Amalan Bercukur Jambul

*

Author Topic: Amalan Bercukur Jambul  (Read 39605 times)

0 Halaqian and 4 Guests are viewing this topic.

umsha

  • *
  • Posts: 695
  • Be yourself & always remember ALLAH
    • View Profile
19 July, 2007, 04:53:49 PM
  • Publish
  • AMALAN cukur jambul kebiasaannya diadakan sempena menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga. Berpandukan kepada syariat Islam, istilah cukur jambul sebenarnya tidak wujud dan selari dengan sunah Nabi Muhammad s.a.w.. Malah amalan ini juga dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang beragama Hindu.

    Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama.” (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi)

    Berdasarkan kepada hadis ini, ulama menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. menggalakkan umat Islam yang dikurniakan cahaya mata supaya melakukan akikah pada hari ketujuh. Kemudiannya, daging akikah tersebut diagih-agihkan kepada golongan fakir miskin.

    Mengikut sunah, apa yang dilakukan oleh Baginda kepada cucunya, Hasan dan Husin, apabila jatuh hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut mereka berdua. Rambut tersebut ditimbang dan disamakan dengan nilai perak dan kemudiannya disedekahkan kepada fakir miskin. Bagaimanapun, ulama hari ini menyatakan, emas boleh digunakan bagi menggantikan perak. Bahkan, mengikut Islam juga, pada hari ketujuh akan dilakukan tahnik, jelas Pegawai Agama Istana Negara, Datuk Abu Hassan Din al-Hafiz.

    Menurut beliau, amalan tahnik adalah memasukkan sesuatu yang manis seperti manisan madu lebah atau buah tamar yang dihancurkan dan memalitkannya ke lelangit bayi. Sebaliknya, cecair manis hanya disapukan ke bibir bayi dan bukannya ke dalam mulut sebagaimana yang disunahkan oleh Rasulullah s.a.w..

    Islam menggalakkan amalan mencukur rambut bayi sehingga botak supaya segala kekotoran yang keluar daripada rahim dapat dibuang dan membolehkan rambut baru tumbuh dengan sihat.

    Sebahagian masyarakat Islam hari ini tidak mencukur rambut anak-anak hingga botak sebaliknya mengadakan upacara cukur jambul sebagai adat dan tradisi yang telah dilakukan sejak turun temurun. Tambah mengelirukan, rambut yang digunting itu dimasukkan ke dalam buah kelapa.

    Memandangkan terdapat beberapa perkara yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam, maka ulama berpendapat, mengamalkan adat cukur jambul adalah bidaah dan khurafat. Paling menyedihkan apabila terdapat segelintir umat Islam yang cuba menghidupkan kembali kepercayaan seperti ini.

    “Mengikut sesetengah pendapat, amalan cukur jambul adalah tradisi dan kepercayaan yang dilakukan oleh masyarakat India seperti menggunakan buah kelapa. “Soalnya, kenapa menggunakan buah kelapa? Apakah relevan amalan sebegini dengan masyarakat Islam?” kata beliau.

    Selain amalan-amalan di atas yang bertentangan dengan syariat agama, kesilapan yang turut dilakukan ibu bapa hari ini ialah akikah atau cukur rambut dilakukan setelah bayi berusia beberapa bulan. Majlis tersebut turut disertai dengan adat berendoi di mana buaian dihias dengan bunga-bungaan dan perhiasan lain.

    Menurut Abu Hassan, upacara cukur rambut tidak perlu disertakan dengan marhaban atau berzanji. Ia memadai dengan bercukur rambut sahaja. Melainkan jika ia diadakan pada hari akikah, bolehlah diadakan jamuan.

    “Tetapi kadang-kadang disebabkan rasa gembira dengan kehadiran orang baru dalam keluarga, kita mengadakan majlis secara besar-besaran hingga menampakkan unsur-unsur kemewahan. Perbuatan ini tidak menjadi kesalahan asalkan niat dan tujuan diadakan adalah ikhlas kerana Allah s.w.t.. Cuma dibimbangi sekiranya ia bertukar menjadi riak, maka ia adalah menjadi satu kesalahan,” ulas beliau mengenai kecenderungan masyarakat hari ini yang gemar mengadakan majlis cukur jambul secara besar-besaran.

    Masyarakat Islam harus faham bahawa sesuatu amalan yang dilakukan sama ada yang sudah menjadi tradisi dan kebiasaan tanpa bersumberkan nas atau dalil yang sah perlu ditolak. Apatah lagi apabila ia dikaitkan dengan kepercayaan dan tradisi agama lain.

    Kebanyakan amalan yang dijadikan adat bagi orang Melayu dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang sekian lama diamalkan di negara ini. Berpandukan kepada sejarah, sebelum kedatangan Islam ke Tanah Melayu, penduduk asal negara ini ketika itu menganut agama Hindu.

    Antara adat yang tidak boleh dipisahkan oleh masyarakat Melayu ialah persandingan dan menepung tawar pengantin ketika majlis perkahwinan. Walaupun Islam tidak melarang tetapi dari segi perlaksanaannya ia tetap bertentangan dengan syariat agama. Contohnya, menghiaskan pengantin dan ditambah dengan pelamin yang berhias bunga-bungaan dan sebagainya. Kemudian, pengantin diletakkan di atas pelamin dan diadakan upacara merenjis dan menepung tawar. Malah pengantin perempuan pada hari ini juga cenderung melukis pelbagai bentuk dan corak pada tangan mereka sedangkan ia jelas bertentangan dengan hukum Islam yang melarang sebarang lukisan dilakukan pada anggota badan.

    “Sebenarnya terlalu banyak adat dan tradisi yang bertentangan dengan syariat tetapi masih tetap diamalkan oleh masyarakat Melayu. Sepatutnya semua perkara bidaah ini harus dihentikan demi menjamin kesejahteraan ummah. “Justeru, demi kebaikan bayi yang dilahirkan supaya menjadi manusia yang berguna kelak, tidak seharusnya mereka didedahkan dengan perkara khurafat dan bidaah sejak masih kecil,” tegas beliau.

    Adat cukur jambul

    Adat ini dilakukan pada hari ketujuh selepas bayi dilahirkan. Untuk menjalankan upacara tersebut beberapa kelengkapan disediakan iaitu sebuah dulang berisi tiga mangkuk atau piring yang berisi air tepung tawar, beras kunyit dan bertih.

    Sebiji kelapa muda dipotong bahagian kepalanya dengan potongan berkelok-kelok siku seluang untuk dijadikan penutup. Airnya dibuang dan diganti dengan sedikit air sejuk. Kemudian kelapa yang dihias dengan lilitan rantai emas atau perak disekelilingnya diletakkan di dalam sebiji batil. Kesemua rambut bayi yang dicukur akan dimasukkan ke dalam kelapa. Akhirnya kelapa tersebut di tanam di sekitar halaman rumah bersama sepohon anak kelapa atau seumpamanya sebagai memperingati masa anak itu dilahirkan.

    Lazimnya, semasa adat ini dijalankan akikah turut diadakan. Dari segi syarak, akikah membawa pengertian menyembelih ternakan pada hari ke tujuh selepas anak dilahirkan. Akikah sunat dilakukan pada hari ketujuh kelahiran iaitu boleh dijalankan serentak dengan adat mencukur rambut dan adat memberi nama. Namun ia juga boleh dilakukan pada hari yang lain.

    Adat berendoi

    Semasa adat berendoi, bayi akan diletakkan di dalam buaian dengan menggunakan kain songket atau batik dan dihias indah dengan bunga-bungaan. Selendang akan diikat di kiri kanan buaian dan ditarik perlahan-lahan semasa upacara berlangsung. Ketika itu juga nazam atau marhaban dialunkan oleh sekumpulan lelaki atau wanita. Pada hari ini, masyarakat Melayu menjalankan adat ini serentak dengan adat memberi nama dan adat cukur rambut.

    Sumber : Utusan Malaysia Online
    Usahlah memandang semua dgn pandangan mata semata-mata, tetapi pandanglah dghn pandangan hati....kita bukan saja dpt melihatNya dimana-mana tetapi dpt merasa rahmat kurniaanNya juga....

    ieda77

    • *
    • Posts: 3
      • View Profile
    Reply #1 15 June, 2009, 05:42:23 PM
  • Publish
  • nk mmintak pendapat...sy ingin melakukan cukur jambul anak saya pd bulan depan...tp sy buat sekali dgn kenduri tahlil dan doa selamat...boleh kah sy melakukan kenduri doa selamat dan kemudian memberi pulut kuning dan rendang sebagai hadiah utk tetamu dan kemudian suami akan mencukur semua rambut anak sy dan menimbang mengikut kiraan emas lalu  di sedekahkan kpd fakir miskin?

    ibnuwalidaini

    • *
    • Posts: 2886
    • .:: StiLL iN JoUrNeY tO kNoW AbOuT LiFe ::.
      • View Profile
    Reply #2 15 June, 2009, 06:37:50 PM
  • Publish
  • nk mmintak pendapat...sy ingin melakukan cukur jambul anak saya pd bulan depan...tp sy buat sekali dgn kenduri tahlil dan doa selamat...boleh kah sy melakukan kenduri doa selamat dan kemudian memberi pulut kuning dan rendang sebagai hadiah utk tetamu dan kemudian suami akan mencukur semua rambut anak sy dan menimbang mengikut kiraan emas lalu  di sedekahkan kpd fakir miskin?

    satu niat yang baik..teruskan dengan niat suci kalian itu..nak buat kenduri ker aper ker dipersilakan..dan masa kenduri tu pun nak bagi makan apa sahaja yang halal kepada tetamu pun dipersilakan..
    " Semua manusia tahu bagaimana
    hendak bercakap tetapi
    tidak semua orang tahu bila dia
    patut bercakap."

    uranicade

    • *
    • Posts: 269
      • View Profile
    Reply #3 15 June, 2009, 07:55:26 PM
  • Publish
  • Quote
    buat pa nak buat benda yang nabi tak buat

    menyusahkan jer

    kan islam tu mudah x menyusahkan

    kan pengamal bidaah tempatnya di neraka

    btul x???

    betul tu.Islam tu memang mudah dan tak menyusahkan.biarkan sahaja orang-orang yang nak bersedekah dengan majlis cukur jambul sedekah pulut kuning kat fakir miskin nanti masuk neraka.disebabkan bersedekah kepada orang miskin menyebabkan masuk neraka maka jom kita rebut peluang tu.dengan baca Yaasin malam jumaat masuk neraka apa salahnya.dengan selawat sebelum azan dan selawat reramai menyebabkan masuk neraka maka saya sanggup masuk neraka.almaklumla,semua amalan selawat , baca Quran surah Yaasin apa semua ni penyebab kepada masuk neraka...yang sewenang menuduh pengamal bidaah tempatnya di neraka ini dah dijamin masuk syurga kan.jadi biarkan sahajalah orang yang tidak dijamin masuk syurga lain mahu melakukan amalan "bidaah" selawat kepada baginda Nabi reramai,baca tahlil,sedekah,baca Al-Quran,tawassul,zikir dan sebagainya supaya masuk neraka.sebab tak yakin lagi iman setahap para sahabat jadi biarkan sahajalah kami melakukan perkara "bidaah" sedemikian.

    ok.wasalam

    mooks

    • *
    • Posts: 801
      • View Profile
    Reply #4 15 June, 2009, 08:50:23 PM
  • Publish
  • Saya tak sertuju dengan artikel tu...who is the writer?? i want to know who...

    ليس الفتى يقول هو أبي لكن الفتى يقول هذا أنا

    Reading to live - Flaubert ..... Say No to Intellectual Barbarism!
    ---Raden Kiai Mooksy---

    786

    • *
    • Posts: 284
      • View Profile
    Reply #5 16 June, 2009, 12:04:46 AM
  • Publish
  • Quote
    buat pa nak buat benda yang nabi tak buat

    menyusahkan jer

    kan islam tu mudah x menyusahkan

    kan pengamal bidaah tempatnya di neraka

    btul x???

    MasyaAllah .. berat ni sheikh .... walaupun ada hadis mengatakan bida'ah tu sesat tapi sewenang-2 nak hantar orang pergi neraka tanpa nas yang kukuh adalah tak patut ....  adab ahlus sunnah wal jamaah tidak semudah itu menjatuhkan hukum kafir pada saudara semuslim .. apa lagi nak suruh masuk neraka ... harap kita beristighfar ...

    Shohib Mirbat

    • *
    • Posts: 363
    • MurkaNya adalah Rahman, CintaNya adalah Rahim
      • View Profile
    Reply #6 16 June, 2009, 08:57:57 AM
  • Publish
  • Bid'ah yang tidak diterima adalah berputar pada bab aqidah iman kita kepada Allah kerana tiada perlu kepada penambahbaikan dalam tiang kepercayaan kepada Allah setelah sempurnanya Islam di hari peristiwa Haji Wida'. Selain daripadanya dapat diterima melalui kesepakatan ijma' 'ulama yang mu'tabar dari dulu hingga kini..
    "Hitori no kamisama shika hoka ni kami ha nai, Muhanmado ha kamisama no shito"

    Riot_heroes

    • *
    • Posts: 595
    • IMMORTALITY
      • View Profile
    Reply #7 19 December, 2009, 07:07:36 PM
  • Publish
  • Apabila kita buat sesuatu dan kita faham bahawa amalan ini bukan sabit dari Rasulullah SAW  maka ia bukanlah satu bidaah.

    Bidaah ialah apabila kita buat sesuatu amalan yang bukan sabit dari Rasulullah SAW tetapi kita mengatakan ia dari Rasulullah SAW.

    ini pemahaman saya yang lemah la...Tuan-Tuan lebih tahu sila khabarkan....
    You'll Never Walk Alone

     Akaun Akhirat Anda No: CIMB 01180004462058 Halaqah Net Services

    Riot_heroes

    • *
    • Posts: 595
    • IMMORTALITY
      • View Profile
    Reply #8 19 December, 2009, 08:53:00 PM
  • Publish
  • Suatu hari Umar RA melihat seseorang yang terus-menerus solah tahajud sehingga waktu suboh. Umar RA berkata "Nabi SAW akan berehat seketika sebelum masuk waktu Suboh. Adakah kamu rasa amalan kamu lebih baik dari amalan Nabi SAW". Semoga kita faham dan cinta sunnah sepertimana cintanya Umar RA kepada "cara Nabi"

    dol_bendol

    • *
    • Posts: 1661
    • http://al-merapu.blogspot.com
      • View Profile
    Reply #9 19 December, 2009, 11:09:10 PM
  • Publish
  • tu sunnah ibadah yg telah di tentukan..........................ibadah yg sudah di tentukan tak boleh ada penambahan, innovasi
    tapi...... Umar juga yang mulakan, tarawikh, berjamaah................walaupun nabi tak pernah buat.............jadi bagaimana ya,
    adakah itu bidaah hasanah?

    nabi beritahu............ikut quran, dan sunnah ku serta sunnah sahabatku.............semuga benarlah apa yg kita lakukan, betul dan benar

    kemudian, hal kehidupan kamu, kamulah tentukan, tentu kena buat baik kan, berlaku adil, ber amanah, kan, semuga jadilah Kehidupan itu, kehidupan Islam, Inshallah

    solehah

    • *
    • Posts: 204
      • View Profile
    Reply #10 20 December, 2009, 12:39:08 AM
  • Publish

  • Quote
    buat pa nak buat benda yang nabi tak buat

    menyusahkan jer

    kan islam tu mudah x menyusahkan

    kan pengamal bidaah tempatnya di neraka

    btul x???




    makcik ni tak lah arif sangat nak...tp makcik terpanggil atas kenyataan tu "kan pengamal bidaah tempatnya di neraka"
    Duhai anakku...semudah itu kah anak menggatakan begitu...menghukum orang masuk neraka?
    Tak baik begitu nak..takut2 Allah lagi MURKA kepada kite atas "HUKUMAN" yang kita buat....
    sama2 kita fikirkan nak...Wallahua'lam

    NUHA7966

    • *
    • Posts: 5
      • View Profile
    Reply #11 20 December, 2009, 01:25:58 AM
  • Publish
  • aduhhhh mn satu yg btol ni..........

    mooks

    • *
    • Posts: 801
      • View Profile
    Reply #12 20 December, 2009, 11:04:15 AM
  • Publish
  • tu sunnah ibadah yg telah di tentukan..........................ibadah yg sudah di tentukan tak boleh ada penambahan, innovasi
    tapi...... Umar juga yang mulakan, tarawikh, berjamaah................walaupun nabi tak pernah buat.............jadi bagaimana ya,
    adakah itu bidaah hasanah?

    nabi beritahu............ikut quran, dan sunnah ku serta sunnah sahabatku.............semuga benarlah apa yg kita lakukan, betul dan benar

    kemudian, hal kehidupan kamu, kamulah tentukan, tentu kena buat baik kan, berlaku adil, ber amanah, kan, semuga jadilah Kehidupan itu, kehidupan Islam, Inshallah

    Ibadah yang ditentukan dan tidak menerima inovasi sama sekali adalah ibadah yang tidak dapat difaham secara akal seperti kenapa subuh 2 rakaat, kenapa satu hari 5 waktu, kenapa setiap rakaat ada 2 sujud etc. maka perkara2 ibadah seperti ini tidak dapat dilakukan selain apa yang diajarkan nabi. ia dikenal dengan "العبادة غير معقولة".

    Sedangkan ibadah2 yang dapat diketahui illatnya, dan alasannya, maka ia menerima untuk terjadi perubahan sesuai dengan illat yang berlaku...seperti contoh talaffuz bi al-Niat fi solat. alasan nabi talafuz dalam haji dan puasa agar menegaskan bahwa dia berpuasa dan haji...memang di dalam solat nabi tidak pernah talafuz atau belum ditemukan hadisnya...tapi dikarenakan di dalam haji dan puasa nabi talafuz, maka diqiyaskan dalam hal ibadah solat karena memiliki ilat yang sama yaitu demi mengukuhkan hati...Ilaat seperti ini dapat kita gali dan cari bagi ibadah2 yang ma'qulah atau dapat difaham akal...sedangkan kaidah "لا قياس في العبادة" tidak dapat dipisahkan dengan qayyid yang disebut ulama yaitu "لا قياس في العبادة غير معقولة" yaitu tidak ada qiyas dalam ibadah yang tidak dapat diterima akal alasannya. so hanya ibadah yang ghair ma'qulah saja yang tidak boleh diqiyaskan...

    Untuk masalah cukur jambul nie, ia adalah amalan baik...tidak ada hadis yang melarangnya..malah praktek cukur jambul hanya dengan memotong sebagian rambut ketika upacara, dan tentunya akan dicukur semuanya setelah acara agar mudah...hukum upacara ini adalah mubah atau harus...ketika diniatkan untuk aqiqah dan shadaqah maka ia adalah ibadah...adapun hadis qaza' yang banyak digunakan oleh mereka yang miss guided, ulama sepakat qaza' itu adalah hanya makruh...qaza' adalah memotong sebagian rambut dan membiarkan yang lain or basically macam punk...sedangkan cukur jambul ni adat dia potong sebagian demi tabarruk kepada hadirin yang hadir, nanti ketika sudah selesai acara baru cukur habis...dan lebih sunat lagi rambut tersebut di kumpulkan dan ditimbang dan dibelikan emas sesuai timbangan rambut...Buka kitab2 fiqh tentang bab Aqiqah...

    Larangan Qaza' dimakruhkan menurut ulama adalah dengan alasan qaza' adalah sebuah sifat tabi'i manusia dalam hal ini, nahi (larangan) dalam nash tidak menunjukkan haram tapi hanya makruh...(buka kitab al-muwafaqat Imam Syathibi dengan redaksi "ما لا يطاق"....sama seperti perintah pada perkara tabi'i semacam makan..(كلوا واشربوا)...ini bukan berarti wajib makan dan minum, tapi hanya mubah...(buka usul fiqh al-islami wahbah zuhayli)...

    So kesimpulan saya, artikel di atas tidak sesuai dengan metode usul fiqh, maupun konsep fiqh secara umum...penilaiannya tidak ilmiah dan perlu ditolak habis-habis...

    wAllahu a'lam...

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14514
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #13 20 December, 2009, 11:17:18 AM
  • Publish

  • Quote
    So kesimpulan saya, artikel di atas tidak sesuai dengan metode usul fiqh, maupun konsep fiqh secara umum...penilaiannya tidak ilmiah dan perlu ditolak habis-habis...

    Terima kasih mooks atas penerangan di atas. Jadi jangan mudah menetapkan sesuatu hukum jika kita bukan pengkaji kitab. Sesuatu yang mubah seperti mengadakan majlis jamuan makan apabila selesai mencukur rambut untuk anak baru lahir, jika diniatkan sebagai sedekah dan mengeratkan silaturahim , mengeratkan ukhuwwah dengan menjemput jiran tetangga dan saudara mara, maka ibadah jadinya.
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    dol_bendol

    • *
    • Posts: 1661
    • http://al-merapu.blogspot.com
      • View Profile
    Reply #14 20 December, 2009, 12:26:53 PM
  • Publish
  • Rahsia di balik amalan, cukur jambul, bertih, pulut kuning, bakar kemenyan tu, semuanya terjadi apabila ada pengamal yg berdamping dengan jin. Sebab itu ada adat adat demikian, maklumlah upacara keturunan.

    tetapi nak buat macamana kan, yg melakukan pun tidak tahu, cuma mengikut ikut cakap org tua tuanya sahaja

    semuga rajinlah bertanya, dan buat sesuatu hendaklah dengan pengetahuan, jangan jadi pak turut ya

    maaf yaa,

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14514
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #15 20 December, 2009, 04:26:48 PM
  • Publish
  • Rahsia di balik amalan, cukur jambul, bertih, pulut kuning, bakar kemenyan tu, semuanya terjadi apabila ada pengamal yg berdamping dengan jin. Sebab itu ada adat adat demikian, maklumlah upacara keturunan.

    tetapi nak buat macamana kan, yg melakukan pun tidak tahu, cuma mengikut ikut cakap org tua tuanya sahaja

    semuga rajinlah bertanya, dan buat sesuatu hendaklah dengan pengetahuan, jangan jadi pak turut ya


    Dol, kalau upacara cukur jambul sekarang ni, tak ada semua tu (bertih, pulut kuning, bakar kemenyan tu,) yang ada cuma orang lelaki baca selawat marhaban, anak kecik baru lahir diminta berkat dari tok guru, minta guntingkan sikit rambutnya. Lepas tu,bila orang ramai dah dijamu makan, mereka balik,baru sambung habiskan rambut dicukur. Nama je cukur jambul, tapi bukan jambul yang dicukur, rambut yang dibuang hingga botak.

    Dibuat pada hari aqiqah,rambut tadi ditimbang dan nilaikan dengan berat harga emas. Berikan kepada orang miskin.

    fique_85

    • *
    • Posts: 12
      • View Profile
    Reply #16 20 December, 2009, 05:14:00 PM
  • Publish
  • Sesungguhnya sebaik-baik perkataan adalah kitab Allah dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam, dan perkara yang paling buruk adalah perkara yang baru dan setiap bid'ah adalah tersesat ..Hadith Riwayat Imam Muslim
    « Last Edit: 20 December, 2009, 07:10:18 PM by fique_85 »

    mooks

    • *
    • Posts: 801
      • View Profile
    Reply #17 20 December, 2009, 08:13:39 PM
  • Publish
  • Rahsia di balik amalan, cukur jambul, bertih, pulut kuning, bakar kemenyan tu, semuanya terjadi apabila ada pengamal yg berdamping dengan jin. Sebab itu ada adat adat demikian, maklumlah upacara keturunan.

    tetapi nak buat macamana kan, yg melakukan pun tidak tahu, cuma mengikut ikut cakap org tua tuanya sahaja

    semuga rajinlah bertanya, dan buat sesuatu hendaklah dengan pengetahuan, jangan jadi pak turut ya

    maaf yaa,

    Pernyataan anta bendol perlu dibuktikan dengan ilmiah....walaupun benar sekalipun, ketika kita melakukan sesuatu yang secara kebetulan (tidak ada niat sama atau bahkan tidak tau sama) bahwa itu juga merupakan ritual jin la apa la, adakah ia langsung divonis haram? padahal org melakukan tersebut tidak ada niat atau tujuan ke sana sama sekali? dan perlu juga kita tau, bahwa nama is just a name....pulut kuning is a malaysian food....bertih? apa tuh? bakar kemenyan atau dalam bahasa Arab Bukhur itu malah dihukumi sunat bila yang dicari adalah bau wangi-wangian seperti dalam case memandikan mayyit. Baca ni dol...if tak reti cari translator jangan nak banyak komen:

    يرى جمهور الفقهاء أنّ استعمال البخور عند تغسيل الميّت مستحبّ ، لئلّا تشمّ منه رائحة كريهة

    so jangan hanya sebab kemenyan itu digunakan oleh bomoh2 kita terus buat assumption that apa pun kegiatan yang berkaitan dengan kemenyan is basically bomoh or jin damping activity...sekali lagi saya tegaskan dan khususnya kepada Dol Bendol, cukur jambul ni jangan dilihat secara nama dan lahir dia saja, lihat dari segala aspek apakah memang ada dalil yang benar2 melarangnya? pakai ilmu usul anta...kalau tak reti belajar...

    mooks

    • *
    • Posts: 801
      • View Profile
    Reply #18 20 December, 2009, 08:15:58 PM
  • Publish
  • Sesungguhnya sebaik-baik perkataan adalah kitab Allah dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam, dan perkara yang paling buruk adalah perkara yang baru dan setiap bid'ah adalah tersesat ..Hadith Riwayat Imam Muslim

    Saudara yang budiman...saya mengucapkan selamat datang ke Halaqah...agar supaya saudara tetap di dalam bimbingan Ahli Sunnah, sila baca banyak thread kami di Halaqah tentang bid'ah dan macam2nya serta konsep bagaimana sebuah perkara itu dihukumi bid'ah...nescaya ilmu saudara akan menunjukkan jalan yang benar dan bagaimana memahami teks2 Qur'an dan Hadis begitu juga perkhilafan dan perbalahan ulama....

     :jaz:

    fique_85

    • *
    • Posts: 12
      • View Profile
    Reply #19 20 December, 2009, 08:26:27 PM
  • Publish
  • akhi mooks...saya orang baru semoga mendapat ilmu yg bermanfat di sini...jzkk

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    4 Replies
    2811 Views
    Last post 26 May, 2010, 08:46:36 AM
    by mohdazri
    0 Replies
    555 Views
    Last post 14 September, 2011, 02:48:29 PM
    by zul505
    2 Replies
    969 Views
    Last post 01 October, 2013, 08:46:26 PM
    by al_ahibbatu