Komunikasi Suami Isteri

*

Author Topic: Komunikasi Suami Isteri  (Read 2871 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

nurul-adni

  • *
  • Posts: 8
    • View Profile
26 October, 2011, 10:38:54 AM
  • Publish
  •  :)


    Saya kongsikan tentang komunikasi suami isteri di sini:

    http://sisi-kehidupan.blogspot.com/2011/10/rumahtangga-bab-3-berkomunikasilah.html


    :: Berkomunikasilah, kerana ALLAH ::


    "Saya tak tahulah macam mana nak bagitahu abang.. Saya serba salah sebenarnya.. Kalau saya cerita, abang jangan marah ya. Dah dua hari saya asyik fikir pasal ni... Tapi kalau tak bagitahu, saya serba salah simpan sorang-sorang.


    Abang janji ya, tak marah kalau saya cerita. Saya tak pasti saya patut cerita ke tak... Tapi saya nak kongsi dengan abang. Tapi sayang takut penerimaan abang. Tapi kalau sayang tak cerita, mana abang tau kan. Sayang ceritalah, tapi abang terkejut pula nanti. Sayang serba salah lah..."


    Apa sebenarnya yang isteri nak sampaikan dengan intro yang panjang berjela ini.......? :D


    Saya teringat antara buku pertama yang saya terima dari suami bertajuk ‘The Art Of Talking To Anyone’.


    Memberi mesej pada saya akan besarnya harapan suami agar saya dapat menggilap kemahiran komunikasi bukan sahaja untuk perbaikan bidang tarbiyyah yang saya ceburi, namun untuk jangka panjang lapangan komunikasi sihat suami dan isteri.


    Antara perkara yang diperingatkan suami sewaktu kami di ambang pernikahan ialah pentingnya ilmu komunikasi untuk menjaga keharmonisan rumahtangga. Malah sewaktu dalam proses ke arah pernikahan, beberapa kali suami saya menegur beberapa sikap dan cara berkomunikasi saya yang kurang disenangi. Dan perlu diperbaiki.

    Wah, sebelum kahwin dah kena tegur macam-macam...sanggup ke nak jadi isteri?

    Sanggup insyaALLAH. Wahai para isteri dan bakal isteri - akui kesilapan dan kelemahan diri, rendah hati untuk belajar, sedia dan sentiasa berubah ke arah kebaikan...! Syarat pertama untuk isteri mencipta kebahagiaan berumahtangga.

    Ternyata suami saya seorang yang verbal, mudah mengkomunikasikan apa yang ada di hati dan fikiran. Maka, lebih mudah saya belajar tentang dirinya. Lebih mudah memahami,  lebih mudah membina keserasian.


    Tidak demikian pula bagi diri saya - suka ke, tak suka ke - saya lebih banyak diamkan. Tapi kemudian saya mula belajar mengungkap apa yang ada di hati, kerana saya ingin hubungan di alam rumahtangga ini bersifat dinamik dan positif. Saya mula belajar bercakap dan meluahkan perasaan bila menyedari suami saya tidak boleh menyambung kabel printer pada minda saya untuk mencetak bahasa jiwa dan buah fikir saya :P


    (tapi biasalah, memang ada perkara-perkara yang sukar diungkap, samaada kerana kita nak menjaga hati insan yang mendengar atau kita simpan kerana kita rasa ok saja teruskan kehidupan tanpa membicarakannya. Kita pilih mendiamkan jika mudarat lebih banyak dari manfaat.)


    Susah nak berkomunikasi..?

    Bagi saya memang susah.. Mungkin budaya kita (Orang melayu? Orang Malaysia? Atau didikan keluarga?), we tend to suppress our feelings. Memendam perasaan. Kita tak biasa melahirkan perasaan dengan asertif, dan kita jarang sekali belajar cara bercakap yang sepatutnya.

    Semua boleh bercakap, tapi siapa yang mampu bercakap dengan perkataan dan cara yang baik menghampiri seperti yang ditarbiyyah Rasulullah…?


    Kita tak suka, kita diam. Tapi di belakang kita marah dan mencela.


    Kita marah, kita diam. Tapi dalam hati marah merebak pada dendam dan kebencian.


    Kita bimbang, kalau kita bercakap, akan melukakan dan menyakitkan. Kita ingin meluahkan, tapi bimbang luahan kita tak dipedulikan.


    Akhirnya kita yang bernama isteri menangis kesedihan kerana rasa tiada pengertian atau empati dari suami. Rasa sempitnya dada menyimpan ketidakpuasan hati tentang banyak perkara atau ketidaksetujuan dalam beberapa keputusan yang diambil suami.


    Kita kena belajar bercakap rupanya… (juga belajar mendengar dan merespon).


    Saya masih baru nak belajar bercakap. Perkahwinan ini buat saya betul-betul merasai kepentingan pandai bercakap (baca: berkomunikasi dengan berkesan). Yalah, dengan komunikasilah dapat memahami hati budi suami yang baru dikenali. Tak mengenali, mana mungkin menyayangi. Tak memahami, mana mungkin menghormati.


    Lainlah kalau dengan kita sama-sama teman perempuan kan, kita boleh saling membaca body language dan eye contact dengan cemerlang :P

    Kita tahu yang teman baik perempuan kita ini sedih atau geram tentang benda yang berlaku semalam di ofisnya semalam. Kita tahu dia termenung sebab teringat pada kucing kesayangan yang telah kembali menemui tuhan. Kita tahu dia buat suara monyok sebab dia rindu kat suami dia yang baik tu.......


    Suami? Well, jangan expect suami kita faham dan empati kita masih bersedih dengan kisah gaduh yang tiga minggu lepas. Fikiran isteri masih ulang tayang konflik lama tu, bila suami ajak keluar berjalan - isteri tunjuk muka kesedihan. Dan insyaALLAH akan bermulalah pergaduhan baru sebab isteri rasa tak difahami, suami pula tak faham kenapa isteri muka monyok dan tak bersemangat. Suami rasa, yang dah lepas - forgive and forget.


    Sedangkan kita yang perempuan, suka sembang perkara yang sama berulang kali, sampai rasa lega dan puas hati. Sebab itulah, isteri wajib ada kawan perempuan yang rapat walaupun selepas berkahwin, untuk jadi teman sembang sepuas hati :D


    Kasihan lah kat suami, yang psychologically tak di design untuk cerita hal berkaitan perasaan 20 jam sehari. Sedangkan perempuan, memang boleh :D tapi jangan cerita keaiban atau makan bangkai manusia ya (baca: mengumpat). Alhamdulillah, ALLAH menjadikan lelaki suka topik perkara lain dari perempuan. Kalau tak, siapa yang nak buat kapal terbang, kereta, ipad, elarti, dan sebagainya yang bukan bidang kesukaan orang perempuan.

    Orang lelaki - berterima kasihlah pada ALLAH mencipta orang perempuan  yang tak habis-habis bercerita pasal hias rumah, hias laman, pasal penjagaan anak-anak, pasal resepi, pasal pakaian dan perhiasan.


    Alhamdulillah beberapa buah buku relationship lelaki perempuan dan komunikasi yang suami berikan, perlahan-lahan saya cuba realitikan. Kami sama-sama belajar. InsyaALLAH.


    Yang penting, semua ini kerana ALLAH. Bab komunikasi yang kita ungkapkan selalu ini bukan sekadar untuk pelihara cinta sesama manusia, tapi dalam rangka ibadah dan ketaatan kepada ALLAH. Untuk kita saling membantu dalam melaksanakan hak dan amanah sebagai suami isteri.


    Sebagai isteri, bila kita komunikasikan dengan baik apa yang sepatutnya, kita membantunya bertindak dan membuat keputusan yang terbaik sebagai suami. Dengan komunikasi yang kita bangunkan, suami akan lebih berlaku adil dalam pimpinannya.


    Seorang suami yang jujur dan ihsan dalam komunikasi pula akan membuka jalan pada isterinya untuk lebih memahami dan menghormati kehendaknya.


    Bila bergaduh suami isteri, first thing to stop adalah komunikasi. Dan biasanya isteri yang mula bagi silent treatment kat suami. Tak cakap, atau endah tak endah, buat muka, atau keluar rumah. Kalau keluar, terus tak balik satu malam atau bermalam-malam.


    Jadi kalau nak pulihkan konflik, tidak boleh tidak, pintu komunikasi adalah perkara pertama yang perlu dibuka. Dan bila syaitan dah menghangatkan konflik, waktu isteri dah sedar kesilapan memboikot suami - suami pula lancarkan silent treatment. Syaitan laknatullah kan sangat suka suami isteri bergaduh? Paling suka, kalau gaduh dan gaduh sampai bercerai.


    Suami memang tak tahan dengan rejection isteri kan...? Sekali atau dua kali bolehlah suami pujuk, atau minta maaf. Kali seterusnya, jangan hairan kalau suami buat endah tak endah lebih dasyhat dari isteri.


    Atau saat beginilah biasanya suami sangat mengalu-alukan kehadiran 'orang ketiga'. Sebarang perempuan lain yang melayan suami dengan baik sikit je, samaada di ofis atau bertentang mata bertukar senyuman di kopitiam, akan meresap ke jiwa suami. Yelah, isteri di rumah buat tak layan, maka suami ada perempuan lain yang boleh mengisi jiwanya - samaada chatting di fb, ym, sms etc segala kecanggihan laman sosial yang banyak bak cendawan tumbuh...


    Kesimpulannya, berkomunikasilah..  mudah-mudahan ia membuka pintu penyelesaian dan kebaikan.

    Nurul Nawar

    • *
    • Posts: 1379
    • Forgive me. May Allah bless you -)
      • View Profile
    Reply #1 17 October, 2012, 03:13:38 PM
  • Publish
  • Ya betul..perempuan walaupun dikategorikan banyak bercakap,tapi bila berkaitan hal perasaan yang sensitif,lebih banyak memendam dan mendiamkan diri..Berbeza pula dengan lelaki yang boleh berterus-terang,dan berkomunikasi secara profesional cakap saja apa yang dia tak puas hati jika ada masalah-masalah tertentu berlaku...:senyum:..

    Jadi kita kena belajar berkata,meluahkan juga secara bijak dan tidak terbawa-bawa emosi itu supaya komunikasi boleh difahami kedua-dua belah pihak dan tidak mengundang kepada pergaduhan..

    wallahualam..

    Nurul Nawar

    • *
    • Posts: 1379
    • Forgive me. May Allah bless you -)
      • View Profile
    Reply #2 17 October, 2012, 03:21:10 PM
  • Publish
  • Tapi saya selalu tertanya-tanya kenapa lelaki suka,memang suka sangatlah..kot..atau banyak lelaki saya perhatikan begini, sekalipun orang yang saya kenal atau tak kenal,suka sungguh bergurau nak kahwin lagi,tambah lagi,ataupun bergurau yang berkaitanlah..contoh,saya pun free ni, saya kan ada..nak kahwin dengan saya ke..ape-apelah..Itu memang habit mereka ke..suka suki? Atau niat bergurau ke,atau memang ada pasang niat pun sebenarnya..??Itu kalau belakang isteri,lagi galak ahh.. :senyum: Tapi ada jugak yang depan-depan isteri lagi mahu bergurau begitu..Tahu tak itu antara perkara yang paling sensitif buat isteri..agak-agakler..:senyum:..tak tahulah kalau isteri pun tak kisah,tahu suaminya suka bergurau gitu..:senyum:..

    Sejadah_Usang

    • *
    • Posts: 725
      • View Profile
    Reply #3 17 October, 2012, 03:28:07 PM
  • Publish
  • Tapi saya selalu tertanya-tanya kenapa lelaki suka,memang suka sangatlah..kot..atau banyak lelaki saya perhatikan begini, sekalipun orang yang saya kenal atau tak kenal,suka sungguh bergurau nak kahwin lagi,tambah lagi,ataupun bergurau yang berkaitanlah..contoh,saya pun free ni, saya kan ada..nak kahwin dengan saya ke..ape-apelah..Itu memang habit mereka ke..suka suki? Atau niat bergurau ke,atau memang ada pasang niat pun sebenarnya..??Itu kalau belakang isteri,lagi galak ahh.. :senyum: Tapi ada jugak yang depan-depan isteri lagi mahu bergurau begitu..Tahu tak itu antara perkara yang paling sensitif buat isteri..agak-agakler..:senyum:..tak tahulah kalau isteri pun tak kisah,tahu suaminya suka bergurau gitu..:senyum:..

    Lelaki majoriti memang suka bergurau macam tu. Mungkin kerana fitrah lelaki suka nak kawin lebih cuma antara mampu atau tidak je. So nak lepaskan keinginan tu dengan bergurau nak kawin lagi atau seolah olah ada nombor dua, tiga dan empat. Namun ada juga lelaki yang depan isteri je galak sebab nak sakat isteri tapi belakang biasa je. Ada juga lelaki yang depan isteri baik je, tak pernah sebut pasal kawin lagi tapi belakang isteri galak. Isteri kenalah faham gurau gurauan sebegini cuma kena check jugalah kot kot dia pasang betul ^_^. Memang adakalanya sebagai wanita kita agak hangin kena sakat macam ni tapi dah itu fitrah lelaki so layan je lah.... Nak lepas gian tu kot ^_^

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    0 Replies
    994 Views
    Last post 27 April, 2009, 05:34:26 AM
    by fadhila
    1 Replies
    1123 Views
    Last post 21 October, 2011, 04:50:42 PM
    by siti norhafiza
    3 Replies
    7294 Views
    Last post 01 September, 2012, 05:16:14 PM
    by sekasihsayang