Suami Tidak Solat

*

Author Topic: Suami Tidak Solat  (Read 3161 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

siti norhafiza

  • *
  • Posts: 49
  • mencuba untuk membahagiakan keluarga
    • View Profile
06 October, 2011, 11:46:15 AM
  • Publish
  •  :)
    Dalam ruangan ini saya ingin minta pertolongan kawan - kawan untuk selesaikan masalah seorang sahabat saya ini.

    Sahabat saya ini sudah berumahtangga dan mempunyai anak seramai 3 orang.seorang suri rumahtangga.

    Pada suatu hari sahabat saya ini bertanya kepada saya macam mana ingin melembutkan hati suaminya supaya rajin menunaikan solat 5 waktu...
    saya memberi cadangan supaya di dalam bilik atau di tempat yang sesuai untuk menunaikan solat di sediakan sejadah,songkok dan kain pelekat di sediakan
    untuknya setiap waktu,tapi suaminya semacam liat untuk menunaikan solat.boleh tak kawan-kawan berikan pendapat cara terbaik untuk sedarkan suami sahabat saya ni,supaya cara menegur tidak buat suaminya terasa hati atau menimbulkan marah pada si isteri.

    mohdazri

    • *
    • Posts: 1061
      • View Profile
    Reply #1 06 October, 2011, 11:50:01 AM
  • Publish
  • isteri perlu kuat beramal dan berdoa kepada Allah s.w.t agar suaminya diberikan taufik dan hidayah, jangan berhenti membuat kebaikan kepada suami,lakukan tanggungjawab sebagai seorang isteri yang solehah insyaallah ada perubahan.

    shearazi

    • *
    • Posts: 510
    • Kudambakan Redha Allah
      • View Profile
    Reply #2 06 October, 2011, 11:53:50 AM
  • Publish
  • beruntunglah si suami kerana dijodohkan dengan isteri yang solehah. yang akan membimbing beliau ke jalan yang benar....
    moga Allah mempermudahkan urusan isteri yang solehah itu. alhamdulillah
    Moga kita berkongsi ilmu di sini kerana Allah SWT

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4856
      • View Profile
    Reply #3 06 October, 2011, 12:29:59 PM
  • Publish
  • ala bang
    anak dah besar

    bila abang nak imam kan solat bersama anak anak tu bang

    nanti anak anak tahulah ayahnya baik, boleh imamkan

    inshallah ya, cubalah tahajud minta allah lembutkan hati
    dia masak makanan, sila minta allah lembutkan hati sesiapa yang makannya
    semuanya boleh di doakan
    asal saja mengetahui

    inshallah ya

    shearazi

    • *
    • Posts: 510
    • Kudambakan Redha Allah
      • View Profile
    Reply #4 06 October, 2011, 12:45:17 PM
  • Publish

  • Maksudnya: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku." (Ibrahim :40)

    berdoalah..


    adi-tok pulau m

    • *
    • Posts: 79
      • View Profile
    Reply #5 06 October, 2011, 12:46:48 PM
  • Publish
  • Pohonlah petunjuk dari Allah sepanjang masa, mengikut detik saat jam berputar. Insya Allah!

    IbnAzhar

    • *
    • Posts: 39
      • View Profile
    Reply #6 06 October, 2011, 12:47:21 PM
  • Publish
  • Syaikh Muhammad Saleh Al Utsaimin pernah ditanya mengenai ini oleh seorang wanita dan dia menjawab " Pulanglah ke rumah ibu bapamu sesunggunya suamimu telah kafir ".

    Namun itu bagi mereka yang berpegang bahawa meninggalkan solat itu kafir yakni jumhur pendapat ulama Ahlus Sunnah. Namun pendapat yang paling benar ialah dia fasiq dan tidak kafir asalkan masih mengakui kewajipan solat dan bukan menafikannya.

    Punca seseorang tidak bersolat ialah kerana beberapa sebab.

    - Tidak dikuatkan masalah iman dan kepercayaannya kepada hari kebangkitan. Jika perkara ini tidak selesai, maka mustahil untuk tetap dalam solat
    - Sering melakukan dosa-dosa besar yang menghilangkan semangatnya untuk solat. Orang seperti ini perlu diceritakan padanya hakikat taubat itu boleh dilakukan berulang-ulang asalnya nyawa tidak sampai ke halqum. Ceritakan kepadanya masa berjalan ke hadapan dan umur makin pendek ( makin habis ), maka muslim perlu menggapai pahala di sepanjang jalannya mana yang sempat digapai sambil sentiasa memohon ampun bagi dosa setiap hari.
    - Tidak didedahkan tentang nas-nas dan dalil yang menakjubkan seperti tanda-tanda hadis akhir zaman yang telah terbukti berlaku dan membuktikan Nabi itu benar-benar mendapat wahyu dari pencipta. Maka orang yang tidak bersolat itu benar-benar akan terzahir neraka di depannya kelak seperti terbuktinya hadis akhir zaman yang dilihatnya makin banyak muncul tandanya kini.
    - Kabur tentang fiqh solat dan menjangkakan bahawa apabila dia bertaubat, dia perlu mengqada seluruh solatnya yang ditinggal bertahun2 itu. Walhal bukanlah begitu.
    -Kabur bahawa jika dia terlepas solat subuh kerana tidur, dia tidak boleh lagi solat ketika matahari terbit. Sebenarnya ia boleh berdasar banyak hadis tentangnya. Maka dia tidak ada semangat lagi untuk solat yang lainnya.

    Antara sequency seseorang yang meninggalkan solat setelah dahulunya penuh biasanya seperti ini:

    Meninggalkan subuh dan isyak dahulu ---> kemudian meninggalkan zohor dan asar dan hanya bersolat maghrib sahaja ----> kemudian dia jarang-jarang solat maghrib dan akhirnya meninggalkan seluruh solat.

    Antara sequency seseorang yang memulakan solat sehingga penuh ialah :

    Sesekali bersolat maghrib --- > kemudian mudah untuk solat maghrib ---> kemudian cuba membiasakan diri dengan zohor dan asar ---> kemudian yang paling berat ialah subuh dan isyak.

    Rasulullah SAW:
     
    "Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat Isyak dan solat Subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalamnya, nescaya mereka akan mendatangi keduanya sekalipun dengan merangkak." [ Sahih Muslim, V/160 ]

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    41 Replies
    7517 Views
    Last post 29 January, 2011, 11:13:26 AM
    by ruha
    20 Replies
    6780 Views
    Last post 20 November, 2012, 05:54:54 PM
    by eras
    2 Replies
    2312 Views
    Last post 05 February, 2012, 03:35:30 PM
    by nazri0070