Tentang Fasakh

*

Author Topic: Tentang Fasakh  (Read 5424 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

pilihan hati

  • *
  • Posts: 6
    • View Profile
30 September, 2011, 09:57:24 PM
  • Publish
  •  :)

    Saya memang tak tahu ni..sape-sape boleh tolong tak selesaikan persoalan ni.

    Ada ke tak istilah suami fasakh isteri.. yang saya tahu isteri je yang fasakhkan suami..

    Harap boleh tolong bantu saya?

    azrinkun

    • *
    • Posts: 1648
    • -keyakinan, keikhlasan dan kerelaan-
      • View Profile
    Reply #1 30 September, 2011, 10:04:28 PM
  • Publish
  • kedua-dua suami isteri diberi hak untuk membubarkan perkahwinan mereka melalui pelbagai cara..
    Syahadah no.1 ..  Ikut Rasulullah saw..
    jalan islam itu tauhid. jalan mukmin itu syahadat

    hada_islamic

    • *
    • Posts: 1204
    • ~cintailah DIA yang mencintai kita~
      • View Profile
    Reply #2 30 September, 2011, 10:14:47 PM
  • Publish
  •  :)

    sekadar perkongsian

    PENGERTIAN FASAKH

    Fasakh ialah membatalkan atau melepaskan akad nikah disebabkan oleh kecacatan yang berlaku pada waktu akad atau kecacatan yang mendatang selepas berlakunya akad nikah yang menghalang kekalnya perkahwinan.

    SEBAB FASAKH

    Antara sebab yang boleh menyebabkan berlakunya fasakh ialah:
    1. Sebab yang merosakkan akad.

    a) Isteri termasuk dalam golongan orang yang haram dikahwini sama ada sebab keturunan, susuan atau persemendaan atau bekas isteri yang dalam tempoh ‘iddah talaq suami pertamanya.

    b) Pernikahan yang dilakukan semasa belum baligh (kecil) dan apabila baligh minta difasakhkan akad itu.

    2. Sebab yang mendatang selepas pernikahan.

    a) Salah seorang daripada suami atau isteri itu murtad.

    b) Pasangan suami isteri bukan Islam semasa bernikah dan salah seorang memeluk Islam.

    c) Suami telah melakukan salah satu perkara yang diharamkan sebab persemendaan seperti berzina dengan ibu mertua.

    Manakala dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Melaka 2002, Seksyen 53 menegaskan lagi sebab-sebab yang menyebabkan berlakunya fasakh seperti di bawah ini:
    1. Tempat di mana beradanya suami telah tidak diketahui selama tempoh lebih dari setahun.

    2. Suami cuai atau telah tidak mengadakan peruntukan nafkah bagi nafkahnya selama tempoh tiga bulan.

    3. Suami telah dihukum penjara selama tempoh tiga tahun atau lebih.

    4. Suami telah tidak menunaikan tanpa sebab yang munasabah nafkah batin selama tempoh satu tahun.

    5. Suami mati pucuk pada masa perkahwinan dan masih lagi sedemikian dan isteri tidak tahu pada masa perkahwinan bahawa suami mati pucuk.

    6. Suami telah gila selama tempoh dua tahun, sedang mengidap penyakit kusta atau sedang mengidap penyakit kelamin yang boleh berjangkit.

    7. Isteri telah dikahwinkan oleh bapa atau datuknya sebelum dia mencapai umur enam belas (16) tahun, menolak perkahwinan itu sebelum mencapai umur lapan belas (18) tahun dan dia belum disetubuhi oleh suaminya itu.

    8. Suami atau isteri menganiayai isteri atau suaminya, iaitu antaranya:

    a) Lazim menyakiti atau menjadikan kehidupannya menderita disebabkan kelakuan aniaya.

    b) Berkawan dengan perempuan-perempuan atau lelaki yang berperangai jahat atau hidup keji mengikut pandangan hukum syara‘.

    c) Cuba memaksa isteri hidup secara lucah.

    d) Melupuskan harta isteri atau suami atau melarang isteri atau suami itu daripada menggunakan hak-haknya di sisi undang-undang terhadap harta itu.

    e) Menghalang isteri atau suami daripada menunaikan atau menjalankan kewajipan atau amalan agamanya.

    f) Jika suami mempunyai isteri lebih daripada seorang, dia tidak melayani isterinya secara adil mengikut kehendak-kehendak hukum syara‘.

    9. Walaupun empat bulan berlalu perkahwinan itu belum disatukan kerana suami atau isteri bersengaja enggan bersetubuh.

    10. Isteri tidak izin akan perkahwinan itu atau izinnya tidak sah sama ada dengan sebab paksaan, kesilapan, ketidaksempurnaan akal atau lain-lain hal yang diakui oleh hukum syara‘.

    HIKMAH FASAKH

    1. Untuk menjamin hak dan perlindungan kepada kaum wanita sekiranya mereka teraniaya.

    2. Menyedarkan kaum suami bahawa perceraian bukan hanya dimiliki secara mutlak oleh suami sahaja.

    3. Menunjukkan keunggulan syari‘at Allah subhanahu wata‘ala yang Maha Mengetahui akan keperluan hambaNya.

     p/s: lelaki pun boleh minta fasakh :)
    mencari redha ALLAH...jadilah insan berguna kepada orang lain

    hasin

    • *
    • Posts: 885
      • View Profile
    Reply #3 30 September, 2011, 10:18:40 PM
  • Publish
  • betul ke lelaki pun boleh minta fasakh? cuba terangkan situasinya..

    hada_islamic

    • *
    • Posts: 1204
    • ~cintailah DIA yang mencintai kita~
      • View Profile
    Reply #4 30 September, 2011, 10:23:31 PM
  • Publish
  • betul ke lelaki pun boleh minta fasakh? cuba terangkan situasinya..

    tuan hasin
    Quote
    a) Isteri termasuk dalam golongan orang yang haram dikahwini sama ada sebab keturunan, susuan atau persemendaan atau bekas isteri yang dalam tempoh ‘iddah talaq suami pertamanya.

    hada_islamic

    • *
    • Posts: 1204
    • ~cintailah DIA yang mencintai kita~
      • View Profile
    Reply #5 30 September, 2011, 10:25:52 PM
  • Publish
  • lelaki kan tak perlu minta fasakh, sebab kuasa talaq kat tangan suami..tiba-tiba jadi konfius plak(belajar tak habes ni)..

    pilihan hati

    • *
    • Posts: 6
      • View Profile
    Reply #6 30 September, 2011, 11:20:38 PM
  • Publish
  • maafkan saya betol tu hada, sama la.. tiba-tiba jadi konfius sebab tersilap baca tadi..
    mungkin writer tu yang terlepas pandang kot pasal ni..rasanya semua dah jelas kot

    asya_mimi

    • *
    • Posts: 12
      • View Profile
    Reply #7 26 November, 2011, 07:48:02 AM
  • Publish
  •  :)
    Ada sapa2 sahabat dalam ini yang boleh tolong saya?

    Sekiranya berlaku fasakh, samada fasakh itu dituntut oleh oleh suami mahupun isteri, bagaimana hak bagi suami, isteri dan anak-anak setelah berlakunya fasakh? adakah sama seperti hak-hak yang mereka dapat seperti mana cerai talak. saya confius sangat sebenarnya. boleh tolong bantu saya dan terangkan dengan ulasan2 yang jelas mengenai hak suami, hak isteri serta hak anak2..sekiranya ada dari mana2 dalil alQuran dan hadis adalah lagi bagus.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #8 26 November, 2011, 08:51:10 AM
  • Publish
  • Puan boleh baca di sini berkaitan fasakh. Klik topik ini >>>  Pembubaran Perkahwinan - Fasakh
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #9 26 November, 2011, 09:25:29 AM
  • Publish
  • :)
    Ada sapa2 sahabat dalam ini yang boleh tolong saya?

    Sekiranya berlaku fasakh, samada fasakh itu dituntut oleh oleh suami mahupun isteri, bagaimana hak bagi suami, isteri dan anak-anak setelah berlakunya fasakh? adakah sama seperti hak-hak yang mereka dapat seperti mana cerai talak. saya confius sangat sebenarnya. boleh tolong bantu saya dan terangkan dengan ulasan2 yang jelas mengenai hak suami, hak isteri serta hak anak2..sekiranya ada dari mana2 dalil alQuran dan hadis adalah lagi bagus.

    Fasakh mengikut Seksyen 2 (1) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam didefinisikan sebagai pembubaran nikah disebabkan sesuatu hal keadaan yang diharuskan oleh hukum syarak mengikut seksyen 53.

    Ada banyak alasan membolehkan mahkamah membenarkan tuntutan cerai fasakh iaitu suami hilang atau ghaib lebih setahun, suami cuai atau tidak memberi nafkah zahir selama tiga bulan, suami dipenjarakan selama tiga tahun atau lebih, suami tidak menunaikan nafkah batin selama setahun.

    Alasan lain, suami mati pucuk, gila selama tempoh dua tahun atau hidap kusta, vitiligo atau hidap penyakit kelamin yang berjangkit dan isteri yang dikahwinkan wali mujbir sebelum dia baligh dan dia menolak perkahwinan itu, dengan syarat dia belum disetubuhi.

    Suami menganiayai isteri dengan lazim menyakiti atau menjadikan kehidupannya menderita, suami berkawan dengan perempuan jahat atau hidup berperangai keji mengikut hukum syarak, memaksa isteri hidup secara lucah, melupuskan harta isteri atau melarang isteri daripada menggunakan haknya terhadap hartanya.

    Suami menghalang isteri daripada menjalankan kewajipan agamanya, berpoligami yang tidak berlaku adil terhadap isterinya, sengaja enggan menyetubuhi isterinya lebih daripada empat bulan. Menikahi isteri secara tidak sah ketika akad nikah, sama ada dengan sebab paksaan, kesilapan, tidak sempurna akal atau lain-lain yang diakui hukum syarak.

    Jika ketika akad nikah, isteri seorang yang sakit otak menurut Ordinan Sakit Otak 1952, sama ada berterusan atau selang-seli, dan sakit otaknya dalam kategori yang tidak layak untuk berkahwin serta apa-apa alasan lain yang diiktiraf hukum syarak.

    Beban pembuktian adalah terletak kepada plaintif untuk membuktikan salah satu atau lebih, alasan fasakh itu. Cuma dalam kes membabitkan nafkah, beban bukti adalah ke atas suami yang perlu membuktikan dia ada memberi nafkah kepada isterinya.

    Dalam perundangan Islam, beban pembuktian ditanggung oleh pihak yang menuntut sebagaimana hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Keterangan (pembuktian) ditanggung di atas pihak yang mendakwa (menuntut) dan sumpah ke atas yang ingkar (menafikan).”

    Sebagai pihak yang mengemukakan tuntutan, hendaklah membuktikan semua dakwaannya sehingga ke tahap yakin. Keyakinan pula adalah disabitkan melalui pengakuan, penglihatan atau keterangan dan dalil.

    Seksyen 3 (1) Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003, keterangan termasuk bayyinah dan syahadah, keterangan lisan dan keterangan dokumen.

    asya_mimi

    • *
    • Posts: 12
      • View Profile
    Reply #10 26 November, 2011, 01:33:03 PM
  • Publish
  •  :) terima kasih kepada ummi munaliza atas penjelasan tersebut..  cuma apa yang saudari jelaskan sebentar tadi adalah lebih cenderung kepada alasan untuk menuntut fasakh.. :syukur:

    tetapi apa yang menjadi sangat2 menjadi persoalan saya disini ialah apakah hak2 ataupun keadaan bagi pihak suami, isteri serta anak2 setelah berlakunya fasakh? boleh saudari bantu saya sekali lagi untuk menjawab persolan ini, atau ada mana2 sahabat lain yang boleh membantu saya..

    contohnya macam ni..
    1. keadaan suami setelah fasakh, bagaimana? boleh kawin semula atau x atau ada lain2 hak untuk suami.
    2. keadaan isteri setelah fasakh.. bagaimana? dapat harta atau x atau ada hak2 lain yang isteri dapat seperti penjagaan anak atau lain2 hak bagi isteri?
    3. keadaan anak2 setelah ibubapa bercerai kerana fasakh.. bagaimana hak penjagaan atau lain2 hakmereka?

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #11 26 November, 2011, 02:04:30 PM
  • Publish

  • Akibat Hukum Fasakh

    Berpisahnya suami isetri akibat fasakh berbeza dengan yang diakibatkan oleh talak. Sebab talak ada talak ba’in dan talak raj’i , talak raj’i tidak mengakhiri ikatan suami istri dengan seketika. Sedangkan talak ba’in mengakhirinya seketika itu juga.

    Adapun fasakh, baik karena hal-hal yang datang belakangan ataupun karena adanya syarat-syarat yang tidak terpenuhi, maka ia mengakhiri ikatan pernikahan seketika itu.

    Selain itu, pisahnya suami isrtri yang diakibatkan talak dapat mengurangi bilangan talak itu sendiri. Jika suami menalak isterinya dengan talak raj’i kemudian kembali pada masa iddahnya, atau akad lagi setelah habis masa iddahnya dengan akad baru, maka perbuatan terhitung satu talak, yang berarti ia masih ada kesempatan dua kali talak lagi.

    Sedangkan pisah suami istrri karena fasakh, hal ini tidak berarti mengurangi bilangan talak, meskipun terjadinya fasakh karena khiyar balig, kemudian kedua suami istri tersebut menikah dengan akad baru lagi, maka suami tetap mempunyai kesempatan tiga kali talak.

    Mengenai masa pelaksanaan fasakh, terdapat perbezaan pendapat dikalangan ulama.

    Imam syafi’i berkata: “harus menunggu selama tiga hari.” Sedangkan imam maliki mengtakan: “harus menunggu selama satu bulan.” Sedangkan imam hambali mengatakan: “harus menunggu selama satu tahun,”

    Semua itu maksudnya adalah selama masa waktu tersebut laki-laki boleh mengambil keputusan akan bercerai atau memberikan nafkah bila isteri tidak rela lagi.

    Bunyi lafaz fasakh itu umpamanya: aku fasakhkan nikahmu dari suamimu yang bernama: ........bin.......pada hari ini. Kalau fasakh itu dilakukan oleh isteri sendiri di muka hakim, maka ia berkata: aku fasakhkan nikahmu dari suamiku yang bernama: ...........bin..........pada hari ini. Setelah fasakh itu dilakukan, maka perceraian itu dinamakan talak ba’in. Kalau suami hendak kembali kepadanya, maka harus dengan nikah lagi dengan akad baru. Sedang iddahnya sebagai iddah talak biasa.

    Perbedaan Antara Fasakh Dan Talak
    Terputusnya hubungan perkawinan akibat fasakh, baik disebabkan adanya cacat dalam akad itu sendiri maupun disebabkan sesuatu yang menghambat keberlangsungannya (sebagaimana telah dijelaskan di atas) membatalkan akad nikah dan menghentikannya seketika dan secara langsung, seperti yang diakibatkan oleh talak ba’in.

    Walaupun demikian, batalnya suatu perkawinan tidak akan memutuskan hubungan hukum antara anak dan orangtuanya.

    Pertama, perbedaan dari segi hakikat. Fasakh adalah pembatalan akad dari segi asasnya, dan bekaitan bagi menghilangkan ikatan menyertai (timbul karenanya); sedangkan talak (kecuali talak ba’in kubra) adalah pengakhiran akad tanpa kesan menghilangkan kebolehan (hak) untuk melakukan hubungan (kembali).

    Kedua, perbedaan dari segi penyebabbnya. Fasakh adakalanya terjadi disebabkan bencana di atas akad yang menghilangkan perkawinan itu sendiri, dan adakalanya karena keadaan yang mengiringi akad itu sendiri tidak menghendaki kalangsungan daya ikat sejak asalnya. Contoh fasakh karena sebab bencana ialah murtadnya sang istri; sedangkan contoh karena sebab kedua ialah hak khiyar yang dimiliki masing-masing pasangan setelah baligh untuk meneruskan atau tidak meneruskan perkawinannya yang dilakukan (dipaksakan) pihak lain sebelum mereka dewasa.

    Ketiga, perbedaan karena pengaruhnya. Peristiwa fasakh tidak mengurangi bilangan-bilangan talak yang dimiliki suami; sedangkan penjatuhan talak akan mengurangi jumlah bilangan yang ada pada suami.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #12 26 November, 2011, 02:05:25 PM
  • Publish
  • Dari penerangan di atas, hak penjagaan ke atas anak tetap sama seperti hak penjagaan anak perceraian secara talak.


    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #13 26 November, 2011, 02:14:17 PM
  • Publish
  • 1. keadaan suami setelah fasakh, bagaimana? boleh kawin semula atau x atau ada lain2 hak untuk suami.
    2. keadaan isteri setelah fasakh.. bagaimana? dapat harta atau x atau ada hak2 lain yang isteri dapat seperti penjagaan anak atau lain2 hak bagi isteri?
    3. keadaan anak2 setelah ibubapa bercerai kerana fasakh.. bagaimana hak penjagaan atau lain2 hakmereka?


    1.Suami boleh bernikah semula dengan bekas isteri, bilangan talak tidak berkurang perceraian yang disebabkan fasakh sebelumnya.
    2.Berkaitan harta dan lain-lain , sama sahaja dengan hak isteri setelah bercerai secara talak.
    3.Tuntutan hadanah juga sama seperti hak penjagaan perceraian secara talak.

    Jadi silalah baca tentang hak-hak itu di dalam >>>  Hak-Hak Isteri Selepas Bercerai

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #14 26 November, 2011, 02:20:14 PM
  • Publish
  • Perlu diingat jika perceraian secara fasakh  tidak ada iddah, maka tidak adalah nafkah iddah yang perlu seorang isteri boleh  tuntut.


    asya_mimi

    • *
    • Posts: 12
      • View Profile
    Reply #15 26 November, 2011, 05:00:59 PM
  • Publish
  •   :):syukur: alhamdulillah.. syukur. terima kasih kerana membantu saya untuk memahami bab ini..
    syukran ya ummi atas penerangan tadi.. terima kasih dengan penjelasan yang diberikan, sangat bermanfaat untuk diri saya. InsyaAllah saya akan sebarkan pada sahabat2 yang lain. semoga Allah merahmatimu tiap waktu  :aamiin:

    Satu Hati

    • *
    • Posts: 108
      • View Profile
    Reply #16 26 November, 2011, 05:06:37 PM
  • Publish
  • ... terima kasih dengan penjelasan yang diberikan, sangat bermanfaat untuk diri saya. InsyaAllah saya akan sebarkan pada sahabat2 yang lain. semoga Allah merahmatimu tiap waktu  :aamiin:


     :aamiin:   :aamiin:   :aamiin:

    Semoga rahmat Allah turut meliputi kepada semua warga halaqahnet. Ilmu yang bermanafaat untuk kita semua memahami hak-hak seorang isteri. Memang ramai tidak faham perbezaan talak dan fasakh ini.

    asya_mimi

    • *
    • Posts: 12
      • View Profile
    Reply #17 26 November, 2011, 05:15:03 PM
  • Publish
  • mari kita sama2 kongsi ilmu ye.. untuk semua sahabat2 warga halaqahnet, asya doakan semoga Allah merahmati kalian semua. :aamiin:

    shakinah_as

    • *
    • Posts: 1
      • View Profile
    Reply #18 01 January, 2012, 09:07:34 AM
  • Publish
  • assalammualaikum , saya nak tanya ni . Adakah dalil untuk fasakh ? Mohon bantu saya . Terima kasih

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    14 Replies
    9409 Views
    Last post 03 October, 2012, 01:57:28 PM
    by munet
    58 Replies
    27890 Views
    Last post 09 August, 2012, 01:04:02 PM
    by bulan madu
    23 Replies
    14672 Views
    Last post 16 October, 2012, 04:20:11 PM
    by munet