekejaman manusia yang terlalu ikutkan hati dan nafsu semata-mata...
    Saya rasa si isteri perlu istiqamah dalam mendekatkan diri dengan Allah..rajin solat sunat,baca Al-Quran dan sentiasa baca al mathurat..selain itu,saya minta isteri jangan lah berputus asa dalam mengubati dirinya..andai dia tak mampu menggerakkan dirinya sendiri untuk berubat,siapa lagi??  selebihnya bertawakal kepada Allah.sesunggunya daripada Allah datangnya penyakit,daripadanya juga datangnya kesembuhan...yang penting,setiap amalan perubatan islam yang dilakukan,mestilah berterusan dan yakin pada Allah bahawa suatu masa nanti Allah pasti akan sembuhkan penyakit si isteri..saya yakin,di atas setiap musibah yang Allah bagi,pasti akan ada kebahagiaan yang akan menyusul..cepat atau lambat,semua kehendak Allah..

    Bagi suami pula,teruskanlah bersabar dan istikharah..fikirkanlah hati dan perasaan si isteri..isteri sanggup berjuang dengan penyakitnya semata-mata untuk hidup bersama awak,si suami..kasihanlah dia..bantulah si isteri untuk pulih,jangan biarkan dia terus hanyut dengan dunia,hanyut dengan sihir..sama-sama bantu untuk pilihkannya..andai si suami dah tak mampu lagi bertahan,sekurang-kurangnya bantu lah isteri lepas dari penyakitnya dengan memberi dia dorongan,bawa ke tempat perubatan islam selalu..tapi,fikir fikirkanlah sedalam-dalamnya..dimana rasa cinta yang mekar dulu...........

    divider3
    halaqahforum4