Tempat-Tempat Menarik Di Perak

*

Author Topic: Tempat-Tempat Menarik Di Perak  (Read 28225 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

02 October, 2011, 08:11:57 PM
  • Publish
  •  :)

    apa khabar sume orang perak..saje je bukak topik ni...boleh tak senaraikan tempat2 yang menarik kat negeri perak?yang orang tak tahu..yang orang tak pernah kunjungi,yang tak popular..boleh popularkan di sini..dan listkan nama2 tempat di negeri perak,yang korang rasa ramai orang tak tahu... :jaz:
    mencari redha ALLAH...jadilah insan berguna kepada orang lain

    Reply #1 02 October, 2011, 08:21:46 PM
  • Publish
  •  :ws:

    Yang Hada tahu dimana? Bolehlah Hada mulakan dulu.
    لا إله إلا الله

    Reply #2 02 October, 2011, 08:29:03 PM
  • Publish
  • Taman Tasik Taiping
    Taiping Lake Garden dibina pada tahun 1880 dan merupakan taman tasik paling awal dan antara yang indah di Malaysia. Ia dibina semasa pemerintahan Inggeris di Malaysia. Taman yang indah ini terletak di berhampiran Bukit Larut dan Zoo Taiping.

    Kellie’s Castle
    Kellie’s Castle dibina oleh Inggeris yang dikatakan belum pernah tinggal di dalamnya. Ia terletak berhampiran Batu Gajah, dan jika anda memandu lebih kurang 20-30 minit dari bandar Ipoh, Perak. Ia dibina pada tahun 1915 dan pembinaannya terhenti selepas kematian William Kellie Smith.

    Teluk Intan Leaning Tower
    Dibina pada tahun 1885 oleh kontraktor China, Chong Leong Choon, merupakan menara setinggi 25.5 m yang terletak di bandar Teluk Intan, Perak. Tempat ini adalah suatu kemestian bagi mereka yang ingin melawat salah satu tempat menarik di negeri Perak. Pada awalnya digunakan sebagai tangki air yang menyediakan air bagi penduduk di bandar. Kini, struktur kayu ini menjadi satu keanehan arkitektur yang menarik bagi pengunjung.

    Gua Tempurung
    Terletak di Gopeng, sekitar 24km selatan ibu kota Ipoh di Perak dan berhampiran Kampar, merupakan salah satu gua batu kapur yang terbesar di Semenanjung Malaysia. Di dalam Gua tersebut telah dibina platform yang diterangi lampu dari pintu gua bagi membolehkan anda berjalan dengan mudah

    Pulau Pangkor
    Pulau Pangkor adalah sebuah pulau yang menarik, terletak di utara-barat Semenanjung Malaysia. Anda boleh menaiki feri dari Lumut untuk sampai ke sana. Banyak pakej percutian yang menarik bagi mereka yang ingin berkunjung ke sana.

    Reply #3 02 October, 2011, 08:59:47 PM
  • Publish
  • Teluk Batik pun menarikkan Hada, pantai bersih, pemandangan pun cantik.

    Reply #4 02 October, 2011, 09:15:17 PM
  • Publish
  • Teluk Batik pun menarikkan Hada, pantai bersih, pemandangan pun cantik.

    yup..menarik bagi orang yang menghayati keindahan ciptaan ALLAH

    Reply #5 02 October, 2011, 09:54:19 PM
  • Publish
  • Parents sy tinggal di Taiping. Nak bercuti secara ekonomi, kami balik Taiping.

    Antara aktiviti yg boleh dilakukan:
    1. Sungai/Jeram - Ada 2 spot berdekatan Lake Garden. Satu Burmese Pool, yg satu lagi di Taman Suria.
    2. Zoo Taiping - kecik, sesuai untuk kanak2. Malam2, untuk seronok bergerak atas tram, boleh pergi zoo waktu malam. wallahualam kalau binatang2 tu nak keluar.
    3. Lake Garden - besar. Boleh berkayak atau naik sampan. Seronoklah budak2. Bagi kaki fotografi, mmg byk angle cantik dan paling sy suka pemandangan selepas hujan.
    4. Muzium Perak terletak di Taiping - ni pun faveret anak2. Skala kecil, mak pak pun tak penat. Ada tulang gajah kat dalam dan patung2 scene2 bersejarah.
    5. Naik bukit larut - ni happening bagi yg tak pernah naik jip kecik yg dah habis bunga tayar. Kalau ada baby, jgn naik, kang terpelanting budak tu. Tp anak2 sy suka feeling terhenjut-henjut tu. naik atas takde ada apa, just enjoy the view and the playground. ada a small teahouse.
    6. Ni belum pernah try - aktiviti ATV (ala2 motor yg lasak tu) dan naik kuda dlm perjalanan nak masuk ke kaki bukit larut.
    7. Kubur peringatan Taiping War di junction ke Burmese Pool. Cantik, takde mayat pun. But eerie at nite.
    8. Coronation pool - Nothing interesting kecuali airnya adalah air swimming pool diambil straight dari sungai. Takde chlorine dan sejukkk.
    9. Berjalan naik bukit larut (bukan trek jip). Ni best especially selepas hujan. Air terjun yg boleh dilihat sejauh highway plus kita boleh pi lihat dekat2, tapi jgn mandi.

    Latest hotels around Lake Garden:
    1. Flemington Hotel - nampak cantik dari luar, mmg facing tasik.
    2. Kamal Lodge House - small chalet. Yg menarik ialah kids' playpool, tiada swimming pool dewasa. Sesuai kalau ada trip keluarga yg ada anak2 kecik. Tapi ini kedalam sikit, dekat Taiping War Cemetry.

    Tempat makan (sorry, kurang arif). Tapi ini yg pernah dibuatlah.
    1. Keuy teow Doli - entah apa yg menarik sekarang ni. Dulu2 masa dia masih berniaga pasar malam, mmg terasa lain kueyteow dia, sebab owner dia laki bini yg masak.
    2. Orang kata popiah basah bawah larut matang sedap. Not bad....
    3. Mesti buat trip ke area jalan kuala sepetang, mee rebus udang fames2 terletak disini. Ada satu tu mmg pernah masuk tv, tp sy prefer Mak Jah tak silap, for the ambience. Dia ada pondok2 kecil dan ada sampan kat pintu masuk dia. Ni malam saja.
    4. Apam manis lemak di pasar pagi taiping. rasanya sini saja yg masih maintain originality. Kat KL payah nak jumpa, ada di pasar minggu Greenwood tp tak sedap sb tak manis.
    5. Dont miss pasar minggu Kamunting pada hari Ahad. Buy your breakfast dia, macam-macam ada.....
    6. Masa season buah, it's heaven in Taiping. Buah durian segala ada, just get a good deal. Kalau adventurous, pagi2 buta drive ke area batu kurau, cari tempat longgok durian depa baru bawak turun. Yg kecik2 tu selalunya depa boleh jual murah. Kalau buah lain ada can beli sebakul besar.

    Reply #6 02 October, 2011, 10:04:25 PM
  • Publish
  • Atas bukit Larut tu ada tanam bunga tulip kan? Agaknya ada musim ke untuk bunga tulip tu berkembang, atau sepanjang tahun?

    Reply #7 02 October, 2011, 10:12:05 PM
  • Publish
  •  :)

    terima kasih jen..atas perkongsian..menarik..banyak juga ye tempat menarik di taiping..even saya tinggal di bagan serai..45min je kalo nak pegi sana...

    Reply #8 03 October, 2011, 09:20:27 AM
  • Publish
  • kuala kangsar
    1.ade mesjid ubudiah: tempat orang baring atas jalan halang sultan lalu
    2. ada istana baru boleh tengok dari luar je la,
    3,istana kuning dah jadi muzium
    4. jambesar boleh bergambar
    5. pasu sayaong boleh beli buat kenangan
    6.lata air terjun di Ulu Kenas boleh mandi manda
    lain lain

    7, laksa pak ngah
    8, cendol kat lembah
    9,nanti topup lah edit
    mari sama-sama berubah keaarah yang lebih baik dalam kehidupan

    Reply #9 03 October, 2011, 10:09:01 AM
  • Publish
  • Atas bukit Larut tu ada tanam bunga tulip kan? Agaknya ada musim ke untuk bunga tulip tu berkembang, atau sepanjang tahun?

    tak taulah ada lagi ke tak........ dulu pun tahu melalui suratkhabar. definitely bukan sepanjang tahun, sb kalau kat keukenhoff garden pun dlm 2 bulan je dia punya season. kat malaysia ni lagilah.

    Reply #10 03 October, 2011, 10:14:10 AM
  • Publish
  •  :)

    Jika rasa-rasa Teluk Batik dah membosankan..apa kata tukar angin ke Teluk Senangin sahaja.. hanya berhampiran dengan Swiss Garden Lumut tu je.. Pantai Teluk Senangin masih putih bersih.. sebab masih ramai lagi tak tahu tempat pelancongan ni. Memang best kalau buat family day area sana sebab tak ramai orang
    halaqahforum4

    Reply #11 03 October, 2011, 11:24:50 AM
  • Publish
  • wahh... banyaknya tempat menarik kt perak..makanan2 pon nampak macam best je..
    teringin nak p sna..terima kasih atas info nya

    Reply #12 03 October, 2011, 11:41:20 AM
  • Publish
  • :)

    Jika rasa-rasa Teluk Batik dah membosankan..apa kata tukar angin ke Teluk Senangin sahaja.. hanya berhampiran dengan Swiss Garden Lumut tu je.. Pantai Teluk Senangin masih putih bersih.. sebab masih ramai lagi tak tahu tempat pelancongan ni. Memang best kalau buat family day area sana sebab tak ramai orang

    Pertama kali dengar tentang Teluk Senangin. Terima kasih info yang saudari bagi.

    Reply #13 03 October, 2011, 01:15:34 PM
  • Publish
  • aku nak pegi perak.. tapi,, kang kalo sampai sane,, x tau mane nak pegi.. kalo ade muslimah yang sudi tunjuk arah duk perak,, tunjuk tempat2 menarik,, bitau la aku ye.. kita round2 perak.. minyak dan makan aku bayo la.. tinggal sudi bawa aku jalan2 aje..

    Reply #14 03 October, 2011, 01:28:22 PM
  • Publish
  • Tempat-tempat sekitar Ipoh, Perak

    Gua Kek Look Tong
    Dekat dgn Gua Sam Poh Tong.. Kalau nak joging atau jalan-jalan hirup udara atau nak tengok kehijauan alam, cuba datang sini. Patung-patung pun tak banyak dalam gua tu. Lepas melepasi gua akan ada macam satu taman kehijauan..bessstt

    Stesen Keretapi Ipoh
    Jemput-jemput tengok bangunan sejarah zaman British dulu. Memang masih cun dan teguh sampai sekarang.

    -Mee Kari Mat Jasak- (area Pekan Lama Ipoh)<<Sedap...Masuk jalan-jalan Cari Makan.


    Reply #15 03 October, 2011, 01:41:08 PM
  • Publish
  • kuala kangsar
    1.ade mesjid ubudiah: tempat orang baring atas jalan halang sultan lalu
    2. ada istana baru boleh tengok dari luar je la,
    3,istana kuning dah jadi muzium
    4. jambesar boleh bergambar
    5. pasu sayaong boleh beli buat kenangan
    6.lata air terjun di Ulu Kenas boleh mandi manda
    lain lain

    7, laksa pak ngah
    8, cendol kat lembah
    9,nanti topup lah edit

     :) ..hada : ke kuala kangsar ,singgah solat di Masjid Ubudiah .sebelah nya ada sekolah agama Idrissiyah .berdekatan dgn situ ada muzium Istana lama, istana kayu takguna berpaku proses pembinaannya.jgn lupa juga ke tepi sungai Perak, mmg best bawa keluarga jalan jalan .ada jualan labu sayong, parang, pedang .dan byk lagi hasil kraftangan .baru ni suami ana beli pedang ada kalimah ayat suci Al-Quran .sgt menarik bawa keluarga tgk tgk jualan .ada gerai makanan .patin gulai tempoyak .dan byk lagi masakan selera kampung ulam ulaman ,ikan bakar .ana biasa bila kesana ,bawa bekal, berkelah tepi sungai saja. sbb jimat kos . duduk kat jeti tgk perahu ulang alik .mmg tenang tgk keindahan alam .. .berbual dengan pakcik pakcik yang semmg org situ@yang bawa perahu lagi seronok. mcm mcm cerita ttg kuala kangsar diceritakan .sejarah kualapun diceritakan..yang paling best loghat kuale lah .perjalanan pulang kerumah hati rasa seronok, mmg satu pengalaman menarik .

    Reply #16 03 October, 2011, 02:25:32 PM
  • Publish
  • Atas bukit Larut tu ada tanam bunga tulip kan? Agaknya ada musim ke untuk bunga tulip tu berkembang, atau sepanjang tahun?

    tak taulah ada lagi ke tak........ dulu pun tahu melalui suratkhabar. definitely bukan sepanjang tahun, sb kalau kat keukenhoff garden pun dlm 2 bulan je dia punya season. kat malaysia ni lagilah.

     :) ,pernah bercadang nak naik bukit larut 2kali pergi ,2kali pergi 2kali gate dikaki bukit larut dikunci .takmerasa naik ke atas .

    Reply #17 03 October, 2011, 02:43:53 PM
  • Publish


  •  :) ..hada : ke kuala kangsar ,singgah solat di Masjid Ubudiah .sebelah nya ada sekolah agama Idrissiyah .berdekatan dgn situ ada muzium Istana lama, istana kayu takguna berpaku proses pembinaannya.jgn lupa juga ke tepi sungai Perak, mmg best bawa keluarga jalan jalan .ada jualan labu sayong, parang, pedang .dan byk lagi hasil kraftangan .baru ni suami ana beli pedang ada kalimah ayat suci Al-Quran .sgt menarik bawa keluarga tgk tgk jualan .ada gerai makanan .patin gulai tempoyak .dan byk lagi masakan selera kampung ulam ulaman ,ikan bakar .ana biasa bila kesana ,bawa bekal, berkelah tepi sungai saja. sbb jimat kos . duduk kat jeti tgk perahu ulang alik .mmg tenang tgk keindahan alam .. .berbual dengan pakcik pakcik yang semmg org situ@yang bawa perahu lagi seronok. mcm mcm cerita ttg kuala kangsar diceritakan .sejarah kualapun diceritakan..yang paling best loghat kuale lah .perjalanan pulang kerumah hati rasa seronok, mmg satu pengalaman menarik .

    -jawabsalam-
    terima kasih ommi atas perkongsian pengalaman..

    ada lagi tempat2 menarik lain yang boleh di kongsikan?silakan okaja*

    Reply #18 26 October, 2011, 08:53:44 PM
  • Publish
  • Di teluk intan ada makanan yang sedap2 seperti:
    1. mee rebus mastan ghani
    2. nasi mamak ghulam rasul
    3. satay ngah tengi
    .....

    Reply #19 27 October, 2011, 10:03:10 AM
  • Publish
  • kat ipoh ada:

    1. Mee Rebus Ramli
    2. Nasi Kandar Ali
    3. Nasi Ganja Wange jln yg kalsom
    4. Deli Garden bakery...kek nya marvellous
    5. Restoran Tasik Raban
    6. Restoran Simpang Tiga
    7. Nasi Kandar/Briyani Saleem
    8. Dubliners Greentown (sebelah Maxis)

    tu sahaja setakat nih...akan diupdate kalau ada lagi.

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    32 Replies
    32533 Views
    Last post 31 August, 2012, 12:30:38 PM
    by Nurul Nawar
    47 Replies
    54174 Views
    Last post 02 December, 2009, 02:51:04 PM
    by fayah_89
    20 Replies
    15005 Views
    Last post 06 October, 2012, 05:35:08 PM
    by Sejadah_Usang